Kesedihan Hati Seorang Ustaz Dalam Realiti Umat
Semalam hujan lebat di sini
ana terperangkap di internet
namun terlewat pulang tidak membuang masa
Ana isikan dengan melayari web dan blog yang bercambah di ruangan maya
sangat menyedihkan
sangat mengecewakan
tiada lebih dari
hidangan yang memualkan
Cinta, cinta, cinta,
apa tiada yang lebih berharga dari cinta ?
apa tiada topik lain selain cinta ?
Apa tiada modal menulis selain cinta ?
Ana melayari weblogs muslimat
ramailah mendakwa pejuang muslimat
mujahidahlah, solehahlah, mujadidahlah, mukminahlah, muslimahlah....
semuanya hanya pooodaaah !!
langsung tiada faedah
hanya kata dan cakap indah
cerpen, novel, cerita pendek, cerita panjang...
syair , sajak, sendu, sayu semuanya cerita cinta
kisah cinta suka, cinta duka,
cinta pejuang itu, cinta pejuang ini
apa tanpa cinta tidak boleh berjuang ??
Nasyid menghiasi minda dan telinga...
tidak salah bernasyid
ana sudah jelaskan dalam tajuk muzik
tapi biar berkadar hanya menghilang letih badan
bukan menjadi fanatik
bukan menjadi rutin wajib
Itulah wanita malaysia
jauh beza dari wanita Islam dunia luar...
Hairan,
yang mendakwa dirinya mujahidah
tapi tidak mampu miss filem korea petang sabtu
hairan,
mendakwa dirinya muslimah
tapi tidak dapat elak dari rindu cinta sendu
bercouple tidak menentu
berjiwang tanpa terpandu
sekadar berkongsi kecewa biar ana cerita,
di sini,
di Yaman ada perempuan
wajah tutup mukanya tidak pernah kelihatan
kepada lelaki yang bukan mahram
suaminya sahaja melihat
itulah wanita yang terpelihara iman...
Di sini
ada wanita
dirinya tidak pernah berkata-kata
kepada lelaki bukan mahram
di sini
ada wanita
dirinya tidak pernah
keluar dari rumah tanpa teman mahram
apatah lagi ke pekan berjalan-jalan
Di sini
ada wanita
yang telinganya terpelihara
walau dari sekadar bunyi-bunyian radio
atau nasyid dan suara lelaki yang bukan mahram
Di sini ada wanita
hafaz al-qur'an, hafaz hadith
tahu halal haram
kenali fiqih pelbagai mazhab
dirinya wanita suci
terpelihara dari lelaki
telinganya terjaga
hatinya terpelihara
matanya tertunduk mulia
wajahnya tertutup muka
maruahnya terpelihara...
adakah wanita malaysia sepertinya ?
kecil sahaja sudah kenali cinta
besar sedikit belajar bercinta
remaja sibuk bercinta
dewasa hanyut bercinta
pejuangnya pun bercinta
menulis sajak-sajak cinta
cerpen cinta
ustaz itu bercinta dengan ustazah itu
ustazah bercinta dengan ustaz itu
pejuang ini dengan pejuang itu
pejuang apa ?
pejuang cinta ??
jadilah pejuang agama
jadilah seperti Atiqah ra
sudah sampai masa bernikah saja
Suaminya Umar ra
suaminya Zubair ra
ada banyak biacara ?
Jadilah pejuang agama
tumpu perihal agama
jaga bab aqidah
fikir bab feqah
ketahui bab sirah
pelajari bab muamalah
amalkan bab akhlak
fahami bab sunnah
lihat tafsir
lihat kitab hadith
lihat buku fiqih
lihat kitab deeni
sayang
yang utama di abaikan
yang sampingan diketepikan
yang membuang masa itu yang dipentingkan
wallahualam..
yang sedih dan kecewa
-----------------