Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 04-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Jika seseorang itu berjalan beriringan dengan kita,ini bermakna, dia merupakan sahabat yang sebenar.Jika seseorang itu berjalan di hadapan kita, ini bermakna dia mementingkan diri sendiri, manakala di belakang kita, ini bermakna orang itu lebih pentingkan kita daripadanya".

-- Mutiara Kata

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 56
Ahli: 0
Jumlah: 56




  Yang Masuk Ke Sini
muslimiman: 10 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 11 hari yang lalu
nur_tinta: 17 hari yang lalu
kasih_kekasih: 33 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Belajarlah..Jangan Malas..


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Belajarlah..Jangan Malas..

Please Mendaftar To Post


Oleh Belajarlah..Jangan Malas..

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-10-07 19:28


Firman ALlah yang bererti : .. Dan ALLah meninggikan orang-orang beriman di antara kamu dan orang yang diberikan ilmu beberapa darjat (surah al Mujaadalah ayat 11)

Tholabul Ilm Faridotun "ala kulli Muslim - Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap individu Muslim

Seseorang yang keluar untuk menuntut ilmu, maka dia dikira berada di atas jalan menegakkan agama ALlah sehingga ia pulang (riwayat at Tirmizi)

Banyakkan ilmu sahabat, entah kengkadang otak kita ini bebal nak memahami sesuatu kerana kita pun tidak faham - sebab pertamanya dia tak reti nak bercakap, loghat bahasa tak sama, ilmu yang dia kata tinggi levelnya.

Orang kiri kanan mentertawakan, sebab kita tak tahu apa yang kita percakapkan. Ada terkadang kita ingin juga berkata tentang sesuatu tetapi tidak ada maklumat yang cukup. Lalu atas 'kecelakaan' itu, kita telah menyonsang dalam percakapan.

Firmn Allah yang bererti : Katakanlah lagi (kepadanya) : Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?... (surah az Zumar ayat 9)

Zaman ini, orang yang tiada ilmu maka dia ketinggalan, dirinya di dalam keadaan yang amat berbahaya sekali. Kesandung sedikit akan mendasar jauh kelemasan dalam kejahilan. Maklum zaman ini banyak putar belitnya - bukan kerana zaman, tapi orang yang melalui zaman.

Banyakkan ilmu sahabat, jika kamu orang Islam yang beriman - tauhid itu kena kenal, hayati, hadamkan, feqah itu perlu faham, akhlak dijadikan pakaian. Semuanya ini terangkum di dalam ilmu jua. Bidasan itu pedas, untuk menjawab bidasan perlu ada ilmu. Ilmu itu akan mengangkat darjat. Dipandang mulia oleh Allah - selagi ia berlandaskan Al Quran dan Sunnah serta ijmak.

Belajarlah! Takada bayi yang begitu lahir langsung menjadi ilmuan, dan tak sama antara ilmuwan dan orang bodoh. Sebesar apapun sebuah negara , ia akan bernilai kecil jika penduduknya tidak berilmu, apabila dibandingkan negara kecil yang banyak penduduknya berilmu. Sekecil apapun negara, akan lebih uat bila penduduknya berilmu. Sesungguhnya negara itu besar jika dibandingkan dengan umumnya negara-negara lain.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

cahaya_hatiku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.09.2007
Ahli No: 31094
Posting: 217
Dari: serambi mekah...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-10-07 22:09


insya allah saya akan belajar selagi hayat dikandung badan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya_hatikuProfil   Hantar PM kepada cahaya_hatiku   Quote dan BalasQuote

Asward_hafiz
WARGA SETIA
Menyertai: 02.05.2004
Ahli No: 8743
Posting: 597
Dari: Kuantan pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 18-10-07 22:12


Pada 18-10-07 22:09 , cahaya_hatiku posting:

!!! QUOTE !!!

insya allah saya akan belajar selagi hayat dikandung badan....


selagi hayat dikandung badan....
selagi badan dikandung nyawa....
selagi nyawa ada kat tempatnya...
selagi tempatnya tidak beralih...

bersabar oh bersabar...
bersabar sebahgian iman...

:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Asward_hafizProfil   Hantar PM kepada Asward_hafiz   Pergi ke Asward_hafiz's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-10-07 23:40


kepada sahabat yang lelaki, jika anda tergolonga di kalangan pelajar universiti, teruskan belajar. Jika yang masih bersekolah jangan berhenti belajar.

Masa sekarang ni, entah berapa ramai remaja yang keciciran di dalam bidang ilmu. Berilah nasihat kepada mereka bahawa untuk mencari lelaki yang berilmu amat payah, untuk mencari lelaki yang boleh melaungkan azan dan iqomah pun bertolak-tolakan. Untuk mencari imam di kalangan lelaki pun ramai yang mengundur ke belakang.

INi belum lagi ditanya mengenai perkara asas fardhu ain..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 18-10-07 23:45


Pada 18-10-07 23:40 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

kepada sahabat yang lelaki, jika anda tergolonga di kalangan pelajar universiti, teruskan belajar. Jika yang masih bersekolah jangan berhenti belajar.

Masa sekarang ni, entah berapa ramai remaja yang keciciran di dalam bidang ilmu. Berilah nasihat kepada mereka bahawa untuk mencari lelaki yang berilmu amat payah, untuk mencari lelaki yang boleh melaungkan azan dan iqomah pun bertolak-tolakan. Untuk mencari imam di kalangan lelaki pun ramai yang mengundur ke belakang.

INi belum lagi ditanya mengenai perkara asas fardhu ain..

salam...

amat mendalam apa yang cuba disampaikan oleh enta.

syukran..

ana pun sangatlah sikit ilmu...
lebih-lebih lagi ilmu agama...
hhmm...

sedang berusaha ni.... :-(


-----------------
Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 19-10-07 00:05


Assalamualaikum
hakikatnya belajar adalah kehidupan..dan kehidupan adalah sekolah pelajaran.....tak pernah tamat sehinggalah tamat riwayat kita dulu....

P/S : masih belajar....



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-10-07 01:26


begitulah, ada manusia memandang ilmu akademik itu penting, hingga lupa kepada praktikalnya. Lalu yang ia belajar selama ini sekadar ilmu teori yang ada di kepalanya tanpa dapat diaplikasi.

Ada manusia yang mempelajari ilmu dari apa yang ia lihat di sekeliling, ia alami melalui pengalaman untuk membentuk dirinya sebagai manusia.

Ada pula yang suka kepada majalah hiburan, yang santai-santai sahaja sebagai bahan riadah kepada akalnya. Apa yang kita suka baca, maka itulah yang membentuk diri kita.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-10-07 10:34


Persoalan yang selalu bermain di minda den - mengapa ramai lelaki sekarang menjadi malas untuk meningkatkan ilmu pengetahuan? Jika dilihat di universiti pelajar lelaki bersikap 'asal siap', 'asal lulus sudahlah', dan belajar sambil lewa dan kurang bersaing untuk mendapatkan kualiti yang terbaik. - itu keadaan di kebanyakan kampus.

Di peringkat remaja - ramai pelajar lelaki keciciran dalam pelajaran, terlibat di dalam kegiatan gejala sosial dan juvana, penagihan dadah, merempit.

Di dalam kuliah ilmu, seminar, motivasi - nampaknya pelajar wanita lebih suka bertanya dan mempunyai perasaan ingin tahu yang lebih dan tidak malu untuk bertanya. Mereka juga lebih cepat untuk berubah dan suka bersaing antara satu sama lain. Jika dilihat pada sesi muhasabah diri - peserta lelaki paling susah untuk mengalirkan air mata dan lebih suka tidur! (kecuali jika sesi muhasabah diri itu dibuat dengan tegas)

Di dalam bilik darjah - perkara yang sama berlaku, pelajar lelaki lebih suka bermain di belakang kelas, berbual. Berbanding pelajar perempuan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 19-10-07 10:40


sejak beberapa hari on9 ni...saya tngu topik seumpama ini..
erm..maklum lah final da dekat..
malas belajar lagi..
tak termotivate lagi...
atleast bila baca point topik ni dapat membantu

terima kasih ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

atie82
WARGA SETIA
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,[email protected]

Sabah  


posticon Posting pada: 19-10-07 10:50


Assalamualaikum wwt...

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ar-Rabi'i,
Rasulullah SAW bersabda, "Tuntutlah ilmu. Sesungguhnya menuntut ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah Azza wa Jalla, sedangkan mengajarkannya pada orang yang tidak mengetahuinya adalah sedekah. Sesungguhnya ilmu pengetahuan menempatkan orangnya dalam kedudukan terhormat dan mulia. Ilmu pengetahuan adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan akhirat".


Wassalam


-----------------
The Light of ALLAH surround Me, The Love of ALLAH Enfolds Me, The presence of ALLAH watches over Me, Whatever I am...ALLAH iS..


Bookmark and Share

    


  Member Information For atie82Profil   Hantar PM kepada atie82   Pergi ke atie82's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah83
WARGA SETIA
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 19-10-07 10:51


Pada 18-10-07 22:12 , Asward_hafiz posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 18-10-07 22:09 , cahaya_hatiku posting:

!!! QUOTE !!!

insya allah saya akan belajar selagi hayat dikandung badan....


selagi hayat dikandung badan....
selagi badan dikandung nyawa....
selagi nyawa ada kat tempatnya...
selagi tempatnya tidak beralih...

bersabar oh bersabar...
bersabar sebahgian iman...

:-)


:-) :-) :bunga: :bunga:


-----------------
"InDaHnYa IsLAm"


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah83Profil   Hantar PM kepada muslimah83   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-10-07 10:55


wahai muslimah - jadikan ilmu itu sebagai pendinding diri, untuk menjadikan diri sebagai muslimah sejati. Sungguh di zaman ini untuk mencari muslimah yang beradab kesan dari ilmunya amat sedikit.

Wahai Muslimah - Beritahulah kepada kaum Adam bahawa anda amat memerlukan pemimpin yang berilmu yang boleh mendidik dan membimbing diri.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

islamic_gil
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA

Selangor  


posticon Posting pada: 19-10-07 10:57


Assalamualaikum

InsyALLh saya akan belajar, saya pun nak penuhkan ilmu di dada denagan ilmu agama.. Islam lebih-lebih lagi    

TAPI BELAJAR SAHAJA TAK BERGUNA KALAU TAK DI AMALKAN.

BETUL tak? :-)


-----------------
don't forget to say THANK YOU ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_gilProfil   Hantar PM kepada islamic_gil   Quote dan BalasQuote

Asward_hafiz
WARGA SETIA
Menyertai: 02.05.2004
Ahli No: 8743
Posting: 597
Dari: Kuantan pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 19-10-07 10:59


Pada 18-10-07 23:40 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

kepada sahabat yang lelaki, jika anda tergolonga di kalangan pelajar universiti, teruskan belajar. Jika yang masih bersekolah jangan berhenti belajar.

Masa sekarang ni, entah berapa ramai remaja yang keciciran di dalam bidang ilmu. Berilah nasihat kepada mereka bahawa untuk mencari lelaki yang berilmu amat payah, untuk mencari lelaki yang boleh melaungkan azan dan iqomah pun bertolak-tolakan. Untuk mencari imam di kalangan lelaki pun ramai yang mengundur ke belakang.

INi belum lagi ditanya mengenai perkara asas fardhu ain..


ana setuju dengan anak pejuang...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Asward_hafizProfil   Hantar PM kepada Asward_hafiz   Pergi ke Asward_hafiz's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-10-07 11:06


Belajarlah sirah, sila selusuri mengenai kisah para sahabat, tabi'ien. Berapa ramai antara kita yang tahu tentang perjalanan sirah mereka yang terdahulu untuk dijadikan panduan dan tauladan. Berbanding dengan sejarah moden?

Apabila ditanya apakah yang berlaku dahulu kepada umat Islam? Kita geleng kepala tergaru-garu. Bila ditanya siapakah tokoh Islam yang berjaya memartabatkan kemuliaan Islam? Kita termangu-mangu..

Akhirnya jadilah diri kita orang yang tidak mengenang sejarah. Dan berapa ramai yang melupakan tauladan yang dahulu, lalu diulangi kesilapan yang sama...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-10-07 11:44


Sejarah?? Betul juga.....
Ana masa sekolah, tak berapa minat sangat belajar sejarah, sebab macam boring, kena hafal tu lah..hafal ni lah..

tapi bila usia dah meningkat, rasa penting pula belajar sejarah,
takan lah kita nak biar sejarah gelap berulang??..

terutama sirah Rasulullah s.a.w, sangat sangat lah penting untuk kita belajar.

walaupun anda ambil engineering, ambil medic, ambil physics,
ini tidak lah bermakna pengetahuan tentang sejarah tak penting.
sangat sangat penting sebenarnya..

wallahualam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-10-07 11:49


Yang den lihat - bila masuk topik sejarah, kurang umat Islam nak perhatikan. Bila lihat pelajar - ramai pulak yang menguap. Entah siapa yang ingat lagi siapakah anak-anak rasuluLLah. Apakah peristiwa yang berlaku ketika kelahiran rasuluLLah..

Apakah kisahnya baitul maqdis itu sehinggakan nasara dan yahudi inginkan tempat tersebut? Mengapa kita juga menyatakan tempat tersebut suci?

Siapakah pula sahabat yang digelar asaduLLah, yang diberi gelaran al faruq, yang diberi gelaran karamaLLahu wajhah?

KEmbalilah selusuri sejarah leluhurmu, sejarah Islam perhatikan molek-molek...
[ Telah diedit oleh: Anak_Pejuang pada 19-10-07 11:50 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

farahzulaikha
Warga Rasmi
Menyertai: 15.08.2007
Ahli No: 30673
Posting: 14
Dari: Bandar Baru Bangi

malaysia  


posticon Posting pada: 19-10-07 12:00


Assalamualaikum.

Subahanallah, ana teringat tentang ilmu. Ada yang berguna dan ada yang tidak. dan ilmu itu sekiranya berguna tapi tidak diamalkan sama juga kalau kita tak belajar. Dan adanya ilmu, kita kenalah rajin membaca. Insyaallah nasihat ini untuk semua dan ana juga, bacalah sesuatu yang kita minat, InsyaAllah, tabiat membaca itu akan muncul.

Kepada muslimin di luar sana, ana nasihatkan supaya tuntutlah ilmu. Jika kita bercita- cita tinggi, tapi tanpa ilmu, mana mungkin kita akan mencapai impian kita.

Tanggung jawab seorang lelaki lebih besar daripada tanggungjawab seorang perempuan. Jadi, lakukan tugas anda dengan berbekalkan iman dan ilmu di dada. InsyaAllah, ana menanti saat kembali kegemilangan di Andalusia dahulu di zaman sekarang.

Assalamualaikum.

Bookmark and Share

    


  Member Information For farahzulaikhaProfil   Hantar PM kepada farahzulaikha   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 19-10-07 12:03


Pada 19-10-07 10:40 , ummusafiah posting:

!!! QUOTE !!!

sejak beberapa hari on9 ni...saya tngu topik seumpama ini..
erm..maklum lah final da dekat..
malas belajar lagi..
tak termotivate lagi...
atleast bila baca point topik ni dapat membantu

terima kasih ;-)


hmmm...diharapkan agar ummusafiah dah termotivate....belajarlah...sebab kita memang tak boleh berhenti belajar...dah habis belajar di u..belajar di alam pekerjaan pula...

P/S : heheh....ai em kaming tu ada ahli legenda...dis is mai 2001 posting...yuhuuuuuu....to the future and beyond......

...nak belajar menjadi ahli legenda pulak..... ;-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-10-07 12:06


!!! QUOTE !!!

TAPI BELAJAR SAHAJA TAK BERGUNA KALAU TAK DI AMALKAN.

BETUL tak?


Benar..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-10-07 14:43


Ilmu pengetahuanlah yang menyebabkan rasa takut kepada ALlah, dan mendorong manusia kepada amal perbuatan.

ALLah telah berfirman yang bererti :

Sesungguhnya yang takut kepada ALlah di antara hamba-hambaNya, hanyalah ulama' (Surah Fatir 35 :28)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

edm_gurlz87
Warga Rasmi
Menyertai: 25.11.2006
Ahli No: 27483
Posting: 19
Dari: Bumi ku MALAYSIA

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-10-07 14:48


ilmu itu pelita hidup..
kalau tiada ilmu..
binasalah hidup ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For edm_gurlz87Profil   Hantar PM kepada edm_gurlz87   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-10-07 18:05


Mutiara kata hikmah Abu Darda

Hendaklah engkau menjadi orang berilmu atau yang belajar atau mendengar ilmu dan janganlah engkau menjadi orang keempat iaitu yang tidak termasuk salah seorang dari kelompok di atas agar engkau tidak binasa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1898
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-10-07 21:51


syukran...sedikit tazkirah buat diri saya....saya tak kan malas lagi....

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

drzul-f
WARGA SETIA
Menyertai: 22.01.2005
Ahli No: 13857
Posting: 487
Dari: Simferopol', Crimea, Ukraine

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 20-10-07 01:05


ucite, ucite, ucite...(learn, learn, learn)---> V.I Lenin.
sedangkan lenin, seorang yang tak percayakan agama pun boleh menyeru pengikut2 beliau supaya sentiasa belajar, ini kan kita, sebagai seorang muslim, yang mana belajar tu merupakan tuntutan fardhu ain. malulah kita pada komunis2 yang tak percaya agama tu, if we neglected this responsibility...

Bookmark and Share

    


  Member Information For drzul-fProfil   Hantar PM kepada drzul-f   Pergi ke drzul-f's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-10-07 09:26


Ke mana harta yang banyak itu akan dibawa, pangkat yang manusia pandang, segala jenis perbendaharaan di bumi ini jika dipunyai sekalipun. Tanpa ada ilmu, maka hilanglah segalanya itu sekelip mata.

Berapa ramai manusia yang tertipu kerana jahilnya diri, terkadang hanya sebutir gula disangka mutiara permata, duitnya dihabiskan untuk mendapatkannya. Bila tersedar ia menangis, menyesal. Kerana apa jika tidak melainkan TIADANYA ILMU.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 20-10-07 09:46


Buai tinggi-tinggi sampai cucur atap
belum tumbuh gigi dah pandai baca kitab

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-10-07 01:13


kepada sahabat yang bekerja, sepatutnya bukan alasan kesibukan menyebabkan kita tiada ruang untuk menuntut ilmu. Lihatlah bagaimana orang yang bukan Islam, menjinjing buku sambil membaca ketika santai.

Hidup kita bukan di antara tempat kerja dan rumah hingga tidak ketahuan apa yang terjadi kepada alam sekeliling. Cubalah peruntukkan sedikit kewangan untuk membeli buku, majalah yang bermanfaat untuk akal.

Kewajipan menuntut ilmu itu bukan untuk pelajar sahaja..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-10-07 13:50


Belajarlah sahabat, ramai antara kita hanya mengharapkan maklumat dari orang lain tanpa berusaha mencarinya.

Belajarlah memahami Al Quran setelah banyak kali mengkhatamkannya. Lihatlah orang-orang yang hanya pandai bertaranum semata-mata, atau tertarik dengan orang yang hafiz tetapi diri sendiri tidak mahu memperbaiki penghayatan kepada Al Quran.

Lihatlah, ada orang yang membaca al Quran tetapi auratnya tidak ditutup dengan sempurna. Bahkan ada yang tidak tahu langsung apa ertinya al fatihah yang dibaca sedangkan umurnya sudah meningkat tua pula.

Ketahuilah sahabat, keutamaan menuntut ilmu itu yang menjadikan tamadun Islam itu gemilang.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 21-10-07 14:22


!!! QUOTE !!!

wahai muslimah - jadikan ilmu itu sebagai pendinding diri, untuk menjadikan diri sebagai muslimah sejati. Sungguh di zaman ini untuk mencari muslimah yang beradab kesan dari ilmunya amat sedikit.



dan juga kaum Adam :berfikir:


!!! QUOTE !!!


Wahai Muslimah - Beritahulah kepada kaum Adam bahawa anda amat memerlukan pemimpin yang berilmu yang boleh mendidik dan membimbing diri.


betul-betul..dengar tu kaum Adam ;-) jangan marah :-)


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 22-10-07 09:59


Assalamualaikum
jangan malas..belajarlah.... :jangan:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.114719 saat. Lajunya....