Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 26-05-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila telah sampai di puncak tetapi meneruskan pendakian, bermakna anda sedang menurun, bukan lagi mendaki
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 15
Ahli: 0
Jumlah: 15




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 17 hari yang lalu
izdham: 26 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 36 hari yang lalu


Lintas Langsung Semasa
Topik: Malaysia Catat Sejarah, Angkasawan Pertama Malaysia Berlepas


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafiz_along_83
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Lintas Langsung Semasa
    »» Malaysia Catat Sejarah, Angkasawan Pertama Malaysia Berlepas

Please Mendaftar To Post


Oleh Malaysia Catat Sejarah, Angkasawan Pertama Malaysia Berlepas

Uswah_teladan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.06.2007
Ahli No: 30310
Posting: 168
Dari: Sandakan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-10-07 22:07


/

BAIKONUR (Kazakhstan), 10 Okt (Bernama) -- Malaysia membuka episod baru dalam lipatan sejarah negara apabila angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menggunakan roket Soyuz TMA-11 buatan Russia dari tapak pelancaran Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan tepat pukul 7.21 malam (9.21 malam waktu Malaysia).

Kejayaan menghantar angkasawan negara itu menandakan satu lagi pencapaian di peringkat dunia yang mampu diraih rakyat negara ini, selaras dengan usia kemerdekaan negara ke-50 bebas dari penjajahan, pada 31 Ogos lepas.

Selain Dr Sheikh Muszaphar Shukor, misi pesawat angkasa lepas seberat 7,170kg itu disertai Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan Yuri Malenchenko dari Russia.

Bukan itu sahaja, Dr Sheikh Muszaphar Shukor juga mencatat sejarah sebagai Angkawasan Islam pertama yang bakal menyambut Aidilfitri di angkasa lepas, yang berada pada kedudukan 333km dari muka bumi dengan jangkaan tiba ke ISS selama dua hari. Beliau berlepas di saat umat Islam berpuasa pada 28 Ramadan.

Di Malaysia, berjuta-juta rakyat menonton pelepasan itu yang disiarkan secara langsung melalui media elektronik khususnya televisyen, di RTM1, TV3 dan Astro 588, dan beberapa skrin yang ditempatkan di lokasi strategik di ibu negara bagi menyaksikan detik-detik kegemilangan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyaksikan sendiri kejayaan yang dicapai anak muda dari Seremban itu dalam satu majlis khas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bersama-sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Kong Cho Ha dan 280 pelajar sekolah.

Sebelum itu majlis berbuka puasa dan solat tarawih diadakan di situ.

Ketiga-tiga angkasawan itu akan berada di ISS selama 10 hari dengan Dr Sheikh Muszaphar Shukor mengadakan tiga ujikaji membabitkan tiga komponen penting iaitu sel di angkasa, mikrob di angkasa serta pengkristalan protein sebelum pulang ke bumi pada 21 Okt ini.

Yang berada di sini untuk menyaksikan pelepasan angkasawan negara itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Jamaludin Jarjis dan kedua-dua ibu bapa Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor dan Datin Zuraida Sheikh Ahmad.

Program angkawasan negara bermula pada 2003 apabila Russia bersetuju menghantar seorang rakyat Malaysia ke ISS sebagai sebahagian daripada perjanjian pembelian 18 jet pejuang Sukhoi 30-MKM bernilai RM3.42 bilion buatan Russia oleh Malaysia pada 5 Ogos 2003.

Dr Sheikh Muszaphar Shukor dipilih untuk misi ini walaupun Agensi Angkasa Persekutuan Rusia (Roskosmos) juga mengiktiraf seorang lagi angkasawan negara Kapten Dr Faiz Khaleed yang menjadi angkasawan sokongan bagi misi ini.

Roskosmos juga bersetuju semalam bahawa Dr Faiz dihantar menyertai misi angkasa bagi sesi 2008/2009 dan dibenarkan terus menjalani latihan di Pusat Latihan Angkawasan Yuri Gagarin, Star City, Russia.

Pada 13 Okt 2003, kerajaan secara rasminya membuka peluang kepada rakyat Malaysia menjadi calon angkasawan yang pertama dengan sebanyak 11,267 orang memohon.

Selepas menjalani pelbagai ujian, Dr Faiz dan Dr Sheikh Muszaphar Shukor menjalani latihan di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin sejak September tahun lepas.

Penerokaan manusia ke angkasa lepas bermula pada April 1961 apabila angkawasan pertama Yuri Gagarin membuat pusingan bersejarah mengelilingi bumi dengan masa 108 minit, menggunakan kapal angkasa Vostok 1 seberat lima tan.

-- BERNAMA

Sumber:
http://www.falak-online.net


-----------------
http://tamanulama.co.cc
http://potretulama.multiply.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For Uswah_teladanProfil   Hantar PM kepada Uswah_teladan   Pergi ke Uswah_teladan's Website   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 10-10-07 22:34


semoga kita sama-sama mendapat manfaat..:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

Uswah_teladan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.06.2007
Ahli No: 30310
Posting: 168
Dari: Sandakan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-10-07 22:45


Tahniah dan syabas Malaysia terutama kepada Dr Sheikh Muszhapar Shukor di atas kejayaan yang pertama kali ini. Selamat menjejaki arena angkasa lepas.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Uswah_teladanProfil   Hantar PM kepada Uswah_teladan   Pergi ke Uswah_teladan's Website   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-10-07 23:25


selamat pergi dan pulang. eventho harap & doa jiran a.k.a my ex schoolmate yang jadi angkasawan pertama.

moga-moga bertambah ramai ilmuan ISLAM yang akan berani mencuba benda benda baru pada zaman INI.

*** "C.U.M" kat dalam ukwah ni ditranslates dek script jadi "lemonade" ghopernye :lol: :lol:


-----------------

[ Telah diedit oleh: nurkamar pada 10-10-07 23:28 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 11-10-07 13:43


erm.. ana pro dan kontra nya.. Malaysia hantar angkasawan ni..
tau tak berapa amount total kena bayar untuk ke sana..
bermillion.. fuh..

persoKLan yang timbul..
*perLu ke... ke sana..?
*kenapa tak ambil sahaja yang individu yang memang dalam astronomi field?
*kalau duit yang sebegitu banyak.. dilaburkan pada tempat lain..
waduhhh.. byknye boleh dilaburkan...






:roll: :roll: :roll:


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 11-10-07 13:54


tumpang berbangga juga..masa kapal angkasa nak berlepas dapat rasakan debarannya...kalau Doctr SMS balik mesti berbulan2 cerita dia tak habis kan....dia sendiri cakap tak sabar nak balik ke bumi sebab nak kongsi segalanya terutama dengan umat islam

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-10-07 14:07


.. perjanjian dengan RUSSIA sebab kita Malaysia membeli jet pejuang Sukhoi 3 billion lebih.. jadi dengan pembelian jet pejuang tersebut pihak RUSSIA sudi membawa seorang angkasawan dari negara kita untuk melakukan eskperimen2 mewakili 3 negara iaitu eksperimen untuk negara Malaysia, negara2 Eropah dan juga negara Jepun..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

kunciair
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.09.2007
Ahli No: 30929
Posting: 184
Dari: perak

malaysia  


posticon Posting pada: 11-10-07 15:34


rasa bangga saja..alhamdulillah ada juga wakil umat islam ke sana meliht keajaiban dunia......syukur...
semoga angkasawan kita pergi dan pulang dengan selamat....amin...


-----------------
wanita hiasan dunia..adalah permata yang paling berharga bagi lelaki


Bookmark and Share

    


  Member Information For kunciairProfil   Hantar PM kepada kunciair   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 11-10-07 15:38


teman nak pergi angkase, teman nak pergi angkase....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

moshimoshi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.04.2007
Ahli No: 29582
Posting: 156
Dari: ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-10-07 15:57


tahniah kat syed muszaphar shukor sebab berjaya ke angkasa lepas untuk realisasikan impian rkyt malaysia pertama ke sana...
semoga segala-galanya berjalan lancar.... 8-)


-----------------
beRkoRbAn bErjUang dEmi CiNta...CiNtA yang HakiKi....


Bookmark and Share

    


  Member Information For moshimoshiProfil   Hantar PM kepada moshimoshi   Quote dan BalasQuote

arebie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.03.2006
Ahli No: 23558
Posting: 207
Dari: bp ------> kl

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-10-07 16:08


congrats tok dr sms & semua Malaysian... selamat braye kat outer space tok dr sms hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For arebieProfil   Hantar PM kepada arebie   Quote dan BalasQuote

zahrah_asrar
Warga 5 Bintang
Menyertai: 07.02.2006
Ahli No: 22514
Posting: 363
Dari: port dickson

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 11-10-07 16:11


bangga sangat-sangat..rasa nak macam nak ikut saja.. =)

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahrah_asrarProfil   Hantar PM kepada zahrah_asrar   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 11-10-07 21:14


dulu.... sheikh muszhapar shukor belajar sains & matematik kat sekolah dalam bahasa apa???....english ke atau melayu???

umur dia dah 35 tahun.....umur faiz khaleed pulak 26 tahun....rasanya dua-dua mereka belajar sains & matematik kat sekolah dalam bahasa melayu.

belajar sains & matematik dalam bahasa melayu di sekolah tak pun jadi penghalang kepada mereka berdua untuk jadi doktor perubatan (orthopedic surgeon to be) & doktor pergigian dan sekaligus jadi seorang angkasawan.
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 11-10-07 21:15 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 12-10-07 08:22


pada saya lagi bagus ambil orang yang ddk dalam bidang angkasa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 12-10-07 09:31


salam..

entah lah...

tak rasa apa-apa pun...

sedang sibuk dengan menghitung hari untuk..

berpisah dengan........

yang selama ini ditunggu-tunggu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.101524 saat. Lajunya....