Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Burung yang akan mati hanya berjalan, tidak lagi terbang
-- Peribahasa Red Indian

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 221
Ahli: 0
Jumlah: 221




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 6 jam, 47 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: HADIS NAJD: Menolak Belaan Dr. Azwira (?)


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» HADIS NAJD: Menolak Belaan Dr. Azwira (?)

Please Mendaftar To Post


Oleh HADIS NAJD: Menolak Belaan Dr. Azwira (?)

alexanderwathern
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10501
Posting: 103
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 02-10-07 21:31


Lima hari lepas saya mendapat satu artikel bertajuk ‘Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab Berasal Dari Najd, Negeri Tempat Munculnya Tanduk Syaitan’ yang mungkin ditulis oleh Dr Azwira Abd Aziz. Sebenarnya saya tidak kenal siapa Dr. Azwira ini dan belum tahu bagaimana pemikiran dan pegangannya. Namun berdasarkan dua tiga artikel yang dinisbahkan kepadanya yang saya baca, nampaknya dia lebih cenderung kepada fahaman Salafi Tua @ Wahabi yang membawa dakwah Tajdid Lapok (Lihat DAKWAH TAJDID SEBENAR http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=121&mode=&order=0&thold=0 ).



Tambahan pula dalam isu ‘Najd’ ini, penulis begitu bersungguh-sungguh mempertahankan bahawa Najd di Arab Saudi, yang kini diubah namanya kepada Riyadh oleh Saudi bukanlah tempat fitnah dan tempat terbitnya tanduk syaitan sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah dan sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan ulama. Biasanya hanya mereka yang berfahaman Salafi Tua saja yang bersungguh-sungguh mempertahankan bahawa Najd tempat kelahiran dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab bukanlah Najd yang dimaksudkan oleh Rasulullah. Hal ini kerana mereka seboleh-bolehnya mahu mensucikan Najd tersebut agar fahaman Wahabi Najd tidak dipandang negatif.


Dalam kesibukan Ramadhan, dakwah, kerjaya dan keluarga, saya berusaha mencuri masa menulis penilaian terhadap artikel ini dan siap dalam masa tiga hari. Kalau hari cuti mungkin boleh siapa dalam masa sehari.

Daripada pemahaman saya, tulisan penulis adalah untuk membantah tulisan seseorang yang disebut ‘al-Ghari’. Besar kemungkinan individu yang dimaksudkan itu ialah Ustaz Zamihan al-Ghari, yang pernah berjaya membongkar beberapa penyelewengan Dr. Asri. Para pembaca boleh melihat dan meneliti kejayaan Ustaz Zamihan itu di http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=2&start=0 dan http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=12 .

Secara keseluruhannya saya memandang belaan yang cuba dibuat oleh penulis (Dr. Azwira ataupun sesiapa yang berkenaan) adalah belaan yang lemah dan lebih bersifat ketaksuban. Mari kita sama-sama menilai hujah-hujah penulis.

BELAAN PERTAMA

Maksud “Najd”.

Maksud “Najd” Di Sisi Al-Bukhari.

Al-Bukhari rahimahullah meletakkan hadith ini dalam bab berjudul: Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Fitnah itu (datang) dari sebelah timur”. Kemudian, beliau meriwayatkan beberapa hadith, termasuklah doa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan matan (lafaz):

اللهم بارك لنا في شامنا اللهم بارك لنا في يمننا، قالوا: يا رسول الله! وفي نجدنا، قال: اللهم بارك لنا في شامنا اللهم بارك لنا في يمننا، قالوا: يا رسول الله! وفي نجدنا، فأظنه قال في الثالثة: هناك الزلازل والفتن وبها يطلع قرن الشيطان.

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Baginda (terus) berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”.

Aku (perawi hadith) agak pada (permintaan) yang ketiga Baginda bersabda: “Padanya (Najd) (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan” .

Al-Bukhari, Muhammad Ibn Isma’il, Sahih Al-Bukhari, Dar Ibn Kathir, Al-Yamamah, Beirut, 1987, 6: 2598, No: 6681. Tetapi dalam bab yang bermaksud: “Apa yang dikatakan dalam hal gempa bumi dan tanda-tanda Kiamat” beliau meriwayatkannya secara mauquf (terhenti setakat Ibn Umar radhiallahu ‘anhum) sahaja. Lihat rujukan yang sama, 1: 351, No: 990.

Berdasarkan judul bab ini, ternyata Al-Bukhari tidak menentukan secara pasti apa yang dimaksudkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan negeri Najd kerana ungkapan beliau ‘dari sebelah timur’ adalah terlalu umum. Kemungkinan ia bermula dari kawasan luar Madinah sampailah ke Iraq, Iran dan seterusnya. Ini bermakna, Al-Bukhari tidak memahami maksud perkataan Najd itu sebagai satu kawasan yang khusus di Semenanjung Tanah Arab seperti yang difahami oleh Al-Ghari itu.

PENILAIAN

Kononnya Al-Bukhari tidak menentukan secara pasti apa yang dimaksudkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan negeri Najd kerana ungkapan beliau ‘dari sebelah timur’ adalah terlalu umum.

Ini agak-agakan penulis sahaja. Agak-agakan bukanlah satu kesalahan tapi agak-agakan yang dibuat penulis bersifat dhaif.

Contoh 1:

Encik Ahmad seorang ahli sejarah menulis sebuah artikel tentang kedatangan orang-orang Barat sebagai penakluk dan penjajah ke Timur. Pada bahagian tajuknya ditulis ‘Penjajah Kulit Putih Pertama Ialah Dari Eropah’. Pada bahagian huraianya pula ditulis , “Sebaik-baik sahaja menemui jalan ke Timur, bangsa Eropah meluru dengan senjata ke India dan seterusnya ke Nusantara yang akhirnya menyebabkan kejatuhan Melaka ke tangan Portugis”.

Apakah Encik Ahmad tidak tahu bangsa Eropah mana yang menakluk Melaka hanya kerana pada bahagian tajuknya tidak ditulis ‘Portugis’? Apakah kerana tajuknya yang berbunyi ‘Penjajah Kulit Putih Pertama Ialah Dari Eropah’ bersifat terlalu umum hinggakan Encik Ahmad dikatakan tidak pasti ‘Portugis’ itu bangsa Eropah yang mana satu?

Apakah Imam Bukhari betul-betul tidak tahu Najd yang dimaksudkan oleh Rasulullah hanya kerana pada tajuknya tiada perkataan Najd?

Contoh 2:

Encik Muhammad seorang ahli sejarah. Dia menulis artikel pendek tentang sejarah kejatuhan Baghdad. Dia menemui manuskrip lama yang tertulis ‘Serangan ke atas Baghdad diketuai oleh empat orang panglima Tartar bernama Belalai Khan, Asrab Khan, Salman Khan dan Shah Rukh Khan’ sebagai contoh. Tulisan ini dimasukkannya di bahagian isi lalu diberi tajuk ‘Baghdad Jatuh ke Tangan Orang Timur’.

Apakah kerana pada tajuknya tidak ditulis perkataan ‘Tartar’ dan perkataan ‘Timur’ membawa pengertian yang luas maka kita hukumkan Encik Muhammad TIDAK PASTI ataupun TIDAK TAHU bangsa Timur mana yang menakluk Baghdad?

KESIMPULAN KECIL YANG PERTAMA

Agak-agakan penulis yang berbunyi “Al-Bukhari tidak memahami maksud perkataan Najd itu sebagai satu kawasan yang khusus di Semenanjung Tanah Arab seperti yang difahami oleh Al-Ghari itu” tidaklah punya sandaran yang kukuh. Peringkat sahih pun tidak, peringkat hasan pun tidak. Sekadar hujah peringkat dhaif yang terlalu dhaif sahaja. Perkara yang sedhaif ini tidaklah boleh dibuat hujah.

Imam Bukhari tidak menulis perkataan ‘Najd’ pada tajuk bukanlah bukti kukuh mengatakan beliau tidak tahu bahawa Najd itu adalah Najd di Arab Saudi hari ini.

Hujah pertama penulis dikira tertolak.

bersambung....

Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderwathernProfil   Hantar PM kepada alexanderwathern   Quote dan BalasQuote

alexanderwathern
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10501
Posting: 103
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 02-10-07 21:32


BELAAN KEDUA

Maksud “Najd” Berdasarkan Bandingan Dengan Riwayat-Riwayat Lain.

Selain daripada riwayat Al-Bukhari di atas, hadith ini juga telah diriwayatkan dalam beberapa kitab sumber hadith yang lain dengan matan seperti berikut:

أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: اللهم بارك لنا في مدينتنا وبارك لنا في مكتنا وبارك لنا في شامنا وبارك لنا في يمننا وبارك لنا في صاعنا ومدنا، فقال رجل: يا رسول الله! وفي عراقنا، فأعرض عنه فقال: فيها الزلازل والفتن وبها يطلع قرن الشيطان.

Maksudnya: Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Madinah kami, berkatilah negeri Makkah kami, berkatilah negeri Syam kami, berkatilah negeri Yaman kami dan berkatilah (sukatan) gantang dan cupak kami”.

Tiba-tiba seorang lelaki mencelah: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Iraq kami. Lalu Baginda berpaling darinya seraya bersabda: “Padanya (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan”.

Matan (lafaz) riwayat ini dilihat berbeza dengan matan riwayat Al-Bukhari kerana di dalamnya ada penambahan doa untuk keberkatan negeri Madinah dan Makkah, manakala perkataan Najd yang ada dalam matan riwayat Al-Bukhari pula diganti dengan perkataan Iraq.

Meskipun ada perbezaan matan antara kedua riwayat tersebut, tetapi pada hakikatnya ia adalah riwayat yang sama, kerana sanad (rantaian perawi) kedua-dua riwayat itu bertemu pada seorang Sahabat yang sama iaitu ‘Abd Allah Ibn ‘Umar radhiallahu ‘anhuma. Matan riwayat Al-Bukhari diriwayatkan melalui jalan sanad Nafi’ daripada Ibn ‘Umar radhiallahu ‘anhuma, manakala matan riwayat Abu Nu’aim dan Ibn ‘Asakir itu pula diriwayatkan melalui jalan sanad Salim daripada Ibn ‘Umar radhiallahu ‘anhuma.

Mengikut kaedah ilmu hadith, kedua-dua riwayat Nafi’ dan Salim itu saling menyokong antara satu sama lain secara mutabaah (sokongan dalam konteks riwayat yang datang daripada Sahabat yang sama). Justeru oleh kerana kedua-dua riwayat itu pada hakikatnya adalah riwayat yang sama, maka kedua-dua matannya perlu dilihat sebagai penjelas maksud antara satu sama lain.

Dengan perkataan lain, matan riwayat Al-Bukhari menjadi penjelas kepada maksud matan riwayat Abu Nu’aim dan Ibn ‘Asakir, sebagaimana matan riwayat Abu Nu’aim dan Ibn ‘Asakir juga menjadi penjelas maksud matan riwayat Al-Bukhari.

Ini bermakna, perkataan Najd yang ada dalam matan riwayat Al-Bukhari menjadi tafsiran bagi maksud perkataan Iraq yang ada dalam matan riwayat Abu Nu’aim dan Ibn ‘Asakir, sebagaimana perkataan Iraq juga menjadi tafsiran bagi maksud perkataan Najd. Berdasarkan hakikat ini, maka jelaslah bahawa perkataan Najd yang dimaksudkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam doanya itu ialah negeri Iraq dan bukan daerah khusus yang terdapat di negara Arab Saudi yang dikenali sebagai Najd.

Abu Nu’aim Al-Asbahani, Ahmad Ibn Abd Allah, Hilyah Al-Auliya’, Dar Al-Kitab Al-Arabi, Beirut, Lubnan, 1405H, 6: 133 dan Ibn ‘Asakir, ‘Ali Ibn Al-Hasan Ash-Shafi’ie, Tarikh Madinah Dimashq, Dar Al-Fikr, Beirut, Lubnan, 1995, 1: 130. Matan (lafaz) ini juga diriwayatkan oleh Ya’kub Al-Fasawi dalam Al-Ma’rifah, Al-Mukhallis dalam Al-Fawaid Al-Muntaqah dan Al-Jurjani dalam Al-Fawaid, Lihat: Al-Albani, Muhammad Nasir Ad-Din, Silsilah Al-Ahadith As-Sahihah, Maktabah Al-Maarif, Riyadh, Arab Saudi, 1996, 5: 271-302.

PENILAIAN

Hadis pertama riwayat Bukhari. Hadis kedua oleh perawi-perawi lain yang tidak sehandal Imam Bukhari iaitu Abu Nuaim dan Ibnu Asakir. Kita juga tidak dimaklumkan oleh penulis akan taraf hadis kedua sama ada sahih, hasan ataupun dhaif. UMUM KATA, hadis pertama lebih kukuh untuk dijadikan hujah. Tapi tidak mengapalah, kita lihat isi kandungan hadis kedua.

Dakwa penulis:

“perkataan Najd yang ada dalam matan riwayat Al-Bukhari pula diganti dengan perkataan Iraq”

Salah! Perkataan ‘Najd’ dalam riwayat Bukhari tidak pernah digantikan dengan perkataan ‘Iraq’. Begitu juga sebaliknya. Kedua-dua matan hadis ini ada menceritakan perkara yang sama dan ada menceritakan perkara yang berlainan. Dalam hal Najd dan Iraq, kedua-duanya perkara ataupun lokasi yang berlainan.

Kita buktikan.

Hujah kita yang pertama:

Kalau perkataan ‘Iraq’ menggantikan ‘Najd’, perkataan ‘Makkah’ dan ‘Madinah’ pula menggantikan apa? Ini menunjukkan ada perbezaan maksud dalam kedua-dua hadis.

Hujah kita yang kedua:

Dalam hadis pertama, Imam Bukhari mengaitkan Najd dengan Timur atau Timur dikaitkan dengan Najd. Imam Bukhari faham HADIS INI memaksudkan Najd dengan Timur atau Timur dengan Najd.

Dalam hadis kedua, SETAKAT PAPARAN penulis, tidak nampak kepada kita bahagian yang ada mengaitkan Iraq dengan Timur atau Timur dengan Iraq. Jadi, Najd (Timur) dalam hadis pertama tidaklah sama dengan Iraq (yang tidak dikaitkan dengan Timur) dalam hadis kedua.

Hujah kita yang ketiga:

Perkataan ‘TANDUK SYAITAN’.

Apabila disebut tanduk, biasanya kita akan faham ada DUA batang tanduk. Contoh: Apabila dikatakan seseokor binatang itu bertanduk. Biasanya kita terus akan faham yang binatang itu ada dua tanduk. Iblis dan syaitan juga dikatakan makhluk-makhluk yang bertanduk, iaitu dua batang (antaranya lihat Dialog Dengan Jin Islam oleh Muhammad Isa Dawud)

Batang di kepala badak sumbu, unicorn ataupun ultraman biasanya tidak kita sebut tanduk, kerana ia ada satu sahaja. Hal ini kerana tanduk itu umumnya bermakna ada dua batang.

Bagi para peminat gusti, tentu kenal regu Road Warriors yang dikenali juga sebagai Legion of Doom. Anggotanya Animal dan Hawk berambut gaya ‘mohawk’. Rambut ‘mohawk’ Animal botak di tepi dan tinggal bahagian tengah sahaja, macam Trojan. Orang tidak katakan kepala Animal nampak macam bertanduk.

Rambut Hawk pula botak di tengah dan di tepi tapi ditinggalkan sebaris rambut di keuda-dua sisi tepi kepala. Dari jauh nampak seolah-olah kepalanya bertanduk, dan itulah yang dikatakan orang.

Nampak bezanya? Kalau sebatang jarang orang sebut tanduk melainkan ada dua batang.

Orang-orang dewasa sering menggayakan tanduk kepada kanak-kanak kecil. Ketika membuat gaya tanduk di kepala, orang menggunakan dua tangan ataupun satu tangan? Golongan remaja sering berjenaka dengan rakan mereka yang mahu melakukan perkara salah seperti hendak mengusik gadis-gadis, lalu mereka mengatakan “Tu dia, tanduk sudah naikkkk!” sambil menggayakan tanduk di kiri kanan kepala. Mereka guna satu tangan ataupun dua tangan? Ada orang yang sengaja gayakan tanduk dengan sebelah tangan lalu meletakkannya di tengah kepala ataupun di tengah hidung?

Iskandar Zulqarnain dikatakan ‘memiliki tanduk’ (antaranya lihat Iskandar Zulkarnain oleh Muhammad Khair Ramadhan Yusuf). Perkataan ‘qarn’ dikatakan menunjukan tanduk. Benarkah di kepalanya tumbuh dua tanduk seperti kambing? Tentu tidak. Ada maksud yang lain. Boleh jadi dia memakai topi besi yang bertanduk sebagaimana topi orang-orang Viking. Apabila disebut ‘topi besi bertanduk’, kita bayangkan dua tanduk ataupun satu? Tentulah dua. Ada yang ‘bertanduk’ satu seperti topi besi tentera Rom, England (macam di kepala ultraman), Islam (topi besi berbatang tajam sebatang dan dibalut serban) ataupun Sparta (yang biasa kita sebut Trojan- macam penyapu) tapi orang tidak sebut tanduk. Betul?

Pendapat yang lebih kuat mengatakan Zulqarnain ‘memiliki tanduk’ kerana keluasan empayarnya yang terbentang dari Timur hingga ke Barat. Zulqarnain dan tenteranya berdakwah mungkin hingga ke Jepun di Timur dan mungkin sampai ke lokasi Inca dan Aztec di Amerika sekiranya benua-benua itu belum terpisah daripada Eropah dan Afrika. Satu batang tanduk menunjukkan Timur dan sebatang lagi menunjukkan Barat. ‘Bertanduk’nya Zulqarnain adalah untuk menunjukkan kekuasaannya yang meliputi Timur dan Barat.

Baiklah. Jika satu riwayat mengatakan “Zulqarnain bertanduk kerana menguasai Rom, Parsi dan Timur” dan ada satu riwayat lagi berbunyi “Zulqarnain bertanduk kerana menguasai Rom, Parsi dan Barat”, adakah Timur dan Barat dalam kedua-dua riwayat itu menceritakan lokasi yang sama? Tentu saja tidak! Ia mengisahkan dua lokasi yang berbeza.

Selain daripada ada dua batang, tanduk juga ada jarak antara kedua-dua batang itu. Pernah kita jumpa tanduk yang duduk melekat kedua-duanya? Jarang, mungkin ada pada binatang yang cacat sahaja.

‘Bertanduk’nya Zulqarnain juga melibatkan jarak dan ruang yang mengisi antara Timur dan Barat.

Daripada bahasan saya di atas, apa yang hendak kita fahamkan di sini ialah

tanduk menunjukkan dua batang ataupun dua lokasi

antara kedua-dua batang tanduk, ada jarak ataupun ruang

Kita ulang semula:

Jika satu riwayat mengatakan “Zulqarnain bertanduk kerana menguasai Rom, Parsi dan Timur” dan ada satu riwayat lagi berbunyi “Zulqarnain bertanduk kerana menguasai Rom, Parsi dan Barat”, adakah Timur dan Barat dalam kedua-dua riwayat itu menceritakan lokasi yang sama? Tentu saja tidak! Ia mengisahkan dua lokasi yang berbeza, dan ada jarak anatar kedua-duanya.

Apabila satu hadis bercakap tentang tanduk syaitan (dua batang) dengan kata “Syam, Yaman dan tempat tanduk syaitan iaitu Najd” manakala sebuah hadis lagi menukilkan kata-kata, “Syam, Yaman, Makkah, Madinah dan tempat tanduk syaitan iaitu Iraq”, adakah Najd dan Iraq dua batang yang berlainan ataupun satu batang sahaja? Adakah Najd dan Iraq lokasi yang sama ataupun dua lokasi berlainan?

Tentu saja kedua-duanya dua lokasi yang berlainan, dan ada JARAK ataupun RUANG antara kedua-duanya.

Tapi kalau mengikut kaedah penulis, dua tanduk Zulqarnain iaitu Timur dan Barat menunjukkan lokasi yang sama. Akal anda boleh menerimanya? Tentu tidak.

Kalau menggunakan kaedah penulis, dua tanduk syaitan iaitu Najd dan Iraq menujukkan lokasi yang sama iaitu Iraq. Akal anda boleh menerimanya? Tentu tidak.

Sebagaimana yang kita faham tadi, antara dua tanduk tentulah ada ruang dan jarak. Antara Timur dan Barat tentulah ada ruang dan jarak. Antara Najd dan Iraq juga tentunya ada ruang dan jarak.

Jadi, tempat ‘tanduk syaitan’ yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu ialah Najd di Arab Saudi, Iraq dan ruang antara kedua-duanya. Ringkasnya Najd yang dikatakan Nabi tetaplah Najd di Arab Saudi, dan Iraq yang dikatakan Nabi tetaplah Iraq. Mustahil Najd menjadi Iraq dan Iraq menjadi Najd. Tempat finah dan tanduk syaitan itu melebar antara Najd di Saudi, tempat kelahiran dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab dengan Iraq.

KESIMPULAN KECIL YANG KEDUA

Belaan penulis kononnya Najd itu Iraq dan Iraq itu Najd tidak punya sandaran kukuh. Sandaran sebegini hanya bertaraf sangat dhaif ataupun palsu sahaja. Oleh itu, ia tidak boleh dijadikan hujah.

Hujah kedua penulis juga tertolak.

BERSAMBUNG...

Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderwathernProfil   Hantar PM kepada alexanderwathern   Quote dan BalasQuote

alexanderwathern
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10501
Posting: 103
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 02-10-07 21:33


BELAAN KETIGA



Maksud ini diperkuatkan lagi dengan matan riwayat Muslim, dimana Salim Ibn ‘Abd Allah Ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma pernah berkata:



يا أهل العراق! ما أسألكم عن الصغيرة وأركبكم للكبيرة! سمعت أبي، عبدالله بن عمر يقول:

سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إن الفتنة تجئ من ههنا وأومأ بيده نحو المشرق من حيث يطلع قرنا الشيطان...



Maksudnya: “Wahai penduduk Iraq! Alangkah banyaknya persoalan kamu tentang perkara kecil dan alangkah banyaknya pula dosa besar yang telah kamu lakukan. Aku mendengar ayahku (yakni) ‘Abd Allah Ibn ‘Umar berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya fitnah itu datang dari sebelah sini, lalu Baginda mengisyaratkan tangannya ke sebelah Timur, (arah) di mana terbitnya dua tanduk Syaitan
”.



Muslim Ibn Al-Hajjaj, Sahih Muslim, Tahqiq: Muhammad Fuad ‘Abd Al-Baqi, Dar Ihya’ At-Turath Al-’Arabi, Beirut, Lubnan, 1991, 4: 2229, No: 2905. Selain daripada riwayat Muslim ini, riwayat At-Tabrani juga jelas menyebut negeri ‘Iraq sebagai punca datangnya fitnah. Lihat: At-Tabrani, Sulaiman Ibn Ahmad, Al-Mu’jam Al-Kabir, Tahqiq: Hamdi ‘Abd Al-Majid As-Salafi, Maktabah Al-’Ulum Wa Al-Hikam, Mausil, ‘Iraq, 1984, 2: 54-55, No: 1270 dan 6: 91, No: 5608.



Riwayat muslim ini jelas menunjukkan bahawa kata-kata Nabi SAW itu ditujukan kepada penduduk Iraq dan isyarat tangan Baginda itu juga ditujukan kepada negeri Iraq. Maka, berdasarkan keseluruhan riwayat-riwayat ini, dapatlah disimpulkan bahawa perkataan Najd yang terdapat dalam riwayat Al-Bukhari itu merangkumi seluruh negeri cIraq secara umum dan bukan menjurus kepada suatu tempat yang khusus di Negara Arab Saudi.



PENILAIAN



Yang mengatakan ‘Wahai penduduk Iraq” itu bukanlah Rasulullah. Bukan juga sahabatnya Umar. Bukan juga anak Umar tetapi hanya cucu Umar iaitu Salim. Harap para pembaca faham kondisi riwayat ini.



Salim pula hanya sekadar mendengar bapanya menceritakan yang bapanya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya fitnah itu datang dari sebelah sini, lalu Baginda mengisyaratkan tangannya ke sebelah Timur, (arah) di mana terbitnya dua tanduk Syaitan..”



Dakam sabda Rasulullah yang dilampirkan itu pula, tidak kelihatan pada mana-mana bahagian Rasulullah mengatakan ‘Timur’ itu MESTI Iraq sahaja, bahkan Iraq pun tidak disebut.



‘Dua tanduk syaitan’ telah kita bahaskan tadi, ia tidak menunjukkan satu lokasi melainkan dua lokasi yang berjarak antara kedua-duanya.



Katakanlah memang benar yang dimaksudkan itu Iraq, tapi ia tetap tidak menafikan Najd sebagai lokasi fitnah dan tanduk syaitan. Mengapa hanya sebelah tanduk saja (iaitu Iraq) yang disebutkan oleh Salim? Kerana pada zaman itu fitnah demi fitnah sudah begitu hebat melanda Iraq.



Mengapa sebelah tanduk lagi (Najd) tidak disebut Salim? Kerana fitnah dari Najd belum banyak. Bayangkan, pada zaman kemunculan dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab, penduduk Najd majoritinya kaum Badwi dan masih hidup bersuku-suku. Pembangunan di daerah ini masih banyak ketinggalan. Pada zaman Muhammad Abdul Wahhab saja begitu, bayangkan keadaan Najd pada zaman Salim- entah berapa kerat sangat yang tinggal di Najd. Sebab itu fitnah di Najd kurang diambil pusing oleh Salim kerana kemuncak fitnah di Najd hanya datang ratusan tahun kemudian.



Jadi, ini tidak membuktikan yang Timur bagi Salim mestilah Iraq sahaja.



KESIMPULAN KECIL YANG KETIGA



Hujah ini juga bertaraf dhaif. Kualitinya boleh dinaikkan jika ada riwayat lain yang membuktikan Timur itu mesti Iraq dan bukannya lokasi-lokasi lain seperti Iran, Najd, Khurasan dan seterusnya. Tapi, adakah riwayat-riwayat sebegitu?



Hujah ketiga ini pun tertolak.

BERSAMBUNG...

Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderwathernProfil   Hantar PM kepada alexanderwathern   Quote dan BalasQuote

alexanderwathern
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10501
Posting: 103
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 02-10-07 21:33


BELAAN KEEMPAT



Maksud “Najd” Berdasarkan Huraian Para Ulama.



            Selain pendekatan memahami hadith melalui perbandingan dengan riwayat-riwayat lain, maksud perkataan Najd juga dapat diperolehi daripada huraian para ulama terhadapnya. Dalam konteks ini, Al-Hafiz Ibn Hajar Al-’Asqalani rahimahullah memetik kata-kata Al-Khattabi rahimahullah (388H):



نجد من جهة المشرق، ومن كان بالمدينة كان نجده بادية العراق ونواحيها وهي مشرق أهل المدينة، وأصل نجد ما ارتفع من الأرض وهو خلاف الغور فإنه ما انخفض منها، وتهامة كلها من الغور ومكة من تهامة.



Maksudnya: “Najd itu di sebelah timur, sesiapa yang berada di Madinah maka najdnya ialah pendalaman negeri Iraq dan persekitarannya yang menjadi arah timur (bagi) penduduk Madinah. Ini kerana asal (perkataan) najd (dari segi bahasa) ialah kawasan tanah tinggi yang menjadi lawan kepada ghaur yang bermaksud kawasan tanah rendah (lembah), sedangkan Tihamah keseluruhannya adalah lembah dan Makkah pula termasuk sebahagian dari Tihamah”.



Kemudian, Al-Hafiz Ibn Hajar mengomentari kata-kata Al-Khattabi dengan katanya:



وعرف بهذا وهاء ما قاله الداودي إن نجدا من ناحية العراق فإنه توهم أن نجدا موضع مخصوص وليس كذلك بل كل شيء ارتفع بالنسبة إلى ما يليه يسمى المرتفع نجدا والمنخفض غورا.



Maksudnya: “Dan dengan ini dapat diketahui kelemahan pendapat Ad-Dawudi yang waham (menyangka) bahawa najd itu suatu tempat khusus di sebelah Iraq, sedangkan ia bukan sedemikian, bahkan setiap (tempat) yang tinggi berbanding sekelilingnya, (maka) dinamakan yang tinggi itu najd manakala yang rendah pula ghaur”.



Al-’Asqalani, Ahmad Ibn ‘Ali Ibn Hajar, Fath Al-Bari Bi Sharh Sahih Al-Bukhari, Dar Al-Ma’rifah, Beirut, 1379H, 13: 47.



Al-’Asqalani, Ahmad Ibn ‘Ali Ibn Hajar, Fath Al-Bari Bi Sharh Sahih Al-Bukhari, Dar Al-Ma’rifah, Beirut, 1379H, 13: 47.



PENILAIAN



Katanya maksud Najd menurut para ulama, nampak macam ramai. Tapi yang disertakan hanya dua nama sahaja iaitu Ibnu Hajar al-Asqalani dan Khattabi. Tapi, mungkin juga bagi penulis, dua orang itu satu jumlah yang ramai dan layak diletakkan sebagai ‘para ulama’. Wallahualam.



Sekiranya kita ternampak ada dua orang lelaki sedang bermain bola sepak di padang, adakah kita menyebutnya ‘ramai’ dan ‘para’ pemain bola? 






.



Pesan Imam asy-Syahid Hasan al-Banna dalam Usul 20:

“Perkataan seseorang boleh diterima ataupun tidak, kecuali perkataan Rasulullah SAW yang maksum.”



Daripada usul ini, fahamlah kita bahawa tidak semestinya seseorang ulama itu benar. Ada hal-hal tertentu yang dia tersalah ataupun lemah.



Kononnya “Najd itu di sebelah timur, sesiapa yang berada di Madinah maka najdnya ialah pendalaman negeri Iraq dan persekitarannya yang menjadi arah timur (bagi) penduduk Madinah.”



Saya bukanlah ahli Geografi, namun begitu tahu juga melihat peta seadanya. Para pembaca termasuk penulis juga diminta membuat semakan sendiri. Berdasarkan arah mata angin dan garis latitude, kedudukan Madinah ternyata hampir-hampir SELARI dengan kedudukan Najd. Najd berada betul-betul di Timur Madinah.



Iraq tidak berada di Timur Madinah. Wilayah Iraq yang terhampir pun berada pada arah Timur Laut dari Madinah. Banyak bahagian Iraq yang terletak di Utara Madinah, bukan di Timur. Baghdad dan Karbala sendiri berada di utara Madinah, bukan di Timur Laut apatah lagi kalau dikatakan Timur bagi Madinah. Bagi Makkah pula, di Timurnya bukan Najd tetapi satu tempat bernama Layla.



“Najd itu di sebelah timur, sesiapa yang berada di Madinah maka najdnya ialah pendalaman negeri Iraq dan persekitarannya yang menjadi arah timur (bagi) penduduk Madinah”



Baik. Menurut ulama ini Najd bagi Madinah ialah pedalaman Iraq dan SEKITARNYA YANG MENJADI ARAH TIMUR PENDUDUK MADINAH. Di mana SEKITARNYA YANG MENJADI ARAH TIMUR PENDUDUK MADINAH?



Berdasarkan peta, lokasi SEKITARNYA YANG MENJADI ARAH TIMUR PENDUDUK MADINAH ialah Najd di Arab Saudi. Jadi, najd penduduk Madinah ada dua tempat iaitu PEDALAMAN IRAQ dan NAJD ARAB SAUDI, dan ruang antara kedua-duanya



KESIMPULAN KECIL YANG KEEMPAT



Hujah ini juga pastinya tertolak. Ia tidak dapat membuktikan bahawa Najd yang dimaksudkan oleh Rasulllah itu mesti Iraq sahaja. Najd yang dimaksudkan itu melebar dari Najd Arab Saudi hinggalah ke Iraq. Semua ini satu penyelewengan fakta oleh penulis.





BELAAN KELIMA



Maksud “Najd” Dari Sudut Bahasa.



            Sumber rujukan bahasa yang utama seperti Lisan Al-’Arab, Mu’jam Maqayis Al-Lughah dan Al-Qamus Al-Muhit telah mengesahkan bahawa makna asal perkataan najd ialah kawasan tanah tinggi, sama seperti yang telah dinyatakan oleh Al-Khattabi dan Al-Hafiz Ibn Hajar. Justeru gelaran Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada negeri Iraq dengan nama najd mesti dilihat sebagai penjelasan bagi bentuk muka bumi negeri berkenaan yang berada di kawasan tanah tinggi dan bukannya panggilan bagi suatu tempat yang khusus.



PENILAIAN



Najd memang terletak di kawasan tanah tinggi, ribuan kaki dari paras laut. Muka bumi Iraq umumnya mendatar kecuali di bahagian utara. Baghdad dan Karbala hanya beberapa ratus kaki dari paras laut. Jadi, mana satu lebih berkemungkinan Najd yang dimaksudkan oleh Rasulullah, Iraq ataupun Najd Riyadh?



KEPUTUSAN KECIL YANG KELIMA



Hujah ini tertolak kerana ia tidak membuktikan Najd yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu mestilah Iraq dan bukannya Najd Arab Saudi.

BERSAMBUNG...

Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderwathernProfil   Hantar PM kepada alexanderwathern   Quote dan BalasQuote

alexanderwathern
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10501
Posting: 103
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 02-10-07 21:34


BELAAN YANG KEENAM



Maksud “Najd” Berdasarkan Fakta Sejarah.



            Dalam hadith berkenaan, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menggambarkan negeri Najd sebagai tempat yang banyak berlaku gempa bumi dan fitnah. Realiti sejarah telah membuktikan bahawa tempat yang banyak berlaku gempa bumi ialah kawasan sekitar negeri Iraq dan Iran.



Begitu juga dengan fitnah yang berlaku di kalangan umat Islam, bermula dari zaman Sahabat sehinga ke hari ini, kebanyakannya berpunca di Iraq. Gerakan bughah (penentang khalifah), Khawarij dan Syiah pada zaman Khalifah ‘Uthman dan ‘Ali radhiallahu ‘anhuma yang menjadi punca tercetusnya fitnah perselisihaan di kalangan umat Islam bermula di Kufah. Begitu juga Perang Jamal, Siffin, Nahrawan, fitnah pembunuhan Husain cucunda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, fitnah Mukhtar Ath-Thaqafi yang mendakwa kenabian dan serangan tentera Tartar pada zaman kerajaan Bani Abbasiyyah, semuanya berlaku di Iraq.



Dalam konteks sejarah perkembangan hadith, Kufah terkenal sebagai pusat penyebaran hadith palsu sehingga para perawi yang pergi dan datang dari sana di ‘kuarantinkan’ riwayat mereka oleh para ulama sebagai langkah berwaspada.

Manakala dalam konteks sejarah moden pula, dapat disaksikan bagaimana dahsyatnya peperangan antara Iraq dan Iran, diikuti oleh krisis perang Teluk pada tahun 1992 dan seterusnya penaklukan oleh Amerika yang berterusan hingga ke hari ini. Ini berlanjutan dengan peristiwa pembunuhan dan pengeboman di Iraq yang berlaku saban hari dan ketika, manakala kesan dari segala fitnah itu pula dirasai dan diratapi oleh umat Islam di seluruh dunia.



Semua fenomena yang berlaku di Iraq sejak dari dahulu sampai sekarang adalah suatu fitnah yang benar-benar menepati apa yang digambarkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sabdanya itu. Bahkan banyak riwayat hadith sahih yang menunjukkan bahawa kemunculan Dajjal di akhir zaman juga berlaku di sebelah Iraq, iaitu di kawasan Asbahan dan Khurasan yang sekarang ini termasuk dalam sempadan negara Iran.



PENILAIAN



“Realiti sejarah telah membuktikan bahawa tempat yang banyak berlaku gempa bumi ialah kawasan sekitar negeri Iraq dan Iran.”



Penulis cuba menggambarkan Najd Arab Saudi bukanlah tempat fitnah dan tanduk syaitan dengan alasan kurangnya gempa bumi di sana. Kita menolak belaan ini dengan hujah-hujah berikut:



1. Dunia belum kiamat. Tempat yang dulunya sering berlaku gempa bumi boleh menjadi tempat yang aman pada masa akan datang. Tempat yang dulunya aman juga boleh menjadi tempat yang sering berlakunya gempa bumi. Semua atas kehendak Allah. Apa sandaran kukuh kita untuk mengatakan Najd Riyadh tidak akan dilanda gempa bumi demi gempa bumi sehinggalah hari kiamat? Tidak ada!

Tanah Arab yang dulunya kering-kontang tidak mengeluarkan apa-apa hasil besar kepada manusia selama ribuan tahun, siapa sangka kini jadi rebutan hingga menumpahkan darah kerana minyak di bawahnya?

Orang-orang Monggol yang dulunya membina empayar kedua terbesar di dunia selepas Zulqarnain, hingga mencetuskan kata-kata, “Mustahil Monggol dapat dijatuhkan selepas ini sampailah bila-bila”, kini negara Mongolia langsung tidak ada nama dalam kalangan kuasa-kuasa besar dunia.



2. Setakat ini kita telah faham, ‘tanduk syaitan’ menunjukkan jarak yang luas antara Iraq dan Najd Riyadh. Sungguhpun gempa bumi lebih banyak berlaku di Iraq berbanding Najd, namun apa saja gempa yang berlaku antara dua tempat ini tetap dikira berlaku dalam kawasan ‘tanduk syaitan’ juga- masih dalam wilayah Iraq-Najd juga.



3. Penulis menggunakan ayat ini: “ tempat yang banyak berlaku gempa bumi ialah kawasan sekitar negeri Iraq dan Iran.” Anda rasa Kenapa? Sebenarnya penulis tahu, walaupun pernah berlaku gempa bumi di Iraq tetapi ia tidak kerap. Gempa bumi banyak berlaku di Iran. Dari segi strategi memancing sokongan pembaca, penulis mengaitkan ‘Iran’ agar pembaca mengakui bahawa di sana sering berlaku gempa bumi. Boleh nampak sekarang mengapa secara tiba-tiba ‘Iran’ dimasukkan oleh penulis? Sekiranya di Iran kurang berlaku gempa bumi, tidak mustahi penulis akan bergerak ke depan lagi dengan mengaitkan wilayah Khurasan, Pakistan, Afghanistan dan pedalaman China.



Kata penulis:

“Bahkan banyak riwayat hadith sahih yang menunjukkan bahawa kemunculan Dajjal di akhir zaman juga berlaku di sebelah Iraq, iaitu di kawasan Asbahan dan Khurasan yang sekarang ini termasuk dalam sempadan negara Iran.”



Lihat! Seperti yang diduga, penulis cuba untuk mengaitkan apa saja yang buruk dari arah Timur Laut Madinah hinggalah agaknya ke negara Jepun kalau boleh. Nasib baik Perang Candu, pembersihan etnik Muslim di Turkistan Timur (Xinjiang), pengeboman Hiroshima dan Perang Rusia –Jepun tidak dikaitkannya sekali. Tujuannya tidak lain untuk membesar-besarkan fitnah dari arah Timur Laut itu dan cuba mengaitkannya dengan Iraq agar Iraq nampak terlalu hodoh jika dibandingkan dengan Najd Riyadh. Dengan cara ini penulis berharap para pembaca akan akur bahawa tempat tanduk syaitan itu hanyalah Iraq dan tiada kaitan dengan Najd Riyadh. Begitu strateginya.



Saya buatkan satu tamsilan, para pembaca fikir sendiri.

Kita tinggal di Jakarta, Indonesia pada zaman Konfrantasi Indonesia- Malaysia. Indonesia cuba memburuk-burukkan imej Malaysia di mata rakyatnya lalu mengeluarkan satu ramalan daripada kitab kuno Jayabaya yang berbunyi, “Bahkan banyak ramalan para bikhu yang menunjukkan bahawa kemunculan Dajjal di akhir zaman juga berlaku di sebelah Malaysia, iaitu di kawasan Segitiga Emas yang sekarang ini termasuk dalam sempadan negara Thailand.”



Apa kaitan Malaysia dengan sempadan negara Thailand? Waraskah kaitan yang cuba dibuat itu?

Samalah juga dengan kaitan yang cuba dimomokkan oleh penulis. Apa kaitan sempadan Iran dengan negara Iraq?

Para pembaca akan selamat daripada fitnah artikel penulis itu jika para pembaca menggunakan akal fikiran dengan betul.



Banyaknya tragedi di Iraq yang cuba ditonjolkan oleh penulis. Tapi kita kena ingat, sebahgaian besar wilayah Iraq terletak di utara Madinah, bukan Timur Laut dan pastinya bukan Timur Madinah. Tragedi-tragedi yang berlaku di Baghdad dan Karbala tidak ada kaitan kerana ia terletak di utara.



Kata penulis lagi:

“Begitu juga dengan fitnah yang berlaku di kalangan umat Islam, bermula dari zaman Sahabat sehinga ke hari ini, kebanyakannya berpunca di Iraq. Gerakan bughah (penentang khalifah), Khawarij dan Syiah pada zaman Khalifah ‘Uthman dan ‘Ali radhiallahu ‘anhuma yang
”



Begitu cepat penulis melangkau, pasti ada helahnya. Musailamah al-Kazzab yang lebih dulu menjadi ‘fitnah’ mengapa tidak disebut? Mengapa terus ke zaman Saidina Uthman dan Ali? Boleh jadi kerana Musailamah dan gerakannya berkaita rapat dengan Najd Riyadh. : ) Fitnah Musailamah bukan kecil-kecil anak, dia mengaku sebagai Rasul!



Perang Teluk! Penulis hanya nampak fitnah di Iraq dan Baghdad (yang lokasinya tidak kena langsung dengan hadis Nabi, aklau Basrah mungkin ada tempias sikit). Fitnah dari ‘Najd Riyadh’ Kenapa didiamkan? Negara mana yang ulama besar dan pemerintahnya menghalalkan bumi Saudi menjadi pengkalan tentera kuffar melancarkan serangan untuk membunuh orang Islam di Iraq? Ulama negara mana yang menghukum kafir kepada Saddam Hussein?



Selalu kita dengar tok-tok guru mengajar: “Bukan orang yang minum arak saja berdosa. Tukang hidang, tukang jaga stok, pemandu lori, jurujual, tukang tampal iklan dan lain-lain pun berdosa dan mendapat kemurkaan Allah juga.”

Kalau begitu, apa salahnya kita berkata, “Bukan para pembunuh umat Islam di Iraq saja yang berdosa. Tukang sambut pembunuh dan tuan tanah tempat pembunuh beroperasi pun berdosa dan mendapat kemurkaan Allah juga.”



Bukankah ini semua fitnah dari Najd Riyadh? Mengapa penulis diamkan? Puak manakah yang tidak pernah berperang dengan tentera kuffar tetapi sering melancarkan serangan ke atas umat Islam sendiri terutamanya di Makkah dan Madinah hinggalah mereka mendapat tampuk pemerintahan? Tidak lain adalah tentera Wahhabi dari Najd Riyadh. Yang ini bukan fitnah?



Para pendokong gerakan Wahabi dari Najd selepas Muhammad bin Abdul Wahhab melancarkan gerakan bersenjata yang menjadi salah satu penyebab kepada kejatuhan Kekhalifahan Islam. Mereka memberontak ke atas khalifah dan daulah Islamiah. Ketika tentera Salib moden datang menyerang dan memporak-perandakan empayar Islam, kaum Saud dan pendokong dakwah Wahhabi mengambil kesempatan. Hal ini mewujudkan kerjasama tidak langsung antara mereka dengan kaum kuffar dalam meruntuhkan daulah Islam.



Namun begitu, para penyokong Salafi Tua biasanya akan berhujah mengatakan daerah Najd tidak terletak di bawah kekuasaan khalifah. Atas sebab itu mereka tidak boleh didakwa sebagai pemberontak.



Katakanlah dakwaan itu benar, kaum Najdi masih melakukan tiga kesalahan besar!

BERSAMBUNG...

Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderwathernProfil   Hantar PM kepada alexanderwathern   Quote dan BalasQuote

alexanderwathern
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10501
Posting: 103
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 02-10-07 21:35


Katakanlah dakwaan itu benar, kaum Najdi masih melakukan tiga kesalahan besar!



Pertama, mereka menyerang wilayah daulah Islam terutamanya sekitar Makkah dan Madinah. Apa hukum ke atas kumpulan yang menyerang salah satu daripada wilayah negara Islam? Bukankah tentera seluruh daulah Islam boleh menyerang balik?



Tiba-tiba Filipina melancarkan serangan ke atas Sabah. Apakah Malaysia hanya akan berkata, “Biarlah, Filipina bukan berada dalam kekuasaan kita.” Begitu? Oleh kerana Najd tidak terletak di bawah kekuasaan empayar Islam, ketika mereka menyerang wilayah-wilayah Islam, pemerintah dan tentera daulah hanya dibenarkan berkata, “Biarlah, Najd bukan di bawah kekuasaan kita. Biarlah mereka menyerang daulah kita, tak salah.” Begitu?

Apa jenis pemikiran sebegini?



Kedua, jelas mereka tidak ada niat untuk berbaiah dengan khalifah dan daulah. Baiah bukan perkara kecil, sejak zaman Rasulullah ia diambil berat. Melaka sendiri pernah menghantar utusan kepada khalifah, merendahkan diri di samping membeli senjata. Kerajaan Islam Moghul di India sendiri berbaiah dengan khalifah dan khalifah merestui serta mengiktiraf kerajaan Islam Moghul. Mengapa penduduk Najd yang lebih hampir hampir kepada khalifah tidak mahu menyertai daulah Islam? Adakah ini tindakan terpuji?



Saya membaca buku Tun Suzana tentang ahlul bait dan raja-raja Melayu. Dinyatakan di sana selama lebih kurang tiga ratus tahun orang-orang Najd cuba merampas daerah Hijjaz. Jikalau fakta ini benar, fahamlah kita bagaimana sikap orang-orang dari Najd ini.



Ini semua bukan fitnah?



Sejak sekian lama Makkah berada di bawah pengawasan keturunan Nabi Muhammad SAW. Penguasa Makkah terakhir dari darah daging Rasulullah ialah Syarif Hussin. Makkah diserbu oleh tentera Wahhabi dan Syarif Hussin terusir. Banyak ulama dibunuh termasuklah yang berketurunan Rasulullah. Ini semua bukan fitnah?



Ketiga, ketika daulah Islam diserbu musuh, sekalipun kita bukan bernaung di bawah daulah (daulah yang saya maksudkan ialah di bawah khalifah, bukannya negara-negara Islam yang terpisah-pisah sebagaimana hari ini), bukankah sudah jadi kemestian kepada kita yang beragama Islam untuk menggabungkan diri dengan tentera daulah dan mempertahankannya?

Kalau tidak ada niat untuk membantu sesama Islam pun tidak mengapa, salakn duduk diam-diam. Ini tidak, ‘menangguk di air keruh’ dengan turut sama menyerang wilayah daulah Islam.



Lihatlah apa jenayah yang telah dilakukan oleh kaum ini




KESIMPULAN KECIL YANG KEENAM



Cubaan penulis untuk membersihkan Najd di Arab Saudi dan melambakkan ‘fitnah’ ke atas Iran (dan juga Iran) tidak mencapai kejayaan. Hujah ini juga tertolak.





BELAAN YANG KETUJUH



Maksud “Najd” Dari Sudut Geografi.



            Dari sudut geografi pula, kawasan Najd yang meliputi daerah Hijaz dan Al-Yamamah (tempat lahir Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab) secara tepatnya terletak di sebelah Timur Makkah, dan bukannya di sebelah Timur Madinah. Justeru oleh kerana Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengisyaratkan bahawa fitnah itu datang dari sebelah Timur Madinah, maka ia sudah tentu bermaksud negeri Iraq kerana ia sememangnya terletak pada arah yang berkenaan. Dengan mengambil kira tafsiran daripada keseluruhan riwayat hadith, penjelasan para ulama, asal usul bahasa, geografi dan realiti sejarah, maka sahlah bahawa perkataan Najd yang dimaksudkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadith itu ialah negeri Iraq dan kawasan persekitarannya yang turut merangkumi negeri Iran pada masa kini.



PENILAIAN



Seperti yang saya katakan di atas tadi, para pembaca dan penulis sendiri hendaklah melihat peta. Timur Madinah ialah Najd Riyadh dan Timur Makkah ialah Layla. Iraq tidak terletak di Timur Madinah.



KESIMPULAN KECIL YANG KETUJUH



Hujah ini bertaraf riwayat palsu, dhaif pun tidak. Pendustaan ini ditolak. Jelas penulis tidak membuat kajian terlebih dahulu melainkan secara taksub melulu membuat belaan.

BERSAMBUNG...

Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderwathernProfil   Hantar PM kepada alexanderwathern   Quote dan BalasQuote

alexanderwathern
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10501
Posting: 103
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 02-10-07 21:36


BELAAN KELAPAN



Maksud “Najd” Dari Sudut Umum Atau Khusus.



            Meskipun hadith itu menunjukkan kedudukan negara Iraq (dan sekarang termasuk Iran) sebagai tempat yang banyak menimbulkan fitnah bagi umat Islam, namun yang demikian itu langsung tidak menggambarkan kejahatan tempat tersebut secara umum. Ini kerana penentuan sesuatu tempat sebagai punca fitnah bukan bererti kecaman pada tempat tersebut secara mutlak, tetapi ia bermaksud kecaman pada suasana yang berlaku di tempat itu pada suatu masa yang tertentu.



Sesuatu tempat yang dianggap sebagai tidak baik tidak semestinya menggambarkan kejahatan seluruh penduduknya sepanjang masa, sebagaimana sesuatu tempat yang dianggap sebagai baik juga tidak semestinya menggambarkan kebaikan seluruh penduduknya sepanjang masa.

Justeru di samping fitnah yang banyak berlaku, negeri Iraq juga melahirkan ramai tokoh ulama Islam yang terbilang, bahkan Kota Baghdad pernah menjadi pusat pemerintahan dan perkembangan ilmu yang terbesar dalam sejarah tamadun manusia.



Demikian juga di samping kebaikan yang ada pada negeri Yaman, Syam, Makkah dan Madinah, fitnah masih tetap berlaku di negeri-negeri berkenaan pada masa-masa yang tertentu. Sebagai contoh, dari negeri Yaman puak Yahudi datang ke Madinah, dari negeri Yaman juga tentera bergajah Abrahah datang menyerang Makkah dan di negeri Yaman juga muncul Al-Aswad Al-’Anasi sebagai nabi palsu. Di negeri Syam pula muncul Luqait Al-Azdi sebagai nabi palsu dan di situlah tempatnya medan pertumpahan darah antara umat Islam, Yahudi dan Kristian kerana perebutan tempat suci. Negeri Makkah dan Madinah juga menyaksikan pertumpahan darah kerana menegakkan kalimah tauhid pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, bahkan ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam meninjau-ninjau di atas sebuah tembok Kota Madinah



Baginda bersabda:

إني لأرى الفتن تقع من خلال بيوتكم كوقع المطر.

            Maksudnya: “Sesungguhnya aku melihat fitnah menimpa rumah-rumah kamu seperti titisan air hujan”.



Semua ini menggambarkan betapa kesucian sesuatu tempat bukan jaminan bagi terhindarnya fitnah. Demikian juga dengan kawasan-kawasan yang tidak disebut oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai lokasi fitnah, seperti Amerika, Eropah, Afrika dan Asia Tenggara, bukanlah bermakna ia bebas daripada fitnah. Bahkan fitnah yang berlaku di India misalnya mungkin lebih banyak daripada yang berlaku di Iraq itu sendiri.



Kesimpulan lain yang dapat juga diambil daripada perbincangan ini adalah, jika diandaikan perkataan Najd yang dimaksudkan oleh Nabi merujuk kepada negara Arab Saudi yang meliputi daerah Hijaz dan Al-Yamamah (yakni tempat lahir Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab), maka yang demikian itu langsung tidak menggambarkan kecaman terhadap individu tertentu yang tinggal di sana.



PENILAIAN



Kita bersetuju dengan kenyataan ini. Di mana-mana pun ada fitnah. Tapi, tempat tanduk syaitan menurut Rasulullah ialah dari Najd hinggalah ke selatan Iraq. Tinggalkan persoalan fitnah kerana di aman-aman pun ada fitnah. Kita tumpu kepada ‘tanduk syaitan’.



KESIMPULAN KECIL YANG KELAPAN



Adakah kenyataan ini berjaya membuktikan Najd bukan tempat ‘tanduk syaitan’? Tidak.





BELAAN KESEMBILAN



Kedua:            Maksud “Tanduk Syaitan”.



            Al-Hafiz Ibn Hajar rahimahullah mengemukakan empat pendapat yang berbeza bagi menjelaskan maksud ungkapan ‘tempat muncul tanduk syaitan’, iaitu:

I.     Sebagai kiasan bagi menggambarkan kekuatan Syaitan dan apa saja yang memohon pertolongan kepadanya (Syaitan) dalam penyesatan (manusia).

II.     Bahawa Syaitan menyelaraskan tanduknya dengan (arah) Matahari ketika terbitnya, supaya penyembahan golongan penyembah Matahari akan terarah kepadanya.

III.    Bahawa bagi Matahari itu ada Syaitan yang mana ia terbit antara dua tanduknya.

IV. Bahawa pada hari itu penduduk sebelah timur Madinah terdiri daripada golongan kafir, manakala fitnah yang pertama (fitnah pembunuhan ‘Uthman radhiallahu ‘anhum) datangnya dari sebelah Timur, dan ia menjadi sebab berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam, sedangkan perpecahan itu disukai dan digembirai oleh Syaitan.

Semua tafsiran di atas langsung tidak menunjukkan sasaran kepada mana-mana individu secara khusus.



Berdasarkan keseluruhan penjelasan di atas tentang maksud sebenar perkataan “Najd” dan “Tanduk Syaitan”, jelas kepada kita bahawa Al-Ghari sekali lagi telah memesongkan makna hadith Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam untuk memburuk-burukkan orang lain. Namun hal ini bukanlah satu kes terpencil bagi Al-Ghari. Sebelum ini, di permulaan buku ini, kita juga telah melihat bagaimana dia memesongkan maksud hadith dengan tujuan untuk memburuk-burukkan para Sahabat radhiallahu ‘anhum. Jelaslah, bahawa apa yang dilakukan oleh Al-Ghari adalah suatu pengkhianatan terhadap agama dan juga suatu pembohongan ke atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.



             Al-’Asqalani, Ahmad Ibn ‘Ali Ibn Hajar, Fath Al-Bari Bi Sharh Sahih Al-Bukhari, Dar Al-Ma’rifah, Beirut, 1379H, 13: 46-47.



PENILAIAN



Hujah ini adalah satu lagi permainan pemikiran.



Imam Bukhari meriwayatkan hadis mengatakan Najd itulah Timur yang dimaksudkan oleh hadis Rasulullah ITU apabila tajuknya ditulis perkataan Timur. SATU DEFINISI dengan SATU HURAIAN. Definisinya Najd dalam hadis dan huraian Imam Bukhari terletak pada tajuknya apabila ditulisnya Timur untuk Najd dalam hadis itu. Tapi penulis mengatakan Imam Bukhari tidak pasti Timur itu Najd Riyadh. Jadi kononnya hujah itu tertolak.



Sekarang, al-Hafiz Ibnu Hajar memberi EMPAT DEFINISI ‘tanduk syaitan’ yang berbeza, tapi digunakan sebagai hujah oleh penulis. Mengapa tidak dikatakannya “Ibnu Hajar sendiri TIDAK PASTI apa sebenarnya ‘tanduk syaitan’?



Nampaknya orang ini akan menggunakan apa saja cara untuk menyelamatkan Najd Riyadh daripada menjadi tempat gempa, fitnah dan tanduk syaitan walaupun sandaran-sandarannya berisi kelemahan dan sebahagiannya kepalsuan. Rasulullah kata Najd Riyadh memang salah satu daripada tempat tanduk syaitan, tapi penulis berusaha mengengkari sunnah baginda.



KESIMPULAN KECIL YANG KESEMBILAN



Kita boleh nampak betapa tidak stabilnya penulis dalam membuat pertimbangan.

BERSAMBUNG...

Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderwathernProfil   Hantar PM kepada alexanderwathern   Quote dan BalasQuote

alexanderwathern
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10501
Posting: 103
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 02-10-07 21:36


BONUS



Hadis Rasulullah SAW ada keistimewaannya. Kata-kata yang keluar daripada mulut baginda tidak sama dengan kata-kata orang biasa. Ucapan baginda ada iramanya, ada seninya, ada sentuhannya.



Guru hadis saya pernah menceritakan perihal seorang ulama di Timur Tengah. Saya tidak ingat siapa nama ulama itu. Dia orang besar dan sering terlibat dalam mesyuarat-mesyuarat penting. Dalam salah satu mesyuarat penting, ada ahli mesyuarat menggunakan hadis dalam ucapannya. Berdasarkan lenggok bahasa ‘hadis’ itu, si ulama tadi sudah tahu itu bukan hadis. Terus mesyuarat itu dihentikan dan serta-merta dakwaan ulama tadi dikaji. Akhirnya mereka mendapat keputusan- memang benar itu bukan hadis. Lihat, dengan menghayati irama susunan kata-kata sahaja ulama itu mampu membezakan yang mana hadis yang mana tidak. Itulah keistimewaan perkataan Rasulullah. (Ulama ini dipenjarakan oleh pemerintah)



Dalam hadis yang menyentuh Syam, Yaman dan Najd juga ada irama dan susunan tertentu. Irama ini bukanlah satu kemestian tetapi ia selalu ada pada hadis-hadis baginda. Apabila perkara pertama yang disentuh ialah Syam di utara (atas) dan perkara kedua disentuh ialah Yaman di selatan (bawah), perkara ketiga yang akan disentuh rasa-rasanya di mana?



Akan kembali ke Iraq (atas) di utarakah?

Ataupun ia akan menyentuh wilayah YANG TENGAH pula?

Tentu saja selepas ATAS, selepas BAWAH, iramanya beralih ke TENGAH.

Betul?



Baik. Bahagian tengah Tanah Arab ada Makkah, Madinah dan Najd. Dalam hadis riwayat Abu Nuaim dan Ibnu Asakir yang dibawa oleh penulis, Makkah dan Madinah sudah disentuh. Yang tinggal sebagai tempat ‘tanduk syaitan’ ialah

..?





KESIMPULAN BESAR



Berdasarkan sembilan kesimpulan kecil dan satu bonus di atas tadi, jelaslah bahawa usaha penulis untuk membersihkan Najd Riyadh daripada tempat gempa, fitnah dan tanduk syaitan tidak punya sandaran kukuh. Semua belaannya adalah belaan-belaan yang rapuh, malah sebahagiannya mengandungi pendustaan dan kesilapan.





PENUTUP



Biasanya beginilah cara kaum Salafi Tua @ Wahabi berhujah. Saya berasa malu melihat kaum ini berhujah dengan kaum Syiah. Niat mereka mengekang dakwah kaum Syiah yang ekstrem memang bagus, tapi caranya tidak kena. Sebagaimana cara kaum Salafi Tua berhujah dengan kita- ada yang berisi pendustaan, kesilapan, kecelaruan dan kelemahan, begitu jugalah cara mereka berhujah dengan Syiah. Sungguhpun yang berhujah itu pendokong dakwah Tajdid Lapok, tapi kaum Syiah menisbahkan segala keburukan itu kepada seluruh umat Islam yang bukan Syiah terutamanya Ahlus Sunnah wal Jamaah. Ada kaum Syiah yang menunjukkan hujah-hujah Wahabi kepada mereka, terasa tebal muka kita. Pelbagai pendustaan, kelemahan dan kesilapan dibawa oleh penghujah Wahabi. Malang betul nasib kita, orang lain yang makan nangka, orang lain pun turut sama kena getahnya. Seekor kerbau membawa lumpur, habis terpalit kepada semua kerbau.



Kebenaran tidak terletak pada pangkat, kebesaran dan harta ataupun gelaran seperti Dr dan Mufti. Sekarang tuagasan para pembaca pual untuk membuat penilaian. Dan jangan lupa
 saksikan video yang saya sertakan di bawah.



http://youtube.com/watch?v=L54U61F6388







Semoga saya tidak terkeluar daripada adab-adab memberi komen http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=208&mode=&order=0&thold=0



Wallahualam.



‘PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT’



‘Bersama Dakwah Tajdid Sebenar’



Alexanderwathern

27 SEPT 2007

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=comments&sid=240&tid=196&mode=&order=0&thold=0

Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderwathernProfil   Hantar PM kepada alexanderwathern   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-10-07 22:24


Assalamualaikum w.b.t


apa-apa pun, bagi mereka yang kurang jelas tentang perkara ni.boleh Lihat ebook Dr Azwira: Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar?? di laman web ustaz Hafiz Firdaus
http://www.al-firdaus.com/SiapakahAhliSunnah/
#Link di atas tak boleh di buka lagi.

Dr Azwira, membawa hujjah2 yang bernas...

boleh download buku Dr Azwira kat sini
http://www.mediamax.com/naj13/Hosted/siapakah%20aswj.exeira


tentang pembelaan terhadap Syeikh Muhammad Abdul Wahab, ramai lagi ulama'2 yang membelanya,
tak lama dulu ada seminar mengenai Syeikh Muhammad Abdul Wahab,

kertas kerja seminar tersebut dah pun dibukukan
bertajuk: Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab, Antara Fakta dan Palsu.
yang diterbitkan oleh Karya Bestari.

Antara pembetangnya ialah
Dr Johari Bin Mat
Dr Abdul Halim Ahmad Saising
Syeikh Ihsan Bin Muhammad Bin Ayis Al-Uthari
Dr. Sulaiman Al-Saloomi.
Dr. H. Yunahar Iylas
DR. AZZAM TAMIMI

hatta, Dr Yusof Al-Qardawi pun membela SMAW saja
. Ramai saja lagi yang membela SMAW,

apa-apa pun, berhati-hati lah, jangan lah kita jadi di antara org yang menyebarkan FITNAH terhadap ULAMA2'.

Wallahualam...


-----------------
www.syafiquniten.blogspot.com

Soleh Wa Musleh...
[ Telah diedit oleh: Islamic_prince88 pada 19-10-07 02:29 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

alexanderwathern
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10501
Posting: 103
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 02-10-07 22:48


Ya, jelas daripada hujah-hujah Dr. Azwira dalam artikel itu, dia memang membuat fitnah atas hadis Rasulullah. Sila semak secara terperinci.

Tolong jadi orang yang adil dalam membuat penilaian. Lihat setiap hujah dan buat keputusan, untuk hujah ini kebenaran lebih berpihak kepada siapa?

Contoh:

BELAAN PERTAMA: Hujah Dr. Azwira lebih kukuh.
BELAAN KEDUA: Hujah Alexanderwathern lebih kukuh
BELAAN KEEMPAT: Hujah....... lebih kukuh
SETERUSNYA: .........
sampai habis semua hujah.

Akhir sekali, buat kesimpulan besar- hujah siapa lebih menghampiri kebenaran.

Beginilah adab-adab dalam Islam. Bukan sekadar baca sepintas lalu lalu buat kesimpulan keseluruhan, ditambah pula dengan dakwaan langsung ataupun tidak langsung seperti 'memfitnah' ulama dan sebagainya.. Di mana ilmiahnya, di mana hujahnya, di mana tanggungjawabnya, di mana keberaniannya, di amna kesarjanannya..?


Pembaca sila faham sebelum terfitnah penulis artikel ini iaitu saya sendiri, kerana artikel itu bukannya menolak pembelaan ulama ulama tertentu kepada Syeikh Muhammad Abdul Wahhab, tetapi menolak kelemahan hujah dan pendutaan Dr. Azwira yang mengatakan Najd Riyadh bukan tempat tanduk syaitan. Ini dua perkara yang jauh berbeza.

Ini adab-adab yang say maksudkan...

ADAB-ADAB BERDISKUSI


“Dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang yang beriman.”
(Az Zaariyat; 55)


Banyaknya orang yang berdiskusi di internet mahupun di alam nyata, macam-macam gaya dalam pelbagai bidang. Nama pun diskusi, maka adalah gelombangnya. Sekejap turun sekejap naik. Sekejap sejuk sekejap berhaba. Sekejap tepat sekejap terkeluar. Sekejap serius sekejap santai. Perkataan ‘diskusi’ itu diubahsuai daripada perkataan Bahasa Inggeris yang maksudnya ‘bincang’. Secara umumnya nukilan kali ini adalah tentang diskusi dan khususnya diskusi dalam bentuk tulisan yang melibatkan hal ehwal agama.


Setiap perbuatan baik ada adab-adabnya. Islam sendiri menganjurkan begitu. Bahkan di kalangan kumpulan pencuri pun ada adab-adab yang dipersetujui bersama, walaupun ia tidaklah kita sebut ‘adab’. Amat menghairankan apabila orang-orang yang bukan penjenayah dan bukan ahli maksiat tetapi tidak beradab ataupun sangat kurang adab dalam berbicara. Biasanya kita dapat melihat sikap tidak beradab yang dimaksudkan ini dalam diskusi di forum-forum dan blog-blog.




Antara adab-adab yang penting:


GUNA ULASAN SENDIRI


Banyak orang yang menghantar artikel ‘copy dan paste’ sebagai hujah dan sandarannya, tetapi apabila diminta pertanggungjawaban, mereka tidak mampu mempertahankan artikel yang mereka bawa itu. Kelemahan dan kesalahan dalam artikel tersebut dijaja merata-rata kerana mereka tidak tahu apa kelemahan dan kesalahannya. Hal ini disebabkan mereka menyokong artikel itu atas dasar taksub melulu. Apabila diminta pertanggungjawaban, mereka mendiamkan (melarikan) diri ataupun mula bermain taktik kotor dan tidak beradab.


Saranan penyelesaian- Paling baik, hantar tulisan dan ulasan sendiri. Ini dapat menunjukkan pemahaman kita yang tulen, tiada ketaksuban melulu dan rasa bertanggungjawab.
Hendak ‘copy dan paste’? Masih tidak salah asalkan sudah faham keseluruhan tulisan tersebut, sebaiknya sudah dikaji sewajarnya. Kemudian, sanggup pula bertanggungjawab ke atas apa yang kita ‘copy dan paste’. Lebih baik lagi sekiranya sedari awal tulisan ‘copy dan paste’ itu disertakan sekali ulasan kita. Jika tidak, orang lain tidak tahu apa yang kita faham daripada ‘copy dan paste’ kita itu. Sebenarnya, banyak yang bersemangat untuk perjuangkan sesuatu ataupun pertahankan sesuatu tetapi atas dasar semangat sahaja, sedangkan ilmu dan pemahaman tidak setara mana.


"Cukup besar dustanya orang yang memberitakan segala apa yang didengarnya ( tanpa usul periksa yang sewajarnya).”
(Muslim)




MENGIKUT TERTIB


Yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan. Bereskan satu-satu permasalahan mengikut urutan/ kronologi, jangan melompat-lompat. Soalan yang keluar dahulu, kita jawab dahulu. Soalan yang keluar kemudian, kita jawab kemudian. Sindrom melompat-lompat ini menjadikan perbincangan kacau. Arah tuju dan tema perbincangan pun biasanya akan lari.
Contoh: Ada sepuluh persoalan. Ada ahli perbincangan yang buat-buat tidak nampak persoalan-persoalan tertentu tetapi terus mengheret pembicaraan kepada persoalan yang dirasakan hujahnya kuat. Persoalan pertama hinga kelima belum selesai, terus diajaknya selesaikan persoalan ke enam dan ke sembilan.
Mengapa mereka tidak mengikut tertib? Ada banyak faktor. Antaranya mereka tidak berani bertanggungjawab, takut kelemahan dan kesalahan terkeluar, ego tinggi, memang kurang ilmu tetapi ingin tunjuk pandai dan sebagainya.


Saranan penyelesaian- Selesaikan perbicaraan mengikut urutan. Usahakan untuk menjawab semua yang perlu kita jawab. Jika sedar diri banyak kekurangan pengetahuan dalam hal yang dibincangkan, jangan cuba membawa hujah atau menyatakan pendirian. Cukup sekadar menjadi pemerhati. Tidak salah menulis sesuatu asalkan kena dengan caranya. Jika ternyata kita tersalah, kita akui saja. Taraf diri kita akan dinaikkan oleh Allah di mata umum.


“Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya.”
(Al Israa’ : 36)




BERTUKAR-TUKAR FIKIRAN, BUKAN BERTUKAR-TUKAR DAKWAAN


A memberi hujah, B membalas hujah. B memberi fakta, A membawa fakta. A kemuka pandangan, B kemuka pandangan. B membawa sandaran, A menghidangkan sandaran. C cerita pemerhatian, D terangkan penelitian.
Cukup cantik dan aman sentosa jika begini cara berdiskusi. Yang jadi masalah ialah apabila A memberi fakta, B membalas tuduhan kosong tanpa fakta. C membawa hujah, D mendakwa itu ini tanpa memberi sandaran kukuh. Lebih teruk lagi kali kedua-dua belah pihak saling berbalas dakwaan tanpa membawa sandaran kukuh atas dakwaannya.


Saranan penyelesaian- Jangan layan teman diskusi yang bersikap begini. Dicadangkan kita beri saja link ke artikel ini agar teman kita itu dapat koreksi diri dan membuat perubahan positif. Sekiranya dia masih mengganggu, buat tak nampak saja tulisan-tulisannya, ataupun boleh juga jawab dengan memberikan link ke artikel ini berulang kali. Lama-kelamaan dia akan perasan juga yang dirinya berdiskusi berseorangan (monolog dalaman yang dilahirkan dalam bentuk bertulis tanpa dipedulikan sesiapa).




BUAT KEPUTUSAN WALAUPUN KECIL


Perbincangan sudah lama tetapi belum ada sebarang keputusan walaupun yang kecil. Apabila kita gagal mendapatkan keputusan, diskusi itu lebih menjurus kepada majlis perbalahan- saling berbalas hujah tanpa ada apa-apa perubahan. Berdiskusilah sehingga ke akhir hayat pun, umumnya tidak akan mendapat hasil apa-apa.
Biasanya, pihak yang sudah goyah hujah-hujahnya sangat takut untuk membuat apa-apa keputusan walaupun kecil kerana hal itu bakal menjatuhan kredibilitinya.
Contoh:
A berdiskusi dengan seseorang, katakan B. A membawa hujah-hujah mempertikaikan ajaran seorang tokoh iaitu Syeikh C. B pula mengutarakan hujah-hujahnya untuk mempertahankan ajaran Syeikh C. Diskusi berjalan dengan aman dan pertukaran aliran hujah dan fakta begitu aktif.
Satu ketika, A berjaya mengesan kesalahan Syeikh C dalam hal tertentu dan kesalahan itu memang jelas. B pun sedar memang Syeikh C salah dalam hal itu. Maka A minta satu keputusan dibuat dalam hal tersebut sahaja (bukan keseluruhan perbincangan) iaitu Syeikh C salah. Malangnya B tidak sanggup untuk membuat keputusan Syeikh C salah dalam hal itu kerana dianggapnya keputusan itu akan menjatuhkan kredibiliti dirinya dan Syeikh C yang disanjungnya.
Sikap B ini bersalahan dengan etika muzakarah, dan tentunya tidak selaras dengan nilai-nilai Islam.


Saranan penyelesaian- A dan B mestilah berusaha membuat keputusan-keputusan kecil sepanjang diskusi mereka. Hal ini kerana gabungan keputusan-keputusan kecil inilah nanti yang akan membentuk keputusan besar. Jika kita melihat perbincangan itu memang tidak akan menjurus kepada pembinaan apa-apa keputusan melainkan medan berbalas tembakan saja, elok kita hentikan saja. Tinggalkan pekerjaan sia-sia.


“Janganlah seorangpun daripada kamu menjadi orang yang tidak mempunyai pendirian.”
(Hadith riwayat Imam Turmizi)




GUNA KEUPAYAAN SENDIRI


Sebagai contoh, sering kita jumpa seorang yang pro akan sesuatu (kita namakan A) bertukar-tukar fikiran dengan seorang yang kontra akan hal tersebut (kita namakan B). Lama-kelamaan kawan-kawan yang kontra tadi semakin ramai. Mereka turut berdiskusi. Akhirnya diskusi ini jadi lintang-pukang seolah-olah sekawan anjing sedang membuli seekor kucing. B yang sudah goyang hujah-hujahnya berasa selamat kerana apa yang dia lemah ataupun salah mendapat ‘back-up’ daripada rakan-rakan yang sefaham dengannya.
Dari satu sudut nampaknya hujah-hujah A semakin lemah dan hujah-hujah B (dan kawan-kawan) semakin kukuh. Namun pada hakikatnya, fahaman B selama ini adalah lemah. Dia tidak mampu mempertahankan pegangannya secara bersendirian menunjukkan pengetahuannya tentang apa yang dipercayainya selama ini bukanlah atas dasar pemahaman yang mantap, tetapi lebih kepada ikut-ikutan.
Manakala A, pemahaman dan kajiannya adalah lebih baik. Cuma hujah-hujah A seorang tentu saja tidak sehebat paduan hujah-hujah B dan empat lima orang rakannya.


Saranan penyelesaian- Jika kita berada dalam situasi A, kita mestilah bijak mengawal keadaan. Beri tumpuan kepada B dan minta dia berhujah dengan pemahamannya selama ini, bukan dengan pemahaman yang baru diperolehinya hasil sumbang saran rakan-rakannya. Apabila urusan dengan B sudah selesai, baru berpindah kepada C. Selesai dengan C, baru berpindah kepada D. Jika tidak, kita akan dibuli dan dipermain-mainkan.
Seandainya kita berada dalam situasi B pula, kita bersikap jujurlah dengan ilmu. Gunakan keupayaan sendiri. Mengapa bergantung kepada hujah orang lain kalau benarlah kita sudah mengkaji pegangan kita itu selama ini. Jadilah ‘anak jantan’.


“Setiap diri terikat dengan apa yang dikerjakannya.”
(Al-Mudaththir: 38)




JANGAN GUNA TAKTIK KOTOR


Apabila hujah salah seorang pendiskusi mula longgar dan benteng-benteng sandarannya mulai runtuh, pendiskusi yang bersifat mazmumah biasanya akan melaksanakan taktik kotor. Hal ini dilakukan supaya dia terselamat daripada mengakui kelemahan dan kesalahan diri sendiri.
Antara taktik yang biasa dipraktikkan ialah dengan menjawab secara keseluruhan (sengaja meninggalkan bahagian-bahagian diskusi yang hujahnya lemah ataupun salah), tidak menjawab soalan-soalan tetapi memberikan pula soalan-soalan ( soalan pendiskusi lain baginya tidak mesti dijawab tetapi soalannya mesti dijawab), mengubah topik (agar dapat menutup kelemahan dan kesalahannya, memberikan dakwaan demi dakwaan dan bukan hujah sandaran, memberikan kata-kata menyakitkan hati lalu berlepas tangan (ini teknik murahan), terus membuat kesimpulan sendiri tanpa bertanggungjawab ke atas apa yang pernah diperkatakannya dan macam-macam lagi.


Saranan penyelesaian- Tulis “Pendiskusi bernama sekian-sekian sedang mempraktikkan taktik kotor . Layanan hanya akan diberikan setelah dia mengubah sikapnya sahaja. Sekian, terima kasih”. Dan berikan link ke artikel ini sebgaai sokongan.


“Sesungguhnya yang paling dibenci oleh Allah, ialah orang yang pandai mencari-cari alasan untuk menindas kebenaran dan membela kesalahan.”
(Muslim)




Semoga dengan serba-sedikit panduan yang disertakan di atas, kita mengharapkan diskusi-diskusi hal ehwal agama di internet menjadi tempat percambahan ilmu, iman dan amal. Pembasmian para pendiskusi yang kurang ataupun tidak beradab mustahil dapat dilakukan, namun sekurang-kurangnya kita mengusahakan pengurangan.


Wallahualam.




‘PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT’


Alexanderwathern
28 JULAI 2007

* Artikel ini juga boleh didapati di blog BERSAMA ALEXANDERWATHERN 2 di http://alexwathern.blogspot.com/2007/07/adab-adab-berdiskusi.html

Apa-apa pun, berhati-hati lah, jangan lah kita jadi di antara org yang menyebarkan FITNAH terhadap hadis Nabi dan penulis artikel jawapan itu'.

Oleh kerana Syafiq Uniten terburu-buru untuk memeprtahankan pegangannya selama ini tanpa membaca link yang saya sertakan tentang ADAB-ADAB BERDISKUSI, maka saya lampirkan di sini supaya pembaca lain tidak mengulangai kesilapan yang sama.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderwathernProfil   Hantar PM kepada alexanderwathern   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-10-07 23:05


terima kasih alex,
:)

maaflah, kerana masa yang terhad, maka saya hanya rumuskan apa yang saya nak cakap, ringkas..

dan lagi mudah orang lain nak baca.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-10-07 23:06


biasalah itu, dalam yang membela, tentu juga ada yang menentang. Samalah halnya dengan Muhammad bin Abdul Wahab, Albani, Ben Baz. Uthaimin.

Bagi yang membaca bijak2 lah dalam menilai, jangan terima bulat2. Yang muktabar itu pada pandangan siapa. Siapa pula yang menta'dilkan pulak. Siapa pula yang menjarhkan.

!!! QUOTE !!!

apa-apa pun, berhati-hati lah, jangan lah kita jadi di antara org yang menyebarkan FITNAH terhadap ULAMA2'.


den tambahkan lagi, berhati-hati bagi orang yang menyebarkan FITNAH terhadap umat Islam. Perkataan di atas selalu digunakan untuk memenangkan ulamak yang mereka sahaja sangka benar. Akan tetapi ulamak2 lain yang tidak selari dengan pendapat mereka boleh pulak didatangkan fitnah.

p/s : kengkadang kasihan nengokkan orang awam, termasuklah diri den

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-10-07 23:15


Assalamualaikum
anak_pejuang..

selalu nampak anta, sejak dr zaman irc, sampai dalam ukhwah, dalam tranungkite pun ada anta..

teruskan komitmen anta dalam menjadi pejuang sunnah...

jom sama-sama teruskan pengajian ;)..


-----------------
www.syafiquniten.blogspot.com

Soleh Wa Musleh...
[ Telah diedit oleh: Islamic_prince88 pada 02-10-07 23:17 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-10-07 23:19


afwan, insya ALLah, sama-sama teruskan.. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 03-10-07 23:00


mari kita tengok bab hadis najd ni......

http://www.geocities.com/traditionalislam/hadith_najd_kebenaran_yang_digeruni.htm

http://www.abu-syafiq.blogspot.com/


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =
[ Telah diedit oleh: trouver_99 pada 03-10-07 23:17 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 05-10-07 00:01


hmmm..DR AZWIRA ABD AZIZ...i know him..my lecturer kat fak..alex..andaian anda hampir tepat mnengai fahaman beliau..saya tak boleh nak cakap banyak..hanya boleh beritahu beliau adalah lulusan univeristi d madinah..so..faham-faham sajalah betapa kuatnye pengaruh wahabi/salafi tua pada pelajar2 disana(maaf andai andaian tak tepat)..wallahua'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-10-07 00:09


Pada 05-10-07 00:01 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

saya tak boleh nak cakap banyak..hanya boleh beritahu beliau adalah lulusan univeristi d madinah..so..faham-faham sajalah betapa kuatnye pengaruh wahabi/salafi tua pada pelajar2 disana(maaf andai andaian tak tepat)..wallahua'lam..

eh, ada salafi tua & salafi muda ke? :-? boleh terangkan tak?

kalau kedua2 kondem depa saja 1 pihak yang betul daripada 73 golongan, nak bagi kat yang muda ke yang tua? :-D

p/s: soalan kedua tu tak perlu dijawab...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

alexanderwathern
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10501
Posting: 103
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 18-10-07 20:46


CUBAAN MEMBELA DR. AZWIRA

Tulisan saya berjudul ‘HADIS NAJD: Menolak Belaan Dr. Azwira (?)’ menerima komen daripada seorang yang menggunakan nama ‘Islamic_prince88’, yang dikenali juga sebagai ‘Syafiq Uniten’ di Portal Ukhwah.

Lokasi asal tulisan saya itu boleh dibaca dan DITELITI di http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=240&mode=&order=0&thold=0.

Ia dihasilkan sebagai menilai semula sebuah artikel bertajuk ‘Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab Berasal Dari Najd, Negeri Tempat Munculnya Tanduk Syaitan’ yang dinisbahkan kepada seorang yang bernama Dr. Azwira. Kemudiannya barulah saya ketahui yang Dr. Azwira memang penulisnya. Sebelum itu saya tidak pasti, sebab itulah pada tajuk tulisan saya itu ada tanda (?). Saya tidak kisah siapa penulisnya, apa yang hendak saya sentuh, keutamaannya ialah isi kandungan artikel.

Isi keseluruhan artikel Dr. Azwira ialah ‘MENAFIKAN NAJD (RIYADH) SEBAGAI TEMPAT GEMPA, FITNAH DAN TANDUK SYAITAN’.
Tulisan saya pula ialah UNTUK MENAFIKAN HUJAH-HUJAH DR. AZWIRA ‘YANG LEMAH DAN ADA YANG SALAH’ ITU.
Inilah temanya. Tulisan saya INI BUKANLAH untuk membuktikan yang Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab sebagai fitnah ataupun tanduk syaitan dan seumpamanya. Jika saya mahu menulis sedemikian, saya akan buat artikel lain.

Jadi, tulisan saya kali ini umumnya HANYALAH untuk MENAFIKAN HUJAH-HUJAH DR. AZWIRA ‘YANG LEMAH DAN ADA YANG SALAH’ sepanjang artikelnya itu.

Harap para pembaca mampu memahami PERKARA PENTING ini.



Berikut adalah komen ISLAMIC PRINCE 88 atau SYAFIQ UNITEN:

Posting pada: 02-10-07 22:24

w.b.t
apa-apa pun, bagi mereka yang kurang jelas tentang perkara ni.boleh Lihat ebook Dr Azwira: Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar?? di laman web ustaz Hafiz Firdaus
http://www.al-firdaus.com/SiapakahAhliSunnah/
Dr Azwira, membawa hujjah2 yang bernas...

tentang pembelaan terhadap Syeikh Muhammad Abdul Wahab, ramai lagi ulama'2 yang membelanya,
tak lama dulu ada seminar mengenai Syeikh Muhammad Abdul Wahab,

kertas kerja seminar tersebut dah pun dibukukan
bertajuk: Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab, Antara Fakta dan Palsu.
yang diterbitkan oleh Karya Bestari.

Antara pembetangnya ialah
Dr Johari Bin Mat
Dr Abdul Halim Ahmad Saising
Syeikh Ihsan Bin Muhammad Bin Ayis Al-Uthari
Dr. Sulaiman Al-Saloomi.
Dr. H. Yunahar Iylas
DR. AZZAM TAMIMI

hatta, Dr Yusof Al-Qardawi pun membela SMAW saja
. Ramai saja lagi yang membela SMAW,

apa-apa pun, berhati-hati lah, jangan lah kita jadi di antara org yang menyebarkan FITNAH terhadap ULAMA2'.

Wallahualam...


-----------------
www.syafiquniten.blogspot.com

Soleh Wa Musleh...



ALEXANDERWATHERN:
Saya berasa terkejut dengan isi komen ini! Berdasarkan isi komen ini, para pembaca rasa Syafiq Uniten baca dan teliti atau tidak karangan saya?..
Kita akan kupas kemudian, di bawah nanti.

Sebelum itu, berikut adalah jawapan saya kepadanya:



ALEXANDERWATHERN Posting pada: 02-10-07 22:48

Ya, daripada hujah-hujah Dr. Azwira dalam artikel itu, silap-silap dia yang membuat fitnah atas hadis Rasulullah. Sila semak secara terperinci.

Tolong jadi orang yang adil dalam membuat penilaian. Lihat setiap hujah dan buat keputusan, untuk hujah ini kebenaran lebih berpihak kepada siapa?

Contoh:

BELAAN PERTAMA: Hujah Dr. Azwira lebih kukuh.
BELAAN KEDUA: Hujah Alexanderwathern lebih kukuh
BELAAN KEEMPAT: Hujah....... lebih kukuh
SETERUSNYA: .........
sampai habis semua hujah.

Akhir sekali, buat kesimpulan besar- hujah siapa lebih menghampiri kebenaran.

Beginilah adab-adab dalam Islam. Bukan sekadar baca sepintas lalu, lalu buat kesimpulan keseluruhan, ditambah pula dengan dakwaan langsung ataupun tidak langsung seperti (saya) 'memfitnah' ulama dan sebagainya.. Di mana ilmiahnya, di mana hujahnya, di mana tanggungjawabnya, di mana keberaniannya, di mana kesarjanaannya..?

Pembaca sila faham sebelum (pembaca) terfitnah penulis artikel ini iaitu saya sendiri, kerana artikel itu BUKANYA MENOLAK PEMBELAAN ULAMA-ULAMA TERTENTU KEPADA SYEIKH MUHAMMAD ABDUL WAHHAB, tetapi MENOLAK KELEMAHAN HUJAH DAN PENDUSTAAN DR. AZWIRA yang mengatakan Najd Riyadh bukan tempat tanduk syaitan. Ini dua perkara yang JAUH BERBEZA.

”Apa-apa pun, berhati-hati lah, jangan lah kita jadi di antara org yang menyebarkan FITNAH terhadap hadis Nabi dan penulis artikel jawapan itu”.

Oleh kerana Syafiq Uniten terburu-buru untuk mempertahankan pegangannya selama ini tanpa membaca link yang saya sertakan tentang ADAB-ADAB BERDISKUSI, maka saya lampirkan di sini supaya pembaca lain tidak mengulangai kesilapan yang sama.

Ini adab-adab yang saya maksudkan...

ADAB-ADAB BERDISKUSI
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=208&mode=&order=0&thold=0

( * Saya memang sedia sertakan link ke ADAB-ADAB BERDISKUSI dalam tulisan asal, tetapi besar keyakinan saya yang Syafiq Uniten tidak membacapun kerana tergesa-gesa untuk membela Dr. Azwira)



Apa jawapan SYAFIQ UNITEN @ ISLAMIC PRINCE 88?:

Posting pada: 02-10-07023:05

terima kasih alex,

maaflah, kerana masa yang terhad, maka saya hanya rumuskan apa yang saya nak cakap, ringkas..

dan lagi mudah orang lain nak baca.



KUPASAN

Tulis Syafiq Uniten:
“apa-apa pun, bagi mereka yang kurang jelas tentang perkara ni.boleh Lihat ebook Dr Azwira: Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar?? di laman web ustaz Hafiz Firdaus
http://www.al-firdaus.com/SiapakahAhliSunnah/
Dr Azwira, membawa hujjah2 yang bernas...”

‘PERKARA NI’ dalam tulisannya tentu saja merujuk kepada isi kandungan tulisan saya itu.
Katanya lagi, Dr. Azwira membawa HUJAH-HUJAH YANG BERNAS.

Maksdunya, dalam MEMPERTAHANKAN NAJD SEBAGAI BUKAN TEMPAT TANDUK SYAITAN, Dr. Azwira membawa hujah-hujah yang bernas MENURUT SYAFIQ UNITEN.

Persoalan kita: HUJAH-HUJAH MANA YANG BERNAS ITU?

Semua hujah Dr. Azwira berkenaan hal ini keseluruhannya ada dalam tulisan saya, sama dengan yang ada pada link yang diberikan oleh Syafiq Uniten. DAN
 semua hujah-hujah itu telah saya buktikan sebagai tidak kukuh, malah ada yang berisi pembohongan- dalam tulisan saya itu.

Mengapa situasi ini berlaku?
Berikut adalah jawapannya:

1.    Syafiq Uniten tergesa-gesa untuk mempertahankan tulisan Dr. Azwira. Ini kerana Syafiq Uniten seorang yang cenderung kepada fahaman Tajdid Tua (lawan kepada Tajdid Sebenar http://protajdid.blogspot.com/ ) yang dibawa oleh kaum Salafi Tua @ Wahhabi- boleh dilihat daripada isi kandungan blognya. Saya membaca blognya sudah lama, kerana kami sama-sama memeriahkan Malaysian Muslim Blogs (kini dalam proses pemulihan) yang diasaskan oleh HEMBUSAN http://hembusan.blogspot.com/ .

2.    Oleh kerana tulisan saya mempertikaikan tulisan Dr. Azwira (salah seorang tokoh Salafi Tua), Syafiq Uniten berasa menjadi tanggungjawabnya untuk mempertahankan Dr. Azwira.

3.    Syafiq Uniten tidak MENELITI kehujahan tulisan saya, bahkan mungkin tidak dibacanya pun keseluruhan artikel saya itu lalu terus membuat belaan dengan menghantar komen.

4.    Nampak kepada kita sikap Syafiq Uniten yang sebenar, iaitu bertaqlid buta kepada fahaman Tajdid Tua @ Wahhabi dan tokoh-tokohnya seperti Dr. Azwira. Oleh kerana yang dibuka kelemahan dan kesalahannya (untuk menyelamatkan agama) itu insan berperibadi ‘Dr. Azwira’, maka dengan segera pembelaan dibuat. Doktrin ‘TOKOH AKU MESTI LEBIH BETUL’ yang tertanam di minda kebanyakan pendokong dakwah Tajdid Tua nampak jelas pada diri Syafiq Uniten.



Tulis Islamic Prince 88 lagi:

“tentang pembelaan terhadap Syeikh Muhammad Abdul Wahab, ramai lagi ulama'2 yang membelanya,
tak lama dulu ada seminar mengenai Syeikh Muhammad Abdul Wahab,
kertas kerja seminar tersebut dah pun dibukukan
bertajuk: Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab, Antara Fakta dan Palsu.
yang diterbitkan oleh Karya Bestari.
Antara pembetangnya ialah
Dr Johari Bin Mat
Dr Abdul Halim Ahmad Saising
Syeikh Ihsan Bin Muhammad Bin Ayis Al-Uthari
Dr. Sulaiman Al-Saloomi.
Dr. H. Yunahar Iylas
DR. AZZAM TAMIMI
hatta, Dr Yusof Al-Qardawi pun membela SMAW saja
. Ramai saja lagi yang membela SMAW,
apa-apa pun, berhati-hati lah, jangan lah kita jadi di antara org yang menyebarkan FITNAH terhadap ULAMA2'.”


Apalah kaitan puji-pujian ke atas Muhammad bin Abdul Wahhab ini dengan tulisan saya MENOLAK BELAAN DR. AZWIRA KE ATAS NAJD? Lainlah kalau isi tulisan saya keseluruhannya mengatakan MEMANG MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB ADALAH FITNAH AKHIR ZAMAN DAN TANDUK SYAITAN. Pelik bukan?

Kalaulah Syafiq Uniten hendak membela tulisan Dr. Azwira pun, sepatutnya dia senaraikan para ulama yang mengatakan tulisan Dr. Azwira ini kukuh, tidak berisi penipuan, tiada salah fakta dan sebagainya. Barulah betul dan kena dengan tempatnya!

Sebagai tambahan (walaupun tidak ada kena-mengena):
Kalau sekadar lima enam orang yang memuji Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab, saya juga bisa menyenaraikan lebih ramai ulama besar yang menolaknya. Pujian lima enam orang tokoh itu bukan bukti Syeikh Ibn Abdul Wahhab an-Najdi sebagai ‘lebih banyak betul daripada salah’. Nama-nama yang disebutkan itu pun umumnya memang pendokong dakwah Salafi Tua @ Wahhabi. Cuba kalau pembentangnya terdiri daripada Ustaz Wan Soghir, Ustaz Abdul Raof al-Bahanji, anak-anak murid Tok Kenali, Ustaz el-Muhammady, Syeikh Nazeem Haqqani, Maulana Mustaqim, Syeikh Nuruddin al-Banjari dan lain-lain


Bersilat berseorangan memanglah kita pemenang mutlak.

Berkenaan Qardhawi, apa sandaran kita untuk mengatakan beliau memuji 100% ataupun 80% dakwah Syeikh Muhammad Abdul Wahhab?
Fahami cara Qardhawi, umumnya dia memuji apa yang benar dan baik SAHAJA daripada seseorang.
Apabila kita memuji Genghis Khan sebagai perencana dan penakluk hebat, bukan bermaksud kita menyokong segala perlakuan buruknya.
Apabila Bush memuji Pemimpin Malaysia, adakah itu tandanya dia memuji semua tentang pemimpin Malaysia itu?
Apabila kita memuji zaman kekhalifahan Islam, adakah itu maknanya kita bersetuju dengan fahaman Muktazilah beberapa orang khalifah kita terdahulu?


“apa-apa pun, berhati-hati lah, jangan lah kita jadi di antara org yang menyebarkan FITNAH terhadap ULAMA2'.”

Biasanya fitnah dicetuskan oleh mereka yang berkelakuan seperti Syafiq Uniten inilah
 lain yang kita pertikaikan, lain pula yang dipertahankannya.


Contoh mudah:

Tun Mahathir meramalkan, “Serangan ke atas Malaysia akan dimulakan dari selatan.”

Para ulama mengatakan ‘selatan’ itu ialah Singapura.

Dr. Azwira datangkan hujah-hujahnya mengatakan ‘selatan’ itu ialah Filipina.

Alexanderwathern membantah hujah-hujah Dr. Azwira kerana ternyata Filipina tidak berada di selatan Malaysia.

Tiba-tiba
.
Datang Syafiq Uniten!
Dia membantah tulisan Alexanderwathern dengan katanya:

“Tentang pembelaan terhadap Lee Kuan Yew, ramai lagi para pemimpin dunia yang membelanya. Tak lama dulu ada seminar mengenai Lee Kuan Yew,
kertas kerja seminar tersebut dah pun dibukukan
bertajuk: Lee Kuan Yew, Antara Fakta dan Palsu.
yang diterbitkan oleh Karya Bestari.

Antara pembentangnya ialah:
Fidel Castro
Pervez Musharraf
Sultan Brunei
Thaksin
hatta, Anwar Ibrahim pun membela Lee Kuan Yew juga.
. Ramai saja lagi yang membela Lee Kuan Yew,
apa-apa pun, berhati-hati lah, jangan lah kita jadi di antara org yang menyebarkan FITNAH terhadap pemimpin-pemimpin dunia'.”


Eh

. apa kaitan tulisan saya dengan jawapan Syafiq Uniten ini?
Apa yang saya tulis dan apa pula yang dipertahankannya?
Pelik kan?

Para pembaca nampak apa yang berlaku?...


Huraian contoh mudah di atas:

Rasulullah mengatakan tanduk syaitan dari Timur.

Para ulama berpendapat Timur itu termasuklah Najd.

Dr. Azwira mengatakan Timur itu ialah Iraq dan bukannya Najd. Najd terletak di timur Makkah.

Alexanderwathern membantah hujah-hujah Dr. Azwira. Kerana jelas Najd di timur Madinah.

Tiba-tiba

Datang Syafiq Uniten dengan hujah
:

“tentang pembelaan terhadap Syeikh Muhammad Abdul Wahab, ramai lagi ulama'2 yang membelanya,
tak lama dulu ada seminar mengenai Syeikh Muhammad Abdul Wahab,
kertas kerja seminar tersebut dah pun dibukukan
bertajuk: Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab, Antara Fakta dan Palsu.
yang diterbitkan oleh Karya Bestari.
Antara pembetangnya ialah
Dr Johari Bin Mat
Dr Abdul Halim Ahmad Saising
Syeikh Ihsan Bin Muhammad Bin Ayis Al-Uthari
Dr. Sulaiman Al-Saloomi.
Dr. H. Yunahar Iylas
DR. AZZAM TAMIMI
hatta, Dr Yusof Al-Qardawi pun membela SMAW saja
. Ramai saja lagi yang membela SMAW,
apa-apa pun, berhati-hati lah, jangan lah kita jadi di antara org yang menyebarkan FITNAH terhadap ULAMA2'.”


Apa kaitannya
?

Patutlah tersebarnya fitnah semakin menjadi-jadi
.


“terima kasih alex,
maaflah, kerana masa yang terhad, maka saya hanya rumuskan apa yang saya nak cakap, ringkas..
dan lagi mudah orang lain nak baca.”

Hanya dengan beberapa baris ayat ini kita mahu orang lain percaya kita bawa kebenaran?


Wallahualam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderwathernProfil   Hantar PM kepada alexanderwathern   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-10-07 22:25


isk.. saya sangka kan thread ni dah habis.
tak sangka, ada sambunganya,

tak adil rasanya kalau kita hanya melihat bantahan alex tanpa melihat buku yang alex bantah.

jom, baca buku Dr Azwira, Siapakah ASWJ?. boleh download kat sini.
http://www.mediamax.com/naj13/Hosted/siapakah%20aswj.exe

Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-10-07 22:48


http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=KSRo0b



Name Abdullah    - United States
Profession
Question Some people have been showing hadith that talk bad about najd. Should we accept scholars from najd? Can you explain the hadith concerning the region?


Answer That hadith could mean certain eventual happenings like the events that took place after the Prophet (SAAWS) went back to Allah. For example, apostasy and refusing to pay zakat. But that never means anything of a perpetual characteristic of that region.

Nowadays, it is on the contrary Najd and Al-Qassim are among the richest areas in providing the Muslim world with 'Ulama, knowledge, and bounties for the Muslim world.


-----------------
www.syafiquniten.blogspot.com

Soleh Wa Musleh...


Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-10-07 22:55


Boleh tahu apa kredibiliti Dr Azwira dalam bidang hadith? Muhaddithin adalah mereka yang mempunyai sanad sehingga kepada rasuluLLah sebagai memelihara warisan ISlam yang amat berharga ini. Saya takkan menerima pandangannya tanpa melihat kepada kriteria ini.

Begitulah yang ditunjukkan oleh para sahabat dan periwayat hadith, mereka semua mempunyai sanad. Dengan siapa pula Dr Azwira ini belajar? - bukan bermaksud merendahkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-10-07 22:57


tentang albani - ramai ulamak bahkan muhaddithin menolak albani. Antara lain kerana fatwanya yang kontroversi mengharamkan wanita memakai emas etc. Tetapi den menghormatinya sebagai orang yang berilmu di bidang hadith.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-10-07 23:18


memang benar albani ada mendhaiefkan hadith dalam suatu kitab kendian mensahihkan dalam kitab lain. Ini bukan perkataan ustaz zamihan. Bahkan diakui sendiri oleh Dr Yusof Al Qardhawi sendiri didalam buku fatwa mu'assarohnya. Di mana ketika itu albani mengatakan buku al halal wal haram li yusof al qardhawi mengandungi beberapa hadith dhoief. Sedangkan diketahui bahawa yusof al Qardhawi menaqalkan dari imam hadith yang lain . Dan apa yang dihukumkan oleh albani itu bukanlah qot'ie atau pemutus.

Contohnya dalam hadith yang bererti : Seseorang Muslim yang membunuh seekor burung atau binatang yang lebih besar adripadanya tidak dengan haknya, maka dia akan disoal oleh ALlah s.w.t. Baginda ditanya "Apakah haknya wahai RasuluLLah" RasuluLLah menjawab : "Dia menyembelihnya dan memakannya dan bukan dia memotong kepalanya dan membuangnya.

Diriwayatkan oleh an Nasa'ie dan al Hakim. Kata al Hakim : Sanadnya sahih daripada hadith AbduLlah bin Amru, "Hadith ini telah dihukum dhoief oleh Albani di dalam kitabnya Takhrij Halal dan Haram. Hadith nombor 47.

Begitu juga dengan hadith yang maksudnya : "Sesiapa yang sengaja membunuh burung dengan sia-sia, burung itu akan menghadap Allah pada hari kiamat dan berkata " wahai Tuhanku! sungguh si polan telah membunuhku dengan sia-sia dan bukannya kerana mengambil manfaat dariku."

Hadith ini diriwayatkan oleh an NAsai dan Ibn Hibban dalam sahihnya daripada as Syarid. Ia juga telah dihukum dhoief oleh al Bani dalam hadith nombor 46.

PAnjang lagi huraian yang diberitahu oleh Dr Yusof al Qardhawi mengenai sikap albani yang tidak konsisten hinggakan terdapat perbezaan antara cetakan pertama kitab sohih jama'ie as soghir wa ziadatuh dan kitab dhoief al jami'e as soghir wa ziadatuh dengan cetakan kedua bagi kedua-dua kitab tersebut. BErlakunya pemindahan sesetengah hadith dari kitab pertama kepada kitab kedua dan sebaliknya.

Contoh lain ; Di dalam hadith yang bermaksud : Sesungguhnya Allah telah memfardhukan beberapa perkara fardhu maka janganlah kamu mensia-siakannya, dan Dia telah menjelaskan hudud-hudud dan janganlah kamu melampauinya. Dia telah mengharamkan sesuatu dan janganlah kamu mencerobohinya dan Dia telah membiarkan beberapa perkara dengan sebab rahmatNya kepada kamu dan bukannya sebab lupa maka janganlah kamu mencarinya - Riwayat daruqutni.

Sheikh Albani telah menghukumnkannya sebagai dhoief meskipun an Nawawi mengatakan hasan dan menyusunnya di dalam kitab hadith empat puluhnya yang mahsyur.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-10-07 23:22


maaf - bagi saya Dr Azwira pun masih belum menguasai bidang hadith. Nanti saya juga akan menyelidiki mengenai masalah tahlil, talqin yang disebutkan dalam e book tersebut sebagai tidak cukup syarat menjadikan ia bid'ah hasanah. Insya ALlah.

Ini bukanlah bermaksud saya ini pakar hadith (jauh panggang dari api) tetapi di tangan saya sekarang ini ada terjemahan dari feqh mu'assaroh dan juga kitab terjemahan dari sheikh siddiq al ghumary - bagi menerangkan permasalahan yang disinggung oleh Dr Azwira di dalam e book tersebut.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-10-07 23:36


Bagi saya - apabila melihat maslaah tidak konsistennya albani di dalam mentakhrij hadith, walaupun di dalam cetakan yang baru kemudiannya ia memperbaiki (itupun setelah ia menyedari - dan ini amat bagus) ia boleh mendatangkan kekeliruan. Tentu anda tahu bukan apakah kriteria seorang muhaddith - apatah lagi darihal perkara jarh wa at ta'dil. Perlu ada adil, dhobit, thiqoh, sanadnya tidak terputus sehingga kepada rasuluLLah etc. Maka bagi den kena berhati-hati terhadap hadith yang dinilaikan oleh albani ini.

Apapun ia tidak mengurangkan keilmuwan albani di dalam bidang hadith.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-10-07 23:45


apa-apa hal pun alex, bagus lah jika artikel anda ini tiada niat lansung untuk memburukkan SMAW dan ulama2 di KSA

Sebab ada juga kes org bercakap pasal hadis Najd ni, kemudian m'buruk2 an ulama'2 di KSA dan SMAW sendiri.

kata-kata saya
..

!!! QUOTE !!!

apa-apa pun, berhati-hati lah, jangan lah kita jadi di antara org yang menyebarkan FITNAH terhadap ULAMA2'.


adalah untuk semua org, kepada anda, kepada saya , dan kepada semua pembaca.
agar lebih berhati-hati.

Wallahualam


-----------------
www.syafiquniten.blogspot.com

Soleh Wa Musleh...
[ Telah diedit oleh: Islamic_prince88 pada 19-10-07 04:17 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-10-07 23:52


dan terima kasih kepada alex kerana melayani saya untuk berdiskusi, walaupun saya tidak memberikan hujjah,
saya hanya sertakan rujukan saya sahaja.

kerana saya masih lagi bergelar sebagai pelajar, maka saya rasa saya bukan org yang layak untuk m'bahas permasalahan ini, mungkin boleh beri pada mereka yang lagi pakar.

kerana itu saya sertakan rujukan buku Dr Azwira, kerana beliau antara org yang berkelayakan bercakap dalam masalah ini.

mungkin sahabat2 lain boleh berkongsi rujukan??..silakan...

so, saya rasa, saya takmo cakap banyak sangat dalam permasalahn ini, saya tak nak jadi org yang sesat lagi menyesatkan. Maka, serah lah pada mereka yang pakar.

Wallahualam...


-----------------
www.syafiquniten.blogspot.com

Soleh Wa Musleh...
[ Telah diedit oleh: Islamic_prince88 pada 18-10-07 23:53 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-10-07 23:55


ustaz zamihan dan Dr azwira ini kedua-duanya berilmu :) Cuma lain cara pemahaman mereka.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-10-07 02:24


Dari e book Dr Azwira

!!! QUOTE !!!

Peristiwa yang berlaku pada zaman Sahabat radhiallahu ‘anhum ini mengandungi banyak pengajaran yang harus dihayati oleh umat Islam. Antara pengajaran itu ialah:

Pertama: Bahawa amalan berzikir dalam halaqah beramai-ramai dengan menggunakan biji-biji batu adalah suatu bid’ah yang menyalahi Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan para Sahabat radhiallahu ‘anhum.


petikan di atas diambil dari e book yang diberikan oleh islamic prince88.

Dan ini pula daripada muhaddithin sheikh Siddiq al Ghumari di mana menyanggah perkataan di atas ini yang kononnya menggunakan biji-biji batu adalah suatu bid'ah.

Dalam sebuah hadith sahih daripada Sa'ad bin ABi Waqqas menyebutkan beliau bersama Nabi s.a.w mengunjungi seorang wanita yang terdapat di hadapannya biji-biji kecil atau anak-anak batu. Dia menggunakannya untuk bertasbih, Lalu baginda bersabda : Mahukah aku memberitahumu cara yang lebih mudah kepadamu atau lebih baik berbanding cara ini? (sebutlah) (maha suci Allah sebanyak bilngan makhluk yang diciptakanNya di langit, maha sunci Allah sebanyak bilangan makhluk yang diciptakanNya di bumi, maha suci Allah sebanyak bilangan apa yang ada di antara langit dan bumi, maha suci Allah sebanyak bilangan apa yang Dia ciptakan, dan sebutlah AllahuAkbar begitu juga, alhamduliLlah pun beigtu juga lah ilaha ilaLLah begitu juga lah haula wala quwwata illa biLLah pun begitu juga)

hadith ini dikategorikan sebagai hasan oleh al tirmidzi, dan dianggap sahih oleh Ibn Hibban dan al Hakim. Sanadnya hasan, riwayat al tirmidzi ; Kitab al Da'awat (3568), Ibn Hibban ; al Ihsan (834), al Hakim (1/548) di pandang sahih oleh al Dzahabi.

terdapat juga athar daripada para sahabat bahawa mereka menghitung (zikir) dengan menggunakan biji kecil atau anak batu atau benang dijalinkan dengan batu permata dalam ebntuk buah tasbih. Keterangan tentangnya disebutkan dengan lengkap oleh al Hafiz al Suyuti dalam satu bahagian berjudul al Minhah fi al Subhah.
[ Telah diedit oleh: Anak_Pejuang pada 19-10-07 02:26 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-10-07 02:38


Dari e book DR Azwira

!!! QUOTE !!!

Ketiga: Kata-kata ‘Amr Ibn Salamah bahawa beliau melihat semua lelaki yang mengadakan halaqah zikir itu menyertai puak Khawarij untuk memerangi para Sahabat radhiallahu ‘anhum, menunjukkan bahawa sikap mengambil mudah terhadap perkara bid’ah akhirnya mengheret pengamalnya ke arah bid’ah yang lebih bahaya dan lebih besar.


Penjelasan :

Bagi den perkatan Amr Ibn Salamah itu perkara yang berlaku kepada puak khawarij, Kenapa perlu dikaitkan dengan masa sekarang. Maka tidaklah boleh menyatakan bahawa apa yang berlaku kepada puak khawarij itu terjadi pula pada masa sekarang - mana ada lagi para sahabat? Jadi den menolak hujjah Dr Azwira.

Di bawah ini didatangkan dalil yang menyokong halaqah zikir.

A. Ayat-Ayat Al-Qur’an Yang Mengisyaratkan Tentang Disyari’atkannya Zikir Berjama’ah

Apabila kita meneliti ayat-ayat al-Qur’an yang ada hubungannya dengan masalah zikir, nescaya kita akan menemukan ayat-ayat yang mengisyaratkan tentang disyari’atkannya zikir secara berjama’ah, baik bagi kaum lelaki mahupun kaum perempuan, dalil-dalilnya antara lain dapat dibaca dalam tiga firman Allah S.W.T. berikut ini:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا
a. Firman Allah S.W.T:
Ertinya: “Wahai sekalian orang-orang yang beriman, berzikirlah kalian semua kepada Allah dengan zikir yang banyak.” (Q.S. al-Ahzab: 41)

Ayat-ayat yang senada dengan ini dapat dibaca dalam al-Qur’an Surah al-Baqarah ayat 152 dan ayat 200.

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ
b. Firman Allah S.W.T.:
Ertinya: “Orang-orang yang berzikir kepada Allah
” (Q.S. Ali ‘Imran: 191)

c. Dan firman Allah S.W.T:

وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ
Ertinya: “Dan (mereka) lelaki dan perempuan yang banyak berzikir kepada Allah
” (Q.S. al-Ahzab: 35)

d. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.

Daripada Hadith


e. Hadith riwayat Imam Muslim, Imam Tirmidzi dan Imam Ibn Majah dari Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudri .a. kedua sahabat itu telah menyaksikan Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tidaklah duduk suatu kaum berzikir (menyebut) nama Allah ‘Azza wa Jalla melainkan dinaungilah mereka oleh para malaikat, dipenuhi mereka oleh rahmat Allah dan diberikan ketenangan kepada mereka, juga Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan malaikat yang ada di sisi-Nya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim, Imam Tirmidzi dan Imam Ibn Majah dari Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudri .a.) {2}

Sumber Ambilan :
Sila Klik Sini
[ Telah diedit oleh: Anak_Pejuang pada 19-10-07 02:39 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-10-07 03:34


!!! QUOTE !!!

Apalah kaitan puji-pujian ke atas Muhammad bin Abdul Wahhab ini dengan tulisan saya MENOLAK BELAAN DR. AZWIRA KE ATAS NAJD? Lainlah kalau isi tulisan saya keseluruhannya mengatakan MEMANG MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB ADALAH FITNAH AKHIR ZAMAN DAN TANDUK SYAITAN. Pelik bukan?


1. Pertamanya saya ingin meminta maaf jika pujian2 ke atas SMAW tiada kaitan dengan tulisan anda, maka ia merupakan kesilapan saya di dalam memahami kesuluruhan artikel anda, mungkin saya memahami artikel anda berlainan apa yang anda cuma memaham kan saya.

2. Rasanya saya dan anda hanya lah berbeza di dalam memahami dimana kah Najd menurut hadis tersebut. Rasanya permasalahan begini usah lah dipanjangkan.

3. Persamaan kita adalah, kita sama-sama memahami, kecaman pada suasana yang berlaku di tempat itu pada suatu masa yang tertentu
sesuatu tempat yang dianggap sebagai tidak baik tidak semestinya menggambarkan kejahatan seluruh penduduknya sepanjang masa, hatta, boleh melahirkan ulama2 juga.
benarkan??..


-----------------
www.syafiquniten.blogspot.com

Soleh Wa Musleh...


Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-10-07 14:33


Dari e book DR AZWIRA

!!! QUOTE !!!

Pertama: Bid’ah Asliyyah iaitu segala amalan baru dalam agama yang tidak pernah disunnahkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, seperti amalan tarikat tasauf, menyebut perkataan usalli sebelum takbiratul ihram dan membaca Al-Quran di atas kubur.


Membaca al Quran di atas kuburan yang dikatakan bid'ah dan tidak pernah disunnahkan dalilnya adalah dibawah ini :

MEmbaca al Quran untuk dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal dunia merupakan satu dari perintah Nabi s.a.w. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam kitab Musnadnya, ABu Dawud, Al Nasai dan Ibn Hibban bahawa Nabi s.a.w bersada (yang bererti) "bacalah surah YAsin untuk orang-orang yang telah meninggal dunia di antara kamu' - diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Kitab Musnadnya dari Ma'qal bin Yasar, al Musnad jilid V h 26-27

Berkaitan hadith di atas, Imam Nawawi di dalam kitab al Azkar memberi ulasan : Para ulama hadith, feqh dan lainya bersepakat ke atas adanya keharusan (dibolehkan) menjadikan hadith dhoief sebagai hujjah ke atas amal-amal keutamaan (fadhail a'mal) dan untuk al targhib wa al Tarhib (dijadikan motivasi dalam beramal soleh dan sebagai hujjah agar lebih takut kepada Allah) selagi mana kedhoiefan hadith tersebut tidak sampai pada darjat maudhuk (iaitu kategori hadith palsu) - Muqaddimah kitab al Azkar, h 23

Dalam teks hadith di atas, Imam Abu Dawud tidak memberi tanda sebagai hadith dhoief, hal ini menandakan bahawa hadith tersebut layak dan patut untuk diamalkan dan tidak jauh dari darjat hadith HASAN LI GHAIRIHI. Sekurang-kurangnya hadith di atas dapat memberi manfaat jika diamalkan dan mencegah terjadinya perdebatan orang yang menolak atau mengingkari pengamala kandungan hadith tersebut. Apatah lagi ia diperkuatkan dan disokong oleh perbuatan dan amalam para fuqaha' di berbagai kota pada zaman dahulu ataupun sekarang dan juga realitinya membaca yasin adalah amal ibadah sudah popular dan mahsyur di tengah-tengah masyarakat.
[ Telah diedit oleh: Anak_Pejuang pada 19-10-07 14:34 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-10-07 14:34


Perkara- perkara yang serupa dengan kes dalam hadith tersebut adalah sangat banyak. Hal ini boleh dirujuk kepada kitab-kitab hadith yang mulia. Di antaranya ialah hadith dhoief yang diriwayatkan oelh al HAfiz Imam al Tirmizi dan setelah menyebut kedhoiefannya maka ia menyatakan, ...Dan hadith ini telahpun diamalkan oleh orang ramai dari kalangan ulama...

Di dalam kitab Musnadnya, Imam Ahmad meriwayatkan hadith dari Abu Al Mughirah dari Safwan iaitu Ibnu Umar dari para Masyaikh, bahawa mereka melawat Ghudaif bin Haris ketika ia menderita sakit tenat, dia berkata kepada sekumpulan MAsyaikh "Adakah di antara tuan-tuan yang membaca surah Yasin" Kemudian Salih bin Syarih al Syaukani membaca Yasin. ketika sampai pada ayat ke 40, Ghudhaif menghembuskan nafasnya kali terakhir dan meninggal dunia. Pada saat itu masyaikh tersebut berkata : "Jika surah Yasin dibacakan untuk orang yang meninggal dunia, maka dia akan mendapat keringanan (seksa)"

- Disebutkan di dalam kitab Fath al Rabani jilid XVII h 253 bahawa Ghudhaif adalah salah seorang sahabat, ada pendapat menyebut dia sebagai tabi'ien. YAng betul adalah pendapat pertama sepertimana disebutkan di dalam kitab al Isabah. Al Hafiz (Ibn Hajar) di dalam kitab al Isabah menilai hadith tersebut sebagai hadith yang isnadnya hasan (rujuk al - Isabah jilid III h 184). Imam al Suyuthi menyokong pendapat tersebut di dalam kitabnya yang bertajuk al Durr al Manthur dan menisbatkannya kepada Ibn Sa'ad (jilid 8, h 39).

Penyusun Kitab Musnad al Firdaus, meriwayatkan hadith di atas dari Abi Darda' .a dengna lafaz (ertinya) : Tidak ada orang yang meninggal dunia, kemudian dibacakan surah YAsin untuknya kecuali Allah azzawajalla akan memberi keringanan ke atasnya.

- Lihat Musnad al Firdaus jilid IV h 32 lebih lanjut Imam al Suyuthi menyokong dan membenarkannya di dalam kitab al Durr al Manthur ketika mentafsirkan surah YAsin dan menisbahkannya kepada Ibn Mardawih.

Ibn Hibban dalam kitab sahihnya meriwayatkan hadith dari Jundab bin AbdiLlah, RasuluLLah S.a.w bersabda yang bererti : Surah al Baqarah adalah tulang belakang al Quran, ia diperturunkan oleh lapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat Kursi diturunkan dari bawah Arsy, kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al Baqarah. Surah YAsin pula adlaah hati al Quran, tiadak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha Allah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dariNya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia

- Ditakhrij oleh Ibn Hibban di dalam kitab Sahihnya pada bab Fadhilat Surah al Baqarah. Demikian juga al Haithami meriwayatkan dalam Kitab Mawarid al Dzama'an (jilid V h 397). Imam Ahmad juga meriwayatkannya di dalam Musnad dari MA'qal bin Yasar (Jilid V h 26). Al Haithami mengulas hadith tersebut di dalam kitab Majma' al Zawaid, Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di dalamnya ada salah seorang perawi yang tidak disebut namanya, bagaimanapun perawi-perawi lainnya adalah sahih (jilid VI, h 311)

Sumber ambilan : Kajian mendalam ke atas manfaat amalam orang hidup terhadap arwah - Tahqiq al amal fi ma yanfa' al mayyit min al a'mal li - Prof Dr Sayyid Muhammad "alawi Al Maliki Al Hasani.

Terjemahan - Abu Mazaya a; Hafiz M. AbdiLLah Murtadlo - Terbitan Perniagaan Jahabersa 2007.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

alexanderwathern
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10501
Posting: 103
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 19-10-07 21:05


CUBAAN MEMBELA DR. AZWIRA (2)

SYAFIQ UNITEN:
Posting pada: 18-10-07 22:25
isk.. saya sangka kan thread ni dah habis.
tak sangka, ada sambunganya,
tak adil rasanya kalau kita hanya melihat bantahan alex tanpa melihat buku yang alex bantah.
jom, baca buku Dr Azwira, Siapakah ASWJ?. boleh download kat sini.
http://www.mediamax.com/naj13/Hosted/siapakah%20aswj.exe

ALEXANDERWATHERN:
Tak habis lagi Tuan Syafiq. Saya tidak mahu meninggalkan para pembaca dalam keadaan banyak keliru, tertanya-tanya ataupun tersalah anggap, lebih-lebih lagi jika mereka dihidangkan dengan MAKLUMAT YANG TIDAK BENAR. Setiap tulisan kita akan diminta pertanggungjawabannya di akhirat nanti. Sekiranya tuan mahu ia dikira selesai, insyaallah saya tidak menyambung apa-apa lagi. Cuma mana-mana bahagian yang tidak benar akan saya jelaskan sebagai mengakhiri diskusi kita.

Kata tuan:
“tak adil rasanya kalau kita hanya melihat bantahan alex tanpa melihat buku yang alex bantah.”

Pembetulan yang saya mahu pembaca faham ialah
 SAYA TIDAK MEMBANTAH BUKU DR. AZWIRA sebagaimana yang tuan dakwa, tetapi membantah salah satu tulisan Dr. Azwira tentang Najd yang rupa-rupanya ada dalam buku itu.
Jauh bezanya antara MENJAWAB BUKU dengan MENJAWAB SATU ARTIKEL.
Ini ‘maklumat tidak benar yang pertama’.

Saya yakin tuan seorang yang ikhlas, tetapi jika tuan LEBIH IKHLAS, pastinya tuan akan mengajak pembaca melihat artikel tentang Najd sahaja yang ada dalam buku itu, kerana hanya hal itu yang DIBINCANGKAN, bukan keseluruhan isi buku itu yang tidak ada kaitan dengan isu Najd.

“tak adil rasanya kalau kita hanya melihat bantahan alex tanpa melihat buku yang alex bantah.”

Perkataan TAK ADIL dalam kata-kata tuan itu ternyata salah. Mengapa? Kerana kesleuruhan artikel Dr. Azwira tentang Najd daripada buku itu sedari awal saya masukkan kesemuanya dalam bantahan saya, malah menjawab kesemuanya.
Perkataan TAK ADIL itu hanya sah jika saya hanya memetik sebahagian saja daripada tulisan Dr. Azwira tentang Najd, padahal saya petik keseluruhan. Maksudnya, tanpa pembaca melihat buku itu pun, semua tulisannya tentang sudah ada saya sertakan.

Jadi, tindakan tuan mengajak pembaca melihat buku itu sebenarnya lebih kepada mempromosikan beda-benda lain yang tidak ada kaitan dengan permasalahan Najd, yang ditulis oleh Dr. Azwira dalam buku itu yang sekaligus akan mempromosikan beberapa fahaman Salafi Tua. Isu Najd ini telah menjunamkan krediniliti Azwira. Maka diharap kebenaran Azwira dalam isu-isu lain diharap dapat menutup kelemahan dan kesalahannya dalam isu Najd ini, seterusnya mengangkat kembali kredibilitinya. Ini yang berlaku.

Hakikatnya, hujah tuan mengatakan TIDAK ADIL jika para pembaca tidak membaca buku Dr. Azwira merupakan MAKLUMAT TIDAK BENAR KEDUA. Terpaksa saya membetulkannya.
Lebih-lebih pun, sepatutnya tuan mengatakan “tak adil rasanya kalau kita hanya melihat bantahan alex tanpa melihat SUMBER ARTIKEL yang alex bantah.”
Kalau yang ini bunyinya, insyallah masih boleh kita terima. Tujuannya agar pembaca membuat bandingan sama ada Alexanderwathern ada mengubahsuai tulisan asal Azwira ataupun tidak. Yang jelasnya, setiap butir tulisan Azwira tidak ada yang saya ubah, semuanya ada dan semuanya dijawab.

Usaha tuan mengaitkan tulisan saya dengan BUKU Azwira adalah tidak wajar.
Yang wajarnya, tuan kaitkan tulisan saya dengan tulisan Azwira tentang Najd dalam buku itu sahaja.

Contoh:

Azwira menulis sebuah buku bertajuk ‘Mengapa Mahathir Menolak Anwar’.
Ada beberapa bab seperti:
1.    Kerana Anwar Terlibat Dengan Rasuah
2.    Kerana Anwar Terlibat Dengan Kuasa Asing
3.    Kerana Anwar Terlibat Dengan Homoseks
4.    Kerana Anwar Alat PAS
5.    Kerana Anwar Tidak Pandai Ekonomi.
6.    Dan lain-lain.

Tiba-tiba saya terjumpa salah satu bab dalam bentuk artikel iaitu bab ke-3 ‘Kerana Anwar Terlibat Dengan Homoseks’ lalu saya menyalin semua keseluruhan bab/ artikel itu dan menjawabnya.

Kemudian tuan datang lalu berkata:
“tak adil rasanya kalau kita hanya melihat bantahan alex tanpa melihat buku yang alex bantah.”

Mengapa tuan ajak melihat keseluruhan buku itu dan bukannya bab 3?
Nampak jelas tuan cuba promosikan hujah-hujah Azwira yang lain walaupun ia tiada kaitan dengan apa yang sedang didiskusikan.

Tapi
 tidak mengapalah. Saya sudah jelaskan kedudukannya di sini dan harap para pembaca faham.




SYAFIQ UNITEN:
Posting pada: 18-10-07 22:48
http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=KSRo0b

Name Abdullah    - United States
Profession
Question Some people have been showing hadith that talk bad about najd. Should we accept scholars from najd? Can you explain the hadith concerning the region?

Answer That hadith could mean certain eventual happenings like the events that took place after the Prophet (SAAWS) went back to Allah. For example, apostasy and refusing to pay zakat. But that never means anything of a perpetual characteristic of that region.

Nowadays, it is on the contrary Najd and Al-Qassim are among the richest areas in providing the Muslim world with 'Ulama, knowledge, and bounties for the Muslim world.


ALEXANDERWATHERN:
Yang ini
 saya juga bersetuju. Dan yang paling penting, ia tidak menggugat mana-mana hujah saya ataupun mengukuhkan dakwan Azwita kononnya Najd bukan tempat fitnah dan tanduk syaitan.




SYAFIQ UNITEN;
Posting pada: 18-10-07 23:45
apa-apa hal pun alex, bagus lah jika artikel anda ini tiada niat lansung untuk memburukkan SMAW dan ulama2 di KSA
Sebab ada juga kes org bercakap pasal hadis Najd ni, kemudian m'buruk2 an ulama'2 di KSA dan SMAW sendiri.

!!! QUOTE !!!
apa-apa pun, berhati-hati lah, jangan lah kita jadi di antara org yang menyebarkan FITNAH terhadap ULAMA2'.

adalah untuk semua org, kepada anda, kepada saya , dan kepada semua pembaca.
agar lebih berhati-hati.
Wallahualam

dan terima kasih kepada alex kerana melayani saya untuk berdiskusi, walaupun saya tidak memberikan hujjah,
saya hanya sertakan rujukan saya sahaja.

kerana saya masih lagi bergelar sebagai pelajar, maka saya rasa saya bukan org yang layak untuk m'bahas permasalahan ini, mungkin boleh beri pada mereka yang lagi pakar.

kerana itu saya sertakan rujukan buku Dr Azwira, kerana beliau antara org yang berkelayakan bercakap dalam masalah ini.

mungkin sahabat2 lain boleh berkongsi rujukan??..silakan...

so, saya rasa, saya takmo cakap banyak sangat dalam permasalahn ini, saya tak nak jadi org yang sesat lagi menyesatkan. Maka, serah lah pada mereka yang pakar.

Wallahualam...


ALEXANDERWATHERN:
Alhamdulillah syukur. Nampaknya setakat ini tuan sudah faham APA YANG SEDANG DIISUKAN. Jika saya berhasrat untuk menyelamatkan umat Islam dengan mendedahkan apa yang SALAH dan apa yang LEMAH pada Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan SEBAHAGAIAN ulama di Kingdom of Saudi Arabia, tentunya saya akan menulis artikel lain, bukannya menjawab permasalahan Najd oleh Azwira ini.

Terima kasih kembali kepada tuan kerana membantu saya ‘menjana’ minda saya dan menambah ruang unuk saya mendakwahkan kebenaran.

Pendirian saya, jika saya berasa saya tidak layak membicarakan sesuatu perkara, maka saya tidak akan mengulas apa-apa pun tentangnya, apatah lagi cuba membantah pendapat seseorang. Sedari awal saya ingatkan diri saya dengan prinsip ini. Hal ini untuk mengelakkan saya daripada berbicara dalam hal yang tidak saya punya pengetahuan MEMADAI. Sebab itu setakat ini saya belum pernah mempertikai mana-mana pendapat tapi di akhirnya saya berlalu sambil berkata “saya rasa saya bukan org yang layak untuk m'bahas permasalahan ini, mungkin boleh beri pada mereka yang lagi pakar.”
Biasanya saya sedar yang saya tidak layak sejak awal, bukan di pertengahan ataupun di penghujung diskusi.
Mungkin prinsip ini ada manfaatnya untuk tuan dan para pembaca, terutamanya kepada mereka yang gemar berbicara hal-hal keagamaan.

Dalam soal menafikan Najd sebagai tempat fitnah dan tanduk syaitan, saya rasa Dr. Azwira tidak ada kelayakan. Sebab itu hujah-hujahnya banyak yang lemah dan ada yang dusta. Tapi saya tidak nafikan dia ada kelayakan dalam soal-soal lain. Dalam isu Najd, dia cuba pertahankan sesuatu yang diimaninya secara taksub ataupun ikut-ikutan sahaja, sebab itulah jadi begitu.

Kata tuan:
“mungkin sahabat2 lain boleh berkongsi rujukan??..silakan...”

Tuan cuba menarik orang lain untuk menyambung. Rasanya tidak ada yang betul-betul mahu kerana mereka sendiri tidak berani untuk pertahankan HUJAH-HUJAH DR. AZWIRA (ini isunya, bukan perkara lain).
1. Untuk pertahankan Syeikh Muhammad Abdul Wahhab mungkin ramai

2. Untuk pertahankan fahaman Salafi Tua @ Wahhabi mungkin ramai

3. Untuk pertahankan Najd mungkin ada walaupun tidak ramai

4. Tapi untuk pertahankan hujah-hujah Dr. Azwira
 hampir-hampir tidak ada yang sanggup.

Sesiapa yang menolak hujahan saya, bererti mereka terpaksa pertahankan perkara nombor 4 SAHAJA. Sesiapa yang hendak pertahankan perkara no 1 ataupun 2 ataupun 3
 mereka kena buka topik lain. Diskusi kita jangan dicampur-gaul tidak ketentuan.


Kata tuan:
“so, saya rasa, saya takmo cakap banyak sangat dalam permasalahn ini, saya tak nak jadi org yang sesat lagi menyesatkan. Maka, serah lah pada mereka yang pakar.”

Sepatutnya dari awal tuan sedar hakikat ini dan tidak cuba pertahankan Azwira dalam soal Najd ini. Tapi tuan sedar sudah di hujung, setelah tuan tulis beberapa perkara yang mengandungi MAKLUMAT TIDAK BENAR dan ada yang tersalah faham. Alangkah baiknya jika dari mula tuan sedar.

Serahkan kepada YANG PAKAR. Jika Dr. Azwira yang tuan maksudkan, jelas dia tidak pakar pun dalam isu Najd ini. Kalau pakar, pasti hujah-hujahnya kuat dan terlepas daripada pendustaan.



SYAFIQ UNITEN:
Posting pada: 19-10-07 03:34
!!! QUOTE !!!
Apalah kaitan puji-pujian ke atas Muhammad bin Abdul Wahhab ini dengan tulisan saya MENOLAK BELAAN DR. AZWIRA KE ATAS NAJD? Lainlah kalau isi tulisan saya keseluruhannya mengatakan MEMANG MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB ADALAH FITNAH AKHIR ZAMAN DAN TANDUK SYAITAN. Pelik bukan?


1. Pertamanya saya ingin meminta maaf jika pujian2 ke atas SMAW tiada kaitan dengan tulisan anda, maka ia merupakan kesilapan saya di dalam memahami kesuluruhan artikel anda, mungkin saya memahami artikel anda berlainan apa yang anda cuma memaham kan saya.


ALEXANDERWATHERN
Saya kagum dengan ketulusan tuan. Jarang ada yang begini. Saya juga memohon maaf jika ada apa-apa kesalahan.


SYAFIQ UNITEN
2. Rasanya saya dan anda hanya lah berbeza di dalam memahami dimana kah Najd menurut hadis tersebut. Rasanya permasalahan begini usah lah dipanjangkan.

ALEXANDERWATHERN
Kalau begitu
 Ok saja.
Sebagai satu saranan, tuan lihatlah peta yang lengkap, dan tuan pasti akan jumpa lokasi Najd ialah di Timur Madinah, bukannya di Timur Mekah sebagaimana yang didakwa oleh Azwira. Mustahillah Nabi Muhammad tersilap arah mata angin, mustahillah ‘hadis’ tersilap arah mata angin. Apatah lagi bangsa Arab sudah lama belayar di lautan (contohnya Tamim ad-Dari) dan mengembara di padang dan belantara. Mereka tahu yang mana satu Timur mana satu Utara. Nabi Muhammad pun tahu.


SYAFIQ UNITEN:
3. Persamaan kita adalah, kita sama-sama memahami, kecaman pada suasana yang berlaku di tempat itu pada suatu masa yang tertentu
sesuatu tempat yang dianggap sebagai tidak baik tidak semestinya menggambarkan kejahatan seluruh penduduknya sepanjang masa, hatta, boleh melahirkan ulama2 juga.
benarkan??..


-----------------
www.syafiquniten.blogspot.com

Soleh Wa Musleh...


ALEXANDERWATHERN:
Ya, saya setuju.

Wallahualam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderwathernProfil   Hantar PM kepada alexanderwathern   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.153501 saat. Lajunya....