Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 26-02-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita bergerak ke arah apa yang difokus
-- Dari filem Kung Fu Panda

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: ShannonTodd
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43149

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 57
Ahli: 0
Jumlah: 57




  Yang Masuk Ke Sini
razani: 10 hari yang lalu
abid_19: 10 hari yang lalu
JonathanBaker: 12 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Nurin, sadisme dan kecelaruan


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Nurin, sadisme dan kecelaruan

Please Mendaftar To Post


Oleh Nurin, sadisme dan kecelaruan

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-09-07 14:11


KITA tidak pernah membayangkan seorang anak kecil berusia lapan tahun, diculik dan dibunuh kejam. Mayatnya dimasukkan dalam beg seolah-olah sampah sarap yang tidak ada nilainya.

Tetapi ia adalah sebuah realiti. Sebuah kejadian yang menyayat hati berlaku dalam masyarakat moden kita hari ini. Kenapa semua ini terjadi? Adakah masyarakat kita semakin sadis dan nilai kemanusiaan semakin terkikis?

Atau masyarakat kita hari ini sedang berada dalam kecelaruan psikologi? Cuba tanyakan pada diri kita, apa dosa seorang kanak-kanak bernama Nurin Jazlin. Untuk apa dia diseksa dan dibunuh kejam?

Anda pernah menonton filem Clockwork Orange (1971) arahan Stanley Kubrick, sebuah karya adaptasi daripada novel tulisan Anthony Burgess? Ia dilakonkan oleh Malcom McDowell (Alex) sebagai watak utama dan dibantu Warren Clarke (Dim) dan beberapa lagi.

Naskhah ini mengisahkan tentang Alex yang mengalami kecelaruan psikologi. Gangguan tersebut menyebabkan pemuda ini bersama teman-temannya, Dim, Pete dan Georgie melakukan keganasan; merompak, merogol dan membunuh.

Alex akan merasa tertekan dan berada dalam keadaan yang tidak selesa apabila gagal melakukan jenayah. Akibat masalah itu jugalah dia membunuh isteri seorang penulis bernama Cat Lady.

Perilaku kekerasan Alex yang tidak pernah mengenal erti kemanusiaan, sadisme dan pelanggaran etika dan moral mengingatkan kita peristiwa pembunuhan tidak berperikemanusiaan terhadap Nurin.

Sebenarnya isu sadisme boleh dilihat dalam perspektif yang lebih luas. Pada era kapitalisme sibernetik, manusia mengalami pelbagai tekanan akibat hegemoni ekonomi, politik dan sosial.

“Antara ciri utama masyarakat kapitalisme sibernatik ialah kelahiran tiga kelompok anggota sosial dengan kumpulan pertama terdiri daripada pencinta kehidupan dan keharmonian.

“Dua kumpulan lagi ialah masyarakat bukan destruktif-agresif manakala kelompok ketiga ialah masyarakat destruktif,” kata ahli psikologi budaya, Erich Fromm dalam bukunya On Being Human (1997).

Fromm yang melakukan penelitian terhadap 30 kelompok masyarakat membuat kesimpulan bahawa kumpulan destruktif menampilkan ciri kekejaman antara individu, agresif dan mengalami kecelaruan psikologi.

Suasana kehidupan kelompok ini penuh dengan permusuhan, ketegangan dan ketakutan. Sering terjadi persaingan, sangat mengutamakan kekayaan peribadi (harta atau pangkat), hierarki yang ketat dan sering terjadi peperangan yang melahirkan kekerasan.

Ahli psikologi, William James turut mengutarakan satu tesis yang memukau mengenai kelompok masyarakat ini. Antara lain, beliau berkata, tekanan akibat industri dan kapitalisme akan mempengaruhi perilaku dan naluri individu.

Pakar psikoanalisis Sigmund Freud turut melontarkan dikotomi baru yang lebih terperinci iaitu naluri kehidupan dan naluri kematian (death instinct) akibat kapitalisme.

Naluri kematian biasanya berkait rapat dengan kecelaruan individu dalam berhadapan struktur sosial. Ia akhirnya menumbuhkan dorongan perosakan diri (bunuh diri) atau kecenderungan merosak pihak lain.

Meskipun Freud berpendapat, naluri kematian dapat dikurangi, tanggapan dasar Freud tetap mengatakan individu kategori ini berada dalam pengaruh dorongan untuk merosak, agresif dan berlaku kejam.

Pandangan Freud ini berkembang dengan kemunculan beberapa pendapat pakar lainnya yang melontarkan tesis bahawa agresif merupakan satu tindakan spontan dalam masyarakat kapitalisme demi kepentingan hidup.

Ahli psikologi, Burrhus Frederic Skinner misalnya berkata, dalam masyarakat kapitalisme sibernatik, manusia ditempa dan diasuh oleh pengaruh sosial.

Di era sibernatik, individu menjadi semakin terdedah kepada manipulasi. Kerjayanya, kepenggunaannya dan waktu lapangnya dimanipulasi oleh iklan, ideologi, dan apa yang oleh Skinner dinamakan ‘pembiasaan positif’.

Individu kehilangan peranan tanggungjawab aktifnya di dalam proses sosial. Ketika tanggungjawab individual kehilangan makna maka individu akan berlindung dalam kelompok.

Pada ketika berada dalam kelompok itu, individu akan berleluasa melakukan perbuatan apa saja tanpa rasa bersalah kerana tanggungjawab dipikul oleh kelompoknya.

Disinilah sadisme muncul kerana wujud kecelaruan dalam pemahaman dan tanggungjawab individu. Mereka mengambil peluang untuk mengekspreasikan dirinya dalam pelbagai bentuk kekerasan, perosakan dan pembunuhan.

Skinner berkata, bagi mengatasi masalah kecelaruan psikologi tersebut ialah dengan memberi pendidikan moral dan etika kepada masyarakat termasuk menerapkan kasih sayang.

Ini kerana sadisme hanya akan hilang jika penguasaan eksploitatif terhadap semua kelompok, jenis kelamin dan setiap individu memahami nilai kasing sayang.

Sesekali cubalah kita baca sajak Dorothy Law Nolte yang antara lain berbunyi;

Bila anak dibesarkan dengan cemuhan, mereka belajar rendah diri.

Bila anak dibesarkan dengan kekerasan, mereka akan belajar berkelahi.

Al-Fatihah untuk Nurin Jazlin!

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

suzi
Warga Rasmi
Menyertai: 27.09.2007
Ahli No: 31241
Posting: 5
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 30-09-07 11:57


Sekarang beberapa org suspek termasuk seorang wanita warga asing dah ditahan reman beberapa hari. Semoga pembunuh Nurin akan dihadapkn ke muka pengadilan dengan segera dan mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan zalim mereka.

Takziah kepada ibu & bapa Nurin.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh hamba2Nya yang tak berdosa dan teraniaya

Bookmark and Share

    


  Member Information For suziProfil   Hantar PM kepada suzi   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-09-07 12:59


manusia semakin kejam!111

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

nni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.04.2005
Ahli No: 15868
Posting: 107
Dari: kiri ada meja study, kanan ada katil, depan ada PC, belakang..??

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-10-07 13:52


nurin yang comel menjadi mangsa masyarakat yang tak bertamadun!

Bookmark and Share

    


  Member Information For nniProfil   Hantar PM kepada nni   Pergi ke nni's Website   Quote dan BalasQuote

RaudhatuL_Muttaqin
WARGA SETIA
Menyertai: 29.03.2005
Ahli No: 15423
Posting: 556
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 04-10-07 14:38


memang anti betul dengan pembunuh yang dahsat tak berperikemanusiaan tu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For RaudhatuL_MuttaqinProfil   Hantar PM kepada RaudhatuL_Muttaqin   Quote dan BalasQuote

RaudhatuL_Muttaqin
WARGA SETIA
Menyertai: 29.03.2005
Ahli No: 15423
Posting: 556
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 04-10-07 14:39


grrrrrgrrrrr. geram.... doa agar cepat tertangkap

Bookmark and Share

    


  Member Information For RaudhatuL_MuttaqinProfil   Hantar PM kepada RaudhatuL_Muttaqin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.085501 saat. Lajunya....