Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Usah merungut bila gelap; pasang lampu teranglah ia
-- Peribahasa Jawa

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 93
Ahli: 0
Jumlah: 93




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 14 hari yang lalu
lidah-penghunus: 16 hari yang lalu
muslimin23: 24 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Cerpen
Topik: KISAH SEMALAM DAN KESETIAAN


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» KISAH SEMALAM DAN KESETIAAN

Please Mendaftar To Post


Oleh KISAH SEMALAM DAN KESETIAAN

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-09-07 13:19


Segenap ruang yang sunyi menyapa lagu-lagu semalam berputar kembali melewati lewat waktu yang seakan hampir dilupakan jauh...yang kedengaran cuma rasa sebak yang meruntun hati. Tidak pernah Aliya menyangka bahawa berita ini yang harus diterimanya pada hari yang seharusnya cukup bahagia tetapi mengapa hari ini semuanya jadi ribut yang memusnahkan segala-galanya. Kegelapan malam yang sunyi ini tidak lagi di rasa getar atau takut..kerana baginya yang penting langkah harus laju jauh meninggalkan semua kisah. Bukannya berputar kembali ke belakang.

Dari jauh kelihatan kelibat seseorang di hadapan rumah. Tapi siapakah dia? Apakah lagi musibah yang akan datang? Hatinya tertanya-tanya dengan hampa. Air mata yang mengalir cepat di sekanya. Dia tidak mahu sesiapapun tahu apakah kisah dia hari ini. Semakin cepat langkahnya ke depan, semakin jelas seseorang yang berdiri di hadapan rumah itu adalah abang sulungnya. Dia melangkah laju dan bersenyum manis menyapa kehadiran abangnya. Barangkali sudah agak lama abangnya menunggu di luar rumah. Aliya cepat mengeluarkan telefon bimbit dari poketnya dan mendapati begitu banyak panggilan yang tidak di jawabnya. Dia benar-benar terlupa untuk menukarkan profil mode senyap ke nada dering.

”Aliya, ok ke?” soalan pertama yang kedengaran.

Aliya mendongak kembali kepada abangnya selepas menyalami tangan abangnya. Dia kelu untuk menjawab pesoalan itu. Dia masih diam dan berlalu ke depan pintu untuk membuka pintu depan.

”Abang, masukla dulu. Yaa ke dapur kejap ambil air minum” kata Aliya lembut dan terus berlalu melangkah ke dalam rumah.

Setiba di dapur, Aliya mengambil air dari peti sejuk dan dua gelas keluar ke ruang tamu di mana abangnya menunggu.

”Maaf bang long, yaa ada hal tadi. Handset pun yaa silent. Itu yang bang long tak dapat hubungi yaa sebab yaa tak perasan” tutur Aliya lembut.

Abang long menatap wajah adik kesayangannya itu. Dia seakan-akan masih tertanya sesuatu. Tapi Aliya cuba berbuat seperti biasa. Selepas menuang air ke dalam gelas, dia menghulurkan kepada abangnya. Dia berlabuh di sebelah abangnya.

”Yaa, abang long nak cakap satu perkara ni. Kalau tidak abanglong tidak datang malam-malam ni untuk bercakap sendiri dengan aliya.” tutur abang long perlahan.

Dada Aliya semakin berdebar-debar. Dia terlalu bimbang untuk mendengar tutur kata abangnya yang seterusnya. Dia menghela nafas panjang. Wajah abangnya di tatap dengan penuh hormat.

”Yaa, abang tahu yaa dah berjaya sekarang. Kehidupan kita sekeluarga banyak berubah sebab yaa banyak kembalikan sinar dalam keluarga kita. Yaa menebus kembali maruah yang tercalar. Harapan yaa yang tinggi telah tercapai kan?” kata-kata abang long di dengar pesatu-satu dan amat mendalam di rasakannya.

”Tapi..yaa..kadang-kadang takdir tidak selalu menghulurkan ruang untuk bahagia. Abang harap yaa tabah untuk terima berita ni. Suami yaa kini di wad ICU tengah hari tadi. Dia mengalami kemalangan jalan raya tengah hari tadi. Dia dalam perjalanan nak pergi jumpa yaa. Dia cakap dah lama yaa tidak menghubunginya dan yaa juga tidak menjawab panggilannya. Abang tidak tahu apa masalah yaa, tapi yaa fikirlah semula hakikat ini tidak mudah nak jumpa sebaik suami yaa. Dia dah terlalu sabar dengan sikap yaa. Dia mengizinkan yaa sambung belajar dengan restu dan doa..dan mengizinkan yaa meneruskan cita-cita yaa menjadi seorang penguam yang berjaya” sambung abang long kemudian.

Sungguh sayu kedengaran suara abang long. Suatu berita yang tidak dia sangka hari ini menimpanya. Air matanya mengalir jua. Dia teringat kembali kepada suaminya yang begitu baik dan menyayanginya. Tetapi mengapa tergamak dia membiarkan kedukaan menghimpit ruang waktu yang ada.

”Yaa, tabahkan hati ya. Sebab berita yang perlu yaa terima pada saat ini bukan lagi suami yaa ada di dunia ini. Dia telah pergi selama-lamanya. Dia pergi dengan sepenuh kemaafan kepada yaa. Dia dah cerita semua pada abang long pagi tadi sebab dia cakap hari ini dia nak tatap wajah isterinya yang dia rindui walau dari jauh. Dia cakap dia nak pergi melawat yaa hari ini. Abang long tidak tahu apa masalah kamu berdua, tapi cubalah fikirkan kembali yaa. Apakah tiada masalah yang boleh di selesaikan?”

Air mata yaa jatuh berderai. Badannya sangat lemah. Semangatnya hilang untuk seketika. Mengapa pada saat ini dia harus terima berita ini di saat waktu dia sudah membuat pilihan untuk mengembalikan segala-galanya semula seperti dulu. Tapi mengapa lewat waktu mengizinkannya. Akhirnya yaa jatuh di pangkuan abangnya.


”Abang, kalau yaa mampu kembali pada hari semalam, apakah yaa akan pilih jalan hari ini? Yaa sudah terlalu berdosa pada abang. Yaa tidak bermaksud untuk melukai perasaan abang malahan cinta dan kesetiaan yaa tidak pernah berubah Cuma yaa keliru dalam persoalan yang sering datang pada yaa. Yaa masih menyayangi abang” Bisik hatinya yang dalam.

Derap kaki seseorang menghampirinya. Seseorang menghulur sebuah kad bewarna biru.

Assalamualaikum..
Andai takdir menyatakan abang masih hidup, apakah yaa kembali?Apakah kita akan perbaiki semula kesilapan semalam?Yaa tetap isteri yang sempurna dalam hati abang. Abang menyintai yaa selama-lamanya..

Aliya cepat mendongak kepalanya ke atas. Kelihatan wajah manis suaminya. Cepat-cepat dia mendangkap kemas tubuh suaminya yang begitu dia sayangi.

”Abang, mengapa bergurau begini. Yaa tidak sanggup kehilangan abang. Yaa dah buat keputusan untuk kembali di sisi abang dan kita perbaiki kesilapan sebelum ini. Yaa terlalu menyayangi abang. Yaa tidakkan lagi kembali pada kenangan semalam yang seharusnya sudah hilang dari ruang hati yaa.”

Luah Aliya dengan bersungguh-sungguh. Dia tahu betapa bermaknanya kesetiaannya tetapi bukannya kembali kepada kisah semalam. Kisah semalam hanyalah untuk menduga tetapi bukannya hakikat kesetiaan yang sebenar. Kisah dia dan Zamarul adalah kisah lama yang tidak seharusnya di sambung lagi. Alhamdulillah belum terlewat untuk dia menyedari hakikat ini.


-----------------
Assalalualaikum..
Kejujuran adalah sebahagian dari insan yang cintakan Allah s.w.t.


Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

kunciair
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.09.2007
Ahli No: 30929
Posting: 184
Dari: perak

malaysia  


posticon Posting pada: 28-09-07 13:44


assalammualaikum...emm...sedih nya cerita 2...tapi yang penting kejujuran...keikhlasan...kesetiaan...adalah kunci kebahagiaan...insyaallah..


-----------------
wanita hiasan dunia..adalah permata yang paling berharga bagi lelaki


Bookmark and Share

    


  Member Information For kunciairProfil   Hantar PM kepada kunciair   Quote dan BalasQuote

eyla05
WARGA SETIA
Menyertai: 17.10.2005
Ahli No: 19884
Posting: 546
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-09-07 14:19


Pada 28-09-07 13:44 , kunciair posting:

!!! QUOTE !!!

assalammualaikum...emm...sedih nya cerita 2...tapi yang penting kejujuran...keikhlasan...kesetiaan...adalah kunci kebahagiaan...insyaallah..


betul tu..... :-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For eyla05Profil   Hantar PM kepada eyla05   Quote dan BalasQuote

cahaya_hatiku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.09.2007
Ahli No: 31094
Posting: 217
Dari: serambi mekah...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-09-07 14:20


assalamualaikum...
kejujuran dan kesetiaan penting dalam sesuatu perhubungan,
namun tak semua org mampu menguasainya...
kita ada nafsu maka kawallah nafsu semoga prhubungan kita di rehainya...

................................
jujur pada diri, takutkan balasan ILAHI...

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya_hatikuProfil   Hantar PM kepada cahaya_hatiku   Quote dan BalasQuote

atie82
WARGA SETIA
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,Sabah@Seremban

Sabah  


posticon Posting pada: 28-09-07 14:27


Assalamualaikum wwt...

Kebahagiaan itu adalah anugerah ALLAH yang tak ternilai..kecapilah ia walaupun hanya seketika.. fuhh..yoo :-D


-----------------
The Light of ALLAH surround Me, The Love of ALLAH Enfolds Me, The presence of ALLAH watches over Me, Whatever I am...ALLAH iS..


Bookmark and Share

    


  Member Information For atie82Profil   Hantar PM kepada atie82   Pergi ke atie82's Website   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-10-07 11:41


betul tu. dalam kisah ni memaparkan bahawa banyak org sebenarnya keliru antara apa yang sudah ada dengan apa yang telah di lepaskan pergi. kekadang kita terlupa dengan apa yang kita ada,..kita lupa dengan org yang telah baik bekorban untuk kita..jadi ia sesuailah untuk para isteri agar hargai kasih sayang suami..kekal setia untuk suami dan suami juga haruslah hargai isteri..sentiasa bersamanya dan bimbinglah isteri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

islamic_gil
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA

Selangor  


posticon Posting pada: 27-10-07 20:21


tak faham cerita ni..mungkin kena baca banyak kali(maklumlah otak orang lain-lain) tapi betullah tentang kesetiaan

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_gilProfil   Hantar PM kepada islamic_gil   Quote dan BalasQuote

smile_roses
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 27-10-07 20:45


Assalammualaikum
sedihnya.. tapi happy ending :)

p/s: indahny hdup bila dapat suami yang beriman dan menyayangi..


-----------------
engkau selalu lupa
sedang hatimu tetap lalai
padahal umur kian tiada
namun dosamu makin bertambah
[ Telah diedit oleh: smile_roses pada 27-10-07 20:48 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For smile_rosesProfil   Hantar PM kepada smile_roses   Pergi ke smile_roses's Website   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 13:18


p/s: indahny hdup bila dapat suami yang beriman dan menyayangi..

:)


-----------------
Assalalualaikum..
Kejujuran adalah sebahagian dari insan yang cintakan Allah s.w.t.


Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 13:37


cerita ni suami dia tu hidup lagi ke? tak faham.. apa-apa pun,best...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 25-03-08 15:31


erm jalan cerita ni macam tak ada isi...... :berfikir:
kalau macam karangan ada pengenalan dan kesimpulan saja :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 25-03-08 15:35


Pada 25-03-08 15:31 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

erm jalan cerita ni macam tak ada isi...... :berfikir:
kalau macam karangan ada pengenalan dan kesimpulan saja :-D

wah...

boleh lah mohamad minta tunjuk ajar dari ukhti dalam bab menulis ni.

:kelip:

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 25-03-08 15:48


bukan begitulah mohamad.. :malu:

tapi baca rasa macam tu lah..
dia tak ada cerita apa yang isteri tu buat kat suami dia..
tiba-tiba rasa bersalah, insaf dan berbaik dengan suami dia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-09-08 10:54


Maaf, cerita ni ada sambungan lagi..tapi belum sempat habiskan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

SinarNajmie
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.09.2007
Ahli No: 31104
Posting: 40
Dari: putrajaya

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-09-08 09:39


Rakan semua,tidakkah anda memahami disebalik cerita tersebut?tidakkah anda cuba bayangkan keperitan hidup si isteri yang pada mulanya berkahwin atas dasar paksaan?Demi merindui kekasih lamanya beliau telah mengambil jalan mudah untuk menjarakkan dirinya dengan suami yang mulanya tidak dicintai langsung dengan meneruskan pengajian di Uni.Disini telah lahir dihati Sinar bahawa pengorbanan yang telah dilakukan oleh si Aliya.

Disaat dia mula merasai kehadiran suaminya yang telah lama ditinggalkan, dia telah mula merindui suaminyanya yang dulu sukar untuk dia menerima keadaan itu.

Keadaan ini menunjukkan bahawa kasih sayang seorang perempuan tetap hadir walau semarah manapun dia, sebeku mana pun hati dia, apabila menyedari tanggungjawab terhadap suami perlu dijalankan.Aliya akur akan Qada dan Qadar yang telah ditentukan Tuhan kepadanya.Aliya telah insaf dan ingin kembali kepada kebahagian yang sedang bersinar di hadapannya tatkala suaminya masih lagi hidup untuk perjalanan hidup baru yang lebih bahagia.Ternyata Aliya memikirkan masih ada peluang untuknya meminta maaf kepada suaminya dan peluang itu tidak akan dilepaskan lagi.

Maaf Nur Arisha, ini hanya andaian saya saja bukan berniat untuk menukar jalan cerita, tapi sekadar keinsafan tiba-tiba hadir tatkala membaca lakaran pendek Nur Arisha.

Teruskan dengan lakaran seterusnya dari Nur Arisha, mungkin lagi menarik dari apa yang saya harapkan.Sesungguhnya setiap cerpen yang dilayarkan diruangan ini suka untuk saya mengambil pengajaran untuk kehidupan saya selaku seorang isteri yang masih baru dalam melayari bahtera perkahwinan ini.

Setiap yang baik saya jadikan pendorong saya untuk meriahkan alam rumahtangga saya.Moga saya kekal bahagia sehingga menghadap Tuhan di "Padang Masyar" nanti. AMIN..........

Teruskan perjuangan mu Nur Arisha dan Good Luck ..........k

Bookmark and Share

    


  Member Information For SinarNajmieProfil   Hantar PM kepada SinarNajmie   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-09-08 10:53


terima kasih kepada sinarnajmie. memang pandai sinar memberi penilaian. malahan tepat pula. Saya masih sedang menambah dalam beberapa chapter bagi kesudahan cerita ini. sudah hampir di siapkan. rasanya ia akan lebih memperjelaskan jalan cerita yang masih lagi intro sekarang ini...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-09-08 13:38


bahagian I

Segenap ruang yang sunyi menyapa lagu-lagu semalam berputar kembali melewati lewat waktu yang seakan hampir dilupakan jauh...yang kedengaran cuma rasa sebak yang meruntun hati. Tidak pernah Aliya menyangka bahawa berita ini yang harus diterimanya pada hari yang seharusnya cukup bahagia tetapi mengapa hari ini semuanya jadi ribut yang memusnahkan segala-galanya. Kegelapan malam yang sunyi ini tidak lagi di rasa getar atau takut..kerana baginya yang penting langkah harus laju jauh meninggalkan semua kisah. Bukannya berputar kembali ke belakang.

Dari jauh kelihatan kelibat seseorang di hadapan rumah. Tapi siapakah dia? Apakah lagi musibah yang akan datang? Hatinya tertanya-tanya dengan hampa. Air mata yang mengalir cepat di sekanya. Dia tidak mahu sesiapapun tahu apakah kisah dia hari ini. Semakin cepat langkahnya ke depan, semakin jelas seseorang yang berdiri di hadapan rumah itu adalah abang sulungnya. Dia melangkah laju dan bersenyum manis menyapa kehadiran abangnya. Barangkali sudah agak lama abangnya menunggu di luar rumah. Aliya cepat mengeluarkan telefon bimbit dari poketnya dan mendapati begitu banyak panggilan yang tidak di jawabnya. Dia benar-benar terlupa untuk menukarkan profil mode senyap ke nada dering.

”Aliya, ok ke?” soalan pertama yang kedengaran.

Aliya mendongak kembali kepada abangnya selepas menyalami tangan abangnya. Dia kelu untuk menjawab pesoalan itu. Dia masih diam dan berlalu ke depan pintu untuk membuka pintu depan.

”Abang, masukla dulu. Yaa ke dapur kejap ambil air minum” kata Aliya lembut dan terus berlalu melangkah ke dalam rumah.

Setiba di dapur, Aliya mengambil air dari peti sejuk dan dua gelas keluar ke ruang tamu di mana abangnya menunggu.

”Maaf bang long, yaa ada hal tadi. Handset pun yaa silent. Itu yang bang long tak dapat hubungi yaa sebab yaa tak perasan” tutur Aliya lembut.

Abang long menatap wajah adik kesayangannya itu. Dia seakan-akan masih tertanya sesuatu. Tapi Aliya cuba berbuat seperti biasa. Selepas menuang air ke dalam gelas, dia menghulurkan kepada abangnya. Dia berlabuh di sebelah abangnya. Tangannya sedikit mengeletar. Memang dia tidak dapat menyembunyikan perasaannya. Segala perasaan berada dalam hatinya. Cuma matanya masih melihat tepat raut wajah abangnya. Entah apakah yang bakal di suarakannya.

”Yaa, abang long nak cakap satu perkara ni. Kalau tidak abang Long tidak datang malam-malam ni untuk bercakap sendiri dengan aliya.” tutur abang long perlahan.

Dada Aliya semakin berdebar-debar. Dia terlalu bimbang untuk mendengar tutur kata abangnya yang seterusnya. Dia menghela nafas panjang. Wajah abangnya di tatap dengan penuh hormat.

”Yaa, abang tahu yaa dah berjaya sekarang. Kehidupan kita sekeluarga banyak berubah sebab yaa banyak kembalikan sinar dalam keluarga kita. Yaa menebus kembali maruah yang tercalar. Harapan yaa yang tinggi telah tercapai kan?” kata-kata abang long di dengar pesatu-satu dan amat mendalam di rasakannya.

Tiba-tiba sahaja air mata Aliya mengalir. Dia rasakan terlalu pilu kata-kata abang Long. Satu sindiran yang amat layak untuknya.

”Tapi..yaa..kadang-kadang takdir tidak selalu menghulurkan ruang untuk bahagia. Abang harap yaa tabah untuk terima berita ni. ”

Aliya terkedu. Berita apakah yang di maksudkan abang Long nanti. Dia masih juga masih menanti bicara abangnya.
”Suami yaa kini di wad ICU tengah hari tadi. Dia mengalami kemalangan jalan raya tengah hari tadi. Dia dalam perjalanan nak pergi jumpa yaa. Dia cakap dah lama yaa tidak menghubunginya dan yaa juga tidak menjawab panggilannya”

Abang Long kelihatan sangat serius. Ada rasa geram yang di tahannya. Bukan dia tidak kenal dengan abangnya itu. Air mata Aliya makin lebat. Dia berasa bahawa hari ini begitu menduga dirinya.

”Abang tidak tahu apa masalah yaa, tapi yaa fikirlah semula hakikat ini tidak mudah nak jumpa sebaik suami yaa. Dia dah terlalu sabar dengan sikap yaa. Dia mengizinkan yaa sambung belajar dengan restu dan doa..dan mengizinkan yaa meneruskan cita-cita yaa menjadi seorang penguam yang berjaya” sambung abang long kemudian.

Sungguh sayu kedengaran suara abang long. Suatu berita yang tidak dia sangka hari ini menimpanya. Air matanya mengalir jua. Dia tidak mampu menahan air matanya dari keluar. Dia teringat kembali kepada suaminya yang begitu baik dan menyayanginya. Tetapi mengapa tergamak dia membiarkan kedukaan menghimpit ruang waktu yang ada.

”Yaa, tabahkan hati yaa. Sebab berita yang perlu yaa terima pada saat ini bukan lagi suami yaa ada di dunia ini. Dia telah pergi selama-lamanya. Dia pergi dengan sepenuh kemaafan kepada yaa.” sambung Abang Long lagi.

“Yaa, dia dah cerita semua pada abang long pagi tadi sebab dia cakap hari ini dia nak tatap wajah isterinya yang dia rindui walau dari jauh. Dia cakap dia nak pergi melawat yaa hari ini. Abang long tidak tahu apa masalah kamu berdua, tapi cubalah fikirkan kembali yaa. Apakah tiada masalah yang boleh di selesaikan?” Abang Long bersuara lagi.

Kelihatan abang Long sangat marah. Dia tidak mampu menjawab kata-kata abangnya. Hanya air mata yaa jatuh berderai. Badannya sangat lemah. Semangatnya hilang untuk seketika. Mengapa pada saat ini dia harus terima berita ini di saat waktu dia sudah membuat pilihan untuk mengembalikan segala-galanya semula seperti dulu. Tapi mengapa lewat waktu mengizinkannya. Akhirnya yaa jatuh di pangkuan abangnya.

”Abang, kalau yaa mampu kembali pada hari semalam, apakah yaa akan pilih jalan hari ini? Yaa sudah terlalu berdosa pada abang. Yaa tidak bermaksud untuk melukai perasaan abang malahan cinta dan kesetiaan yaa tidak pernah berubah. Cuma yaa keliru dalam persoalan yang sering datang pada yaa. Yaa masih menyayangi abang” Bisik hatinya yang dalam.

Hatinya semakin pilu. Dia buntu dengan apakah yang harus dilakukannya kini. Berita ini terlalu awal baginya. Dia tidak menginginkan pengakhiran seperti ini. Derap kaki seseorang menghampirinya. Seseorang menghulur sebuah kad bewarna biru.

Assalamualaikum..
Andai takdir menyatakan abang masih hidup, apakah yaa kembali?Apakah kita akan perbaiki semula kesilapan semalam?Yaa tetap isteri yang sempurna dalam hati abang. Abang menyintai yaa selama-lamanya..

Aliya cepat mendongak kepalanya ke atas. Kelihatan wajah manis suaminya. Cepat-cepat dia mendangkap kemas tubuh suaminya yang begitu dia sayangi.

”Abang, mengapa bergurau begini. Yaa tidak sanggup kehilangan abang. Yaa dah buat keputusan untuk kembali di sisi abang dan kita perbaiki kesilapan sebelum ini. Yaa terlalu menyayangi abang. Yaa tidakkan lagi kembali pada kenangan semalam yang seharusnya sudah hilang dari ruang hati yaa.”

Luah Aliya dengan bersungguh-sungguh. Dia tahu betapa bermaknanya kesetiaannya tetapi bukannya kembali kepada kisah semalam. Kisah semalam hanyalah untuk menduga tetapi bukannya hakikat kesetiaan yang sebenar. Kisah dia dan Zamarul adalah kisah lama yang tidak seharusnya di sambung lagi. Alhamdulillah belum terlewat untuk dia menyedari hakikat ini.
”Terima kasih Yaa kerana kembali pada abang. Abang tidak mahu juga merancang ini tetapi Abang Long sungguh-sungguh mahu merancang ini demi menyedarkan Yaa. Mungkin jika tidak bersetuju dengan abang Long, abang tidak tahu berapa lama lagi harus abang tunggu Yaa..” balasnya kemudian.

Aliya sangat pilu dengan kata-kata Abang Arif. Dia tahu dia terlalu lama menjarakkan diri dengan abang arif. Namun, kini dia tidak mahu lagi meneruskan kesilapan itu. Hatinya benar-benar tekad.

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-09-08 13:40


Bahagian 2

”Assalamualaikum... Assalamualaikum..”

Panggilan salam kedengaran dari pagar depan. Aku menjenguk dari sebalik tingkap. Kelibat Zamarul di depan pintu pagar benar-benar membuatkan aku serba salah.

”Siapa Yaa?” Soal suamiku.

Aku tersentak dengan soalan Abang Arif yang baru menuruni tangga. Dia mendekatiku dan memelukku. Dia menjengah ke luar tingkap.

”Ada seseorang tu, tetamu agaknya. Abang pergi buka pintu pagar kejap” ujar Abang Arif kemudian.

Langkah kaki Abang Arif menuju ke pintu. Hatiku makin berdebar-debar.

”Abang.........” Aku memanggil jua nama Abang Arif.

Aku tidak sanggup berhadapan dengan Zamarul. Aku belum menjelaskan keadaan sebenar kepada Abang Arif. Abang Arif mendekatiku semula. Ada wajah gusar yang terpapar.

”Please abang, jangan biarkan dia masuk rumah kita. Dia bukan tetamu yang kita harus undang. Please abang...” aku merayu dengan penuh perasaan kepada Abang Arif.

Abang Arif memelukku. Dia benar-benar rasa keliru dengan sikapku. Aku yakin dia pasti mensyaki sesuatu antara aku dan Zamarul.

”Habis tu, kita nak dia beri salam tak henti-henti di luar pagar. Dari tadi lagi abang dengar dia beri salam. Apa kata jiran tetangga? Kalau ada apa-apa masalah, biar kita selesaikan baik-baik” Balas Abang Arif kemudian.

Aku terkelu dengan jawapan abang Arif. Lututku dah rasa longgar. Aku terpaksa biarkan dia membuka pintu pagar. Aku tidak tahu apakah yang akan terjadi hari ini. Aku menunggu sahaja di depan pintu dengan perasaan yang berbaur-baur.

”Assalamualaikum Aliya, Saya minta maaf ganggu awak pagi-pagi ini” Zamarul menyapa aku di depan pintu.

Aku memandang wajah abang Arif. Tenang sahaja wajahnya. Aku pula sudah mula berpeluh-peluh, dan berlalu dari situ. Aku tidak mampu membiarkan Abang Arif mengetahui perkara sebenar mengenai hubunganku dengan Zamarul. Belum sempat aku menaiki tangga. Aku tiba-tiba rasa pitam.

”Yaa, Yaa sayang..., bangunlah. Yaa, Yaa sayang..” Suara lembut Abang Arif kedengaran sayup-sayup.

Aku membuka mata dan melihat wajah bimbang Abang Arif. Aku mencapai tangan Abang Arif dan menciumnya tanpa aku lepaskan.

”Kenapa Yaa?”

Abang Arif kelihatan keliru dengan sikapku yang mencium tangannya tanpa ku lepaskan.
Aku cuma masih mencari kekuatan untukku menceritakan kebenaran. Aku tidak mampu terus menanggung rasa beban akibat rasa bersalah.

”Abang...” aku memanggilnya sekali.

Dia memandangku tanpa berkelip. Pandangan matanya mengizinkan aku mengatakan sesuatu.

”Katakan Yaa..., abang mendengar..” balas Abang Arif kemudian.

Aku menarik nafas panjang. Aku harap aku benar-benar bersedia untuk mengatakannya sebelum aku terlewat.

”Abang, Yaa minta ampun pada Abang sebab Yaa bukan isteri yang baik. Yaa berdosa pada Abang. Yaa rasa hinanya diri Yaa kerana mendustai abang..” Aku bersuara jua setelah seketika aku masih diam.

Abang Arif mengenggam erat tanganku. Aku rasa bimbang jika dia tahu hal yang sebenar, maka dia akan lepaskan tanganku. Namun, dia masih menunggu aku meneruskan kata-kata.

”Abang, yaa mahu katakan bahawa yaa terlalu menyintai abang. Maafkan yaa kerana terlewat menyedari perasaan yaa sendiri. Kerana inilah yaa pulang kepada Abang. Tetapi yaa bimbang jika abang menolak yaa...”

Aku tidak mampu meneruskan kata-kataku. Air mataku semakin basah menuruni pipiku.

”Abang, lelaki tadi pernah jadi seseorang yang yaa cintai waktu dulu.., yaa alpa dengan perasaan yaa setelah yaa menemuinya semula setelah sekian lama kami berpisah. Yaa keliru dengan perasaan yaa sendiri.”

Kata-kataku makin tersekat-sekat. Aku tidak mahu menipu Abang Arif. Aku tahu aku membuat kesilapan besar dengan menidakkan kehadirannya dalam hidupku selama ini. Kelihatan Abang Arif menarik nafas panjang. Namun, raut wajahnya yang tenang masih juga seperti selalu. Dan hal ini benar-benar membuatkan aku rasa makin tersiksa.

”Yaa, abang telah jelas dengan hal sebenar.., Abang telah lama maafkan Yaa. Abang cuma mahu yaa luahkan sendiri pada Abang. Abang sudah dapat jawapan dari bibir yaa..”
Balas Abang Arif sayu.

Ada rintik-rintik air yang membasahi pipinya. Dia sedikitpun tidak melepaskan tanganku.

”Abang, yaa mahu abang percayakan yaa sekali lagi. Yaa mahu menjadi isteri abang sahaja..yaa tidak mahu kehilangan abang..”luahku lagi.

Aku tahu jika perasaan Abang Arif terluka. Aku rela jika dia meninggalkan aku sekalipun aku tahu aku tidak mahu di lepaskan. Aku mencapai jemariku ke wajahnya. Aku sapu air matanya yang mengalir dan tidak sedikitpun dia menolak tanganku.

”Sekali abang menyintai yaa, abang akan cintai yaa selamanya. Yaa sahaja yang abang ada. Abang hanyalah anak yatim piatu yang tidak pernah ada tempat kasih sayang. Abang tahu yaa berubah hati kerana keliru, tetapi abang pasti yaa akan kembali. Abang tidak mahu melepaskan yaa pergi..” luah abang arif lagi.

Air matanya semakin lebat. Sungguh aku rasa bersyukur mempunyai insan terbaik yang menerimaku sebagai isterinya. Aku bangun perlahan dan lantas memeluknya erat. Aku bersyukur masih ada ruang untuk cinta ini bermula sekali lagi.

Kini beban berat yang aku pikul dari hal merahsiakan hal Zamarul telah bebas. Aku rasa tenang untuk mulakan langkah hari ini dan esok. Aku masih ingat akan hal pada malam itu. Aku membuat keputusan untuk menerima Zamarul setelah begitu lama dia berusaha menyakinkan aku bahawa dia dapat menjaga aku lebih baik dari suamiku sendiri. Pertemuan semula kami setahun lalu semasa mengendalikan kes mahkamah yang melibatkan sahabat baiknya yang juga kawan baikku pada waktu dulu telah mempertemukan kami semula.

Masih aku ingat bahawa Zamarul adalah insan pertama yang aku terima begitu dekat dalam hati. Namun, ibunya menghalang hubungan kami dan menyebabkan aku berhijrah untuk mulakan hidup baru. Aku tidak sangka dia masih tidak berumah tangga demi menunggu aku. Kini aku sedar apa yang di namakan jodoh. Jodohku telah di tentukan oleh Allah SWT sebagai hal yang terbaik untukku, dan aku mahu menghargainya dengan baik.

Malam itu menjadi saksi bahawa perasaanku benar-benar pilu untuk mengikut Zamarul pulang berjumpa ibunya yang mahu menemuiku. Ingatan yang kuat kepada Abang Arif membuatkan aku sedar bahawa Abang Arif adalah yang terpenting dalam hati bukannya Zamarul lagi. Namun. Aku tidak berani mengakui ini kepada Zamarul. Aku jadi tidak pasti dengan apakah sebenarnya berada dalam hati.

Aku bersyukur bahawa belum terlewat aku sedari. Sewaktu dalam perjalanan itu, Zamarul memberikan aku telefonnya yang baru mendapat panggilan dari ibunya. Entah Kenapa bila bercakap dengan Mak Cik Rubiah, terasa bagai membuat kesilapan besar jika memilih Zamarul. Mak Cik Rubiah mengatakan rasa bangganya melihat aku berjaya berbanding dulu adalah gadis kampung yang berangan. Setelah mendengarkannya. Aku minta Zamarul berhentikan kereta. Aku keluar dari kereta dan kembali pada arahku sendiri. Aku tidak mahu menerima penghinaan sesiapa terutama dari Mak Cik Rubiah. Dia tidak pernah berubah bagiku.

Aku hampir buat kesilapan lagi dengan kembali pada waktu-waktu dulu. Sedangkan aku telah berhijrah dulu. Aku lupa sebenarnya aku telah memiliki permata, tetapi aku masih mahu memilih kaca. Zamarul mengejarku, tetapi aku beritahu dia bahawa aku tidak menyintai dia lagi. Aku minta dia melupakan segala hal dulu. Aku beritahunya bahawa aku tidak mahu kembali pada waktu dulu untuk sambungnya lagi. Aku beritahunya aku adalah bahagia setelah penghijrahanku yang lalu. Aku beritahunya bahawa aku adalah isteri untuk Abang Arif sahaja.

Aku bersyukur Allah SWT masih memberiku kekuatan. Dan aku tahu ini adalah berkat doa ikhlas suamiku yang mahu aku sedar akan kekeliruan yang berada dalam kepalaku. Terlalu lama aku menjauh diri daripadanya, namun dia masih begitu sabar denganku. Berkat kesabarannya juga aku dapat pulihkan hubungan kami kini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-09-08 13:43


Bahagian III

Kelibat anak kecil berlari di ruang tamu rumah. Sungguh terasa satu perasaan yang berbeza. Kak Long pula tiba-tiba masuk ke ruang tamu yang sebentar tadi di ruang dapur.

”Tina, Iman, jangan berlari. Nanti Mak Usu pening kepala. Pergi main kat luar rumah.” Pesan Kak Long kepada dua anaknya yang sangat comel.

Aku tersenyum sahaja kepada Kak Long.

”Baik Ibu.” balas Iman dan berlalu bersama adiknya Tina bermain di luar rumah.

Kak Long mendekatiku.

”Kenapa ni? Tersenyum semacam saja.” Tegur Kak Long ramah.

Aku tersipu malu dengan tegurannya.

”Entahlah Kak Long. rasa bahagia pula jika ada anak kecil dalam rumah, kan?” balasku kemudian.

Kini Kak Long pula yang tersenyum kepadaku.

”Kak Long rasa memang dah patut juga kamu pun ada anak. Tidak perlu nak merancang lagi. Kamu dah bernikah hampir 5 tahun. Sepatutnya kamu lebih dulu dapat anak daripada Kak Long.” balas Kak Long lembut.

Aku tersenyum dengan jawapan Kak Long. Memang tidak dinafikan aku bernikah dulu berbanding Abang Long. Bezanya pernikahanku datang secara tiba-tiba waktu itu. Aku bersetuju dengan Arif yang datang dalam hidupku walaupun aku tidak menyintainya. Menerimanya demi mahu melupakan kesakitan yang terjadi dengan kisahku dan Zamarul. Menerimanya demi memulakan penghijrahan yang sempurna.

Aku semakin menerima abang Arif kerana dia menyokongku menyambung pengajian dan menanggungnya. Dia mahu aku mempunyai kerjaya yang aku impikan. Sesungguhnya inilah keindahan takdir. Aku berasa sangat bersyukur kepadaNya.

”Yaa, sebenarnya bila ada anak ini, hubungan suami isteri jadi lebih teguh. Anak-anak ini amanah, jadilah ibu bapa yang ikhlas memegang amanah Allah. Jangan pentingkan didikan dunia sahaja, tetapi didikan akhirat” balas kak Long lagi.

Aku mengangguk faham dengan kata-kata itu. Banyak benarnya kata-kata itu. Dari jauh aku dapati Abang Arif dan Abang Long bermain dengan Iman dan Tina di luar rumah. Kelihatan sangat gembira sahaja mereka.

Petang itu Abang Long dan Kak Long sudah bertolak pulang. Aku dan Abang Arif menghantarnya sampai ke lapangan terbang KLIA. rasa berlain pula bila tidak terdengar suara riang Iman dan Tina.

Dalam perjalanan pulang aku diam sahaja. Tetapi dalam fikiran teringat sahaja pada Iman dan Tina. Kekadang tersenyum sendiri. Entah Kenapa rasa begitu.

”Kenapa Aliya?” Soal Abang Arif.

Aku berpaling pada Abang Arif. Aku tersenyum sahaja kepadanya.

”Tidak ada apa-apa” Balasku ringkas.

Aku tidak mahu memberitahu abang Arif tentang apa yang bermain di fikiranku. Abang Arif pula membalas dengan senyuman. Dia biarkan sahaja aku bermain dengan fikiranku. Tiba-tiba abang arif memberhentikan kereta.

”Kenapa abang?” soalku dengan kehairanan.

Abang Arif mengamati wajahku seketika. Aku pula bertambah hairan. Ada sesuatu di benaknya yang mahu dia luahkan.

”Abang nak bawa Aliya ke rumah abang, mahu?” soalnya tiba-tiba.

Aku jadi terkejut dengan persoalannya. Apa pula yang dimaksudkan dengan rumahnya sedangkan kami sudah mempunyai rumah. Aku hanya diam seketika.

”Apa maksud abang ni? Rumah mana lagi kita ada?” soalku kemudian dengan kehairanan.

Aku masih menanti jawapannya. Tetapi dia masih diam seolah-olah minta aku mengerti. Aku berpaling ke luar kereta. Aku dapati aku berada berdekatan dengan rumah anak yatim. Kini. Aku baru teringat akan rumah anak yatim abang Arif di besarkan. Dia pernah bercerita kepadaku semasa awal mengenalinya, tetapi aku tidak pernah ingat namanya.

”Abang, kita pergi rumah abang ye?.” ujarku kemudian menyetujui permintaannya.

Aku mengenggam tangannya di tanganku. Aku tahu telah lama dia mahu aku kenal tempat ini, cuma aku selalu memberi alasan tidak dapat. Kami melangkah sama-sama ke rumah itu.

”Abang...abang...” jerit beberapa orang kanak-kanak yang bermain di taman permainan.

Abang Arif mendekati mereka.

”Kami rindukan abang..., dah sebulan lebih abang tidak datang..” ujar salah seorang kanak-kanak itu.

Air mataku tiba-tiba jatuh ke pipi. Aku rasa sangat terharu dengan Abang Arif, Begitu suci hatinya yang aku selalu menolak untuk memahaminya waktu dulu.

”Kenapa yaa?” soal abang Arif kepadaku.

Aku cuma mengeleng kepala. Aku tersenyum kemudian. Aku memimpin tangan kanak-kanak itu. Entah Kenapa aku berasa sangat bahagianya hari ini. Abang Arif cuma memerhatikan. Terlalu mudah aku menyesuaikan diri di sini. Bagiku, ini juga rumahku.

”Adik nama apa?” soalku pada kanak-kanak itu.

Kelihatan mereka tidak juga asing denganku. Mereka terlalu gembira dengan kedatangan aku dan abang arif.

”Saya suzi”

”Saya Ikhmal”

”Saya Farid”

”Saya Aminah”

”Saya Nurul”

”Saya Manisah”

Aku mengangguk sahaja tanda mendengar. Mereka pula memerhatikan sahaja. Entah apa lagi yang perlu di bualkan. Terasa hilang modal memulakan. Mungkin kerana ia terlalu baru mengenali mereka.

”Akak, dah lama kami tunggu akak datang..” ujar adik nurul memulakan bicara.

Aku terkejut juga dengan bicaranya.

”iyalah kak. Abang arif cakap akak sibuk dan sebab itu tidak dapat datang. Dia cakap suatu hari dia akan bawa akak, dan hari ini dia penuhi janjinya..” sampuk adik Ikhmal kemudian.

Aku berpaling pada abang Arif yang sedang berbual dengan seseorang di meja depan. Mungkin pengurus tempat ini. Aku tidak sangka abang arif berkata demikian kepada mereka. Mereka seolah begitu kenal dengan diriku walau aku hanya baru hari ini menemui mereka. Barangkali banyak cerita tentangku yang abang arif ceritakan.

”Akak gembira sangat hari ini..dapat bersama dengan kamu semua..rasa rugi bila sekarang baru dapat jumpa kamu semua.” balasku kemudian.

Mereka tersenyum dengan jawapanku.

”Abang arif juga sangat gembira hari ini. Sebelum ini dia kelihatan sedih sahaja. Walau dia tidak pernah cakap, tetapi kami tahu. Kami rapat dengan dia..” sambung adik Suzi.

Aku terkejut sekali lagi dengan bicara mereka. Begitu banyak bicara mereka kepadaku.

”Jangan risau, abang arif adalah baik sekarang. Dia tidakkan sedih lagi...” balasku kemudian.

Aku cuba menyakinkan mereka. Aku sedar jika mereka begitu risau tentang abang Arif.

”Abang arif selalu puji akak..sebab tu kami nak sangat jumpa akak.., memang akak sangat baik...” sambung Aminah.

Di hujung matanya ada air mata yang di tahannya. Aku memeluknya erat. Aku tahu mereka sangat dahagakan kasih sayang. Dan demikian juga dengan abang arif yang membesar di sini. Aku berpaling sekali lagi pada abang arif. Aku sedari semakin banyak aku menyintainya kini. Aku melepaskan pelukan adik Aminah.

”Adik-adik, akak nak pergi jumpa abang arif kejap. Nanti ada masa lapang, akak janji datang lagi” ujarku lagi.

Mereka mengangguk sahaja. Aku berlalu meninggalkan mereka yang kini begitu dekat denganku. Aku tekad untuk melawat mereka selalu.

”Assalamualaikum...”sapaku kepada abang arif dan pengurus itu.

Mereka berpaling kepadaku. Mereka agak kusyuk berbual tanpa menyedari kehadiranku.

”Waalaikumussalam..” balas mereka.

Aku lantas menyalami tangan wanita setengah abad itu. Dan berlalu dan duduk di sisi abang arif.

“Yaa, ini pengurus tempat ini.” ujar abang arif kepadaku.

Aku mengangguk mengiyakan. Aku tersenyum kepadanya.

“Gembira berjumpa puan hari ini..”sapaku lagi.

“Sama-sama. Sayapun gembira juga..” balasnya dengan senyuman.

Dari jauh aku berpaling kepada kanak-kanak itu yang sambung bermain di taman. Mereka riang sekali.

”Yaa nak pergi tak kat taman bunga belakang bangunan ini?” soal abang arif tiba-tiba.

Aku menatap wajahnya. Apa lagi yang mahu abang arif mahu tunjukkan kepadanya.

”Pergila Aliya.., itulah tempat kegemaran si arif ini sejak kecil.” sambung pengurus itu lagi.

Aku tersenyum sahaja pada abang arif.

“Baiklah abang..” balasku kemudian.

Abang Arif membawaku ke taman bunga di belakang bangunan. Memang banyak bunga di yang tersusun dengan indah.

”Abang selalu datang sini..”ujarnya lagi.

Aku mendengar sahaja bicaranya. Pandanganku pada landskap yang indah. Sungguh mendamaikan. Kicauan burung dan deru air terjun buatan mengamit pandangan.

”Taman ini abang buat dengan kawan-kawan abang sejak kecil lagi. Apabila abang sudah dewasa, abang tambah lagi landskap ini. Ini impian abang bila membina tempat ini bersama kawan-kawan dulu bahawa dapat bawa isteri abang melihatnya apabila dewasa. Memang kelakar bila ingat balik masa-masa lalu..”ujarnya lagi.

Senyuman abang arif terukir. Aku turut tersenyum melihatnya begitu gembira.

”Apa pula nak kelakar. Semua orang akan ada impian sewaktu kecilnya.” balasku kemudian.

Abang arif memegang raut wajahku.

“Apa pula impian yaa masa kecil dulu?” soalnya lembut.

Aku cuma tunduk. Sebenarnya tidak banyak hal yang aku impikan pada waktu lalu. Cuma menghitung hari untuk menjadi dewasa sahaja. Mahu memiliki kejayaan sebagaimana lakonan watak di dalam televisyen di mana mereka mempunyai kerjaya yang cemerlang.

“Agaknya yaa tidak seperti abang sebab impian yaa cuma mahu jadi dewasa. Yaa orang susah sejak kecil, bagi yaa masa itu kalau yaa dewasa baru dapat hidup lebih baik.” balasku sayu.

Abang arif terdiam dengan bicaraku.

“Yaa, abang tidak mahu yaa sedih lagi. Abang akan selalu jadi penyokong yaa..”balasnya kemudian dengan lembut.

Aku tidak menafikan bahawa abang arif adalah insan yang banyak membantu diriku mencapai cita-citaku. Mungkin dia adalah impianku yang sebenarnya yang merupakan insan di sebalik kejayaanku hari ini.

“Abang, terima kasih sebab banyak membantu yaa mencapai cita-cita yaa. Kini impian yaa mahu jadi isteri yang solehah untuk abang” ujarku kepadanya.

Abang arif memandangku tenang. Dia tersenyum sekali lagi kepadaku.

“Yaa, abang juga mahu jadi suami yang soleh..., kita sama-sama hadapi hidup ini hingga ke taman syurga..” balasnya kemudian.

Aku tersenyum kepadanya. Titik jernih jatuh di pipi kami. rasa sangat bahagianya hari ini. Mudah-mudahan esok akan lebih bahagia lagi. Sesungguhnya, dugaan semalam sekadar menguji keteguhan kesetiaan, tetapi ianya tidakkan merubah apa-apa jika keikhlasan menjadi tiang kehidupan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

Fattul_Bari
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.09.2008
Ahli No: 35124
Posting: 100
Dari: NEGERI PASIR DUA BUTIR

turkey   avatar


posticon Posting pada: 23-09-08 13:47


Pada 25-03-08 15:48 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

bukan begitulah mohamad.. :malu:

tapi baca rasa macam tu lah..
dia tak ada cerita apa yang isteri tu buat kat suami dia..
tiba-tiba rasa bersalah, insaf dan berbaik dengan suami dia...
memang tak cerita ;-) :-P

Bookmark and Share

    


  Member Information For Fattul_BariProfil   Hantar PM kepada Fattul_Bari   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-09-08 13:52


saya dah siapkan 3 bahagian cerita ini..saya ada kemaskan sikit jalan cerita. maaflah sebab saya pun baru belajar nak menulis .banyak kelemahan lagi..teguran yang di buat itu, saya ambil sebagai hal yang positif..

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.150842 saat. Lajunya....