Oleh |
Fakta Yang Harus Anda Tahu |
adzizi
Warga 4 Bintang Menyertai: 13.10.2006 Ahli No: 26934
Posting: 177
|
Posting pada: 25-09-07 14:47
1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi.Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem lah Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi. 2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera. 3. Tahukah Anda perkataan May Day yang diulang sebut ketika berlaku kecemasan, baik di laut atau udara berasal daripada bahasa Perancis M'aidez yang bermaksud ''tolong saya''. Perkataan Mydin yang tertera pada Pasaraya Mydin pula bukan bermaksud ia dimiliki oleh pelawak terkenal Maideen. 4. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama. 5. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet. 6. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi. 7. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya. 8. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar. 9. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan. 10. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan. 11. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, akhlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya. 12. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita. 13. Tahukah Anda walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tiada gunanya.....
|
atie82
WARGA SETIA Menyertai: 15.12.2004 Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,Sabah@Seremban
|
Posting pada: 25-09-07 14:57
Pada 25-09-07 14:47 , adzizi posting:!!! QUOTE !!! 13. Tahukah Anda walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tiada gunanya.....
SETUJU....solat itu tiang agama  ----------------- The Light of ALLAH surround Me, The Love of ALLAH Enfolds Me, The presence of ALLAH watches over Me, Whatever I am...ALLAH iS..
|
ani_putrihijjaz
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.06.2003 Ahli No: 1520
Posting: 159
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 25-09-07 15:29
Pada 25-09-07 14:57 , atie82 posting:!!! QUOTE !!! Pada 25-09-07 14:47 , adzizi posting:!!! QUOTE !!! 13. Tahukah Anda walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tiada gunanya.....
SETUJU....solat itu tiang agama 
SETUJU.... SETUJU.... SETUJU.... ----------------- "kejayaan tanpa pengorbanan adalah mustahil..namun kegagalan setelah berusaha adalah suratan takdir..."
|
skater
WARGA SETIA Menyertai: 24.04.2004 Ahli No: 8611
Posting: 542
Dari: Kuala Terengganu
|
Posting pada: 25-09-07 15:34
setuju -----------------
|
LinCikedot
WARGA SETIA Menyertai: 03.09.2006 Ahli No: 26163
Posting: 811
Dari: Atap Rumbia
|
Posting pada: 25-09-07 17:00
ahakss...macam-macam ada...
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 25-09-07 17:15
|
sahabat2hidayah
Warga 1 Bintang Menyertai: 03.07.2005 Ahli No: 17043
Posting: 40
Dari: Dunia sementara
|
Posting pada: 25-09-07 17:21
 wrbt.. macam-macam lah kamu ni.
|
qibtiyah
WARGA SETIA Menyertai: 10.07.2005 Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish
|
Posting pada: 25-09-07 17:24
huhuuu....ha ha..tak tahu..hehe
|
srikandisutera
WARGA SETIA Menyertai: 11.04.2005 Ahli No: 15726
Posting: 444
Dari: terengganu
|
Posting pada: 26-09-07 09:39
heheh...hidden message tuuu
|
mie05
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.11.2005 Ahli No: 20348
Posting: 318
Dari: melaka
|
Posting pada: 26-09-07 09:54
Tahukah anda hidup ini sementara, dan mati itu pasti berlaku pada tiap-tiap benda bernyawa...
|
nailah_miz
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.04.2004 Ahli No: 8296
Posting: 335
Dari: Universiti Utara Malaysia
|
Posting pada: 26-09-07 11:05
|
pulu
WARGA SETIA Menyertai: 27.01.2005 Ahli No: 13934
Posting: 697
Dari: Gorontalo
|
Posting pada: 01-10-07 17:29
 hehe..... nasi ayam hehe....
|
mrbr_2001
Warga 4 Bintang Menyertai: 10.02.2006 Ahli No: 22604
Posting: 169
Dari: Subang Jaya
|
Posting pada: 02-10-07 11:53
menarik juga fakta itu...
|
zahrah_asrar
Warga 5 Bintang Menyertai: 07.02.2006 Ahli No: 22514
Posting: 363
Dari: port dickson
|
Posting pada: 02-10-07 12:01
fakta yang tak mberatkn otk..
|