Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 24-08-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak.
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: NurLiyanaNajwa
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43095

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 23
Ahli: 0
Jumlah: 23

  Yang Masuk Ke Sini
budakbesar: 6 hari yang lalu
azemi: 10 hari yang lalu
Firdaus15: 16 hari yang lalu
NurLiyanaNajwa: 19 hari yang lalu
secureofficemovers: 20 hari yang lalu
Naqiu: 26 hari yang lalu
nawfaa79: 27 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 30 hari yang lalu

Bincang Agama
Topik: kepelbagaian JEMAAH ISLAM di MALAYSIA

Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» kepelbagaian JEMAAH ISLAM di MALAYSIA

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh kepelbagaian JEMAAH ISLAM di MALAYSIA

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar

posticon Posting pada: 22-09-07 12:44

salam ramadhan kareem..
salam perdebatan..

aiwah.. ana kupaskan isu ni bersama antum..
moga sama-sama kupaskan isinye molek..
dengan hujah antum masing-masing..

antum boleh timbulkan isu HT.. TAbligh..Wahabi..
PAksi.. dan seangkatan dengannya..
kalau ana nak listkan banyak pula.. berderet..

ana kecilkan sikit skop..
apa pandangan.. pendapat antum tentang KEPELBAGAIan jemaah ISLAM di malaysia ni.. kupaskan dengan perspektif negatif & POSitif.. lagi berHIKMAH..

antum yang tahu maklumat tentang JI ni.. boleh beri sikit mukaddimah..tentang latar belakang sikit..
dan mumkin boleh war-warkan program yang terdekat akan berlangsung..

pada antum.. jika ingin lebih maklumat tentang isu JI ni..
jangan hanya asek berkalam tanpa sumber yang sohih..
perlu banyak mengkaji.. bertanya.. melihat.. memantau etc..
untuk mendapatkan bukti yang benar..

ala kullihal.. hatta ana membuka topik ni..
ana mohon antum berdebat secara berhikmah..

walllahu'alam...

:roll: :roll:

-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..
[ Telah diedit oleh: simpLe_sHida pada 22-09-07 12:46 ]

Bookmark and Share

  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 22-09-07 12:50

topik yang menarik. kak shida jadi moderator.....

harapnya tak ada gaduh2 macam ada satu topik tu. letih den membacanye...

Bookmark and Share

  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  

posticon Posting pada: 22-09-07 13:09

Sangat sesuai untuk berbahas tentang Jemaah2 di Malaysia ini .

Tapi rasanya kita kena bezakan dulu skop gerakan Jemaah ini .

1 - Bersifat Dakwah & Kebajikan

2 - Bersifat Dakwah

3 - Bersifat Dakwah & Kebajikan & Politik

4 - Bersifat Dakwah & Pemahaman

5 - Bersifat Dakwah & Akhlak

Sekiranya tidak dibezakan ..maka berlakulah perdebatan yang sia-sia dan meleret2 serta membuang masa .

yang penting SEMUA GERAKAN INI BERTEMU PADA TITIK YANG SAMA IAITU BERDAKWAH sepatutnya tak perlu timbul perebutan untuk banyakkan ahli .

Jadi saudara2 sebelum berbahas pastikan di manakah ada dan jemaah yang anda dokongi . Apakah kriterianya . Dan janganlah sesekali mengangap Jemaah selain dari anda tidak berfungsi .

Bagi ana .. kita boleh menjadi ahli sesuatu jemaah dan dalam masa yang sama memberi sokongan kepada jemaah yang lain . :-D :-D

Bookmark and Share

  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 22-09-07 13:22

kalau pejuang Islam dalam Pas buat kerja elok-elok, pejuang yang nak Islamkan Umno pun buat kerja elok-elok, pejuang dalam HT pun buat kerja elok-elok, tak ada isu sebenarnya...

buatlah kerja masing-masing, jangan nak kata cara orang lain salah, habis cerita, betul tak?

sekadar pandangan dari saya, wassalam.

p/s: "Maka berlumba2lah kamu dalam melakukan kebajikan..." sadaqaLlahul-`Azim.

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

jubah_hijau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 22-09-07 13:34

Assalamualaikum...

Sekadar pandangan hamba yang lemah...

pelbagai jemaah ni muncul selepas kejatuhan zaman khalifah angkara mustafa atatuk(kalau salah,sila betulkan)...........

pelbagai jemaah ni ada rahmatnya....masing-masing ada sumbangan dengan islam.....

kita cari persamaan..jangan cari pembezaan....mybe JIM tarik gol intelek,abim perjuangkan pendidikan, PAS perjuangkan politik untuk tegak negara islam, talbilq nak wujudkan suasana islam..masing-masing ada fungsi sendiri....sekadar pandangan

Bookmark and Share

  Member Information For jubah_hijauProfil   Hantar PM kepada jubah_hijau   Quote dan BalasQuote

atie82
WARGA SETIA
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,[email protected]

Sabah  

posticon Posting pada: 22-09-07 14:55

Assalamualaikum wwt...

Sekadar nak beri pandangan dari ana yang kurang arif ini...

JI yang wujud di Malaysia ini ana KIASKAN begini...

Ia wujud dari satu pertemuan,dengan 10 pertanyaan,100 keyakinan dan 1000 kali pengorbanan serta berjuta-juta kali perjuangan dengan 1 keikhlasan atas keredhaan ALLAH..

Dapatla ana simpulkan disini..selagi mana penubuhan JI itu atas dasar menegakkan keadilan...tak ada salahnya jika perjuangan JI diteruskan demi menegakkan kebenaran..

Wallahua'lam

-----------------
The Light of ALLAH surround Me, The Love of ALLAH Enfolds Me, The presence of ALLAH watches over Me, Whatever I am...ALLAH iS..

Bookmark and Share

  Member Information For atie82Profil   Hantar PM kepada atie82   Pergi ke atie82's Website   Quote dan BalasQuote

msaidins_85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.11.2006
Ahli No: 27385
Posting: 218
Dari: http://www.msaidins.com/

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 22-09-07 17:51

tajuk yang menarik.......
adakah PAS hanya politik semata ????
jawab no...hehehe

Bookmark and Share

  Member Information For msaidins_85Profil   Hantar PM kepada msaidins_85   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  

posticon Posting pada: 22-09-07 22:19

kepelbagaian tu tak salah, tetapi bila ada satu jemaah yang 'liberal' tu yang menjadi masalah.

Bookmark and Share

  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar

posticon Posting pada: 22-09-07 22:21

Pada 22-09-07 12:44 , simpLe_sHida posting:

!!! QUOTE !!!

salam ramadhan kareem..
salam perdebatan..

aiwah.. ana kupaskan isu ni bersama antum..
moga sama-sama kupaskan isinye molek..
dengan hujah antum masing-masing..

antum boleh timbulkan isu HT.. TAbligh..Wahabi..
PAksi.. dan seangkatan dengannya..
kalau ana nak listkan banyak pula.. berderet..

ana kecilkan sikit skop..
apa pandangan.. pendapat antum tentang KEPELBAGAIan jemaah ISLAM di malaysia ni.. kupaskan dengan perspektif negatif & POSitif.. lagi berHIKMAH..

antum yang tahu maklumat tentang JI ni.. boleh beri sikit mukaddimah..tentang latar belakang sikit..
dan mumkin boleh war-warkan program yang terdekat akan berlangsung..

pada antum.. jika ingin lebih maklumat tentang isu JI ni..
jangan hanya asek berkalam tanpa sumber yang sohih..
perlu banyak mengkaji.. bertanya.. melihat.. memantau etc..
untuk mendapatkan bukti yang benar..

ala kullihal.. hatta ana membuka topik ni..
ana mohon antum berdebat secara berhikmah..

walllahu'alam...

:roll: :roll:

SALAM RAMADHAN

BAGUS JUGAK IDEA NI, TAPI ANA HARAPKAN JANGAN PERBINCANGAN DAH HANGAT, LOCK PULAK YE, SEBAB BANYAK PERSOALAN TAK SELESAI.

:-) :-) :-) :-)
WASSALAM,

-----------------
http://mykhilafah.com/

Bookmark and Share

  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar

posticon Posting pada: 22-09-07 22:23

DAN TAK LUPA JUGAK, JANGAN BEREMOSI,
KITA BERI HUJAH DAN kalau NAK SANGKAL HUJAH ORANG LAIN SILAKAN,
TAPI DENGAN DALIL YANG JELAS YE.

WASSALAM

Bookmark and Share

  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar

posticon Posting pada: 22-09-07 22:30

SALAM RAMADHAN DAN KHILAFAH

Ana nak mula dulu ye,

kepelbagaian jemaah Islam tu tak ada masalah, disisi Islam pun tak ada nash yang menghalang tentang hal tersebut yang penting memenuhi syarat yang tetah ditetapkan dalam surah ali-Imran ayat 104.

Tetapi yang paling penting matlamat yang satu yakni mengembalikan kehidupan Islam di bawah naungan khilafah Islamiyyah.

Uslub berbeza tak ada masalah yang penting tidak melanggar syariat Islam. sama ada melalui seminar, sebaran pamplet, iqtisolah maqsuda, dan lain sebagainya.

Jadi perkara pokok yang kita kena sebarkan yakni matlamat kita untuk mengembalikan semula kehidupan Islam di bawah naungan khilafah. Ini perkara pokok dengan membuang sistem aturan manusia yang mengatur kehidupan kita.

MENGEMBALIKAN KEHIDUPAN ISLAM

Wassalam

-----------------
http://mykhilafah.com/

Bookmark and Share

  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar

posticon Posting pada: 22-09-07 22:53

Jemaah Islam hanya satu sejak dari dakwah Rasulullah saw lagi. Ia tetap satu sehinggalah ke akhir zaman. Tetapi yang jadi kepelbagaian ialah FIKRAH atau pemahaman dalam pemikiran seseorang dalam pendekatan kepada dakwah Islam.

Kita ada Pas, HT, JIM, Haluan, Isma, Abim dan beberapa kumpulan lain. Mereka berbeza fikrah tetapi kesemuanya adalah Jemaah Islam. Dan setiap Fikrah ada Tanzim (penyusunannya). Jadi bagi yang faham usahlah menganggap Tanzim sebagai matlamat tetapi sekedar alat untuk mencapai keredhaan Allah SWT. Jadi janganlah menganggap fikrah lain tak betul dan hanya fikrah sendiri yang betul.

InsyaAllah bagi yang faham alhamdulillah dan bagi yang tak faham tak apalah .... sekedar pengetahuan kepada yang berhajat untuk ingin tahu.

Wallahuta'ala a'lam bissawab.

Bookmark and Share

  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 22-09-07 23:05

tapi dengan wujudnya kepelbagaian jemaah menyebabkan umat Islam bertambah berpecah belah... di Malaysia ni, jemaah yang pertama sekali wujud adalah parti PAS kemudian menyusul jemaah-jemaah yang lain. Mengapa perlu wujudkan jemaah lagi sedangkan dah ada satu jemaah tertubuh mula-mula sekali di negara kita? Jemaah itu dah pun bertujuan ingin menegakkan syiar Islam jadi mengapa tak semua orang sama-sama bangunkan dan gerakkan jemaah yang paling awal wujud itu? Mengapa pula nak wujud jemaah lain lagi? Jika ya pun ada 'loopholes' dalam parti yang awal ni mengapa tidak sama-sama bergerak menyertainya dan memperbaikinya dan seterusnya turut sama-sama berjuang dengannya? Sebaliknya, wujudkan pula jemaah2 lain. Tambah lagi jemaah lagi tambah lah pecah-belah.

Sila sesiapa komen dan beri pendapat....

-----------------

[ Telah diedit oleh: syahidatul pada 22-09-07 23:10 ]

Bookmark and Share

  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar

posticon Posting pada: 22-09-07 23:19

Pada 22-09-07 23:05 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!

tapi dengan wujudnya kepelbagaian jemaah menyebabkan umat Islam bertambah berpecah belah... di Malaysia ni, jemaah yang pertama sekali wujud adalah parti PAS kemudian menyusul jemaah-jemaah yang lain. Mengapa perlu wujudkan jemaah lagi sedangkan dah ada satu jemaah tertubuh mula-mula sekali di negara kita? Jemaah itu dah pun bertujuan ingin menegakkan syiar Islam jadi mengapa tak semua orang sama-sama bangunkan dan gerakkan jemaah yang paling awal wujud itu? Mengapa pula nak wujud jemaah lain lagi? Jika ya pun ada 'loopholes' dalam parti yang awal ni mengapa tidak sama-sama bergerak menyertainya dan memperbaikinya dan seterusnya turut sama-sama berjuang dengannya? Sebaliknya, wujudkan pula jemaah2 lain. Tambah lagi jemaah lagi tambah lah pecah-belah.

Sila sesiapa komen dan beri pendapat....

Ana tak fikir sepertimana syahidatul fikir,
kan ana dah jelaskan kat atas, apabila matlamat sama, kan boleh duduk semeja berbincang untuk capai matlamat tersebut, yakni tegakkan syariat dan khilafah, seperti yang berlaku di Indonesia, Britain dan lain-lain negara.

cumanya kalau kita memandang penubuhan jemaah lain menjadi masalah, itu persoalan kita sendiri yang perlu diperbetulkan dan perlu dimuhsabah, kerana Islam sendiri tidak pernah menghalang penubuhan lebih daripada satu jemaah.

TEGAKKAN SYARIAT DAN KHILAFAH

wassalam

-----------------
http://mykhilafah.com/

Bookmark and Share

  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 22-09-07 23:22

Pada 22-09-07 22:19 , tanpanama posting:

!!! QUOTE !!!

kepelbagaian tu tak salah, tetapi bila ada satu jemaah yang 'liberal' tu yang menjadi masalah.

ana nak ulang balik apa yang di 'post' oleh alhikam dan ibnu musa

'jangan menganggap jemaah selain dari ANDA tidak berfungsi' dan 'masing masing buat kerja masing masing'

asyik mencari salah org, bila masa pula kerja sendiri nak siap...?

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

kapten06
WARGA SETIA
Menyertai: 04.01.2007
Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 22-09-07 23:27

org kata kalau nak makan nasi kena letak lauk,gulai dan sayur....kalau makan nasi saja tak sedap...erm..kena ke.perbandingan .ini dengan tajuk ini....

Bookmark and Share

  Member Information For kapten06Profil   Hantar PM kepada kapten06   Pergi ke kapten06's Website   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 23-09-07 06:23

Pada 22-09-07 23:27 , kapten06 posting:

!!! QUOTE !!!

org kata kalau nak makan nasi kena letak lauk,gulai dan sayur....kalau makan nasi saja tak sedap...erm..kena ke.perbandingan .ini dengan tajuk ini....

kena kena.. ;)

tpkan, ada org tak boleh makan sayur. ada pula org tak boleh makan lauk. ada org pula makan telur ayam, tapi tak makan telur masin. dan ada pula yang makan roti tak makan nasi. tak lengkap lah nutrien...

dan ada yang tak tolak satu apa pun.siap ada pencecah / perisa tambahan lagi.consider lengkap lah nutrisi. tapi penyakit tetap menyerang jika diambil tanpa tapisan.

masing masing ikut kesesuaian diri masing masing

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

kapten06
WARGA SETIA
Menyertai: 04.01.2007
Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 23-09-07 16:58

Pada 23-09-07 06:23 , nurkamar posting:

erm saya setuju dengan nurkamar..... :-P

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For kapten06Profil   Hantar PM kepada kapten06   Pergi ke kapten06's Website   Quote dan BalasQuote

msaidins_85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.11.2006
Ahli No: 27385
Posting: 218
Dari: http://www.msaidins.com/

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 23-09-07 17:37

lihat peribadi para sahabat nabi SAW

Bookmark and Share

  Member Information For msaidins_85Profil   Hantar PM kepada msaidins_85   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  

posticon Posting pada: 23-09-07 17:53

Pada 22-09-07 23:22 , nurkamar posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 22-09-07 22:19 , tanpanama posting:

!!! QUOTE !!!

kepelbagaian tu tak salah, tetapi bila ada satu jemaah yang 'liberal' tu yang menjadi masalah.

ana nak ulang balik apa yang di 'post' oleh alhikam dan ibnu musa

'jangan menganggap jemaah selain dari ANDA tidak berfungsi' dan 'masing masing buat kerja masing masing'

asyik mencari salah org, bila masa pula kerja sendiri nak siap...?

Sebelum tu kena pastikan dulu .. Jemaah yang hendak kita bincangkan adalah jemaah2 yang hendak memartabatkan Islam di muka bumi ini khususnya di Malaysia .

Di sana ada beberapa pertubuhan yang tidak termasuk dalam kategori ini .. harap maklum . Jadi kalau ada yang memperjuangkan liberalisasi , nasionalisme atau doktrin2 lain . Maka ianya tak termasuk dalam jemaah2 yang memperjuangkan Islam .

Bookmark and Share

  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  

posticon Posting pada: 23-09-07 18:03

Bagi Pandangan Ana .

PAS adalah satu-satunya Jamaah yang melibatkan dalam politik secara langsung di samping menjalankan gerak kerja dakwah dan kebajikan . Dan memanglah PAS cuba mendapatkan ahli untuk melakukan gerak kerjanya .

Namun ada salah faham di antara menjadi ahli dan memberi sokongan . Ana banyak terlibat dalam aktiviti2 PAS terutama dalam gerak kerja Tarbiyah dan Dakwah .. namun ana bukannya ahli dan tidak mendaftar .

Ana juga pernah terlibat dalam gerak kerja tarbiyah Abim .

Pimpinan atasan PAS sebenarnya tidak pernah memaksa untuk masuk menjadi ahli PAS . Apa yang mereka inginkan adalah SOKONGAN .

Paling tidak adalah sokongan dalam bentuk UNDI .

Bookmark and Share

  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 23-09-07 21:33

ana banyak ditarbiyyahkan di dalam ABIM sewaktu di ipt

dan ana juga pernah berada di dalam SII yang semua umum tau banyak kecelaruannya. rasa tak perlu ana nyatakan apa. btw, pada ana, kasihan kat depa. tak ada yang nak tunjukkan arah ke?

ana masih lagi ditarik untuk menyertai PAS secara aktif hingga kini.namun jauh di sudut hati hal ini pada ana TAKKAN terjadi melainkan hati ini dibalikkan oleh allah.banyak contoh yang ana tak boleh terima & semuanya berlaku depan mata(jangan dengar cakap org semata)

**pencarian ni takkan berakhir hingga ke liang lahat

Bookmark and Share

  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  

posticon Posting pada: 23-09-07 21:55

Pada 23-09-07 21:33 , nurkamar posting:

tidak perlu bergerak aktif , tidak perlu menjadi ahli , tidak perlu mangaku .. cukup sekadar sokongan undi .

Melihat Perjuangan .. lihat pada dasarnya . Sikap ahli tidak semestinya mencerminkan perjuangan . Ahli datang dan pergi . Tetapi dasar masih tetap yang sama .

Bookmark and Share

  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar

posticon Posting pada: 24-09-07 09:06

Pada 23-09-07 21:55 , alhikam posting:

salam ramadhan wal khilafah.

dalam berjuang kena bersungguh,
"berlumba2lah kamu dalam mengerjakan kebaikan"sseprti dalam firman Allah.

Adakah dengan cara buang undi dapat mengubah pemikiran masyarakat menjadi pemikiran Islam?????

kita kena pulihkan masyarakt dengan memberi pemikiran Islam,
memberi kesedaran dengan pemikiran Islam.

dan terjun sekali dalam medan dakwah untuk berjuang menegakkan syariat agar umat Islam sentiasa tunduk pada aturan Islam.

bukannya hanya menjadi penonton sahaja???
memberi tepukan gemuruh apabila kemenagan tiba???

sebab yang kita nak cari redha Allah semata..
jadi kerah usahadan tenaga untuk mengembalikan kehidupan Islam.

wassalam

-----------------
http://mykhilafah.com/

Bookmark and Share

  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 24-09-07 09:57

farouks & ahli2 HT jangan risau, Pas bukan sebuah pertubuhan politik semata-mata, mana lengkap Islam kalau hanya sekadar politik, nanti terikut fahaman sekularisme pula (Islam siyasi).

Pas juga aktif dalam bidang pendidikan Islam kepada masyarakat, dengan adanya kuasa di sebuah negeri di pantai timur, ia menjadi pusat untuk mentarbiah masyarakat dengan pengetahuan Islam. berlambak2 sekolah agama di buka di Kelantan.

jangan terkejut, yang pergi belajar di sekolah2 agama di Kelantan bukan rakyat Kelantan saja, malah dari seluruh Malaysia!

selain tu, Pas juga bergiat dalam aktiviti ekonomi dan sosial, anda tentu pernah dengar tentang isu dinar emas di Kelantan bukan?

wassalam.

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 24-09-07 10:04

Pada 23-09-07 06:23 , nurkamar posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 22-09-07 23:27 , kapten06 posting:

!!! QUOTE !!!

org kata kalau nak makan nasi kena letak lauk,gulai dan sayur....kalau makan nasi saja tak sedap...erm..kena ke.perbandingan .ini dengan tajuk ini....

kena kena.. ;)

tpkan, ada org tak boleh makan sayur. ada pula org tak boleh makan lauk. ada org pula makan telur ayam, tapi tak makan telur masin. dan ada pula yang makan roti tak makan nasi. tak lengkap lah nutrien...

dan ada yang tak tolak satu apa pun.siap ada pencecah / perisa tambahan lagi.consider lengkap lah nutrisi. tapi penyakit tetap menyerang jika diambil tanpa tapisan.

masing masing ikut kesesuaian diri masing masing

saya setuju dengan saudari, selera masing-masing kan...

tapi, yang suka makan sayur tu jangan lah pergi kutuk yang tak suka makan sayur pula.

yang suka makan daging, jangan lah pandang rendah pada yang tak boleh makan daging.

yang suka makan ayam jangan kata orang yang suka makan ikan/daging tu salah/ atau tidak bijak dan sebagainya...

yang penting benda kecil jangan diperbesar2kan, kita ikut method masing-masing dan berlapang dada dengan jemaah2 lain yang menggunakan method yang berbeza.

wassalam.

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2912
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 24-09-07 10:57

Pada 24-09-07 10:04 , ibnu_musa posting:

yup ana setuju....
ana tak suka pada jemaah yang asyik kondem dan mbidaahkan org,
ana ana tak suka pada jemaah yang asyik mengkufurkan org,
ana tak suka pada jemaah yang asyik taksub dan bpengan pada yang salah,
ana tak suka pada jemaah yang double standart,
ana tak suka pada jemaah yang ikut part2 saja...
dan lagi ana tak suka jemaah yang bayak bohong macam islam hadhari.... :lol:

ana suka jemaah yang bersifat islami... alami, syumul dan istiqomah..... ;-)

-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2912
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 24-09-07 11:19

ni adalah contoh sumbangan jemaah pilihan hehe... :-D

..........................................................................................................................

Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat (LPNDPPP) sedang menjalankan usaha untuk mengedarkan beberapa buah buku dan tafsir Al-Quran dalam bahasa mandarin kepada masyarakat cina di Malaysia.

Sebagai langkah awal, LPNDPPP bersama LPN DPPN Johor telahpun menyerahkan naskah tafsiran Al-Quran dan buku-buku panduan Islam kepada pertubuhan Cina Muslim Johor baru-baru ini.

Sasaran seterusnya adalah pada 25 September 2007 yang akan datang sempena festival Kuih Bulan. LPN PAS Pusat telahpun mengeluarkan kuih bulan (halal) untuk diedarkan ke seluruh negara. LPNDPPP telahpun mengeluarkan arahan kepada LPN di peringkat negeri supaya mengadakan kunjungan kepada pejabat media bahasa cina diseluruh negara untuk menyerahkan bahan-bahan terjemahan ini pada tarikh tersebut.

Di antara buku-buku yang telah diterjemahkan itu adalah Islam Agama Masa Depan, Kenapa Solat, Islam dan Usul-usul serta Kaedah-kaedahnya, Hak-hak Manusia Dalam Islam, Puasa dan Zakat, Tauhid dan Keluarga Bahagia.

Sebagai makluman, Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Monggol pada akhir Dinasti Yuan (1280 Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Kuih bulan juga dikaitkan dengan Pesta Tanglung namun ini adalah perayaan berbeza

Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
20 September 2007

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  

posticon Posting pada: 24-09-07 12:40

Pada 23-09-07 21:33 , nurkamar posting:

!!! QUOTE !!!

ana banyak ditarbiyyahkan di dalam ABIM sewaktu di ipt

dan ana juga pernah berada di dalam SII yang semua umum tau banyak kecelaruannya. rasa tak perlu ana nyatakan apa. btw, pada ana, kasihan kat depa. tak ada yang nak tunjukkan arah ke?

ana masih lagi ditarik untuk menyertai PAS secara aktif hingga kini.namun jauh di sudut hati hal ini pada ana TAKKAN terjadi melainkan hati ini dibalikkan oleh allah.banyak contoh yang ana tak boleh terima & semuanya berlaku depan mata(jangan dengar cakap org semata)

**pencarian ni takkan berakhir hingga ke liang lahat

Kenapa sampai begitu...? jangan salahkan ahli..kerana setiap manusia ada kekurangannya...walaupn, memang setiap ahli iu mempengaruhi pergerakan dan pandangan orang lain terhadap jemaah..tapi, ingatlah..kita kena berlapang dada...bukankah itu selemah2 iman...
tapi, kalau taknak join PAS pun tak mengapa..masih banyak lagi jemaah di luar sana...

Bookmark and Share

  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  

posticon Posting pada: 24-09-07 12:52

Pada 22-09-07 23:05 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!

tapi dengan wujudnya kepelbagaian jemaah menyebabkan umat Islam bertambah berpecah belah... di Malaysia ni, jemaah yang pertama sekali wujud adalah parti PAS kemudian menyusul jemaah-jemaah yang lain. Mengapa perlu wujudkan jemaah lagi sedangkan dah ada satu jemaah tertubuh mula-mula sekali di negara kita? Jemaah itu dah pun bertujuan ingin menegakkan syiar Islam jadi mengapa tak semua orang sama-sama bangunkan dan gerakkan jemaah yang paling awal wujud itu? Mengapa pula nak wujud jemaah lain lagi? Jika ya pun ada 'loopholes' dalam parti yang awal ni mengapa tidak sama-sama bergerak menyertainya dan memperbaikinya dan seterusnya turut sama-sama berjuang dengannya? Sebaliknya, wujudkan pula jemaah2 lain. Tambah lagi jemaah lagi tambah lah pecah-belah.

Sila sesiapa komen dan beri pendapat....

saya tak rasa dia macam tu sebenarnya syahidatul...keadaannya..selepas mereka ni (pejuang dan penegak dakwah) ni balik dari Timur Tengah...masing-masing membawa haluan sendiri di tempat masing-masing...ada di timur, ada di barat...ada di selatan...maka setiap daripada mereka pula membawa pemikiran mengikut kefahaman yang difahami mereka...lalu masing-masing memulakan gerakan dakwah sendiri...ada yang fikrahnya cepat, ada yang syadid, ada yang lembut, ada yang menonjol, ada yang underground dan sebagainyalah...dan ada suatu ketika..mereka pernah cuba untuk menyatukan semula gerakan2 ini....jadi, perbincangan dan perjumpaan dibuat dan diadakan..namun, masing-masing tidak dapat menerima fikrah yang lain..mungkin kerana telah selesa dengan cara pembawaan fikrah masing-masing...lalu akhirnya mereka gagal mendapatkan kata sepakat dan membawa haluan masing-masing mengikut kesesuaian...yang penting, matlamat terakhir tetaplah Islam..maka selagi mana fikrah ini tidak bertentangan dengan Islam, maka bolehlah kita ikuti dan begitulah sebaliknya....

P/S : ini berdasarkan penceritaan seorang senior kepada saya..bila saya tanya dia Kenapa ada banyak jemaah di Malaysia...

bersambung....

Bookmark and Share

  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 24-09-07 14:27

Pada 23-09-07 21:55 , alhikam posting:

!!! QUOTE !!!

cukup sekadar sokongan undi .

.

"undi adalah penentu masa depan negara. bukan PARTI semata"

:roll: :roll:

-----------------

[ Telah diedit oleh: nurkamar pada 24-09-07 14:37 ]

Bookmark and Share

  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

are_peace82
WARGA SETIA
Menyertai: 06.10.2006
Ahli No: 26802
Posting: 412
Dari: Kelantan & Kajang

Kelantan  

posticon Posting pada: 24-09-07 14:53

Pada 24-09-07 14:27 , nurkamar posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 23-09-07 21:55 , alhikam posting:

!!! QUOTE !!!

cukup sekadar sokongan undi .

.

"undi adalah penentu masa depan negara. bukan PARTI semata"

:roll: :roll:

Kalau undi kita asyik ditipu orang macam mana pulak ye?

Bookmark and Share

  Member Information For are_peace82Profil   Hantar PM kepada are_peace82   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2912
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 24-09-07 15:19

MEMAHAMI PERJUANGAN ISLAM

MUQADDIMAH

Perjuangan Islam bermaksud perihal umat Islam berusaha mempertahankan agamanya dan mengatasi pihak-pihak yang menentangnya. Oleh kerana perkataan juang itu sendiri bermaksud melawan, maka persoalan perjuangan Islam itu menggambarkan betapa unsur perlawanan dan persaingan adalah satu perkara rutin dan lumrah yang pasti ada di dalam Islam dah dihadapi oleh umat Islam tidak kira bila atau di mana mereka berada.

Mahu tidak mahu, setiap muslim terpaksa menghadapi reality perlawanan atau perjuangan sama ada dalam bentuk perseorangan atau perkumpulan, hebat atau hanya pertentangan kecil mengikut tahap keimanan seseorang.

Demikianlah, sejak generasi Islam yang pertama pada zaman Rasulullah s.a.w. lagi, umat Islam telah dihadapkan dengan suasana perjuangan yang penuh dengan tekanan dan ujian.

PERJUANGAN DAN JIHAD
Di dalam bahasa Arab, perkataan yang paling sesuai dan sinonim dengan perjuangan adalah jihad. Jihad adalah kata terbitan (masdhar) yang berasal dari perkataan jahada bererti bersungguh-sungguh dan berpenatan mengerjakan sesuatu. Jahada pula bererti memerah tenaga.Jahada al-'aduw bererti memerangi musuh.

Dari segi bahasa, jihad membawa pengertian berjuang berhabis-habisan untuk meningkatkan sesuatu matlamat. Al-Jihad menurut kebanyakan kamus bererti perang mempertahankan agama.

Dalam konteks Islam, pekerjaan yang paling bersungguh dan paling banyak risiko adalah peperangan atau usaha menegakkan kalimah Allah di hadapan ancaman pemerintah yang zalim sebagaimana dinyatakan dalam hadith Rasulullah s.a.w. yang berbunyi:

Maksudnya:
Daripada Abu Sa'id al-Khudri katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda : ''Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim.''

Sebab itulah kebanyakan pentakrifan jihad pada zaman silan lebih merujuk kepada aspek peperangan.

Contohnya, ulama' Mazhab Syafie memberi definisi jihad sebagai perang ke atas orang kafir untuk memenangkan Islam.

Manakala ulama' Mazhab Hanafi pula mendefinisikannya sebagai menyeru kepada agama yang sebenar dan memerangi orang yang tidak menerimanya, dengan harta dan nyawa.

Imam Hassan al-Bana pula menyatakan bahawa:

''Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesamA manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas pundak tiap-tiap muslim. Amanah menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusa menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran.''

Persoalan mengenai perjuangan dalam Islam juga merangkumi usaha umat Islam mengembangkan agama ini dengan menjalankan gerakan dakwah ke merata tempat di serata pelusuk dunia.

Lalu, di dalam usaha berdakwah itu,mereka menghadapi sekatan, ancaman dan cabaran yang datang dari kebanyakan orang- orang kafir serta sasaran dakwah yang tidak bersikap terbuka untuk mendengar dahulu seruan Islam.

Di dalam suasana ini, timbul perlawanan dan perjuangan menentang halangan, sekatan dan ancaman dari musuh dakwah.

Namun dalam konteks zaman mutakhir ini, perjuangan Islam khususnya dengan pengertian jihad, merangkumi aspek yang luas dengan tidak tertumpu kepada aspek peperangan bersenjata sahaja.

Bahkan ia lebih banyak cenderung kepada persoalan memperbaiki umat dan mempertahankan hak-hak umat Islam sama ada melalui gerakan bersenjata, penentangan terhadap pemerintah yang tidak melaksanakan Islam dengan saluran pilihanraya, penulisan dan sebagainya.

Pokoknya, di dalam usaha tersebut pada sepanjang zaman, mereka akan menghadapi cabaran dan tentangan dari musuh yang merupakan sebahagian dari ujian Allah s.w.t. Cabaran dan tentangan tersebutlah yang melahirkan reaksi dalam bentuk perjuangan.

AQIDAH ASAS PERJUANGAN
Islam meletakkan aqidah sebagai asas utama dalam perjuangan. Bahkan ia merupakan rahsia kekuatan Islam sepanjang zaman. Dengan kata lain, Islam tidak menjadikan isu sebagai landasan utama kerana persoalan aqidah adalah bersifat menyeluruh dan evergreen.

Perjuangan yang berasaskan isu akan tamat dengan selesainya isu berkenaan. Sebaliknya Islam sentiasa mengetengahkan isu-isu yang berpaksi pada aqidah untuk menjelaskan tuntutan sebenar tauhid.

Kalimah syahadah lah ilaha illa Allah yang menjadi tema tauhid itu sendiri adalah suatu cetusan revolusi atau perubahan besar -besaran di dalam jiwa dan kehidupan manusia kerana ia bererti pengakuan kepada kekuasaan menghukum dan memerintah tertinggi yang disrahkan hanya kepada Allah.

Ia adalah cetusan revolusi terhadap kuasa duniawi yang telah merampas suatu sifat khusus Tuhan yang utama iaitu menentukan perjalanan dan peraturan hidup manusia . Islam adalah revolusi terhadap kenyataan hidup yang bersandarkan kepada rampasan hak Tuhan itu dan juga merupakan suatu pukulan maut ke atas sebarang peraturan dan kekuasaan yang tidak diredhai Allah.

Sebaliknya Islam menuntut manusia tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t. selaras dengan pengertian kalimah Islam sendiri.

Syed Qutb menyifatkan Islam merupakan revolusi di dalam kehidupan manusia. Dalam hubungan ini Syed Qutb menyatakan:

''Seorang yang menganut Islam itu sebenarnya telah melucutkan dari dirinya segala sesuatu dari zaman lampaunya di alam jahiliyah. Dia merasakan ketika dia mula menganut Islam bahawa dia memulakan zaman baru dalam hidupnya; terpisah sejauh-jauhnya dari hidupnya yang lampau di zaman jahiliyah. Sikapnya terhadap segala sesuatu yang berlaku di zaman jahiliyah dahulu ialah sikap seorang yang sangat berhati-hati dan berwaspada.''

Ibn Taimiyah pula menyatakan apabila ucapan lah ilaha illa Allah itu merupakan ucapan yang sebenar,jadilah orang yang mengucapkannya itu ahliNya dan tergolong dalam golonganNya (golongan Allah), manakala orang yang mengingkarinya adalah musuhNya dan orang-orang yang dimurkaiNya.

Risalah Islam yang disebarkan melalui dakwah yang telah dimulakan oleh para nabi itu sendiri bersifat menyeru kepada Allah dan menentang taghut iaitu segala perkara atau sembahan yang bersifat merampas hak-hak ketuhanan sama ada dari sudut ibadah, undang-undang dan pemerintahan. Dalam perkara ini, Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al-Nahl ayat 36 yang bermaksud:

''Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul kepada setiap umat (untuk menyerukan): ''Sembahlah Allah dan jauhilah taghut.''

Peranan utama para rasul yang diutuskan Allah adalah membawa petunjuk kepada hambaNya. Ia terdiri dari dua perkara penting yang saling perlu-memerlukan dan menyempurnakan di antara satu sama lain iaitu:

• Menyeru supaya beribadah dan mengabdikan diri hanya kepada Allah yang Esa
• Menyeru supaya menjauhi taghut

Jelas bahawa seruan Islam bukan setakat mengajak kepada kebaikan dengan menyembah Allah dan mentaatinya, tetapi dalam masa yang sama hendaklah menjauhi dan menentang taghut.

MATLAMAT PERJUANGAN ISLAM
Matlamat utama perjuangan Islam adalah untuk meninggikan kalimah Allah iaitu dengan terlaksananya syariatNya dan tunduknya segala fahaman, agama dan ajaran yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asy'hari .a. katanya: Sesungguhnya seorang lelaki Badwi iaitu Arab desa datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya: ''Wahai Rasulullah! Ada seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, ada juga seseorang yang berperang untuk membuktikan kejantanannya dan ada pula seseorang yang berperang untuk melihat kemampuannya. Oleh itu, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?'' Rasulullah s.a.w. menjawab: ''Barangsiapa yang berperang demi menegakkan kalimah Allah, maka beliaulah yang berada di jalan Allah.'' (Riwayat Muslim)

Allah s.w.t. sendir menuntut agar agamaNya ini siletakkan mengatasi segala ajaran yang lain. Tuntutan ini jelas dinyatakan oleh Allah ketika menjelaskan tentang matlamat pengutusan Rasulullah s.a.w. kepada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

''Dialah (Allah) yang telah mengutus rasulNya dengan hidayah petunjuk dan agama yang sebenar supaya dimenangkanNya atas segala agama walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin.'' (al-Saff : 9)

Al-Maududi menyatakan:
''Sebagaimana halnya dengan din-din lainnya, din Allah ini juga menuntut bahawa seluruh wewenang mesti diserahkan kepadaNya semata-mata. Sedangkan semua din yang berlawanan dengannya mesti ditundukkan. Kalau tidak, ia akan dapat menuntut kepatuhan rakyat, kerana dalau din ini telah berlaku, maka tidak akan ada lagi din kerakyatan, kerajaan atau din kaum komunis.''

Tuntutan ini tidak bererti bahawa Islam bertindak memaksa manusia memeluk Islam dan menghapuskan terus ajaran lain secara kekerasan kerana kekerasan dan paksaan tidak akan menghapuskan apa yang ada dalam hati dan fikiran manusia. Ini dijelaskan dalam konsep dan etika peperangan dalam Islam antaranya ialah larangan menakut-nakutkan orang ramai,melampau, membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua yang sudah kabur pandangan, paderi-paderi, penjaga gereja, membakar pokok dan membunuh haiwan tanpa maslahah. Demikian juga difahami dari ayat ke 40 Surah al-Hajj:

Maksudnya: ''Dan sekiranya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah .''

Tuntutan itu sebenarnya adalah supaya Islam mendominasikan seluruh suasana dan kekuasaan pemerintahan agar manusia dapat melihat kehebatan dan keagungan Islam lalu mereka akan menerima Islam sama ada sebagai agama anutan atau sebagai pemerintahan yang adil dengan secara rela. Firman Allah s.w.t. Surah at-Taubah, ayat 40:

Maksudnya:
''Dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah dan kalimat Allah itulah orang-orang tinggi.''

Tuntutan menzahirkan agama ini dijelaskan sehinggalah dalam soal peperangan. Tujuan peperangan dalam Islam sendiri adalah untuk memastikan bahawa Islam menjadi penentu dalam percaturan politik dan hidup manusia. Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:
''Dan perangilah mereka (orang-orang kafir) sehingga tiada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya menjadi semata-mata untuk Allah.'' (al-'Anfal : 39)

Menurut Saiful Islam, maksud dari perkataan 'perangilah' adalah agar kekufuran tidak melata dan agar din Allah di atas segala -galanya, sehingga din al-Islam ada di mana-mana.

PERJUANGAN TIDAK BERNOKTAH
Islam sentiasa menghadapi tentangan. Hasil daripada dua factor di atas, lalu timbul pula reaksi di kalangan manusia yang enggan tunduk kepada seruan dakwah Islam. Reaksi itulah yang menyemarakkan lagi pertentangan di antara Islam dengan musuh-musuhnya.

Contoh yang paling ketara daripada sirah Rasulullah s.a.w. ialah apabila baginda berdakwah dengan orang ramai tentang Islam supaya mengucap syahadah lah ilaha illa Allah, dua orang lelaki Badwi dari kalangan yang hadir berkata:
Maksudnya:

''Ini adalah perkara yang dibenci oleh raja-raja (pemerintah). Kerana inilah kamu akan diperangi oleh orang-orang Arab dan orang-orang 'ajam (bukan Arab).''

Peristiwa ini menggambarkan bahawa penentangan terhadap Islam adalah perkara yang sentiasa berlaku sebagaimana ia telah berlaku ke atas nabi-nabi yang terdahulu. Namun faktor utama penentangan itu bukanlah kerana faktor batang tubuh individu atau golongan yang menyeru, tetapi kerana seruan Islam itu sendiri.

Sebagaimana Rasulullah s.a.w. sendiri ditentang bukan kerana peribadi baginda yang sudah terkenal sebagai al-Amin dan pernah diberi kepercayaan menjadi hakim menyelesaikan masalah perletakan Hajar al-Aswad dalam peristiwa banjir besar di Makkah sebelum kenabian baginda s.a.w.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
''Jihad itu berterusan sejak aku dibangkitkan sehingga umatku yang terakhir membunuh Dajjal.''

KONSEP KEMENANGAN
Kemenangan adalah satu perkara yang sentiasa menjadi matlamat dalam setiap perjuangan. Tidak kira perjuangan itu benar ( haq) atau batil, pejuang itu muslim atau tidak, masing-masing meletakkan harapan untuk mencapai kemenangan dengan berusaha untuk mengatasi yang lain.

Islam mempunyai pandangannya yang tersendiri tentang kemenangan, berbeza dengan konsep kemenangan dalam agama atau ideologi serta fahaman lain. Di dalam al-Quran, Allah s.w.t. menggunakan beberapa istilah kemenangan iaitu al-falah, al- fawz, al-nasr dan al-fath. Masing-masing mempunyai pengertian yang berbeza.

Kemenangan dengan istilah al-falah melambangkan kemenangan yang umum dan menyeluruh meliputi segala aspek individu, masyarakat umum, dunia dan akhirat. Kemenangan al-fawz pula digunakan secara lebih khusus kepada kemenangan atau kejayaan di akhirat. Manakala kemenangan al-nasr pula adalah kemenangan dalam jihad kerana membela agama Allah ke atas musuh-musuhNya.

A. Kemenangan di Dunia
Di dalam al-Quran, golongan yang memperolehi kemenangan dunia (al-nasr) ini disebut sebagai ghalibun dan dzahirun. Ghalibun memberi maksud orang-orang yang mengalahkan, manakala dzahirun bermaksud orang yang menang.

Kemenangan di dunia disebut juga al-fath. Istilah al-fath digunakan oleh al-Quran dalam banyak ayat yang menyentuh tentang kemenangan besar. Contohnya, Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al-Fath ayat 1:

Maksudnya:
''Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.''

Ulama' sejarah menggunakan istilah al-fath (pembukaan) di dalam setiap kejayan tentera Islam menawan sesuatu wilayah kerana mengambil pengajaran dari al-Quran. Sifat penaklukan itu bukan pemaksaan dan penjajahan, tatapi ia adalah pendedahan manusia kepada Islam, pemerintahannya dan keadilannya. Kemenangan di dunia dapat dilihat dari beberapa aspek sebagaimana dinyatakan di dalam Surah al-Nur ayat 55:

Maksudnya:
''Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad!) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang- orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).''

Tiga bentuk kemenangan al-nasr yang dijanjikan itu adalah:

a) Mendapat kuasa pemerintahan di muka bumi dengan penguasaan pendukung-pendukung ke atas negara atau wilayah dan memeang tampuk pimpinan.
b) Menguatkan agama Islam dengan mengurniakannya wewenang untuk menentukan kehidupan manusia. Dengan kata lain, Islam menjadi asas kehidupan dan undang-undang dalam negara.
c) Mewujudkan keamanan dalam kehidupan setelah mereka berhadapan dengan pelbagai ancaman, rintangan dan risiko dalam mengharungi perjuangan.

B. Kemenangan di Akhirat
Kemenangan di akhirat (al-fawz) adalah kemenangan yang sbenar. Walaupun pejuang-pejuang Islam itu kalah atau gugur di medan peperangan atau sebarang medan perjuangan lain, namun pada hakikatnya mereka telah beroleh kemenangan. Kemenangan inilah yang menjadi matlamat sebenar di dalam perjuangan Islam.

Allah s.w.t. menawarkan kemenangan di dalam firmanNya dalam Surah al-Saff ayat 10 – 12:
Maksudnya:
''Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman ( syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga ''Adn''. Itulah kemenangan yang besar.''

Berdasarkan ayat di atas, kemenangan di akhirat itu meliputi empat perkara:
a) Mendapat jaminan keselamatan dari azab yang pedih di akhirat
b) Mendapat keampunan dari Allah s.w.t. atas segala dosa yang telah dilakukan
c) Dimasukkah ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai
d) Mendapat tempat tinggal yang baik khusus di yurga yang bernama ‘And
C. Kemenangan Adalah Janji Allah

Di dalam Islam, kemenangan adalah suatu yang pasti dan perlu diyakini oleh setiap muslim. Mereka perlu mengimani masa hadapan yang baik dan gemilang untuk Islam. Ini kerana terdapat banyak nas al-Quran dan al-Hadith yang memberitakan bahawa Islam akan berjaya pada suatu hari kelak. Ayat 55 Surah al-Nur tadi dimulakan dengan lafaz wa'ada bermaksud 'telah menjanjikan', di mana kemenangan di dunia (al-nasr) telah dijanjikan oleh Allah sebagai satu kemestian kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh apabila tiba masanya. Janji ini bukan sahaja dikhususkan buat umat Muhammad s.a.w., bahkan ia telah dinyatakan oleh Allah s.w.t. sejak zaman Nabi Daud a.s. lagi. Firman Allah s.w.t. dalam ayat ke 105 Surah al-Anbiya':

Maksudnya:
''Sesungguhnya telah kami wartakan dalam kitab Zabur selepas peringatan bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh.''

Janji Allah s.w.t. ini disebut pula dalam hadith Rasulullah s.a.w.: Maksudnya:
Dari Tamim al-Dari katanya: ''Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: ''Akan sampai urusan ini (agama Islam) ke setiap tempat yang sampai padanya malam dan siang. Dan Allah tidak akan membiarkan walau sebuah rumah di Bandar dan perkampungan mahupun di pedalaman melainkan akan dimasukkanNya agama ini melalui kemuliaan orang yang mulia atau kehinaan orang yang hina. Dengan kemuliaan Allah memuliakan Islam dan dengan kehinaan Allah menghina kekufuran.'' Tamim al-Dari menyatakan bahawa aku telah mengalami perkara itu dalam keluargaku, yang Islam mendapat kebaikan, kemliaan dan kehebatan, manakala yang kafir mendapat kehinaan, merasa kerdil dan membayar jizyah.''

Hadith ini menerangkan bahawa agama Islam akan berkembang seluas-luasnya ke setiap penjuru dunia. Janji Allah dan RasulNya ini telah berlaku untuk peringkat pertamanya dengan berlakunya pembukaan-pembukaan negara Islam dan berkembangnya wilayah taklukan Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. hingga kurun ke-14 Hijrah.

D. Kemenangan Adalah Pertolongan Allah
Persoalan pokok dan perkara penting yang membezakan konsep Islam terhadap kemenangan dengan konsep-konsep agama, ideology dan fahaman lain adalah unsur pertolongan Allah, Islam amat menitik-beratkan hubungkait manusia Islam dengan Tuhannya dalam perjuangan bahkan dalam setiap aspek kehidupan.

Para pendukung perjuangan Islam sentiasa diingatkan tentang peri pentingnya bergantung kepada Allah dan menyakini bahawa kemenangan hanya datang dari Allah apabila dikehendakiNya. Allah s.w.t. berfirman dalam ayat 10 Surah Ali 'Imran dan 126 Surah al-Anfal:

Maksudnya:
''Dan tiadalah pertolongan kecuali dari Allah.'' (Al-Anfal: 126)

Al-Nasr dalam ayat ini memberi pengertian pertolongan dan kemenangan di dalam perjuangan. Allah s.w.t. mengaitkan persoalan kemenangan dalam ayat ini dengan pernyataan bahawa Allah Yang Maha Perkasa untuk menunjukkan bahawa Dialah yang berkuasa memberi kemenangan kepada orang-orang beriman walaupun jumlah mereka sedikit dan kelengkapan mereka kurang berbanding dengan pihak lawan.

Manakala pernyataan bahawa Allah Maha Bijaksana menegaskan bahawa Dialah yang lebih mengetahui bilakah masa yang paling sesuai untuk mengurniakan kemenangan dan sebab apakah kemenangan itu tidak diberikan dalam semua keadaan.

Setiap pejuang Islam perlu menyakini bahawa kemenangan adalah kurniaan Allah dan bergantung kepada izin dan kehendak Allah. Bila-bila masa Dia boleh mengurniakan kemenangan atau menarik nikmat itu dan memberikan kekuasaan kepada golongan lain.

Justeru, para pejuang Islam perlu mengambil berat hakikat ini agar kemenangan Islam itu dibina atas dasar kefahaman dan penghayatan Islam dalam mengisi kemenangan.

Hakikat ini dinyatakan dalam firman Allah dalam Surah Ali 'Imran ayat 26:
Maksudnya:

''Katakanlah (wahai Muhammad) Ya Allah! Engkau pemilik segala kekuasaan, Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau mencabutnya dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Dan Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.''

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 24-09-07 15:23

Salam,

Dalam semua perbuatan kita, termasuklah dalam berjamaah, matlamat dan niat tidak pernah menghalalkan cara. Anda tentu dapat tangkap apa yang ingin saya sampaikan...

Justeru, sewajarnya diwujudkan satu cabang ilmu yang baru dalam fiqh yang melibatkan perbincangan jamaah ini. Mungkin dah ada, tapi tak diberikan penekanan agaknya...

Fiqh Haraki...

Harapnya usul ni dibangkitkan dalam perbincangan para ulama...

Wallahu'alam...

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 24-09-07 15:26

Kepelbagaian jamaah tidak membawa permasalahan...

Yang menjadi masalahnya ialah apabila perbezaan itu dibesar-besarkan sehingga tercetus perbalahan...

Nak bincang tentag thariqah tak ada salahnya, cuma perlulah disertakan niat yang ikhlas dan juga diadakan secara ilmiah...

Mungkin kita pernah melalui pengalaman pahit bersama sesebuah jamaah, namun ia tak boleh dijadikan hujah untuk menolak keberadaan jamaah tersebut...

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 24-09-07 15:56

Pada 24-09-07 15:26 , ghazi posting:

!!! QUOTE !!!

Kepelbagaian jamaah tidak membawa permasalahan...

Yang menjadi masalahnya ialah apabila perbezaan itu dibesar-besarkan sehingga tercetus perbalahan...

masalahnya yang paling besar: sikap sesetengah jemaah yang menuduh cara jemaah lain SALAH, jemaahnya saja yang betul, dan menuduh pendapat ulama' lain SALAH, ulama' dia saja yang betul.

tak berlapang dada langsung!

selagi ada sikap2 sebegini, selagi tu jemaah2 yang terlibat susah untuk bekerjasama apatah lagi untuk bersatu menegakkan syiar Islam.

wassalam.

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 24-09-07 15:57

Pada 24-09-07 09:57 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

farouks & ahli2 HT jangan risau, Pas bukan sebuah pertubuhan politik semata-mata, mana lengkap Islam kalau hanya sekadar politik, nanti terikut fahaman sekularisme pula (Islam siyasi).

Pas juga aktif dalam bidang pendidikan Islam kepada masyarakat, dengan adanya kuasa di sebuah negeri di pantai timur, ia menjadi pusat untuk mentarbiah masyarakat dengan pengetahuan Islam. berlambak2 sekolah agama di buka di Kelantan.

jangan terkejut, yang pergi belajar di sekolah2 agama di Kelantan bukan rakyat Kelantan saja, malah dari seluruh Malaysia!

selain tu, Pas juga bergiat dalam aktiviti ekonomi dan sosial, anda tentu pernah dengar tentang isu dinar emas di Kelantan bukan?

wassalam.

Salam, saya tahu dan saya tak risau... Aktiviti PAS memang pelbagai, bukannya 5 tahun sekali saja...Kalau ada yang cakap sedemikian, maknanya dia tak jelas dengan perjuangan dan gerak kerja PAS...

Surau di perumahan saya memang menjadi "markas" orang-orang PAS, jadi masa kecil-kecil dan muda-muda dulu selalu join ceramah dan sebagainya.

Di universiti pun, walaupun tiada penglibatan secara langsung, PAS ada menganjurkan pelbagai aktiviti dalam kampus melalui proksi2 mereka. Rasanya tak perlu nyatakan pun anda semua tentu tahu, khususnya para mahasiswa. Malahan, dalam pilihanraya kampus pun mereka terlibat sama melalui proksi2 ni. Bagi saya tindakan ini ada justifikasinya, sebab puak-puak UMNO pun buat perkara yang sama melalui ASPIRASI. Tapi sayanglah kalau sentimen kepartian diserap ke dalam kampus. Sepatutnya pemilihan calon2 MPP dibuat berdasarkan kredibiliti dan juga manifesto mereka, bukannya atas dasar sama ada mereka ni calon ASPIRASI atau GAGASAN dan sebagainya.

Sebut tentang isu dinar emas, saya menyokong usaha yang dilakukan. Namun, rasanya tak kena pada tempatnya...

1. Belum ada daulah lagi, jadi mana mungkin sesebuah sistem seperti sistem dinar emas terlaksana tanpa negara. Sewajarnya seluruh upaya tenaga dikerahkan kepada penegakan daulah terdahulu, manakala sistem-sistem yang daulah tersebut hanya diaplikasikan setelah wujudnya daulah Islam. Kalau dilaksanakan secara berperingkat seperti yang dibuat PAS di Kelantan, maka cacatlah jadinya, kerana sistem-sistem pemerintahan Islam terkait dan saling melengkapi antara satu dengan yang lain...

2. Kelantan masih lagi terikat dengan kerajaan persekutuan, jadi penggunaan matawang dinar emas tak begitu efektif... Lagipun sesuai ke dalam satu negara ada dua currencies?

Tentang aktiviti sosial pula, memang banyak sumbangan yang diberikan. Semasa cuti merdeka hari tu, ada aktivis PAS yang mengedar risalah tentang sebuah hotel di Wangsa Maju yang didakwa (dan terbukti) membenarkan pengunjung menyewa bilik bagi melampiaskan nafsu serakah mereka. Malahan, mereka juga ada membuat laporan polis tentang isu ni. Ternyata keprihatinan mereka terhadap isu sosial dalam masyarakat.

Mereka juga mempunyai rangkaian PASTI yang berfungsi sebagai taman didikan kanak-kanak. Kelas-kelas Fardu Ain juga dijalankan di surau-surau. Saya terhutang budi dengan tenaga pengajar di institusi tersebut, kerana saya pernah hadir ke kelas-kelas tersebut semasa kecil-kecil dulu... =)

Dalam bidang ekonomi pun mereka ada KOHILAL (saya tak pasti ada lagi ke tak sekarang ni, sebab dah lama tak ikuti perkembangannya).

Namun, semua tindakan itu tak boleh menjustifikasikan keterlibatan mereka dalam demokrasi.

Tinggalkanlah demokrasi, kan banyak lagi sumbangan terhadap Islam yang boleh dilaksanakan di luar sistem demokrasi?

Jalan nak mencapai pemerintahan bukanlah hanya melalui demokrasi semata-mata...

HT dah pun menampilkan alternatifnya, terpulanglah kepada kalian untuk menilai. Saya akan tetap menyampaikannya dan mengusahakannya sehinggalah Daulah tertegak ataupun saya meninggal dunia. HT tak menyeru kalian sewenang-wenangnya untuk meninggalkan jamaah anda. HT menyeru supaya jalan dakwah dan islah ini ditempuh melalui thariqah Rasulullah saw...

Wallahu'alam...

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 24-09-07 16:00

Salam,

Saya sokong alhikam apabila dia menyatakan;

"Bagi ana .. kita boleh menjadi ahli sesuatu jemaah dan dalam masa yang sama memberi sokongan kepada jemaah yang lain . "

Inilah yang dinamakan sinergy...

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 24-09-07 16:11

Pada 24-09-07 15:57 , ghazi posting:

!!! QUOTE !!!

Namun, semua tindakan itu tak boleh menjustifikasikan keterlibatan mereka dalam demokrasi.

Tinggalkanlah demokrasi, kan banyak lagi sumbangan terhadap Islam yang boleh dilaksanakan di luar sistem demokrasi?

Jalan nak mencapai pemerintahan bukanlah hanya melalui demokrasi semata-mata...

HT dah pun menampilkan alternatifnya, terpulanglah kepada kalian untuk menilai.

dalam topik ni pun nak pertikaikan pasal demokrasi juga? HT2... :lol:

ni lah contoh pihak yang tak boleh berlapang dada dengan method pihak lain, asyik nak kata kita saja yang betul orang lain salah.

benda ni kan ada ulama' yang haruskan, demokrasi disokong oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi sendiri dan lain-lain ulama', Kenapa masih nak pertikaikan juga?

selagi ada sikap sebegini, selagi tu jemaah2 Islam takkan bersatu, yang ni kata yang tu salah, yang tu kata yang ni salah, sampai bila2 pun takkan selesai.

nasihat saya: berlapang dada lah ye, wassalam.

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 24-09-07 16:11 ]

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2912
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 24-09-07 16:20

Pada 24-09-07 15:57 , ghazi posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 24-09-07 09:57 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

farouks & ahli2 HT jangan risau, Pas bukan sebuah pertubuhan politik semata-mata, mana lengkap Islam kalau hanya sekadar politik, nanti terikut fahaman sekularisme pula (Islam siyasi).

Pas juga aktif dalam bidang pendidikan Islam kepada masyarakat, dengan adanya kuasa di sebuah negeri di pantai timur, ia menjadi pusat untuk mentarbiah masyarakat dengan pengetahuan Islam. berlambak2 sekolah agama di buka di Kelantan.

jangan terkejut, yang pergi belajar di sekolah2 agama di Kelantan bukan rakyat Kelantan saja, malah dari seluruh Malaysia!

selain tu, Pas juga bergiat dalam aktiviti ekonomi dan sosial, anda tentu pernah dengar tentang isu dinar emas di Kelantan bukan?

wassalam.

Salam, saya tahu dan saya tak risau... Aktiviti PAS memang pelbagai, bukannya 5 tahun sekali saja...Kalau ada yang cakap sedemikian, maknanya dia tak jelas dengan perjuangan dan gerak kerja PAS...

Surau di perumahan saya memang menjadi "markas" orang-orang PAS, jadi masa kecil-kecil dan muda-muda dulu selalu join ceramah dan sebagainya.

Di universiti pun, walaupun tiada penglibatan secara langsung, PAS ada menganjurkan pelbagai aktiviti dalam kampus melalui proksi2 mereka. Rasanya tak perlu nyatakan pun anda semua tentu tahu, khususnya para mahasiswa. Malahan, dalam pilihanraya kampus pun mereka terlibat sama melalui proksi2 ni. Bagi saya tindakan ini ada justifikasinya, sebab puak-puak UMNO pun buat perkara yang sama melalui ASPIRASI. Tapi sayanglah kalau sentimen kepartian diserap ke dalam kampus. Sepatutnya pemilihan calon2 MPP dibuat berdasarkan kredibiliti dan juga manifesto mereka, bukannya atas dasar sama ada mereka ni calon ASPIRASI atau GAGASAN dan sebagainya.

Sebut tentang isu dinar emas, saya menyokong usaha yang dilakukan. Namun, rasanya tak kena pada tempatnya...

1. Belum ada daulah lagi, jadi mana mungkin sesebuah sistem seperti sistem dinar emas terlaksana tanpa negara. Sewajarnya seluruh upaya tenaga dikerahkan kepada penegakan daulah terdahulu, manakala sistem-sistem yang daulah tersebut hanya diaplikasikan setelah wujudnya daulah Islam. Kalau dilaksanakan secara berperingkat seperti yang dibuat PAS di Kelantan, maka cacatlah jadinya, kerana sistem-sistem pemerintahan Islam terkait dan saling melengkapi antara satu dengan yang lain...

2. Kelantan masih lagi terikat dengan kerajaan persekutuan, jadi penggunaan matawang dinar emas tak begitu efektif... Lagipun sesuai ke dalam satu negara ada dua currencies?

Tentang aktiviti sosial pula, memang banyak sumbangan yang diberikan. Semasa cuti merdeka hari tu, ada aktivis PAS yang mengedar risalah tentang sebuah hotel di Wangsa Maju yang didakwa (dan terbukti) membenarkan pengunjung menyewa bilik bagi melampiaskan nafsu serakah mereka. Malahan, mereka juga ada membuat laporan polis tentang isu ni. Ternyata keprihatinan mereka terhadap isu sosial dalam masyarakat.

Mereka juga mempunyai rangkaian PASTI yang berfungsi sebagai taman didikan kanak-kanak. Kelas-kelas Fardu Ain juga dijalankan di surau-surau. Saya terhutang budi dengan tenaga pengajar di institusi tersebut, kerana saya pernah hadir ke kelas-kelas tersebut semasa kecil-kecil dulu... =)

Dalam bidang ekonomi pun mereka ada KOHILAL (saya tak pasti ada lagi ke tak sekarang ni, sebab dah lama tak ikuti perkembangannya).

Namun, semua tindakan itu tak boleh menjustifikasikan keterlibatan mereka dalam demokrasi.

Tinggalkanlah demokrasi, kan banyak lagi sumbangan terhadap Islam yang boleh dilaksanakan di luar sistem demokrasi?

Jalan nak mencapai pemerintahan bukanlah hanya melalui demokrasi semata-mata...

HT dah pun menampilkan alternatifnya, terpulanglah kepada kalian untuk menilai. Saya akan tetap menyampaikannya dan mengusahakannya sehinggalah Daulah tertegak ataupun saya meninggal dunia. HT tak menyeru kalian sewenang-wenangnya untuk meninggalkan jamaah anda. HT menyeru supaya jalan dakwah dan islah ini ditempuh melalui thariqah Rasulullah saw...

Wallahu'alam...

Alhamdulillah.... ada juga sahabat HT yang faham perjuangan PAS... tapi Kenapa kalian masih lagi tak mampu blapang dada...masih lagi mhentam pedekatan PAS dalam pilihanraya???
Kenapa masih lagi mkodem PAS walaupun mereka sedar banyak sumbangan PAS untuk agama??
tapi terus duduk kata HT yang terbaik... aku tengok tak ada pun ulama'2 HT kat malaysia amnya yang lantang mebela Islam dan mnentang kekufuran yang berlaku... setakat edar SN setiap minggu, budak sekolah pun boleh buat.....agak2 mat pet, mat rempit, minah bohsia, mat skin etc.. baca ke risalah tu??....
pesta2 maksiat tak ada pula tengok geng2 HT datang tegur !!!..
umat Islam perlukan sumbangan atau pmbelaan tak ada pula HT tampir bantu??? contoh Tsunami...mana HT??? :lol: :lol: :lol:
afuan...
cakap semua boleh cakap... tak puas hati besok jumpa aku kat station ERL putrajaya.... aku dengan Jundi2 PAS lain agih juadah bbuka kat situ... ;-)

-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar

posticon Posting pada: 24-09-07 16:50

alhamdulillah.. banyak idea ..pendapat..hujah yang antum wa antunna posting.. syukran ila aye.. aiwah.. panjangnye info tu.. :-D

!!! QUOTE !!!

ana masih lagi ditarik untuk menyertai PAS secara aktif hingga kini.namun jauh di sudut hati hal ini pada ana TAKKAN terjadi melainkan hati ini dibalikkan oleh allah.banyak contoh yang ana tak boleh terima & semuanya berlaku depan mata(jangan dengar cakap org semata)

**pencarian ni takkan berakhir hingga ke liang lahat

... :roll: :roll: sebegitu sekali..
huh... ayat diTERBalikkan..
tak mengapa.. moga suatu hari nanti..
dibuka pintu hidayah.. serta NUR darinYA..
aminn... :-D

!!! QUOTE !!!

kalau pejuang Islam dalam Pas buat kerja elok-elok, pejuang yang nak Islamkan Umno pun buat kerja elok-elok, pejuang dalam HT pun buat kerja elok-elok, tak ada isu sebenarnya...

buatlah kerja masing-masing, jangan nak kata cara orang lain salah, habis cerita, betul tak?

sekadar pandangan dari saya, wassalam.

masalahnya.. memang dah jadi lumrah...
manusia ni memang akan berkata-kata..
bercakap tentang isu yang bukan di badan sendiri..
bak kata ayat yang acapkali kita dengar..
jangan dok jaga tepi kain orang..

tapi... org dok kecek juga...hehe..

:roll: :roll:

-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..

Bookmark and Share

  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar

posticon Posting pada: 24-09-07 16:52

ana nak titipkan ayat ni..
ayat ni telah diolah & diedit semula.. mengikut nahu ana..

*** umat Islam perlu menerima perubahan yang berlaku di hadapan mata mereka secara positif.. dan seterusnya berani membuat pengubahsuaian pada hidup bagi menghadapi perubahan itu. Hatta, perlu juga bersedia menerima pandangan-pandangan baru dalam agama selagi mana TIDAK BERCANGGAH dengan PRINSIP-PRINSIP ISLAM!!

Ijtihad – berdasarkan hujah..

Kenapa ?? walaupun kita satu RUMpun yang sama… membawa panji ISLAm.. agama yang sama.. pasti berlaku… au PErlu berlaku pepecahan??!! Maza…???

Ianya berpunca dari perbezaan pendapat sama ada politik.. social.. ekonomi.. ataupun agama..

Kenapa perlu bergayut di TALi-TAli yang reput… ALLAHu akhbar….
Sesungguhnya.. hambamu ni.. insan yang begitu kerdil.. untuk berhujah apetah lagi berdebat dengan isu yang menjangkaui.. melangkaui.. batas ilmu yang ada secalit Cuma..huhuu.. ^-^

Perbezaan pendapat dalam perkara-perkara ranting adalah diizinkan dalam BATAS-batas tertentu.. sabda nabi : Ikhtilaf atau perbezaan pendapat di kalangan umatku adalah Rahmat :

Namun, mengikut imam Subki, hadis ni ditolak oleh ulama hadis.
Wallahu’alam…

Perbezaan pendapat boleh dibahagikan kepada 3 kategori
1-prinsip atau usul
2-melibatkan pendirian & strategi peperangan
3-perkara ranting @ cabang – contoh dalam aspek hukum hakam fikah..

Ianya diharuskan kerana nabi mengizinkan umat Islam berijtihad bertujuan menetapkan hukum agama berdasarkan sabda yang bermaksud :: sesiapa yang berijtihad & betul ijtihadnya dia mendapat dua ganjaran dan sesiapa yang berijtihad dan bersalah dia mendapat satu ganjaran ::

… w/bagaimanapun, tidak ada salahnya jika kita berbincang secara ILMIah berhubung perkara yang diperselisihkan asalkan ia dilakukan dalam suasana KAsih saying bagi mencari KEBEnaran tanpa PERtengkaran dan TaasUb…..

Wallahu’alam…. Bissawab..

( taken ayat dari buku dr danial zainal abidin )

-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..

Bookmark and Share

  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 24-09-07 17:10

"tak puas hati besok jumpa aku kat station ERL putrajaya.... aku dengan Jundi2 PAS lain agih juadah bbuka kat situ... "

Em... Siapa yang tak berlapang dada sebenarnya???

HT dah pun jelaskan secara syar'i mengapa demokrasi tak boleh diterima sebagai method memperjuangkan Islam, tapi sampai sekarang saya tak membaca mana-mana hujah yang mengatakan method HT bercanggahan dengan syarak... Mungkin saya ada terlepas pandang, jadi bolehlah nyatakan kalau ada...

Kalau apa yang dilakukan itu masih dalam lingkungan syarak, tak menjadi masalah...

Masalahnya sekarang, menggunakan demokrasi ni berkaitan dengan akidah kita, yang mengakui hanya Allah sahaja yang layak menggubal hukum!

Selaku seorang Muslim, wajib bagi saya menegur ikut kemampuan saya. Kalau saya tegur face-to-face depan Tuan Guru Haji Hadi, tentulah tak sesuai. Beliau pemimpin PAS, saya pula cuma pengkaji HT. Rasanya pimpinan HT dahpun bermuzakarah isu demokrasi ni dengan pimpinan PAS di Perlis suatu masa dahulu... Tapi tiada tindakan yang diambil...sebab tu lah saya usahakan mengikut kemampuan saya...

Ada yang menyeru supaya kita "buat kerja masing-masing"... Ke mana perginya semangat ukhwah Islam dalam diri kita yang selama ini dicanang-canang? Selaku saudara seIslam, menjadi kewajipan bagi saya untuk menegur. Sekiranya saya salah , maka tegurlah saya. Tak timbul isu saya tak mahu mengalah di sini. Saya sayang umat Islam, saya tak mahu lihat mereka terus hanyut dan ditindas...

Wallahu'alam...

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 24-09-07 17:13

Pada 22-09-07 23:22 , nurkamar posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 22-09-07 22:19 , tanpanama posting:

!!! QUOTE !!!

kepelbagaian tu tak salah, tetapi bila ada satu jemaah yang 'liberal' tu yang menjadi masalah.

ana nak ulang balik apa yang di 'post' oleh alhikam dan ibnu musa

'jangan menganggap jemaah selain dari ANDA tidak berfungsi' dan 'masing masing buat kerja masing masing'

asyik mencari salah org, bila masa pula kerja sendiri nak siap...?

Adakah "Menegur kesalahan saudara seagama kita" tidak dikira sebagai "kerja"? Sedangkan saling memberi peringatan itu baik bagi orang-orang yang beriman...

Wallahu'alam...

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 24-09-07 17:24

"aku tengok tak ada pun ulama'2 HT kat malaysia amnya yang lantang mebela Islam dan mnentang kekufuran yang berlaku..."

Aktivis HT bukanlah tin-tin kosong yang hanya lantang bersuara tapi tak berusaha.

" setakat edar SN setiap minggu, budak sekolah pun boleh buat.....agak2 mat pet, mat rempit, minah bohsia, mat skin etc.. baca ke risalah tu??...."

Selain dari SN, seminar, dan rapat umum, kami juga menjalankan dakwah fardiah. Namun HT bukanlah seperti sesetengah jamaah (jamaah yang mana satu ye?) yang gemar mengejar glamour dan mencari publisiti. Bila "turun padang", kalau boleh nak bawa banner besar2 supaya seantero dunia tahu.

"pesta2 maksiat tak ada pula tengok geng2 HT datang tegur !!!.."

Anda kenal ke siapa geng2 HT tu? Secara peribadinya, saya pun "turun padang" ketika malam kemerdekaan untuk menegur mana yang mampu. Tapi, disebabkan saya ni muda, jadi pak guard di KLCC tu ingat saya ni geng2 yang buat maksiat tu... Buat makluman, saya tak berserban, berkopiah dan pakai jubah pada waktu itu, jadi tak dapat nak bezakan... Saya pakai pakaian casual, supaya golongan2 muda yang berpeleseran tu tak "lari" apabila didekati...

Tujuan saya cerita ni bukan nak berbangga atau berlagak sombong, sekadar nak menunjukkan bahawa kami juga prihatin terhadap isu-isu sebegini. Namun, kami juga melihat, vital issues mengikut priority... Jadi dalam masa yang sama, kami juga menyerukan khilafah...

"umat Islam perlukan sumbangan atau pmbelaan tak ada pula HT tampir bantu??? contoh Tsunami...mana HT???"

Ni pun sama, anda kenal ke aktivis HT? Kalau di Indonesia, para aktivis HT di sana turut tampil menghulur bantuan... Tak baik tuduh sebarangan... Anda keluarkan kenyataan ni berdasarkan fakta ataupun sekadar reka-reka..?

Tak nampak, tak bermakna tidak ada...

Wallahu'alam...

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  

posticon Posting pada: 24-09-07 17:29

Pada 24-09-07 16:00 , ghazi posting:

!!! QUOTE !!!

Salam,

Saya sokong alhikam apabila dia menyatakan;

"Bagi ana .. kita boleh menjadi ahli sesuatu jemaah dan dalam masa yang sama memberi sokongan kepada jemaah yang lain . "

Inilah yang dinamakan sinergy...

setuju...setuju...

Bookmark and Share

  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 24-09-07 17:34

Ohye, ada satu point lagi yang terlepas pandang,

"Kenapa masih lagi mkodem PAS walaupun mereka sedar banyak sumbangan PAS untuk agama??
tapi terus duduk kata HT yang terbaik... "

HT tak mengkondem sebarangan... Selagi yang PAS buat tu tak menyanggahi syara', tak ada pun ditegur...

Berkenaan isu Batu Burok, kini mereka menghantar memorandum kepada PBB pula. Adakah ini penyelesaiannya?

Mengapa mengadu kepada PBB pula? Sedangkan kita semua dah maklum, resolusi PBB-lah yang menyebabkan umat Islam di Iraq sengsara (akibat sekatan ekonomi), dan PBB-lah yang mengiktiraf kewujudan Israel, menyebabkan umat Islam di Palestin kehilangan tanah mereka.

Kini PAS pergi mengadu kepada PBB...Sebuah badan yang mandul dan mengikut telunjuk Amerika dan Zionis...

Ke mana sebenarnya wala' para pejuang PAS?

Mengapa PBB? Mengapa bukan OIC? Adakah kerana Malaysia menjadi tuan rumah OIC?

Seperkara lagi, saya tak pernah pun mengatakan HT inilah yang terbaik. Saya berpegang kepada HT, kerana usaha mereka mengikut landasan syarak...Biarlah orang lain kritik dan memperlekehkan gerak kerja HT, yang penting, saya tak mengikut hawa nafsu dan akal tanpa bimbingan wahyu dalam berjuang di jalan Allah...

Wallahu'alam...

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 24-09-07 21:32

Assalamu'alaikum wbth

Selagi jemaah itu bersatu untuk memperjuangkan Islam, den sokong saja...

Den katakan tidak kepada mana-mana yang ingin mengajak kepada perpecahan dan taksub pada pihak tertentu.

Hubungan dengan Allah... Hubungan dengan manusia... hubungan dengan alam...

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 25-09-07 00:06

kalau pasal demokrasi, orang HT saja yang kata tak boleh, ulama' lain semua kata boleh.

tak payah dilayan pendapat minoriti, biarpun lepas ni mereka mendabik dada walau sedikit tapi tak semestinya salah.

insyaAllah, pendapat jumhur ulama' lebih kuat dari pendapat sebilangan saja, biarlah kalau yang sikit tu nak anggap mereka yang special, satu-satunya puak yang betul ke apa ke, lantak lah sebab syi`ah pun beranggapan begitu juga, sebab mereka sedikit, dah tak ada hujah bagi lah hujah tu nak menangkan depa, betul tak?

selagi HT taknak berlapang dada dengan jemaah dan fatwa ulama' lain, selagi tu saya nampak mereka ni takkan ke mana-mana, buktinya sekarang dah jelas.

sebab utamanya, mereka pisahkan diri dari jemaah, keluar dari kelompok majoriti, sama macam pengasas2 mereka dulu tinggalkan ikhwan dan tubuh parti lain.

sekadar pandangan dari saya, kalau rasa pedas tu sila minum air ye.

wassalam.

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

agmnhob
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2007
Ahli No: 30706
Posting: 269
Dari: Shah Alam

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 25-09-07 00:22

ada kawan saya cakap kan..

daripada tunjuk perasaan kat depan kedutaan2 tu... baik ramai-ramai bangun tahajjud dan solat hajat tunjuk perasaan dan minta pertolongan dari Allah s.w.t

kawan saya lah cakap :D

Bookmark and Share

  Member Information For agmnhobProfil   Hantar PM kepada agmnhob   Pergi ke agmnhob's Website   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar

posticon Posting pada: 25-09-07 00:27

Pada 25-09-07 00:06 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

kalau pasal demokrasi, orang HT saja yang kata tak boleh, ulama' lain semua kata boleh.

tak payah dilayan pendapat minoriti, biarpun lepas ni mereka mendabik dada walau sedikit tapi tak semestinya salah.

insyaAllah, pendapat jumhur ulama' lebih kuat dari pendapat sebilangan saja, biarlah kalau yang sikit tu nak anggap mereka yang special, satu-satunya puak yang betul ke apa ke, lantak lah sebab syi`ah pun beranggapan begitu juga, sebab mereka sedikit, dah tak ada hujah bagi lah hujah tu nak menangkan depa, betul tak?

selagi HT taknak berlapang dada dengan jemaah dan fatwa ulama' lain, selagi tu saya nampak mereka ni takkan ke mana-mana, buktinya sekarang dah jelas.

sebab utamanya, mereka pisahkan diri dari jemaah, keluar dari kelompok majoriti, sama macam pengasas2 mereka dulu tinggalkan ikhwan dan tubuh parti lain.

sekadar pandangan dari saya, kalau rasa pedas tu sila minum air ye.

wassalam.

salam ramadhan ya akhie,

ana rasa antum ni masih di bawah kepompong malaysia,
tak nak fikir outside the box,

Kenapa Iraq terus bergolak, sebab MAJORITI mereka yang ikhlas tak nak demokrasi diterapkan dalam khidupan mereka, sebab mereka tahu tujuan utamanya nak spread nizam kufur tersebut dalam kehidupan mereka.

Sedangkan orang kafir pun jumlahnya bukan sedikit yang tolak demokrasi ciptaan barat akibat kehancuran yang dihasilkannya,

Inikan pulak orang Islam..

Tengok saja di negara2 seperti Brunei, Arab saudi, dan negara2 lain ada tidak mengamalkan demokrasi, kalau nak kata demokrasi ini diterima pakai oleh pandangan MAJORITI kononnya,

Lihat saja baru-baru ni PR kat PALESTIN, berapa kerat saja yang keluar mengundi,

begitu juga dengan pemilihan Gabenor kat Jakarta...

Ini realitinya. Ini belum lagi dilibatkan dengan Ulama2 yang secara jelas menentang amalan demokrasi, cumanya massa tidak menonjolkan...

p/s Jadi ana harap dapat berfikir diluar kepompong kemalaysiaan yang ada.

Kenapa MASIH NAK MENGHARAP BARANG YANG DAH MEMANG BUSUK DAN DITOLAK SENDIRI OLEH RAKYAT TEMPAT LAHIRNYA,
TAKNAK KE FIKIR ALTERNATIF LAIN YANG PERNAH MEMBUAHKAN HASILNYA,

wassalam

-----------------
http://mykhilafah.com/

Bookmark and Share

  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  

posticon Posting pada: 25-09-07 01:12

Sahabat seperjuangan sekalian.. Tanggungjawab dakwah kita sekarang melebihi masa yang ada.. juga masa untuk membincangkan jemaah mana yang terbaik.. Tiada jemaah yang lebih terbaik daripada jemaah Rasulullah SAW... Jemaah Islam .. dan tiada lagi istilah jemaah lain selain Jemaah Islam baginda Ar-Rasul SAW.. kita hanyalah penyambungnya.. Masa sekarang adalah masa untuk untuk kita masing-masing bekerja untuk Islam..Wallahua'lam..

Bookmark and Share

  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 25-09-07 02:04

Pada 25-09-07 00:27 , farouks posting:

!!! QUOTE !!!

Ini realitinya. Ini belum lagi dilibatkan dengan Ulama2 yang secara jelas menentang amalan demokrasi, cumanya massa tidak menonjolkan...

ulama' tu anda sendiri ke, atau dari HT saja? habis tu macam mana anda tau orang lain tak tau? betul lah kan saya kata: yang tolak demokrasi rata-rata dari HT saja! :roll:

!!! QUOTE !!!

Kenapa MASIH NAK MENGHARAP BARANG YANG DAH MEMANG BUSUK DAN DITOLAK SENDIRI OLEH RAKYAT TEMPAT LAHIRNYA,
TAKNAK KE FIKIR ALTERNATIF LAIN YANG PERNAH MEMBUAHKAN HASILNYA,

masalahnya, jemaah yang SATU LAGI tu hanya pandai mengKRITIK kerja orang, kerja sendiri tak jalan.

cara orang lain walaupun bagi HT "busuk", tapi orang dah lama dapat hasil, memang permulaannya getir tapi sekarang dah merasa BUAHnya, dah ada tapak, sedang dalam peringkat melebarkan saja.

HT: ada satu negara dah takluk? satu negeri? satu daerah? satu kampung? sila sebutkan! kalau tak ada, sila kuatkan usaha buat kerja agama ye, anda kata nak takluk dunia, buatlah! bukan sibuk nak kritik kerja orang lain saja!

perkara khilafiyyah tapi langsung tak boleh berlapang dada, ulama' sesama ulama' ada khilaf, kita yang melebih2. macam mana jemaah2 semua ni nak nak bersatu hati kalau sifat DEGIL macam ni tak boleh dikikis?

wassalam.

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 25-09-07 02:10 ]

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Bujang
Warga Rasmi
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31027
Posting: 15
Dari: Perak

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 25-09-07 07:51

Semasa "keluar" tiga malam dengan tabligh dulu, ada seorang guru memberitahu bahawa ISLAM itu kukuh..maka is tidak perlu bersandar pasa apa-apa persatuan mahupun parti politik. Perjuangan tanpa ajenda politik barulah ikhlas. Kalau perlu parti politik, sedikit sebanyak keikhlasan kita boleh dipersoal. Kalau perkara itu baik, siapa yang anjurkan tak perlu dipersoal. INSYAALLAH.

Bookmark and Share

  Member Information For BujangProfil   Hantar PM kepada Bujang   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  

posticon Posting pada: 25-09-07 08:44

Pada 24-09-07 14:27 , nurkamar posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 23-09-07 21:55 , alhikam posting:

!!! QUOTE !!!

cukup sekadar sokongan undi .

.

"undi adalah penentu masa depan negara. bukan PARTI semata"

:roll: :roll:

Penentu diantara yang hak dan batil . Bukan sekadar PARTI dan MASA DEPAN .

Penentu saham kita di akhirat kelak . Sama ada mengiginkan kesyumulan Islam atau sebaliknya.

Bookmark and Share

  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2912
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 25-09-07 08:44

Pada 25-09-07 01:12 , Ibnu_muaz posting:

!!! QUOTE !!!

Sahabat seperjuangan sekalian.. Tanggungjawab dakwah kita sekarang melebihi masa yang ada.. juga masa untuk membincangkan jemaah mana yang terbaik.. Tiada jemaah yang lebih terbaik daripada jemaah Rasulullah SAW... Jemaah Islam .. dan tiada lagi istilah jemaah lain selain Jemaah Islam baginda Ar-Rasul SAW.. kita hanyalah penyambungnya.. Masa sekarang adalah masa untuk untuk kita masing-masing bekerja untuk Islam..Wallahua'lam..

Ana setuju dengan pendapat anta sheikh... kita yang tak buat kerja apa-apa ni lebih-lebih pula dari orang yang benar-benar buat kerja dakwah....
so ana menyeru kepada sahabat portal semua... sama-samalah kita merenungi firman Allah dalam surah as-saff ayat 2&3
" Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?
Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan"

sama-sama kita muhasabah diri kita, sejauh mana, atau setimpa mana sumbangan kita untuk agama Allah ?? adakah kita hanya omong2 kosong??? retorik semata-mata ???

p/s.. aku lebih rela menjadi seperti burung kecil yang ingin memadamkan api yang membakar nabi ibrahim kalilullah daripada menjadi si buruk besar yang hanya tahu mengkodemkan org sahaja... ;-)

-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

ikhwan_1403
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.06.2003
Ahli No: 1216
Posting: 88

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 25-09-07 18:01

salam ramadhan kepada semua sahabat2..

setelah mmbaca ulasan dan kupasan sahabat2....tiba-tiba ana tkenang zaman ana bergelar mahasisiwa (2002-2006)..memang ana tidak nafikan pelbagai gerakan Islam yang aktif dikampus....TABLIGH, PAS, JIM, HT, ABIM..dll..

pada mulanya ...ana didekati oleh jemaah tabligh...secara peribadi ana melihat suatu pendekatan yang penuh kasih sayang...begitu terkesan bagi hati ana..tetapi uslub dakwah tabligh secara peribadi ana melihat sedikit berlainan daripada apa yang ana belajar....tarbiah yang ana terima masa zaman psekolahan .. pernah ana cuba berdiskusi dengan sahabat2 tabligh memndangkan ana agak rapat dengan sahabat tabligh masa di kampus..last2 mereka tak dapat beri jawapan..dan suruh ana rujuk ustaz2 mereka...mereka memang tak bputus asa nak tarik ana join tabligh..mereka terus pujuk dan pujuk..ana kagum dengan usaha sahabat-sahabat tabligh....tetapi ..mungkin kerana tarbiah di alam persekolahan masa muda2 dulu..menyebabkan hati ana tertanya2...adakah ini caranya?? pernah sekali ana keluar ikut jemaah tabligh.....ana masih ingat lagi masa tu selepas buat ziarah dakwah ke apa..ana pun tak sure istilah yang diguna (maaf ye...sahabat tabligh di luar sana)..ada sesi tazkirah agaknya...baca dr kitab...dipendekkan cerita..sahabat-sahabat ana yang lain dah habis pun sesi mereka..lepas habis sesi tu..ana di'basuh' lagi...yang ana hairan..Kenapa ana..tidak org lain...Kenapa?? kekdang ana trfikir..adakah ini jwpnnya..adakah ini jemaahnya..ana ikut sikit..gerakan tabligh..tapi tak lama sebab ana rasa Kenapa perlu begitu dan begini..banyak persoalan dalam fikiran ana....

jangan silap faham ye... sahabat-sahabat tabligh diluar sana..mungkin kerana jiwa ana tak boleh nak terima uslub antum..itulah kelemahan ana..tetapi teruskan usaha antum untuk mengajak manusia kepada Allah..

pernah sakli ..senior ana kat sekolah dulu...bbincang tentang dakwah kepada ana.. mula-mula ana memang tak tahu jemaah apa senior ana ni ikut..ana memang tak tahu masa itu..tapi bla saja dia tak setuju dengan tindakan seorang ulama' yang ana kira bukan ulama' jemaah mereka.. ..ana agak tak puas hati..dia try 'basuh' ana..sampi solat zohor pun lewat dkerjakan..padahal..time tu ana sembang2 saja dengan dia..apa yang ana cukup tak dapat terima dia cakap usaha dia tu..lebih utama..pernh sekali ana bercakap soal roh solat..tiba-tiba dia tanya ana bukankah roh itu urusan Allah..masa tu ana pun malas nak jawab dan layan..ana diamkan saja..dia memang tak putus asa nak ajak ana join jemaah nya itu..ajak ana bbincang tentang islam..pernah datang bilik ana...dan call ana...ana tak layan....ana memang tak dapat ikut fikrah senior ana itu..

tapi seorang seniior ana masa dikampus pernah bagi tau ana...ta'addud biljama'ah dibolehkan dalam Islam..tapi dengan SYARAT SATU JEMAAH TIDAK BOLEH MENYALAHKAN JEMAAH yang LAIN..itu adabnya..

ana juga rapat dengan sahabat-sahabat JIM....ada sahabat JIM yang suruh ana join JIM...tapi ana tak join...sahabat-sahabat JIM suruh ana buat kerja dakwah..sebagaimana yang telah ana usahakan bsama2 sahabat semasa di alam kampus..

ana pun tak sure adakah relevan ana critakan semua ini..disini....tetapi apa yang ana minta sama-samalah kita blapang dada..tidak mengaggap jemaah kita dalah yang terbaik..jemaah yang lain adalah tidak betul..usaha jemaah lain tidak syar'ie..tidak mbuahkan hasil..Kalau beginilah sentimen sahabat2 yang mengaku bertindak sebagai dai'e..sampai bla kita nak tegakkan DAULAH...waqi' di Malaysia sekarang..berbeza dipakistan..dipalestin..kita dimalysia perlukan sistem atau kuasa merintah untuk melkasanakan ISLAM...bla ISLAM sudah meneraju Malaysia.... barulah kita dapat laksanakna usaha dakwah..suburkan amal2 islami.. yang ma'ruf dapat di teruskan ..yang munkar dapat ditegah..ISLAM tidak perlukan kuasa untuk memrintah..tetapi itulah caranya dan waqi' di Malaysia.. " lah YATIMMUL WAJIB ILLA BIHI FAHUWAL WAJIB"

dah lapar dah ini..tak sabar nak bbuke puasa..hehehe..selamat buka puasa buat sahabat2 di luar sana..

Bookmark and Share

  Member Information For ikhwan_1403Profil   Hantar PM kepada ikhwan_1403   Quote dan BalasQuote

ikhwan_1403
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.06.2003
Ahli No: 1216
Posting: 88

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 25-09-07 18:06

pembetulan..

"lah YATIMMUL WAJIB ILLA BIHI FAHUWAL WAJIB"..

jom bbuka..hehehe

Bookmark and Share

  Member Information For ikhwan_1403Profil   Hantar PM kepada ikhwan_1403   Quote dan BalasQuote

ikhwan_1403
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.06.2003
Ahli No: 1216
Posting: 88

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 25-09-07 18:07

masih silap lagi..huhu ..

lah YATIMMUL WAJIB ILLA BIHI FAHUWAL WAJIB...

Bookmark and Share

  Member Information For ikhwan_1403Profil   Hantar PM kepada ikhwan_1403   Quote dan BalasQuote

ikhwan_1403
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.06.2003
Ahli No: 1216
Posting: 88

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 25-09-07 18:07

lah YATIMMUL WAJIB ILLA BIHI FAHUWAL WAJIB..

Bookmark and Share

  Member Information For ikhwan_1403Profil   Hantar PM kepada ikhwan_1403   Quote dan BalasQuote

ikhwan_1403
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.06.2003
Ahli No: 1216
Posting: 88

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 25-09-07 18:08

tension betul ..kenapa silap lagi ini..

Bookmark and Share

  Member Information For ikhwan_1403Profil   Hantar PM kepada ikhwan_1403   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 25-09-07 23:46

Pada 25-09-07 08:44 , alhikam posting:

!!! QUOTE !!!

Penentu diantara yang hak dan batil . Bukan sekadar PARTI dan MASA DEPAN .

Penentu saham kita di akhirat kelak . Sama ada mengiginkan kesyumulan Islam atau sebaliknya.

kesyumulan APA yang ingin ditegakkan kalau tak abih2 membawa unsur pemecah belahan?????

ana takkan kata apa selagi benda ni tak terkena BATANG IDUNG penyek ana sendiri

im NOT inline wif all the political matters~~~

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  

posticon Posting pada: 26-09-07 06:02

Pada 25-09-07 23:46 , nurkamar posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 25-09-07 08:44 , alhikam posting:

!!! QUOTE !!!

Penentu diantara yang hak dan batil . Bukan sekadar PARTI dan MASA DEPAN .

Penentu saham kita di akhirat kelak . Sama ada mengiginkan kesyumulan Islam atau sebaliknya.

kesyumulan APA yang ingin ditegakkan kalau tak abih2 membawa unsur pemecah belahan?????

ana takkan kata apa selagi benda ni tak terkena BATANG IDUNG penyek ana sendiri

im NOT inline wif all the political matters~~~

ana tak faham dengan pembawaan enti ini . Membaca kepada komen-komen enti .. sekejap katakan nak kepada cara dan kecantikan Islam .. kemudian blame politik .. membawa kepada perpecahan .. adakah politik ini haram bagi enti ini ..

ana tak maksudkan bahawa PAS itu sempurna . Malah buat masa sekarang pada pandangan ana tidak ada satupun jemaah yang sempurna pembawaannya . Tidak ada jemaah yang tiada cacat celanya . Ahli yang mendokong sesuatu jamaah tidak boleh dikira mencerminkan sesuatu jamaah secara total. Kita melihat sesuatu jemaah kepada dasar dan matlamatnya . Kalau asyik nilai dengan ahli .. apakah Islam boleh dinilai dengan penganutnya ? Apakah kertertiban dan keprihatin masyarakat Bukan Islam mencerminkan kebenaran pegangan mereka ?

Bagi pandangan ana .. dalam medan siasah ini apabila diberi PILIHAN .. maka apa lagi yang menjadi kekeliruannya . Apabila diminta mengundi .. apa lagi kemuskilannya .

ataupun enti meyakini bahawa UMNO itu juga termasuk dalam Jamaah yang memperjuankan Islam ? ?

psstt : kita bincangkan tentang jamaah di sini sebagai medium pergerakan kita untuk berdakwah .... bolehkah nurakmar ceritakan di sini dalam banyak-banyak jamaah yang ada .. mana satu pilihan nurakmar untuk bergerak ? atau enti ni bergerak seorang-seorang diri . :roll: :roll:

Bookmark and Share

  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

kapten06
WARGA SETIA
Menyertai: 04.01.2007
Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 26-09-07 11:39

Pada 24-09-07 17:29 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 24-09-07 16:00 , ghazi posting:

!!! QUOTE !!!

Salam,

Saya sokong alhikam apabila dia menyatakan;

"Bagi ana .. kita boleh menjadi ahli sesuatu jemaah dan dalam masa yang sama memberi sokongan kepada jemaah yang lain . "

Inilah yang dinamakan sinergy...

setuju...setuju...

saya setuju dengan pandangan yang diutarakan di atas....

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For kapten06Profil   Hantar PM kepada kapten06   Pergi ke kapten06's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2912
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 26-09-07 16:28

kalau nak berjuang ala-ala rambow boleh tak??? releven tak dengan waqi' sekarang???
Dulu memang ana buat macam tu...last2 ana tpaksa surender than join jemaah... ;-D

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 26-09-07 17:29

Salam, maaf menyampuk...izin laluan... =)

Mengapa waqi' yang dijadikan penentu gerak kerja kita?

Sedangkan hakikatnya hukum syara'-lah yang wajib dijadikan rujukan...

Adakah Islam ni tak sempurna, sehinggakan dalam nak melaksanakan sesuatu perlu utamakan waqi' sehingga adakalanya terpaksa berkompromi dalam soal2 akidah?

Saudaraku, Islam ni sesuai sepanjang zaman. Saya bukan sekadar beretorik, malah saya membuktikannya dengan perbuatan saya. Saya tetap dengan kaedah Rasulullah saw dalam soal thariqah. Kalau dalam soal uslub tu tak menjadi masalah lah kerana diizinkan untuk berbeza. Kalau zaman baginda dahulu, utusan-utusan dihantar kepada kabilah2, kini boleh saja kalau nak sebarkan dakwah via internet misalnya....

Wallahu'alam...

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2912
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 26-09-07 18:06

Pada 26-09-07 17:29 , ghazi posting:

kalau saudara betul-betul mengikut thariqah rasulullah tanpa mengambil kira waqi'.... tapi Kenapa saudara tak mengistiarkan perang keatas org kafir yang mmusuhi Islam??? seperti sirah rasulullah dan sahabat.....???
malah kat palestin sendiri pun (tanah tumpah HT) HT tak mampu bangun berjuang..... HT cuma mampu bdiri belakang pjuang2 hamas sahaja.....last2 tiba-tiba saudara mdabik dada mgatakan HT telah mbela orang-orang palestin.....

ahk...... aku dah bosan...

afuan selamat bbuka puasa....

-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com
[ Telah diedit oleh: aye pada 26-09-07 18:07 ]

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 26-09-07 23:24

Pada 26-09-07 06:02 , alhikam posting:

!!! QUOTE !!!

bolehkah nurakmar ceritakan di sini dalam banyak-banyak jamaah yang ada .. mana satu pilihan nurakmar untuk bergerak ? atau enti ni bergerak seorang-seorang diri . :roll: :roll:

kita mudahkan ayat.

kita menyokong SEMUA yang betul tak kiralah yang betul tu datang dari UMNO ke, PAS ke, DAP ke atau apa apa sahaja.

bila masuk persoalan JEMAAH seperti dalam konteks yang nak dipertengahkan dalam TOPIK ni, ana akan membenarkan SEMUA dan segala galanya yang seiring dengan pemahaman yang sedia ada..

TAPI

bila masuk persoalan kePARTIAN, im NOT inline wif it.
btw, inilah satu sikap org di 'sana'. tak apa apa terus DIRECT meletak konklusi -----------------> atau enti ni bergerak seorang-seorang diri .

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

ikhwan_1403
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.06.2003
Ahli No: 1216
Posting: 88

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 26-09-07 23:36

Adakah Islam ni tak sempurna, sehinggakan dalam nak melaksanakan sesuatu perlu utamakan waqi' sehingga adakalanya terpaksa berkompromi dalam soal2 akidah? - ghazi-

salam akhi ghazi...

boleh bagi contoh yang telah dilaksanakan oleh mana-mana jemaah yang enta rasa telah pun bkompromi dalam soal2 akidah bila waqi' ummah disesuatu kawasan diambil kira dalam bdakwah..sekadar minta pnjelasan daripada kata-kata enta..

menurut prof. Dr Yusuf Al-Qardhawi- waqi' di palestin telah meletakkan syahid tertinggi bagi rakyat palestin adalah meletupkan diri sendiri sebagai ganti senjata..kerana itu sahaja caranya yang dapat dilakukan mereka untuk menyelamatkan diri, negara Palestin, agama daripada terus di ganyang oleh israel laknatullah.... kalaulah waqi' tidak diambil kira..takkan nak tunggu sampai sistem pemerintahan di palestin diambil alih Islam baru nak merangka usaha2 untuk membebaskan diri , negara, dan agama dari cengkaman israel laknatullah..

di Malaysia xdelah sampai tahap meletupkan diri sendiri untuk memastikan Islam berkuasa di Malaysia..untuk memelihara kesucian Islam.. walaupun seringkali dipermainkan oleh golongan tertentu..kerana waqi' kita berbeza..ada cara yang lebih sesuai..iaitu melalui sistem pemerintahan ..dengan mengembalikan sistem pemerintahan kepada Islam...pelbagai gerak kerja Islam dapat dilaksana dalam negara bla Islam menjadi teras kepimpinan..

Bookmark and Share

  Member Information For ikhwan_1403Profil   Hantar PM kepada ikhwan_1403   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  

posticon Posting pada: 27-09-07 08:50

Pada 26-09-07 23:24 , nurkamar posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 26-09-07 06:02 , alhikam posting:

!!! QUOTE !!!

bolehkah nurakmar ceritakan di sini dalam banyak-banyak jamaah yang ada .. mana satu pilihan nurakmar untuk bergerak ? atau enti ni bergerak seorang-seorang diri . :roll: :roll:

kita mudahkan ayat.

kita menyokong SEMUA yang betul tak kiralah yang betul tu datang dari UMNO ke, PAS ke, DAP ke atau apa apa sahaja.

bila masuk persoalan JEMAAH seperti dalam konteks yang nak dipertengahkan dalam TOPIK ni, ana akan membenarkan SEMUA dan segala galanya yang seiring dengan pemahaman yang sedia ada..

TAPI

bila masuk persoalan kePARTIAN, im NOT inline wif it.
btw, inilah satu sikap org di 'sana'. tak apa apa terus DIRECT meletak konklusi -----------------> atau enti ni bergerak seorang-seorang diri .

terserah kepada enti .. ana tak maksudkan konklusi di situ .. sekadar meminta kepastian .. :-D :-D

Bookmark and Share

  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2912
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 27-09-07 10:25

CIRI-CIRI JEMAAH ISLAM YANG SEBENAR

MUQADDIMAH

Sabda Nabi SAW;

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي يُقَاتِلُونَ عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ

Maksudnya;
“sentiasa ada satu golongan dari umatku yang berperang atas kebenaran dalam keadaan menzahirkannya hingga hari kiamat”

Jemaah Islam atau dipanggil juga sebagai gerakan Islam merupakan satu tuntutan yang lahirnya disebabkan kejatuhan khalifah Islam yang terakhir, iaitu di turki pada tahun 1924. Ekoran dari kejatuhan khalifah islam itu menyebabkan, dunia dan umat Islam di timpa dengan pelbagai kekusutan disamping diserang dengan pelbagai serangan yang datang dari musuh Islam, sama ada musuh Islam itu dari kalangan mereka yang non muslim, juga dari mereka yang beranggapan mereka beragama Islam.

Kejatuhan khalifah islam telah menyebabkan ramai ulama-ulama Islam telah berijtihad dengan ijtihad yang disandarkan kepada nas agar melakukan sesuatu tindakan dalam menghadapi kehinaan yang telah dilakukan oleh musuh Islam terhadap islam ketika itu.

Dari itu, lahirlah insane-insan yang nama-nama mereka yang sering disebut sejarah disebabkan hasil perjuangan mereka dalam pembentukan gerakan islam di seluruh dunia. Maka itu, boleh dikatakan mejoriti umat Islam akan menyenali insane yang bernama As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, As-Syahid Sayed Qutub, As-Syaikh Said Hawa, Abu ‘Ala Al-Maududi, As-Syahid Dr Abdullah Yusuf Al-Azzam, As-Syaikh Abu Bakar Al-Bakir dan banyak lagi.

Kelahiran ulama-ulama haraki ini adalah menggambarkan betapa perjuangan untuk mengembalikan khalifah yang hilang itu telah diijtihadkan dengan wadah perjuangan yang disebut sebagai “jamaah islam” atau “gerakan islam”.

Ekoran dari itulah, lahirnya banyak gerakan-gerakan islam di dunia, seperti Al-Ikhwan Al-Muslimin di Mesir, Jamaat Islami di Benua India, PAS di Malaysia dan banyak lagi.

Maka dari itu, lahirnya pelbagai gerakan Islam di dunia ini disebabkan pelbagai tempat. Walaupun begitu, Kadangkala berlaku juga kelahiran gerakan Islam yang pelbagai dalam sesesuatu tempat. Kelahiran ini telah mengakibatkan kebingungan sesetengah muslim dalam menentukan sesuatu gerakan itu bertepatan dengan kehendak gerakan Islam atau tidak.

Justeru itu, dalam penulisan ringkas ini, akan dijelaskan cirri-ciri gerakan Islam yang sebenar. Mudah-mudahan ianya memberi manfaat kepada semua pembaca.

ASAS JEMAAH ISLAM

Asas bagi gerakan islam adalah firman Allah SWT;

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً

Maksudnya;
“dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"

(surah Al-Baqarah : 30)

Firman Allah dalam ayat ini pada asasnya menceritakan tentang penciptaan Adam AS. Penciptaan Adam bukanlah sekadar untuk mewujudkan makhluk di bumi Allah semata-mata, tetapi disana terdapat tanggungjawab yang lebih besar, iaitu melaksanakan tuntutan ilahi di atas bumi Allah.

Tuntutan Ilahi itu tidak dibataskan kepada perlaksanaan tuntutan dari sudut aqidah uluhiyyah sahaja, iaitu seperti mendidik manusia dalam perkara ibadat yang bersifat khusus, seperti solat, zakat, zikir dan sebagainya. Bahkan, disana ada tuntutan besar yang perlu di tunaikan oleh manusia, iaitu melaksanakan tuntutan yang terkandung dalam aqidah rububiyyah, iaitu perlaksanaan Islam secara menyeluruh didalam pentadbiran dunia.

Maka dengan itu, sesuatu perkara yang telah diharamkan oleh Allah, perlu dinyatakan pengharamannya disamping pengharaman itu perlu dilaksanakan dalam pentadbiran. Begitujugalah sebaliknya.

Pun begitu, dikalangan manusia itu, ada sebilangan mereka yang mempunyai kehendak nafsu yang terlalu kuat menyebabkan lahirnya golongan yang melanggar tuntutan Allah ini. Ekoran dari itu, mereka menghalalkan perkara yang Allah haramkan, begitujuga mengharamkan perkara yang telah di halalkan oleh Allah SWT.

Tindakan golongan ini samalah seperti yang telah dilakukan oleh golongan yahudi dan nasrani. Keadaan ini sangat jelas dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya;

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ

Maksudnya;
“mereka (ahli Kitab) menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah”

(surah At-Taubah : 31)

Menurut Imam Al-Qurtubi, ahli ilmu Ma’ani menyatakan, maksud golongan ahli kitab menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli ugama mereka sebagai “arbab” atau pendidik-pendidik dalam firman Allah ini adalah, mereka mentaati segala perkara yang dinyatakan oleh pendeta-pendeta dan ahli-ahli ugama mereka.

Maksud ahli ilmu ma’ani dikuatkan lagi dengan hadis daripada Abi Al-Bakhtari;

سئل حذيفة عن قول الله عز وجل اتخذوا أحبارهم ورهبانهم أربابا من دون الله هل عبدوهم فقال لا ولكن أحلوا لهم الحرام فاستحلوه وحرموا عليهم الحلال فحرموه

Maksudnya;
“Khuzaifah di tanya berkenaan firman Allah “mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka pendidik selain dari Allah”. adakah mereka menyembah mereka? lalu berkata, tidak, tetapi mereka menghalalkan kepada mereka perkara yang haram, lalu mereka menghalalkannya, dan mengharamkan atas mereka perkara yang halal, lalu mereka mengharamkannya”

dari firman Allah SWT dan tafsirannya dari hadis Nabi SAW, jelas kepada kita, perlaksanaan Islam itu tidak cukup sekadar dalam perkara ibadat khusus sahaja, bahkan perkara yang besar dari itu adalah melaksanakan tuntutan Al-Quran dalam sudut pemerintahan yang sememangnya tidak lepas dari urusan dosa dan pahala.

Apabila kandungan Aqidah Uluhiyyah dan rububiyyah ini tidak dapat dilaksanakan, maka usaha kearah kewujudannya adalah sesuatu perkara yang wajib.

Usaha untuk mewujudkannya tidak dapat dilakukan dengan secara bersendirian, maka disitu lahirnya jemaah-jemaah islam dalam menghadapinya. Semuanya adalah bertujuan untuk mengembalikan khalifah islam yang dapat mendaulatkan islam dalam pemerintahan.

Kaedah fiqh menyatakan;

وما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب

Maksudnya;
“tidak sempurna perkara wajib melainkan dengannya, maka ia adalah wajib”

JEMAAH ISLAM ADALAH WADAH

Jemaah islam merupakan wadah dalam berusaha untuk mencapai matlamat perlaksanaan islam. sesuatu wadah tidak dapat dijanjikan kemenangan oleh Allah sekiranya tidak disertai dengan cirri-cirinya yang bersesuaian dengan kehendak Allah.

Maka dengan demikian, antara cirri-ciri jemaah Islam yang perlu diketahui oleh ahli-ahli jemaah islam adalah seperti berikut;

a. MENJADIKAN AL-QURAN DAN AL-HADIS SEBAGAI SANDARAN ASAS

Al-Quran dan Al-Hadis merupakan asas dalam penentuan sesuatu jemaah itu benar-benar berada dilandasan yang betul atau tidak.

Sandarannya adalah hadis;

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله (ص;) إني قد تركت فيكم شيئين لن تضلوا بعدهما كتاب الله وسنتي

Maksudnya;
“Daripada Abu Hurairah ra yang berkata, Bersabda Nabi SAW. Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, tidak akan sesat selepas kedua-duanya, iaitu Kitabullah dan Sunnahku”

Jemaah islam yang sebenar adalah jemaah yang menyediakan islam sebagai alternative kepada manusia. Segala penyelesaian dalam menghadapi isu dan keadaan dikembalikan kepada kandungan Al-Quran dan As-hadis.

Jemaah yang menyediakan selain Islam sebagai bahan alternative, seperti menyediakan penyelesaian isu dengan merujuk kepada pandangan-pandangan barat semata-mata, pandangan ahli-ahli falsafah, tanpa dirujuk kepada kandungan Al-Quran dan Al-Hadis merupakan jemaah yang bukan jemaah islam.

Disamping itu juga, ijtihad yang berasaskan kepada kandungan Al-Quran dan As-Sunnah juga menjadi punca penentuan kepada sesuatu jemaah itu adalah jemaah islam yang sebenar atau tidak.

Jemaah islam perlu menyediakan “badan ijtihad” dalam menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang berlaku di zaman kini, tetapi tidak didapati di zaman dahulu. maka dengan itu, kemungkinan-kemungkinan itu pasti berlaku dan perlu kepada kajian secara ijtihadi bagi menyelesaikannya berasaskan kepada kandungan Nas.

Perkara ijtihadi tersebut tidak diperlukan sangat dalam perkara yang berbentuk “ijtihad nassi”, tetapi yang paling penting adalah mewujudkan “ijtihad tatbiqi” atau “ijtihad tanzili” dalam menyesuaikan sesuatu kejadian dengan nas-nas.

Dari keadaan ini, mana-mana gerakan atau jemaah yang menjadikan sandaran hukumnya yang tidak diasaskan kepada dua perkara ini, disamping tidak menyediakan persiapan ijtihad dalam menghadapi isu dan keadaan, maka jemaah tersebut tidak boleh disebut sebagai jemaah islam yang sebenar.

b. AQIDAH AHLI SUNNAH WA AL-JAMAAH

Jemaah islam yang sebenar adalah jemaah yang mendokong aqidah ahli sunnah wa al-jamaah. Aqidah ahli sunnah wa al-jamaah adalah aqidah yang menjadikan Rasulullah SAW sebagai model dalam penentuan pemahaman iman disamping menjadikan sahabat-sahabat dan para salaf soleh sebagai rujukan beraqidah.

Hadis yang diriwayatkan daripada Auf bin Malik yang berkata, bersabda Nabi SAW;

افْتَرَقَتْ الْيَهُودُ عَلَى إِحْدَى وَسَبْعِينَ فِرْقَةً فَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ وَافْتَرَقَتْ النَّصَارَى عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً فَإِحْدَى وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَتَفْتَرِقَنَّ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً وَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَثِنْتَانِ وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ هُمْ قَالَ الْجَمَاعَةُ

Maksudnya;
“Yahudi berpecah kepada 71 puak. 1 puak dalam syurga dan 70 lagi dalam neraka. Nasrani berpecah kepada 72 puak. 71 puak dalam neraka dan 1 sahaja dalam syurga. Dan demi nyawa Muhammad di tangan-Nya, umatku akan berpecah kepada 73 puak. 1 puak dalam syurga dan 72 puak dalam neraka. Dikatakan, Wahai Rasulullah SAW, siapakah mereka? menjawab Baginda SAW : al-jamaah”

Dalam mensyarahkan hadis ini, As-Sindi menyatakan, maksud dengan jemaah yang disebut oleh Nabi SAW adalah;

الْمُوَافِقُونَ لِجَمَاعَةِ الصَّحَابَة الْآخِذُونَ بِعَقَائِدِهِمْ الْمُتَمَسِّكُونَ بِرَأْيِهِمْ

Maksudnya;
“mereka yang menyerupai jemaah sahabat, mengambil aqidah mereka disamping berpegang dengan pandangan mereka”

Disamping asas aqidah adalah ahl sunnah wa al-jamaah, jemaah Islam tersebut tidak boleh mengabaikan tanggungjawab mereka dalam membaiki pemikiran dan jiwa manusia yang telah terlibat dengan fahaman dan ajaran yang menyesatkan.

Maka dengan itu, antara kewujudan jemaah Islam adalah menyelamatkan aqidah umat dari tergelincir kepada kesesatan. Maka dengan itu, sifat jemaah islam adalah menerima mereka yang asalnya dalam kesesatan, lalu di tarbiyyah sehingga aqidah mereka bertepatan dengan kehendak yang sebenar.

c. PERJUANGAN ISLAM SECARA SYUMUL

Jemaah Islam yang sebenar adalah jemaah yang memikul tanggungjawab dalam berusaha untuk memperjuangkan Islam dari semua sudut.

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Maksudnya;
“Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata”

(Surah Al-Baqarah : 208)

Kandungan firman Allah ini menjelaskan, ketaatan kepada Allah hendaklah dilakukan secara menyeluruh disamping tidak dicampuri perkara maksiat yang merupakan ajakan Syaitan.

Sesuatu jemaah yang mencampur adukkan perkara ketaatan disamping tidak menjauhkan perkara maksiat, maka jemaah itu tidak boleh disebut sebagai jemaah islam.

Begitujuga, jemaah islam yang sebenar adalah jemaah yang tindakan mereka tidak mengambil sebahagian dari kandungan kitab dan menafikan kandungan yang lain. tindakan sebegini merupakan tindakan yang dimurkai oleh Allah SWT.

Firman Allah;

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Maksudnya;
“Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian Yang lain? maka tiadalah balasan bagi orang Yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke Dalam azab seksa Yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang kamu lakukan”

(Surah Al-Baqarah : 85)

Ada sebilangan jemaah yang hanya mengambil sudut kebajikan sahaja, maka jemaah itu tidak boleh dikira sebagai jemaah islam. Ini adalah kerana, Islam sendiri adalah agama fitrah, yang kandungannya mencangkupi seluruh kehidupan manusia, tanpa difokuskan kepada kebajikan semata, bahkan Islam mempunyai banyak perkara yang perlu diperjuangkan, seperti keadilan, ekonomi, munakahat dan sebagainya.

Firman Allah;

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Maksudnya;
“maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, Wahai Muhammad) ke arah ugama Yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, Iaitu ugama Yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama Yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”

(Surah Ar-Rum : 30)

d. JEMAAH YANG BERTINDAK SECARA AMALI DAN WAQII

Jemaah islam yang sebenar adalah jemaah yang mempunyai tindakan secara amali. Tindakan amali tersebut bertetepatan dengan waqii setempat dan tidak tersasar dari kandungan penghujahan nas.

Tindakan amali jemaah Islam di Malaysia tidak boleh disamakan dengan tindakan amali jemaah islam di Negara-negara luar, seperti Lubnan, Palestine, Afghanistan dan sebagainya.

Jika di Afghanistani, iraq, Palestine dan Lubnan menggunakan senjata dalam bertindak, maka itu merupakan kesesuaian mereka dalam menghadapi musuh disana.

Adapun di Malaysia, tindakan amali yang paling sesuai dalam menghadapi musuh adalah dengan menghubungkan diri dalam pilihanraya, maka menggabungkan diri dalam piliharanya merupakan tindakan amali dan waqii bagi jemaah islam di malaysia.

Firman Allah;

فَمَنِ اعْتَدَى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ

Maksudnya;
“sesiapa Yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang Dengan pencerobohan Yang dilakukannya kepada kamu”

(Surah Al-Baqarah : 194)

Amali tersebut hendaklah dilakukan dengan sepaling upaya yang mampu. Jika di sesuatu tempat itu mampu menggunakan cara pilihanraya dalam menghadapi musuh Islam, maka wajib kepada jemaah islam itu melibatkan diri dengan pilihanraya.

Jika dalam keadaan mampu untuk bertindak dengan cara pilihanraya, tetapi tetap dengan cara yang kurang dari kemampuan yang sepatutnya, seperti mengajak manusia kepada solat sahaja, mengajak manusia kepada kebajikan sahaja dan sebagainya, maka jemaah itu bukanlah jemaah islam yang sebenar.

Firman Allah;

وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلَّهِ

Maksudnya;
“dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah”

(Surah Al-Baqarah : 193)

Dari firman Allah ini, secara mafhumnya difahami bahawa, perjuangan Islam itu hendaklah dilakukan sehabis-habis usaha sehinggakan ketiadaan lagi “fitnah” berlaku di atas muka bumi Allah SWT.

e. MEMBEBASKAN UMAT ISLAM DARI KEHINAAN

Jemaah islam yang sebenar adalah jemaah islam yang berusaha untuk membebaskan umat islam dari kehinaan hidup di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat.

Kehinaan hidup umat adalah berpunca dari penafian mereka terhadap pengamalan Islam dalam kehidupan. Begitujuga, ianya berpunca dari pengamalan sebahagian Al-Quran dan mengingkari sebahagian yang lain.

Firman Allah:

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Maksudnya;
“dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi”

(Surah Al-Imran : 85)

Dan juga firman Allah;

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Maksudnya;
“Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian Yang lain? maka tiadalah balasan bagi orang Yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke Dalam azab seksa Yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang kamu lakukan”

(Surah Al-Baqarah : 85)

Melihat kepada keadaan ini, ubat mujarab bagi mengembalikan kemuliaan ini adalah dengan membina kembali pemerintahan islam. ini adalah kerana, pemerintahan adalah penentu atas kehinaan atau kemuliaan umat Islam dalam sesuatu Negara dan tempat.

Sabda Nabi SAW;

لتنقض عرى الإسلام عروة عروة كلما انتقضت عروة تثبت الناس بالتي تليها منهن فأولهن نقضا الحكم وآخرهن الصلاة

Maksudnya;
“simpulan islam akan terungkai satu persatu. Ketika terungkainya satu simpulan, nescaya manusia mengikuti dengan simpulan yang selanjutnya. Perkara yang mula-mula sekali terungkai adalah pemerintahan, dan perkara yang terakhir sekali terungkai adalah solat”

Maka dengan demikian, jemaah islam yang sebenar adalah jemaah yang akan berusaha kearah pembinaan sebuah Negara yang menjadi Islam sebagai dasar pemerintahan, yang ianya merupakan cara untuk mengembalikan kemuliaan Islam dan membebaskan umat Islam dari kehinaan.

f. MEMBINA AHLI BERJIWA JUNDULLAH

Jemaah islam adalah jemaah yang meletakan perjuangannya semata-mata kerana Allah. Jemaah islam tidak akan menerima perjuangan yang berasaskan kepada kepentingan dunia semata-mata. Segala perjuangannya adalah untuk mendaulatkan kalimah Allah. maka dengan demikian, segala kepayahan dan kesusahan yang dilakukan oleh musuh Islam, tidak akan menatijahkan putus asa dikalangan anggota jemaah, bahkan berkekalan dalam perjuangan disebabkan perjuangannya itu berasaskan kepada ridha Allah SWT.

Bagi mendapat keikhlasan ini, ia memerlukan kepada pembinaan anggota-anggota jemaah yang mempunyai semangat dan jiwa “jundullah” atau tentera Allah.

Jiwa jundullah adalah jiwa yang sering mengharapkan keridhaan Allah, kecintaan mereka kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi segala-galanya, merendahkan diri sesama mukmin dan keras terhadap musuh-musuh Islam, berjihad di jalan Allah dan meletakan kesetiaan hidup kepada Allah dan Rasul-Nya tanpa berbelah bahagi.

Firman Allah;

مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ

Maksudnya;
“Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang Yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir Yang (memusuhi Islam)”

(Surah Al-Fath : 29)

Jemaah islam yang sebenar akan membina pendokong-pendokongnya berjiwa sedemikian. Bagi melahirkan pendokong-pendokong berjiwa jundullah ini, jemaah islam tersebut akan menyediakan satu proses yang dinamakan sebagai “Tarbiyyah”.

Program dalam pembinaan ini selalunya dimulai dengan kuliah haraki, usrah, tamrin, mukhayyam dan sebagainya.

Pembinaan jiwa jundullah ini telah berjaya dilakukan oleh Rasulullah SAW terhadap sahabat-sahabat baginda. Maka dengan demikian, dikalangan sahabat lahirnya insan-insan yang nama mereka sering menjadi sebutan sejarah, seperti Al-‘Irbad bin Sariyyah yang pernah menangis kerana tidak mampu memberi sumbangan dalam perjuangan islam disebabkan kelemahan asal yang ada pada dirinya, Saad bin Abi Waqas yang pernah digelar sebagai singa yang menyembunyikan kukunya dan ramai lagi sahabat-sahabat nabi SAW yang lain.

pergi. MEMBINA SEMANGAT ukhwah SESAMA MUKMIN

Jemaah islam yang sebenar adalah jemaah yang membina semangat ukhwah sesama mukmin. Mereka meletakan sayang sesama mereka semata-mata kerana Allah SWT.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Maksudnya;
“daripada Anas bin Malik .a, daripada Nabi SAW bersabda; tiga perkara yang jika ada, maka didapati kemanisan Iman. Bahawa Allah dan Rasul-Nya lebih disayangi dari segala-galanya. Menyayangi seseorang yang tidak disayanginya melainkan kerana Allah. dia benci kembali kafir seperti benci dicampakkan dalam api”

ukhwah yang dibina atas ikhlas kerana Allah akan melahirkan natijah manusia akan sentiasa melakukan taat kepada Allah. ini adalah kerana, apabila seseorang kawan telah melakukan maksiat, sebagai kawan yang bersaudara dengannya kerana Allah, pasti dia akan menegur tindakan dari kawannya yang telah melakukan maksiat tersebut. maka dengan demikian, jemaah tersebut akan menjadi jemaah yang berada dalam keadaan ukhwah.

Pun begitu, dalam keadaan pembinaan ukhwah tersebut, maka tidak selayaknya ahli jemaah islam itu “berkeras kepala” dalam perkara kebenaran sekiranya ditegur. Anggota jemaah islam sudah pasti akan mengambil sikap telus dalam menjalankan kerja jemaah dan tidak menyimpan “agenda-agenda tertentu” dalam perjalanan jemaah.

Jika ianya berlaku, menandakan disana ada unsure-unsur tidak sihat bagi memecahbelahkan ukhwah islamiyyah dalam jemaah islam.

PENUTUP

Tulisan ringkas ini sekadar memberi gambaran umum berkenaan kepentingan dan kefahaman terhadap pergerakan jemaah Islam.

Mudah-mudahan ianya memberi manfaat kepada semua dan dikurniakan ridha Allah dalam meneruskan perjuangan dalam mendaulatkan Islam dalam pemerintahan

Amin Ya Rabb Al- ‘Alamin.

Sekian
Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aidilshah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 760
Posting: 642
Dari: New Castle

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 27-09-07 10:54

in the name of Allah the most gracious the most merciful

alhamdulillah.. bersyukur kepada Allah SWT kerana masih ada lagi pemuda-pemuda islam seperti entum semua kerana bersemangat untuk menegakan Agama Allah, dengan kata lain menjadi sebagai seorang DAI'E.

ana rasa tak salah jika ana katakan yang ana ini adalah hasil daripada tarbiah Jemaah Islam di Malaysia. JIM, PAS, ABIM, TABLIGH, HT, HALUAN, SALAFI, WAHABI dan sedikit SYIAH kerana niat untuk mengenali ISLAM yang syumul ini dan Alhamdulillah sekarang ini ada join IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) dengan kata lain yang merangkumi semua jemaah-jemaah di atas kecuali SYIAH.

ana juga adalah Biro Sukan dan Kebudayaan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) yang baru sahaja ditubuhkan pada 6 september yang lalu.

As Syeikh As Syahid Al-Imam Hassan Al-Banna adalah merupakan satu contoh tauladan yang baik untuk di ikuti kerana ana pernah terbaca dalam sebuah buku yang meceritakan kisah hidup beliau, dalam buku tersebut ada menulis satu ucapan beliau mengenai jemaah.. ucapan beliau ialah " Aku adalah orang pertama yang akan join mana-mana pertubuhan yang memerlukan keahlian", ana lihat ungkapan ini cukup cantik dan elok sekali dalam menyatakan tentang jemaah.

oleh itu eloklah kita semua berlapang dada dalam isu Jemaah Islam ini dan teruskanlah dengan jemaah islam yang entum join dan bekerjalah untuk Islam demi melihat ISLAM yang akan mentadbir diri, keluarga, masyarakat, negara dan 'ustazatul alam'.

last but not least "Peace for Unite and make islam GREATEST then others"

Bookmark and Share

  Member Information For aidilshahProfil   Hantar PM kepada aidilshah   Pergi ke aidilshah's Website   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 27-09-07 17:48

Pada 26-09-07 18:06 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 26-09-07 17:29 , ghazi posting:

!!! QUOTE !!!

Salam, maaf menyampuk...izin laluan... =)

Mengapa waqi' yang dijadikan penentu gerak kerja kita?

Sedangkan hakikatnya hukum syara'-lah yang wajib dijadikan rujukan...

Adakah Islam ni tak sempurna, sehinggakan dalam nak melaksanakan sesuatu perlu utamakan waqi' sehingga adakalanya terpaksa berkompromi dalam soal2 akidah?

Saudaraku, Islam ni sesuai sepanjang zaman. Saya bukan sekadar beretorik, malah saya membuktikannya dengan perbuatan saya. Saya tetap dengan kaedah Rasulullah saw dalam soal thariqah. Kalau dalam soal uslub tu tak menjadi masalah lah kerana diizinkan untuk berbeza. Kalau zaman baginda dahulu, utusan-utusan dihantar kepada kabilah2, kini boleh saja kalau nak sebarkan dakwah via internet misalnya....

Wallahu'alam...

kalau saudara betul-betul mengikut thariqah rasulullah tanpa mengambil kira waqi'.... tapi Kenapa saudara tak mengistiarkan perang keatas org kafir yang mmusuhi Islam??? seperti sirah rasulullah dan sahabat.....???
malah kat palestin sendiri pun (tanah tumpah HT) HT tak mampu bangun berjuang..... HT cuma mampu bdiri belakang pjuang2 hamas sahaja.....last2 tiba-tiba saudara mdabik dada mgatakan HT telah mbela orang-orang palestin.....

ahk...... aku dah bosan...

afuan selamat bbuka puasa....

Salam, aye. Cuba kita kaji semula sirah baginda saw. Perang dan jihad hanya diserukan setelah tertegaknya Daulah. Ketika di Makkah, baginda menyuruh kaum Muslimin untuk bersabar...

Ingatkah anda?

Afuan

Wallahu'alam...

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar

posticon Posting pada: 28-09-07 00:07

salam jemaah semua,

Bila kesepakatan terjalin, kekuatan dapat dibentuk,
yang mana InsyaAllah kebenarana akan menyinar,

Bila kesemua jemaah mempunyai satu tujuan, satu matlamat,
ingin menjadikan syariat Islam terlestari,
ingin memastikan syariat Islam dilaksanakan,

maka, bulan ini seharusnya manjadi pemangkin dalam penyeruan tertegaknya
syariat Islam,

tergegaknya daulah khilafah.

serulah masyarakat cinta akan syariat Islam,
serulah masyarakat rindu akan khilafah,
serulah akan penyatuan umat Islam,

hapuskan perpecahan,
tegakkan syariat wal khilafah.

Jadikan hari2 yang dilalui, kerugian melainkan menybarkan tentang cinta akan syariat kepada masyarakat,
cinta akan khilafah.

gerakkan langkah menuju kemenangan yang dijanjikan oleh Allah swt.

Allahuakhbar

-----------------
http://mykhilafah.com/
[ Telah diedit oleh: farouks pada 28-09-07 00:08 ]

Bookmark and Share

  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 29-09-07 23:45

Salam, saya sokong farouks...

Perbezaan pendapat merupakan lumrah... Yang pentingnya kita harus saling membantu sesama Muslim dalam usaha fisabilillah ini...

matlamat kita sama, yang berbeza cumalah thariqah... Saya dah menyampaikan, tapi terpulanglah kepada kalian untuk menilai...

Wallahu'alam...

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 30-09-07 02:08

Pada 26-09-07 23:36 , ikhwan_1403 posting:

!!! QUOTE !!!

Adakah Islam ni tak sempurna, sehinggakan dalam nak melaksanakan sesuatu perlu utamakan waqi' sehingga adakalanya terpaksa berkompromi dalam soal2 akidah? - ghazi-

salam akhi ghazi...

boleh bagi contoh yang telah dilaksanakan oleh mana-mana jemaah yang enta rasa telah pun bkompromi dalam soal2 akidah bila waqi' ummah disesuatu kawasan diambil kira dalam bdakwah..sekadar minta pnjelasan daripada kata-kata enta..

menurut prof. Dr Yusuf Al-Qardhawi- waqi' di palestin telah meletakkan syahid tertinggi bagi rakyat palestin adalah meletupkan diri sendiri sebagai ganti senjata..kerana itu sahaja caranya yang dapat dilakukan mereka untuk menyelamatkan diri, negara Palestin, agama daripada terus di ganyang oleh israel laknatullah.... kalaulah waqi' tidak diambil kira..takkan nak tunggu sampai sistem pemerintahan di palestin diambil alih Islam baru nak merangka usaha2 untuk membebaskan diri , negara, dan agama dari cengkaman israel laknatullah..

di Malaysia xdelah sampai tahap meletupkan diri sendiri untuk memastikan Islam berkuasa di Malaysia..untuk memelihara kesucian Islam.. walaupun seringkali dipermainkan oleh golongan tertentu..kerana waqi' kita berbeza..ada cara yang lebih sesuai..iaitu melalui sistem pemerintahan ..dengan mengembalikan sistem pemerintahan kepada Islam...pelbagai gerak kerja Islam dapat dilaksana dalam negara bla Islam menjadi teras kepimpinan..

Salam, maaf kerana lewat respon... Saya tak perasan...
yang saya maksudkan ialah dengan melibatkan diri dalam sistem demokrasi... Waqi' di Malaysia dikatakan sesuai menggunakan demokrasi. Sedangkan pada pandangan yang saya pegang, ia adalah sistem kufur, dan melibatkan akidah kerana menyekutukan Allah dalam membuat hukum (tak kiralah sama ada yang digubal itu hukum Islam atau tidak).

Tak salah nak berjuang mengikut waqi', tapi janganlah sampai "mengorbankan" akidah... bahaya ni, syirik halus...Inilah yang saya maksudkan...Harap maklum.

Seperkara lagi, dalam berdakwah, wajib bagi kita merujuk kepada sirah Rasulullah saw. Adakah baginda saw berkompromi dengan Musyrikin Makkah untuk mencapai kekuasaan lalu mengubah masyarakat jahiliyah setelah baginda dilantik menjadi pemimpin?
Kalau ditelusuri sirah, perkara sedemikian tak terjadi...

Malahan, baginda saw bersusah-susah pergi bertemu kabilah-kabilah dan memohon nusrah. Baginda juga mencari kabilah yang kuat dan mahir berperang(bagi melindungi Islam yang sedang berkembang) serta tidak terikat melalui perjanjian kepada mana-mana kuasa (Parsi dan Rom).

Mengapa baginda saw menolak pelawaan Musyrikin Makkah sedangkan kalau nak ikut waqi' lebih mudah berdakwah melalui cara ini? Mengapa baginda sanggup berhijrah ke Madinah? Pertamanya kerana ia merupakan wahyu daripada Allah swt. Keduanya adalah kerana ia melibatkan AKIDAH. Musyrikin meletakkan syarat supaya baginda saw meninggalkan usaha dakwah. Baginda saw boleh saja berpura-pura bersetuju tapi setelah berkuasa, baginda teruskan dakwah. Siapapun tak dapat bantah. Tapi baginda saw tak buat begitu...

Apa pandangan anda kalau saya kiaskan perkara tersebut dengan realiti hari ni seperti berikut:

Kita bertanding dalam pilihanraya, bayar wang taruhan untuk bertanding (takpa, untuk elakkan darurat yang lebih besar katanya). Kalau ada peluang, terpilih jadi wakil rakyat. Kemudian kita masuk Parlimen, angkat sumpah meletakkan perlembagaan di tempat yang teratas (tapi dalam hati menafikannya). Kemudian, semasa bersidang, cuba muhasabah (kebanyakannya tak berjaya kerana tak cukup korum). Jika cukup majoriti 2/3 pula, usulkan supaya undang-undang yang digubal selari dengan syarak. Sedikit demi sedikit usahakan supaya perlembagaan digubal menurut al-Quran dan as-Sunnah.

Sama tak? Sama tak? Sama tak?

Sebab kedua-dua kes ni mengkompromikan Islam dengan sistem yang kufur. Dan pada zaman Nabi perkara ini tak terjadi. Justeru, mengapa nak dilaksanakan pada zaman ini? Kerana waqi'?

Wallahu'alam...

P/s: maaf kerana bangkitkan semula. Saya perlu berbuat demikian kerana nak menjawab kepada ikhwan_1403. Harap tiada yang terguris perasaan dengan post saya ini...

Sama-samalah kita renungkan dengan hati dan minda yang terbuka. Saya tak menyeru kalian meninggalkan jamaah kalian, saya menyeru supaya meninggalkan cara demokrasi.

Kita dah terlalu lama sangat dimomokkan dengan pemikiran bahawa demokrasi itulah yang terbaik, demokrasi berasal daripada Islam, ataupun Islam dan demokrasi sama tapi tak serupa dan sebagainya. Sebab tu, bila diperkenalkan cara yang tidak demokratik, maka akan dicop sebagai pencetus huru-hara dan pertumpahan darah serta radikal...

Em...ataupun mungkin ikhwah dari PAS mempunyai hujah yang tersendiri bagi mewajarkan demokrasi menurut sirah nubuwwah? Kalau ada bolehlah dibentangkan untuk pertimbangan bersama...
[ Telah diedit oleh: ghazi pada 30-09-07 02:10 ]

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

musafir_lara
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.09.2005
Ahli No: 19324
Posting: 283
Dari: perak + KL + johor

Perak   avatar

posticon Posting pada: 30-09-07 12:20

Daulatkan Islam dalam diri kamu..kemudian orang di sekeliling kamu
                                                                                             (Al-Hudaibi)

Yang penting jahru dakwah..wa sirru tanzim.

Wallahualam..

Bookmark and Share

  Member Information For musafir_laraProfil   Hantar PM kepada musafir_lara   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar

posticon Posting pada: 30-09-07 18:26

Pada 30-09-07 12:20 , musafir_lara posting:

!!! QUOTE !!!

Daulatkan Islam dalam diri kamu..kemudian orang di sekeliling kamu
                                                                                             (Al-Hudaibi)

Yang penting jahru dakwah..wa sirru tanzim.

Wallahualam..

salam ukhuwahfillah wal khilafah

kurang faham kak musafir_lara????
boleh explain.

adakah maksudnya tunggu hingga kita benar-benar baik, pas 2 baru kita boleh dakwah dengan orang lain????

or bagaimana??

mohon penjelasan.
syukran

-----------------
http://mykhilafah.com/

Bookmark and Share

  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

firdaus_9
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16983
Posting: 703
Dari: Bangi

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 30-09-07 23:09

ana join Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) serta Jamaah Islah Malaysia (JIM) heh! :D

ni komen ana mengenai perkara ni heh! :D huhu! :P

Soalan yang bagus sekali. sering menjadi persoalan dikalangan mereka yang prihatin terhadap perpaduan umat Islam. Mungkin jawapan saya bukan yang terbaik tapi diharapkan dapat diterang secara ringkas dan mudah difahami.

"..kenapa tak boleh sekali kan saja menjadi 1 jamaah.." adalah pandangan yang perlu di ubah sedikit. Harus difahami bahawa persatuan/jemaah hanya ibarat seperti kenderaan. Halatuju nya mungkin sama cuma jenis kenderaannya yang berbeza. Asasnya adalah untuk menyumbang kepada Islam dengan dilakukan secara jemaah. Bukanlah dengan niat atau prasangka untuk menjadi juara di antara persatuan/jemaah dalam memperjuangkan Islam, tetapi apa yang lebih penting adalah untuk mengajak Mahasiswa/or sesiapa saja mempraktikkan Islam sebagai cara hidup. Sudah menjadi sifat manusia tak boleh tengok benda yang sama saja. Boriing!!. Jadi terpulang kepada kreativiti dan aktiviti persatuan/jemaah Islam untuk mendekati masyarakat. Lagi banyak persatuan Islam lagi bagus sebab lagi banyak lapisan masyarakat boleh ditembusi.

contoh macam KARISMA... heh! :D
Dalam KARISMA memang sudah diasuh ahlinya dengan sifat keterbukaan untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak selagi mana dasarnya tidak bercanggah dengan Al-Quran & As-Sunnah. Ini jelas digambarkan
dalam objektif Karisma yang ke-3:-
"Mewujudkan ruang permuafakatan dan kerjasama yang seluas-luasnya dengan semua pihak."

So syarat asas nak jadi ahli KARISMA amatlah mudah iaitu "berminat untuk menyumbang sesuatu kepada ISLAM" sumbang sikit pun tak apa. kemudian cari lah wakil2 KARISMA di IPT masing-masing.. kalau tak jumpa, emailkan ke [email protected]

Harap bolehlah paham sikit-sikit respon ana ni heh! :P huhu! :D

Bookmark and Share

  Member Information For firdaus_9Profil   Hantar PM kepada firdaus_9   Pergi ke firdaus_9's Website   Quote dan BalasQuote

agmnhob
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2007
Ahli No: 30706
Posting: 269
Dari: Shah Alam

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 01-10-07 02:05

Pada 22-09-07 13:34 , jubah_hijau posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum...

Sekadar pandangan hamba yang lemah...

pelbagai jemaah ni muncul selepas kejatuhan zaman khalifah angkara mustafa atatuk(kalau salah,sila betulkan)...........

pelbagai jemaah ni ada rahmatnya....masing-masing ada sumbangan dengan islam.....

kita cari persamaan..jangan cari pembezaan....mybe JIM tarik gol intelek,abim perjuangkan pendidikan, PAS perjuangkan politik untuk tegak negara islam, talbilq nak wujudkan suasana islam..masing-masing ada fungsi sendiri....sekadar pandangan

saya setuju!

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For agmnhobProfil   Hantar PM kepada agmnhob   Pergi ke agmnhob's Website   Quote dan BalasQuote

agmnhob
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2007
Ahli No: 30706
Posting: 269
Dari: Shah Alam

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 01-10-07 02:49

Pada 22-09-07 23:05 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!

tapi dengan wujudnya kepelbagaian jemaah menyebabkan umat Islam bertambah berpecah belah... di Malaysia ni, jemaah yang pertama sekali wujud adalah parti PAS kemudian menyusul jemaah-jemaah yang lain. Mengapa perlu wujudkan jemaah lagi sedangkan dah ada satu jemaah tertubuh mula-mula sekali di negara kita? Jemaah itu dah pun bertujuan ingin menegakkan syiar Islam jadi mengapa tak semua orang sama-sama bangunkan dan gerakkan jemaah yang paling awal wujud itu? Mengapa pula nak wujud jemaah lain lagi? Jika ya pun ada 'loopholes' dalam parti yang awal ni mengapa tidak sama-sama bergerak menyertainya dan memperbaikinya dan seterusnya turut sama-sama berjuang dengannya? Sebaliknya, wujudkan pula jemaah2 lain. Tambah lagi jemaah lagi tambah lah pecah-belah.

Sila sesiapa komen dan beri pendapat....

Bismillah

Jemaah Islam yang pertama sekali ialah jemaah yang bawa dakwah islam ke tanah melayu lalu mengislamkan Raja tanah melayu pada masa itu. Jemaah Islam yang datang dalam erti kata perdagangan tetapi sebenarnya mereka membawa sifat "tabligh" iaitu menyampaikan dan menyatakan kalimah TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH.

kepelbagaian perlaksanaan dan amalan adalah berdasarkan ilmu dan amal.

Bagi parti politik mereka cuba melaksanakan sistem pertadbiran Islam sebagai amalan dalam pemerintahan negara. Kerana mereka-mereka itu mempunyai ilmu pentadbiran dan mereka mahu mengamalkan ilmu yang mereka ada. Mereka-mereka ini menggunakan pendekatan dakwah islamiah melalui sistem politik sediada sebagai langkah utama. Kerana sistem pentadbiran sediada tidak dapat ditebusi melalui cara lain sama ada rampasan kuasa atau cara lain yang menyalahi undang-undang sediada.

Terdapat juga pergerakan Jemaah Islam yang bertunjangkan pentadbiran ingin menguasai pentadbiran sediada dengan cara menyampaikan seruan Islam tanpa melalui sistem politik sediada (iaitu sistem raja berparlimen) dengan hasrat pemimpin-pemimpin sediada sedar hakikat sebuah kerajaan islam berpandukan sistem pentadbiran khulafa' rashidin.

Pergerakan Jemaah Islam dalam bidang pendidikan, mereka cuba melaksanakan keilmuan berdasarkan tauhid dan iman, bukan ilmu yang bersandarkan logik dan rasional semata-mata. Setiap bidang keilmuan itu dikaitkan dengan TAUHID dan IMAN.

Dalam bidang perniagaan pula, mereka-mereka yang mempunyai ilmu muamalat ekonomi Islam, mereka pula bertanggungjawab dalam hal-hal ekonomi. seperti kata ustaz zaharudin, bidang ekonomi Islam negara kita sekarang "sedang dalam pemulihan" dan baru sampai peringkat "Islam" .. belum sampai ke peringkat "Taqwa".

Bagi mereka-mereka yang tidak mempunyai "kuasa" dalam bidang politik, pendidikan, atau perniagaan, mereka lebih mengamalkan sifat "tabligh" dengan langkah "amar ma'ruf nahi mungkar" di kawasan tempatan mereka dan cuba menyeluruh ke serata pelusuk negara dengan usaha secara Sunnah dan Suasana Islam. Mereka ini mengutamakan dakwah seperti yang dilakukan oleh anbia' terdahulu hingga Nabi terakhir Muhammad s.a.w (mengajak manusia beriman kepada Allah) seperti yang dilakukan oleh para sahabat. sifat "tabligh" ini jugalah yang membuatkan para pedagang arab dari bumi hijjaz berhijrah meninggalkan kampung halaman ke serata pelusuk dunia untuk menyampaikan kalimah TAUHID, sehingga sampai kepada kita hari ini.

pembentukan kepelbagaian jemaah Islam ini adalah berkaitan dengan ilmu dan amal pada seseorang. walaupun FITRAH bagi mereka yang beragama ISLAM sebenar-benarnya ingin ISLAM itu dijunjung dalam apa jua bidang, tetapi ia terhad kepada "kemampuan" seseorang.

Realiti, bagi seorang pegawai pendidikan yang mempunyai FITRAH ISLAM yang kuat, dia tidak mungkin menentang PEMERINTAHAN sediada sepenuhnya kerana dia mempunyai tanggungjawab untuk menyara keluarga. dan antara jalan pilihan untuk dia menyatakan FITRAH untuk memartabatkan ISLAM tercinta, dia akan cuba menyalurkan FITRAH ISLAMIAH itu melalui bidang pendidikan seperti mengadakan KHEMAH IBADAH bagi sekolah-sekolah.

Jika diperhatikan, ramai antara kita takut kepada perpecahan umat Islam, tetapi realiti dan kredibiliti tidak harus di ambil mudah kerana UJIAN dan CABARAN hidup yang ALLAH tentukan bagi setiap kita adalah berdasarkan KEMAMPUAN kita. Bagaimana dengan seorang kanak-kanak kecil yang mempunyai FITRAH ISLAM yang kuat dapat membantu sebuah pertubuhan politik, atau perniagaan islam mahupun jemaah lain? sudah tentunya anak kecil itu akan melalui bidang pendidikan. DISITULAH tanggungjawab pegawai pendidikan yang berFITRAH ISLAM itu menyampaikan ISLAM yang sebenarnya.

KIRA kena lihat realiti dan kredibiliti diri dalam sesuatu perjuangan. Zaid bin Haritah pernah tidak terpilih untuk ke medan juang walaupun FITRAH ISLAMIAH beliau sangat tinggi sejak kecil kerana RASULULLAH s.a.w melihat realiti dan kredibiliti dia pada waktu itu.

LIHAT dan JANGAN TERLEPAS PANDANG pada RADIO-RADIO ISLAM, RANCANGAN TV BERBENTUK ISLAM, dan sebagainya. Ia juga secara jelas menunjukkan realiti dan kredibiliti seseorang yang berFITRAH ISLAM.

JADI.. sebenarnya, semua yang BERFITRAH ISLAM dalam JEMAAH yang berbeza adalah berdasarkan realiti dan kredibiliti masing-masing. Bukan kerana PERPECAHAN yang menjauhkan kita antara jemaah dan merosakkan jemaah lain dengan FITNAH dan janganlah MENDABIK DADA berkata hanya JEMAAH yang ada sukai sahaja betul. RUJUK SURAH AL-HUJURAAT. =)

tetapi manusia itu ada yang betul-betul menentang Islam sama ada kafir atau fasik, atau mereka-mereka yang bersikap munafik dalam dunia hari ini. itu terang-terangan lah menjadi punca PERPECAHAN.

saya pernah terjumpa jemaah "tabligh" yang jemaah itu ada didalamnya orang PAS, UMNO, ABIM, JIM, HT, KEADILAN, STUDENT, AHLI PERNIAGAAN, SEORANG PENGARAH PENDIDIKAN, DOKTOR, JURUTERA, Pegawai Tinggi JKR dan beberapa lagi orang berjawatan penting dalam KERAJAAN. mereka boleh bersatu kerana tiada kepentingan dalam jemaah tabligh kecuali MENYAMPAIKAN KALIMAH SYAHADAH kepada orang lain dan berpesan-pesan tentang IMAN. Mereka boleh saja bersatu mungkin sebab JEMAAH TABLIGH tak registered agaknya? =) tak pernah dengar lagi jemaah tabligh kena pancutan air ataupun gas beracun bila mereka berdakwah.

jangan pula ada yang baca ni terus menerusi buat conclusion si penulis adalah Jemaah Tabligh. Sesetengah perkara ada yang kata kita perlu ISTIQAMAH dalam seseuatu JEMAAH. MUNGKIN ada yang dalam kerisauan kerana bimbang diri mereka tidak termasuk dalam GOLONGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH (sebab hadith tentang umat akhir zaman terpecah kepada 73 bahagian tu) lalu menjadi "pengikut" kepada mana-mana jemaah tanpa melihat realiti dan kredibiliti diri serta ilmu dan iman.

Saya percaya, semua yang terlibat dalam FORUM ini adalah MEREKA-MEREKA yang mencintai ALLAH dan RASULULLAH S.A.W melebihi segala-galanya dan BERCITA-CITA untuk melihat ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM KEMBALI bertahta di dunia.

Insyaallah....

wallahua'lam... sekadar pendapat hambaNya yang inginkan SYURGA abadi.

jika ada salah. tegurlah. saya bukan ahli fiqh, bukan ahli hadith, bukan ahli tafsir, bukan ahli sejarah, bukan ahli tasawwuf,...cuma saya tahu saya ni AHLI KUBUR yang pasti :D

SEMOGA ISLAM YANG JITU DAN SEBENAR-BENARNYA KEMBALI SUBUR DI MUKABUMI ALLAH S.W.T. saya berdoa kita semua dipanjangkan umur dalam kebaikan, kebajikan dan keimanan yang benar-benar mantap.

wassalam.

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For agmnhobProfil   Hantar PM kepada agmnhob   Pergi ke agmnhob's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar

posticon Posting pada: 01-10-07 04:04

Yang penting ialah setiap individu yang mengucap dua kalimah syahadah faham dan jelas akan maksud ayat 30 Surah Al Baqarah.

Wallahuta'ala a'lam bissawab

Bookmark and Share

  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2912
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 01-10-07 10:13

KEWAJIPAN MENGUNDI
MENGIKUT HUKUM SYARA’

Semalam ada sahabat menghubungi saya bertanyakan hukum mengundi dan menyertai pilihanraya . Di bawah saya perturunkan satu catatan ringkas dari Tuan Guru Hj. Harun Taib .

Menegakkan Pemerintahan Islam

Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah atau Imaratul Mukminin ataupun al Imamah al ‘Uzma. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada syariat Islamiyyah sama ada pada perlembagaannya, undang-undangnya, ekonominya dan lain-lainnya. Ia ditakrifkan oleh Al Mawardi, Abu Yu’lah, Ibnu Khaldun dan lain-lain dengan maksud :

“mengalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya”.

Pengertian ini dibuat berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq .a. sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w. maksudnya:

“Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya”.

Kata-kata ini terus mendapat sokongan dan persetujuan padu dari kalangan para sahabat yang menghadiri perhimpunan Saqifah Bani Sa’adah yang berakhir dengan pencalonan beliau (Abu Bakar) sebagai khalifah menggantikan Rasulullah s.a.w.

Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam

Ramai di kalangan ‘alim ulama’ yang bercakap tentang perkara ini, yang biasa didengari ialah seperti Al Imam Al Mawardi, Abu Yu;lah, Ibnu Khaldun, (faqih Siasi), Imam Al Haramain Al Juwaini, (Faqih Ijtima’ie), Imam Al Ghazali, (Faqih Tasawwuf) dan lain-lain lagi. Sebagai contoh kita ambil sahaja kata-kata al Faqih al Ma’ruf Ibnu Hazam Al Andalusi:

“Para ulama’ daripada Ahlu Sunnah wal Jamaah, Al Murji’ah, As Syiah dan Khawarij bersatu pendapat dalam mengatakan bahawa menegakkan Pemerintahan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada Imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka hukum hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Namun begitu terdapat satu puak daripada Al Khawarij yang bergelar Al Najdat mengatakan bahawa tidak wajibnya menegekkan kerajaan yang serupa itu. Walau bagaimanapun mereka sudah tidak wujud lagi dewasa ini.

Pendapat mereka ditolak oleh Ijma’ mereka yang telah disebutkan itu, lebih-lebih lagi apabila kita dapati Al-Quran dan Al-Sunnah turut menyatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu.

Wajibnya menegakkan Pemerintahan Islam itu berdasarkan Syara’ dan berdasarkan ‘Aqal

Kita telah menyatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu wajib. Apakah wajibnya itu berdasarkan syara’ atau berdasarkan ‘aqal atau kedua-duanya sekali?

Al Mawardi, Abu Yu’lah, Ibnu Hazam dan Ibnu Khaldun menyatakan bahawa syara’ dan ‘aqal sama-sama mewajibkan kita menegakkan pemerintahan Islam. Hal ini berdasarkan Al-Quran, Al-sunnah, Al-Ijma dan ‘aqal (logik). Antara lain Firman Allah Ta’ala:

Ayat ini menfardhukan kepada kita mentaati Allah, Rasul dan Ulu Al Amri yang memerintah kita. Rasulullah s.a.w. antara lainnya ada bersabda:

Selain dari Al-Quran dan Al-Sunnah, para sahabat dan tabi’in telah sebulat suara mengatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu (Pemerintahan Islam).

Dari segi logiknya pula, manusia itu tidak boleh hidup dalam keadaan porak peranda tanpa tanzim, maka setiap tanzim perlu kepada pihak yang berkuasa, maka yang berkuasa di dalam sesebuah negara ialah pemerintah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Jika tiga orang berada dalam pelayaran maka hendaklah mereka melantik seorang ketua”.

Hadis ini menunjukkan bahawa nabi mewajibkan perlantikan ketua dalam kumpulan yang kecil, maka apatah lagi kumpulan yang lebih besar dan tersebar.

Cara-cara Menegakkan Pemerintahan Islam

Sebelum itu, kita telah menyatakan bahawa Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah. Pembentukan dilakukan melalui perlantikan pemimpin tertinggi iaitu khalifah dan khalifah pula akan melantik pembantu-pembantunya sama ada jemaah menteri, ahli syura dan lain-lain.

Dalam keadaan biasa, perlantikan khalifah itu berlaku melalui tiga peringkat pencalonan, penapisan calon dan pungutan suara rakyat yang berhak bersuara. Ia dikenali dengan bye’ah Ammah.

Hal ini dipetik dari peristiwa perlantikan Saidina Abu Bakar Al Siddiq, di mana beliau dicalonkan dan disahkan pencalonannya di dalam perhimpunan Saqifah Bani Saidah, kemudian selepas itu dilakukan ‘baiah 'ammah’ di masjid Al Nabawi.

Baiah 'ammah itu kadangkala dipanggil pungutan suara ramai, kadangkala digelar dengan nama Al Syahadah iaitu para saksi yang juga dipanggil pengundi memberikan penyaksiannya bahawa calon itu adalah layak memiliki syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam.

Kewajipan Ummah di dalam Menegakkan Pemerintahan Islam

Sama ada persetujuan kepada pencalonan yang kita sebutkan di atas dibuat atas nama ‘Baiah Ammah’ atau ‘Al Syahadah’ maka setiap umat Islam yang aqil baligh wajiblah menyertainya. Atas nama baiah ianya wajib kerana bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

“Sesiapa yang mati dan tidak pernah melakukan baiah nescaya matinya itu dalam keadaan jahiliyyah”.

Antara maksud lafaz baiah itu ialah:

“Aku memberi baiah kepad kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya”.

Adapun atas nama Al Syahadah, ianya diwajibkan bersandarkan kepada antara lainnya Firman Allah Ta’ala, maksudnya:

“Dan hendaklah kamu persaksikan dua orang yang adil dari kalangan kamu”. (At Talaq:2)

Firman Allah lagi, maksudnya:

“Dan hendaklah menegakkan syahadah semata-mata kerana Allah”. (At-Talaq:2)

Firman Allah Ta’ala lagi, maksudnya:

“Dan janganlah kamu menyembunyikan syahadah dan sesiapa yang menyembunyikannya maka sesungguhnya berdosalah hatinya”. (Al-Baqarah: 283)

Oleh kerana itu para pengundi haruslah mempunyai syarat-syarat yang ada pada saksi, antara lainnya bersifat adil. Mereka memberikan persetujuan kepada seseorang calon itu hanya berdasarkan kelayakan peribadi dan matlamat pencalonan seperti mana hadith Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

“Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”.

Mendaftar Diri Sebagai Pemilih

Sayugia diingatkan bahawa menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia memerlukan kepada proses mendapat suara majoriti di dalam dewan rakyat atau dewan negeri. Untuk mendapat suara majoriti di dewan rakyat atau dewan undangan negeri mestilah memenangi kerusi terbanyak di dalam dewan-dewan tersebut.

Untuk memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihanraya mestilah mempunyai pengundi yang ramai (majority). Undi yang serupa itu tidak akan diperolehi kecuali para pencinta Islam layak menjadi pengundi.

Mereka tidak akan layak mengundi (mengikut peraturan yang ada) kecuali mereka didaftarkan sebagai pemilih. Oleh kerana itu dan berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kita bentangkan di atas dan berdasarkan kaedah fiqh:

“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”.

Maka dengan itu mendaftarkan diri sebagai pengundi di dalam negara Malaysia ini adalah menjadi wajib mengikut hukum syara’.

Kesimpulan dan Penutup

Semua mengetahui bahawa melaksanakan hukum syara’ itu adalah wajib. Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudnya kerajaan Islam. Maka mewujudkan kerajaan Islam adalah wajib.

Dalam konteks Malaysia hari ini, proses menegakkan kerajaan Islam dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib. Seseorang itu tidak mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah. Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih adalah wajib.

“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya akan ia menjadi wajib”.

http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

agmnhob
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2007
Ahli No: 30706
Posting: 269
Dari: Shah Alam

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 01-10-07 10:22

Pada 01-10-07 04:04 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Yang penting ialah setiap individu yang mengucap dua kalimah syahadah faham dan jelas akan maksud ayat 30 Surah Al Baqarah.

Wallahuta'ala a'lam bissawab

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. AL-BAQARAH AYAT 30.

Dan ia sentiasa berputar sejak peristiwa Habil dan Qabil sehingga Hari Kiamat seperti teori ketamadunan oleh Ibnu Khaldun, Herodotus, dan sebagainya. :D
(rujuk TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA m/s 35

SESUATU KETAMADUNAN BERMULA DENGAN KEJAYAAN OLEH, Penerapan nilai-nilai yang baik, pemupukan semangat perpaduan, PENINGKATAN AKHLAK dan sebagainya.

SESUATU KETAMADUNAN MULA RUNTUH AKIBAT, perkauman sempit (asabiyyah), kerosakan akhlak, ketidakadilan, jurang miskin & kaya terlalu jauh, bencana (bala akibat dosa dan sikap tidak bersyukur), ketidakstabilan politik, dan sebagainya.

(kupasan di atas dipendekkan... bacalah =) )

satu perkara penting dalam kejayaan tamadun ISLAM pada masa kegemilangannya dahulu. iaitu masyarakatnya mengamalkan BUDAYA ILMU. mereka terus menerus membuat kajian demi kajian mengenai ALAM sekeliling dan perkaitannya di dalam AL-Quran. mereka tidak menunggu mempunyai PHD ATAU MASTER ATAU DEGREE untuk memulakan research. tetapi akibat BUDAYA ILMU ITU diterapkan setinggi mungkin, itulah yang menyebabkan mereka mencapai KEGEMILANGAN disamping mereka mengutamakan PEGANGAN TAUHID DAN KEIMANAN yang jitu.

lihatlah sejarah untuk memperbaiki diri kita hari ini.

wallahua'lam

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For agmnhobProfil   Hantar PM kepada agmnhob   Pergi ke agmnhob's Website   Quote dan BalasQuote

hizra
Warga Rasmi
Menyertai: 16.08.2005
Ahli No: 18166
Posting: 8
Dari: um

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 01-10-07 10:46

assalamualaikum wbt. semoga rahmat Allah meliputiku dan diri kalian semua.

sekadar perkongsian ilmu tentang apa yang ana tahu. boleh dipakai kalau difikirkan betul, boleh juga ditolak - kerana kata-kata ana ini bukanlah kalam allah atau hadith nabi yang wajib diimani tanpa ragu.

tarbiyyah, dakwah dan jamaah sebenarnya dah wujud sejak mula-mula rasul menerima wahyu dan perintah untuk menyebarkan islam- ia bukanlah benda baru. jamaah islamiyah yang pertama telah wujud sejak berkurun yang lalu di rumah Alarqam bin abi al arqam. di sini, rasul menyampaikan Islam secara sembunyi2 kepada kaum keluarga dan kenalan terdekat. seterusnya, dakwah dan jamaah terus berkembang dan bertambah bilangannya. bila wujud kumpulan2 berbeza yang dipimpin oleh mursyid berbeza, sudah tentu wujud perbezaan dari segi cara dakwah disampaikan. NAMUN, barang diingat, hanya jalannya yang berbeza, tapi matlamatnya SAMA iaitu menyampaikan islam kepada seluruh umat manusia: baik kafir atau muslim, tiada yang terkecuali.

perlu sangatkah untuk berada dalam jamaah untuk menyebarkan Islam? kalau tak ada jamaah, tak boleh ke? bukankah jemaah akan menyebabkan umat berpecah?????

TAK! tak salah pun tak ada jamaah. tapi, bukankah itu yang nabi buat? jadi, ikutan manakah lagi yang lebih baik selain dari rasulullah? jamaah tak bererti berpecah. malah, ada baiknya jika ada jemaah2 yang berbeza kerana setiap jemaah punya rentak dan pendekatan berbeza untuk mentarbiyah manusia. jadi, bagus sangatlah tu sebab manusia ni pun ada banyak jenis: ada yang suka didekati dengan cara santai-rehlah, mukhayyam etc dan ada pula yang perlu diapproach dengan cara ilmiah-daurah, forum dll. kita perlu sama-sama meraikan fikrah orang lain kerana itulah ijtihad yang mereka pegang dan yakini. apapun, yang lebih penting adalah islam tersebar luas di bumi tuhan yang kita diami ini.

satu lagi, kelebihan jemaah adalah dakwah dapat disampaikan kepada khalayak yang lebih ramai dan kekuatan akan lebih terasa sebab nak bawa islam ni bukan kerja yang mudah, jadi kena ada backup system yang boleh support bila kita rasa kecewa dan nak nak give up dari kerja-kerja dakwah.

selagi mana jamaah berpegang pada kalimah allah dan lisan rasulullah, maka tiada sebab untuk kita mengutuk dan berprasangka buruk- at least mereka buat kerja-kerja menyebarkan islam. kita pulak masih lagi dok pening2 memikirkan tentang benda ni.

so, apa lagi para sahabatku yang dicintai kerana allah.......ayuh kita gerakkan akal, roh dan anggota untuk menyampaikan kalimah tauhid pada umat manusia, tak kiralah secara sendiri atau berjemaah. yang penting, kita sama-sama bekerja untuk islam- dengan satu matlamat- MENEGAKKAN KEMBALI KHILAFAH ISLAMIYAH YANG TELAH RUNTUH SEKIAN LAMA. moga kita menjadi obor2 yang menerangi umat ini dengan cahaya addin yang takkan padam sampai bila2, yakinlah...........ISLAM KAN KEMBALI GEMILANG....walau tak kita hadapi masa KEBANGKITANNYA .....TETAPLAH AL HAQQ PASTI MENANG.

dariku insan yang dhoif....moga allah mengampuni.

Bookmark and Share

  Member Information For hizraProfil   Hantar PM kepada hizra   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 01-10-07 14:59

Hukum menyertai jamaah adalah fardu kifayah...

Tapi perlu jelas di sini, selagimana peranan berjamaah itu belum tercapai, maka kewajipannya tertanggung di bahu setiap individu Muslim...

Wallahu'alam...

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 01-10-07 15:12

“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya akan ia menjadi wajib”.

Salam,

kaedah fiqh yang dinyatakan di atas hanya apply kepada perkara ataupun perbuatan yang berada dalam batasan syarak semata-mata...

Justeru, dalam mencapai sesuatu yang wajib, tidak boleh (bahkan haram) bagi kita melaksanakan sesuatu yang haram dan bertentangan dengan syarak...

Contohnya..?

Kewajipan: menegakkan syariat.

Tanpa sebuah negara (daulah Islam), maka syariat akan ditindas dan diketepikan.

Maka, mendirikan negara menjadi sebuah kewajipan.

Namun, bolehkah kita berbuat sewenang-wenangnya dalam usaha menegakkan negara Islam?

Bolehkah kita menggunakan cara yang tidak menepati syarak dalam usaha kita untuk mencapai matlamat penegakan syariat?

Wallahu'alam...

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 01-10-07 15:15

Pada 30-09-07 02:08 , ghazi posting:

!!! QUOTE !!!

yang saya maksudkan ialah dengan melibatkan diri dalam sistem demokrasi... Waqi' di Malaysia dikatakan sesuai menggunakan demokrasi. Sedangkan pada pandangan yang saya pegang, ia adalah sistem kufur, dan melibatkan akidah kerana menyekutukan Allah dalam membuat hukum (tak kiralah sama ada yang digubal itu hukum Islam atau tidak).

Tak salah nak berjuang mengikut waqi', tapi janganlah sampai "mengorbankan" akidah... bahaya ni, syirik halus...Inilah yang saya maksudkan...Harap maklum.

lagi dah, pasal demokrasi lagi...

apa yang mengorbankan akidah tu?

orang2 Pas termasuk Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Haji Hadi, dan semua ulama' di Malaysia yang berjuang melalui demokrasi, mereka dah tak sembah Allah ke?

Dr. Yusuf al-Qaradawi, Sheikh al-Shinqiti, Sheikh Kutty, dan lain-lain yang haruskan demokrasi, akidah mereka bukan akidah Islam ke?

hati-hati ye, saya nasihatkan anda, apa-apa jua fahaman anda, tapi jangan menghukumkan orang lain sebagai mengorbankan akidah, terpesong atau sesat, yang anda tuduh tu ulama' sendiri, ijtihad & fatwa itu dari ulama', kalau tak kena kat orang yang anda tuduh, ingat ia akan kembali kepada diri anda sendiri.

anda nak pegang pendapat siapa terpulanglah, tiada paksaan untuk ikut mana-mana pihak, tapi jangan terlalu keras hati nak tuduh ulama' ni salah ulama' tu betul, hebat sangat ke anda?

anda sendiri pun takat mana ilmu agama sampai nak kondem ulama'2 yang tak sehaluan dengan HT semua salah? contohnya senang saja, bab usul fiqh pun tak khatam, bab ijma` ulama' pun tak faham lagi, sebab tu saya pernah suruh anda back off kan, itu demi kebaikan diri anda sendiri.

sekadar nasihat dari saya, wassalam.

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 01-10-07 15:15 ]

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 01-10-07 15:23

Pada 30-09-07 23:09 , firdaus_9 posting:

!!! QUOTE !!!

ana join Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) serta Jamaah Islah Malaysia (JIM) heh! :D

ni komen ana mengenai perkara ni heh! :D huhu! :P

Soalan yang bagus sekali. sering menjadi persoalan dikalangan mereka yang prihatin terhadap perpaduan umat Islam. Mungkin jawapan saya bukan yang terbaik tapi diharapkan dapat diterang secara ringkas dan mudah difahami.

"..Kenapa tak boleh sekali kan saja menjadi 1 jamaah.." adalah pandangan yang perlu di ubah sedikit. Harus difahami bahawa persatuan/jemaah hanya ibarat seperti kenderaan. Halatuju nya mungkin sama cuma jenis kenderaannya yang berbeza. Asasnya adalah untuk menyumbang kepada Islam dengan dilakukan secara jemaah. Bukanlah dengan niat atau prasangka untuk menjadi juara di antara persatuan/jemaah dalam memperjuangkan Islam, tetapi apa yang lebih penting adalah untuk mengajak Mahasiswa/or sesiapa saja mempraktikkan Islam sebagai cara hidup. Sudah menjadi sifat manusia tak boleh tengok benda yang sama saja. Boriing!!. Jadi terpulang kepada kreativiti dan aktiviti persatuan/jemaah Islam untuk mendekati masyarakat. Lagi banyak persatuan Islam lagi bagus sebab lagi banyak lapisan masyarakat boleh ditembusi.

contoh macam KARISMA... heh! :D
Dalam KARISMA memang sudah diasuh ahlinya dengan sifat keterbukaan untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak selagi mana dasarnya tidak bercanggah dengan Al-Quran & As-Sunnah. Ini jelas digambarkan
dalam objektif Karisma yang ke-3:-
"Mewujudkan ruang permuafakatan dan kerjasama yang seluas-luasnya dengan semua pihak."

So syarat asas nak jadi ahli KARISMA amatlah mudah iaitu "berminat untuk menyumbang sesuatu kepada ISLAM" sumbang sikit pun tak apa. kemudian cari lah wakil2 KARISMA di IPT masing-masing.. kalau tak jumpa, emailkan ke [email protected]

Harap bolehlah paham sikit-sikit respon ana ni heh! :P huhu! :D

Salam, adakah KARISMA ni mendapat arahan direct dari JIM ataupun mempunyai autonomi dalam bertindak?

Maaf kerana saya perlu nyatakan di sini... Saya pernah usahakan agar terbina hubungan antara aktivis HT di kalangan students dengan KARISMA di sebuah IPTA, namun mendapat reaksi dingin bukan saja daripada pimpinan KARISMA, malahan daripada JIM-IPT yang menyelia KARISMA di IPTA tersebut...

Malahan di sebuah universiti Islam pula, wakil HT di peringkat universiti tidak dijemput membentuk sebuah pakatan yang dianjurkan oleh KARISMA IPTA tersebut bersama pertubuhan lain.

Insiden inilah yang menyebabkan saya berkecil hati, lalu menjauhkan diri daripada KARISMA...

Insiden ini jugalah yang menyebabkan saya terfikir, adakah anda semua ikhlas dan jujur terhadap objektif KARISMA yang ketiga itu..?

Harap dapat memberikan penjelasan...

Wallahu'alam...

-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 01-10-07 15:58

Pada 01-10-07 15:15 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 30-09-07 02:08 , ghazi posting:

!!! QUOTE !!!

yang saya maksudkan ialah dengan melibatkan diri dalam sistem demokrasi... Waqi' di Malaysia dikatakan sesuai menggunakan demokrasi. Sedangkan pada pandangan yang saya pegang, ia adalah sistem kufur, dan melibatkan akidah kerana menyekutukan Allah dalam membuat hukum (tak kiralah sama ada yang digubal itu hukum Islam atau tidak).

Tak salah nak berjuang mengikut waqi', tapi janganlah sampai "mengorbankan" akidah... bahaya ni, syirik halus...Inilah yang saya maksudkan...Harap maklum.

lagi dah, pasal demokrasi lagi...

apa yang mengorbankan akidah tu?

orang2 Pas termasuk Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Haji Hadi, dan semua ulama' di Malaysia yang berjuang melalui demokrasi, mereka dah tak sembah Allah ke?

Dr. Yusuf al-Qaradawi, Sheikh al-Shinqiti, Sheikh Kutty, dan lain-lain yang haruskan demokrasi, akidah mereka bukan akidah Islam ke?

hati-hati ye, saya nasihatkan anda, apa-apa jua fahaman anda, tapi jangan menghukumkan orang lain sebagai mengorbankan akidah, terpesong atau sesat, yang anda tuduh tu ulama' sendiri, ijtihad & fatwa itu dari ulama', kalau tak kena kat orang yang anda tuduh, ingat ia akan kembali kepada diri anda sendiri.

anda nak pegang pendapat siapa terpulanglah, tiada paksaan untuk ikut mana-mana pihak, tapi jangan terlalu keras hati nak tuduh ulama' ni salah ulama' tu betul, hebat sangat ke anda?

anda sendiri pun takat mana ilmu agama sampai nak kondem ulama'2 yang tak sehaluan dengan HT semua salah? contohnya senang saja, bab usul fiqh pun tak khatam, bab ijma` ulama' pun tak faham lagi, sebab tu saya pernah suruh anda back off kan, itu demi kebaikan diri anda sendiri.

sekadar nasihat dari saya, wassalam.

Salam, terima kasih atas nasihat yang diberikan...
Saya bukanlah jahat sangat sampai tergamak mengkafirkan orang lain...Saya tak mampu nak menilai keimanan seseorang. Hanya Allah swt saja yang Maha Mengetahui...

Saya nyatakan bahawa demokrasi merupakan sistem yang kufur, namun tak bermakna orang Islam yang mengamalkannya jatuh kafir.

Kan dah dinyatakan bahawa melalui demokrasi, umat Islam telah menyekutukan Allah dari segi menggubal hukum...? Mungkin anda terlepas baca sekali lagi... Dosa apakah yang paling besar sekali dan tidak akan diampunkan melainkan dengan taubat?

Dan ingatlah akan amaran daripada Allah swt yang mengutuk sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah SWT...

"... Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik."

Al-Maidah: 47

"dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. "

Al-Maidah: 49

"Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?"

Al-Maidah: 50

Bagaimana pula dengan perbuatan mengundi calon non-Muslim yang bersama dalam barisan pembangkang, lalu mereka menjadi pemimpin di DUN atau parlimen dalam kawasan kita?

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi Kitab sebelummu , dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman."

Al-Maidah: 57

Anda semua arif dalam bidang usuluddin, arif dalam bidang syariah, arif dalam tafsir al-quran, arif dalam membincangkan mustholah hadis, arif dalam usul fiqh, arif dalam fiqh dan sebagainya... Pernahkah anda terjumpa dengan ayat-ayat sebegini? Kalau pernah, adakah anda semua jelas dengan apa yang tersurat dan tersirat dalam ayat-ayat tersebut?

Al-Quran adalah sumber yang qat'i. Adakah kita tergamak mengambil sebahagian daripadanya lalu mengabaikan sebahagian yang lain semata-mata demi menjustifikasikan tindakan kita?

Wallahu'alam...

Sebelum saya back off atas permintaan saudara kita ni, renung-renungkanlah apa yang dinyatakan ini...

Ok-lah, lepas ni saya takkan bangkitkan lagi soal demokrasi dalam forum ini melainkan apabila ada yang nak bincangkannya dengan hati dan minda yang terbuka. Orang-orang yang dah terikat dengan sesebuah jamaah ni biasanya susah nak bawa bincang tentang perkara-perkara yang berbeza daripada fikrah dan thariqah mereka...Hanya sebahagian saja yang masih terbuka untuk sama-sama mengkaji...

-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar

posticon Posting pada: 01-10-07 16:54

!!! QUOTE !!!

perlu sangatkah untuk berada dalam jamaah untuk menyebarkan Islam? kalau tak ada jamaah, tak boleh ke? bukankah jemaah akan menyebabkan umat berpecah?????

TAK! tak salah pun tak ada jamaah. tapi, bukankah itu yang nabi buat? jadi, ikutan manakah lagi yang lebih baik selain dari rasulullah? jamaah tak bererti berpecah. malah, ada baiknya jika ada jemaah2 yang berbeza kerana setiap jemaah punya rentak dan pendekatan berbeza untuk mentarbiyah manusia. jadi, bagus sangatlah tu sebab manusia ni pun ada banyak jenis: ada yang suka didekati dengan cara santai-rehlah, mukhayyam etc dan ada pula yang perlu diapproach dengan cara ilmiah-daurah, forum dll. kita perlu sama-sama meraikan fikrah orang lain kerana itulah ijtihad yang mereka pegang dan yakini. apapun, yang lebih penting adalah islam tersebar luas di bumi tuhan yang kita diami ini.

satu lagi, kelebihan jemaah adalah dakwah dapat disampaikan kepada khalayak yang lebih ramai dan kekuatan akan lebih terasa sebab nak bawa islam ni bukan kerja yang mudah, jadi kena ada backup system yang boleh support bila kita rasa kecewa dan nak nak give up dari kerja-kerja dakwah.

selagi mana jamaah berpegang pada kalimah allah dan lisan rasulullah, maka tiada sebab untuk kita mengutuk dan berprasangka buruk- at least mereka buat kerja-kerja menyebarkan islam. kita pulak masih lagi dok pening2 memikirkan tentang benda ni.

so, apa lagi para sahabatku yang dicintai kerana allah.......ayuh kita gerakkan akal, roh dan anggota untuk menyampaikan kalimah tauhid pada umat manusia, tak kiralah secara sendiri atau berjemaah. yang penting, kita sama-sama bekerja untuk islam- dengan satu matlamat- MENEGAKKAN KEMBALI KHILAFAH ISLAMIYAH YANG TELAH RUNTUH SEKIAN LAMA. moga kita menjadi obor2 yang menerangi umat ini dengan cahaya addin yang takkan padam sampai bila2, yakinlah...........ISLAM KAN KEMBALI GEMILANG....walau tak kita hadapi masa KEBANGKITANNYA .....TETAPLAH AL HAQQ PASTI MENANG.

aiwah.. betul tu.. ana setuju pendapat yang diwar-warkan..
kadangkala dek ilmu yang cetek.. kita jadi buta huruf..
buta huruf dari beberapa aspek dan perspektif..

kalau disingkap kembali zaman kegemilangan ISLAM dulu.
memang semua asapek.. tokoh ISLAM yang melopori dan konker semua aspek.. perubatan.. pertanian..astronomi..etc..
tapi, kini.. semuanya telah dinodai..diciplak dan pelbagai cara telah dilakukan.. huhu..

serangan pemikiran.. memang dah menusuk masuk dalam minda generasi zaman milinium ni..huhuh..

hatta.. mumkin kepelbagaian JI ni.. dapat meneutralkan
segala asid toksid di muka bumi ni..hehee..
soalan ana.. betul ke..eheheh..

aduhai.. penat bila memikirkan topik ni..
aiwah.. jom kupas lagi isu ni.. :roll: :roll:

-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..
[ Telah diedit oleh: simpLe_sHida pada 01-10-07 16:55 ]

Bookmark and Share

  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 02-10-07 09:32

Pada 01-10-07 15:58 , ghazi posting:

!!! QUOTE !!!

Saya nyatakan bahawa demokrasi merupakan sistem yang kufur, namun tak bermakna orang Islam yang mengamalkannya jatuh kafir.

Kan dah dinyatakan bahawa melalui demokrasi, umat Islam telah menyekutukan Allah dari segi menggubal hukum...? Mungkin anda terlepas baca sekali lagi... Dosa apakah yang paling besar sekali dan tidak akan diampunkan melainkan dengan taubat?

saya dah terangkan dalam tajuk lain, demokrasi hanya proses memilih pemimpin, kalau perlembagaan dapat diubah dan diletakkan Al-Quran dan Sunnah di tempat yang teratas sekali, mana ada berlaku lagi penggubalan hukum selain berdasarkan kedua2 sumber tadi?

sebab tu ramai ulama' mengharuskan demokrasi, itu pun bersyarat, iaitu hendaklah selari dengan ajaran Islam.

anda, HT, nak berjuang di luar demokrasi silakan, orang lain tiada masalah dengan anda, bukan saja Pas, Umno pun tak peduli apa yang anda buat kan?

tapi kalau ada jemaah lain nak ikut fatwa ulama' yang haruskan menggunakan demokrasi, jangan "sakit hati" dengan cara orang, orang ada ulama', ada fatwa, bukannya membuta tuli.

dah banyak kali saya ulang benda ni, kalau tak faham lagi tak tau lah...

wassalam.

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 02-10-07 09:33 ]

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 02-10-07 22:14

Salam, sebab tu saya kategorikan PAS sebagai gerakan Islam yang berjuang secara gradual. Sedikit demi sedikit.

Kalau tengok dalam sirah Nabi saw, ada ke baginda buat begitu?
Adakah terlalu mengutamakan waqi' sehingga mengabaikan sirah baginda saw? Hebat betul kita ye sehingga lebih pandai daripada Rasulullah saw yang mendapat wahyu dalam mendirikan negara dan mendaulatkan Islam serta menyebarkan risalah-Nya...Sedangkan dalam sekecil-kecil perkara seperti istinjak pun ada ditetapkan adab-adab serta peraturannya, inikan pula dalam hal yang melibatkan penegakan Daulah Islam...

Saya dah pun berikan hujah yang mengaitkan gerak kerja HT dengan sirah baginda saw. (Tiga tahap)

Jadi sekarang persoalannya, pernahkah baginda saw menerima tawaran Musyrikin Makkah untuk menjadi pemimpin mereka dengan syarat baginda mesti meninggalkan dakwah. Kemudian baginda berpura-pura bersetuju dengan syarat tersebut. Setelah berkuasa, baginda override syarat tersebut lalu meletakkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai perlembagaan dan juga baginda meneruskan misi dakwah.

Ada ke?

Saya bukanlah ahli dalam bidang sirah ni, tapi saya tahu perkara sebegini tak pernah berlaku. Justeru, mengapa nak dilaksanakan perkara yang tidak dilaksanakan oleh baginda saw?

Kalau uslub dan teknologi tak mengapa lah,tapi ini melibatkan thariqah dan akidah...

Teruskanlah berpegang kepada cara anda sekiranya anda yakin cara tersebut benar...

Ya Allah saksikanlah bahawa daku sudah menyampaikan...

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 02-10-07 23:37

dah jauh perbincangan ini sehingga dikaitkan dengan akidah ye.. :)

HT ini apa sebenarnya, nak ulas lebih-lebih banyak pro dan kontranya. Bila dikatakan tidak berjemaah, maka secara automatiknya golongan itu telah membuat satu golongan yang lain iaitu (tidak berjemaah). So apa beza? huhu

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 03-10-07 00:32

Pada 02-10-07 22:14 , ghazi posting:

!!! QUOTE !!!

Saya dah pun berikan hujah yang mengaitkan gerak kerja HT dengan sirah baginda saw. (Tiga tahap)

ooo, HT saja yang ikut sirah baginda s.a.w., jemaah lain semua tak ikut ye (mendabik dada lagi budak HT ni)

1- kalau ikut sirah Nabi, dakwah Nabi bermula di Makkah, sila lah ghazi bawa semua orang2 HT pergi Makkah mulakan dakwah HT di sana ye... (orang2 saudi pun semua tak betul sebab tolak HT)

2- kalau ikut sirah Nabi juga, negara Islam yang pertama ditubuhkan adalah di Madinah, silalah ghazi ajak orang2 HT fokus untuk membina daulah `ala minhaj al-nubuwwah di sana, dipersilakan, itulah sirah Nabi, kami di Malaysia berbesar hati dengan pemergian anda.

3- kalau ikut sirah Nabi juga, negara Islam Madinah berjaya dibina selepas 13 tahun dakwah kepada masyarakat (HT dah berpuluh2 tahun tapi tak dapat miliki satu negara lagi, malah satu negeri pun tak dapat, kata ikut minhaj Nabi, apa silapnya ye? mesti ada ni...)

4- kalau ikut sirah Nabi, Nabi mulakan pembinaan daulah di satu kawasan (Madinah) kemudian dikembangkan, bukan dakwah ke seluruh dunia tanpa ada tapak dulu (eh, tak sama pun dengan minhaj Nabi?) dalam kes ni Pas lebih ikut sirah Nabi sebab berjaya miliki tapak di Kelantan dan terus berusaha untuk kembangkan pengaruh, biar betul...

takkan orang2 HT dah terpengaruh dengan Islam hadhari agaknya, ambil sirah separuh tinggal separuh, ceduk yang mana sesuai saja... :lol:

!!! QUOTE !!!

Saya bukanlah ahli dalam bidang sirah ni, tapi saya tahu perkara sebegini tak pernah berlaku. Justeru, mengapa nak dilaksanakan perkara yang tidak dilaksanakan oleh baginda saw?
mengaku pun bukan ahli, tapi berani bercakap pula :lol:

ingat tak apa firman Allah tentang bercakap apa yang kita tak tahu?

!!! QUOTE !!!

Jadi sekarang persoalannya, pernahkah baginda saw menerima tawaran Musyrikin Makkah untuk menjadi pemimpin mereka dengan syarat baginda mesti meninggalkan dakwah. Kemudian baginda berpura-pura bersetuju dengan syarat tersebut. Setelah berkuasa, baginda override syarat tersebut lalu meletakkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai perlembagaan dan juga baginda meneruskan misi dakwah.

Ada ke?

ni guna qiyas apa ni, lepas tolak ijma` ulama' nak main-main qiyas pula, berani betul...

apa tawaran musyrikin Makkah tu? suruh mereka bergilir2 tukar agama kan? pas & umno sekarang tukar2 agama ke dengan hindu/buddha/kristian?

buktikan "kepura-puraan" Nabi ketika deal dengan musyrikin Makkah, saya tak tahu pula Nabi pernah "berpura-pura"!

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 03-10-07 14:07 ]

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 03-10-07 02:15

Saja nak menyampuk

1)Apakah HARAM hukumnya menyertai jemaah (salah satu atau beberapa)
2)Apakah HARAM hukumnya jika tidak menyertai jemaah (salah satu atau beberapa)
3)Apakah HARAM hukumnya jika mengundi atau menyokong demokrasi
4)Apakah HARAM hukumnya jika tidak mengundi dan tidak menyokong demokrasi

Jika tiada dalil qat'i jangan jawab.
ps: Jemaah di sini bermaksud jemaah islam di Malaysia
ps: Yusuff Qardawi berpendapat HARUS terhadap sebahagian persoalan di atas

Bookmark and Share

  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  

posticon Posting pada: 03-10-07 08:34

Pada 03-10-07 02:15 , sirat82 posting:

!!! QUOTE !!!

Saja nak menyampuk

1)Apakah HARAM hukumnya menyertai jemaah (salah satu atau beberapa)
2)Apakah HARAM hukumnya jika tidak menyertai jemaah (salah satu atau beberapa)
3)Apakah HARAM hukumnya jika mengundi atau menyokong demokrasi
4)Apakah HARAM hukumnya jika tidak mengundi dan tidak menyokong demokrasi

Jika tiada dalil qat'i jangan jawab.
ps: Jemaah di sini bermaksud jemaah islam di Malaysia
ps: Yusuff Qardawi berpendapat HARUS terhadap sebahagian persoalan di atas

Yang pastinya HARAM sekiranya tidak berusaha untuk memartabatkan ISLAM dan berusaha kearahnya ... :-D :-D

Bookmark and Share

  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2912
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 03-10-07 09:32

Ayuh sahabat2 ku, PAS.....
mari kita tingkatkan gerak kerja kita... PR sudah dekat, mybe bulan 3 tahun depan,
pakat2 kita ajak famili, kawan-kawan dan kenalanan kita untuk daftar pmilih dan sterusnya pastikan mereka mgundi calon kita.... mudahan daulah islam ttegak dibumi malaysia ini....

Usah kita hiraukan karenah Puak2 HT.... langsung tak ada sumbangan.... study tak habis cakap bukan main blagak.... langsung tak ada sumbangan.... kat kampus pun tak ada jasa...apatah lagi kat luar.... :-D apa nak jadi...

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

insan232
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18097
Posting: 72
Dari: malaysia

Kedah  

posticon Posting pada: 03-10-07 09:45

saya tak perasan ada topik macam ni yang dah dibuka, lebih bagus untuk fokus pada perbincangan.

sekali lagi soalan saya pada saudara ghazi,

kiranya jemaah anda benar-benar mengikut thariqah rasulullah s.a.w., mengapa anda masih berselindung atau bersembunyi selepas berpuluh tahun?

selama ini saya tidak suka untuk bercerita tentang diri, tapi memandangkan HT ini seolah-olah mahu menonjolkan diri mari saya ceritakan sedikit apa yang saya sendiri dah lalui.

sejak saya darjah 6 saya dah mengikuti satu jemaah thariqah yang agak dikenali di asia tenggara ni, namun sejak akhir-akhir ni ramai ahli diMalaysia ni dah mula agak taksub dengan mengatakan jemaah lain sudah terkeluar dari landasan thariqah. mereka juga mula membelakangkan guru-guru dalam membuat keputusan, menyebabkan saya mula menjauhkan diri dari mereka, tapi saya masih terus dengan semangat untuk menegakkan Islam.

jemaah kami pernah disoal siasat oleh kementerian keselamatan dalam negeri, tapi tiada tangkapan dibuat, kami diberi amaran supaya tidak terus menyebarkan semangat kebangkitan Islam.

namun saya kecewa apabila jemaah ini semakin berpecah kerana sikap taksub dan taklid segelintir ahlinya.

guru-guru saya tidak pula pernah mengatakan jemaah lain mengikut cara yang kufur atau pelbagai lagi. malah kami bekerjasama dengan beberapa jemaah lain termasuk PAS dalam membawa dakwah, kerana kami sedar setiap jemaah itu ada cara atau method yang mereka gunakan dalam berdakwah dan apabila tenaga ini digabungkan pasti akan menjadi lebih kuat.

saya amat kecewa membaca posting saudara ghazi kerana seolah-olah mengatakan hanya HT yang bergerak mengikut thariqah rasulullah. jemaah saya sudah pun mengalami perpecahan kerana tanggapan yang begini, adakah anda dan jemaah anda mahukan umat Islam ini makin terpecah dengan pegangan jemaah HT ni?

pernahkah anda melihat sendiri bagaimana satu kelompok manusia yang sebelumnya mempunyai ukhwah yang sangat kuat, hampir serata pelusuk nusantara hingga ke tanah arab berjuang dalam menegakkan Islam kemudian hancur dek kerana pemikiran seperti yang anda bawakan ini?

jika anda tidak memikirkan kesan dan akibatnya, betapa kekecewaaan yang pernah saya alami tu sangat dalam, maka anda boleh teruskan dengan sikap jemaah anda yang terus terusan mendabik dada.

Bookmark and Share

  Member Information For insan232Profil   Hantar PM kepada insan232   Quote dan BalasQuote

ikhwans
Warga Rasmi
Menyertai: 05.02.2005
Ahli No: 14133
Posting: 14
Dari: Gombak

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 03-10-07 10:38

salam..
ana tertarik dengan kupasan dalam diskusi kali ini..
harapan ana...moga hujah-hujah yang diutarakan itu jangan terlalu mengikut emosi dan perasaan..biarlah berlandaskan dalil dan bukti yang kukuh.
"islam itu tinggi..tiada lagi yang lebih tinggi melainkan ISLAM"
"sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.."
wsslm...

Bookmark and Share

  Member Information For ikhwansProfil   Hantar PM kepada ikhwans   Quote dan BalasQuote

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» kepelbagaian JEMAAH ISLAM di MALAYSIA

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.204278 saat. Lajunya....