Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
5,000 tahun dulu Confusius berkata, "Belajar!"; 1,500 tahun dahulu ayat Quran pertama ialah, "Baca!"
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 145
Ahli: 0
Jumlah: 145




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 15 jam, 14 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Anda seorang ISLAM ??? Jadi,apa tindakan anda ???


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Anda seorang ISLAM ??? Jadi,apa tindakan anda ???

Please Mendaftar To Post


Oleh Anda seorang ISLAM ??? Jadi,apa tindakan anda ???

aL-azyM
WARGA SETIA
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-08-07 09:33


SIARAN MEDIA 30 JULAI 2007/ 16 REJAB:
PKPIM MEMBANTAH PENGANJURAN KONSERT GWEN STEFANI YANG DIJADUALKAN PADA 21 OGOS 2007.

Oleh: Mohd Hilmi Ramli
Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) melahirkan rasa kesal di atas rancangan Syarikat Maxis Telekomunikasi Berhad menganjurkan konsert Gwen Stefani pada 21 Ogos 2007 ini. Penganjuran konsert terbabit jelas menunjukkan yang ia bertentangan dengan budaya dan norma-norma kehidupan masyarakat timur. Kehadiran artis luar ini dikhuatiri akan mempersembahkan persembahan yang melanggar garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, melihat kepada latar belakang dan sejarah penyanyi berkenaan.

Tambahan pula tayangan iklan dan klip video artis tersebut dilihat tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia. Tayangan iklan di televisyen berkenaan konsert sangat melucahkan, memberi kesan yang buruk kepada kanak- kanak.

Berdasarkan pemerhatian PKPIM, Syarikat Maxis Telekomunikasi Berhad telah menganjurkan beberapa siri konsert artis luar negara, yang sebenarnya semacam bukan untuk mengangkat martabat industri kesenian negara, akan tetapi mengaut keuntungan dan mendedahkan generasi muda kepada kerosakan moral. PKPIM mempersoalkan sejauh mana sikap ā€˜corporate social responsibilityā€™ pihak Maxis? Apakah niat sebenar Maxis menganjurkan konsert yang marathon sifatnya itu. Bukankah lebih baik Maxis menaja and membantu pendidikan pelajar miskin di kawasan pendalaman dan kampung- kampung? Kebanyakkan konsert yang dianjurkan menampilkan artis yang tidak senonoh, seperti cat Cat Dolls.

Mengikut kod 15.2 daripada suruhanjaya tersebut menyatakan pemakaian artis wanita yang ingin membuat persembahan di Malaysia adalah seperti berikut:
i)pakaian hendaklah lengkap, kemas sopan dan tidak terlalu ketat ;
ii)pakaian hendaklah tidak mendedahkan sebahagian besar dada dan perut
iii) skirt hendaklah di bawah paras lutut; dan
iv) kain berbelah (slit) sama ada di hadapan, di tepi atau di belakang hendaklah tidak melebih dua (2) inci di atas paras lutut.

Selain itu, kod 15.3 menyatakan bahawa Artis Lelaki dan Wanita perlu mematuhi garis panduan seperti di bawah:
i) muka hendaklah tidak diconteng;
ii) pakaian hendaklah tidak koyak atau bertampal-tampal;
iii) pakaian hendaklah tidak terlalu jarang atau yang memberikan kesan jarang;
iv) pakaian hendaklah tidak memaparkan simbol, perkataan sumbang atau gambar lucah;
v) jenis-jenis pakaian hendaklah tidak mnembayangkan pemakainya tidak berpakaian;
vi) baju hendaklah berlengan kecuali semasa berpakaian tradisional;
vii) tatu hendaklah tidak dipamerkan pada mana-mana bahagian tubuh badan kecuali sememangnya menjadi unsur budaya seseorang artis itu; dan
viii) perwatakan hendaklah tidak berlawanan dengan jantina sebenar kecuali dengan kebenaran


Berdasarkan kod etika di atas, sememangnya artis yang bakal dijemput sudah melanggar kod etika tersebut. Bukan setakat kod tersebut, bahkan dari segi adab dan budaya pun sudah bertentangan.

PKPIM melihat sudah ada kecenderungan di beberapa pihak seperti syarikat telekomunikasi yang berlumba-lumba mengadakan konsert di mana kebanyakan artisnya adalah artis luar negara yang jelas tidak mengetahui dan memahami kebudayaan masyarakat Malaysia. Trend ikutan budaya Barat terutama dari segi pemakaian semakin menjadi-jadi di Malaysia.

Perkara ini bertambah buruk apabila ada pihak yang seakan-akan mengizinkan perkara ini berlaku. Gejala hendonisme iaitu hiburan yang melampau-lampau semakin hari semakin menghakis daya intelektual dan budaya masyarakat Malaysia. Penganjuran konsert terbabit boleh menggalakkan lagi budaya yang tidak sihat ini. Sedangkan seperti yang kita maklum, budaya timur yang menghiasi masyarakat kita sejak turun temurun dari generasi ke generasi begitu kaya dengan amalan budi bahasa, sikap sopan santun, berpekerti mulia yang jelas bercanggah dengan budaya barat ini.

PKPIM bertegas agar pihak pengurusan konsert terbabit, iaitu Maxis segera membatalkan persembahan artis Gwen Stefani dan artis-artis luar negara yang terlibat pada 21 Ogos 2007 ini.
Janganlah tunggu sehingga Maxis dicop sebagai
agen perosak bangsa nanti !!!

MOHD HILMI RAMLI
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
820415- 08- 6031
019- 3068241
Kompleks Anjung Rahmat,
Batu 6, Jalan Gombak ,
53100 Kuala Lumpur
03- 61879520 (tel) 03- 61842570 (fax)


-----------------
http://azymechanical.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For aL-azyMProfil   Hantar PM kepada aL-azyM   Pergi ke aL-azyM's Website   Quote dan BalasQuote

aL-azyM
WARGA SETIA
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-08-07 09:35


Seperti yang kita tahu,konsert yang tidak bermoral ini akan dilaksanakan tidak lama lagi..

Jadi,apa tindakan kita sebagai rakyat Malaysia dan Islam khususnya bagi menghalang konsert terbabit ???

Bookmark and Share

    


  Member Information For aL-azyMProfil   Hantar PM kepada aL-azyM   Pergi ke aL-azyM's Website   Quote dan BalasQuote

cahaya_airterjun
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.06.2007
Ahli No: 30322
Posting: 41
Dari: Bumi Allah..

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-08-07 09:41


salam..

memang sepatutnya dibantah..
ppt bantah juga hiburanĀ² yang melampauĀ² sekarang..
apa faedahnya..tau nak kaut keuntungan saja..
ni lah yang merosakkan anakĀ² muda zaman sekarang..

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya_airterjunProfil   Hantar PM kepada cahaya_airterjun   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 06-08-07 11:18


"buat apa halang...kan pentadbiran negara malaysia di bawah PM si cucu ulama' membenarkan penganjuran konsert tersebut....ehh, kalau konsert itu haram ....dah lama dah si PM halang konsert tersebut....kan dia cucu ulama'" jawab seorang makcik tua yang memang penyokong kuat UMNO.
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 06-08-07 11:19 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

adam_muslimin
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2006
Ahli No: 27068
Posting: 714
Dari: tawau@iium

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 06-08-07 12:30


jadi bagaimana kita kat ukhwah.com nak sama-sama buat bantahan ini...
any suggestion...

Bookmark and Share

    


  Member Information For adam_musliminProfil   Hantar PM kepada adam_muslimin   Quote dan BalasQuote

zakia_natasya
Warga 2 Bintang
Menyertai: 25.07.2007
Ahli No: 30446
Posting: 50
Dari: Balakong

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 06-08-07 12:31


owh.. ada garis panduan ek??? erm, tengok tak surat khabar berita minggu semalam, penyanyi arb yang buat persembahan kat KLCC baru-baru ni.. masyaallah yang perempuan tu, pakai baju macam tak cukup kain... nampak lah bahagian2 yang boleh mengoda perasaaan.. erm.. well, iman xdapt diwarisi.. cucu ulama ke.. anak ulama ke..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zakia_natasyaProfil   Hantar PM kepada zakia_natasya   Quote dan BalasQuote

faried
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26185
Posting: 150
Dari: kedah

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 06-08-07 12:40


dimana pemimpin islam hadhari???????????????????

Bookmark and Share

    


  Member Information For fariedProfil   Hantar PM kepada faried   Quote dan BalasQuote

nurainzakiah_my
Warga Rasmi
Menyertai: 15.04.2006
Ahli No: 24201
Posting: 17
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 06-08-07 15:01


nauzubillahiminzalik.. ana pun kesal dengan perkara2 yang berlaku.. tapi bukan setakat artis luar negara.. artis dalam malaysia pun bukan mengikut sepenuhnya garis pemakaian yang telah ditetapkan.. tapi walau bagaimanapun, hiburan yang berlebihan sememangnya haram di sisi Islam. bukan etika berpakaian yang menjadi isu, tapi perlu melihat kepada pro dan cons yang bagi ana cons yang paling banyak lah.. anak2 kecil dididik dengan budaya hedonisme, cintakan hiburan yang melalaikan.. masyaALLAH ini ke modal insan yang kita canang2kan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainzakiah_myProfil   Hantar PM kepada nurainzakiah_my   Quote dan BalasQuote

nurainzakiah_my
Warga Rasmi
Menyertai: 15.04.2006
Ahli No: 24201
Posting: 17
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 06-08-07 15:05


jika anda melihat sesuatu kemungkaran, ubahlah dengan tangan jika anda mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.
jika tidak mampu, gunalah lidah yang lebih tajam dari mata pedang,
jika masih jua tidak mampu, walau selemah2 iman bencilah kemungkaran dengan jiwa dan perasaan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainzakiah_myProfil   Hantar PM kepada nurainzakiah_my   Quote dan BalasQuote

aL-azyM
WARGA SETIA
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-08-07 19:32


"Cerminan pada masa hadapan adalah hari ini"

Bookmark and Share

    


  Member Information For aL-azyMProfil   Hantar PM kepada aL-azyM   Pergi ke aL-azyM's Website   Quote dan BalasQuote

ilhammusafir
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20222
Posting: 361
Dari: SeGaMat_JoHoR

Johor  


posticon Posting pada: 06-08-07 20:15


Pada 06-08-07 12:40 , faried posting:

!!! QUOTE !!!

dimana pemimpin islam hadhari???????????????????


kat mana lagi.... tu lah tugas mereka.....menghancurkan umat islam...khususan dimalaysia.....menjajah fikiran bangsa dengan keduniaan semata-mata......dengan memandang akhirat sebelah mata.....islam not the way of live.....quran&sunnah entah kemane..

(buta mata tak ada dosa....buta hati melambak-lambak dosa).....
sama-samalah kita mencelikkan hati-hati pemimpin yang semakin membuta ni.


-----------------
Image Hosted by ImageShack.us

"The Merciful The Compassionate"


Bookmark and Share

    


  Member Information For ilhammusafirProfil   Hantar PM kepada ilhammusafir   Quote dan BalasQuote

ilhammusafir
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20222
Posting: 361
Dari: SeGaMat_JoHoR

Johor  


posticon Posting pada: 06-08-07 20:19


cuba kita bayangkan islam 10-20 tahun lagi...apa akan jadi kepada islam kalau begini lah care pedekatan yang diambil oleh pemerintah ......Allahumma sallimna wassallimDINANA.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilhammusafirProfil   Hantar PM kepada ilhammusafir   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 07-08-07 00:58


*jawapan orang yang tak tahu pasal agama dalam paper thestar berkenaan bantahan tersebut..

Opinion
Sunday August 5, 2007

Pick on a worthy issue
On The Beat
By WONG CHUN why
Shame on them! Instead of protesting against the cruelty of the Talibans and taking up other more important issues, the National Union of Malaysian Muslim Students is picking on a trivial matter like Gwen Stefaniā€™s concert in Kuala Lumpur.

IT was merely a news item in a newspaper known more for its sensational news on crime and celebrities. Most Malaysians probably did not even know about the controversy as it was ignored by major dailies, but it did make its way around the world.
From the United States to Down Under, the call by the National Union of Malaysian Muslim Students to ban Gwen Stefaniā€™s concert in Kuala Lumpur on Aug 21 was given coverage.
The student group claiming to have 10,000 members achieved notoriety with a statement by its vice-president Abdul Muntaqim who purportedly said that the singerā€™s performance and attire were not suitable for Malaysian culture.

He reportedly said ā€œit promotes a certain degree of obscenity and will encourage youths to emulate the Western lifestyleā€.
Union president Mohamed Hilmi Ramli warned that the concert be cancelled, ā€œfailing which we will ask the authorities to interveneā€.
Fuyoh! I am not sure whether Abdul Muntaqim and Mohamed Hilmi have watched Stefaniā€™s videos but, seriously, my friend, no MTV fan can agree with you that flat-chested Stefani would fall under the sexy category.

Like many Malaysians, I am deeply troubled by the perception of these students.
The American singer, who is a mother of one, does not have an image problem and neither is she a frequent rehabilitation visitor, like Britney Spears or Lindsay Lohan. If we look at our own shores, we have Jamal Abdillah. I donā€™t recall the union pressing for a ban of his shows.

Yes, we can expect the diva, who has sold over tens of millions of albums worldwide, to kick up a storm with her Harajuku Girls, the four back-up singer-dancers from Japan, but certainly none of us would suffer moral decay, as the paranoid students fear.
The students are of course entitled to their views although I am surprised that they even deserve a space in that newspaper or that a reporter could have called them up for reaction to spice up the story and create controversy.

But how we wish that these students would speak up with the same passion against corruption, racism and abuse of power, which their predecessors had done at Universiti Malaya.
As an undergraduate from 1968 to 1971, Datuk Seri Anwar Ibrahim was the president of the National Union of Malaysian Muslim Students and his cause then was rural poverty and hunger. It certainly was not pop concerts!

We have also not seen any statement from them to protest against the cruelty of the Talibans, which Foreign Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar has spoken against. Shame on them that they have to pick on a trivial matter like Stefaniā€™s concert.
This is not the first time. I remember during the 1980s, when I was a student at Universiti Kebangsaan Malaysia, that these PAS-inclined students demonstrated against the Alleycatsā€™ concert in campus.

Here was a group of non-Malay singers performing Bahasa Malaysia songs to a packed audience of racially-mixed students and just outside were the demonstrators. Around the same time, another group of students staged a protest against Sheila Majid at Universiti Malaya.

PAS, for example, used to protest against pop concerts, using the same argument. But even the Kelantan state government has loosened up a bit by allowing concerts by Malay singers, never mind if the audience at these shows are gender segregated.
Realising the need to win young voters and shed its ultra-conservative image, the party leadership has attempted to take a more moderate view, even acknowledging that entertainment is acceptable.
Presumably, younger leaders like Datuk Husam Musa and Datuk Kamaruddin Jaafar have managed to re-brand PAS to be more palatable.

PAS leaders like Kelantan Mentri Besar Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat used to argue differently, but for the sake of political expediency, different views are now being put up.
Still, there are rumblings from certain sections of the party against TV3ā€™s successful Jom Heboh series of concert-trade promotion shows, supposedly because of the free mingling of sexes. It is hardly convincing but there are enough PAS supporters who hold this view.

Despite the huge publicity given to the student bodyā€™s statement by newspapers and websites abroad, including one headlined Malaysia says no to Gwen Stefani show, and an introductory paragraph in Music, a popular American pop music site, that said ā€œThose crazy Malaysians are at it again ā€“ citing indecency and provocativeness, the National Union of Malaysian Muslim Students has called Gwen Stefani obscene and offensive,ā€ the fact is that it does not speak for the rest of Malaysians.

Some of us lucky ones are going to Stadium Putra to party to Stefaniā€™s music and have fun!


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

aL-azyM
WARGA SETIA
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9

Perak   avatar


posticon Posting pada: 07-08-07 09:11


Ish ish...b***h betul Mr.Wong Chun tu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aL-azyMProfil   Hantar PM kepada aL-azyM   Pergi ke aL-azyM's Website   Quote dan BalasQuote

aL-azyM
WARGA SETIA
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9

Perak   avatar


posticon Posting pada: 07-08-07 09:13


Mungkin ada yang memperlekehkan bantahan ini..
ye lah.."sekadar hiburan saja,bukannya apapun..dah habis konsert,balik lah.."
Tapi ingat,itu pandangan KITA..
Tetapi,melalui pandangan BARAT,yang sentisa mahu menjatuhkan kita,mereka amat senang bersuka .a melihat gejala ini menyusup masuk ke dalam masyarakat Malaysia kita..

Mereka amat gembira kerana STRATEGI mereka untuk MEMBARATKAN yang timur melalui muzik,BERJAYA.
JAdi fikirkanlah..jika anda MENYOKONG & MEMBERIKAN KOMITMEN kepada "konsert kerosakan budaya" ini,tidak mustahil generasi2
akan datang turut mengikuti jejak langkah bekas tapak kaki mereka..

& tidak MUSTAHIL juga anak2 anda pada masa akan datang akan turut menjadi "BARAT" seperti yang diidamkan mereka..
& yang PASTI, "saham" anda dalam merosakkan anak bangsa Malaysia sendiri akan diberikan "ganjaran" sebaiknya di akhirat kelak..Insyaallah..


-----------------
http://azymechanical.blogspot.com
[ Telah diedit oleh: aL-azyM pada 07-08-07 09:17 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For aL-azyMProfil   Hantar PM kepada aL-azyM   Pergi ke aL-azyM's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 07-08-07 10:21


dah nak masuk 50 tahun malaysia merdeka....sepatutnya Islam dan umatnya di malaysia semakin kuat, kukuh, dan mantap....tapi yang berlaku sekarang dan di sekeliling kita adalah sebaliknya.

murtad dikalangan umat Islam semakin berleluasa, ramai umat Islam tak reti baca al-Quran, tak reti tulis dan baca tulisan jawi....ramai umat Islam terlibat dengan masalah sosial, ramai umat Islam terlibat dengan pengguguran anak dan masalah zina sebelum kahwin dan selepas kahwin.....di selangor ramai ustaz2 tak boleh sampaikan kuliah di masjid dan surau, ramai ustaz diblacklist, tak boleh beri khutbah jumaat....ini merdeka apa namanya ini????...orang hindu di malaysia lebih bebas daripada orang Islam di malaysia dalam melaksanakan agama masing-masing....orang hindu lebih senang melaksanakan amalan agama mereka....orang Islam pula ditekan, dipersenda oleh orang melayu sendiri.

orang bukan Islam tanpa segan silu masuk campur hal ehwal umat Islam, berani mempersenda dan memperkecil Islam dan umatnya di malaysia.

mengapa orang bukan Islam di malaysia berani mencabar, berani mempersenda Islam???....penulis Wong Chun ini adalah salah satu contoh org bukan Islam yang biadap dengan Islam....bagaimana dengan owner kilang2 yang tak benarkan pekerja2 Islam keluar bersembahyang Jumaat???...bagaimana dengan owner supermarket tak benarkan pak guard Islam yang bekerja dengan mereka keluar solat 5 waktu???....bagaimana pulak dengan orang2 bukan Islam membawa masuk fesyen2 baru yang kini perempuan Islam sendiri memakai fesyen baju ketat, baju nampak pusat, fesyen seluar jean ketat dan etc.....mengapa org bukan Islam tak sensitif dan tak hormat Islam di malaysia??
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 07-08-07 10:31 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 07-08-07 11:50


http://www.youtube.com/watch?v=gyiBvJtJ5Z4

erm........ :roll:


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

aku_hambamu
Warga 5 Bintang
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29921
Posting: 393

PulauPinang  


posticon Posting pada: 07-08-07 13:15


malaysia tidak diperangi macam iraq dan etc..
tapi kita telah lama dan telah amat2 berjaya diperangi melalui hiburan..
hiburan yang melalaikan dan melalikan aqidah kita...
nauzubillah

Bookmark and Share

    


  Member Information For aku_hambamuProfil   Hantar PM kepada aku_hambamu   Quote dan BalasQuote

zc
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28322
Posting: 666
Dari: somewhere

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-08-07 15:51


Pada 06-08-07 11:18 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!

"buat apa halang...kan pentadbiran negara malaysia di bawah PM si cucu ulama' membenarkan penganjuran konsert tersebut....ehh, kalau konsert itu haram ....dah lama dah si PM halang konsert tersebut....kan dia cucu ulama'" jawab seorang makcik tua yang memang penyokong kuat UMNO.


ishhh! mak cik tua ni....
ALLAH gives a mind to all...we have to think what is ok and what is not. jangan jadi pak turut saja...angguk2...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For zcProfil   Hantar PM kepada zc   Quote dan BalasQuote

zc
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28322
Posting: 666
Dari: somewhere

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-08-07 15:52


Pada 07-08-07 13:15 , aku_hambamu posting:

!!! QUOTE !!!

malaysia tidak diperangi macam iraq dan etc..
tapi kita telah lama dan telah amat2 berjaya diperangi melalui hiburan..
hiburan yang melalaikan dan melalikan aqidah kita...
nauzubillah


agree...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For zcProfil   Hantar PM kepada zc   Quote dan BalasQuote

zc
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28322
Posting: 666
Dari: somewhere

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-08-07 15:54


Pada 06-08-07 12:30 , adam_muslimin posting:

!!! QUOTE !!!

jadi bagaimana kita kat ukhwah.com nak sama-sama buat bantahan ini...
any suggestion...


buat memorandum....kumpul seberapa banyak signature...
then, send to pak lah.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For zcProfil   Hantar PM kepada zc   Quote dan BalasQuote

Nil
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20136
Posting: 435
Dari: Temerloh

Pahang  


posticon Posting pada: 08-08-07 09:06


Baru-baru ni seorang 'ulama' telah ditabalkan sebagai tokoh ulama di Multaqa Ulama yang telah diadakan di Kelantan...PM kita (yang disayangi...oleh semua rakyat Malaysia sebab depa dok undi dia) telah menganugerahkan tokoh tersebut...tokoh yang berjanggut merah...

Wahai tokoh ulama.....ni ada orang nak buat konsert di negara kita ni.?? Apa tindakan kita....???!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For NilProfil   Hantar PM kepada Nil   Quote dan BalasQuote

apis_udm
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.08.2007
Ahli No: 30795
Posting: 64
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 06-09-07 12:41


jangan lah cemarkan malaysia yang dikatakan negara islam!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For apis_udmProfil   Hantar PM kepada apis_udm   Quote dan BalasQuote

imtiyaz_lail86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.08.2006
Ahli No: 25728
Posting: 229
Dari: JeRaNTuT~NiLai

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 06-09-07 13:12


malaysia sebagai negara Islam hnye title saja kan???
ini agaknya yang pmimpin ISLAM HADHARI nak agaknya?????????????
sedarlah...bsar tgugjwb sebagai pmimpin...dan berat juga hkumn kalau tak ikut hukum ALLAH....masyaALLAH...

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtiyaz_lail86Profil   Hantar PM kepada imtiyaz_lail86   Quote dan BalasQuote

agmnhob
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2007
Ahli No: 30706
Posting: 269
Dari: Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-09-07 13:13


itulah bila mata hanya nampak duit.... tak terfikir dosa dan pahala yang ditanggung akibat meluluskan konsert....agaknya seorang terkinja kinja lupakan Allah, lupa malaikat ada di bahu kiri dan kanan.....tak dituntut diakhirat kelak agaknya?

PELIK TAPI BENAR....

aku rasa nak pergi jumpa orang yang meluluskan penggunaan stadium sebagai tempat konsert tu nak tanya..... pakcik... kat akhirat nanti konsert-konsert yang tak membawa kita mengingati Allah ini masuk timbangan neraca belah kiri ke belah kanan????

mustahil tengok gwen steffani boleh terpacul dari mulut...subhanallah...bagusnya pakaian dia...mustahillllllll!!!!!!

yang dok meluluskan konsert tu nampak duit depan mata saja...dia tak nampak padang mahsyar.....


isk...agaknya sekali di zahirkan depan mata kehancuran bumi baru nak menyesal anjur konsert agaknya???

tak ambil iktibar langsung tsunami acheh........iskkkkkkkkk!!!!

masa taip mesej ini dada aku rasa panas...entah syaitan ke nafsu ke apa ke wallahua'lam...terbakar-bakar saja rasa....


-----------------

[ Telah diedit oleh: agmnhob pada 06-09-07 13:16 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For agmnhobProfil   Hantar PM kepada agmnhob   Pergi ke agmnhob's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.234097 saat. Lajunya....