Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau tak pernah bersiap sedia untuk memilikinya, pasti anda tidak mungkin memperolehi walaupun ia mendatang ke depan anda.
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 232
Ahli: 0
Jumlah: 232




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 9 jam, 7 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Bank sperma : Pendapat Anda ??


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Bank sperma : Pendapat Anda ??

Please Mendaftar To Post


Oleh Bank sperma : Pendapat Anda ??

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 12:12


Bank sperma tak sesuai di Malaysia


BARU-BARU ini kita melihat perkembangan terbaru dalam dunia perubatan Malaysia iaitu isu penubuhan bank sperma. Setakat ini dilaporkan kegiatan ini banyak dijalankan hospital swasta. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) memandang serius perkara itu dan menyarankan agar ia diteliti dengan rapi.

Setakat ini tiada peruntukan undang-undang menghalang perkhidmatan hospital swasta menawarkan sperma kepada pasangan tidak subur mendapatkan zuriat, walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan perkhidmatan bank sperma.

Satu undang-undang digubal khusus untuk menangani perkhidmatan bank sperma ditawarkan hospital swasta negara ini bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat, khususnya umat Islam.

Tahniah diucapkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican yang mengarahkan Kementerian Kesihatan memperincikan segala aspek berhubung perkara itu, termasuk dari perspektif agama, moral, institusi keluarga dan etika kerana isu berkenaan amat sensitif.

Setakat ini dilaporkan bahawa hospital swasta mengendalikan program bank sperma ini banyak menjalankan pemindahan sperma kepada pelanggan yang bukan beragama Islam. Namun, perkara yang membimbangkan ialah ramai juga daripada pasangan beragama Islam turut memohon untuk pemindahan sperma, mujurlah ia tidak dilayan.

Menurut laporan Berita Harian semalam, kebanyakan pasangan mendapatkan khidmat bank sperma biasanya sudah berputus asa mendapat zuriat selepas menjalani pelbagai rawatan benih luar rahim atau IVF dan suntikan sperma intracytoplasmic sperm injection (ICSI).

PMIUPM melihat penelitian mestilah disegerakan dan dibuat dengan penelitian rapi. Perkara paling penting ialah Kementerian Kesihatan hendaklah memastikan perkara ini dirujuk kepada ulama.

Isu ini membabitkan persoalan keturunan, persoalan serius dibimbangkan ialah wujudnya pemindahan sperma individu yang tidak mempunyai perhubungan halal. Lalu, perkara ini boleh merosakkan dan mencelarukan sistem masyarakat pada hari ini.

Kebimbangan ini turut dikongsi Presiden Persatuan Perubatan Islam, Prof Madya Dr Abdul Latiff Mohamad yang berkata, sehingga kini belum ada akta diwujudkan bagi menjelaskan kesahihan bank sperma ini kepada masyarakat sekali gus mengundang kontroversi serta kekeliruan di kalangan umat Islam.

Jadi di sini jelas kerajaan perlu mewujudkan akta sesuai bagi menyelesaikan kecelaruan isu ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustapa Abdul Rahman juga sependapat bahawa perkhidmatan bank sperma itu jelas bertentangan dengan Islam kerana sperma disenyawakan dalam rahim wanita yang bukan pasangan sah dan disifatkan sama seperti berzina, menyebabkan anak bakal dikandung itu tidak sah tarafnya.

SHUKRI FAHMI SHUKOR,
Persatuan Mahasiswa Islam
Universiti Putra Malaysia (PMIUPM).


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 12:22


Pada pandangan saya, bank sperma tu tak perlu diwujudkan.. sebabnya kemungkinan berlaku penipuan dan kelahiran anak tidak sah taraf.. lagi pun bagi persenyawaan beradas untuk pasangan yang tidak subur, tidak perlu bank sperma.. tmbahan lagi pula Majlis Fatwa Kebangsaan dah lama memfatwakan ia sebagai haram..


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 16:37


teman sependapat dengan meow. Sebab pastinye ada penyelewengan dan asal keturunan seseorang akan terjejas.

erm...

nak keluokan sperme dari bank tu dengan kad ke? ada nombor pin tak?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

maruz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16590
Posting: 282
Dari: Selangor Darul Ehsan

lebanon   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 16:47


BANK SPERMA...

LEBIH MENDATANGKAN KEBURUKAN DARIPADA KEBAIKAN

SO LEBIH BAIK DITOLAK....

Bookmark and Share

    


  Member Information For maruzProfil   Hantar PM kepada maruz   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 16:50


masalah besar ni kalau menderma sperma ni diluluskan... nanti anak yang terjadi entah sesiapa jadinya... tak tahu asal keturunan, baka pun belum tentu bagus tak bagus.. jika anak jadi tak elok, nak salahkan penderma tu ke? nanti kacau bilau...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 26-06-07 16:51


Isteri yang kematian suaminya ingin mendapat zuriat dengan menggunakan sperma yang diselamatkan oleh doktor sebelum suaminya meninggal dunia

Nama penuh: norazida buat mohd nor
E-email: [email protected]
Soalan: Saya sedang membuat kajian tentang pandangan dalam agama mengenai :- seorang isteri yang kematian suaminya ingin mendapat zuriat dengan menggunakan sperma yang diselamatkan oleh doktor sebelum suaminya meninggal dunia...Apa pendapat tuan dari segi agama dan masyarakat malaysia mengenai cerita tersebut.
(kes ini berlaku di florida)

Terima kasih


Jawab
Alhamdulillah, inilah jawapanya:
Iaitu meletakkan benih lelaki pada rahim perempuan, atau mensenyawakan benih lelaki dengan benih perempuan melalui cara buatan, iaitu tidak melalui hubungan jenis secara langsung.

Hukum mengenainya dapat diringkaskan sebagai berikut:
Masalah 1:
Pensenyawaan tersebut, jika ia dari benih dari suami dan isteri, maka syarak tidak melarangnya. Ia dapat menjadi satu cara untuk ibubapa menimang cahaya mata apabila cara biasa gagal. Manakala jika benih itu bukan dari suaminya, maka hukumnya adalah haram. Kerana di dalamnya terdapat satu rupa bentuk perzinaan yang terjadi percampuran nasab, melemahkan pertalian keluarga, menghilangkan hak, menimbulkan bibit-bibit hasad, dengki dan perkelahian.

Anak yang lahir dari pensenyawaan yang dilakukan antara benih suami dan isteri, maka sabit dan sahlah nasab kepada dua suami isteri itu (boleh dibinkan kepada bapanya). Manakala yang bukan dari benih suaminya, maka ia seperti hukum anak zina.

Hukum di atas adalah termasuk:
1. Meletakkan benih lelaki dalam rahim perempuan, atau
2. Disenyawakan di dalam tabung uji, kemudian dimasukkan kembali ke dalam rahim.

Masalah 2:
Mensenyawakan antara benih lelaki dan perempuan, kemudian di masukkan ke dalam rahim seorang perempuan yang lain untuk disempurnakan perkembangannya. Boleh jadi perempuan pertama itu (tuanpunya benih) tidak mampu untuk hamil, atau kerana mandul atau atas sebab-sebab lain.

Perbuatan ini ternyata haram. Kerana, pada masalah pertama ialah memasukkan benih lelaki sahaja (yang bukan suaminya) ke dalam rahimnya sudah dihukumkan haram, apatah lagi pada masalah ini, iaitu dengan memasukkan dua benih lelaki dan perempuan ke dalam rahimnya. Maka sudah tentu lebih diharamkan lagi. Anak yang dilahirkan adalah seperti hukum anak zina.

Masalah 3:
Masalah: Membekukan benih suami supaya ia berada dalam keadaan yang baik untuk disimpan dalam tempoh yang lama. Kemudian apabila suaminya meninggal dunia, isterinya ini mensenyawakan benih tersebut dengan benihnya? Apa hukumnya?

Jawab: Hukumnya adalah haram. Di mana jika ia melakukan pensenyawaan itu selepas habis tempoh iddahnya, dia dan suaminya adalah ajnabi. Dia sendiri boleh dikahwini oleh lelaki lain. Manakala jika ia dilakukan sebelum tamat tempoh iddahnya, maka ia adalah seperti hukum perempuan yang ditalaq dengan talaq ba'in, di mana suaminya tidak boleh rujuk kembali.

Anak yang dilahirkan itu nanti, adalah seperti hukum anak zina. Ia hendaklah dinasabkan (dibinkan) kepada ibunya.

(Lihat Ahsanul Kalam Fil Fatawa Wal Ahkam, vol. 1, hal.113 - 115)

-----------
Masalah: Saya sedang membuat kajian tentang pandangan dalam agama mengenai :- seorang isteri yang kematian suaminya ingin mendapat zuriat dengan menggunakan sperma yang diselamatkan oleh doktor sebelum suaminya meninggal dunia...Apa pendapat tuan dari segi agama dan masyarakat malaysia mengenai cerita tersebut.
(kes ini berlaku di florida)

Jawab: Hukumnya adalah haram, dan anak yang dilahirkan adalah anak zina kerana tidak terdapat `firasy' ketika ia dilahirkan.

Wallahu a'lam.
zain yang.s.


-----------------




Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 23:13


Pada 26-06-07 12:12 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

Bank sperma tak sesuai di Malaysia


Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan perkhidmatan bank sperma.




Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 27-06-07 01:07


mungkin masyarakat Islam di Malaysia masih kurang jelas dengan hukum pendermaan sperma & kaedah ibu tumpang, ataupun dah terlalu terdesak nak dapatkan zuriat... sebab tu ada juga yang memohon

jika diwujudkan untuk non-Muslim saja, penguatkuasaan perlu tegas... pemantauan ketat perlu dilakukan daripada semasa ke semasa, takut2 nanti ada juga hospital swasta yang tak bertanggungjawab menawarkan khidmat tersebut pada pasangan Islam yang sanggup membayar dengan harga yang tinggi


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 27-06-07 16:16


hukum dah jelas HARAM....sperma itu bukan sperma suami yang sah (like wise)....melainkan special case melibatkan pasangan suami isteri yang sukar dapat anak, but still benih itu (sperma) itu datang dari si husband yang sah.

yang mencadangkan supaya diwujudkan bank sperma ini...rasanya nakkan supaya ramainya lahir anak2 luar nikah....cukuplah di US sahaja jadi haru biru....takkan nak malaysia jadi haru biru jugak....malaysia dah cukup dengan masalah hari birunya tersendiri.

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 27-06-07 17:54


Pada 27-06-07 16:16 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!


yang mencadangkan supaya diwujudkan bank sperma ini...rasanya nakkan supaya ramainya lahir anak2 luar nikah....cukuplah di US sahaja jadi haru biru....takkan nak malaysia jadi haru biru jugak....malaysia dah cukup dengan masalah hari birunya tersendiri.

bukan khidmat ni memang dah wujud di Malaysia ke? cuma tak dinamakan bank sperma


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

Strawberry_Ungu
WARGA SETIA
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 29-06-07 00:13


tak perlu lah ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Strawberry_UnguProfil   Hantar PM kepada Strawberry_Ungu   Pergi ke Strawberry_Ungu's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-06-07 14:57


Bank Sperma HARAM !!! Ada Di Malaysia?




Berita Harian 25 Jun 2007

KUALA LUMPUR: Satu undang-undang akan digubal khusus untuk menangani perkhidmatan bank sperma yang ditawarkan hospital swasta negara ini bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat, khususnya umat Islam. Setakat ini tiada peruntukan undang-undang yang menghalang perkhidmatan hospital swasta menawarkan sperma kepada pasangan tidak subur mendapatkan zuriat, walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan sudah mengharamkan perkhidmatan bank sperma. Malah, mana-mana pasangan di negara ini boleh memilih sperma mengikut cita rasa masing-masing berpandukan latar belakang penderma sperma yang direkodkan pihak hospital untuk rujukan mereka yang berminat mendapatkannya.



Sebelum saya mengulas panjang tentang masalah ini, marilah kita perhatikan Hadith Nabi SAW yang menjelaskan tentang perkahwinan ketika zaman Jahiliyyah. Di zaman Jahiliyyah terdapat 4 jenis perkahwinan yang terdapat percanggahan dengan Syariat Islam kecuali satu yang dipraktikkan oleh masyarakat tersebut, iaitu:

Satu : Seorang lelaki menemui seorang lelaki lain untuk melamar atau mengahwini wanita dibawah jagaannya. Perkahwinan ini sah sekiranya berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Islam.

Dua : Seorang suami menyuruh isterinya yang baru suci daripada haid pergi kepada seorang lelaki yang pandai dan tubuhnya gagah. Isteri tersebut hendaklah melayan kehendak lelaki tersebut sehinggalah tanda-tanda hamil nampak pada isteri tersebut. Apabila tanda-tanda kehamilan sudah jelas, isteri tersebut akan kembali ke pangkuan suami. Pernikahan haram (penzinaan) ini adalah bertujuan untuk mendapatkan keturunan yang cerdik dan gagah. Perkahwinan ini adalah haram kerana menyerupai zina.

Tiga : Sekumpulan lelaki tidak melebihi 10 orang berzina dengan seorang perempuan secara bergilir-gillir. Apabila bayi tersebut dilahirkan, lelaki-lelaki tadi dipanggil semula oleh perempuan tersebut, lalu dia berhak memilih salah seorang daripada mereka yang dia paling sukai sebagai bapa kepada bayi tersebut. Seterusnya, bayi tersebut dinasabkan dengan lelaki yang dipilih tadi. Perkahwinan cara ini juga diharamkan di dalam Islam.

Empat : Seorang pelacur wanita meletakkan bendera di pintu rumahnya sebagai tanda persediaan untuk menerima lelaki yang ingin melacurinya. Apabila pelacur tersebut melahirkan anak, semua lelaki yang pernah melacurinya dipanggil lalu seorang pakar pemerhati (saintis DNA di zaman sekarang) menentukan bapa terhadap bayi tersebut berdasarkan lelaki yang paling mirip dengan bayi tersebut. (1)

Kesimpulannya, keempat-empat perkahwinan di zaman Jahiliyyah yang telah dinyatakan oleh Nabi SAW adalah bercanggah dengan tatatertib perkahwinan dalam Islam, kecuali cara perkahwinan yang pertama, yang biasa diamalkan di merata tempat dan tiada sebarang percanggahan dengan perkahwinan dalam Islam sekiranya mencukupi syarat dan rukun sepertimana yang sudah sedia maklum.

Apa yang ingin dijelaskan di sini, ialah persamaan yang berlaku di seluruh dunia, di mana pengamalan-pengalaman ini telah dilakukan oleh Masyarakat Jahiliyyah yang tiga daripadanya telah diharamkan oleh Allah SWT. Tetapi hari ini Bank Sperma yang telah dilaksanakan oleh hospital-hospital swasta ini seolah-olah mempermainkan pengharaman yang telah dilarang oleh Nabi SAW.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail berkata kepada Berita Harian “Apa yang penting, saya tidak mahu perkara ini mengundang spekulasi yang boleh mencalar imej perubatan di negara iniâ€

Berita tersebut menyatakan lagi,


Kebanyakan pasangan yang mendapatkan khidmat bank sperma ini biasanya sudah berputus asa untuk mendapat zuriat selepas menjalani pelbagai rawatan termasuk program persenyawaan benih luar rahim (IVF) dan suntikan sperma intracytoplasmic sperm injection (ICSI).

Inilah kehidupan manusia hari ini yang boleh disaksikan di Negara Malaysia “yang menjadi contohâ€. Manusia berputus asa dengan ketentuan Allah SWT, Adakah mereka tidak tahu bahawa di sana terkandung hikmah disebaliknya? Adakah kerana tidak mempunyai anak, Allah dipersalahkan?

Berita tersebut menyatakan lagi,

Beberapa hospital swasta yang dihubungi menjelaskan, bank sperma mereka tidak akan melaksanakan kaedah berkenaan kepada pasangan Islam walaupun ramai yang membuat permohonan.Sumber memberitahu, sperma yang dibekalkan kepada pasangan yang berminat adalah daripada jenis ‘terpilih’ dan kualitinya terjamin.

“Kami memilih sperma daripada individu yang memiliki kriteria ditetapkan. Antaranya berpendidikan tinggi sekurang-kurangnya ijazah, berwajah tampan, selain mengutamakan jenis warna rambut dan anak mata.

“Kami juga akan mengesyorkan sperma penderma yang mempunyai iras wajah suami atau isteri misalnya, bentuk muka, mata, bibir dan hidung bertujuan memastikan anak yang bakal lahir mempunyai sedikit persamaan dengan pasangan itu,†katanya.

Persoalan yang ingin ditimbulkan di sini ialah,

> Adakah masyarakat bukan Islam bersetuju dengan Bank Sperma ini?

Sekiranya perkhidmatan haram ini tidak dibuka kepada masyarakat Islam, adakah ini bermakna masyarakat bukan Islam boleh mengamalkannya? Saya yakin, sekiranya perkara ini berleluasa, walaupun tidak dibuka kepada masyarakat Islam, ia pasti akan menjadi masalah ketika seseorang ingin memeluk agama Islam. Inilah racun yang cuba disuntik bagi memastikan masyarakat Malaysia yang “berbilang bangsa†akan celaru dan rosak.

Sekiranya masyarakat bukan Islam bersetuju dengan Bank Sperma ini, ini bermakna mereka turut bersetuju dengan ZINA. Adakah mereka sanggup melihat anak yang lahir daripada rahim isteri mereka, bukanlah anak mereka yang sebenar? Perhatikanlah wahai “MANUSIA YANG MEMPUNYAI AKALâ€

> Sekiranya tidak berlaku sebarang kecelaruan nasab, adakah Islam boleh melonggarkan pengharaman Bank Sperma?

Tidak! Pengharaman Bank Sperma bukanlah disebabkan kecelaruan nasab semata-mata, akan tetapi pengharamannya adalah suruhan daripada Allah SWT. Malah, kecelaruan nasab adalah hasil daripada kelakuan tersebut, bukanlah sebab ia diharamkan. Anda jangan terkeliru.



Adakah daging bab* diharamkan kerana virusnya? Tidak! Daging bab* tetap DIHARAMKAN walaupun virusnya berjaya dihapuskan. Inilah contoh yang boleh dikaitkan dengan penjelasan Bank Sperma tadi.

Kesimpulan

Malaysia sudah penuh dengan kecelaruan dan kebobrokan yang sangat jelas, siapakah yang harus menghalangnya? Adakah hanya tunggu Imam Mahdi di akhir zaman? Perkara yang HARAM semakin diHALALkan, zina hakiki semakin menyelinap di masuk sebagai zina tersembunyi.

Mengapakah mereka yang berkuasa untuk mencegahnya, kecut telur untuk menanganinya? Bank Sperma bukan hanya merosakkan keturunan masyarakat Malaysia, akan tetapi keburukan yang lebih besar akan timbul, sama ada melalui harta warisan, perkahwinan dan sebagainya yang turut diamalkan oleh masyarakat bukan Islam di negara ini.

http://drfikrah.blogspot.com/2007/06/bank-sperma-haram.html

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.122959 saat. Lajunya....