Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Naikkan layar anda sekaki, anda akan mendapat angin sepuluh kaki
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 150
Ahli: 0
Jumlah: 150




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 41 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Doktor cuba Bermain Wayang


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Doktor cuba Bermain Wayang

Please Mendaftar To Post


Oleh Doktor cuba Bermain Wayang

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 25-06-07 04:26


Assalamualaikum wbt

Sahabat2 sekelian...dah baca belum berita hari ini...tentang kes tiub plastik sepanjang 33 centimeter tertinggal dalam badan seorang suri rumah selepas pembedahan batu karang.

baca berite penuh

selepas naruto-san baca kesemua berita...penjelasan dari pengarah kesihatan kedah....dan juga penjelasan daripada suami kepada suri rumah berkenaan....nampak sangat pihak pengarah kesihatan kedah dan hospital alor star cuba bermain wayang.

tak masuk akal langsung jika masalah komunikasi....jika masalah communication sekalipun, takkan hospital just lepas tangan selepas pesakit balik....no. telepon pesakit ada dalam rekod, alamat rumah pesakit ada dalam rekod....kita jangan lupa, itu adalah tanggungjawab hospital dan surgeons - follow up treatments...melainkan hospital ambik mudah saja tentang tahap kesihatan pesakit.

kes macam ini semakin menjadi2....dulu dengan tangan bayi terpaksa dipotong (amputation) disebabkan complication (hypersensitivity - later necrosis) selepas disuntik antibiotik (kes kat penang - dengar kata doktor ini grad IPTA)....kes tertinggal kain dalam rahim seorang perempuan 2,3 bulan lepas (specialist yang grad IPTA)....ini berlaku kat hospital swasta kat selangor (if i'm not mistaken).

wonder...from where those doctors graduated??...IPTA??...IPTS???...or from unrecognized university??.....if he/she or they graduated from IPTA...hhmm...memanglah hampeh.

rasanya...adalah lebih adil dan lebih molek jika kerajaan mengadakan peperiksaan umum (common qualified examination) for medical graduates....bukan sahaja kepada oversea medical graduates, tapi jugak kepada medical graduates dari IPTA dan IPTS...baru fair and square.
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 25-06-07 04:41 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-06-07 11:30


Memandangkan komen saudara naruto-san ni menyentuh hal kredibiliti kerjaya saya, eloklah saya jawabkan sikit kekeliruan yang berlaku..

Memang betul, dalam pembedahan batu karang, tiub akan diletakkan dalam salur kencing supaya saluran tu akan kekal terbuka. tiub tu hanya diletakkan selama lebih kurang 3 bulan.. pesakit boleh balik rumah.. kemudian pesakit kena datang dalam sela masa tertentu untuk rawatan susulan.. dan 3 bulan kemudian pula untuk buang tiub tu dan rawatan susulan seterusnya..

masalah yang berlaku dengan surirumah itu adalah dia tak datang rawatan susulan.. dan cuba menyalahkan pihak hospital sebab tak bagitahu dia.. bayangkan dia menjalani pembedahan 3 tahun lepas, baru sekarang dia nak dapatkan rawatan dari hospital sebab sakit perut.. menunjukkan surirumah tu memang mengambil mudah akan hal kesihatan diri sendiri.. untuk pengetahuan, dalam istilah perubatan, tiub getah seperti itu jika termasuk di dalam badan kita, ia hanya mengambil masa beberapa minggu sahaja untuk menyebabkan kesakitan dalam perut.. dan pesakit akan mengalami demam kuat..

bukan menyalah sesiapa.. tapi mentaliti masyarakat kita adalah menyerahkan 100% tanggungjawab untuk rawatan sakit mereka kepada hospital.. sebaliknya, hospital memerlukan kerjasama.. kalau pakar minta datang untuk rawatan susulan, datanglah.. jangan mengelak.. kerana hospital ada rekod.. ada bukti yang pesakit tidak hadir rawatan susulan.. bukan mereka cerita semata.. bila tak datang, hospital buat panggilan.. pun ada rekod.. jadi tak timbul soal hospital main wayang atau tak.. sebaliknya pesakit sendiri yang main wayang.. perkara macam ni memang sangat panas di akhbar.. dan tentu sekali pihak media sangat mahukan cerita macam ni..

!!! QUOTE !!!

wonder...from where those doctors graduated??...IPTA??...IPTS???...or from unrecognized university??.....if he/she or they graduated from IPTA...hhmm...memanglah hampeh.


Graduan universiti sheffield tak tau ambik darah.. anda percaya atau tak? ini adalah pengalaman saya di depan mata.. sebaliknya graduan IPTA kita mampu buat pembedahan ceaserean section dalam masa HO lagi.. jadi, jangan terlalu memandang rendah pada graduan tempatan.. jangan terlalu berat sebelah dalam menilai.. masuk ke dalam bidang ini, baru anda akan tahu kualiti graduan IPTA..

semua universiti akan mengadakan Peperiksaan Profesional Akhir atau ada juga sesetengah universiti panggil peperiksaan ikhtisas akhir.. standardnya sama untuk semua univ.. dalam peperiksaan ini ada dua jenis peperiksaan.. peperiksaan teori dan peperiksaan klinikal.. soalan peperiksaan teori dibuat dengan perbandingan tahap kesukaran soalan dengan universiti yang lain.. manakala peperiksaan klinikal pula, pemeriksa adalah di kalangan pakar-pakar dan juga pakar perunding (consultant) dari seluruh negara.. semua doktor IPTA melalui proses ini dan ia adalah common exam yang dijalankan di IPT..


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-06-07 11:54


saya bukan nak jadi orang tengah, sebab saya kurang arif bab perubatan. rasanya kes ni dalam siasatan. ikut pengetahun cetek saya ni, dua-dua pihak ada buat silap. apa pun saya cuma nak paste kan petikan akhbar hari ini. wallhualam



Salah siapa? -- Isu tiub bedah tertinggal 3 tahun dalam perut suri rumah

Oleh Diyana Rose Kamalludeen

ALOR STAR 24 Jun – Mana satu yang betul? Isu tiub bedah tertinggal dalam perut sejak 2004 semakin kusut apabila pihak berkuasa kesihatan dan mangsa masing-masing cuba menegakkan benang basah.

Jabatan Kesihatan negeri hari ini mempertahankan pihaknya dengan mendakwa pesakit, Rusinah Yatim ‘menghilangkan’ diri dari Hospital Alor Star (HAS) sebelum prosedur untuk menerangkan mengenai tiub itu dilakukan ke atasnya.

Suami pesakit, Zamil Ibrahim pula menafikan dakwaan itu dengan berkata, “jururawat memaklumkan pesakit boleh balik.’’

‘‘Dia (jururawat) langsung tidak memberitahu ada doktor lain yang akan datang periksa, atau memberikan kami sebarang dokumen seperti kad temu janji dan sebagainya. Saya juga keliru memandangkan isteri baru menjalani prosedur serius.

‘‘Jika kami tahu ada tiub tertinggal di dalam badan Rusinah, tidak logik kami terus meninggalkan hospital kerana masih ada rawatan yang berjalan ketika itu.

“Tindakan hospital menafikan semua itu adalah seperti memperlekehkan kami,” tegasnya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Hasnah Ismail, Rusinah, 44, tidak berada di dalam wad ketika doktor pakar dan jururawat datang membuat pemeriksaan sebelum membenarkan pesakit pulang, dua hari selepas pembedahan dilakukan.

Kata beliau, melalui rutin itu selalunya doktor akan memaklumkan kepada pesakit untuk datang semula ke klinik untuk pemeriksaan susulan dan mengeluarkan stent atau tiub serta melakukan pula prosedur cystoscopy iaitu ujian bagi melihat saluran kencing selepas tempoh dua minggu.

‘‘Pesakit menjalani prosedur ‘ureterorenoscopy dan lithotripsy’ untuk mengeluarkan batu karang pada ureter (saluran buah pinggang) kiri pada 28 November.

‘‘Selepas itu, satu tiub (Double J Stent) dimasukkan ke saluran sama sebagai sebahagian rawatan untuk memastikan saluran itu sentiasa terbuka agar tidak mengalami kekejangan dan tersumbat namun ia perlu dikeluarkan sebelum tempoh tiga bulan.

‘‘Dalam kes pesakit ini, batu karang di dalam badannya tidak terlalu banyak oleh itu hanya mengambil masa dua minggu untuk mengeluarkannya semula,’’ katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan derita yang ditanggung Rusinah selama tiga tahun ekoran seutas wayar (tiub) sepanjang 33 sentimeter tertinggal di dalam perutnya selepas satu pembedahan batu karang di Hospital Alor Star (HAS).

Suri rumah terbabit bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap HAS kerana didakwa cuai sewaktu menjalankan pembedahan ke atasnya bagi menuntut ganti rugi kerana menanggung masalah kesihatan seperti kesakitan pada pangkal rahim dan adakala kencing berdarah.

Menurut Dr. Hasnah, beliau tidak melihat kejadian itu sebagai kecuaian pihak HAS sebaliknya satu masalah komunikasi apatah lagi jururawat bertugas telah berusaha menghubungi pesakit tetapi gagal.

Jelasnya, Rusinah pulang ke rumah tanpa mengambil slip ‘discaj’, kad temu janji dan tanpa menjelaskan bil hospital lalu jururawat bertugas mengepos dokumen berkenaan ke alamat pesakit di Taman Seri Aman, Bedong pada malam 30 November itu.

Tambah beliau lagi, usaha seterusnya untuk berhubung dengan pesakit langsung tidak mendatangkan hasil malah pesakit juga tidak cuba berhubung dengan HAS mengenai masalah kesihatan yang dialami atau datang ke klinik pembedahan HAS sejak keluar.

[ Telah diedit oleh: muslimah_johor pada 25-06-07 11:55 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

Qaisar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.11.2006
Ahli No: 27543
Posting: 266
Dari: Darul Aman

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-06-07 12:06


!!! QUOTE !!!


wonder...from where those doctors graduated??...IPTA??...IPTS???...or from unrecognized university??.....if he/she or they graduated from IPTA...hhmm...memanglah hampeh.


saudara ni mengaji di mana entah? IPTS termahal dan terhebat kah sampai boleh kritik sampai macam ni? setiap org ada melakukan kesilapan dan saya setuju dengan pandangan saudara meow, dan kebarangkalian untuk doktor melakukan kesilapan bodoh tu mungkin dalam 1-2% sahaja..
adakah produk IPTA malaysia sangat buruk? fikirkan sebelum mengkritik..


-----------------
Assubhubada'


Bookmark and Share

    


  Member Information For QaisarProfil   Hantar PM kepada Qaisar   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 25-06-07 14:05


naruto-san minta maaf jika ada yang terasa....tapi naruto-san just concern tentang quality kesihatan di negara kita....selaku rakyat malaysia yang juga membayar tax kepada kerajaan, naruto-san (dan insyaAllah rakyat yang lain) memandang serious isu suri rumah tersebut.....bukan setakat suri rumah tersebut, tapi kes2 sebelum ini yang naruto-san bawa contoh kat atas....tangan bayi terpaksa diamputated gara-gara side effect antibiotik....kain tertinggal dalam uterus wanita selepas pembedahan (C section kalau tak silap).

Pada 25-06-07 11:30 , Meow posting:

!!! QUOTE !!!


Graduan universiti sheffield tak tau ambik darah.. anda percaya atau tak? ini adalah pengalaman saya di depan mata.. sebaliknya graduan IPTA kita mampu buat pembedahan ceaserean section dalam masa HO lagi.. jadi, jangan terlalu memandang rendah pada graduan tempatan.. jangan terlalu berat sebelah dalam menilai.. masuk ke dalam bidang ini, baru anda akan tahu kualiti graduan IPTA..


thats really surprise me....sheffield graduates don't know how to draw out blood???.....hhmm....benda macam ini naruto-san pernah dengar dari nurse2 yang kerja kat hospital....graduan2 ireland & singapore.....kes lebih kurang sama....cannot perform venipuncture, cannot do central line..... :-o ...rasanya kalau dah grad itu, patutnya kena lah tahu kerje2 doktor kan.

then kenapa pihak berwajib (rasanya MMC kan) tak tarik balik pengiktirafan MBChB dari sheffield university???....kenapa tak tarik balik pengiktirafan MBBS (Singapore) dan MBBCh BAO (Ireland) ????

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

Strawberry_Ungu
WARGA SETIA
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 25-06-07 14:36


salah sendiri tapi nak menyalahkan org lain..kasihan pulak pada yang tak bersalah tu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Strawberry_UnguProfil   Hantar PM kepada Strawberry_Ungu   Pergi ke Strawberry_Ungu's Website   Quote dan BalasQuote

tornado
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.01.2006
Ahli No: 22015
Posting: 287
Dari: saturn

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-06-07 17:10


Pada 25-06-07 14:05 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!

then Kenapa pihak berwajib (rasanya MMC kan) tak tarik balik pengiktirafan MBChB dari sheffield university???....Kenapa tak tarik balik pengiktirafan MBBS (Singapore) dan MBBCh BAO (Ireland) ????


ramai sangat ke graduan sheffield yang tak tau ambil darah?mungkin kelemahan individu, bukan kelemahan university. tak perlu tarik balik pengiktirafan universiti kalau kesilapan tu dari student/bekas student.

apapun jangan sesekali 'menghampehkan' graduan IPTA. bukan dalam bidang perubatan saja, termasuklah bidang2 lain. ramai sangat graduan oversea yang 'kononnya' lebih baik tapi "MORE TALK, LESS ACTION", hanya pandai bercakap..

kita tak tau lagi secara terperinci kes ni, so tak perlu lah buat andaian sendiri, takut nanti jadi fitnah, susah nak minta maaf dengan manusia ni..


-----------------
Biar selekeh asalkan bijak,
daripada macho gila tapi bangang!!


Bookmark and Share

    


  Member Information For tornadoProfil   Hantar PM kepada tornado   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 25-06-07 20:52


ana rasa seeloknya...elakkanla membuat 'generalisation'...takkan kerana nyamuk seekor, habis kelambu terbakar..takkan kerana kesilapan individu, seluruh universiti atau institusi dipersalahkan????

Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

saidah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 13.01.2004
Ahli No: 6420
Posting: 44
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 00:08


" ...if he/she or they graduated from IPTA...hhmm...memanglah hampeh. "

so are you saying that "if they graduated from IPTS or overseas , memanglah langsung tidak hampeh?"

fikirkan baik2 sebelum bercakap.. seriously.
____________________________

daripada apa yang saya baca dalam artikel muslimah_johor letak tu... dan berdasarkan ilmu saya yang cetek ni, (sebab saya grad dari ipta saja).. memang ada salah faham antara pesakit-jururawat-doktor tu.

pesakit tak faham makna ayat 'boleh balik rumah' tu.. bukan bermaksud dia boleh balik rumah terus.. kena ada prosedurnya... dan saya amat pasti kalau dia balik rumah selepas ikut prosedur yang ditetapkan hospital - dia akan dapat slip discharge, slip ubat dan buku temujanji.
saya juga pasti doktor yang beri rawatan atau doktor yang beri kebenaran balik rumah tu akan terangkan situasi yang mana terdapat tiub yang sengaja diletakkan dalam saluran tersebut untuk cegah dari saluran tu tersumbat semula..

so, bila pesakit ni tak dapat penerangan tentang temujanji tu... dia pun tak tahu ada tiub yang perlu dikeluarkan dari badan dia.. so dia pun tak mahu buang masa datang untuk temujanji tersebut, sebab dia rasa dia sudah sihat...

so, tak boleh nak salahkan pesakit sebab dia default follow-up kerana sebenarnya dia tak tahu...
dan tak boleh jugak salahkan doktor atau nurse sebab obviously nurse tu dah cuba contact pesakit supaya ia datang ke hospital..

memang lah, bila timbul satu masalah, penyelesaiannya akan jadi mudah kalau kita dapat salahkan seseorang. habis cerita.

tapi sekarang ni, harap ambil pengajaran.. macam yang meow cakap.. sebagai pesakit, kita kena bertanggungjawab dengan kesihatan diri kita.. takkan lah kita nak harap doktor datang rumah dan menjemput kita ke hospital supaya kita dapat rawatan.. ?

doktor seorang, pesakitnya berpuluh2 orang.. fikir-fikirkan lah..
_________________________________

doktor pun manusia, boleh buat silap. tak dinafikan, ada kes2 yang doktor buat silap. mereka tak main wayang. sebab mereka berurusan dengan nyawa manusia.

kalau mereka tak tahu, mereka kena belajar. tak kira dari mana dia grad. life is a continuous learning process..

saya bukan nak bias pada mana-mana universiti.. tapi kalau seorang tu grad dari univeristi terbaik di dunia pun, belum tentu dia perfect...belum tentu dia boleh survive dalam kerjaya dia..

dan memang betul... senior saya berjaya buat caesarean section sendiri sewaktu dia masih houseman.. padahal dia grad di universiti tempatan yang tak terkenal pun...
[ Telah diedit oleh: saidah pada 26-06-07 00:18 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For saidahProfil   Hantar PM kepada saidah   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 11:01


May be naruto-san tak ada lah bermaksud menyinggung mana-mana pihak, tapi disebabkan ayat memanglah hampeh tu, ramai graduan IPTA terasa agaknya.. tak apa lah.. naruto-san pun dah minta maaf.. people make mistakes every now and then..


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 11:28


Dah keluar kan cerita hal sebenar.. kita ni sebenarnya kena dengar kedua-duanya belah pihak baru boleh nak judge...
-->macam ku tahu dimana naruto-san ni pernah belajar...bukan kat kepulauan borneo ke? Sebelah IPTA ana tu... :roll:


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 26-06-07 11:31


Pada 25-06-07 11:30 , Meow posting:

!!! QUOTE !!!

Memandangkan komen saudara naruto-san ni menyentuh hal kredibiliti kerjaya saya, eloklah saya jawabkan sikit kekeliruan yang berlaku..

Memang betul, dalam pembedahan batu karang, tiub akan diletakkan dalam salur kencing supaya saluran tu akan kekal terbuka. tiub tu hanya diletakkan selama lebih kurang 3 bulan.. pesakit boleh balik rumah.. kemudian pesakit kena datang dalam sela masa tertentu untuk rawatan susulan.. dan 3 bulan kemudian pula untuk buang tiub tu dan rawatan susulan seterusnya..

masalah yang berlaku dengan surirumah itu adalah dia tak datang rawatan susulan.. dan cuba menyalahkan pihak hospital sebab tak bagitahu dia.. bayangkan dia menjalani pembedahan 3 tahun lepas, baru sekarang dia nak dapatkan rawatan dari hospital sebab sakit perut.. menunjukkan surirumah tu memang mengambil mudah akan hal kesihatan diri sendiri.. untuk pengetahuan, dalam istilah perubatan, tiub getah seperti itu jika termasuk di dalam badan kita, ia hanya mengambil masa beberapa minggu sahaja untuk menyebabkan kesakitan dalam perut.. dan pesakit akan mengalami demam kuat..

bukan menyalah sesiapa.. tapi mentaliti masyarakat kita adalah menyerahkan 100% tanggungjawab untuk rawatan sakit mereka kepada hospital.. sebaliknya, hospital memerlukan kerjasama.. kalau pakar minta datang untuk rawatan susulan, datanglah.. jangan mengelak.. kerana hospital ada rekod.. ada bukti yang pesakit tidak hadir rawatan susulan.. bukan mereka cerita semata.. bila tak datang, hospital buat panggilan.. pun ada rekod.. jadi tak timbul soal hospital main wayang atau tak.. sebaliknya pesakit sendiri yang main wayang.. perkara macam ni memang sangat panas di akhbar.. dan tentu sekali pihak media sangat mahukan cerita macam ni..

!!! QUOTE !!!

wonder...from where those doctors graduated??...IPTA??...IPTS???...or from unrecognized university??.....if he/she or they graduated from IPTA...hhmm...memanglah hampeh.


Graduan universiti sheffield tak tau ambik darah.. anda percaya atau tak? ini adalah pengalaman saya di depan mata.. sebaliknya graduan IPTA kita mampu buat pembedahan ceaserean section dalam masa HO lagi.. jadi, jangan terlalu memandang rendah pada graduan tempatan.. jangan terlalu berat sebelah dalam menilai.. masuk ke dalam bidang ini, baru anda akan tahu kualiti graduan IPTA..

semua universiti akan mengadakan Peperiksaan Profesional Akhir atau ada juga sesetengah universiti panggil peperiksaan ikhtisas akhir.. standardnya sama untuk semua univ.. dalam peperiksaan ini ada dua jenis peperiksaan.. peperiksaan teori dan peperiksaan klinikal.. soalan peperiksaan teori dibuat dengan perbandingan tahap kesukaran soalan dengan universiti yang lain.. manakala peperiksaan klinikal pula, pemeriksa adalah di kalangan pakar-pakar dan juga pakar perunding (consultant) dari seluruh negara.. semua doktor IPTA melalui proses ini dan ia adalah common exam yang dijalankan di IPT..



Assalamualaikum...
Jawapan yang mantap dari doktor... :roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.41273 saat. Lajunya....