Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Wang bukan segala-galanya tetapi hampir segalanya memerlukan wang!
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 190
Ahli: 0
Jumlah: 190




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 17 jam, 10 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Hamas vs Fatah & Israel


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Hamas vs Fatah & Israel

Please Mendaftar To Post


Oleh Hamas vs Fatah & Israel

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-06-07 09:12


Perjanjian damai Makkah antara Fatah dan Hamas atas usaha Raja Abdullah adalah yang terakhir. Kiranya ia tidak berjaya, maka janganlah difikirkan keduanya boleh didamaikan melalui perundingan.

Perjanjian itu menyarankan diwujudkan kerajaan campuran Hamas-Fatah di Palestin. Ia bertahan tiga bulan. Kerajaan campuran itu bukan sekadar berkecai, tetapi Presiden Mahmud Abas membubarkan kerajaan pimpinan Hamas dan kerajaan Hamas itu sendiri. Presiden melantik seorang Fatah membentuk kerajaan. Ia segera diikuti oleh Hamas membentuk Kabinetnya sendiri.

Ketika rencana ini ditulis belum ada yang mahu menjadi hakim untuk melihat siapa yang mengkhianati perjanjian Makkah itu dan menghukum pihak yang menjadi angkara. Yang ada hanya yang mentafsirkan perlembagaan Palestin bahawa Presiden berkuasa memperkenankan sesiapa untuk membentuk kerajaan dan berkuasa untuk membubarkan kerajaan. Tetapi tidak siapa mahu mengkaji hakikat pengaruh di Palestin itu sendiri. Siapa sebenarkan yang berpengaruh di kalangan rakyat yang mengundi dalam pilihan raya yang terakhir?

Mahmud Abas dipilih oleh rakyat. Hamas tidak bertanding. Pilihan raya Parlimen selepas itu Hamas bertanding. Keputusannya Hamas menang. Keadaan itu sama seperti Amerika. Bush menang pilihan raya Presiden. Dua tahun kemudian parti Bush kalah dalam pilihan raya Kongres – Dewan perwakilan dan Senat dikuasai oleh Demokrat. Presiden ada kuasa veto untuk mengenepikan keputusan Kongres tetapi adakah demokrasi Amerika membenarkan Bush bertindak demikian? Walaupun Bush berkuasa, tetapi hakikat, semangat dan maruah politik dan demokrasi tidak menghalalkan tindakan seperti itu.

Sokongan terhadap tindakan Mahmud dalam mempersetankan pengaruh Hamas adalah pertimbangan beruk. Kalau mahkamah ia adalah mahkamah hakim beruk. Apa yang berlaku dalam politik Palestin sekarang adalah pertentangan antara membentuk negara Palestin mengikut acuan Israel dan Amerika yang tidak
diketahui bagaimana hendak mewujudkannya dan tiada kuasa Palestin menentukan coraknya. Inilah pilihan Fatah.

Manakala satu perjuangan lagi ialah membebaskan Palestin daripada pendudukan Israel. Ini pilihan Hamas. Pilihan Hamas itu adalah pilihan asal rakyat Palestin sejak 60 tahun lalu. Itulah yang Fatah perjuangkan dulu. Setelah kaedah itu tidak juga memberi kejayaan dan dunia Arab seluruhnya sudah letih, maka Fatah pimpinan Arafat dulu mengubah perjuangan untuk mewujudkan Palestin, tak kira saiz dan bentuknya. Yang penting Palestin ada
di dunia. Ia adalah tajaan Barat. Israel dan Amerika tidak menyokong sepenuh cadangan itu tetapi tidak menolak sepenuhnya. Tetapi hari-hari Palestin yang diuntukkan itu diceroboh hingga Arafat sendiri dibunuh dengan cara yang hina. Palestin tidak juga wujud dan orangnya hari-hari mati ditembak.

Hamas tidak percaya kaedah itu dan muncul dengan perjuangan asal, iaitu Palestin hanya boleh dibebaskan dengan berperang.
Mati berperang adalah lebih mulia daripada mati tak berperang seperti Arafat. Sokongan terhadap Hamas menggalakkan dan berakhir dengan kemenangannya dalam pilihan raya. Kemenangan Hamas tidak diterima sepenuhnya oleh Fatah. Arab yang letih di
luar Palestin juga tidak senang dengan kemenangannya. Dunia Barat memulaukan kerajaan Hamas.

Fatah suka dengan sekatan Barat itu. Israel dan Amerika suka dengan kesukaan Fatah itu. Bukan mustahil Fatah juga suka dengan sikap Israel terhadap Hamas dan terhadap Palestin di bawah Hamas. Bagi mengubah reaksi Barat itu dunia Arab dan Islam menekan supaya Fatah dan Hamas berdamai dan kemuncaknya ialah persetujuan Makkah. Melaksanakan keputusan Makkah itu amat susah. Mendamaikan Fatah dan Hamas sama seperti susahnya mendamaikan Arab dengan Isreal kalau pun tidak sesulit mendamaikan Islam dengan Yahudi.

Sejak lebih seminggu lalu kedua-duanya berperang. Tentera Israel belum lagi menyerang kediaman Perdana Menteri, Ismail Hanayah. Tetapi kediaman diserang tentera Fatah. Kediaman itu binasa dan keluarga Perdana Menteri yang ada di dalamnya terselamat.
Fatah menguasai Tebing Barat. Maka Hamas yang kuat di Gaza bertindak dalam masa tiga hari seluruh Gaza ditawan. Pejabat dan kediaman Presiden dikuasai Hamas. Palestin yang dicadangkan itu sudah terbagi dua.

Mahmud Abas membubarkan kerajaan pimpinan Hamas dan menggantikannya dengan kerajaan Fatah. Hamas masih mengiktiraf Mahmud Abas sebagai Presiden tetapi menolak keputusannya membentuk kerajaan Fatah. Ia disifatkan sebagai
rampasan kuasa. Liga Arab mengiktiraf tindakan Mahmud Abas. Tetapi penyokong Presiden Palestin itu tidak dapat menguasai Gaza. Apakah Fatah dan dunia seluruhnya suka Israel membebaskan Gaza untuk Fatah atau Israel terus mencerobohnya
seperti yang dihendaki oleh pendatang Yahudi yang Sharon usir dari wilayah itu dulu?

Apakah Hamas yang berperang dengan musuhnya Israel tidak wajar atau wajar memerangi musuh dalam selimutnya? Fatah memusuhi Israel tetapi ia berunding dengan Israel. Hamas bermusuh dengan Israel tetapi ia tidak berunding dengannya.
Hamas membawa perjuangan Islam. Fatah dengan Islam sekularnya. Yang mendorongkan mereka berbeza dan berperang adalah sekularnya. Membenamkan sekular itu lebih aula sebelum menemui musuh di luar. – lanh


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

shinobi
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17265
Posting: 425
Dari: bangi,gombak...

blank  


posticon Posting pada: 21-06-07 10:56


fatah tunduk kat israel dan us..hamas tunduk kat Allah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For shinobiProfil   Hantar PM kepada shinobi   Pergi ke shinobi's Website   Quote dan BalasQuote

AinulYaqan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.02.2007
Ahli No: 28907
Posting: 102

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-06-07 11:36


Allahuakbar. Sebenarnya memang itu rencana dan muslihat musuh-musuh Islam untuk melihat umat Islam bercakaran sesama sendiri. Mereka (musuh-musuh Islam) begitu takutkan perpaduan kita justeru pelbagai helah dan taktik kotor direncana dan sasaran mereka adalah kepada pemimpim-pemimpin Islam yang gila kuasa, gila harta, dan apa-apa saja bentuk gila..okey okey okey :-D .Sahabat sekalian, marilah kita memohon pada Allah agar kita tidak termasuk dalam kelompok orang Islam yang menjadi tali barut kepada kehancuran Islam pada peringkat global amnya dan DIRGAHAYU NEGARAKU, MALAYSIA khususnya.Takbir!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For AinulYaqanProfil   Hantar PM kepada AinulYaqan   Quote dan BalasQuote

saifuddin_92
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.08.2006
Ahli No: 25600
Posting: 271
Dari: batu pahat

turkey  


posticon Posting pada: 21-06-07 12:22


Pada 21-06-07 10:56 , shinobi posting:

!!! QUOTE !!!

fatah tunduk kat israel dan us..hamas tunduk kat Allah..


Hamas is the real Mujahidin!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For saifuddin_92Profil   Hantar PM kepada saifuddin_92   Pergi ke saifuddin_92's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 21-06-07 12:30


Masyarakat Islam sedunia berharap dengan perjanjian antara Hamas - Fatah yang dibuat di bumi barakah Mekah tu akan menyatukan kembali mereka.. tapi nampaknya perjanjian tu jugak gagal.. Hamas dan Fatah kembali bermusuh.. dan yang seronok tentulah Israel dan US.. saya rasa al-Aqsa takkan kembali kepada umat Islam selagi mana umat Islam bergaduh sesama umat Islam.. Fatah terlalu tunduk pada tekanan US.. taat sungguh Fatah kepada US tu.. semuanya dibuat untuk dapatkan bantuan US.. akhirnya negara sendiri hancur..


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 21-06-07 18:06


naam..
ana setuju dengan meow..bila nak selesai..kalau sesama islam sendiri bergaduh..Kenapa tak sesama islam ini berpakat halau yahudi laknatullah..

---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-06-07 18:41


umat Islam sendiri pecah belah dan gaduh sesama sendiri.. tak berdamai. tak bersepakat. tak ada perpaduan. bagaimana nak kalahkan yahudi laknatuLlah begini. buat malu saja. tak hairan lah kalau nanti ada azab turun.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 21-06-07 18:51


ana hairan...cukup hairan...memang buat malu..buat malu kaum malu bgsa dan malu agama...macam mana org nak pandang islam ni baik..kalau macam ni..
ana rasa Kalau pakat elok-elok...dah lama dah israel tu kena halau

---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-06-07 20:15


itu negara depa... negara kita???

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

daei_fi_islam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24248
Posting: 98
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 21-06-07 21:58


ana sedih sangat bila mengenangkan hal ini...hidup hamas!!!!!!!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For daei_fi_islamProfil   Hantar PM kepada daei_fi_islam   Pergi ke daei_fi_islam's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 22-06-07 00:43


Hamas berkuasa melalui pilihanraya...Bukannya melalui peperangan...Rakyat Palestin sendiri yang memilih Hamas sebagai kerajaan mereka...Sepatutnya dunia mengiktiraf Hamas sebagai kerajaan Palestin yang sah...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-06-07 02:14


seriously memang hairan dengan sikap fatah.mungkin kerana pangkat telah menyebabkan menjadi buta hati lalu tak dapat menerima kekalahan.

alangkah ruginya pelajar Malaysia yang bergaduh di mesir hari tu.berbekalkan ilmu mereka,kalau dapat menyatukan umat Islam di Palestin dan mengamuk membelasah israel tentulah lagi indah...........


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-06-07 03:13


Pada 22-06-07 00:43 , sailormoon posting:

!!! QUOTE !!!

Hamas berkuasa melalui pilihanraya...Bukannya melalui peperangan...Rakyat Palestin sendiri yang memilih Hamas sebagai kerajaan mereka...Sepatutnya dunia mengiktiraf Hamas sebagai kerajaan Palestin yang sah...



Biasalah demokrasi ciptaan barat, yang merugikannya akan dihapuskan.

yang menguntungkannya akan di julangnya.

Inilah demokrasi topeng penjajah yang disembuhkan ke seluruh belahan dunia Islam. (utopia)


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 22-06-07 08:18


errrrmmmm...bosan dengar cerita yang sama, hamas & fatah sendiri tahu siapa musuh mereka...macam manalah Allah nak bantu kalau mereka sendiri tak boleh bantu dr mereka sendiri

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

Al-Mashoori
WARGA SETIA
Menyertai: 12.07.2006
Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-06-07 11:46


Tidak dinafikan pergolakan yang sedang berlaku di Palestin berpunca daripada kelemahan umat Islam amnya dan rakyat Palestin khususnya. Tetapi unsur-unsur luar juga dipercayai memainkan peranan penting dalam mencetuskan suasana kacau-bilau di Palestin. Israel dan Barat sememangnya telah merancang segala pelan untuk menimbulkan ketidakstabilan politik di Palestin sejak dulu lagi. Kita tentu masih ingat akan pelan pengunduran tentera Israel dari Gaza dua tahun lepas yang diusahakan oleh bekas pemimpin Zionis, Ariel Sharon. Ramai yang berasa sangsi dengan keputusan 'luar biasa' yang dilakukan itu. Ini kerana Israel tidak akan sewenang-wenangnya melepaskan tanah yang dijajahnya kepada rakyat Palestin begitu sahaja. Namun setelah beberapa lama maka timbul krisis baru di Gaza. Bukan akibat serangan Israel tetapi serangan 'tentera' Hamas dan Fatah yang merupakan antara pergolakan terburuk dalam sejarah Palestin. Apa yang menyebabkan perkara seperti itu berlaku? Beberapa orang penganalisis berpendapat Israel berundur dari Gaza bukan kerana ingin mengembalikannya kepada rakyat Palestin untuk menjadi hak milik rakyat Palestin tetapi kerana ingin memberikan 'neraka baru' kepada rakyat Palestin. Kita dihidangkan dengan berita pertempuran antara militia Hamas dan Fatah. Tetapi tahukah anda akan ejen rahsia Israel (seperti Mossad) yang berselindung di sebalik topeng atau kain yang dipakai oleh pejuang-pejuang Hamas dan Fatah? Merekalah yang telah menjadi batu api di antara kedua-dua pihak. Mereka telah mengaburi mata dunia dunia dengan menyamar sebagai pejuang lalu melaga-lagakan kedua-dua belah pihak. Inilah yang mereka usahakan. Sungguh licik pergerakan mereka.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MashooriProfil   Hantar PM kepada Al-Mashoori   Quote dan BalasQuote

aku_hambamu
Warga 5 Bintang
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29921
Posting: 393

PulauPinang  


posticon Posting pada: 22-06-07 12:34


Pada 21-06-07 09:12 , aye posting:

!!! QUOTE !!!


Hamas membawa perjuangan Islam. Fatah dengan Islam sekularnya.


MAlaysia dengan Islam Hadharinya...


-----------------
_TerUsKan MenCaRi ReDha AllaH deNgAn MeneNtanG GoV yang ZaLiM_


Bookmark and Share

    


  Member Information For aku_hambamuProfil   Hantar PM kepada aku_hambamu   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 22-06-07 12:43


fatah memang harus untuk ditwSkan

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 22-06-07 18:41


kembalilah kepada al-quran dan as-sunnah..pasti kamu dapat jalan penyelesaian..
entahlah..tak tau nak cakap apa..Kalau sesama sendiri tak hendak bntu negara sendiri..apa nak dikata...israel laknatullah akan terus bermaharaja lela Kalau fatah masih begitu..

---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-06-07 12:30


penyelewengan...persengketaan..peperangan...

-----------> kemusnahan.


-----------------
hidup ini indah
namun...keindahannya hilang
dek kerakusan kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 25-06-07 12:46


Al A"raabu ashddu kufran wanifaaqa....cikgu aku selalu guna ayat ini

Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 25-06-07 14:20


Bagi ana.. pergolakan di Palestin adalah berjalan mengikut landasannya yang tepat.. :-) .. Perjuangan Hamas tetap dengan prinsipnya ingin menegakkan daulah Islamiyah di atas muka bumi Allah SWT yakni dalam usaha menegakkan khalifatullah fil ard.. Sudah menjadi adat dalam memastikan Islam tertegak.. pasti dan pasti ada musuh2 islam yang tediri daripada luaran dan dalaman.. Dan yang paling berbahaya adalah musuh dalaman di kalangan kaum sendiri yang mempunyai penyakit wahn.. ini sebenarnya telah berlaku dalam dunia Islam sejak zaman berzaman.. Fatah yang hatinya tidak meletakkan bulat ketauhidan mereka kepada Allah.. yakni Allah lah segalanya .. termakan dengan janji2 Israel dan sekutunya untuk membebaskan palestin.. moga-moga rakan-rakan sekalian pun memahami akan keadaan ini.. Biasalah.. zaman Rasulullah pun terdapat ramai golongan munafikin.. Moga Allah SWT meneruskan perjuangan2 Hamas untuk meraih title "syuhada" dan mendapat syurga Allah SWT sebagai gantinya.. rakan-rakan ukhwah sekalian.. Jangan cepat membuat anggapan melulu terhadap mereka yang memperjuangkan Islam sebelum antum mengkaji sirah dan perjalanan sahabat2 .anhum.. serta perjuangan mujadid2 islam.. Sesungguhnya seruan kepada Islam dan seruan kepada Taghut pastinya tidak boleh bersatu. :-) Takbir!

Sesungguhnya aku melihat senyuman dan haruman kepada syuhada'2 yang memperjuangkan Islam di Palestin.. Ya Allah.. aku sangat menginginkannya.. Syurga indah bakal menanti disana..


-----------------


[ Telah diedit oleh: Ibnu_muaz pada 25-06-07 14:21 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

AUS_85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16977
Posting: 172
Dari: KL

Perak  


posticon Posting pada: 25-06-07 14:29


org Islam memang tak reti bersatu........

Bookmark and Share

    


  Member Information For AUS_85Profil   Hantar PM kepada AUS_85   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 25-06-07 22:05


nampaknya.. masih ada yang tak faham..


-----------------


[ Telah diedit oleh: Ibnu_muaz pada 25-06-07 22:06 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.136926 saat. Lajunya....