Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita tidak belajar dari kejayaan-kejayaan kita. Kita belajar dari kegagalan-kegagalan kita.
-- John Naisbitt

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 178
Ahli: 0
Jumlah: 178




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 11 jam, 8 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: Berhati-hatilah Posting, teliti kesahihan artikel.


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Berhati-hatilah Posting, teliti kesahihan artikel.

Please Mendaftar To Post


Oleh Berhati-hatilah Posting, teliti kesahihan artikel.

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-06-07 03:57


Assalamualaikum w.b.t...

Malam ni saya berpeluang melihat kembali posting saya yang lama, sebenarnya dulu saya pakai nick MuWaHiD, tapi sebab saya lupa password,so, saya terpaksa buat nick baru.

Bila saya teliti kembali, saya dapati dahulu masa saya muda, saya kurang perhatikan kesahihan artikel yang saya post, saya risau jika artikel2 tersebut mengandungi hadis2 yang dhaif, lagi teruk jika mengandungi hadis2 yang maudhu'.

saya tidak mahu dituduh sebagai pendusta atas sabda Rasulullah s.a.w

TAK SANGGUP!!..

Dan, di dalam artikel2 yang saya post dulu, Mungkin ada juga beberapa cerita yang diragui kesahihan nya.

Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada anda semua. Dan saya memohon ampun kepada Allah s.w.t, atas kejahilan dan keterlanjuran saya.

saya menasihati kepada semua ahli forum, berhati-hatilah sebelum post artikel, teliti kesahihan artikel tersebut.

Wallahualam....


-----------------
www.syafiquniten.blogspot.com

Soleh Wa Musleh...
[ Telah diedit oleh: Islamic_prince88 pada 20-06-07 04:07 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

mujahidah_muslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah

pakistan   avatar


posticon Posting pada: 20-06-07 03:59


betul tu prince...

syukran


-----------------
I'm glad to be me..
Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam
[email protected]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_muslimahProfil   Hantar PM kepada mujahidah_muslimah   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-06-07 08:48


yup, ana setuju..... kadang-kadang kita gagal mengenalpasti antara cerita2 sirah nabi dengan cerita2 israiliat.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 20-06-07 13:30


naam...teliti dulu..

---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

aku_hambamu
Warga 5 Bintang
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29921
Posting: 393

PulauPinang  


posticon Posting pada: 20-06-07 14:29


Pada 20-06-07 03:59 , mujahidah_muslimah posting:

!!! QUOTE !!!

betul tu prince...

syukran



hmm....
ana pun risau sangat...
kalau begitu???
ilmu yang kita nak bagitahu kat orang tersekatlah?
kalau kita dengar dari ustaz dan kita posting...
ada orang yang tak setuju juga...
bagaimana nak buat?


-----------------
_TerUsKan MenCaRi ReDha AllaH deNgAn MeneNtanG GoV yang ZaLiM_


Bookmark and Share

    


  Member Information For aku_hambamuProfil   Hantar PM kepada aku_hambamu   Quote dan BalasQuote

aku_hambamu
Warga 5 Bintang
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29921
Posting: 393

PulauPinang  


posticon Posting pada: 20-06-07 14:30


nak ambil langkah "dengar lepas tu pendam seorang-seorang"
boleh kah macam tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aku_hambamuProfil   Hantar PM kepada aku_hambamu   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 20-06-07 15:21


Pada 20-06-07 14:29 , aku_hambamu posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 20-06-07 03:59 , mujahidah_muslimah posting:

!!! QUOTE !!!

betul tu prince...

syukran



hmm....
ana pun risau sangat...
kalau begitu???
ilmu yang kita nak bagitahu kat orang tersekatlah?
kalau kita dengar dari ustaz dan kita posting...
ada orang yang tak setuju juga...
bagaimana nak buat?


kita berbincang...apa yang buat tak setuju..hujah mana yang tak setuju..bincang bersama..

---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 20-06-07 15:24


Pada 20-06-07 14:30 , aku_hambamu posting:

!!! QUOTE !!!

nak ambil langkah "dengar lepas tu pendam seorang-seorang"
boleh kah macam tu...

bukan kh rasulullah pernah bersabda..
"sampaikahlah ajaranku walaupn sepotong ayat"
apa yang di dengar dilihat..sampaikan pada yang lain..mana tau yang mendgr itu lebih faham dari yang menyampaikan...sebarkan risalah ISLAM..kalau kita dengar dr mereka yang tinggi ilmu agamanya..janganlah ragu2 lagi..

---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-06-07 17:16


Kalau kita masih ragu2 dengan apa yang kita terima, atau tak faham, atau kurang pasti.

Maka elok kita bertanya yang lebih alim/pakar. Kalau tak faham pasal hadith, tanya lah ustaz-ustaz yang mengaji hadith.

Kalau tak faham pasal muamalat, tanya lah ustaz yang pakar mualamat.

Kalau dah betul-betul faham. Baru lah kita sampaikan :).

Kita kalau nak berdakwah, boleh saja, Memang kita kena berdakwah, tapi kita kena faham betul-betul apa yang kita dakwah dan sampaikan tu.

Wallahualam...

p/s: Teruskan menuntut ilmu, dan dalam masa yang sama teruskan berdakwah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 20-06-07 17:43


naam..
betul tu islamic_prince88
fahami dulu apa yang nak disampaikan..
takut nnati ada yang lari dr fakta sebenar..

---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

saifuddin_92
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.08.2006
Ahli No: 25600
Posting: 271
Dari: batu pahat

turkey  


posticon Posting pada: 20-06-07 17:58


ISLAM TERKENAL DENGAN PENELITIAN FAKTA DAN ILMU.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For saifuddin_92Profil   Hantar PM kepada saifuddin_92   Pergi ke saifuddin_92's Website   Quote dan BalasQuote

mmas_forever1991
WARGA SETIA
Menyertai: 28.05.2007
Ahli No: 30088
Posting: 741
Dari: AS

Kedah  


posticon Posting pada: 20-06-07 18:27


pastikan apa yang kita post tu benar 2 sahih sebelum menyebarkannya

Bookmark and Share

    


  Member Information For mmas_forever1991Profil   Hantar PM kepada mmas_forever1991   Pergi ke mmas_forever1991's Website   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 20-06-07 18:35


apa-apa pun rujuk dulu pada yang pakar..

---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 16-10-07 10:47


Pada 20-06-07 15:24 , abid_19 posting:

!!! QUOTE !!!



kalau kita dengar dr mereka yang tinggi ilmu agamanya..janganlah ragu2 lagi..



tak semestinya tak ragu2...kalau contohnya hadis yang tak disertakan dengan periwayat dan darjat ragu2 juga..fenomena alam, manusia biasa...yang saya baca ada sesetengah orang yang sebarang ambil ilmu untuk disampaikan contoh hadis tanpa teliti kesahihan dan fatwa tanpa merujuk fatwa terkini..ustazah kata buku-buku agama pun kita kena hati-hati beli..sebab mungkin ada hadis dhaif atau maudhu


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-10-07 10:55


setuju jugak, pastikan kesahihan. :) Jika hadith dhoief pun ia tidak menjatuhkan tarafnya sehingga ke maudhuk. Dhoief (lemah) maka ia bukan maudhuk (rekaan).

Cumanya tak boleh lah hadith dhoief digunakan untuk menjadikan ia dalil di dalam perkara aqidah.

belajarlah lagi dalam ulumul hadith ye.. tiba-tiba semua hadith dhoief ditolak.. apa kes? sedangkan hadith dhoief boleh naik tarafnya kepada hasan jika disokong banyak hadith yang bersamaan dengan matan hadith dhoief. Huhu. Asal belajar jangan terus nak jadi muhaddith.

Dalam perkara darjat hadith terkadang ada juga muhaddithin yang memberikan taraf yang berbeza, mengikut ilmu dan pemahaman masing-masing. Bukhari dan Muslim kata begini, aS Suyuthi, Ibn Hajar, Imam Nawawi..
[ Telah diedit oleh: Anak_Pejuang pada 16-10-07 11:02 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 16-10-07 11:13


saya taklah tahu apa-apa, cuma yang saya tahu hadis dhaif boleh diamalkan tapi kalau ada hadis shahih, hadis dhaif tu tak boleh lagi diamalkan..dan kalau orang lain amalkan hadis dhaif tapi kita tidak, kita tidak boleh mempertikaikannya


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-10-07 11:36


Ia - jika begitu berhati2lah juga, dalam perkara fadhail 'amal, ulamak masih membolehkan dengan jalan berhati-hati juga. LAinla seperti albani (pakar hadith tapi bukan muhaddithin) dia terus tolak hadith dhoief.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-10-07 11:46


Nak best lagi sahih, anda ada sahihain, sahih tarmizi, dan imam2 hadith yang lain. Bukan yang dah ditapis2. (ado berlaku jenayah dalam bidang ilmu, di mana pengarang-pengarangnya tidak amanah dalam mengambil hadith etc, dia dah tukar isi kandungan sebenar kepada isi mengikut hawa nafsunya sendiri).

Nak lagi best - dongar sendiri dari sumber yang pertama, bukan kedua dan ketiga. itu sebab di dalam periwayatan hadith ini, ada kriteria-kritieria periwayat hadith. Begitu jugak muhaddithin - yang mensyarahkan hadith, yang memberi taraf pada hadith mesti jugalah belajar dari tuan-tuan guru yang ada sanadnya bersambung sehingga kepada rasuluLlah. Barulah betul yaqin.

Bukan belajar dari buku, dan kitab.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 16-10-07 12:06


Betul tu, kalau boleh mana yang kuarkan artikel letak sekali rujukan dia..senang org lain nak cek, pada yang tak pasti letak juga tidak pasti..atau lebih baik jangan letak saja takut ramai confuse nanti

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

RaudhatuL_Muttaqin
WARGA SETIA
Menyertai: 29.03.2005
Ahli No: 15423
Posting: 556
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 16-10-07 12:10


kalau tak letak references tu.. siaplah.. (ugut.. heheheh)

Bookmark and Share

    


  Member Information For RaudhatuL_MuttaqinProfil   Hantar PM kepada RaudhatuL_Muttaqin   Quote dan BalasQuote

RaudhatuL_Muttaqin
WARGA SETIA
Menyertai: 29.03.2005
Ahli No: 15423
Posting: 556
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 16-10-07 12:15


semoga kita tak tersalah fakta

Bookmark and Share

    


  Member Information For RaudhatuL_MuttaqinProfil   Hantar PM kepada RaudhatuL_Muttaqin   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-10-07 16:19


Assalamualaikum w.b.t

tentang buku pula, tak jadi masalah kalau nak refer buku,


tentang buku, kena tengok nota kaki buku tu, kalau buku tu letakkan rujukan nya daripada kitab2 yang okay, Insha Allah okay.

kalau kitab hadis, boleh refer pada kitab hadis bukhari dan muslim,
syarahnya fathul bari dan syarh muslim

bagi yang berkemampuan, boleh lah buat perpustakaan mini,
bagi ana tak ada masalah kalau kita rajin membaca,
yang jadi masalah kalau kita baca buku yang menyeleweng
seperti buku syiah, buku kristian, buku ajaran2 sesat dll.

kalau kita baca kitab yang okay, seperti m'baca Al-Quran dan kitab Hadis2 sahih,
Insha Allah, kesilapannya akan sedikit berbanding kalau kita baca buku yang betul-betul merosakkan akal fikiran, dan biasanya kita akan tersilap dari segi penafsiran, sebab tu penting kita belajar dengan ustaz dan kita kena buka kitab2 tafsir Al-Quran dan kitab2 syarah hadis.

sebaik-baiknya beli
kitab2 yang sudah direvisi / ditahqiq.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-10-07 16:26


Actually, usaha untuk meneliti kesahihan sesuatu fakta, memerlukan usaha yang berpanjangan, bukan dalam sehari dua saja,

Mustahil semua fakta yang kita beri sahih2 belaka.
Bagi ana, dalam hal ni, kita kena berterima kasih pada ulama'2 yang telah berusaha untuk meneliti hadis2, meneliti kitab2 para ulama sebelum ini.

ana kadang-kadang sedih melihat sesetengah para pelajar, mencemuh para ulama yang telah berusaha meniliti hadis2 dan kitab2 para ulama'. kononnya mereka tak amanah, kononnya mereka mendhaifkan hadis sahih, m'sahihkan hadis dhaif,

tak mustahil mereka tersilap, dan jangan lah kerana kesilapan mereka ni kita mencemuh mereka dengan tuduhan2 yang tak sepatutnya.


apa yang penting sekarang
kita BERUSAHA, untuk meneliti sesuatu fakta dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH.

Wallahualam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-10-07 20:24


tentang fadhail amal pula, ana ada terjumpa
kitab sahih fadhail amal, yang disusun oleh Ali bin Muhammad Al-Maghribi

http://www.darulhaq.com/mod.php?mod=informasi&op=viewinfo&intypeid=2&infoid=113

Buku ini mengumpulkan sekitar 1700 ha-dits-hadits shahih dan hasan yang berkenaan dengan materi ini yang diambil dari kutub sittah dan kutub turats lainnya. Buku ini juga mencakup beberapa hadits dhaif namun memiliki syahid yang mengangkatnya menjadi hasan.

wallahualam


-----------------
www.syafiquniten.blogspot.com

Soleh Wa Musleh...
[ Telah diedit oleh: Islamic_prince88 pada 16-10-07 22:50 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-10-07 22:27


!!! QUOTE !!!

ana kadang-kadang sedih melihat sesetengah para pelajar, mencemuh para ulama yang telah berusaha meniliti hadis2 dan kitab2 para ulama'. kononnya mereka tak amanah, kononnya mereka mendhaifkan hadis sahih, m'sahihkan hadis dhaif,

tak mustahil mereka tersilap, dan jangan lah kerana kesilapan mereka ni kita mencemuh mereka dengan tuduhan2 yang tak sepatutnya.


ya2, jika yang menjarhkan itu terdiri dari para ulamak hadith bagaimana pula. Ramai pulak itu... jadi sebarang tuduhan yang ada bukti maka ia bukan tuduhan. Saranan berhati-hati. Maklumlah yang baru belajar ada eager (keinginan yang kuat) tetapi belajar hanya semangat sehingga melupakan disiplin ilmu susah jugak. Apatah lagi dengan ketidakhadiran adab.

Perkara tentang hadith bukan perkara remeh - sebab ia berkaitan dengan perkataan, perbuatan, diam, cara hidup rasuluLLah, seperti juga pendapat yang mengatakan hadith dhoief dan maudhuk ditolak.

!!! QUOTE !!!

tentang fadhail amal pula, ana ada terjumpa
kitab sahih fadhail amal, yang disusun oleh Ali bin Muhammad Al-Maghribi

http://www.darulhaq.com/mod.php?mod=informasi&op=viewinfo&intypeid=2&infoid=113

Insha Allah, ni antara usaha ulama2 kita untuk menyusun hadis2 sahih fadhail amal.


Bagus laman web di atas yang telah diberikan. Dah ada kat malaysia ke belum itu? Mungkin ada gamaknya kat pustaka indonesia.

PEmbetulan ye - isi kandungan seperti yang disebut di dalam buku karangan tersebut - bukan hadith sahih sahaja tetapi juga hadith dhoief yang diperkuatkan dengan hadith lain sehingga naik ke taraf hasan lighairih. Hadith Hasan tak sama dengan sahih ya sebab kriteria perawinya yang tidak menepati ciri-ciri perawi yang membolehkannya sampai ke darjat sahih.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-10-07 22:34


beramal dengan hadith dhoief menurut muhaddithin :

1. menurut pendapat yang dipelopori oleh Ibn Arabi yang bermazhab Maliki, al Bukhari, Muslim dan Ibn Hazm yang bermazhab Syafi'e adalah tidah harus beramal dengan hadith dhaief secara mutlaq sama ada ia berkaitan dengan perundangan atau hukum dan sama ada ia berkaitan dengan fada'il a'mal.

2. Pendapat Imam Ahmad bin Hanbal, Ibn Daud , Ibn taimiyyah, Ibn Qayyim al jauziyah - hadith dhaief boleh beramal dengannya secara mutlaq dengan syarat tidak ada hadith lain atau tiada ada dalil lain yang menyentuh persoalan yang berkaitan dengan hadith tersebut.

3. Menurut Imam Nawawi dan Ibn Hajar al Asqolani, hadith dhaief boleh dijadikan hujah dalam perkara yang berhubung dengan fadai'l a'mal, qisas, targhib dan seumpamanya. Manakala perkara yang berkaitan dengan aqidah seperti sifat2 ALlah, hadith dhaief tidak boleh digunakan sebagai hujah.
[ Telah diedit oleh: Anak_Pejuang pada 16-10-07 22:45 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-10-07 22:40


dah ada kat malaysia dah buku itu. ;)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-10-07 22:44


oh, baguih dok ado.. selected shop ke ? tak semua kedai ada jual buku2 dari indonesia kecuali toko2 besar.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-10-07 22:48


hehehe, ana ada usha kat syabab pkns, bangi.
ada juga.

kat fajar ilmu baru pun ada rasanya.

kat tempat2 lain, kurang pasti.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-10-07 22:54


Aiseh, nanti den pun ushar jugak aaa.. nak nengok isinya. :) Toche2.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-10-07 22:56


http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=33243&highlight=bookstore

E&A Bookstore pun ada juga, tapi wallahualam depa ada stock lagi ke tak.
hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-10-07 22:57


welcome anak_pejuang. ;),
btw. thank you betulkan info ana pasal buku tadi,
ana dah betulkan kat atas itu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-10-07 23:23


afwan kathira. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-07 01:11


segala galanya memerlukan penelitian bukan penerimaan semberono...
bukan setakat al quran & hadis...

rasanya dalam apa forum sekalipun, copy & paste terlalu ramai yang amalkan.. waima datang dari satu sumber sekunder , tertier semata. namun.. amat sukar melihat ada yang memohon maaf sekiranya sumber itu tidak benar...

sesama kita meneliti dan memperbetul dengan aman & hati terbuka... agar tidak timbul sebarang keraguan & perselisihan yang berpanjangan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-10-07 10:21


tak mampu lagi beli..tengok buku riyadatus salihin yang berserta tafsir dan syarah harga seratus lebih..tunggulah saya kerja dulu
:-)


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-10-07 10:37


Bila meneliti kesahihan artikel yang diposting. Maksudnya ada pelbagai.

1. Ada yang merujuk kepada isi kandungan yang berkaitan dengan hadith mestilah sahih. Yang ini den argue - sebab ramai ulamak juga membenarkan hadith dhoief sebagai hujjah dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Tetapi lebih diutamakan yang sahih tanpa pula melekehkan hadith dhoief sebab hadith dhoief itu banyak kriterianya dan tarafnya. Malahan pula muhaddithin memasukkan hadith dhoief di dalam kitab dan musnad serta mustadrak mereka. Jadi ini sebagai tanda mengapa hadith dhoief itu ada kepentingannya juga.

2. Ia juga bermakna, artikel yang dipastekan itu benar-benar dari sumber yang utama, bukan yang diubah-ubah - bermaksud jika ada sebarang perubahan perlulah diberitahu di mana penggunaan ayat sendiri.

3. Ia juga bererti - artikel itu sendiri bukan yang diubah sendiri oleh pengarang (sumber pertama). Terdapat pengarang atau pengulas yang melakukan jenayah di dalam disiplin ilmu, di mana ia menggunakan kalam ulamak, atau hadith tertentu hanya untuk menyokong pendapatnya sendiri. Maka akhirnya yang dapat ditangan kita bukanlah yang sahih tetapi telah dicampur dengan kebohongan, natijahnya sumber yang kita kata sahih itu rupanya adalah palsu semata-mata dan jauh dari kebenaran.

4. Ia juga menunjukkan bahawa bukan sahaja artikel, kitab, fatwa, bahkan dalam aktiviti kehidupan. Sebarang berita, maklumat yang diterima haruslah diperhatikan kesahihannya. Terdapat manusia yang mengubah-ngubah dan menokok tambah cerita. Begitu yang berlaku pada emel-emel dan sms yang kita terima mengenai sesuatu berita penting. Jika ia hanya khabar angin, berita tidak benar. Hanya mendatangkan bencana kepada umat. Inikan pula berkaitan dengan perkara agama. WaLlahua'lam :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-10-08 17:33


Pada 20-06-07 03:57 , Islamic_prince88 posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum w.b.t...

Malam ni saya berpeluang melihat kembali posting saya yang lama, sebenarnya dulu saya pakai nick MuWaHiD, tapi sebab saya lupa password,so, saya terpaksa buat nick baru.

Bila saya teliti kembali, saya dapati dahulu masa saya muda, saya kurang perhatikan kesahihan artikel yang saya post, saya risau jika artikel2 tersebut mengandungi hadis2 yang dhaif, lagi teruk jika mengandungi hadis2 yang maudhu'.

saya tidak mahu dituduh sebagai pendusta atas sabda Rasulullah s.a.w

TAK SANGGUP!!..

Dan, di dalam artikel2 yang saya post dulu, Mungkin ada juga beberapa cerita yang diragui kesahihan nya.

Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada anda semua. Dan saya memohon ampun kepada Allah s.w.t, atas kejahilan dan keterlanjuran saya.

saya menasihati kepada semua ahli forum, berhati-hatilah sebelum post artikel, teliti kesahihan artikel tersebut.

Wallahualam....



Waalaikumsalam

Samalah dengan saya. Sebelum ini agak terleka bila posting terutama bila membabit hadis2. Saya juga ingin meminta maaf jika ada posting2 saya sebelum ini tidak begitu tepat dan seumpama dengannya.
Selepas ini saya akan lebih berhati-hati terutama bila membabitkan hadis dan hal-hal agama. Begitu juga diharap pada teman-teman yang lain. Jadikan iktibar. Semoga kita diampuni oleh Allah S.W.T...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-10-08 10:02


benar...kadang-kadang kita pun tak pasti ..


beginilah dengan ilmu yang cetek selalunya kita tak dapat nak pastikan kesahihahn dalil sama ada hadith tu sohih atau tak..kadangkala artikel itu bagus, cuma dalill yang dari sandarannya yang diragui..

cuma kalau boelh cuba pastikan artikel tu diperolehi dari sumber yang berotoriti dan diyakini maklumatnya. yang jadi masalah kalau kita sekadar ambil dari blog orang atau sahabat-ahabat kita yang juga ambil artikel tu sama ada dari email atau di copy secara langsung dari blog orang lain...


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.131337 saat. Lajunya....