Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 26-05-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa menempatkan dirinya di tempat yang menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya
-- Umar Al-Khatab

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 20
Ahli: 0
Jumlah: 20




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 17 hari yang lalu
izdham: 26 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 36 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Racun Assobiyyah


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Racun Assobiyyah

Please Mendaftar To Post


Oleh Racun Assobiyyah

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-06-07 19:44


Ketegangan selatan Thailand isu negara lain

KUALA LUMPUR 4 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ketegangan yang berlaku di selatan Thailand adalah isu negara lain yang tidak membabitkan Malaysia.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Pertahanan menegaskan, kerajaan tidak akan campur tangan dalam urusan dalaman negara jiran itu.

‘‘Itu negara lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pelancongan Sedunia 2007, di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar mengenai keadaan di selatan Thailand yang bertambah tegang semalam dengan penduduk Islam terus melancarkan demonstrasi bagi membantah kehadiran 30,000 anggota tentera di wilayah itu.

Sekurang-kurangnya 1,000 penduduk mengadakan tunjuk perasaan di pekarangan sebuah masjid di Pattani buat hari keempat berturut-turut untuk menuntut pengunduran segera askar dan penarikan balik perintah darurat di selatan Thailand.

Perintah darurat yang berkuat kuasa hampir dua tahun lalu membolehkan suspek ditahan sehingga 30 hari tanpa didakwa dan memberi kuasa meluas kepada pasukan keselamatan untuk melakukan penggeledahan dan rampasan.


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

nawzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27687
Posting: 219
Dari: BUMI ALLAH S.W.T.

jordan  


posticon Posting pada: 05-06-07 21:35


Sudah terang lagi bersuluh.... Inikah sikap seorang pemimpin pertubuhan Islam dunia(OIC) yang kononnya membela Islam????

Bookmark and Share

    


  Member Information For nawzahProfil   Hantar PM kepada nawzah   Quote dan BalasQuote

arezy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.08.2006
Ahli No: 25607
Posting: 124
Dari: Kuching

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 05-06-07 22:36


Pada 05-06-07 21:35 , nawzah posting:

!!! QUOTE !!!

Sudah terang lagi bersuluh.... Inikah sikap seorang pemimpin pertubuhan Islam dunia(OIC) yang kononnya membela Islam????


sokong...ada kepentingan tu...tapi dr segi positif nya, dapatlah kerajaan Malaysia menumpukan pembangunan negara dan jadikan peristiwa di Thailand untuk mematangkan Pentadbiran Negara...mudah mudahan...siapalah kita nak buat sesuatu melainkan kita org yang berkepentingan dan berkuasa...keputusan terletak pada tangan pemimpin saja...tu lah kebaikan adanya pembangkang...dapat bagi komen setiap tindak tanduk kerajaan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For arezyProfil   Hantar PM kepada arezy   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 05-06-07 23:03


darul kufur

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 05-06-07 23:03


darul kufur

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 13-06-07 00:52


Pada 05-06-07 23:03 , tasbih_30 posting:

!!! QUOTE !!!

darul kufur


Setuju!!!
Islam tak diterapkan secara menyeluruh, tentu darul kufur, bukannya darul Islam


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

are_peace82
WARGA SETIA
Menyertai: 06.10.2006
Ahli No: 26802
Posting: 412
Dari: Kelantan & Kajang

Kelantan  


posticon Posting pada: 13-06-07 11:28


Sampai bila Thailand mahu berbunuhan?

Subky Abdul Latif

itu | Jun 12, 07 | 03:50:07 PM
Sudah sekitar dua tahun atau lebih wilayah di selatan Thailand sentiasa bermandi darah. Kalau tidak setiap hari, setiap minggu, ada saja jiwa melayang baik penganut Islam mahu pun menganut Buddha.

Sebelum rampasan kuasa tentera ke atas Perdana Menteri Thaksin, rata-rata meletakkan angkara itu kepada dasar keras dan kejam Thaksin. Tetapi kerajaan separuh tentera yang berkuasa sekarang tidak juga berupaya menghentikan pertumpahan darah itu, malah keadaan bertambah buruk.

Baik rejim Thaksin mahu pun kerajaan yang ada sekarang meletakkan sengketa sekarang adalah gara-gara dalangan puak pemisah. Di samping itu disetujui juga oleh masyarakat Thailand betapa ia juga angkara penindasan dan diskriminasi Bangkok terhadap wilayah dan penduduk di situ.

Kerajaan Malaysia sejak merdeka 50 tahun lalu meneruskan dasar tidak campur tangan dalam urusan negara jiran itu dan memejamkan mata atas semua kejadian dan dasar serta sikap Bangkok terhadap wilayah itu.

Sekalipun berlaku kekejaman paling ngeri yang tiada taranya pada alaf baru ini apabila penduduk Islam di wilayah itu diperlakukan lebih teruk dari binatang. Beratus-ratus penunjuk perasaan dan mereka kebetulan berada di kawasan tunjuk perasaan di Narathiwat dihumbankan ke dalam trak tentera bertindih-tindih sesama sendiri dengan tangan tergari ke belakang. Ratusan mati kerana lemas dan terseksa.

Kerajaan Malaysia sekadar menyatakan rasa kesal atas kejadian itu, kira-kira sama saja dengan reaksi kerajaan Thailand yang juga menyatakan bantahan atas kejadian itu.

Kerajaan Malaysia dan majoriti penduduknya adalah pihak yang paling dekat dengan masyarakat di wilayah yang bergolak itu jika dibandingkan dengan kerajaan Bangkok dan masyarakat Thai seluruhnya dalam serba serbi.

Melayu Patani dan Melayu Malaysia seagama dan sebudaya
Penduduk di wilayah itu dan masyarakat Malaysia adalah kaum yang satu, bersaudara, seagama, sebahasa dan sebudaya. Masyarakat di wilayah itu tidak sekaum, tidak seagama, tidak sebahasa dan tidak sebudaya dengan masyarakat Thai di luar wilayah itu.

Mereka terpisah dengan masyarakat Melayu Malaysia kerana perjanjian awal kurun lalu antara British dan Bangkok membahagikan wilayah itu kepunyaan Bangkok dan Tanah Melayu kepunyaan British. Mereka menjadi bangsa Thai kerana perjanjian itu membahagikan wilayah itu kepada Thailand.

Tidak dinafikan sejarah orang Siam dan orang Melayu sering berperang. Dalam banyak kejadian tentera Siamlah menang. Hingga pernah tentera Siam menceroboh hingga ke Melaka.
Negeri-negeri di Tanah Melayu sering membayar ufti tahunan kepada Raja Thailand kerana ditakluki tentera Siam. Tetapi dari semasa ke semasa negeri-negeri Melayu itu berperang dengan Siam bagi membebaskan wilayahnya.
pencerobohan Siam.

Ketika perjanjian itu dibuat kesultanan yang diserahkan oleh British kepada Thailand itu masih berjuang bagi membebaskan dari pencerobohan Thailand itu dan demikian juga empat negeri Tanah Melayu yang dikuasainya iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Status wilayah di Selatan Thailand itu pada ketika itu adalah sama dengan Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.
Oleh sebab British telah memeteraikan begitu, maka masyarakat di Tanah Melayu terpaksa berpuas hati, dan polisi yang dibuat British itu dipakai hingga hari ini. Dan memupuk keamanan serantau Malaysia yang merdeka itu meneruskan dasar tidak menghiraukan wilayah itu.

Tetapi masyarakat setempat di wilayah itu dari mula tidak menerima perjanjian itu dan mereka meneruskan perjuangan enggan menjadi sebahagian dari wilayah Thailand. Justeru itu Bangkok meneruskan langkah penindasannya, melucutkan kesultanan Patani, membunuh pejuang-pejuang dan membiarkan wilayah itu tidak membangunan. Penduduk Islam tidak diberi layanan seperti rakyat Thailand kelas pertama. Mereka adalah seperti rakyat yang terjajah.

Antara Patani, Timor Timur dan Darfur
Dengan tindakan keras Bangkok, suara menentang tidak pernah kuat. Ia seperti hidup segan mati tak mahu. Ia tidak mendapat perhatian dunia. Dunia Islam sekadar simpati, tetapi tidak ada yang cergas seperti yang ditunjukkan kuasa asing terhadap Timor Timur dulu, Darfur dan lain-lain.

Dalam banyak masa penduduk dan wilayah Selatan Thailand itu seperti telah menerima hakikat bahawa ia adalah sebahagian dari Thailand. Ia terpaksa belajar menjadi sebahagian dari masyarakat Thailand yang kekal dengan agamanya iaitu Islam.
Tetapi Thailand tetap tidak mempercayai mereka dan mereka dibiarkan tertindas, tidak dibangunkan. Dari semasa ke semasa menjadi sasaran kerajaan dan tentera.

Ini yang memanaskan keadaan. Setia atau tidak setia kepada Bangkok dilihat sama saja. Setiap orang Islam dan Melayu dilihat oleh Bangkok sebagai anggota pemisah, dan nyawa masing-masing seperti telur di hujung tanduk.

Suasana yang dilihat reda lebih 30 tahun lalu sangat kondusif mewujudkan kerukunan. Umat Islam mula melihat keselesaan. Tetapi ia tidak digunakan oleh Bangkok untuk merapatkan perbezaan, maka Thaksin pula memanaskan semula keadaan. Islam dan Melayu disangka pemisah.

Bangkok tidak dipercayai
Tiada jalan keluar bagi penduduk Islam melainkan tidak mempercayai kerajaan Bangkok. Perdana Menteri Surayud mungkin baik tetapi boleh yang lain dan yang selepasnya dipercayai. Raja Thailand boleh dipercayai tetapi orang lain bolehkah dipercayai.

Terdapat saling tidak percaya mempercayai. Apakah kerajaan Bangkok akan terus bergelumang dengan mandi darah.
Orang Islam tidak menerima pembunuhan terhadap orang awam Islam adalah gara-gara serangan pemisah. Kejadian membakar sekolah agama dan serangan terhadap masjid adalah angkara pemisah. Islam tidak percaya Islam menyerang Islam.

Penindasan tidak pernah berhenti, maka ia dikira sebahagian dari agenda penindasan itu.

Sampai bila Bangkok mahu melihat wilayah itu bermandi darah? Adakah meneruskan penindasan termasuk bermandi darah saja cara menanganinya? Atau menghapuskan semua etnik itu? Dan sampai bila jiran-jirannya mengambil sikap tidak hirau?


-----------------
http://prepaid4u.net/?id=are_peace

Sekadar duit tambahan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For are_peace82Profil   Hantar PM kepada are_peace82   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 14-06-07 09:25


Sepatutnya Malaysia membantu saudaranya di sana...
tapi sebaliknya yang dilakukan....
Inilah racun yang dah meresap ke dalam pembuluh darah...
sehinggakan yang benar hilang dari pandangan

Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.113506 saat. Lajunya....