Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua orang boleh menjadi guru, tak semua guru boleh menjadi pendidik
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 61
Ahli: 0
Jumlah: 61




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 22 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: ayah...


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» ayah...

Please Mendaftar To Post


Oleh ayah...

shinobi
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17265
Posting: 425
Dari: bangi,gombak...

blank  


posticon Posting pada: 22-05-07 17:49


Masih segar pemergian ayah tersayang ana 5 bulan lepas.. coretan ana disini bukan untuk menagih simpati, kerana ana hanya menagih simpati pada Allah..tetapi hanya untuk meluahkan perasaan dan kesedihan yang masih segar di ingatan ana, dan agar sahabat-sahabiah yang masih mempunyai kedua ayah dan emak, agar dapat menghargai mereka dengan sebaiknya.. :-)


1 July 2006
“Wah, banyaknya hadiah imin dapat.. ni macam dah majlis kahwin dah…”
“Itulah ayah, imin pun tak sangka.. ingatkan buat simple saja.. Alhamdulillah”

Sehabisnya majlis pertunangan saya di jalan Duta, saya & adik beradik terus ke Sentosa Medical Center, Kajang. Mak teman ayah di sana. Ayah dimasukkan ke sana sebab di sangka mengidap batu karang. Ayah jalani pembedahan di sini, tetapi selepas pembedahan doctor kata ayah sebenarnya tidak menghidap batu karang. Ayah dihantar ke hospital selayang untuk rawatan selanjutnya.

10 November 2006
“Ayah rasa ayah tak dapat datang lah untuk nikah imin esok.. ayah rasa lagi elok ayah berehat kat rumah.. tak perlulah imin carikkan wheelchair untuk ayah…”
Sehari sebelum majlis pernikahan saya yang dijalankan di Masjid Wilayah. Ayah baru jalani satu pembedahan major di hospital selayang untuk buang kanser di dalam badan ayah. Ayah perlu berjalan menggunakan tongkat. Ayah disyaki menghidap kanser pankreas. Doktor mengambil langkah pencegahan dengan membuang sebahagian kecil dari setiap organ-organ ayah yang ditakuti menghidap kanser. Baliknya kami dari majlis pernikahan saya & isteri, kami terus tunjukkan kepada ayah gambar-gambar yang diambil menggunakan kamera kami. Pernikahan saya telah diawalkan lebih sebulan, apabila permohonan last-minute saya untuk join nikah beramai-ramai diterima. Tidak lama kemudian barulah saya mengerti mengapa Allah telah memilih untuk diawalkan pernikahan saya yang sepatutnya dijadualkan pada bulan 12.


“Ami, tengok anak kita imin ni.. dah ada isteri dah…”
kata ayah kepada mak sambil tersenyum, malam setelah tamat majlis pernikahan aku. Ayah melafazkan kata-kata itu sambil terbaring di atas katil di rumah. Aku hanya membalas dengan senyuman.


End of November 2006
“Imin, ayah jadi macam ni sebab ayah banyak dosa kan..”.
“Tak lah ayah.. Allah kasi ujian kat ayah sebab Allah sayangkan ayah, Allah nak bersihkan dosa-dosa ayah.. Allah nak muliakan ayah..”
“Betul ke..?”
"A’ah ayah, betul…:-) "

Ayah sewaktu di Nilai Cancer Center. Ayah perlu jalani chemotherapy kerana telah disahkan menghidap kanser. Setelah jalani satu sesi rawatan chemotherapy, ayah diserang stroke.. seluruh bahagian kiri ayah lumpuh. Semua rawatan untuk kanser terpaksa dihentikan. Penglihatan ayah jadi kabur, pertuturan ayah jadi tidak teratur. Pada ketika ini, doctor memberitahu kami yang ayah hanya mempunyai 6 bulan maksimum. Namun kami tidak berputus asa dan terus berdoa kepada Allah agar ayah disembuhkan sepenuhnya. Ayah paling kerap menangis ketika ini.

“Ami, abang dah bersedia untuk berjumpa dengan Allah & Rasulullah...”
Kata ayah yang sedang terlantar kepada mak. Mak hanya membalas mengatakan yang insyaAllah, ayah akan sembuh.


“Ya Allah, please don’t let me be the burden to my family…”
tangis ayah apabila melihat kami agak susah untuk menggerak-gerakkan tubuh ayah semasa membantu ayah menjalani fisioterapi. Aku hanya termenung dan sebak melihat ayah. “Tidak, kami tidak pernah menganggap ayah menyusahkan kami. Apa yang kami lakukan sekarang tidak mungkin dapat membalas jasa ayah membesarkan dah menjaga kami.” Kami sebak dan sedih melihat keadaan ayah yang makin terseksa, tetapi kami tidak pernah sekali menunjukkan kesedihan kami didepan ayah, kerana doctor beritahu kami yang ayah amat perlukan sokongan moral dari kami. Kami sentiasa tersenyum bila berhadapan dengan ayah. Cuma apabila ayah telah lena tidur, barulah kami dapat mengalirkan air mata di sebelah ayah. Dan hanya kepada Allah lah kami menangis, merayu meminta ayah disembuhkan.

14 December 2006
“Ayah, nabi s.a.w. pernah cakap, bila Allah sayangkan seseorang tu, Allah akan uji dia dengan macam-macam ujian untuk hapuskan dosa dia, lepas itu insyaAllah nanti bila dia jumpa Allah, dia akan jumpa Allah dalam keadaan yang betul-betul bersih..”
Sambil mengusap-ngusap dahi dan mencium pipi ayah, saya bisikkan kata-kata ini di telinga ayah di Sunway Medical Center, khamis malam jumaat. Ayah dimasukkan ke wad emergency di sana. Ayah tiba-tiba tidak mampu bertutur atau bergerak langsung. Ayah hanya kaku sambil menoleh ke kanan. Sebelum itu, stroke ayah makin pulih, pagi itu ayah makin bersemangat membuat fisioterapi dengan mak dan abang. Kami semua begitu optimis yang insyaAllah ayah akan sembuh. Namun Allah mempunyai perancangan lain untuk ayah dan kami. Cuma kerlipan mata dan linangan air mata ayah yang menunjukkan kepada kami yang ayah masih sedar dengan keadaan di sekeliling ayah. Sebak kami melihat keadaan ayah.. kami hanya berdoa agar Allah beri yang terbaik untuk ayah. Aku dapat mengimamkan ayah untuk solat isya’ terakhir ayah. Ayah hanya bersolat dengan mata.

“Ayah, apa-apa yang terjadi pun, insyaAllah nanti kita jumpa kat syurga Allah ya…”
lafaz kami dengan linangan air mata. Kami redha dengan ketentuan Allah Yang Maha Esa. Kami hanyalah hamba Allah. Malam itu juga doctor memberitahu yang kanser telah merebak ke seluruh badan ayah, tiada apa yang boleh dibuat lagi. Doktor kata ayah boleh pergi bila-bila masa. Ayah mungkin hanya tinggal beberapa hari atau minggu sahaja lagi. Allah telah meminjamkan ayah kepada kami, dan walaupun betapa beratnya hati kami untuk menerimanya, kami terpaksa akur segalanya urusan dan hak Allah. Walaupun kami tahu walaupun sesaat tidak akan dilambatkan sekiranya masanya telah tiba untuk ayah pergi, kami tidak pernah berhenti berdoa dan berharap kepada Allah agar Dia tidak mengambil ayah pergi lagi. Kami masih perlukan ayah. Namun kami redha dengan ketentuan Allah. Betapa kami sayangkan ayah, dan betapa ayah sayangkan kami, kami yakin yang Allah lebih sayangkan ayah, Allah lebih sayangkan kami.

Jumaat, 15 December 2006, 11:30 pagi
“Allah, Allah... . ayah..”
Tiada lafaz yang dapat membayangkan kesedihan kami..hanya kalimah Allah sahaja yang dapat meredakan kesedihan kami. Jantung ayah yang mulanya berdegup kencang, menjadi makin perlahan dan akhirnya berhenti.. Ayah telah pergi meninggalkan kami selama-lamanya. Ayah telah pergi untuk bersama dengan Allah Yang Maha Penyayang, yang telah meminjamkan ayah kepada kami, dan telah mengambil semula ayah dari pangkuan kami. Sambil mengalirkan air mata, kami mengusap-ngusap dan mencium dahi dan pipi ayah, namun yang tinggal hanyalah jasad ayah. Aku, mak, abang, kakak dan cucu pertama ayah yang baru berumur 2 bulan berada di samping ayah ketika ayah menghembuskan nafas yang terakhir. 2 orang adikku tiba dari UIA 15 minit kemudian. Tiada kata yang dapat kami ucapkan, hanya tangisan yang menghiasi keadaan…

Air mataku deras mengalir ketika sedang mengerjakan solat jumaat di Masjid Sunway. Selepas solat jumaat, ayah dibawa dan ditanam berdekatan dengan rumah kami di Bangi yang kami baru pindah kira-kira setahun lepas. Tidak sampai setahun ayah dapat bersama kami dirumah itu, ayah telah pergi meninggalkan kami dahulu. Keesokan paginya cuaca mendung & hujan renyai-renyai, seolah-olah memahami perasaan sedih kami..

Seminggu kemudian walimatul urus aku tetap dijalankan, kerana Allahyarham ayah telah berpesan, walau apa pun yang terjadi kepadanya, teruskan segala yang telah dirancang. Kesedihan masih menyelubungi kami sekeluarga. Mak tidak dapat menahan hiba dan menangis ketika sedang makan di meja pengantin. Aku memaksa diri aku untuk melontarkan senyuman apabila berhadapan dengan tetamu. Jika dahulu, ayah tidak dapat ke majlis pertunangan dan pernikahan aku kerana perlu berehat, kini ayah pasti tidak ke majlis perkahwinan aku kerana ayah sudah tidak ada di dunia ini lagi. Keesokannya kenduri belah aku dijalankan di Putrajaya, namun kenduri aku telah kami ubah ke upacara tahlil dan jamuan makan. Aku sentiasa berdoa kepada Allah, kerana majlis pertunangan, pernikahan dan walimatul urus aku telah dihiasi dengan air mata kesedihan, moga kematian dan kebangkitan aku semula nanti dihiasi dengan air mata kegembiraan menghadap yang Esa.

“Nanti insyaAllah lepas ayah dah sembuh, kita semua pergi umrah…”
Kata-kata ayah kepada kami, beberapa bulan sebelum ayah pergi bertemu Allah Yang Maha Penyayang untuk selama-lamanya..

Moga ayah ditempatkan di tempat mereka yang soleh, moga ayah ditempatkan bersama-sama dengan Rasulullah. InsyaAllah, telah bersihlah ayah dari segala dosa-dosa sebelum diambil kembali ke pangkuan Allah Yang Maha Penyayang. Sehingga kini, betapa sukarnya kami untuk menerima hakikat yang ayah sudah tiada, tetapi Alhamdulillah, iman merelakan jua yang bahawa manusia akan mati, yang kekal hanyalah Allah. Walaupun ayah telah kembali ke pangkuan Allah, kami bersyukur kerana Allah telah mengizinkan ayah untuk menimang cucu pertama ayah dan melihat aku beristeri. Segalanya seperti telah diatur Allah dari awal lagi. Moga Allah pertemukan kami kembali dengan ayah kami di syurgaNya kelak..

A few days ago I had a dream,
I was on my way out to somewhere I don’t know,
I see my dad in his usual working dress,
As usual I went to him, kissed his cheek and hands,
And I went straight out,
But then I changed my mind,
Thinking that this could be the last time I could see him,
I went back to my dad, kissed him in the cheek and hugged him,
I hugged him and never let it go,
While I see him smiling at me,
And I hugged him till the end of my dream.
How strange, for this is only a dream,
A dream where my dad is still with us in this world,
Yet I was certain that could be the last time I’d see him...


-----------------
Telah ditanya kepada seorang soleh ,apakah yang paling menghairankan kamu?
Dia berkata: "Hati yang telah kenal Allah kemudian dia menderhakai-Nya."


Bookmark and Share

    


  Member Information For shinobiProfil   Hantar PM kepada shinobi   Pergi ke shinobi's Website   Quote dan BalasQuote

nur_ashikin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.11.2006
Ahli No: 27359
Posting: 256
Dari: shah alam

malaysia  


posticon Posting pada: 22-05-07 17:59


rindulah kat ayah..isk2..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_ashikinProfil   Hantar PM kepada nur_ashikin   Quote dan BalasQuote

redgirl
WARGA SETIA
Menyertai: 31.01.2007
Ahli No: 28476
Posting: 871
Dari: bumi tuhan

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 22-05-07 18:39


redgirl pun rindu juga kat ayah..semoga ayah sentiasa didalam rahmatNYA..amin


-----------------
[email protected]
[ Telah diedit oleh: redgirl pada 22-05-07 18:40 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For redgirlProfil   Hantar PM kepada redgirl   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-05-07 18:42


semoga ayah awak ditempatkan bersama orang2 yang beramal soleh....ameen
semoga kita dapat bertemu kembali ayah2 kita di syurga kelak...ameen

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

harlique
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26495
Posting: 258
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-05-07 21:08


ayah......

Bookmark and Share

    


  Member Information For harliqueProfil   Hantar PM kepada harlique   Quote dan BalasQuote

dueramiela
WARGA SETIA
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28283
Posting: 732
Dari: DaRuL eHsaN

Selangor  


posticon Posting pada: 22-05-07 21:10


sedihnya....
da lebih sebulan xjumpe abah...

abaahhh....

Bookmark and Share

    


  Member Information For dueramielaProfil   Hantar PM kepada dueramiela   Quote dan BalasQuote

Strawberry_Ungu
WARGA SETIA
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 23-05-07 02:26


sedihnya bila ingat kat abah..huhu...sayang abahku...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Strawberry_UnguProfil   Hantar PM kepada Strawberry_Ungu   Pergi ke Strawberry_Ungu's Website   Quote dan BalasQuote

ilhammusafir
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20222
Posting: 361
Dari: SeGaMat_JoHoR

Johor  


posticon Posting pada: 23-05-07 02:38


ya Allah ya tuhan ku!! ampunilah dosaku serta dosa kedua ibu bapaku dah kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihiku ketika ku kecil.......aminnnn............

lama dah tak jumpa mak ayah.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilhammusafirProfil   Hantar PM kepada ilhammusafir   Quote dan BalasQuote

shinobi
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17265
Posting: 425
Dari: bangi,gombak...

blank  


posticon Posting pada: 23-05-07 12:02


Pada 22-05-07 18:42 , broshahir posting:

!!! QUOTE !!!

semoga ayah awak ditempatkan bersama orang2 yang beramal soleh....ameen
semoga kita dapat bertemu kembali ayah2 kita di syurga kelak...ameen


insyaAllah.. ameen...


-----------------
Telah ditanya kepada seorang soleh ,apakah yang paling menghairankan kamu?
Dia berkata: "Hati yang telah kenal Allah kemudian dia menderhakai-Nya."


Bookmark and Share

    


  Member Information For shinobiProfil   Hantar PM kepada shinobi   Pergi ke shinobi's Website   Quote dan BalasQuote

Nadiena
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.05.2007
Ahli No: 29973
Posting: 69
Dari: KL

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-05-07 14:10


YA ALLAH...membaca kisah awak, memang tak tertahan airmata ni mengalir.

Saya baru kehilangan ayah...45 hari yang lalu..
saya faham pedih sungguh rasanya kehilangan orang yang amat disayangi..apantah lagi saya anak yang terlalu rapat dengan ayah.

Perginya ayah bagaikan hilang sebahagian nyawa ini. manakala sebahagian nyawa ini pada ibu saya..itu pun sampai saat ini, ibu masih terlalu sedih, hari2 ke pusara ayah..semoga ALLAH memberikan ketabahan pada ibu...tak sanggup rasanya kalau kehilangan lagi sebahagian nyawaku itu...YA ALLAH......tabahkan hatiku..

Semoga awak juga tabah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For NadienaProfil   Hantar PM kepada Nadiena   Quote dan BalasQuote

Nadiena
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.05.2007
Ahli No: 29973
Posting: 69
Dari: KL

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-05-07 14:25


YA ALLAH...membaca kisah awak, memang tak tertahan airmata ni mengalir.

Saya baru kehilangan ayah...45 hari yang lalu..
saya faham pedih sungguh rasanya kehilangan orang yang amat disayangi..apantah lagi saya anak yang terlalu rapat dengan ayah.

Perginya ayah bagaikan hilang sebahagian nyawa ini. manakala sebahagian nyawa ini pada ibu saya..itu pun sampai saat ini, ibu masih terlalu sedih, hari2 ke pusara ayah..semoga ALLAH memberikan ketabahan pada ibu...tak sanggup rasanya kalau kehilangan lagi sebahagian nyawaku itu...YA ALLAH......tabahkan hatiku..

Semoga awak juga tabah..



Bookmark and Share

    


  Member Information For NadienaProfil   Hantar PM kepada Nadiena   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 23-05-07 14:40


wa..sdihnye..nak balik rmh nt..dah lme xjmpe ayah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

dueramiela
WARGA SETIA
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28283
Posting: 732
Dari: DaRuL eHsaN

Selangor  


posticon Posting pada: 23-05-07 14:44


Pada 23-05-07 14:40 , muslimah_87 posting:

!!! QUOTE !!!

wa..sdihnye..nak balik rmh nt..dah lme xjmpe ayah..



samalah kitee.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For dueramielaProfil   Hantar PM kepada dueramiela   Quote dan BalasQuote

DinnaFatiha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.12.2003
Ahli No: 5711
Posting: 106
Dari: kedah/selangor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-05-07 15:03


penglaman shinobi kehilanagn ayah lebih kurang sama semasa kehilangan mak dulu..turut diserang angin ahmar..saat yang paling susah diterima apabila doktor sahkan tiada peluang tak diselamtkn dan diminta bawa ke rumah..kemuncaknya pada pagi jumaat arwah ibu menyahut seruan ilahi..seperti nadiena seolah hilang separuhnyawa...tapi tetap kena terima..arwah ayah ikut menyahut seruann ilahi seperti mak selepas 7 bulan..kosong rasanya hidup..p itulaa hidup..semuanya pinjamn..
kpada yang masih ada ibu ayah sayangilaa hormatila jagala sebaik yang mungkin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For DinnaFatihaProfil   Hantar PM kepada DinnaFatiha   Quote dan BalasQuote

shinobi
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17265
Posting: 425
Dari: bangi,gombak...

blank  


posticon Posting pada: 23-05-07 17:09


nadienna,
itulah..kehilangan ayah bagaikan sebahagian dari diri saya sudah tiada.. sekarang saya selalu anggap yang sebahagian dari diri saya kini telah berada bersama-sama Allah Yang Maha Panyayang. ayah nadienna masih terlalu baru pergi..moga nadienna juga tabah hadapi ujian Allah ini...

dinnafatiha,
berat sungguh ujian yang dinnafatiha hadapi... saya kehilangan ayah pun dah sedih yang teramat. saya selalu berdoa kepada Allah agar nyawa emak saya dipanjangkan, dan agar kami dapat menjaga emak lebih baik dari kami jaga ayah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For shinobiProfil   Hantar PM kepada shinobi   Pergi ke shinobi's Website   Quote dan BalasQuote

aiz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 273
Posting: 275
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 23-05-07 17:32


memang berat untuk melepaskan insan yang kita sayang..Allah lebih menyayangi mereka...
bagi Aiz pula kehilangan ibu 11 tahun yang lalu...waktu kami semua kecil lagi..tak mengerti apa-apa
abahlah pengganti arwah ibu kami semua
moga mereka semua di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh & solehah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aizProfil   Hantar PM kepada aiz   Pergi ke aiz's Website   Quote dan BalasQuote

Abdullah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 261
Posting: 250
Dari: Malaysia

blank  


posticon Posting pada: 23-05-07 21:18


Assalamualaikum,

Takziah Shinobi dan Nadiena..moga ketabahan mengiringi kalian..

Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For AbdullahProfil   Hantar PM kepada Abdullah   Quote dan BalasQuote

redgirl
WARGA SETIA
Menyertai: 31.01.2007
Ahli No: 28476
Posting: 871
Dari: bumi tuhan

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 29-05-07 20:49


ada seorang sahabat saya yang mukanya serupa dengan ayah saya..kalau tengok dia mesti sebak teringatkan ayah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For redgirlProfil   Hantar PM kepada redgirl   Quote dan BalasQuote

dueramiela
WARGA SETIA
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28283
Posting: 732
Dari: DaRuL eHsaN

Selangor  


posticon Posting pada: 29-05-07 20:51


Pada 29-05-07 20:49 , redgirl posting:

!!! QUOTE !!!

ada seorang sahabat saya yang mukanya serupa dengan ayah saya..kalau tengok dia mesti sebak teringatkan ayah....


:-)

WAWA jangan SEDIH2 YE!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For dueramielaProfil   Hantar PM kepada dueramiela   Quote dan BalasQuote

redgirl
WARGA SETIA
Menyertai: 31.01.2007
Ahli No: 28476
Posting: 871
Dari: bumi tuhan

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 29-05-07 21:13


...


-----------------
[email protected]
[ Telah diedit oleh: redgirl pada 30-05-07 21:44 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For redgirlProfil   Hantar PM kepada redgirl   Quote dan BalasQuote

Hibatullah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.04.2007
Ahli No: 29793
Posting: 305
Dari: bumi Allah-sumut

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 30-05-07 23:18


salam
saya org yang tak suka menangis tapi saya tak dapat nak tahan untuk menangis bila saya baca cete awak.terasa pilu.
dan saya pulak tinggal berjauhan dengan ke 2 org tua saya.
moga Allah merahmati kita semua.

rindunya kat mak dengan ayah.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For HibatullahProfil   Hantar PM kepada Hibatullah   Quote dan BalasQuote

raihan2004
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.01.2004
Ahli No: 6388
Posting: 375
Dari: kedah

egypt   avatar


posticon Posting pada: 30-05-07 23:37


sedihnya baca kisah ini.....
nak mengalir saja rasa air mata ini....
semoga ayah awak ditempatkan dikalangn hamba2 yang soleh....Amin...
memang susah nak hadapi dugaan Allah ini......
Ya Allah,panjangkanlah umur abah dan omi ku..........ampunkanlah dosa2 mereka Ya Allah..............

Bookmark and Share

    


  Member Information For raihan2004Profil   Hantar PM kepada raihan2004   Quote dan BalasQuote

wee
Warga 1 Bintang
Menyertai: 25.12.2006
Ahli No: 27872
Posting: 33

Kelantan  


posticon Posting pada: 31-05-07 00:16


ayah & ibu hanya satu dalam dunia ini jadi kita kena tabah lah dalam menghadapi ujian hidup...

Bookmark and Share

    


  Member Information For weeProfil   Hantar PM kepada wee   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 31-05-07 00:38


Pada 29-05-07 20:49 , redgirl posting:

!!! QUOTE !!!

ada seorang sahabat saya yang mukanya serupa dengan ayah saya..kalau tengok dia mesti sebak teringatkan ayah....

salam....

eerrmm...
kalau macam ni lah........


:-(


-----------------
Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

dueramiela
WARGA SETIA
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28283
Posting: 732
Dari: DaRuL eHsaN

Selangor  


posticon Posting pada: 31-05-07 00:41


esok nak jumpa abah...
nak jumpa umi.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For dueramielaProfil   Hantar PM kepada dueramiela   Quote dan BalasQuote

budak_melaka
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 31-05-07 08:40


sedih nya.. ni tarbiyah dariNya untuk ana....ada kala nya ana sering lupa abah mak...ada perasaan....na akan cuba menjaga mereka....

Ya ALLAH....berikan kami kekuatan untuk melakukan terbaik...untuk mereka....

amennn

Bookmark and Share

    


  Member Information For budak_melakaProfil   Hantar PM kepada budak_melaka   Quote dan BalasQuote

redgirl
WARGA SETIA
Menyertai: 31.01.2007
Ahli No: 28476
Posting: 871
Dari: bumi tuhan

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 31-05-07 11:25


Pada 31-05-07 00:38 , mohamad posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 29-05-07 20:49 , redgirl posting:

!!! QUOTE !!!

ada seorang sahabat saya yang mukanya serupa dengan ayah saya..kalau tengok dia mesti sebak teringatkan ayah....

salam....

eerrmm...
kalau macam ni lah........


:-(


macam ni Kenapa...
abang azhar jangan risau, saya tak kan salahkan abang azhar...


-----------------
[email protected]


Bookmark and Share

    


  Member Information For redgirlProfil   Hantar PM kepada redgirl   Quote dan BalasQuote

yusof88
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2007
Ahli No: 28247
Posting: 249
Dari: pahang

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 31-05-07 13:52


red girl jangan sedih2 tau...
nanti ada yanglg sedih...
syum2 selalu ye....

Bookmark and Share

    


  Member Information For yusof88Profil   Hantar PM kepada yusof88   Quote dan BalasQuote

wafa_mawaddah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-05-07 15:18


ya Allah sedihnya.......

tabahkan hati....

ana teringat kat ayah ana.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafa_mawaddahProfil   Hantar PM kepada wafa_mawaddah   Pergi ke wafa_mawaddah's Website   Quote dan BalasQuote

qinairaaa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 30.05.2007
Ahli No: 30115
Posting: 68
Dari: pantai remis, manjung, perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-06-07 00:07


ayah, abah, abi, walid dan macam-macam lagi panggilan yang kita beri pada insan ini tapi yang penting dia satu satunya ayah yang kita ada dan takkan ada penggantinya..... rata-rata kita mungkin tak rapat dengan mereka kerana kadang-kadang kita rasa agak sukar untuk berbicara dengan insan bernama ayah ni sepertimana kita bercerita dengan ibu kita. percayalah, jika kita benar-benar menyelami hati insan bernama ayah ini kita pasti menemui sekeping hati yang penuh dengan kasih dan sayang yang selama ini kita tak perasankankan.... amat jarang golongan ayah memperlihatkan keperihatinan dan kasih sayang mereka tapi d sebalik sikap itu terlindung 1001 kasih terhadap anak2nya. sayangilah ayah anda sentiasa kerana ia juga sebutir permata yang tak ternilai harganya.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For qinairaaaProfil   Hantar PM kepada qinairaaa   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 02-06-07 00:08


lega sikit...

selepas mendengar kata-kata tu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

aL-azyM
WARGA SETIA
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-06-07 02:15


Harap diri ni jadi ayah yang baik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aL-azyMProfil   Hantar PM kepada aL-azyM   Pergi ke aL-azyM's Website   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-06-07 10:04


bersyukur masih memilikinya....


-----------------
hidup ini indah
namun...keindahannya hilang
dek kerakusan kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.135616 saat. Lajunya....