Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-09-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bukanlah kerja yang membunuh manusia, sebaliknya rasa risau, bimbang, khuatir.
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: mengintaisyurga
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43096

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 39
Ahli: 0
Jumlah: 39




  Yang Masuk Ke Sini
IbnuKhaldun: 9 hari yang lalu
alongmina: 13 hari yang lalu
muslimin23: 19 hari yang lalu
kasih_kekasih: 23 hari yang lalu
budakbesar: 30 hari yang lalu
azemi: 34 hari yang lalu


Bincang Kenderaan
Topik: Siapa yang pernah kena saman trafik?


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Kenderaan
    »» Siapa yang pernah kena saman trafik?

Please Mendaftar To Post


Oleh Siapa yang pernah kena saman trafik?

Edi_best
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 476
Posting: 43
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 18-05-03 23:21


boleh kongsi kat sini
tak kira lah saman trafik ke,JPJ,polis biasa,pak guard kat kampus atau sesiapa saja yang saman anda...kalau kena saman tu apa kesalahan dia?,berapa ringgit yang kena

Bookmark and Share

  


  Member Information For Edi_bestProfil   Hantar PM kepada Edi_best   Quote dan BalasQuote

wan_pasir
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 37
Posting: 395
Dari: kuala terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-05-03 00:25


untuk pengetahuan semua setahu ana, ana baru sekali kene saman dek JPJ masa nak tunaikan solat ngan kawan ana kat masjid dekat jer ngan skolah, pastu kantoi pulak yer lah dekat, jadi topi keledar taklah pakai,serban takder, nak buat macam mana terima jer lah, kene saman berapa? rm 100 besar tuu bagi ana :: selepas buat rayuan saman dikurangkan RM50 jadi balance kene bayar RM50,
:: tapi masa bagi tau bapak ngan mak, kene jugak membebel secupak terima jer lah anak soleh, hehe::

-----------------


Bookmark and Share

  


  Member Information For wan_pasirProfil   Hantar PM kepada wan_pasir   Pergi ke wan_pasir's Website   Quote dan BalasQuote

isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 19-05-03 07:20


nak gi semayang pun kena saman? kurang ajor betul laa JPJ ni..org yg buat maksiat tak nak saman..contohnya ngerek @ bonceng bawak awek,saman org buat maksiat lagi boleh faedah

-----------------
Ya Allah !!! berikanlah kekuatan kepadaku untuk meneruskan jihad para shuhada'

img75.photobucket.com/albums/v228/acma_115/logo.jpg">

Bookmark and Share

  


  Member Information For isa-VR4Profil   Hantar PM kepada isa-VR4   Pergi ke isa-VR4's Website   Quote dan BalasQuote

isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 19-05-03 07:27


eh lupa..tentang saman tu..
dari pandai bawak kenderaan sampai sekarang saye kena saman kat polis trafik.mase cuti baru2 ni..sampai je kat umah,ade member tel yg member sorang lagi tu sedang sakit...ape lagi,nak naik moto malas,tengok2 van ayah sebuah lagi tu tak pakai..kebas laa. balik2 ade roadblok..tak sangka roadtax dah tamat tebpoh sebulan yg lalu..lupa nak sambung......terima laa surat cinta...berbayar
kene RM75....
satu lagi kena saman oleh pak guarg kat utm...sebab parking dekat library...RM 25 ..

-----------------
Ya Allah !!! berikanlah kekuatan kepadaku untuk meneruskan jihad para shuhada'

img75.photobucket.com/albums/v228/acma_115/logo.jpg">

Bookmark and Share

  


  Member Information For isa-VR4Profil   Hantar PM kepada isa-VR4   Pergi ke isa-VR4's Website   Quote dan BalasQuote

insaflahdiri
Warga 2 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 588
Posting: 64
Dari: nowhere

ussr  


posticon Posting pada: 20-05-03 03:24


tak pernah lagi
selamat duit aku....

Bookmark and Share

  


  Member Information For insaflahdiriProfil   Hantar PM kepada insaflahdiri   Quote dan BalasQuote

budakinsaf
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 596
Posting: 111
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 21-05-03 12:24


assalamualaikum...
saman yek? saya pernah kene saman ngan pak guard kat utm skudai je.sbb parking merata.kene la bayar dlm RM25.melayang duit...

-----------------
[IMG]http://homepage2.nifty.com/crashin/cra.gif[/IMG] [IMG]http://www.foxhom.com/chan/mazinger.gif[/IMG]
CiNTa YaNG ABaDi...CiNTa PaDa ALLaH



Bookmark and Share

  


  Member Information For budakinsafProfil   Hantar PM kepada budakinsaf   Quote dan BalasQuote

Edi_best
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 476
Posting: 43
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 21-05-03 13:15


Quote:

On 2003-05-21 12:24, budakinsaf wrote:
assalamualaikum...
saman yek? saya pernah kene saman ngan pak guard kat utm skudai je.sbb parking merata.kene la bayar dlm RM25.melayang duit...

-----------------
Hidup berlandaskann Alquran dan Assunah



anda senasib dengan saye

Bookmark and Share

  


  Member Information For Edi_bestProfil   Hantar PM kepada Edi_best   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 30-05-03 00:30


pernah sekali jer kena saman speed track ... hangus dekat Rm400

Bookmark and Share

  


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

SaLaFy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 341
Posting: 99
Dari: Taman Melawati, KuaLa LumpUR, BuMi A||aH SwT...

iraq   avatar


posticon Posting pada: 31-05-03 12:00


assalamualaikum~....tgk kat sini sumer dah kener saman...ana sorang blum kener agi...sbbnyer tak cukup umur...ehehehhehe..

Bookmark and Share

  


  Member Information For SaLaFyProfil   Hantar PM kepada SaLaFy   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1305
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-06-03 22:11


assalamualaikum.

kene sama dgn pak guard kampus je. sbb takde sticker. denda pun RM5 je, itu pun sampai skng tak bayar lagi. nanti la bila grad ujung thn ni insyaAllah saya bayar

-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar

Bookmark and Share

  


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

BuDaK_SpiDeR
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1427
Posting: 131
Dari: DiMaShQ

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-07-03 23:42


kene saman setakat ni takde laghik lah....rekod bersih laghik........

Bookmark and Share

  


  Member Information For BuDaK_SpiDeRProfil   Hantar PM kepada BuDaK_SpiDeR   Quote dan BalasQuote

ayim_81
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 39
Posting: 61
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 23-02-04 03:39


Kena saman kat kelate,
2 plak saman tu dlm lingkungan RM 200++,
dpt kurang RM 150.

kena bebel gak ngan ayah..pasal saman ni..hehehe

Bookmark and Share

  


  Member Information For ayim_81Profil   Hantar PM kepada ayim_81   Quote dan BalasQuote

mencari_sufi
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.04.2004
Ahli No: 8316
Posting: 50
Dari: bumi perantauan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-04-04 16:01




kejadian ni berlaku tahun lepas..petang tu ana & bestfriend ana excited nak gi tengok road-show Raihan album Gema Alam salah satu shopping complex kat bandar ana menimba ilmu ni..kitorg guna motor bestfriend ana..sampei je tempat parking punye lah penuh..nasib baiklah guna motosikal so senang sikit la nak cari parking..kebetulan ade satu space free utk satu motor kat tempat parking motor..lps parking kitaorg pun gi la tengok road show tu..lepas mkn n sembahyang asar kitorg punbalik..tapi tiba2 ana terpandang kertas putih dlm bakul motor..kitaorg punya la cemas sbb tu surat saman..rupa2 nye kitaorg parking motor diluar petak parking..dlm keadaan cemas tu ana baca saman tu & tak lama tu ana tersengih2..nak tahu kenapa?..no plat yg tertulis kat saman tu tak sama dengan no plat motor kitorg..sebabnye org yg tulis saman tu tulis ikut no plat bhgian belakang..sebenarnye no plat tu tak betul..beberapa hari sebelum tu ana baru tukar no plat bhgian belakang tu sbb hilang..tapi pakcik kedai tu salah pasang pulak no..ana tak ingat sama ada no 6 ataupu no 9 yang terbalik..so kitaorg abaikan la saman tu...tapi cian pulak kat empunya no plat yang kebetulan tertulis kat saman tu..nak buat macam mana..on the way balik hostel kitorg pun singgah kedai betulkan balik no tu utk mengelak masalah lbh besar yg akan timbul di kemudian hari nanti..

Bookmark and Share

  


  Member Information For mencari_sufiProfil   Hantar PM kepada mencari_sufi   Quote dan BalasQuote

istisafa

Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5723
Posting: 626
Dari: Kelana Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-04-04 08:26




setakat setahun 4 bulan ni ada la sekali kena saman dek MPPJ sebab tak bayar duit parking, parkingnya ditempat yg betul tapi masa tu syiling tak ada.. pi beli gula2 nak tukar syiling, balik aje dah berkibar surat saman..

Bookmark and Share

  


  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Quote dan BalasQuote

syafiq86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.08.2003
Ahli No: 2897
Posting: 240
Dari: Batu Pahat

Johor  


posticon Posting pada: 15-04-04 09:41


Ana pernah kena saman sebab speeding kat lebuhraya. Yang bestnya, peristiwa tu berlaku hanya selepas dua bulan dapat lesen P. Masa tu emergency, nak ambik akak kat UIA Gombak. Hari dah petang. Bertolak dari batu pahat pkul 4, tu yang kelam-kabut. Tengok-tengok kena tahan kat ayer keroh pasal speeding, bacaan speed 140km/j. tak pasal-pasal kena bayar RM300, sedih...

-----------------
KAWANLAH selagi ada hati. BERCINTALAH selagi ada yang sudi. GEMBIRALAH selagi ada teman di sisi.

Bookmark and Share

  


  Member Information For syafiq86Profil   Hantar PM kepada syafiq86   Quote dan BalasQuote

masya_brywest
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.07.2003
Ahli No: 2317
Posting: 107
Dari: TeLuK InTaN

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-07-06 16:25


hmm orang pernah kena saman sebab letak kereta kat tempat tak sepatutnya...masa tu tunggu kawan kat airpor kuching...balik kat kereta dah kena saman dengan JPJ...melayang RM200

kalau kat kampus pula lagi lah banyak kali kena saman...kena saman dengan pak guard sebab main redah kat roundabout...hehe dah tak dek kereta redah saja lah...siap dapat nasihat free dari pak guard...parking merata pun kena saman juga...tapi sekarang dah tak berani sebab pak guard saman dan kunci tayar kereta terus...malu beb...orang lalu lalang semua nyanyi 'young man, u cannot parking here'...

lagi satu orang selalu kena saman sebab telupa letak kupon parking...lupa pula sistem kat kuching lain dengan kat teluk intan...melayang RM5

pas ni nak berhati-hati...malu...

Bookmark and Share

  


  Member Information For masya_brywestProfil   Hantar PM kepada masya_brywest   Quote dan BalasQuote

firnisa
Warga Rasmi
Menyertai: 14.03.2006
Ahli No: 23434
Posting: 8
Dari: umbrella hill,ganung kita

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-07-06 17:11


al kisah....bulan Sept tahun 2004.kita kena saman dengan polis trafik ontheway balik praktikal kat Lembaga Tabunhg Haji.dah kesalahan tu antara 5 kesalahan utama trafik.nak tau salah apa????langgar lampu merah maaaaaa.padahal kita xlanggar pun sebab lampu tu tinggi.mana boleh nak lompat kat tiang lampu tu.huhuh=) nak tak hendak,kena berenti lah kereta kat tepi jalan.kalau tak,mampuih lah xpasal2 kena kejar dek abang-abang polis tu.hehe;-)apa lagi,sesi menghulurkan ic dan lesen bermula.soal jawab sikit,lepas itu terus dikeluarkan surat saman.huiiiiiiiiiiiii!!!! hanya Tuhan saja yang tau betapa berdebar2 nya hati ini untuk pulang ke rumah disebabkan takut kena marah dek mak&ayah.simpan punya simpan rahsia kena saman ni,last2 mak ayah tau jugak melalui sistem pesanan ringkas.taip no plat kereta dan send ke DAPAT:-di apa lagi,terpaksa lah dengar lagu membebel yang dipopularkan oleh kumpulan.Ruffedge tu.hihihi:-) last sekali,mak jugak yang tolong bayarkan saman tu bulan Feb '06 lepas.nasib baik xsempat terima waran tangkap lagi.kalau tak, xpasal2 lah kita boleh glamour masuk tv kes saman xberbayar.hihihuhuhhahah...kenangan&pengalaman pahit yang tak dapat dilupakan.

Bookmark and Share

  


  Member Information For firnisaProfil   Hantar PM kepada firnisa   Quote dan BalasQuote

dziaulhaq
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2004
Ahli No: 12403
Posting: 563
Dari: perut IBU

singapore   avatar


posticon Posting pada: 24-12-07 02:53


:: pernah kena saman 3kali..huhu :roll:


-----------------



Bookmark and Share

  


  Member Information For dziaulhaqProfil   Hantar PM kepada dziaulhaq   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 01-02-09 15:19


Saya pernah kena saman dengan pak guard, polis dan MBSA...Semuanya sebab parking... :-D ...Saya rasa elok saja saya parking motor tu... :berfikir:

Tak pernah kena saman dengan JPJ lagi... :-P


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

  


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

neoryzer
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.12.2008
Ahli No: 36407
Posting: 74
Dari: kelantan

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-02-09 16:04


saya pernah kena saman... itu adalah kali pertama dan terakhir setakat ni.. kena saman disebabkan tidak tampal lesen L di belakang.... nasib2... masa tu tengah belajar buat lesen.. :).. pengalman kena saman huuuu...

Bookmark and Share

  


  Member Information For neoryzerProfil   Hantar PM kepada neoryzer   Pergi ke neoryzer's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-02-09 16:20


saya pernah kena saman masa excident langgar kereta orang.. masuk balai,melayang 200.. pulak tu masa nak cover insurans kena bagi 400 pula alasannya saya masih P lagi.. hmm serik2.. :cry:



Bookmark and Share

  


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-02-09 16:55


Pada 14-04-04 16:01 , mencari_sufi posting:

!!! QUOTE !!!


kejadian ni berlaku tahun lepas..petang tu ana & bestfriend ana excited nak pergi tengok road-show Raihan album Gema Alam salah satu ......


salam. saya ada satu cadangan, kalau awak rasa kasihan sebab dah teraniaya tanpa sengaja orang empunya no plat yang sebenar, awak bayarkan saja saman tu untuk dia. cadangan saja. :) tapi dah setahun ye.... tak tahulah orang tu dah bayar ke belum.



Bookmark and Share

  


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

Linn
WARGA SETIA
Menyertai: 14.04.2004
Ahli No: 8388
Posting: 447
Dari: Serdang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-02-09 16:59


2 kali kena dengan polis, sebab speedtrap.. RM150 setiap 1..

sekali dengan majlis bandaran melaka.. parking xbyr.. ingatkan hari cuti tak payah bayar parking.. kena bayar RM30.00 kalau tak silap..

sekali dengan guard upm.. waktu tu semua manager ada meeting ISO.. so we all parking kat bahu jalan.. rasanya dalam 10 buah kereta manager kena saman termasuk lah kereta saya.. huhu.. tapi tak pergi pun bayar lagi.. kes da sebulan..

Bookmark and Share

  


  Member Information For LinnProfil   Hantar PM kepada Linn   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-02-09 17:02


Alhamdulillah... saya belum pernah kena saman dan harap-harap tak akan kena. baru dapat P 3 hari. Bawa pun takut2 lagi...

Bookmark and Share

  


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

skater
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2004
Ahli No: 8611
Posting: 541
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-02-09 22:12


hmm... ana pernah kena saman.. tak pasang lampu motorsikal hadapan pada WAKTU SIANG.. nak buat bagaimana? dah terkena kan?? redha saja lah..hehe

Bookmark and Share

  


  Member Information For skaterProfil   Hantar PM kepada skater   Pergi ke skater's Website   Quote dan BalasQuote

ikrimah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.12.2008
Ahli No: 36514
Posting: 154
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-02-09 22:35


salam
ana pernah juga kena saman...
salah nya tak ikat topi keledar...
kena saman 300..
ajust punya ajust bayola 150...
makin kayala polis kita kan...
kasihan kat rakyat bawahan...
yang miskin lagi kasihan ana tengok..

wallahua'lam

Bookmark and Share

  


  Member Information For ikrimahProfil   Hantar PM kepada ikrimah   Quote dan BalasQuote

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-02-09 23:30


Akak baru saja lepaas kena saman. Tapi akak dah bayor dah guna www.myeg.com.my

Bookmark and Share

  


  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

zidi86
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.11.2005
Ahli No: 20555
Posting: 21
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 01-02-09 23:44


salam...
ni nak cerita satu kisah kat kawan-kawan...polis skun memang pandai!tome orag dapat gaji...time tu lah sibuk dok buat rokblok...berkeliaran mencari mangsa...sibuk nak menyaman org!aku memang tak puas hati dengan polis2 ni...makan rasuah banyak.betul apa yang aku cakap ni??xcaye dah...satu hari tu aku baru saja balik keluar dengan member aku ni...sampai kat trafik light, time tu lampu memang hijau...agaknya masa aku tengah gerak tu lmpu dah merah...time aku gerak memang lampu hijau lagi!pula tu lepas saja trafik light sampai lah mamt polis dua ekor ni...pula aku ni jenis penakut juga...aku cakap lah aku abang anggota...adik aku polis...bapak saudara pun polis juga...mula-mula tak nak saman..datang kawan dia yang sowang lagi...cakap abang polis ke..bapak saudara polis ke...apa aku kira!time tu mereka teragak2 nak sman...ingat aku nak hulur duitla...sory gua bukan perasuah ok!geram aku..mereka dok sman orang tak pakai tali pinggang keledar...mereka pakai tak??fikir2lah sendiri...

Bookmark and Share

  


  Member Information For zidi86Profil   Hantar PM kepada zidi86   Pergi ke zidi86's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-02-09 00:16


salam...tak pernah kena saman tapi tengok org kena saman dan mereka terima rasuah biasa sangat da..nasib lah masa tu masih budak-budak lagi..kalau sekarang ni masih nampak, da lama da lapor saja...

P/s : kena saman masa mlm merdeka sebab tak bawa kad matrik sambut merdeka dalam kampus...haha

Bookmark and Share

  


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 02-02-09 09:11


AssaLamu'aLaikum .. :-)

Pernah kena saman last year d Langkawi sebab tak pamerkan lesen P. (Masa tu Wawa pakai keyta sewa d Langkawi..kalau keyta Gen2 Wawa tu, sampai sekarang ni pun Wawa memang tampal 'P'..) Bergaduh lah dengan Polis ... Siap ambil nama Polis tu untuk buat report pula sebab not showing proper respect pada Wawa even Wawa salah waktu. Geram..!!

Hampir sahaja kena tarik lesen Wawa tu tapi ALHAMDULILLAH bila refer higher authority .. Wawa dapat kurang saman Wawa tu .. Sakit sangat hati bila fikir percutian d Langkawi dicalari dengan insiden hampeh ni .. ErrRRhHh!! Sabar saja lah ..

Apa2pun, kalau u all kena saman.., u all sebenarnya tak perlu gaduh macam Wawa.. Wawa memang hot temper.., padahal ..benda simple macam tu boleh settle kat situ.. AdUSSsSS..!!

Bookmark and Share

  


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

mulukhiyyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.08.2008
Ahli No: 34681
Posting: 82

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 02-02-09 10:11


kalau kena saman bayar cepat,buat surat rayuan,bagi alasan yang munasabah,insyaallah akan dapat kurang,kurang2 setengah dr harga saman yang anda kena,ok what?dalam hidup saya baru sekali kena saman...apa yang penting...kerjasama...wonderpets.

Bookmark and Share

  


  Member Information For mulukhiyyahProfil   Hantar PM kepada mulukhiyyah   Quote dan BalasQuote

arepis
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.02.2008
Ahli No: 32698
Posting: 95
Dari: Kajang dan Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-02-09 10:48


setakat ni 3 kali kena sama....semuanya speedtrap....tapi semuanya masih belum bayar.....

Bookmark and Share

  


  Member Information For arepisProfil   Hantar PM kepada arepis   Quote dan BalasQuote

Mulya
WARGA SETIA
Menyertai: 10.09.2007
Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN

indonesia  


posticon Posting pada: 02-02-09 12:44


dulu kat indonesia saya pernah kena..
tak pakai topi keledar, xbawak surat izin mengemudi, xbawak surat tanda milik kendaraan..
kena bayar Rp 150.000...

Bookmark and Share

  


  Member Information For MulyaProfil   Hantar PM kepada Mulya   Pergi ke Mulya's Website   Quote dan BalasQuote

syira_qistina
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2003
Ahli No: 4102
Posting: 777
Dari: tempat yang paling jem

Selangor  


posticon Posting pada: 02-02-09 12:56


Salam Alaik

hoho...sudah tentu pernah kena. 1st....kena saman di KLIA. ini member ana punya pasal. so mereka yang settlekan. 2nd, langgar traffic light merah. Ini memang kurang bernasib baik dan memang nasib badan terkena. Haha.. :sopan:

p/s: semua org cakap ana bawa kereta kira boleh tahan juga. sampai ada yang risau nak naik kereta dengan ana. errr...apa definisi "boleh tahan"? :-P Kalau naik dengan ayah ana, ana jadi budak baik...bawa steady saja. hehe.. :-D



Bookmark and Share

  


  Member Information For syira_qistinaProfil   Hantar PM kepada syira_qistina   Quote dan BalasQuote

akuhambaALLAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.11.2008
Ahli No: 35981
Posting: 163
Dari: land below the wind

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-02-09 13:08


hari tu anak hamba nak makan roti....tapi kedai roti tu susah nak cari parking....so aku sisip-sisiplah dekat corner jalan.....tunggu punya tunggu wife hamba pergi beli, tiba-tiba ada kereta langgar dari belakang.....hancur kereta hamba tau....begitu luas jalan kat situ, Kenapa lah dia boleh terlanggar kereta hamba yang cantik saja tempat parkingnya tu??? bawa ke balai, kena kompaun lagi, bayar RM300 sebab tempat hamba letak kereta bukan tempat parkinglah....huhuhu.....tapi nasib baik hamba dan anak-anak selamat dan yang langgar kami pun selamat juga.....

Bookmark and Share

  


  Member Information For akuhambaALLAHProfil   Hantar PM kepada akuhambaALLAH   Quote dan BalasQuote

budakbesar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.05.2005
Ahli No: 16407
Posting: 98
Dari: labuan

Sabah  


posticon Posting pada: 02-02-09 13:41


pernah!!!

ironi, sebab itu kali pertama tak pakai seat belt, tau2 memang tak ada rezeki nak langgar peraturan, kantoi pulak dek abang polis.

abang polis tu berbudi bahasa saja, tak ada pulak mengoffer untuk dirasuah =D

memang salah kita, kita terima saja lah saman tu.

tapi syukur tak payah bayar, sebab buat rayuan heheh.

Terima kasih PDRM

p/s- takkan tak pakai seat belt lagi. huuhu

Bookmark and Share

  


  Member Information For budakbesarProfil   Hantar PM kepada budakbesar   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-02-09 14:46


ana kena speed trap motor pula tu, kena saman 80 ringgit kilometer 70 kelajuan 95... saman pasal lampu motor tak hidup pun pernah kena saman 35 ringgit kalau tak silap .


saman speed trap kereta 3 kali kereta abah pula itu 3 surat sampai jumlah kena 300 ringgit diskaun 150 kena kat pasir panjang,kuala selangor dengan sungai janggut ,,,alhamdulillah sekarang tak kena sebab sekarang lebih berhati-hati dan menjadi pemandu berhemah hehehehe


-----------------



Bookmark and Share

  


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-02-09 16:28


oh.... saya tak pernah kena saman trafik sepanjang saya berpengalaman memandu dari tahun 2005-2008.. huhuhuuh.

tapi pernah kena saman parking tak bayar RM0.60 sejam kat tempat parking MBPJ. kena saman RM30. terus pergi bayar.

saya park sekejap saja. tak sampai 10 minit dah kena saman. bengang saya.

kalau rajin, jawab lah survey online ni.

How Dangerous of a Driver Are You?

Saya dapat markah B. Ngeh3x :D


-----------------



Bookmark and Share

  


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

Linn
WARGA SETIA
Menyertai: 14.04.2004
Ahli No: 8388
Posting: 447
Dari: Serdang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-02-09 17:55


Pada 02-02-09 16:28 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!


kalau rajin, jawab lah survey online ni.

How Dangerous of a Driver Are You?

Saya dapat markah B. Ngeh3x :D




aiyarkkkkk.. dapat C daa... teruknya saya..
kena ubah skill ni..


-----------------
gunakan kesempatan untuk kebaikan


Bookmark and Share

  


  Member Information For LinnProfil   Hantar PM kepada Linn   Quote dan BalasQuote

RijaludDeen
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.10.2006
Ahli No: 27105
Posting: 304
Dari: Perak..

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-02-09 18:30


Assalamualaikum..

Pernah kena saman parking kat airport..kejap saja pun..tengok-tengok ada surat cinta kat wiper kereta..huhu..


-----------------
"Put Our Trust In ALLAH"




Bookmark and Share

  


  Member Information For RijaludDeenProfil   Hantar PM kepada RijaludDeen   Pergi ke RijaludDeen's Website   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 05-12-09 06:49


erm..pernah 2 kali kena saman..speeding on highway
semoga dah tak ada saman lepas ni..
kena saman satu hal, nak membayar saman pun satu hal..
syukur, isteri di sebelah sentiasa mengingatkan..


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

  


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-12-09 13:48


sebut pasal saman . saya dah 3 kali kena saman speed trap .


-----------------
"Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."


Bookmark and Share

  


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

mulukhiyyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.08.2008
Ahli No: 34681
Posting: 82

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 05-12-09 20:53


salam,saya pernah kena saman polis pasal lampu brek ketiga tak berfungsi...alagapasnya aku bagi alasan van baru keluar bengkel, kena jua saman,lalu kubayarla dengan rela hati.. :lol:

Bookmark and Share

  


  Member Information For mulukhiyyahProfil   Hantar PM kepada mulukhiyyah   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-04-10 11:34


saman saya sejumlah RM200 masih tak berbayo lagi...

kena kat jalan kinabalu. langgo lampu merah.

tapi tak aci... sebab saya terpaksa elak kereta belakang yang memang dipandu secara 'gila' dari menghentam kereta saya. akhirnya kereta tu yang memang rapat kemain belakang saya tak kena 'shot' dengan kamera, saya yang kena.

tak mengapa.... RM200 tu sikit saja nilainya dari kena repair kereta... sabar saja lah..


-----------------



Bookmark and Share

  


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.150833 saat. Lajunya....