Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-11-2017  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua orang boleh menjadi guru, tak semua guru boleh menjadi pendidik
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: tj
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43038

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 11
Ahli: 0
Jumlah: 11




  Yang Masuk Ke Sini
tj: 10 hari yang lalu
aye: 12 hari yang lalu
NisaAdDeen: 35 hari yang lalu
RijaludDeen: 35 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: luahan hati seorang isteri..


Carian Forum

Moderator: Admin, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» luahan hati seorang isteri..

Please Mendaftar To Post


Oleh luahan hati seorang isteri..

aliflamra
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 245
Posting: 292
Dari: Putrajaya

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-05-07 23:26


Perkahwinan Hafiz & Non-Hafizah :: Integrasi Ilmu Dan Maklumat

Pekahwinan merupakan tuntutan semulajadi manusia dan menjadi asas bagi melanjutkan sebuah bahtera kehidupan. Jesteru perkahwinan dalam Islam merupakan wasilah untuk membentuk keluarga yang mantap dari aspek jasmani, emosi, intelek, dan rohani. Perkahwinan diantara hafiz dan non-hafizah mencuit naluri saya untuk berkongsi pengalaman bersama para pembaca sekalian

Petamanya saya rafaā€™kan rasa syukur ke hadrat Ilahi selama hampir 12 tahun menjadi suri kepada seorang hafiz saya benar-benar rasa bahagia. Sesungguhnya tiada perkataan yang tepat untuk saya ungkapkan rasa bahagia ini

Saya yakin pemilihan bakal suami atau isteri yang betul sebelum wujudnya sesuatu ikatan perkahwinan itu amat penting dalam menyumbang rasa bahagia ini.Saya sememangnya memandang tinggi seorang yang bergelar hafiz al-Quran pada gelaran dan akhlak .Akhlak yang dimaksudkan di sini ialah membawa ciri-ciri Al Quran dalam amalan dan perbuatan harian. Saya berasa ā€œsecureā€ kerana hidup saya ada pembimbing dan pelindungnya. Sekadar mengambil contoh yang paling mudah dalam aktiviti harian umumnya dan ibadah khususnya saya ada tempat rujukan untuk merungkaikan kemusykilan saya. Dalam bab mengerjakan solat misalnya, saya sering merima teguran membina dan jauh di sudut hati saya rasa bahagia disayangi dan dihargai atas teguran tersebut. Suasana rumahtangga juga menjadi lebih tenang kerana sentiasa dihibur dan dihiasi dengan al-Quran sebagai santapan hati dan jiwa. Manakala solat berjamaah pula menjadi satu kemestian. Alangkah malangnya saya andainya dalam persoalan yang saya ketengahkan di atas diri saya dibiarkan menerajui diri saya sendiri. Apakah yang bakal terjadi kepada saya dan zuriat saya kelak? Di sini gandingan hafiz dan non-hafizah memberi makna yang amat besar dalam rumahtangga saya.

Saya redha jika dikatakan menumpang keberkatan soerang suami yang hafiz kerana itu memang matlamat perkahwinan kami. Sehubungan dengan itu, saya tidak pernah mempersoalkan ketaatan saya kepada suami kerana saya tahu makam seorang hafiz di sisi Allah terlalu tinggi sekiranya mereka benar-benar membenarkan dan beramal dengan al-Quran yang mereka hafal, sedangkan saya hanya manusia yang jahil dan sering melakukan kesilapan. Di pihak suami yang hafiz beristerikan seorang non-hafizah, saya rasa memang ada sedikit perbezaan. Namun, saya yakin dengan kesabaran dan adanya sikap ā€˜give and takeā€™ di kedua belah pihak segala masalah boleh ditangani dan kehidupan akan lebih ceria

Akhirnya, apa yang saya kongsikan di sini hanya lah pandangan diri saya sendiri dan hakiki. saya serahkan segala-galanya kepada Allah yang maha Adil

p/s artikel yang saya dapat ini hanyalah pandangan peribadi penulis berdasarkan pengalaman selama hampir 12 tahun menjadi suri kepada seorang hafiz quran. Artikel ini tidak langsung bermaksud memuja dan memuji golongan huffaz tetapi hanyalah sekadar luahan hati seorang isteri . Sesunguhnya saya juga adalah manusia biasa yang tidak dapat lari daripada kelemahan dan kesilapan

apa pandangan anda sekiranya seorang Dr. muslimah berkahwin dengan seorang hafiz quran?


-----------------
Get graphics at Nackvision.com



Bookmark and Share

  


  Member Information For aliflamraProfil   Hantar PM kepada aliflamra   Quote dan BalasQuote

mujahidah_muslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah

pakistan   avatar


posticon Posting pada: 15-05-07 08:13


alhamdulillah kalau dapat yang hafiz. tapi kalau dua-dua tak hafiz pun tapi memegang al quran di dalam hati mereka pun tak ada masalah. yang penting tahu hakikat perkahwinan dan hakikat kehidupan.

waallahua'lam


-----------------
I'm glad to be me..
Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam
[email protected]


Bookmark and Share

  


  Member Information For mujahidah_muslimahProfil   Hantar PM kepada mujahidah_muslimah   Quote dan BalasQuote

ika2410
WARGA SETIA
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-05-07 10:27


assalamualaikum..

syukur jika dapat seorang hafiz..itulah yang ana idamkan..insyaAllah jika ada jodoh bertemulah ana dengannya..bagi ana siapa jua jodoh kita yang Allah tentukan maka terimalah ia seadanya..mungkin itu yang lebih baik buat kita..apa-apa pun banyaklah berdoa padaNya moga dikurniakan suami yang soleh yang dapat membimbing kita di samping membentuk keluarga yang sakinah, mahabbah, warahmah..

Bookmark and Share

  


  Member Information For ika2410Profil   Hantar PM kepada ika2410   Pergi ke ika2410's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2912
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-05-07 10:36


hmmm... :-)
Dr Muslimat dengan Hafiz ye ????
entah lah.... no komen....
Ana ada kawan seorang Dr bakal speciles brutal.... hehe, kalau ikut pkiraan ana memang tak ssuailah kalau dia pilih seorang hafiz.... maklum saja lah...

Bookmark and Share

  


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 15-05-07 10:59


Alhamdulillah...

Bookmark and Share

  


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

nafas
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29298
Posting: 355
Dari: kl

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 15-05-07 11:15


kalau sebaliknya pula macam mana?
apa pendapat antunna semua...

Bookmark and Share

  


  Member Information For nafasProfil   Hantar PM kepada nafas   Quote dan BalasQuote

destinasi_abadi
WARGA SETIA
Menyertai: 31.12.2004
Ahli No: 13423
Posting: 496
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 15-05-07 11:41


Pada 15-05-07 10:27 , ika2410 posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum..

syukur jika dapat seorang hafiz..itulah yang ana idamkan..insyaAllah jika ada jodoh bertemulah ana dengannya..bagi ana siapa jua jodoh kita yang Allah tentukan maka terimalah ia seadanya..mungkin itu yang lebih baik buat kita..apa-apa pun banyaklah berdoa padaNya moga dikurniakan suami yang soleh yang dapat membimbing kita di samping membentuk keluarga yang sakinah, mahabbah, warahmah..


sama lah kita...
tapi kalau dapat yang bukan hafiz pun tak mengapa asalkan kuat pegangan agamanya dan mampu membimbing...insyaAllah...



Bookmark and Share

  


  Member Information For destinasi_abadiProfil   Hantar PM kepada destinasi_abadi   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 16-05-07 20:57


Terharunya...Ramai rupanya yang nak kahwin dengan Hafiz...Saya pun Hafiz juga :-D

Tapi bukan Hafiz Al-Quran...Hafiz dekat MyKad saja... :-P

p/s:jangan marah memain saja... :lol:


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

  


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 17-05-07 09:23


Doktor muslimah kawin dengan hafiz ... dari segi hukum dan adat tak ada masalah ... cuma bila dah layari alam rumahtangga mungkin akan ada sedikit ujian ... tu semuanya bergantung pada individu yakni pasangan doktor dan hafiz tersebut.. macam mana dia menerima pasangan masing-2 ...

Bookmark and Share

  


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2912
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-05-07 09:58


"Surat Hawa Untuk Adam"

Ohh Adam...

Adam..... Maafkan aku jika coretan ini memanaskan
hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau
pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi
tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa
inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari
landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih
ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah
sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika
bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah
dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu
maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang
mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak
lebih dari empat pada satu waktu.

Adam... Bukan kerana ramainya isterimu yang
membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu
yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan
gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi
sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi
isterimu. Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi
perkara.

Adam... Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang
menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum
wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau
diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan
mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan
Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi
pada kaumku kini. Aku dan kaumku telah ramai
menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan
yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku
tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar,
di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku
keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari
hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam... Mengapa kau biarkan aku begini. Aku jadi ibu,
aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan
guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang
sama. Aku ke muka menguruskan hal negara. Aku ke hutan
memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara
kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja
aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi
menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau
sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang
kasih sucimu terhadapku?

Adam... Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa
terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa?
Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak
jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh,
guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu
berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak
mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang
dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah
didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi
Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam
melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap
mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh
terhadap kaum Hawa?

Adam... Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah
ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau
lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala
aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu
nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku,
kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku
tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan
kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar
menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku
agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam... Andainya kau masih lalai dan alpa dengan
karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para
sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita
tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku
yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah
engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang
engkau agungkan itu...

Bookmark and Share

  


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aliflamra
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 245
Posting: 292
Dari: Putrajaya

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 21-05-07 19:35


saya tidak menilai kejayaan hanya pada akhirnya mendapat segulung ijazah.

saya mencari nilai kemanusiaanā€¦

Bookmark and Share

  


  Member Information For aliflamraProfil   Hantar PM kepada aliflamra   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-05-07 21:16


alhamdulillah....

kena gandakan usaha lah lepas ni

Bookmark and Share

  


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-06-07 16:09


Pada 15-05-07 10:27 , ika2410 posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum..

syukur jika dapat seorang hafiz..itulah yang ana idamkan..insyaAllah jika ada jodoh bertemulah ana dengannya..bagi ana siapa jua jodoh kita yang Allah tentukan maka terimalah ia seadanya..mungkin itu yang lebih baik buat kita..apa-apa pun banyaklah berdoa padaNya moga dikurniakan suami yang soleh yang dapat membimbing kita di samping membentuk keluarga yang sakinah, mahabbah, warahmah..


setuju...
semoga Allah makbulkan doa kita semua.... :-)


-----------------
hidup ini indah
namun...keindahannya hilang
dek kerakusan kita.....


Bookmark and Share

  


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

aliflamra
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 245
Posting: 292
Dari: Putrajaya

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-06-11 21:39


alhamdulillah mudah-mudahan moga tercapai segala hajat sahabat-sahabat kita ni..


-----------------
Get graphics at Nackvision.com



Bookmark and Share

  


  Member Information For aliflamraProfil   Hantar PM kepada aliflamra   Quote dan BalasQuote

Rus_Si_Merah_Jambu
Warga Rasmi
Menyertai: 15.06.2011
Ahli No: 41433
Posting: 3
Dari: Klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-06-11 10:02


Pada 19-06-11 21:39 , aliflamra posting:

!!! QUOTE !!!

alhamdulillah mudah-mudahan moga tercapai segala hajat sahabat-sahabat kita ni..



Assalamualaikum
dan Alhamdulillah kerana telah dapat apa yang di idamkan.
Bersyukur kepadaNYA kera anugerah tersebut.

Kepada yang tidak mendapat apa yang diidamkam...anggaplah qada dan qadar itu anugerah yang paling istimewa dari Allah SWT dan kita masih lagi amat beruntung kerana Allah masih menganugerahkan nafas untuk kita teruskan perjalanan hidup. Tak kiralah perjalanan yang penuh ranjau atau perjalanan yang sempurnya.

Walau apa yang kita lalui atau kita dapat, berserahlah kepadaNYA dan Maha Suci Allah mengetahui akan apa yang berlaku dan bakal berlaku di depan kita.

Bookmark and Share

  


  Member Information For Rus_Si_Merah_JambuProfil   Hantar PM kepada Rus_Si_Merah_Jambu   Pergi ke Rus_Si_Merah_Jambu's Website   Quote dan BalasQuote

mizz_mie
Warga Rasmi
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14394
Posting: 3

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-06-11 12:09


salam. bila tengok luahan hati seorang isteri ni saya macam berminat nak minta pemdapat. tapi mungkin lari topik sikit lah. saya ni bercita2 nak jadi suri rumah sepenuh masa. tapi saya terikat dengan hutang belajar & ada sikit hutang lain. bagi saya bekerja + jadi isteri + jadi ibu + suami pulak cari rezeki melalui kerja sendiri selalunya siang malam memang sibuk menyebabkan saya tak dapat tumpu hal-hal rumahtangga terutama berkaitan anak dengan baik. tapi jika saya berhenti, saya dah hancurkan harapan ibu saya yang harap saya bekerja di sektor kerajaan setelah saya diberi pendidikan oleh keluarga.. dilemanya... boleh minta pendapat daripada ahli yang berpengalaman mungkin?

Bookmark and Share

  


  Member Information For mizz_mieProfil   Hantar PM kepada mizz_mie   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 24-06-11 17:36


Pada 24-06-11 12:09 , mizz_mie posting:

!!! QUOTE !!!

salam. bila tengok luahan hati seorang isteri ni saya macam berminat nak minta pemdapat. tapi mungkin lari topik sikit lah. saya ni bercita2 nak jadi suri rumah sepenuh masa. tapi saya terikat dengan hutang belajar & ada sikit hutang lain. bagi saya bekerja + jadi isteri + jadi ibu + suami pulak cari rezeki melalui kerja sendiri selalunya siang malam memang sibuk menyebabkan saya tak dapat tumpu hal-hal rumahtangga terutama berkaitan anak dengan baik. tapi jika saya berhenti, saya dah hancurkan harapan ibu saya yang harap saya bekerja di sektor kerajaan setelah saya diberi pendidikan oleh keluarga.. dilemanya... boleh minta pendapat daripada ahli yang berpengalaman mungkin?



apapun redha suami adalah lebih utama..namun d pihak suami perlu ada rasa prihatin dan timbang rasa kepada isteri...


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

  


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 05-07-11 13:48


Kepada mizz_mie,

Memang dilemma apabila kita terpaksa bekerja dalam masa yang sama ada tanggungjawab untuk mentarbiah anak-anak yang perlu dilaksanakan.

Pandangan ana.... Betulkan niat Kenapa kita bekerja.... Bekerja untuk perempuan bukan satu kewajipan, tetapi membayar hutang adalah kewajipan. Kalau dah tak ada kaedah lain untuk bayar hutang tu.... kenalah bekerja. Namun demikian, niat yang paling suci bagi seorang isteri yang bekerja adalah untuk membantu suami. itupun jika suami seorang yang susah dan belanja rumah tak cukup. Tetapi jika suami dah kaya.... lebih baik berhenti kerja.

ana katakan demikian kerana, setiap sen yang isteri dapat dan dibelanjakan kepada suami dan anak-anaknya adalah merupakan sedekah yang paling besar dari seorang isteri. Ganjarannya pasti besar dari Allah.

Tugas tarbiah nank2 adalah tugas bersama... gunakan kebijaksanaan untuk mengatur jadual yang bersesuaian.

Bookmark and Share

  


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-08-11 22:20


nilai terbaik ni adalah pelbagai tapi pasti semuanya nak yang baik-baik belaka..bersyukur dengan pilihan yang ada.. biasakan diri redha dan bersyukur ..


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

  


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

udes
Warga Rasmi
Menyertai: 29.10.2011
Ahli No: 41792
Posting: 6
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-11-11 19:34


terbaik..!! Pokok yang ditanam elok akan menghasilkan buah-buahan yang elok... jadilah soleh untuk mendapat solehah dan melahirkan zuriat yang solehin dan solehat..


-----------------
Kejar Matlamat Dengan Kekuatan
Cari Rahmat Dengan Ketaqwaan


Bookmark and Share

  


  Member Information For udesProfil   Hantar PM kepada udes   Pergi ke udes's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.111832 saat. Lajunya....