Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang takut ditakluki pasti akan kalah
-- Napoleon Bonarpate

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 193
Ahli: 0
Jumlah: 193




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 20 jam, 39 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Penafian penglibatan Najib dipersoal bapa Altantuya


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Penafian penglibatan Najib dipersoal bapa Altantuya

Please Mendaftar To Post


Oleh Penafian penglibatan Najib dipersoal bapa Altantuya

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 12-05-07 14:09


!!! QUOTE !!!

Penafian penglibatan Najib dipersoal bapa Altantuya
Muhammad Nor Abd Samad
Fri | May 11, 07 | 03:08:23 PM

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Hrkh) - Bapa kepada bekas model Monggolia yang dibunuh, Altantuya Shaariibuu mempersoalkan bagaimanakah polis Malaysia boleh menyimpulkan bahawa cucunya yang berusia empat tahun itu berbapakan seseorang yang berbangsa Monggolia sedangkan pihak polis tidak pernah membuat ujian DNA ke atasnya.

"Bagaimanakah pihak polis boleh mendapat keputusan ini sedangkan tidak ada sebarang contoh DNA diambil daripada cucu saya. Pakar forensik dari Malaysia pernah datang ke rumah saya pada 14 Mac 2007 dan melihat cucu saya tetapi tidak mengambil contoh darahnya. Sebaliknya mereka mengambil contoh darah isteri saya," kata Shaariibuu S dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media pada 2 Mei lalu.

Beliau juga turut mempersoalkan penafian yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pembunuhan Altantuya sedangkan bahan letupan C4 yang digunakan dalam pembunuhan itu hanya boleh didapati dari Kementerian Pertahanan.

"Saya ingin mengingatkan Najib dan juga Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa jenayah tersebut telah dilakukan oleh pegawai keselamatan anda (yang kini dalam tahanan polis menunggu tarikh perbicaraan).

"Dalam afidavitnya Abdul Razak Baginda juga menyatakan bahawa pegawai keselamatan anda ini pernah membunuh kira-kira 5 hingga 6 orang sebelum ini dan dalam kes pembunuhan anak perempuan saya Altantuya, penasihat politik anda Abdul Razak Baginda bersekongkol melakukan jenayah,"
katanya.

Menurut afidavit Abdul Razak Baginda juga katanya, rakan Najib, Musa Safri memainkan peranan yang penting dalam pembunuhan tersebut tetapi beliau tidak dituduh terbabit hatta disoal tentang penglibatannya dalam pembunuhan itu.

Shariibuu menyeru kepada kerajaan Malaysia supaya menangani kes yang akan mula dibicarakan pada bulan Jun ini nanti dengan penuh tanggungjawab memandangkan ia akan mendapat perhatian dunia. - mks

artikel asal


ceh....sudahlah polis kat malaysia tak boleh harap...BPR melindungi orang-orang besar, hanya tangkap ikan2 bilis....jerung2 dan paus2 masih hidup dengan gembira di luar sana....SPR jadi boneka kerajaan....kini....pihak forensik malaysia pulak tak reti buat kerja atau saja-saja buat tak reti.

karpal singh selaku peguam pemerhati family altantuya patut import grissom (CSI Las Vegas) untuk leading the investigation team siasat kes ini....nak harapkan pihak forensik malaysia yang takutkan org atas, yang maybe dah terima suapan, yang tak berani nak lawan arus, yang tak berani berkata benar....sampai bila2 pun keadilan tidak akan tertegak kat malaysia ini

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

ainsyam_shafie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.11.2004
Ahli No: 12633
Posting: 52
Dari: johor bharu

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-05-07 14:29


saya harap kerajaan monggolia tidak buat sesuatu kepada negara kita nanti. ini dah melibatkan kepentingan dua buah negara!!

mungkin ada orang bilang..kematian altatunya mana boleh dikaitkan dengan kepentingan negara monggolia sebab ia perkara lain. tapi..bagi monggolia...ini soal maruah anak bangsa mereka!!
tak macam kita...kalau anak kita mati dibunuh oleh wakil rakyat kat amerika contohnyer..jangan harap..kerajaan kita nak bising! dibuatnya tak tahu apa-apa adalah!
jangan samakan budaya orang monggolia dengan budaya orang melayu kita!!

kalau berlaku apa-apa nanti...datuk najiblah yang aku akan persalahkan!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainsyam_shafieProfil   Hantar PM kepada ainsyam_shafie   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.130438 saat. Lajunya....