Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
-- ali-Imran: 139

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 240
Ahli: 0
Jumlah: 240




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: Burung hud-hud menjadi perisik Nabi Sulaiman


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Burung hud-hud menjadi perisik Nabi Sulaiman

Please Mendaftar To Post


Oleh Burung hud-hud menjadi perisik Nabi Sulaiman

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-05-07 13:15


MAKA tidak lama kemudian (datanglah hud-hud), lalu ia berkata: “Aku telah mengetahui sesuatu yang kamu belum mengetahui dan kubawa kepadamu dari negeri sabar’ suatu berita penting yang diyakini. (an-Naml: 22)

PADA suatu hari, Nabi Sulaiman meneliti dan memeriksa bala tenteranya. Baginda mendapati burung hud-hud tidak ada di situ. Sepatutnya mereka berkumpul untuk melakukan tugas dan perintah Nabi Sulaiman.

“Aku tidak nampak burung hud-hud. Ke mana burung hud-hud pergi?” tanya Nabi Sulaiman kepada bala tenteranya.

Bala tentera yang lain diam. Mereka juga tidak tahu ke mana burung hud-hud pergi. Ternyata burung hud-hud tidak ada di situ.

“Aku akan menyembelih atau menyeksanya melainkan ia balik dengan membawa alasan yang nyata,” kata Nabi Sulaiman.

Tiba-tiba muncullah hud-hud. “Ke mana kamu pergi?” tanya Nabi Sulaiman dengan nada yang agak marah.

“Sebenarnya. Aku telah melakukan penerbangan secara senyap. Aku ingin melaporkan sesuatu yang penting. Tuanku perlu tahu akan hal ini,” kata hud-hud kepada Nabi Sulaiman.

“Apa yang engkau ingin terangkan kepada aku. Sekiranya engkau gagal memberitahu apa yang telah engkau lakukan, maka engkau akan dihukum atau disembelih,” kata Nabi Sulaiman.

“Sebenarnya aku berada di negeri sabar’. Ia terletak di negara Yaman. Kerajaan itu diperintah oleh Ratu Balqis. Kerajaannya mempunyai harta yang banyak. Aku melihat ratu itu duduk di atas takhta yang berkilauan dengan permata.”

Nabi Sulaiman terdiam mendengar penjelasan daripada burung hud-hud. Manakala bala tentera yang lain terpegun mendengar akan berita itu.

“Ratu Balqis bersama pengikutnya telah menyekutukan Allah. Mereka menyembah matahari. Mereka sujud kepadanya ketika matahari terbit dan terbenam. Syaitan telah memesongkan mereka dari jalan yang benar,” terang burung hud-hud itu lagi.

Perkhabaran itu sangat menghairankan Nabi Sulaiman. Baginda ingin menguji hud-hud sama ada berita yang disampaikan oleh hud-hud itu benar atau dusta. Nabi Sulaiman ingin meneliti laporan itu terlebih dahulu.

Setelah memeriksa dan meneliti, Nabi Sulaiman memberikan sepucuk surat kepada burung hud-hud. Surat itu perlu disampaikan kepada Ratu Balqis.

“Bawalah suratku ini ke sabar’ dan lemparkanlah ke dalam istana Ratu Balqis. Kemudian pulang dengan cepat kerana aku ingin tahu berita selanjutnya,” kata Nabi Sulaiman.

Maka burung hud-hud pun terbang menuju ke sabar’. Apabila sampai di istana Ratu Balqis, burung hud-hud melemparkan surat itu seperti yang diarahkan Nabi Sulaiman. Surat itu dilemparkan di hadapan Ratu Balqis yang sedang duduk megah di atas takhtanya. Ratu Balqis pun tidak mengetahui akan pengutus surat itu. Baginda tidak melihat sesiapa pun di dalam istana. Ditanyakan juga kepada pengawal istana jika mereka ada melihat seseorang memasuki istana. Dengan berhati-hati baginda mengambil surat itu. Ratu Balqis membuka dan membaca isi kandungan surat itu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

hyekal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.01.2006
Ahli No: 21857
Posting: 235
Dari: bndar diRaja

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-05-07 16:11


tak habis lagi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hyekalProfil   Hantar PM kepada hyekal   Quote dan BalasQuote

sahabat2hidayah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.07.2005
Ahli No: 17043
Posting: 40
Dari: Dunia sementara

cambodia  


posticon Posting pada: 05-05-07 16:45


Assalamualaikum wrbt..

Betul tu, cerita xhbs lagi..
jadi kena sabar menunggu ni....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat2hidayahProfil   Hantar PM kepada sahabat2hidayah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.09062 saat. Lajunya....