Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kamu ingin tinggi, jangan hanya merenung gunung, panjatlah. Jika kamu ingin bijaksana, jangan merenung kitab, amalkanlah.
-- Meow (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 229
Ahli: 0
Jumlah: 229




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 7 jam, 14 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Pesan buat adik perempuan Along


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Pesan buat adik perempuan Along

Please Mendaftar To Post


Oleh Pesan buat adik perempuan Along

themartyr
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.12.2004
Ahli No: 13027
Posting: 179
Dari: Dataran Syam

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-05-07 05:13


Mari sayang, Along ingin bercerita
Mari dekat, pesan Along jangan dilupa
Pegang kemas-kemas, bekalmu di hari muka
Supaya nanti, hidupmu kekal bahagia

Lelaki ini lemahnya wanita
Air matamu asid meluluh jiwa
Senyummu ecstasy memberi tenaga
Cantikmu brandy buat dia lupa segala-galanya

Wahai sayang, dengarlah
Dirimu amanah buat suamimu
Taatilah dia agar dia senang memegangmu
Kasihilah dia agar dia gembira merangkulmu
Dan hormatilah dia agar dia bangga memperisterikanmu

Jasadmu lemah, dialah yang melindungimu
Jiwamu lemah, dialah yang memapahmu
Bengkok dirimu dialah yang memperbetulkan
Kerana itulah amanah yang disanggupinya dari tuhan

Sayang, peganglah lidahmu sekuat-kuatnya
Kerana lidah itu manifestasi jiwa
Jiwa yang lembut, halus tutur-bicaranya
Sedap didengar, mengusik jiwa raga
Laksana angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa

Pesan suamimu jadi pedoman sentiasa
Nasihatnya dipakai bukan dibuang rata
Permintaannya jangan dihampakan, sayang
Kerana itulah isi hatinya yang berbicara

Sekali suamimu kaukecewakan, sayang
Bergegarlah Arasy
Berhentilah rahmat, terangkatlah berkat
Hati suamimu amanah ke atasmu
Amanah agung yang kauterima dari-Nya
Suci ikatannya, mulia tanggungjawabnya
Tak rugi kau berkorban sebentar
Percayalah janji Allah, percayalah sebenar-benarnya
Di sana dia menunggu kehadiranmu
Dengan wajah yang bercahaya

Buanglah orang lain di hatimu
Jangan hiraukan orang lain di matamu
Hanya suamimu yang kaudambakan
Biarlah orang lain mencela
Tapi dia tetap suamimu yang kaucinta
Tabahlah menghadapinya
Kerana kemanisan takkan datang
Sebelum kaukenal apa itu kepahitan

Itulah sayang, pesan Along buatmu
Sebentar lagi dirimu akan mekar
Kelopak bunga itu akan menjadi gadis
Yang dicari untuk disunting
Diletakkan dalam jambangan
Menghiasi segenap ufuk alam

Jambangan paling indah, sayang
Ialah jambangan orang bertaqwa
Hanya bunga yang cantik
Punya tempat di dalamnya
Hiasilah dirimu dengan kecantikan asli
Yang tiada tolok-bandingnya
Itulah imanmu, dan buahnya
Kautahu apa dia, sayang?
Akhlakmu, yang mulia

Seindah-indah perhiasan di dunia ini, sayang
Ialah wanita yang solehah


-----------------
Kenapa kita selalu lupa pada-Nya?
Kenapa kita selalu lemah mempertahankan-Nya?
Kenapa kita tidak mampu menjadi hamba yang taat pada-Nya?
[ Telah diedit oleh: themartyr pada 05-05-07 18:36 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For themartyrProfil   Hantar PM kepada themartyr   Pergi ke themartyr's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 05-05-07 11:55


Bagusnya nasihat, bagai nasihat dr luahan hati. Along panggil sayang ke pada adik??? apa-apa sajalah yang petang terima kasih sebab sudi kosi nasihat berguna. Boleh simpan buat panduan di hari muka, moga keredhaan & kebahagian dariNya hendaknya :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

themartyr
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.12.2004
Ahli No: 13027
Posting: 179
Dari: Dataran Syam

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-05-07 18:24


A'ah, Along panggil sayang kat dua orang adik perempuan Along, dan adik lelaki Along yang bongsu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For themartyrProfil   Hantar PM kepada themartyr   Pergi ke themartyr's Website   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 05-05-07 18:31


bagusnya along

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 05-05-07 18:35


Bertuahnya adik-adik themartyr... :-) ...Kalau adik-adik saya merajuk bukannya saya pujuk, saya gelakkan adalah...hahahah...tak ada perasaan betul...;-)


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

themartyr
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.12.2004
Ahli No: 13027
Posting: 179
Dari: Dataran Syam

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-05-07 18:42


Ingat tak cerita nabi s.a.w dengan seorang sahabat yang ada 10 orang anak tu?

Nabi s.a.w peluk cium cucu baginda, lepas tu sahabat tu kata, dia tak pernah nak buat macam tu kat anak-anak dia.

Saya lupa apa nabi s.a.w kata, tapi yang saya ingat, itulah tandanya kasih dan sayang.

Sailormoon sayang adik-adik tak? Hehe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For themartyrProfil   Hantar PM kepada themartyr   Pergi ke themartyr's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 05-05-07 18:51


Pada 05-05-07 18:42 , themartyr posting:

!!! QUOTE !!!



Sailormoon sayang adik-adik tak? Hehe...


heheh...mesti lah sayang...Cuma saya tak tunjukkan dekat dia orang saja...Nampak saja selalu marah2 dan gaduh2 tapi dalam hati sayang... :-)


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

themartyr
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.12.2004
Ahli No: 13027
Posting: 179
Dari: Dataran Syam

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-05-07 18:58


Saya dulu dengan adik-adik sangat garang, sampai semua bila dengar nama saya saja takut, dan tak suka.

Alhamdulillah, Allah bagi hidayah bila saya mula hafaz al-Quran.

Dulu, adik perempuan saya yang sangat benci kat saya dah jadi adik yang paling rapat dengan saya.

Dan pesan ini dedikasi untuk dia.

Tiada yang nikmat yang paling indah selain punya ahli keluarga yang menjadi nadi kita.

Suami isteri boleh bercerai, tapi tidak ibu dan anak, juga abang dan adik.

Good luck.

Bookmark and Share

    


  Member Information For themartyrProfil   Hantar PM kepada themartyr   Pergi ke themartyr's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 05-05-07 19:08


Memang bertuah adik-adik themartyr... :-)
Kalau saya, saya sound direct saja... 8-)
Saya tak reti nak guna ayat berbunga-bunga...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

nurilham7
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2005
Ahli No: 20317
Posting: 241
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 05-05-07 20:12


themartyr ni macam abang sayalah....dulu abang saya garang....asyik nak marah2....sejak dia hafaz quran.....dia dah lembut hati....dan dah tak macam dulu.....

btw...abang saya pun anak sulung jugak...huhuhu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurilham7Profil   Hantar PM kepada nurilham7   Quote dan BalasQuote

qaulah_atrah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 79
Posting: 646
Dari: gombak

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 05-05-07 21:13


abang mithali.. :)
syukran jazeelan 'abang long..' :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For qaulah_atrahProfil   Hantar PM kepada qaulah_atrah   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 05-05-07 21:42


Orang yang hafaz Al-Quran boleh bagi syafaat dekat akhirat nanti... :-) :-) :-)

Jeles saya dengan themartyr...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

themartyr
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.12.2004
Ahli No: 13027
Posting: 179
Dari: Dataran Syam

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-05-07 21:47


Iyyaana wa iyyaakum jamee'an...

Bookmark and Share

    


  Member Information For themartyrProfil   Hantar PM kepada themartyr   Pergi ke themartyr's Website   Quote dan BalasQuote

redgirl
WARGA SETIA
Menyertai: 31.01.2007
Ahli No: 28476
Posting: 871
Dari: bumi tuhan

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 05-05-07 22:20


abang saya pun anak sulung jugak...huhuhu..



anak sulung memang penyayang..sama macam abang sulung saya dan kawan-kawan saya yang anak sulung


.

Along panggil sayang ke pada adik???



tak lah ke..abang sulung panggil sayang..abang saya panggil saja sayang..ok lah tu..(^_^)


-----------------
[email protected]
[ Telah diedit oleh: redgirl pada 05-05-07 22:23 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For redgirlProfil   Hantar PM kepada redgirl   Quote dan BalasQuote

sahabat2hidayah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.07.2005
Ahli No: 17043
Posting: 40
Dari: Dunia sementara

cambodia  


posticon Posting pada: 05-05-07 22:22


Assalamualaikum wrbt..

Alhamdulillah..
Beruntung adik2 along ni..Dapat abang yang penyayang..

tak pernah ada abang,,,dan memang takkan ada abang..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat2hidayahProfil   Hantar PM kepada sahabat2hidayah   Quote dan BalasQuote

samirah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-05-07 23:32


seronoknya..nak jadi adik themartyrla..
hehe..gurau saja

begitu menusuk kalbu sekali kasih-sayang themartyr(susahnya nak eja nama)
happy to be alive..happy to be alive..sniff..terharu

Bookmark and Share

    


  Member Information For samirahProfil   Hantar PM kepada samirah   Pergi ke samirah's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 06-05-07 12:20


memang beruntung adik2 along.
tapi betul juga anak sulong penyayang & tahu ambil hati adk2nya sebenarnya...saya rasa ada keistimewaan pada mereka.
anak bukan sulong pun sama juga, semuanya seimbang ada kurang & lebih.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

destinasi_abadi
WARGA SETIA
Menyertai: 31.12.2004
Ahli No: 13423
Posting: 496
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 06-05-07 12:33


salam...
bestnya dapat abang macam tu...
saya ni nak bercakap dengan abang pun payah
apatah lagi abang sulung :(

Bookmark and Share

    


  Member Information For destinasi_abadiProfil   Hantar PM kepada destinasi_abadi   Quote dan BalasQuote

themartyr
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.12.2004
Ahli No: 13027
Posting: 179
Dari: Dataran Syam

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-05-07 06:48


Abang sulung biasanya sempat rasa cabaran mak ayah masa mula-mula berumah tangga dulu. Rotan tu pun kami dulu yang rasa, dan lebih banyak menerimanya dari adik-adik yang lain.

Actually, adik-adik saya start no. 3 (perempuan) ke bawah dah tak kena rotan dah dengan ayah. Jelesnya tengok, hahaha. Tapi, nikmat kena rotan tu hari ni baru terasa.

Selalu cakap dengan kawan-kawan, yang sulung jugak, bila kita dah besar ni, parents dah tua, memang kamilah yang kena ambil tanggungjawab terhadap keluarga, terutamanya adik-adik.

Ada hadis nabi, abang sulung ni tempat dia seakan-akan seorang ayah. Hadis ni bukan sohih, tapi diambil iktibarnya oleh ulama.

Bookmark and Share

    


  Member Information For themartyrProfil   Hantar PM kepada themartyr   Pergi ke themartyr's Website   Quote dan BalasQuote

themartyr
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.12.2004
Ahli No: 13027
Posting: 179
Dari: Dataran Syam

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-05-07 06:51


Ops, lupa... Along biasanya garang dan keras hati, Angah biasanya lembut dan penyayang. Tak percaya? Cuba perhatikan...

Former stubborn child... Now, I'm trying to be more obedient, hahaha.

Bookmark and Share

    


  Member Information For themartyrProfil   Hantar PM kepada themartyr   Pergi ke themartyr's Website   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-05-07 08:52


Pada 08-05-07 06:48 , themartyr posting:

!!! QUOTE !!!

Abang sulung biasanya sempat rasa cabaran mak ayah masa mula-mula berumah tangga dulu. Rotan tu pun kami dulu yang rasa, dan lebih banyak menerimanya dari adik-adik yang lain.

Actually, adik-adik saya start no. 3 (perempuan) ke bawah dah tak kena rotan dah dengan ayah. Jelesnya tengok, hahaha. Tapi, nikmat kena rotan tu hari ni baru terasa.

Selalu cakap dengan kawan-kawan, yang sulung jugak, bila kita dah besar ni, parents dah tua, memang kamilah yang kena ambil tanggungjawab terhadap keluarga, terutamanya adik-adik.

Ada hadis nabi, abang sulung ni tempat dia seakan-akan seorang ayah. Hadis ni bukan sohih, tapi diambil iktibarnya oleh ulama.


samala macam akak saya yang sulung sampai no 3....semua merasa kan rotan dengan ayah saya...dulu ayah saya garang....
start akak no 4 sampai saya...tak pernah merasa rotan....hehehehe
akak kata kami ni bertuah...sebab ayah dah mula berlembut....tak merotan...tegur pun cara berhemah....


-----------------
"Jadilah manusia luar biasa,gah jiwanya,kental imannya,tertib solatnya & al-Quran juadah....."


Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

confidence_eye
Warga Rasmi
Menyertai: 09.05.2007
Ahli No: 29887
Posting: 1

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 09-05-07 23:40


salam deq...

bagus nasihat kamu...

jadi pengajaran untuk akak juga..huhuhu

semoga kamu menjadi anak yang soleh dan abang yang bertanggungjawab...

Bookmark and Share

    


  Member Information For confidence_eyeProfil   Hantar PM kepada confidence_eye   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 10-05-07 00:01


Pada 08-05-07 06:48 , themartyr posting:

!!! QUOTE !!!

Abang sulung biasanya sempat rasa cabaran mak ayah masa mula-mula berumah tangga dulu. Rotan tu pun kami dulu yang rasa, dan lebih banyak menerimanya dari adik-adik yang lain.


Heheh...betul tu...Dulu selalu kena rotan dengan hanger baju dan getah paip :-D


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-05-07 09:38


indahnya.........


-----------------
hidup ini indah
namun...keindahannya hilang
dek kerakusan kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-05-07 09:53


Pada 10-05-07 00:01 , sailormoon posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 08-05-07 06:48 , themartyr posting:

!!! QUOTE !!!

Abang sulung biasanya sempat rasa cabaran mak ayah masa mula-mula berumah tangga dulu. Rotan tu pun kami dulu yang rasa, dan lebih banyak menerimanya dari adik-adik yang lain.


Heheh...betul tu...Dulu selalu kena rotan dengan hanger baju dan getah paip :-D

ala sailormonn saya bukan anak sulung tapi he..he..nakal sikit-sikit masa kecil pernah kena kurung dalam toilet dengan adik sebab main mancis api he..he.. (masa kecil takut tapi bila besar rasa kenangan manis pula... :D)


-----------------
~TeGuRlAh Aku.. AjAklAh Aku.. PimPinLaH aKu.. kE JaLaN yang menDeKaTkan HaTiku pada-NYA..~


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 10-05-07 12:40


dapat ana rasakan semua hati along ni adalah sama..i meant along punya hati yang baik dan penyanyang..bertimbangrasa..tak suka marah2..ops..bukan nak memuji golongan ni tapi itulah realitinyer...kalian sure mengenai along kalian kan...Kalau tak sama banyak pun sekurang-kurangnya ada juga persamaanya..tak kira lah along kalian tu lelaki atau wanita...dia punya rasa tanggungjawab untuk mejaga adik2...sampaikan kadangkala sanggup ebrkorban jiwa raga untuk mereka...mereka juga selalu beralah tapi bukan tanda kalah bahkan kerana rasa toleransi yang tinggi wujud dalam dirinya...kan..?..kenagi lah jasa along-along kalian selamanya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 10-05-07 13:01


aiwah along...
mantap..hehehee :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-05-07 13:23


Aduh hai..tersentuh den...
Tx...abang ana tak pernah pesan begini pun...tapi ana tau dia tetapi sayang ana...


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

themartyr
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.12.2004
Ahli No: 13027
Posting: 179
Dari: Dataran Syam

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-05-07 16:57


Tiada kegembiraan bagi seorang Along kecuali melihat adik-adiknya berjaya dan bahagia, biarpun kita sendiri menderita.

Pernah tengok cerita bersiri Jepun, "Summer Snow"? A tribute to Abalong.

Bookmark and Share

    


  Member Information For themartyrProfil   Hantar PM kepada themartyr   Pergi ke themartyr's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.133736 saat. Lajunya....