Oleh |
Hukum 'Berdating' |
itqaan_muslim
Warga 5 Bintang Menyertai: 02.08.2006 Ahli No: 25573
Posting: 353
Dari: tronoh
|
Posting pada: 02-05-07 13:42
Soalan: Adakah "berdating" itu tergolong dalam dosa-dosa besar? Muslimat, Kajang Jawapan: Berdating bererti menghampiri perzinaan. Dalam Islam seseorang itu dilarang keras dari menghampiri perzinaan. Oleh kerana pezinaan itu mendatangkan dosa besar, maka melakukan perbuatan yang boleh membawa kepada perzinaan termasuklah Dating ini adalah haram dan berdosa. Kaedah feqah menjelaskan "Setiap sesuatu yang membawa kepada perlakuan yang haram, maka hukum melakukan perkara tersebut adalah haram". Jauhilah dari berdating kerana ianya adalah jalan mudah bagi syaitan menjerumuskan anak Adam ke lembah perzinaan. Jauhilah dari berdating kerana orang yang ketiga di masa itu ialah syaitan.
|
nur_takwa88
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.02.2007 Ahli No: 28942
Posting: 91
Dari: bumi anbiya'
|
Posting pada: 02-05-07 14:55
salamun alaik.emh,dalam Al-Quran sendiri tertulis jangan MENGHAMPIRI zina.Kenapa jangan menghampiri?Kenapa tidak JANGAN BERZINA??dan ayat tu merupakn perintah dan setiap perintah Allah wajib ditaati dan perintah Allah jangan menghampiri zina itu bermaksud haram dan berdoa kita melakukn ssatu yang menghampiri kepada zina.salah satu contoh, berdating.seperti jawapan diats akan ada org yang ke3 ketika itu yaitu syaitan yang akan menggoda insan2 yang leka berdating ni yang mungkin pada awalnya masih terjg tetapi tidak mustahil mereka ni akan trtewas juga dengan godaan sayaitan ni dan akhirnay zina opun berlaku.bila dan berzina mulalah menganduung anak luar nikah mepas tu mula tambah lagi dosa dengan melakukn penguguran dan paling kejam sekali BUANG ANAK.astaghfirullah.lihtlah betpa banyaknya kemudaratan dan dosa2 yang tercabang dr hanya satu perbuatan.jadi jauhilah segala apa sahaja perbuatan yang boleh menghampiri kepada zina.wallahua'lam.salam
|
nurlin
Warga 2 Bintang Menyertai: 15.08.2004 Ahli No: 10569
Posting: 51
|
Posting pada: 02-05-07 16:47
bagaimana pulak kalau keluar date dengan di temani seorang mahram..contohnya 2 org perempuan dan seorang lelaki..??
|
adam_muslimin
WARGA SETIA Menyertai: 20.10.2006 Ahli No: 27068
Posting: 714
Dari: tawau@iium
|
Posting pada: 02-05-07 16:59
Pada 02-05-07 16:47 , nurlin posting:!!! QUOTE !!! bagaimana pulak kalau keluar date dengan di temani seorang mahram..contohnya 2 org perempuan dan seorang lelaki..?? toksah lah dating...kahwin saja terus kan sampai bila-bila boleh dating... tapi kalau ibubape boleh diberi pertimbangan lah kut... ----------------- "prevention is better than cure"
|
alwalid
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar
|
Posting pada: 02-05-07 17:10
Pada 02-05-07 16:59 , adam_muslimin posting:!!! QUOTE !!! Pada 02-05-07 16:47 , nurlin posting:!!! QUOTE !!! bagaimana pulak kalau keluar date dengan di temani seorang mahram..contohnya 2 org perempuan dan seorang lelaki..??
toksah lah dating...kahwin saja terus kan sampai bila-bila boleh dating... tapi kalau ibubape boleh diberi pertimbangan lah kut...
setuju
|
masri2
WARGA SETIA Menyertai: 21.02.2005 Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin
|
Posting pada: 02-05-07 17:38
Pada 02-05-07 16:47 , nurlin posting:!!! QUOTE !!! bagaimana pulak kalau keluar date dengan di temani seorang mahram..contohnya 2 org perempuan dan seorang lelaki..?? assalamualaikum wbt keluar bersama bukan mahram bukanlah satu cara hidup islam. jika di bawa mahram bersama pun, apakah hal yang penting sangat-sangat sampai nak keluar dengan lelaki. lainlah nak bincang urusan penting. dan mahram yang dibawa mestilah yang dipercayai, bkannya jenis yang akan buat tak tahu saja kalau kita buat maskiat dengan lelaki2 contohnya main pegang-pegang tangan, borak2 manja, melembut2 suara etc ----------------- http://www.islamqa.com/enhttp://lobaitampin.blogspot.com/
|
aishgurlz
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.02.2007 Ahli No: 28659
Posting: 99
Dari: skudai
|
Posting pada: 02-05-07 18:24
salam..tak membawa apa-apa kebaikan pun berdating ni..buat mendatangkan fitnah saja nanti..so adalah lebih baik tgglkan daripada melakukan benda-benda yang boleh membawa fitnah ni..tak perlu berdating,buang masa saja..wallahualam..
|
mohamad
Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 02-05-07 18:28
na'am. no dating-dating.... no couple-couple... **minta remaja-remaja sekarang jauh dari semua ini. amin.
|
bayti_jannati
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.09.2006 Ahli No: 26228
Posting: 220
Dari: selangor
|
Posting pada: 02-05-07 20:01
couple tak semestinya kena dating....
|
redgirl
WARGA SETIA Menyertai: 31.01.2007 Ahli No: 28476
Posting: 871
Dari: bumi tuhan
|
Posting pada: 02-05-07 20:13
|
muslimah_jun
WARGA SETIA Menyertai: 23.01.2007 Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 06-05-07 13:35
apa faedah dating ni? buang masa, tambah Maksiat mata & paling petang maksiat hati. Pas balik tah2 duduk teringat, lupa apa yang patut & hati bila buat pkara gni tentu xtenteram. Kalau lelaki pula wallahua'lamla, sebab ada baca dalam posting ukhwah bagitahu bgmn segi lelaki mmandang.. Jadi kena pelihara, bukan sahaja kita kasihan dkat muslimin lagi kuat ujian. Ada yang mula-mula berteman, lepas itu teman tah..tak nampak macam ada posting yang rakan kita send. Sanggupkh cipta walau sekali dalam hidup sejarah pernah dating, nauzubillah. Bgmn nak larang anak yang hidup zaman mencabar nanti. Ya Allah peliharalah hmbMu ini....
|
izzul_islam
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut
|
Posting pada: 06-05-07 14:43
Nak dating....tapi lepas kaween..
|
attuffah_humairah
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.04.2006 Ahli No: 24196
Posting: 217
Dari: Johor
|
Posting pada: 06-05-07 14:57
banyakkan puasa.melemahkan nafsu.couple mahupun dating kemanisan sementara...simpanlah segalanya bie dah dapat sijil halal...berkat dan penuh kemanisan..dapat pahala lagi...nafsu ibarat binatang buas.contohnya harimau yang garang tu bila kita kurung dalam sangkar..dia akan patuh kepada tuannya lama kelamaan.dengan didikan dia akan faham waktu makan,waktu tidur.semua berperaturan.macam tu jugk nafsu...didiklah nafsu jangan sesekali nafsu mendidik kita musuh manusia yang paling utame ade3 iaitu, dunianya,iblisnya dan nafsunya..nafsu kita dapat tundukkan dengan pertimbangan akal waras yang sihat...istiqamahlah dalam mujahadah.sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.
|