Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"A leader is a dealer in hope"
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 193
Ahli: 0
Jumlah: 193




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: Pradiabetes: Risiko menghidap diabetes 2


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» Pradiabetes: Risiko menghidap diabetes 2

Please Mendaftar To Post


Oleh Pradiabetes: Risiko menghidap diabetes 2

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 15:17


SUSUT berat badan, kerap membuang air kecil, rasa dahaga yang amat sangat, penglihatan yang kabur – semua ini adalah antara simptom-simptom penyakit diabetes.

Walau bagaimanapun, terdapat juga mereka yang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda penyakit diabetes, namun sebenarnya hanya selangkah dari ‘ibu segala penyakit’ ini.

Mereka ini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari normal tetapi masih belum cukup tinggi untuk diklasifikasikan sebagai diabetes atau lebih sesuai lagi keadaan ini dinamakan pradiabetes.

Oleh kerana sifatnya yang tidak menunjukkan sebarang simptom, maka ramai penghidap pradiabetes tidak sedar yang mereka sedang menghidap penyakit ini.

Apa sebenarnya pradiabetes?

Doktor mendefinisikan keadaan ini sebagai Gangguan Glukosa Puasa (IFG), di mana terdapat paras glukosa darah yang lebih tinggi dari normal setelah berpuasa selama 10-12 jam, atau Gangguan Toleransi Glukosa (ingat), di mana terdapat paras glukosa darah yang lebih tinggi dari normal yang dikesan setelah menjalani Ujian Toleransi Glukosa Oral (OGTT).

Anda boleh memeriksa paras glukosa darah dengan menjalankan ujian glukosa darah di klinik atau farmasi. Ujian yang cepat dan agak tepat ini, melibatkan jari anda dicucuk untuk mengambil darah.

Jika bacaan anda adalah di antara 5.6 dan kurang daripada 7.0mmol/L (semasa berpuasa) atau di antara 7.8 hingga kurang daripada 11.1 mmol/L (dua jam selepas makan), maka doktor akan menjalankan ujian-ujian darah khusus untuk menentukan sama ada anda menghidap pradiabetes atau diabetes jenis 2.

Adakah anda berisiko?

Jika Indeks Jisim Tubuh (BMI) anda berada di antara 25 dan 29.9 kg/m2 (berat badan berlebihan) atau 30 kg/m2 dan lebih (obes), maka anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap pradiabetes.

Mempunyai lemak berlebihan di sekeliling pinggang anda iaitu obesiti pusat (berbanding lemak pada pinggul dan paha) bukan sahaja akan meningkatkan risiko anda mendapat pradiabetes, malah juga diabetes jenis 2 serta penyakit jantung.

Mempunyai berat badan berlebihan atau obes menyebabkan anda lebih cenderung mendapat rintangan terhadap insulin. Akibatnya, insulin menjadi tidak efektif, walaupun mempunyai paras yang lebih tinggi daripada normal.

Oleh itu, glukosa yang berasal dari makanan yang dimakan dan dari hati anda, akan terus kekal dalam aliran darah di mana ia akan berkumpul serta mengakibatkan pradiabetes dan akhirnya, diabetes.

Anda juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap pradiabetes jika mempunyai ahli keluarga yang menghidap diabetes jenis 2; jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, kolesterol baik (HDL-C) yang rendah dan/atau trigliserida yang tinggi serta tidak bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang tidak aktif.

Bahaya! Bahaya!

Pradiabetes perlu dipandang serius kerana anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes jenis 2 berbanding mereka yang mempunyai paras glukosa darah yang normal.

Kajian menunjukkan bahawa penghidap pradiabetes akan akhirnya menghidap diabetes jenis 2 pada kadar 10 peratus setiap tahun.

Penghidap pradiabetes juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat serangan jantung atau strok kerana paras glukosa darah mereka yang sentiasa tinggi boleh merosakkan saluran-saluran darah besar.

Ini akan mengakibatkan aterosklerosis iaitu pengerasan pada arteri, serta menambahkan lagi risiko mendapat pembentukan darah-darah beku.

Mereka yang menghidap pradiabetes juga lazimnya mempunyai tekanan darah tinggi dan lipid (lemak) darah yang tinggi di mana kedua-duanya akan menyumbang ke arah aterosklerosis.

Mencegah diabetes menerusi gaya hidup sihat

Jika anda telah didiagnosis menghidap pradiabetes, tidak bermakna anda mesti menghidap diabetes jenis 2.

Kajian mendapati, penurunan berat badan sebanyak 5-10 peratus boleh memperbaiki kebolehan sel-sel badan mengambil glukosa dari darah secara signifikan, oleh yang demikian menurunkan paras glukosa darah.

Kehilangan berat badan turut mengurangkan tekanan darah tinggi, meningkatkan kolesterol baik (HDL) dan mengurangkan trigliserida (lemak darah) – keadaan-keadaan yang lazimnya terdapat pada mereka yang menghidap pradiabetes.

Pengurusan berat badan yang normal merupakan kunci utama untuk membawa paras glukosa darah anda ke paras normal, melibatkan perubahan-perubahan jangka panjang dalam tabiat makan serta aktiviti fizikal:

* Mengawasi pengambilan kalori

Amalkan diet sihat dan seimbang yang terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh yang mengandungi lemak tepu, kolesterol dan garam yang rendah. Makan makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks dalam jumlah yang munasabah contohnya nasi, roti, ubi-ubian dan mi.

Mengawal pengambilan karbohidrat keseluruhan akan mengekalkan paras glukosa darah pada paras yang rendah. Makan dalam hidangan yang kecil untuk mengelakkan makan berlebihan. Teruskan amalan makan tiga kali sehari dan cuba elakkan daripada mengambil snek!

Elakkan makanan berminyak serta berlemak kerana kedua-duanya mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Elakkan makanan dan minuman yang sangat manis kerana ini semua tidak mempunyai nilai pemakanan dan akan meningkatkan paras glukosa darah anda dengan sangat cepat.

Lebihkan pengambilan serat larut dan tidak larut. Serat larut seperti beta-glukan terdapat dalam oat, legum (kacang pea dan lentil) dan barli, manakala serat tidak larut pula terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.

* Banyakkan bergerak

Bersenam dengan kerap akan menggunakan glukosa untuk mendapatkan tenaga dan menjadikan sel-sel lebih peka terhadap insulin. Aktiviti fizikal akan turut membina jisim otot. Ini penting kerana kebanyakan glukosa dalam darah akan diserap oleh otot-otot serta dibakar sebagai tenaga.

Lakukan senaman aerobik pada intensiti sederhana sekurang-kurangnya selama 30 minit serta sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu atau lebih baik lagi, pada setiap hari terutama sekali jika anda mempunyai berat badan berlebihan. Berjalan pantas, berbasikal dan berenang merupakan senaman-senaman aerobik yang ideal. Jika dibenarkan oleh doktor, anda boleh juga melakukan senaman yang lebih berat seperti berjoging atau berlari.

Kekal aktif dan banyakkan berjalan. Elakkan eskalator atau lif dan banyakkan penggunaan tangga. Berjalan kaki jika anda tidak perlu memandu dan letakkan kenderaan anda sejauh yang boleh.

Serat Larut: Kebaikan Dua Kali Ganda Bagi Mereka yang Menghidap Pradiabetes

Serat larut, contohnya beta glukan yang boleh di dapati dalam makanan seperti oat, barli dan bijirin sarapan penuh, mungkin akan memanfaatkan mereka yang menghidap diabetes kerana ia membantu:

* Mengawal paras glukosa darah dengan melambatkan pengosongan gastrik (perut), oleh yang demikian memperlahankan penyerapan glukosa ke dalam aliran darah. Ini mengurangkan kenaikan glukosa darah selepas makan

* Menurunkan paras kolesterol dengan memerangkap asid hempedu yang mengandungi kolesterol dan kolesterol dalam makanan di dalam saluran pencernaan anda, lalu menghapuskan mereka dari sistem anda. Ini bermakna badan anda akan menyerap kolesterol yang lebih sedikit.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

hol_mes224
Warga Rasmi
Menyertai: 21.05.2006
Ahli No: 24471
Posting: 17
Dari: Malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-05-07 02:00


satu lagi perkara penting, sekarang ni banyak ubat-ubatan sama ada moden atau tradisional yang sering dibawa oleh salesman atau boleh dijumpai dikedai-kedai yang didakwa boleh merawat diabetis. Ketahuilah bahawa sehingga kini belum ada ubat yang boleh menyembuhkan diabetis, melainkan ubat2 untuk mengurangkan kesan diabetis dan memulihkan keadaan ke arah normal. Ingat! bukan menyembuhkan, hanya membaiki keadaan pesakit.

Biasanya ubat2 ini perlu diambil seumur hidup selepas seseorang menghidap diabetis. Namun pengambilan ini tidaklah perlu sebenarnya jika pengawalan dan disiplin cara hidup yang ketat dan betul diamalkan, tetapi untuk pesakit yang diabetisnya sudah terlalu teruk, ubat2 tidak dapat dielakkan. Janganlah mudah tertipu dengan ubat2 sekarang. Pastikan anda mendapatkan nasihat dr doktor atau pakar kesihatan mengenai ubat jenis apa yang perlu diambil. Punca diabetis bukan 1 mahupun 2 tetapi lebih dari itu. bergantung kepada jenis mana yang menghadapi masalah.

sacara kasarnya diabetis ada 2 jenis, IDDM (type 1) dan NIDDM (type 2). Type 1 ni mudah saja, sebab badan kita da tak boleh hasilkan insulin dan rawatannya biasa adalah dengan mengmbil insulin pada waktu2 tertentu. Biasanya hal ini disebabkan kerosakan pancrease akibat autoimmune disease. maksudnya antibody badan kita attack pancreas sendiri.

type 2 ni leceh sikit. banyak sebab antaranya sebab receptor defect, Masalah dalam penghantaran isyarat kat membrane (IRS-1) dan banyak lagi lah. Dan ada juga sebab-sebab yang xdiketahui. Insulin ni kita kelaskan sebagai polypeptide hormone. dia tak boleh nak tembus sel. So cara dia nak hantar maklumat ke sel ialah dengan melalui 2nd messenger dan kat sini lah yang biasa buat masalah. (for non medical or any-unrelated to medical course mungkin susah sikit agaknya nak paham. Aku pun tak pandai sangat nak explain, kalau nak cerita semua dr mula sangat panjang)

sbenanyer yang aku tulis ni ringkas saja, cukup lah untuk general knowledge. kalau ada soalan mungkin aku dan sesiapa yang lebih tahu boleh cerita lagi.

=]

Bookmark and Share

    


  Member Information For hol_mes224Profil   Hantar PM kepada hol_mes224   Pergi ke hol_mes224's Website   Quote dan BalasQuote

doktor_kampung
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 505
Posting: 436
Dari: jelapang, ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-05-07 03:24


mak dengan ayah ana dua dua ada diabetes. maka risiko ana nak kena adalah amat tinggi. hehehe...kena jaga makan lah sekarang :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For doktor_kampungProfil   Hantar PM kepada doktor_kampung   Quote dan BalasQuote

hol_mes224
Warga Rasmi
Menyertai: 21.05.2006
Ahli No: 24471
Posting: 17
Dari: Malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-05-07 17:32


semua kena jaga, yang xada history saudara mara keluarga pun kena jaga. sebab penyakit ni boleh develop sendiri kalau gaya sidup tidak sihat diamalkan. tetapi yang ada sejarah apatah lagi.

=]

Bookmark and Share

    


  Member Information For hol_mes224Profil   Hantar PM kepada hol_mes224   Pergi ke hol_mes224's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.099376 saat. Lajunya....