Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah don't give us what we want, instead He gives us what we need
-- Spaghetigoreng (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 227
Ahli: 0
Jumlah: 227




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 10 jam, 9 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Tunang VS belum Tunang


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Tunang VS belum Tunang

Please Mendaftar To Post


Oleh Tunang VS belum Tunang

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-04-07 10:37


Disini saya suka untuk kosi masalah masyarakat petikan dr Utusan. saya tak setuju apa yang dilakukan antara perhubungan dengan ajnabi, tapi apa yang menarik hati & nak saya utarakan adalah ayat yang nak last sehingga saya menjadikan tajuk "tunang Vs Belum tunang sebenarnya Belum Nikah" :).
Sama kita baca sampai akhir.

SIHIR PUNCA PUTUS TUNANG


Bersama: DR. AMRAN KASIMIN
SOALAN: Anak lelaki saya berumur lebih kurang 31 tahun, berkelulusan kejuruteraan. Kerana menunggu kawan perempuannya, ia mengambil master. Tahun lalu bertunang. Setahun selepas itu keadaan menjadi berubah.

Anak saya menjadi semakin kurus dan tidak selera makan, menjadi pendiam dan selalu termenung. Mungkin ini penyakit orang bujang nak kahwin, tetapi tidak mampu, kerana masih tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Bulan lepas, dia termenung di sofa dan tiba-tiba menangis. Ia tidak sanggup menanggung derita, kerana tunangnya telah meluahkan isi hati, tidak menyintainya, malah ingin memulangkan cincin tanda. Tidak mahu kahwin. Tidak mahu anak yang akan dikandungnya berbapakan anak saya. Ia ingin menyepi menjauhkan diri sendiri dan tidak mahu berkahwin biarpun umurnya 27 tahun.

Anak saya sangat sayang kepadanya, setiap hari menjemput tunangnya pergi dan balik kerja. Si gadis menafikan ia berjumpa kekasih lain. Mereka pernah bertengkar, tetapi tidak mungkin tindakan si gadis sehingga sedemikian rupa.

Saya telah merujuk buku ustaz bertajuk Tanda-Tanda Sihir, Kekuatan Roh dan Untuk Mengatasinya. Saya menyuruh anak saya mengamalkan kandungan buku tersebut, tetapi nampaknya buku ini terlalu banyak syaratnya. Saya mohon nasihat dan pertolongan daripada ustaz.

Terima kasih.

ā€“ Ibu resah

JAWAPAN: Lumrahnya, setiap perkara atau perubahan itu berlaku menjadi lumrah dunia percintaan. Kalau tidak begitu, perpisahan tidak akan berlaku. Itulah liku-liku cinta yang sering dilalui oleh semua orang. Fenomena ini tidak akan dimaklumi atau dihayati kecuali oleh mereka yang berpengalaman.

Pada kebiasaannya, si perempuan lebih taat berbanding dengan cinta kaum lelaki. Malah kaum lelaki, boleh bercinta dengan dua orang perempuan atau lebih dalam satu masa. Tetapi ini sukar dilalui oleh gadis-gadis, kerana lelaki itu langkahnya atau ikhtiarnya lebih panjang berbanding dengan kaum perempuan. Kalau ada perempuan yang mempunyai dua orang kekasih dalam satu masa, beranggapan ia adalah sesuatu yang luar biasa, biarpun ia bukan mustahil berlaku.

Adakah normal bagi seorang perempuan berumur 27 tahun, telah bekerja, dinanti oleh tunangnya selama enam tahun tidak mahu lagi mencintai tunangnya, tidak mahu berkahwin, tidak mahu anak-anak yang bakal dikandungnya berbapakan seorang lelaki yang mencintainya. Lalu ia menyepi, menjauhkan diri, malah mengatakan yang ia belum bersedia untuk berkahwin.

Kalau demikianlah pendiriannya, Kenapa ia masih menunggu, dijemput ketika pergi dan balik kerja. Dalam masa yang sama dia mengakui tidak mempunyai kekasih lain. Kedua-dua ibu bapanya pula tidak mempunyai masalah dengan anak puan.

Masalah cemburu, perselisihan faham, pertengkaran dengan menaikkan suara bagi orang yang bercinta begitu lama adalah sesuatu yang biasa. Makin lama bertunang, makin banyak pertengkarannya. Tetapi, kalau pertengkaran itu hendak dijadikan punca masalah tersebut tidak setimpal dengan hukuman yang berlaku, lebih-lebih lagi ia seorang terpelajar, berpengalaman dan mempunyai daya fikir.

Anak puan belum mempunyai pekerjaan tetap, biarpun mempunyai kelulusan tinggi, ia tidak boleh dijadikan alasan badannya menjadi kurus, sentiasa berdebar, risau dan menjadi pendiam.

Hal demikian juga bukan penyakit orang bujang yang tidak mempunyai kerja tetap. Ramai lagi orang yang tidak mempunyai kelulusan dan tidak mempunyai kerja tetap, sudah mempunyai isteri, tetapi dapat menghadapi pelbagai masalah dengan yakin dan tabah.

Bukan mustahil tunang anak puan mempunyai kekasih baru yang dapat mengatasi atau lebih menawan daripada anak puan. Hatinya lebih terpaut atau terpesona dengan lelaki lain, tetapi ia tidak sampai hati untuk melahirkan, menceritakan apa yang berlaku kepada tunangnya, iaitu anak puan yang mencintainya selama 6 tahun.

Walaupun demikian, seperti yang saya jelaskan, bukan mudah seorang perempuan, seorang gadis yang telah bercinta dengan seorang lelaki, yang sanggup berkorban menunggunya begitu lama, meninggalkannya begitu sahaja dengan memberi alasan ia tidak mahu kahwin, mahu menyepi diri bersendirian, biarpun telah berumur 27 tahun.

Saya beranggapan bahawa alasan yang diberi adalah alasan yang dibuat-buat, untuk menyembunyikan sesuatu yang berlaku, yang tidak dapat diluahkan kepada anak puan.

Saya tidak beranggapan bahawa apa yang terjadi adalah akibat daripada perbuatan sihir. Bermaksud bahawa tunang anak puan itu berubah fikiran, tidak menyintai anak puan lagi kerana adanya orang yang suka kepadanya, sama ada suka itu kerana nafsu semata-mata, untuk mendapat sesuatu daripadanya, gajinya ataupun suka kepadanya dan menyintainya dan hendak dijadikan isteri.

Tujuan ini boleh dilakukan dengan perantaraan sihir, iaitu dengan pembabitan jin, menyebabkan seseorang itu seumpama terpukau atau dikuasai oleh sesuatu dengan perantaraan jin tadi, menyebabkan ia lupa dirinya, lupa kepada tunang, lupa segala cinta yang telah lama dilalui. Otaknya tidak berupaya berfikir, meneliti, mengimbangi di antara cinta-cinta yang telah dilalui begitu lama, dengan pukauan yang berlaku di atas dirinya.

Bukan mudah untuk menentukan bahawa sesuatu perubahan yang berlaku atas tunang anak puan sebab biasa atau sebab akibat sihir. Biar dalam keadaan apa sekalipun permainan sihir untuk mendapat kasih seseorang bukan sesuatu yang mustahil, malah ia dapat dibuktikan, untuk membezakannya.

Mangsa sihir tidak menyebabkan seseorang itu lupakan dirinya seratus peratus. Dalam keadaan tertentu orang yang berkenaan masih sedarkan dirinya, tetapi kesedaran itu berada pada satu tahap yang minimum. Kerana itu sekiranya ikatan sihir yang mengikat atau menguasai diri seorang itu dapat diputuskan atau dihuraikan, orang yang berkenaan akan kembali normal dan berupaya berfikir waras.

Banyak kaedah untuk merawat penyakit. Pertama sekali ialah memohon pertolongan kepada orang yang arif. Kedua, rawat diri sendiri, sekiranya berkemampuan, iaitu mempunyai ilmu dan berkeupayaan untuk melakukannya. Kaedah ketiga ialah kombinasi antara kaedah pertama dan kedua.

Puan mempunyai buku yang bertajuk Tanda Sihir, Kekuatan Roh dan Untuk Mengatasinya. Saya berkeyakinan setiap orang yang berupaya membaca akan memahami kandungan buku berkenaan. Masalah besar ialah sama ada seseorang itu berupaya mengamalkannya atau tidak.

Buku ini ditulis untuk memberi maklumat kepada pembaca, untuk diamalkan. Tidak ada sebab yang jelas yang menegah bahawa ayat-ayat al-Quran, zikir-zikir dan amalan yang jelas puncanya itu tidak boleh diamalkan. Sekiranya si pembaca tidak jelas, atau memerlukan penjelasan saya tidak berhalangan, malah bersedia untuk memberi penerangan sewajarnya.

Masalah sesuatu amalan yang dilakukan itu menjadi atau tidak menjadi, bermaksud, ā€˜dikabulkan Allahā€™ atau ā€˜tidak dikabulkanā€™ itu bukan persoalan utama. Tugas manusia ialah memohon kepada Allah s.w.t. di atas ihsan-Nya juga untuk memperkenankannya atau tidak, bergantung kepada ketentuan Allah, rahsia qada dan qadar ketentuan-Nya dan lain-lain rahsia yang tidak mudah difahami oleh manusia.

Allah s.w.t. menyuruh setiap orang yang berdoa kepada-Nya, nescaya Allah akan memperkenankannya. Sama ada kemustajaban itu berlaku di dunia atau di akhirat, lambat atau cepat semuanya dalam ketentuan Allah jua. Bergantung kepada betapa kasihnya seorang hamba itu kepada Allah, juga kepada rahsia qada dan qadar Allah s.w.t.

Pada kebiasaannya, orang yang mudah menjadi kurus badan, mudah termenung menjadi tidak banyak bicara dan menjadi tidak keruan berlaku kepada kaum wanita atau gadis-gadis. Pada kebiasaan lelaki mempunyai tekad dan keyakinan diri yang lebih kuat berbanding dengan gadis-gadis ketika berhadapan dengan pancaroba cinta. Kerana itulah saya katakan tadi bahawa anak puan seorang yang penyabar, lembut, sensitif tetapi kurang kreatif.

Anak puan sewajarnya memperlihatkan ketokohan dirinya melebihi lelaki lain pada mata tunangnya. tidak sukar berbuat demikian. Cara lebih mudah ialah berkahwin cepat-cepat, lebih-lebih lagi umurnya melebihi 30 tahun dan tunangnya berumur hampir menyamai umurnya.

Tidak guna semata-mata memuja sekuntum bunga, biar betapa mewangi baunya atau mewarnai daun-daun dan tangkainya, sekiranya bunga itu menjadi gilaan kumbang lain.

Selagi seorang gadis itu belum dinikahi, ia masih tetap menjadi hak jejaka lain untuk memilikinya.


-----------------
~TeGuRlAh Aku.. AjAklAh Aku.. PimPinLaH aKu.. kE JaLaN yang menDeKaTkan HaTiku pada-NYA..~
[ Telah diedit oleh: muslimah_jun pada 27-04-07 10:39 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 27-04-07 12:34


ada pernah baca..tapi kat mana ya..

Nauzubillah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-04-07 14:09


petikan ni saya ambil dalam utusan mingguan saya letak kat ukhwah sebab ada nasihat ustz dalam ni yang menarik perhatian saya. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

FIENDA
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.11.2006
Ahli No: 27433
Posting: 224
Dari: NS

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 27-04-07 14:31


betul-betul ka berlaku?

Bookmark and Share

    


  Member Information For FIENDAProfil   Hantar PM kepada FIENDA   Quote dan BalasQuote

FIENDA
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.11.2006
Ahli No: 27433
Posting: 224
Dari: NS

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 27-04-07 14:38


betul-betul ka berlaku?

Bookmark and Share

    


  Member Information For FIENDAProfil   Hantar PM kepada FIENDA   Quote dan BalasQuote

bintang_cahaya
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17417
Posting: 77
Dari: uitm shah alam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-04-07 14:43


ana rasa tunang dia tu ada masalah besar..maybe dia ada penyakit or apa-apa lah dan tak nak nyusahkan sesiapa so dia tak nak lah kawin...

p/s : selalu tengok drama melayu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintang_cahayaProfil   Hantar PM kepada bintang_cahaya   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 27-04-07 16:19


tak larat lah nak baca...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

azlan_aris
Warga Rasmi
Menyertai: 17.04.2007
Ahli No: 29621
Posting: 12
Dari: bandar baru bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-04-07 16:35


ambo pun tak larat nak baca..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azlan_arisProfil   Hantar PM kepada azlan_aris   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 27-04-07 17:03


hhhmmmm..macam-macam masalah org kat dunia ni.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-04-07 18:41


Selagi seorang gadis itu belum dinikahi, ia masih tetap menjadi hak jejaka lain untuk memilikinya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 27-04-07 19:33


Tapi kalau perempuan tu dah dipinang, haram lelaki lain untuk masuk meminang kan...



HIMPUNAN HADITH HARIAN JAKIM

Kategori : IBADAH Akidah
Tajuk : Adab Dalam Meminang

Hadith :
Dari Ibnu Umar .a katanya, Nabi SAW bersabda:ā€Jangan kamu beli barang yang sedang ditawar oleh saudaramu; jangan kamu pinang wanita yang sedang dipinang saudaramu, melainkan apabila telah diizinkannya.ā€

(Muslim)

Huraian

1. Khitbah" (Bahasa Arab) / "bertunang" (Bahasa melayu) adalah muqaddimah atau permulaan kepada az-zawaj (Bahasa Arab) / nikah atau kahwin (Bahasa Melayu).

2. Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat / perundangan-perundangan dalam Islam. Hikmahnya adalah untuk memberi peluang untuk berkenalan dengan pasangan masing-masing sebelum bernikah atau berkahwin.

3. Hukum khitbah adalah "harus" tetapi mengikut Imam As-Syafie (sila rujuk buku Mughni Almuhtaj) mengatakan hukumnya adalah "al-istihbab / sunat". Dan Dr. Abd. Karim Zaidan (sila rujuk buku Almufassal fi Ahkam Al Mar'ah mengatakan bahawa hukumnya adalah sunat iaitu lebih aula utama dari hukum harus tadi.

4. Khitbah adalah dilarang bagi seseorang wanita yang telah dipinang oleh orang lain. Begitu juga dilarang membeli barang yang sedang dalam urusan jual beli orang lain. Hal ini adalah untuk menjaga kehormatan dan mengelak daripada berlaku perebutan dan pergaduhan selain daripada menjaga keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-04-07 21:18


Terima kasih banyak sailormoon atas info yang berguna. Insya Allah buat panduan kita semua :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 27-04-07 21:21


Sama-sama :-)


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-04-07 21:26


Pada 27-04-07 18:41 , muslimah_jun posting:

!!! QUOTE !!!

Selagi seorang gadis itu belum dinikahi, ia masih tetap menjadi hak jejaka lain untuk memilikinya.


dalam maksud ni.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-04-07 21:32


ai...sedalam mana alwalid faham ni? cuba bagitahu apa yang alwalid faham boleh kita kosi saya pun nak tahu juga apa yang difaham tu.

saya sekadar mengambil petikan kata-kata ustz tu sahaja :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

sof_wan88
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28277
Posting: 127
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 27-04-07 23:55


Kalau tak tunang pun tak peee...

yang penting nikah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sof_wan88Profil   Hantar PM kepada sof_wan88   Quote dan BalasQuote

sof_wan88
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28277
Posting: 127
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 27-04-07 23:58


seorang sahabat kita akan bertunag pada 29 april nii harliq...

selamat menjalani satu lagi perjalan dan corak hidup...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sof_wan88Profil   Hantar PM kepada sof_wan88   Quote dan BalasQuote

AzwaAqilah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.03.2007
Ahli No: 28986
Posting: 73
Dari: kubang kerian

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-04-07 01:03


tunang tida salah, jika kita tahu menjaga batas-batas.itulah cabaran dalam pertunangan itu.mungkin sesetengah sudah menganggap pertunang itu sebagai "tiket" untuk buat yang lebih "jauh" lagi.masyaAllah...mintak2 jauh lah semua itu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For AzwaAqilahProfil   Hantar PM kepada AzwaAqilah   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 28-04-07 03:11


dalam kes ni, si lelaki mesti berikhtiar sehabis baik untuk memulihkan tunangnya...dan berdoa dan berserah kepada Allah s.w.t.

dan kalau tak berhasil jugak maka terimalah taqdir Allah yang mungkin ada hikmah yang kita tak tau...

p/s : carilah buku berkenaan cinta terbitan Telaga Biru, ada cara dan doa pengasih :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.1264 saat. Lajunya....