Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-02-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat
-- Seminat NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: sarashanee
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43127

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 26
Ahli: 0
Jumlah: 26




  Yang Masuk Ke Sini
sarashanee: 2 hari yang lalu
CikIzzah1992: 4 hari yang lalu
Qiamulail: 20 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: apa perasaan anda?????


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» apa perasaan anda?????

Please Mendaftar To Post


Oleh apa perasaan anda?????

puteribongsu1306
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.07.2005
Ahli No: 17648
Posting: 291
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 20-04-07 16:45


assalamualaikum....
saya nak tanya ada tak antara antum semua pernah alami masalah seperti saya...
baru-baru ni saya berpeluang jadi cikgu ganti kat sekolah rendah..memmang suka lah sebab ni pertama kali saya kerja dan dapat merealisasikan impian yang saya idamkan selama ni walaupun sekejap saja.....
apa yang ingin saya kongsi ilah mengenai seorang anak murid saya ni.dia ni seorang pelajar yang baik.saya pun suka dengan dia ni sebab masa saya mengajar dia diam saja dan bagi perhatian...
diringkaskan cerita baru-baru ni saya mendapat tahu dari seorang murid lain yang dia ni ada menyimpan perasaan pada saya.mengucap panjang saya dengar hehehehehe :-) :-) patutlah selam ni dia semacam saja tengok kat saya ...
dalam masa yang same dia dah bertukar watak dari pendiam kepada yang banyak mulut tapi dengan saya saja...tapi yang saya banggga dia ni masih budak baik dengar kata dan tak melawan....saya risau kalau betul pa yang murid tu bagi tau yang dia betul-betul suka kat saya...saya pun sayang kat dia tapi sayang sebagai seorang kakak terhadap adik saja tak lebih dari tu lagi pun beza usia kami jauh :-P
hari ni merupakan hari akhir saya mengajar kat sekolah tu masa nak berpisah semua murid datang salam dengan saya.yang perempuan siap peluk lagi tapi kan dia ni tegok saja macam ada sesuatu yang disembunyikan.masa nak keluar dia baru nak salam lepas itu saya tegok matanya berkenang air mata....saya pun tak pasti apa perasaaan dia pada saya....saya takut sebab hal ni akan menjejaskan pelajaran dia....sememangnya saya dah sayang semua murid saya walaupun kadang-kadang mereka tak dengar apa yang saya larang....bagi saya pengalaman mengajar pertama kami begitu bermakna dalam hidup saya walaupun kadang-kadang bayak halangan yang terpaksa saya tempuhi

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteribongsu1306Profil   Hantar PM kepada puteribongsu1306   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-04-07 17:07


salam
ni boleh calon jadi guru contoh ni, murid2 pun sayang
hehe gurau ok,
banyak kan doa, zikir, dan tawakkal, kerana awak sudah memberi yang terbaik untuk mendidik anak2 murid tu,
biarlah Allah menentukan apa yang terbaik untuk mereka, ok?
Insya Allah pertolongan Allah akan tiba di saat kita tak sangka2kan.

-----------------------------------------------------
Ada manafaat bagi mereka yang mahu berfikir

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 20-04-07 17:16


hahaha....murid itu got high level of testosterone hormone in his body.....he got crashed on puteribongsu1306.

alaa...jangan risaulah....lelama nanti budak itu ok saja...datang cikgu perempuan yang lain yang cun melecun...dia minat cikgu itu pulak...benda ni cycle, berpusing...

i was once a boy...so i know how he (the boy) think.
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 20-04-07 17:26 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

ika2410
WARGA SETIA
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-04-07 17:18


assalamualaikum..

apa yang enti lakukan dah yang terbaik..apa yang penting beri nasihat kepada mereka jangan abaikan pelajaran..bagi ana mungkin ada cerita ke di sebalik budak laki tu..sepatutnya kita dekati dan tanya baik2..di situ kita akan tahu permasalahannya

Bookmark and Share

    


  Member Information For ika2410Profil   Hantar PM kepada ika2410   Pergi ke ika2410's Website   Quote dan BalasQuote

mechelmine
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26702
Posting: 897
Dari: KeLaNtAn Ke KeDaH

Kelantan  


posticon Posting pada: 20-04-07 17:44


Pada 20-04-07 16:45 , puteribongsu1306 posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum....
baru-baru ni saya berpeluang jadi cikgu ganti kat sekolah rendah..

Ish2...pelajar sekarang ni...tak padan dengan kecik, dah tahu nak bercinta... ;-)
ala... lepas tu elok lah budak tu itu....


-----------------
Hiasi Peribadi....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mechelmineProfil   Hantar PM kepada mechelmine   Pergi ke mechelmine's Website   Quote dan BalasQuote

annamuslimah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1423
Posting: 149
Dari: Kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 20-04-07 18:26


mujur ana tak alami apa yang puteribongsu ni alami....Kalau tak, tak tahulah gane ana nak berdepan dengan keadaan gini bila hari2 kita masuk mengajar kelas dia....almaklumlah ana ni pun cikgu juga... semua cikgu sayangkan anak muridnya, tapi sayang cikgu tu jangan pula disalah ertikan ....kesianlah kat cikgu tu, dah di dalam dilema hehe
[ Telah diedit oleh: annamuslimah pada 20-04-07 18:28 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For annamuslimahProfil   Hantar PM kepada annamuslimah   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-04-07 18:40


alahai.. budak minat kat cikgu ye..

one sure thing, that boy is a NORMAL person. having the experience to fall in love. saya sendiri pernah fall for an adult person. at standard 2. pada one Hollywood actor. hahaha... so funny bila ingat balik...

kasihan juga boy tu. anggap lah ni satu permulaan pengalamannya. it's nothing... just one of the learning processes in his life.. ;)

nanti dia dah besar, dia akan ceritakan kat portal ukhwah ni, dalam forum Kaki Jiwang Karat, tentang pengalamannya, dalam topik "macamana pengalaman jatuh cinta kali pertama anda semua?" :lol: :lol: :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

itqaan_muslim
Warga 5 Bintang
Menyertai: 02.08.2006
Ahli No: 25573
Posting: 353
Dari: tronoh

Kelantan  


posticon Posting pada: 20-04-07 20:49


tak ada apa-apa lah
budak tu pun tak tahu lagi apa itu cinta
macam sepupu saya
baru masu tadika
ada satu hari saya tengak dia sedih
tanya kenapa.
cakap baru bercerai dengan suami kat tadika
macam-macam budak sekarang

Bookmark and Share

    


  Member Information For itqaan_muslimProfil   Hantar PM kepada itqaan_muslim   Pergi ke itqaan_muslim's Website   Quote dan BalasQuote

Syafiyah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4132
Posting: 50
Dari: Bangi

Perak  


posticon Posting pada: 23-04-07 12:08


Assalamualaikum..

Emm...benda ni memang selalu berlaku pada cikgu-cikgu muda..tambah-tambah lagi kalau cikgu tu comel dan cantik. Mengikut pengalaman saya sebenarnya budak-budak ni mahukan perhatian daripada cikgu...mereka suka kalau cikgu layan mereka..bukan budak sekolah rendah saja budak sekolah menengah pun sama. Kita sebagai cikgu ni kena pandai layan budak-budak macam ni.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyafiyahProfil   Hantar PM kepada Syafiyah   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 24-04-07 09:29


salam
kawan saya pernah mengajar di sekolah rendah.masa tu dia jadi cikgu ganti.hrtu dia ada pendidikan jsmani.pakailah baju sukan.ada budak darjah 6 tackle dia.cikgu pendidikan jasmani kata itu cikgu gantilah.malu budak tu....kenang kenangan

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 24-04-07 09:58


kecik-kecik dah jatuh cintan ek :-D
tapi normal budak-budak suka orang lebih dewasa beri perhatian lebih
tambah-tambah cikgu ganti yang muda-muda
cara mengajar tu lagi 'lembut' dan berkesan berbanding cikgu yang dah lama mengajar
so adik-adik kat sekolah pun bukan main manja lagi :-D
tu yang tiba hari last banyakla hadiah yang dapat
tanda menghargai :-D



Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

dhamiraqistina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13287
Posting: 271

Selangor  


posticon Posting pada: 24-04-07 10:37


kena belajar psikologi kanak-kanak ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For dhamiraqistinaProfil   Hantar PM kepada dhamiraqistina   Quote dan BalasQuote

orangmiskin
Warga Rasmi
Menyertai: 06.04.2005
Ahli No: 15608
Posting: 14
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 24-04-07 11:10


emm biasalah 2 budak-budak pun ada perasaan juga
saya pun afe pgalamn yang same tapi taklah sampai luahkan perasaan
saya da banyak kali p prktikal, saya ni bakal guru
murid2 perempuan ada juga yang kacau2 saya
saya da serik bagi no telefon kat murid2 saya
mereka selalu saja kol.huhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For orangmiskinProfil   Hantar PM kepada orangmiskin   Pergi ke orangmiskin's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 25-04-07 00:53


hahaha..ana pun ada stoty juga ala2 puteribonsu1306 ni..tapi terbalik sikit...tapi..nak tau baca..sorry posting panjang sikit.. :)

ana masa nunggu result dan before masuk u pernah juga mengajar..tak lama..amat2 tak lama...terlalu singkat...ana sebenarnya tak minat mengajar tapi mak ana ni bebel ana lepak2 rumah tak buat kerja...last2 mak ana request pada guru besar tempat dia mengajar untuk ambil saya jadi guru ganti...pendek cerita ana pun ok ...ana fikir ok lah agaknya..konon senang..last2 1st day masuk kelas...haru biru dibuatnya...

ana kena mengajar budak tahun 2..siap jadi guru kelas pula tu...ana pk2 lagi no problem lah agaknya before masuk kelas..tapi sampai2 saja budak-budak tengah hiruk piruk bising..kejar2 sana sini...borak2 tu biasa lah..pendek kaca kelas huru hara bersepah macam tongkang pecah!!! apa lagi...nmapak ana datang semua otometik senyap..terkejut beruk mereka tengok ada cikgu besar datang iring ana...lepas tu apelagi..kena lecture lah budak-budak tu...

sebenarnya gurubesar da beritahu kelas ni sebenarnya kelas paling corot..paling bising..paling nakal budak2nyer..tapi ana fikir sekali lagi no problem...insyallah tak lah seteruk yang disangka...

tapi sebenarnya memang itula realitinye...

hari pertama kelas berjalan lancar lah juga..ana mengajar agama dan PS...so..secara langsung title ustaz/cikgu ana dapat ..tapi yang lawaknya mereka ada yang ngada2 tak mahu panggil title tu..mereka kononye selesa panggil ana 'abang'..huhuhu...ana pun jenis tak kisah...asalkan jangan pijak kepala...

ada seorang girl kecik ni selalu sangat ana perasan minta perhatian ana...kadang-kadang tengah buat kerja dia datang ke meja...tanya itu ini..dah tu pula kejap2 adu pula pasal kawan dia...senag cerita ada saja cara dia fikir nak berborak dengan ana..ana ni pun jenis baik saja...so ana ikut kan saja lah...tapi yang pelek nya satu kerja apa pun budak tu tak siap...Kalau ana pagi jalan meja lain budak tu panggil2...entah apa kena entah..ana biarkan saja..

pernah sekali tu ana tengah betulkan or tegur kerja seorang budak girl lain..kawan dia juga..oleh kerana budak ni agak lembab sikit amat lama lah ana stop meja dia..dalam pada tu budak girl yang lorat tu asyik2 lah panggil ana suruh datang meja dia..konon ada yang nak ditanya..padahal selama ni ana datang dia tanya benda lain..ana dah makan ke atau ana nak kemana ke...ala yang tak penting tu lah ditanya...

last2 agak2 geram ana tak datang2 dia datang kemeja yang ana stop tu..dan nak tau apa dia cakap pada kawan dia ni.."anda ni apa pasal lama sangat dengan ustaz ni...anda nak rampas cikgu dari aku ke.."....hahaha..tergelak gelak ana dengar word budak tu...sampai sakit perut dibuatnya...sampai kesitu pula dia fikir...tapi ana biasa-biasa saja...ala..budak-budak...

last2 tak alam mengajar tu ana meminta untuk resign..bukan apa..da terbukti ana tak ada telented nak jadi seorang guru yang pakar dan baik..ana tak garang..dan tak ada skill bagus...ana hanya bertahan lebih kurang seminggu shaja...

dah tu palk ana keluar senyap2..huhuhu...nampak sangat trauma..hehe..bukan apa..letih ...boring ..lagipun rimas lah dengan karenah budak-budak...

tapi kan dia awal2 resign ana dr mengajar selalu juga terserempak dengan budak ni..kadang-kadang ana pergi sekolah tu hantar dan ambil adik2 ana kat sekolah yang sama dan jumpa mak ana di sekolah atau pun jumpa kat pasar kawasan perumahan kami...ada lah dia tegur..ana pun ok saja...lama2 selepas tu kalau nampak ana dia dah makin tak persan ana agaknya...agak nya dah ada 'abang' lain yang ganti ana agaknya..tak tau lah..hehehe...

huh..penat ana nulisnye...hehehe..


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/
[ Telah diedit oleh: syemarly pada 25-04-07 01:00 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-04-07 14:43


perasaan??? tak tahu...
apa tengah fikir??? tak tahu...
tapi yang pasti nak curah minyak masak dalam kuali tapi sedar2 tengah curah minyak dalam sup yang dah siap masak....Syukur tak ada effect sangat..
Ingat nasi dah masak dr tadi mujur tergerak hati nak tengok, rupanya belum masak sebab letak periuk tak rapat. Mujur ayh belum balik solat lagi. InsyaAllah sempat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 27-04-07 16:52


Saya nak makan megi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

puteribongsu1306
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.07.2005
Ahli No: 17648
Posting: 291
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-05-07 17:34


terima ksih atas pendapat kaian semua...
ana rasa sekarang dah ok agaknya budak tu memandangkan ana pun dah habis mengajar mereka semua.....
ana doakan mereka semua berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat...insyAllah

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteribongsu1306Profil   Hantar PM kepada puteribongsu1306   Quote dan BalasQuote

suntikan_srikandi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.05.2005
Ahli No: 16483
Posting: 95
Dari: Selangor

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-05-07 17:51


Pada 20-04-07 20:49 , itqaan_muslim posting:

!!! QUOTE !!!

tak ada apa-apa lah
budak tu pun tak tahu lagi apa itu cinta
macam sepupu saya
baru masu tadika
ada satu hari saya tengak dia sedih
tanya Kenapa.
cakap baru bercerai dengan suami kat tadika
macam-macam budak sekarang





:lol: :lol:    aduiiii macam-macam budak-budak sekarang...saya dulu zaman sekolah tak sempat fikir pasal cinta sibuk gaduh2 dengan member dan sibuk dok langgar peraturan sekolah...hehehehe...


-----------------
Anjing Menyalak, Khalifah Tetap Lalu....>> Menunggu Putih Gagak Hitam, Buntar-buntar Daun Lalang, Luas-luas Daun Merunggai, Sampai Tumbuh Daun Cindapung...>


Bookmark and Share

    


  Member Information For suntikan_srikandiProfil   Hantar PM kepada suntikan_srikandi   Pergi ke suntikan_srikandi's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.096585 saat. Lajunya....