Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 26-02-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
More care, less hate
-- Dari Filem Reading Room

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: ShannonTodd
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43149

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 54
Ahli: 0
Jumlah: 54




  Yang Masuk Ke Sini
razani: 10 hari yang lalu
abid_19: 10 hari yang lalu
JonathanBaker: 12 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: kebahagiaan yang sementara tapi bermakna selamanya..(dari kisah seorang sahabatku)


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» kebahagiaan yang sementara tapi bermakna selamanya..(dari kisah seorang sahabatku)

Please Mendaftar To Post


Oleh kebahagiaan yang sementara tapi bermakna selamanya..(dari kisah seorang sahabatku)

sheikhLUTHFI
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3412
Posting: 173
Dari: 'AQaBA,jORDAN

jordan  


posticon Posting pada: 09-04-07 12:03


assalamualaikum,

ana mh kongsi sesuatu dr kisah sahabat karib ana......

-USTAZ AFIE AKMAL MD.NOR AL-HAFIZ-

Hari ini liqa’ diadakan seperti biasa.di markas waqafan islami kami berkumpul.di markas itulah dunia ana..di markas itulah ana menimba ilmu dan mencurahkan ilmu2 Allah...hatiku meronta,hatiku menangis,hatiku menjerit..Kenapa sungguh pedih dan perit dugaan ini..diri ini terseksa ya allah kurniakanlah ana kekuatanMu ya khaliq ya Fattah,berat sungguh dugaanMu ku galas..jangan biarkan ku tersungkur tertewas akan ujian ini..keangkuhan ku kau lebur…ku merayu,ku merintih agar dikurniakan ketenanganMu..
ku bilang hari demi hari,saat demi saat bersama mengingatiMu, Kau kekasihku..apa mungkin Kau terima cintaku,apa mungkin Kau terima kehadiranku di hadapanMu..apa mungkin diri ni Kau sayangi dan rahmati..aku hamba hina,hamba yang hina,hamba yang hina dan jua lemah..penghujunan pengembarran hampiri ku temui..tetapi apa mungkin pengakhiran ini menamatkan dengan sebuah keredhaan..bukan dunia,bukan isi dunia ku pinta,bukan harta,bukan nama,bukan wanita,bukan anak-anak ku pinta,tapi aku pinta cintaMu..agar hati ini sentiasa tersenyum dan gembira atas belaian kasih sygMu Tuhan..agar ruh islami ku hidup,agar aku bisa sejahtera di sisiMu ya tuhan…andai ku datang menghadapMu kelak,terimala ku bersama cintaku kepadaMu,jangan Kau berpaling dariku yang hina ini…
Hari mendatang ana lalui denagn penuh perit sekali,tanpa sesiapa di sisi.Cuma Allah saja di hati.peneman.penenang hati.diri ini tiada siapa melainkan keluarga,sahabat dan adik angkat ana yang ana kasihi..bermula tentang tamrin untuk adik ana yang baru menjengah ke dunia dakwah.tiada siapa yang memahami tentang wasilah dan manhaj kami melainkan adik aku tu..bangga rasanya,bukan apa lagi dia menjejakkan kaki ke bumi waqafan madrasah dia,dia sudah mula didedahkan dan dikenalkan dunia ini dan menjadi pelapis para da’ie…banyak dugaan yang dia tempuh..sememangnya tidak semua yang boleh menjadi pejuang agamanya..kerana agamanya itu agama yang suci…kita sememangnya mempunyai semangat juang tapi apa mungkin kita boleh hidup dalam dunia dakwah?..bukan muhrim,ana akui dia bukan muhrim ku…akan tetapi sifat seorang abang mengatasi segala…rentetan masalah peribadi yang dialaminya tahun lalu mulai ana rasakan ana cukup serasi dan sefikrah dengannya…lagipun memang ana tiada adik,dan kami pun selalu berinteraksi mengenai hal jemaah…syahid matlamat kami..ketaataan kami kepada Islam melebihi segalanya…ana memang kagum dengannya tapi perasaan ana tak lebih daripada itu.hubungan kami kerana Allah dan Islam.bagi memastikan kerja-kerja dan warisan Rasullah terus diteruskan sehingga hancur dunia yang fana’ ini…ana bukanlah terbaik untuk melakukan semua kerja Islam ni..tapi cita-cita ana yang inginkan ruh islam dalam setiap manusia terus hidup…hidup ini hanya sekali cuma dan persinggahan bagi mencari bekalan dan mempersiapkan diri menghadapNya..ana sebagi musafir di pejalanan yang pandek ini..ku tahu kehidupan sana lebih hakiki…tok guru bagaikan ayah ana..sahabat ana bagaikan adik berdik ana..dunia dakwah ku itula duniaku..keluaragaku pula hartaku dan penyeri hidupkku..khalifatullah,abdillah,da’iellah..itu tugas setiap manusia..sejauh mana pengorbanan kita kepada Islam,sanggup korbankan masa depan,sanggup korbankan harta,sanggup korbankan kesenangan…berlari ke utara,berlari timur mencari tok guru untuk menadah ilmu…apa yang kita cari?keseronokan?kekayaan?tidak….keredhaanNya..kita tidak boleh membeli keredaaanNya wahai hati kecil ku.ku tahu kau sengsara,kau derita,kau luka,maapkan aku hati kecilku…aku lakukan ini untuk kita..untuk Allah dan Islam..Islam bagaikan bunga..biarlah kita bajainya,kita siraminya agar mekar dan wanginya dapat dicium orang sekelilingnya…
Tanggal tahun 2006, hidupku berubah..bukan apa, bukan ana bina masjid pun..ana menerima sesuatu yang cukup mengejutkan..yela Rasullah wafat 63 tahun..ana? lagi awallah nampaknya…jika Rasullah mengambil masa berpuluh tahun menyebarkan dakwah,tapi ana nak sampai 10 tahun pun tak mampu..ana tidak mampu jadi sepertinya…hatiku hancur,takut,pedih…bercampur-campur…tiada siapa yang tahu melainkan sahabatku,adik ana dan seseorang tu…sedangkan keluarga ana pun tidak…sahabatku,taufiq al-hafiz..sahabat sebilikku sejak menjejakkan kaki di bumi darul quran…di saat ana merana kesakitan,dia jualah yang sering memujukku agar bersabar..bukan apa,aku ni seorang yang keras kepala..waktu sakit pun tak mahu makan ubat..pahitla..manala sedap..hehe..entahlah..sampai sekarang sekiranya ana mahu makan ubat ana makan,kalau tidak..tidakla…ada satu hari taufiq sorokkan ubat ana..ana mengelabah..yela ubat tukan penyambung nyawaku…hehe..dan,mulala taufiq beri khutbahnya..kalah Imam Kalim..hehe,mulai saat tu ana simpan baik-baik dan mulalah rajin sikit makan ubat…alhamdulillah,dapatla kurangkan sikit kesakitan tu..bilik ana sering menjadi pusat pengumpulan sahabat yang lain..adib,sari,din dan ramai lagi…bukan pusat pengumpulan apa pun…pusat pengumpulan bila ustaz dia sakit…haha..anala ustaz mereka..bukan ustaz asli pun yang berijazah..hanya ustaz dalam jemaah sahaja..alhamdulillah,semua sahabatku para da’ei yang tak diam dr menyampaikan dakwah…ada juga yang hampir ditangkap polis..kononnya buat pertubuhan haram..mana ada..kami hanya mengajar ilmu agama sahajala pak polis…tu hah,yang ajaran sesat tu pergi lah tangkap sana…kadang kala ana berbangga juga dengan sahabat ku..rasanya mereka lebih aula dipanggil ustaz..apala tok guru ana ni…tak pela..ana terima..ana tak pernah bangga pun,lagi malu adalah..tak sesuai untuk ana .tak layak pun..teringat ada satu kejadian yang membuat ana cukup marah..darah mudala kan..ketika itu ana cukup sedih sampai ana macam nak saja…nak saja…tak dela.. adalah masalah dalam jemaah,anak buah ana dalam bahaya akibat kecuaian sahabat-sahabat ana.mereka ambil lewa dalam satu keputusan.alhamdulillah,tiada perkara buruk berlaku...tapi ana sedar semua ni dah tertulis,nak marah pun tiada guna..sejak tu ada sahabat ana suka bergurau dengan ana..panggil ana ustaz api..bukan ustz afie..kelakar betul..sejak kejadian itu ana dah memang tak minat nak marah-marah..yela nanti jadi kawan syaitan yang tak hensemtu..sahabat2 ana semua handsome-handsome belaka dengan akhlak budi mereka…tenang ana bersama mereka..biarpun apa jua ujian memukul..tak pernah mengugat keteguhan hati kami…bagaikan seperti dalam doa rabitah yang kami amalkan…alhamdulillah,ana rasa bahagia dengna nikmta ni semua..nikmat iman dan nikmat islam..
Allahu akbar..!Allahu akbar..Allah matlamat kami…syahid cita-cita kami….meremang bulu romaku..macam nak pergi syahid saja…begitula rutin harian kami…kalam Allah jadi muzik kehidupan kami..bagi menambahkan thafaqah kami..tiada apa yang membahagiakan melainkan bertalaqqi bersama sahabat..kehebatannya sama berhadapan dengan kekasih hati tika di malam hari…
Sahabat ana pun cukup banyak menabur jasa pada ana.lebih lagi tika ana sakit..kadang kala,merekala yang tolong bacakan ayat-ayat al-Quran dan bisikkan ayat al-Quran di telinga tika ana sakit…bilang Taufiq,kadang-kala keadaan ana tika sakit memang teruk,macam tengah nazak katanya..ada juga yang tidak senang duduk..tapi mereka tidak pernah putus berdoa untuk ana..ana ini tidak suka pergi hospital..tetapi memang doa mereka cukup mustajab..pemelihara al-Quran..doa mereka terus sampai pada Ilahi..tiada penghijab..itulah keistimewaan mereka..bila teringat balik..ana sedih..ana asyik menyusahkan mereka sahaja…bayangkan,bilik ana jadi pengumpulan mereka,setiap kali ana sakit,pasti mereka hadir di sisi ana…kadang-kadang ana sedih jua,mereka pernah mengalirka air mata bila ana menceritakan hal sebenarnya..ana masih lagi ingat ketika itu..semuanya bermula apabila taufiq perasan bila ana asyik batuk-batuk dan muntah darah…dan hampir seminggu ana tidak hadir kuliah..mereka ingat ana pergi menguruskan hal jemaah di tempat lain..tapi tidak,ana berada di hospital..inipun apabila pihak hospital perlu menghubungi salah seorang keluarga ana.tetapi ana tidak menghubungi keluarga ana tetapi taufiq..jadi kesudahannya terbongkarla rahsia ana selama ini..ikutkan bagi ana, sakit ana tidaklah seteruk mana..Cuma batuk-batuk dan adalah termuntah darah sikit..dah darah tu nak keluar,jadi buat apa nak tahan kan..hehe..tidaklah seksa manapun..apa salahnya ana sakit..untuk menghapuskan dosa kan..memang banyak dosa ana ni..tidak sedar-sedar ana juga ni..bagi ana,memanglah dugaan ini dugaan paling besar kerana ada masalah lain yang turut bersamanya..penyakit ana? Kanser yang memerlukan banyak belanja untuk menjalani pembedahan dan jua perlu rawatan susulan selepasnya..kemotrapi..tah apa tah lagi terapinya..ana malas nak ambil tahu..ana tidak mahu menyusahkan sesiapa..lebih lagi orang yang ana sayang..menjadi fitrah manusia..mahukan seseorang yang ana sayang bahagia…ana tidak sanggup melihat keluarga ana bersusah payah untuk ana..ana tidak mahu..biarlah ana pergi..jika itu yang terbaik..lagi ana hidup dan menyusahkan orang lain..pantang ana lakukan semua itu...berapa lama ana hidup pun itu semua hanya ramalan..keajaiban Allah di mana- mana…insyaAllah..janji Allah tu pasti.buat apa nak ragu-ragu..jangan risau hati kecilku..Allah pasti merahmati kita..tika kita lemah diuji badai dunia..Dia jua yang hadir menghulurkan kasih sayangNya...
Imanku hanya senipis cuma..menjadi fitrah seorang muslim untuk rasa disayangi dan diambil berat…itulah dugaan ana sekarang..impian ana, zaujah solehah,zuriat..dan keluarga bahagia…ana ni memang suka layan bebudak..lagi-lagi anak buah ana,sampai saja rumah..mereka terus cari ana…cik..cik,nak ais krim…abisla duit ana.bisik hati ana...hehe,ana tak kesah pun..itulah tanda ana sayang pada mereka…tapi bila ana ke bandar,mereka takut pula nak minta memacam..mereka kata..takut ibu marah..hehe,baguslah tu..tapi ana tak sampai hati…setiap seorang ana tanya nak apa? Tapi mereka mesti diam saja...apa lagi..ana bawa mereka masuk kedai..ana ambillah apa yang patut,ais krim itu benda wajib,coklat..dan macam-macam lagilah..habis duit acik dia ni..hehe..tak kesahla asalkan mereka gembira…ada satu kejadian ni, ana dukung anak buah ana yang kecillah,ibu dia nak belek2 baju..datang seorang makcik tegur ana…dah bape bulan baby anak ni,mana ibunya?kata mak cik tu pada ana…baby anak?maksudnya..baby ana?hehe..tersenyum ana..ana jwabla pada mak cik tu…bukan anak saya ni makcik..anak akak saya tu..dia tengah sibuk pilih kain…haha…kelakar ana …mak cik tu ingat tu anak ana..ana tak kawin lagilah..bila petangkan,pasti ana main-main dengan mereka..anak buah ana ni tak ramai sangat,yang kecil-kecil lagi adalah 6 orang…apa lagi..ana dukung diorangla.bawa jalan-jalan...kononnya macam anak sendiri.hehe.untung ibu mereka,boleh rehat kejap…ana sayang sangat pada mereka…diorangla kegembiraan ana…sedih pula bila mengenangkan tu semua…terlupa ana pada ,masalah yang ana hadapi…entah ana ada kesempatan untuk lalui semua ni bersama anak ana sendiri…tak ngapala…ana redha..semua pada tanganNya…ana bersyukur apa yang ana ada sekarang…ini pun ana sedang memangku seorang ana buah ana..amin namanya..dia manja sangat dengan ana..umurnya adalah 2 tahun lebih..aktif sangat..penat ana layan dia ni…dia tengok saja apa yang ana taip ni..macam paham saja dia ni…hehe..ana menulis ni bukan untuk menyedihkan lagi keadaan..tapi kenangan ni lah kebahagiaan ana..biarlah ana derita dalam bahagia…
Ana ada mahu kongsi sesuatu…ana ada kenal seseorang melalui portal ukhwah…sapa ye..hehe..entahla…waktu ana kenal muslimah tu ana sering tersenyum sendirian..tapi ana terfikir…ana tidak boleh lakukan semua ini padanya..ana tidak mahu dia derita sebab ana…ana ni tidak hidup lama..ana tidak mahu seseorang keseorangan sebab ana…Cuma jauh di sudut hati kecil ,ana mahu dia bersama ana sampai ana tiada lagi kat dunia ini..muslimah tu kata..sebagai apa?sebagai sahabat…?dia tidak sanggup katanya…puas ana menerangkan semuanya..ana kasihan pada hati kecil ana..ana pun tak berapa arif hati muslimah…memang tak arif..ana rasa cukup bahagia bila muslimah itu mengambil berat pada ana..biarpun tidak bersama dalam alam nyata…cukuplah alam maya…iman ana tidak kuat,mudah goyah..tapi ana teringin sangat untuk terus menyayanginya sampi ana tiada…tapi ana paham..dia ada kehidupannya sendiri…sampai bila dia akan temankan ana di alam maya..ana juga teringin melihatnya…tapi ana tidak mampu..ana takut ana tidak dapat kawal diri ana dan hati ana dan akan membuat kedua-dau pihak makin derita…cukuplah gambar muslimah untuk ana dan gambar ana untuk dia…ana redha jika dia berkahwin,ana alu-alukan biarpun hati ini perit dan pedih…ana baru tahu maksud cemburu,kadang tu ana ni memang suka miskal muslimah tu…saja nak nenakal sekejap..hehe..rupanya,ada seseorang telefon dia memalam buta ni…siapala ye.ana cemburu juga..ana tanya pada dia untuk kepastian…tapi dia marah ana..Kenapa mahu masuk campur..terdiam ana..dia juga kata ana fikir bebukan pada dia..ana tanya padanya untuk kepastian..jika berterus terang pun apa salahnya..ana akan cuba paham keadaan tu..tapi muslimah tu tidak beri jawapan pun..ana terdiam…entahlah,ana redha..jika dia mahu mendirikan masjid ana alukan..teruskan,jangan fikirkan ana…tapi jika muslimah tu mahu temankan ana sebagai sahabat untuk seketika..ana terima..sebab tu hasrat ana..ana memang mengharap…dugaan ana ni tak tertanggung rasanya…cukuplah ana mengetahui bahawa ada seseorang yang cukup menyayangi ana..ana bahagia…ana mengharap padanya biarpun ana pernah kata ana tak pernah mengharap apa-apa..ana manusia yang lemahla…ana masih mengharap dia memahami ana..ada ana mahu beritahu pada muslimah tu..bahawa ana sangat menyayanginya..ana tenang bila melihat gambarnya..ana tidak mampu hadapi penyakit ni seorang diri..dalam masa yang sama ana tidak mahu dia lihat keadaan ana…ana tidak sampai hati…biarlah ana hadapi penyakit ini seorang diri...dan dia mengetahuinya lagi jauh..doanya sudah cukup bagi ana..nth boleh ana akan pergi ye…saatnya akan tiba jua…pinta ana padanya..agar memaafkan semua dosa ana..kesilapan ana yang membuat dirinya derita,perit dan rimas dengan ana…ana mahu dia menghargai baki masa yang ada ini…ana mahu dia menghargainya…tanda dia sayang pada ana…agar dia tidak menyesal…dan ana tahu dia derita…tapi inilah harapan dan impian ana yang terakhir..adakah impian ana akan berkubur seperti impian ana mahukan seorang zaujah dan zuriat…muslimah itu ada jawapannya..
Nanti ana sambung…amin ni,ibunya nak tidorkan dia..tapi dia tak nak lepas ni dr ana…jadi ana berhenti nak pujuk dia agar tidur…manja sangat budak ni..terpaksala ana jadi ayah dia kejap…ayah dia out station…salam mahabbah…ingat ALLAH,ingat mati….doakan ana tergolong dalam golongan yang beriman dan dapat bersama Rasullah..amin…………

ana hanya mnyempurnakan amanahnya sahaja...sekadr berkongsi bilangnya...sahabat ana tu sedang sakit...marilah kita berdoa ke hadrat Ilahi moga diberi keizinn kesihatn buatnya...


-----------------
CINTAKU hanya milik ALLAH
KASIHKU hanya milik yg berhak


Bookmark and Share

    


  Member Information For sheikhLUTHFIProfil   Hantar PM kepada sheikhLUTHFI   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 11-04-07 06:04


Sebagai manusia biasa we can't help it ... bak kata Elvis - I can't help falling in love with you ...

"ana masih mengharap dia memahami ana..ada ana mahu beritahu pada muslimah tu..bahawa ana sangat menyayanginya..ana tenang bila melihat gambarnya.."

memang berat jugak dugaan dan ujian untuk sheikh ni ... tu lah muslimat, sapa suruh letak gambar kat sini ... kan dah menggoncang hati dan sekaligus menyusahkan hidup org .. ;-)

"ana mahu dia menghargainya…tanda dia sayang pada ana…agar dia tidak menyesal…dan ana tahu dia derita…"

wah .. dasyat juga kisah cinta golongan ustaz-ustazah ni .. ni yang buat saya jealous dan rasa macam nak cari awek ni ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

nur_anis
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1496
Posting: 395
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 11-04-07 07:32


semoga kebahagian itu akan sentiasa hadir dalam hidupnya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_anisProfil   Hantar PM kepada nur_anis   Quote dan BalasQuote

dan_ia
Warga 1 Bintang
Menyertai: 06.12.2006
Ahli No: 27630
Posting: 35
Dari: merantau mencari ilmu

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 11-04-07 10:31


........moga sentiasa dalam rahmat Illahi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For dan_iaProfil   Hantar PM kepada dan_ia   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-04-07 11:04


Semoga mendapat kebahagiaan yang hakiki


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 11-04-07 11:56


:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

mujahidah_Dungun
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.02.2007
Ahli No: 28732
Posting: 137
Dari: uum

Terengganu  


posticon Posting pada: 11-04-07 13:05


assalamualaikum..syukur pada ALLAH SWT,kerana saya diberi kesempatan untuk membaca kisah ini..pertama kali saya dengar kisah hidup sahabatni..tapi kalau dalam novel tu banyak kali..jadi saya agak terkejut kerana, kisah yang saya baca dalam nvel tu ada yang realiti..
buat sahabat sheikh, saya rasa dia adalah antara insan yang paling bertuah di dunia ini, BERTUAH kerana terpilih untuk DIUJI..kita hanya mampu merancang dan mengkehendaki tapi DIA yang MAHA BERHAK untuk menetukan segalanya..
Sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya,diharap sahabat di sana cekal dan tabah mghadapi ujian ini..Hari ini mungkin derita,entah hari esok kita bhagia..
Selagi ada hembusan nafas diBeri,jangan kita mudah berputus asa,berdoalah..kan doa itu senjata org mukmin

Allah swt telah menciptakan perasaan ini (cinta&mnyintai) tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mencintaiNya lebih berbanding insan-insan lain kerana cinta-Nya terlalu Agung dan sukar ditandingi. Memang tidak salah untuk kita mencintai sesama manusia bahkan kita digalakkan untuk merapatkan silaturrahim dan ukhwah demi menuju ke jalan yang diberkati-Nya.apa yang terjadi mungkin suratan takdir tapi kita tidak boleh berserah begitu sahaja,mungkin takdir itu berubah bila kita tabah dan tidak putus-putus memohoN keredhaanNYA.

"Ku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika ku hidup ataupun selepas mati. Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana ku akan berasa senang. Semakin ramai sahabat, ku semakin percaya diri. Ku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka dan duka. Jika ku dapat, akan ku setia padanya."
-Imam Shafie-
-saya cuma insan kerdil,tidak betah berkata-kata, mahupun memberi pndagn..maaf jika ada tersalah bicara,terguris perasaan..jika salah tolong tunjukkan:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_DungunProfil   Hantar PM kepada mujahidah_Dungun   Quote dan BalasQuote

Annursyam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.08.2004
Ahli No: 10824
Posting: 317
Dari: Jelapang padi

Kedah  


posticon Posting pada: 11-04-07 14:10


assalamualaikum.....
sedih dan terharu...
begitulah lumrah hidup setiap manusia...diuji dengan pelbagai dugaan...
sama ada kita mampu untuk hadapinya atau tidak..
sahabat..mungkin menjadi sebahagian daripadaa diri kita untuk meluahkannya..
tapi hidup mesti diteruskan..perjuangan kita masih jauh..mencari keredhaanNya

Bookmark and Share

    


  Member Information For AnnursyamProfil   Hantar PM kepada Annursyam   Pergi ke Annursyam's Website   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-04-07 19:06


Tabahkanlah hati, ya ?
hidup ini banyak dugaannya..
sebagai seorang insan, kita pasti inginkan teman yang memahami..yang dapat memahami, yang dapat mendengar..namun, banyak suratan yang telah di tentukan Allah..

InsysaAllah semuanya pasti baik..

Sabarlah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 12-04-07 20:32


sedihnya baca cerita ni..rasa macam sedih sangat...siapalah gerangannye sahabat ukhwah tu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 16-04-07 08:43


Hmmmm .. semua dah bagi sokongan nampaknya .. maknanya dapat restu dr semua ahli lah ... lepas ni saya pun kena cari seorang perempuan untuk diminati dalam ukhwah ni ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-04-07 09:53


rasa sedih sangat baca cerita sampai nak menitiskan air mata...tapi kena tahan sebab dalam kelas....
betapa tabahnya dirinya menghadapi dugaan hidup...

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

nni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.04.2005
Ahli No: 15868
Posting: 107
Dari: kiri ada meja study, kanan ada katil, depan ada PC, belakang..??

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-04-07 13:40


uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sedih nya cerita.... nak kawan dengan ustaz2 tu lah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nniProfil   Hantar PM kepada nni   Pergi ke nni's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-04-07 16:24


sedih nya ye... ujian cinta, memang berat untuk dipikul. hanya orang2 yang pernah laluinya saja yang betul-betul faham betapa seksa diri menahannya. ujian cinta tu Allah jua yang beri, untuk menguji keimanan dan kesabaran. jadi, kepada Allah jua kita perlu kembali, memohon kekuatan dan daya upaya menghadapi ujian.

kepada sahabat sheikhLUTHFI, ustaz Afie, janganlah lupa yang Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang bersabar.... dan orang2 yang bersabar telah dijanji Allah akan diberi ganjaran yang tak ternilai kelak.

p/s: betapa Portal Ukhwah ni telah mengubah hidup dan pengalaman RAMAI orang.


-----------------

[ Telah diedit oleh: syahidatul pada 19-04-07 16:26 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 19-04-07 16:32


cuma tak setuju jalan ceritanya yang ala bercinta tanpa sebarang ikatan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-04-07 17:09


Pada 11-04-07 06:04 , transmissionline posting:

!!! QUOTE !!!

Sebagai manusia biasa we can't help it ... bak kata Elvis - I can't help falling in love with you ...

"ana masih mengharap dia memahami ana..ada ana mahu beritahu pada muslimah tu..bahawa ana sangat menyayanginya..ana tenang bila melihat gambarnya.."

memang berat jugak dugaan dan ujian untuk sheikh ni ... tu lah muslimat, sapa suruh letak gambar kat sini ... kan dah menggoncang hati dan sekaligus menyusahkan hidup org .. ;-)

"ana mahu dia menghargainya…tanda dia sayang pada ana…agar dia tidak menyesal…dan ana tahu dia derita…"

wah .. dasyat juga kisah cinta golongan ustaz-ustazah ni .. ni yang buat saya jealous dan rasa macam nak cari awek ni ...


assalamualaikum..
sebab baik ana da minta kak shida buang gambar yang ana post..
wassalam



Bookmark and Share

    


  Member Information For lamyanunalif_mursyidahProfil   Hantar PM kepada lamyanunalif_mursyidah   Pergi ke lamyanunalif_mursyidah's Website   Quote dan BalasQuote

nurin_adiela
Warga 1 Bintang
Menyertai: 04.07.2006
Ahli No: 25072
Posting: 34
Dari: Universiti Malaya

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-04-07 17:38


subhanaallah...
sayu hati saya bila m'baca kisah sheikh luthfi tuu...sedih rasanya..begitu berat dugaan yang dialaminyer...sesungguhnyer, Allah turunkan dugaan tu pada hamba2nya yang terdaya untuk hadapi dugaan-Nya...sheikh luthfi adalah salah seorang yang tergolong itu...sabar ye..kami warga ukhwah akan m'doakan kesejahteraan sheikh..insyaallah...semuanya akan bertambah baik...insyaallah..sama-samalah kita m'doakan sahabat kita ni kawan-kawan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurin_adielaProfil   Hantar PM kepada nurin_adiela   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-04-07 02:42


Pada 19-04-07 16:32 , izzul_islam posting:

!!! QUOTE !!!

cuma tak setuju jalan ceritanya yang ala bercinta tanpa sebarang ikatan.


jalan cerita? ni kan kisah benar...

dah ada rasa tu, nak buek camno....

sebenarnya setiap orang adalah manusia biasa. tak dapat lari dari fitrah.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

ika2410
WARGA SETIA
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-04-07 10:16


assalamualaikum...

memang menitiskan air mata ana..entahlah tak tahu Kenapa ana nangis..itulah kekuatan yang kita perlu ada dalam diri kita..tak semua yang kita impikan akan kita kecapi..kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan...ana harap sangat dapat baca lagi kisah hidup muslimin ni..apa yang ana nak katakan bersabarlah mungkin ni jihad enta walaupun tak dapat hidup bersama dengan insan yang disayangi..ana doakan moga diberi ketabahan,kekuatan dan yang penting jaga diri dan kesihatan baik2..raihlah cinta Allah dari cinta manusia..kerana cinta Allah itu yang abadi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ika2410Profil   Hantar PM kepada ika2410   Pergi ke ika2410's Website   Quote dan BalasQuote

dueramiela
WARGA SETIA
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28283
Posting: 732
Dari: DaRuL eHsaN

Selangor  


posticon Posting pada: 20-04-07 12:10


hampir menitiskan airmata...sebak...meremang bulu roma bila memikirkan kematian...ALLAHUAKBAR...

Bookmark and Share

    


  Member Information For dueramielaProfil   Hantar PM kepada dueramiela   Quote dan BalasQuote

sheikhLUTHFI
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3412
Posting: 173
Dari: 'AQaBA,jORDAN

jordan  


posticon Posting pada: 20-04-07 17:35


assalamualaikum,

segala puji bagi Allah,buat saudari nurin...bukan ana yang sakit..ana sahabatnya sahaja...alhmdulillah ustz afie makin beransur sihat...kita sama-samalah berdoa untuk dirinya...moga ALLAH memnjgkn umurnya agar dia dapat berjuang menegakkan agamaNya...amin...


-----------------
CINTAKU hanya milik ALLAH
KASIHKU hanya milik yg berhak


Bookmark and Share

    


  Member Information For sheikhLUTHFIProfil   Hantar PM kepada sheikhLUTHFI   Quote dan BalasQuote

mechelmine
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26702
Posting: 897
Dari: KeLaNtAn Ke KeDaH

Kelantan  


posticon Posting pada: 20-04-07 21:57


erm....memang lah sedih...
Cinta alam maya...mmmm... :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mechelmineProfil   Hantar PM kepada mechelmine   Pergi ke mechelmine's Website   Quote dan BalasQuote

imthiyaz
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2004
Ahli No: 11772
Posting: 461
Dari: Selangor @ Shah Alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-04-07 10:15


Pada 19-04-07 16:32 , izzul_islam posting:

!!! QUOTE !!!

cuma tak setuju jalan ceritanya yang ala bercinta tanpa sebarang ikatan.



agakla.... anyway... cerita ini memang sedih


-----------------
Hidup di sini untuk balik ke tempat asal


Bookmark and Share

    


  Member Information For imthiyazProfil   Hantar PM kepada imthiyaz   Pergi ke imthiyaz's Website   Quote dan BalasQuote

diyana_jamal
Warga 1 Bintang
Menyertai: 31.01.2007
Ahli No: 28464
Posting: 35
Dari: rumahku syurgaku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 22-04-07 10:59


erm....
dugaan dari illahi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For diyana_jamalProfil   Hantar PM kepada diyana_jamal   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-04-07 11:04


dugaan dari Yang Maha Mengetahui,
perancangan Allah Adalah maha sempurna dan luar dari jangkauan akal manusia itu sendiri,
tawakkal selalu


----------------------------------------------------
Ada manafaat bagi mereka yang mahu berfikir

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 27-04-07 01:06


Pada 20-04-07 17:35 , sheikhLUTHFI posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum,

segala puji bagi Allah,buat saudari nurin...bukan ana yang sakit..ana sahabatnya sahaja...alhmdulillah ustz afie makin beransur sihat...kita sama-samalah berdoa untuk dirinya...moga ALLAH memnjgkn umurnya agar dia dapat berjuang menegakkan agamaNya...amin...




tapi kan...ana macam tertanya2...afie tu sakit apa ye...boleh bilang ke?


-----------------
strong minds talk about ideas, weak minds talk about people.


Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 27-04-07 01:08


Pada 16-04-07 08:43 , transmissionline posting:

!!! QUOTE !!!

Hmmmm .. semua dah bagi sokongan nampaknya .. maknanya dapat restu dr semua ahli lah ... lepas ni saya pun kena cari seorang perempuan untuk diminati dalam ukhwah ni ...



huhu...tunggu apa lagi transmissionline...just pick one...banyak ni kat ukhwah...macam pilih baju lah pula...huhu tak apa...dont worry..dia akan datang sendiri k....


-----------------
strong minds talk about ideas, weak minds talk about people.


Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-04-07 11:12


mesti coretan ini cuba nak bagitahu luahan hati pada muslimah tersebut agar dia faham isi hati penulis. sayu juga ceritanya. Hanya mampu berharap juga moga Allah kabulkan doa & permudahkan harapan penulis untuk memiliki isteri & zuriat sebagai penyambung doa buat bekalan tmbahan di akhirat nanti. Amin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

destinasi_abadi
WARGA SETIA
Menyertai: 31.12.2004
Ahli No: 13423
Posting: 496
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 27-04-07 12:28


tersentuh baca kisah ini...dah nangis pun...sebab dia sakit...erm...kalau makin sembuh alhamdulillah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For destinasi_abadiProfil   Hantar PM kepada destinasi_abadi   Quote dan BalasQuote

sheikhLUTHFI
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3412
Posting: 173
Dari: 'AQaBA,jORDAN

jordan  


posticon Posting pada: 27-04-07 20:18


salam
sahabat ana tu mghidapi lung cancer..waallahualm


-----------------
CINTAKU hanya milik ALLAH
KASIHKU hanya milik yg berhak


Bookmark and Share

    


  Member Information For sheikhLUTHFIProfil   Hantar PM kepada sheikhLUTHFI   Quote dan BalasQuote

sof_wan88
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28277
Posting: 127
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 27-04-07 23:48


cinta kan manusia, manusia akan mati.
cintakan bunga, bunga kan layu,
cintakan Allah, Ia kekal buat selama-lamanya...
maka cintakan lah Allah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sof_wan88Profil   Hantar PM kepada sof_wan88   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 28-04-07 03:45


Hakikat Kebahagiaan (^^,)


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 01-05-07 08:13


Pada 27-04-07 01:08 , Farishah posting:

!!! QUOTE !!!


huhu...tunggu apa lagi transmissionline...just pick one...banyak ni kat ukhwah...macam pilih baju lah pula...huhu tak apa...dont worry..dia akan datang sendiri k....


datang sendiri ?? tu lah yang saya harapkan biar dia datang sendiri .. tapi bila tengok semua org bagi sokongan moral, muslimat pulak siap ada yang menangis baca kisah ni, tu yang buat saya rasa macam nak cari seorang tu .. biar sampai sakit-2 terkenangkan muslimat yang thiqah lagi layak dijadikan sayap kiri perjuangan ...

andai cinta dan kasih pada seseorang mampu mendekatkan diri pada Allah dan mampu membangkitkan semarak perjuangan maka ku rela serahkan hati ini pada insan itu (walaupun sebelum ada ikatan yang sah .... :-P )

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 13-05-07 14:15


Pada 01-05-07 08:13 , transmissionline posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 27-04-07 01:08 , Farishah posting:

!!! QUOTE !!!


huhu...tunggu apa lagi transmissionline...just pick one...banyak ni kat ukhwah...macam pilih baju lah pula...huhu tak apa...dont worry..dia akan datang sendiri k....


datang sendiri ?? tu lah yang saya harapkan biar dia datang sendiri .. tapi bila tengok semua org bagi sokongan moral, muslimat pulak siap ada yang menangis baca kisah ni, tu yang buat saya rasa macam nak cari seorang tu .. biar sampai sakit-2 terkenangkan muslimat yang thiqah lagi layak dijadikan sayap kiri perjuangan ...

andai cinta dan kasih pada seseorang mampu mendekatkan diri pada Allah dan mampu membangkitkan semarak perjuangan maka ku rela serahkan hati ini pada insan itu (walaupun sebelum ada ikatan yang sah .... :-P )


opss...ayat yang last tu macam tak sihat saja....yup...wen the time comes it will come to u...just wait dan doa ok...tapi rasanya ni macam lebih sesuai untuk saya saja...boleh diapply untuk lelaki jugak agaknya...

nak yang thiqah...erm susah tu macam satu dalam sejuta...insyaAllah boleh dapat kalau kita pun thiqah dan macam satu dalam sejuta juga...:D sebelum kita nak cari dan ukur siapa bakal jodoh kita, kita pun kena ukur diri kita dulu, saya selalu cuba untuk memperbaiki diri, sebab saya nak seorang suami yang boleh membetol kan saya...huhu


-----------------
strong minds talk about ideas, weak minds talk about people.


Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 13-05-07 17:13


Pada 13-05-07 14:15 , Farishah posting:

!!! QUOTE !!!

sebab saya nak seorang suami yang boleh membetol kan saya...huhu



Iman tak dapat diwarisi,
Dari seorang suami yang bertaqwa...^o^


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 21-05-07 12:02


Pada 13-05-07 17:13 , sailormoon posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 13-05-07 14:15 , Farishah posting:

!!! QUOTE !!!

sebab saya nak seorang suami yang boleh membetol kan saya...huhu



Iman tak dapat diwarisi,
Dari seorang suami yang bertaqwa...^o^




saya tknk mewarisi keimanan suami saya, tapi saya nak suami yang boleh sama-sama membawa saya merasai kemanisan iman itu sendiri...:)


-----------------
strong minds talk about ideas, weak minds talk about people.


Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.124444 saat. Lajunya....