Oleh |
Parkinson |
rimbabara
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 03.03.2006 Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 08-04-07 14:50
*Gejala penyakit parkinson Tangan dan kaki yang menggeletar, rasa kaku badan, bradikinesia/pergerakan badan yang lambat. Gejala ini menyebabkan masalah berjalan, berdiri dari tempat duduk, menulis dan berpusing badan di katil. Lain-lain simptom termasuklah wajah yang tidak beremosi dan suara yang tidak jelas. *Faktor risiko Usia lebih 60 tahun, petani atau penduduk yang tinggal di luar bandar, pekerja industri yang terdedah kepada logam-logam tertentu dan keturunan di mana orang Barat mempunyai risiko lebih tinggi berbanding orang Timur. Sementara itu, faktor-faktor yang mengurangkan risiko menghidap penyakit ini ialah orang yang kerap minum kopi dan merokok. Selain minum kopi, cara pemakanan tidak mempunyai apa-apa peranan di dalam menyebabkan parkinson. *Rawatan Terdiri daripada ubat-ubatan dan pembedahan otak Palidotomi dan Rangsangan Otak Dalaman. Pesakit harus dirawat kerana ubat-ubatan dapat mempertingkatkan mutu hidup dan memanjangkan tempoh hidup mereka sehingga hampir sama dengan orang sihat. Meskipun menerima rawatan, masalah pergerakan badan pesakit Parkinson menjadi semakin melarat dari setahun ke setahun, khasnya selepas lima hingga tujuh tahun. Pembedahan otak diperlukan apabila pesakit tidak mampu berjalan lagi pada peringkat lewat penyakit. Kedua-dua jenis rawatan hanya mengawal gejala tetapi tidak berupaya menyembuhkan penyakit sepenuhnya. Oleh itu, penyakit parkinson menyebabkan masalah fizikal, mental dan sosial yang berpanjangan. Maka peranan kumpulan sokongan dan sukarelawan adalah mustahak kerana mereka boleh memberikan sokongan moral dan mendidik pesakit menangani masalah yang timbul.
|
hol_mes224
Warga Rasmi Menyertai: 21.05.2006 Ahli No: 24471
Posting: 17
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 08-05-07 02:48
secara kasar, parkinson dikaitkan dengan penyakit tua, aging. juga merupakan meurological problem dan berlaku pada central nervous system. Antara sebab dia biasanya adalah akibat kemerosotan sel2 yang menghasilkan dopa, bahan yang seterusnya diubah kepada dopamin, sejenis neurotranmiter (pengutus btwn 2 neuron). Namun sebab parkinson juga sebenarnya adalah idiopathic (having no specific cause or unknown cause) =]
|
doktor_kampung
WARGA SETIA Menyertai: 19.05.2003 Ahli No: 505
Posting: 436
Dari: jelapang, ipoh
|
Posting pada: 08-05-07 03:03
isk...ana memang kasihan tengok pakcik makcik yang kena parkinson ni. kannye apa, sebab mereka punya kualiti hidup sangat lah menurun...walaupun ada rawatan, tapi lama kelamaan rawatan tu akan jadi resistant... p/s : siapa pernah tengok pallidotomy?
|
ABg_IMaM
Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 08-05-07 03:08
antara yang menderita akibat Parkinson ialah Muhammad Ali
|
ilhammusafir
Warga 5 Bintang Menyertai: 05.11.2005 Ahli No: 20222
Posting: 361
Dari: SeGaMat_JoHoR
|
Posting pada: 08-05-07 07:13
|
aiz
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 273
Posting: 275
Dari: melaka
|
Posting pada: 08-05-07 12:01
ujian dari Allah www.penawar.net
|