Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Activity gets you busy. But productivity gets you results. Activity consumes time. Productivity frees it.

-- ummimq

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 243
Ahli: 0
Jumlah: 243




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 9 jam, 43 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: AKIBAT HUTANG


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» AKIBAT HUTANG

Please Mendaftar To Post


Oleh AKIBAT HUTANG

safiee_iiu
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 18.07.2003
Ahli No: 2434
Posting: 339
Dari: 475, felda air tawar 1, 81920 kota tinggi, johor

Johor  


posticon Posting pada: 16-09-03 18:04


Ustaz Halim (bukan nama sebenar), telah diganggu dengan suatu mimpi
yang dia sendiri tidak memahaminya. Berbulan bulan dia tidak lelap
tidur kerana mimpi tersebut. Dia bermimpi datang seorang lelaki
yang dalam keadaan yang amat terseksa dan melambai-lambaikan tangan
kepadanya dengan berkata " tolong bebas kan aku". Setelah bersolat
hajat, bertanya dengan orang-orang 'alim akhirnya dia telah
bertanya dengan ibunya dimanakah kubur bapanya.
Ibunya bercerita, ketika berlaku serangan Jepun di Tanah Melayu,
dia telah terpisah dengan suaminya. Hampir 40 tahun berlalu dia
tidak pernah dengar langsung khabar berita. Maklumat yang diketahui
ayahnya telah terbunuh ketika perang Jepun dahulu. Setelah berlalu
beberapa bulan, Ustaz Halim tidak jemu-jemu bermunajat dan berdoa
agar Allah memberikan petunjuk supaya dia dapat menyelesaikan
mimpinya.
Mengikut orang-orang 'alim, orang yang memanggilnya didalam mimpi
tersebut ialah roh ayahnya. Ustaz Halim sentiasa berdoa kepada
Allah supaya mengampuni dosa ayahnya dan melepaskan siksaan yang
diderita oleh ayahnya. Namun setelah dua tahun berlalu dia masih
diganggu oleh mimpi tersebut lagi.
Masa berlalu, akhirnya dia dapat maklumat bahawa sebenarnya ayahnya
baharu meninggal lebih kurang dua tahun yang lalu. Maklumat yang
diterima, ayahnya adalah seorang yang berjaya dalam perniagaan dan
telah banyak melakukan amal kebajikan untuk kabaikan Islam. Setelah
terpisah ketika perang Jepun, arwah ayahnya telah berikhtiar
mencari isterinya namun tidak berjumpa. Ayahnya mendapat tahu
isterinya telah meninggal dunia kemudian dia telah mendirikan
rumahtangga dengan isteri kedua dan dikurniakan dengan lima orang
anak perempuan.
Ustaz Halim telah pergi ke rumah ibu tirinya untuk mengetahui jika
ayahnya dahulu ada meninggalkan apa-apa hutang yang belum selesai.
Ibu tirinya dan adik-adik tirinya tidak memberikan kerjasama yang
baik setelah mengetahui bahawa Ustaz Halim adalah juga waris kepada
simati. Dia takut Ustaz Halim akan menuntut haknya daripada harta
simati. Bagimanapun daripada peguam keluarga ayahnya memberitahu
bahawa semua hutang simati telah dijelaskan dan tidak ada satu pun
yang tinggal.
Ustaz Halim terus menyiasat, kepada semua kenalan arwah bapanya dan
memohon semua kenalan bapanya jika ada salah dan silap ketika dia
hidup harap diampunkan.
Masa berlalu, mimpi masih terus menganggu.
Suatu hari Ustaz Halim pergi semula ke rumah ibu tirinya,
menceritakan kepada ibu tirinya tentang mimpi yang dialaminya.
Mimpi tersebut bermula setelah kematian ayahnya. Ibu tirinya
merasakan tidak mungkin sebab arwah ayahnya adalah seorang yang taat
beribadah dan rajin bersedekah. Suka menolong orang susah. Tidak
pernah lambat menjelaskan zakat perniagaannya. Bagaimana dia boleh
terseksa. Ibu tirinya berpendapat itu mungkin bukan arwah suaminya.
Mungkin orang lain.
Setelah panjang lebar berbincang dengan ibu tirinya, dia pun
mengambil keputusan untuk balik. Ketika keluar daripada rumah
tersebut, dia bertemu dengan seorang lelaki. Lelaki tua tersebut
bertanya inikah rumah Datuk Azlan bin Affendi (bukan nama
sebenar). Ustaz Halim menjawab betul. Dia ada d irumahkah? Tanya
lelaki tua tersebut.
Kemudian tanpa banyak soal, ustaz Halim membawa orang tua tersebut
ke kubur arwah ayahnya. Di dalam perjalanan, Ustaz Halim
menceritakan segala-galanya dan orang tua tersebut menceritakan
pula dia adalah sahabat karib kepada kawannya Azlan. Beberapa
minggu yang lepas dia terbaca satu buku dan di belakang buku
tersebut ada biodata kawannya itu. Lalu dia terus datang ke KL
untuk berjumpa dengannya.
Sebelum sampai ke kubur, mereka singgah sebentar minum di warung
kopi. Ustaz Halim bertanya dengan orang tua tersebut. Pernahkan
pakcik berselisih faham dengan ayah saya? Jawap orang tua tersebut,
tidak pernah dan kalau adapun dia telah mengampunkan segala
dosanya. Ustaz Halim terus bertanya berkenaan dengan hutang. Orang
tua itu kata tidak pernah Azlan berhutang dengannya.
Mereka terus ke kubur dan berdoa. Selesai berdoa orang tua tersebut
teringat peristiwa sebelum mereka berpisah ketika perang Jepun.
Ketika itu kami sedang minum kopi di warung. Azlan telah
tergesa-gesa pulang dan meminta dia membayarkan duit minum kopi
yang berharga 5 sen dahulu. Dia berjanji akan membayar balik.
Kemudian Jepun menyerang kampung kami dan kami terus berpisah.
Orang tua tersebut terus berdoa " Ya Allah aku halalkan hutang lima
sen yang kawan ku Azlan berhutang kepada ku".
Setelah hari itu, Ustaz Halim tidak lagi diganggu dengan mimpi
tersebut lagi.
Ini adalah kisah benar (Nama sebenar dirahsiakan oleh penulis).

Moral cerita:- Renungilah hadith nabi berikut:
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:
"Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskannya maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan
bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dibereskan hutangnya itu"
Dari kisah ini, Datuk Azlan masih beruntung kerana dia mendapat
anak yang soleh (Ustaz Halim). Dan dengan berkat anak yang soleh
ini dia dapat mengadu kepada anaknya di dalam mimpi kemudian
terbebas ia dari hutang yang sangat kecil iaitu 5 sen dan telah
dapat terbebas dari seksaan yang dahsyat iaitu Roh terawang-awang
di antara langit dan bumi.
Oleh itu, walaupun banyak amal ibadat kita, banyak sedekah kita,
jika ada hutang yang tidak selesai walaupun satu sen pasti roh kita
akan terseksa setelah kita mati.
Oleh itu, jika berhutang hendaklah ditulis dan beritahu kepada
waris kita sebelum kita mati supaya waris kita dapat
menyelesaikannya.
seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 282:
"Wahai orang mukmin, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan
cara berhutang (yang bertempoh) hingga ke suatu masa yang tertentu
maka hendaklah kamu menulisnya (kadarnya dan tempohnya) dan
hendaklah ada jurutulis yang menulisnya dengan adil dan benar, dan
janganlah seorang penulis itu enggan menulis/mencatit sebagaimana
Allah telah ajarkan. Oleh itu hendaklah penulis itu mengikut yang
merencanakan oleh pihak yang terlibat dengan penuh rasa taqwa
kepada Allah Tuhannya dan janganlah dia mengurangkan sesuatupun
dari jumlah atau kadar dan tempoh masa berhutang itu dimulakan
hingga selesai dibayarkan balik dengan sempurna."

sahabat...
samada cerita ini rekaan atau kisah sebenar...waAllahu'alam

yg penting..saya HARAP..kite semua mengambil iktibar drpdnnya...

waAllahu'alam

wassalam



-----------------
cintakan bunga layu, hancur dan musnah
cintakan tuhan kekal buat selama-lamanya




Bookmark and Share

    


  Member Information For safiee_iiuProfil   Hantar PM kepada safiee_iiu   Pergi ke safiee_iiu's Website   Quote dan BalasQuote

dinulhuda1422h
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 19.07.2003
Ahli No: 2447
Posting: 793
Dari: Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-09-03 02:31


panjangnyer...so kena save dululaa yer...komen kemudian.

Bookmark and Share

    


  Member Information For dinulhuda1422hProfil   Hantar PM kepada dinulhuda1422h   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.098151 saat. Lajunya....