Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.
-- -- Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 179
Ahli: 0
Jumlah: 179




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 21 jam, 16 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Sukan dan Riadah
Topik: MB saran wanita pelajari ilmu silat


Carian Forum

Moderator: Administrator, mohamad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sukan dan Riadah
    »» MB saran wanita pelajari ilmu silat

Please Mendaftar To Post


Oleh MB saran wanita pelajari ilmu silat

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-04-07 08:58


KOTA BHARU, 27 (Hrkh) - Golongan wanita
khususnya di kalangan remaja disaran
mempelajari ilmu mempertahankan diri
bagi dimanfaat ketika waktu-waktu terdesak.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul
Aziz Nik Mat berkata, ilmu tersebut
wajar dipelajari sebagai usaha untuk
mempertahankan diri daripada gangguan
pihak yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, apabila wanita mempunyai
kemahiran seni mempertahankan diri
kejadian ragut dan pencabulan yang
semakin menjadi-jadi membabitkan
golongan wanita sekarang dapat dikurangkan.

“Sekiranya golongan wanita mempunyai
ilmu itu sedikit sebanyak mereka tahu
cara untuk mempertahankan diri dari
terus menjadi mangsa pihak yang tidak
bertanggungjawab,” katanya di sini.

Sehubungan itu beliau mencadangkan
wanita yang berminat mempelajari ilmu
mempertahankan diri mencari tenaga
pengajar yang benar-benar terlatih serta
diiktiraf.

Beliau juga mencadangkan Nisa’ Malaysia
turut menganjurkan kejohanan seni
mempertahankan diri di kalangan wanita
dalam sukan Nisa’ pada masa akan datang.

“Selain itu acara renang juga wajar
dipertimbangkan diadakan dalam acara
sukan itu yang hanya membabitkan
golongan wanita sahaja,” ujarnya. - /mj

http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?forum=17&topic=29670&start=0
[ Telah diedit oleh: Firdaus15 pada 03-04-07 09:18 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

husna_nasiha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.01.2006
Ahli No: 22138
Posting: 233
Dari: UPM

Perak  


posticon Posting pada: 03-04-07 12:30


Bukan tak nak belajar, malah memang dari kecik minat ilmu silat. Cuma setakat ni masih belum berpeluang (gurunya tak budak dan sibuk dengan study)..:( Actually, kalau wanita yang rasa2 tak dapat pertahankan diri tu, bwalah senjata macam pisau @ serbuk cili masa pergi jalan-jalan seorang-seorang, tawakal dan berdoa juga... moga diselamatkan. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For husna_nasihaProfil   Hantar PM kepada husna_nasiha   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 03-04-07 14:48


memang wanita kena belajar martial art....kat maalysia dah ada banyak martial art....just pilih saja....kalau yang kurang minat dengan silat...bolehlah pergi belajar karate-do, wushu.

jangan bawa pisau....bahaya, takut diri sendiri nanti yang kena tikam dengan perogol....bukan tindakan yang bijak bawa pisau.

senjata paling baik untuk wanita rasanya....pepper spray....ala...yang macam disembur kat mahathir hari itu kat airport....hehehe....ini senjata yang bagus....lagi satu....electric shock device....yang ini pun bagus...tapi rasanya mahal.

wallahua'lam
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 04-04-07 02:53 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-04-07 18:12


Pada 03-04-07 12:30 , husna_nasiha posting:

!!! QUOTE !!!

Actually, kalau wanita yang rasa2 tak dapat pertahankan diri tu, bwalah senjata macam pisau @ serbuk cili masa pergi jalan-jalan seorang-seorang, tawakal dan berdoa juga... moga diselamatkan. :)



Assalamualaikum...

adik husna-nasiha, jangan bawa pisau atau apa-apa senjata (walaupun kayu) kalau tidak mahir menggunakannya, nanti senjata makan tuan.

belajar ilmu mempertahankan diri adalah satu saranan yang bagus, bila belajar silat contohnya, cikgu akan menerangkan bahagian yang lemah pada tubuh badan manusia, jadi kita akan serang kat situ.

bahagian2 yang boleh diserang oleh wanita bila mana berhadapan dengan situasi seperti rogol ialah mata, bahagian leher, kemaluan dan bahagian perut bawah pusat....kebanyakkan orang akan tumbuk bahagian dada dan abdomen (tengok kat TV) tapi kat situ mana sakit, tapi kalau tumbuk kat perut bawah yang bawah pusat, baru best...barulah terasa kesakitannya...


-----------------
Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.


Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 04-04-07 03:02


ada satu kawasan kat badan lelaki yang paling lemah....rasanya itu memang dicipta oleh Allah SWT supaya lemah....kalau waktu main football, kena pulak bola confirm lelaki senak.

so....dalam situasi kecemasan seperti nak kena rogol, nak kena samun, nak kena bunuh....sila aim tumbukan dan tendangan kat KAWASAN LEMAH tersebut.....insyaAllah ia mampu membantu wanita melepaskan diri daripada penjahat.

bila penjahat dah senak....naruto-san nasihatkan.....sepak kepala atau ambik apa-apa kayu ke apa hentak kepala atau badan si penjenayah.....padan muka dia....biar dia cacat seumur hidup....sekadar pandangan peribadi...hahaha

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

graduanislam22
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.01.2007
Ahli No: 28041
Posting: 343
Dari: selayang

egypt  


posticon Posting pada: 04-04-07 05:05


salam'alaykum...

mempertahankan diri sewaktu terdesak lebih2 lagi ketika mempertahankan harta adalah harus..

ada pendapat yang mengatakan jika kita mati ketika mempertahankan harta kita, kita akan mati dalam keadaan syahid..

saranan tersebut amat baik..tapi bila berguru dalam seni mempertahankan diri kenalah pandai2 jaga diri..sepertimana yang kita lihat baru-baru ni, terlalu banyak guru2 silat terutamanya yang ambil kesempatan ke atas pelajarnya..

ala kulli hal, niatlah mempelajari apa jua ilmu kerana Allah SWT..

Tuan Guru pandai bermain senjata..memanah..menembak..:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For graduanislam22Profil   Hantar PM kepada graduanislam22   Pergi ke graduanislam22's Website   Quote dan BalasQuote

mawarddah
Warga Rasmi
Menyertai: 17.01.2005
Ahli No: 13753
Posting: 18
Dari: negeri sembilan

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 04-04-07 08:47


salam..
saya sokong sangat pendapat ini..
saya pun dah belajar seni silat cekak..dulu masuk sebab ikut member saja..yp bila da masuk rasa sangat seronok pula..sebab silat selalu dikaitkan dengan benda tahyul, tapi dalam silat ini tak ada lah upacare yang mengarut2..semuanya ada sebab musabab nya sendiri..mula-mula belajar, penatnye, ALLAH saja yang tahu..tapi da lama ok lah..lagi 1, dalam silat ini mengajar kita jadi lagi berani..tak lari dr musuh..tu pendapat saya..

wallahualam...

'FUTURE FOOD TECHNOLOGIST'

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawarddahProfil   Hantar PM kepada mawarddah   Pergi ke mawarddah's Website   Quote dan BalasQuote

redgirl
WARGA SETIA
Menyertai: 31.01.2007
Ahli No: 28476
Posting: 871
Dari: bumi tuhan

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 04-04-07 09:33


saya dah masuk silat sejak darjah 4 hga thing 3...
silat gayung fatani saja lah...sekarang ni brek kejap..rindu kat silat..
nantikan kedatangan ku..silat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For redgirlProfil   Hantar PM kepada redgirl   Quote dan BalasQuote

nurfieza
WARGA SETIA
Menyertai: 19.01.2006
Ahli No: 22039
Posting: 416
Dari: utara...

Selangor  


posticon Posting pada: 04-04-07 11:36


ana cadangkan wanita-wanita di luar sana belajar silat cekak malaysia...
insyaAllah banyak manfaatnya..


Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan

Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri

Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah

Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya

Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat

Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat

Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka

Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfiezaProfil   Hantar PM kepada nurfieza   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 04-04-07 11:39


Pada 04-04-07 09:33 , redgirl posting:

!!! QUOTE !!!

saya dah masuk silat sejak darjah 4 hga thing 3...
silat gayung fatani saja lah...sekarang ni brek kejap..rindu kat silat..
nantikan kedatangan ku..silat..


redgirl pegamal silat rupanya, Alhamdulillah bagus. teruskan bergelanggang.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.191986 saat. Lajunya....