Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 10-04-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna.
-- Mahatma Ghandi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Athiqullah83
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43132

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 39
Ahli: 0
Jumlah: 39




  Yang Masuk Ke Sini
ikhwan5217: 4 hari yang lalu
Martyr: 8 hari yang lalu
Ahmadmohd7878: 12 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Pelajar sekolah agama (berlian yang dipandang kaca)


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Pelajar sekolah agama (berlian yang dipandang kaca)

Please Mendaftar To Post


Oleh Pelajar sekolah agama (berlian yang dipandang kaca)

maruz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16590
Posting: 282
Dari: Selangor Darul Ehsan

lebanon   avatar


posticon Posting pada: 26-03-07 15:13


BERLIAN YANG DIPANDANG KACA

Belajar di sebuah sekolah agama bukan suatu perkara yang mudah dan menghiburkan. Kadangkala ia penuh dengan cabaran dan dugaan berat yang bukan kepalang. Menjadi pelajar sekolah agama memerlukan komitmen dan kesungguhan yang tinggi. Ini kerana ilmu yang dipelajari bukan calang-calang ilmu dan ia amat memeningkan kepala jika tidak dihayati dan difahami dengan sepenuhnya.

Sekolah agama khususnya sekolah agama negeri (SAN-dibawah kerajaan negeri) dan sekolah agama rakyat (SAR) mempunyai dual sistem pendidikan. Sistem berkenaan ialah sistem pendidikan kebangsaan (Kementerian Pelajaran) dan sistem pendidikan Islam (Universiti Al-Azhar). Oleh sebab itu bahasa pengantar di sekolah agama dual sistem adalah bahasa Melayu dan bahasa Arab. Mengaji bahasa Arab memerlukan kesungguhan kerana bahasa ini lebih payah daripada bahasa Inggeris namun lebih enak, sedap dan mudah dipelajari dan dihayati. Sekolah-sekolah agama yang mengajar sistem pendidikan islam Al-Azhar akan menggunakan buku-buku teks yang diimport dari Al-Azhar mesir. Buku-buku teks ini (semasa saya belajar dahulu) mempunyai kulit buku berwarna putih dengan tulisan kulit depan berwarna merah atau hitam dan diterbitkan oleh Madrasah al-azhar. Matapelajaran yang dipelajari ialah Bahasa Arab, Fiqh, Tauhid, Tafsir Al-Quran, Hadits dan Sirah Islamiah. Kesemuanya di ajar di dalam bahasa arab tetapi ada juga penterjemahan dan penerangan di dalam bahasa melayu (Ustaz-ustaz yang menterjemah dan menerangkan di dalam bahasa Melayu untuk memudahkan pemahaman).

Pelajar-pelajar sekolah agama diserap dengan pendidikan agama secara formal dan tidak formal sejak daripada tingkatan 1 lagi. Aktiviti seperti zikir munajat, mengaji kitab, tazkirah, tadarus al-quran, qiamulail, usrah, tamrin dan sebagainya sudah menjadi kebiasaan kepada semua pelajar sekolah agama. Saya sendiri didedahkan dengan usrah sejak daripada tingkatan 1 lagi. Pendedahan ini banyak memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar sekolah agama sebagai bekalan menjadi insan dewasa yang matang di masa hadapan.

Belajar di sekolah agama banyak memberikan kenangan manis mahupun pahit. Kenangan akan sentiasa di simpan dan di semat di dalam hati. Namun kenangan mengaji di sebuah sekolah agama memang sukar untuk dilupakan. Sehingga kini persahabatan yang terjalin semenjak tingkatan 1 terus subur dan mewangi, ini kerana persahabatan yang lahir adalah persahabatan yang tulus ikhlas. Selain itu perkongsian hidup sebagai pelajar sebuah sekolah agama menjadikan persahabatan erat dan rapat kerana sama-sama mengharung jerit payah sebagai pelajar aliran agama.

Apa yang pasti pelajar aliran agama khususnya SAN dan SAR seringkali dipinggirkan dan diketepikan. Pelajar SAN dan SAR tidak mendapat peluang seperti mana pelajar SMKA dan SMAP atau sekolah-sekolah lain. Kami sering kali di anak tirikan walaupun ianya sebuah sekolah di bawah kawalan Kerajaan Negeri. Namun ramai pelajar sekolah agama SAN dan SAR telah membuktikan bahawa mereka adalah hebat dan cemerlang walaupun dengan seribu kepayahan dan kesusahan menuntut ilmu disamping sering diketepikan oleh pihak Kementerian Pelajaran untuk mendapat pendidikan dan pendedahan yang sewajarnya.

Maka seorang pelajar A yang bersekolah di sekolah agama negeri (SAN) yang hanya mendapat 7A1 dan 3A2 adalah lebih cemerlang daripada seorang pelajar B yang bersekolah di sekolah berasrama penuh (SBP) yang mendapat 17A1 kerana pelajar B berkenaan mendapat pelbagai kemudahan seperti kelas tambahan, seminar peperiksaan, soalan-soalan hint dan juga banyak kemudahan lain berbanding pelajar A yang tidak mendapat semua kemudahan itu.

Maka tidak hairan apabila ramai pelajar aliran agama lebih menonjol di peringkat pengajian Universiti berbanding lulusan sekolah-sekolah lain. Kebanyakkan mereka berjaya mendapat sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda kepujian kelas kedua atas (jika tidak hanyut di universiti). Ini kerana mereka telah melalui zaman jerit payah untuk mendapat keputusan cemerlang kerana mereka tidak dimanjakan seperti pelajar-pelajar SBP/SMS/SMKA/SMAP.

Saya sendiri pernah merasa tidak selesa apabila kawan-kawan dan juga junior-junior di universiti mengatakan saya seorang yang pandai hanya kerana berjaya mengekalkan keputusan PNGK >3.00 setiap semester sedangkan saya tidak pandai dan tidak genius berbanding mereka yang lebih hebat dan pandai-pandai. (Note: Mendapat keputusan PNGK >3.00 di USM adalah satu perkara yang hebat di minda mahasiswa USM kerana amat sukar untuk mendapat keputusan PNGK >3.00 di universiti ini berbanding di universiti yang lain).

Semasa saya di alam kampus, saya hairan di mana bekas-bekas pelajar sekolah agama? sedangkan mereka ramai jumlahnya namun jika dilihat kepada mereka yang aktif di dalam PMI, PKPIM, KARISMA, HIZBUT TAHRIR, PERKIM dan lain-lain adalah bukan dari aliran sekolah agama. Malah tampuk kepimpinan persatuan-persatuan pelajar islam ini juga dipimpin oleh mereka yang bukan dari sekolah agama. Oleh sebab itu, tidak dapat tidak untuk menafikan bahawa kecenderungan perasaan dan fahaman jumud, taksub dan sempit adalah disuburkan oleh merek-mereka yang bukan dari aliran agama.

Namun menjadi pelajar aliran agama mempunyai dugaan yang amat besar dan maha dashyat. Ini kerana apabila mengaji ilmu agama, maka dengan automatiknya pemahaman dan ilmu agama seseorang itu makin mendalam atau bahasa mudahnya menjadi seseorang yang faham agama lebih tinggi berbanding orang lain yang tidak mengaji agama. Maka dengan sebab itu, dugaannya juga menjadi lebih besar. Kerajaan Syaitan sudah tentunya akan menghantar syaitan berpangkat leftenan ataupun kapten untuk menggoda pelajar agama kerana ilmu agama mereka yang tinggi. Jika dibanding orang biasa yang lain, kerajaan Syaitan hanya perlu menghantar prebet atau pegawai waran sahaja kerana ilmu mereka yang tidak setinggi mana.

Oleh sebab itu, tidak menjadi kehairanan jika pelajar-pelajar agama juga terjebak dengan masalah sosial kerana godaan yang mereka terima amat besar dan maha dashyat. Saya sedih apabila ada sesetengah sahabat seperjuangan saya (dalam badan dakwah) yang bukan dari aliran sekolah agama memperlekehkan pelajar sekolah agama. Mereka berkata:
“Ala, sama saja budak sekolah agama dengan sekolah biasa”
“Budak sekolah agama lebih jahat dan teruk dari sekolah biasa”
“Nama sahaja sekolah agama tapi perangai mengalahkan jin”
dan banyak lagi ayat-ayat yang pedih untuk telinga ini mendengarnya.

Saya tidak menafikan bahawa memang ada pelajar aliran agama yang menghadapi masalah krisis sosial diri dan masalah sahsiah diri. Namun kita seharusnya merasa kasihan dengan para pelajar sekolah agama yang bermasalah ini kerana mereka digoda dengan godaan yang berat. Berbanding mereka yang bukan dari aliran agama, dimana tidak lah seberat mana godaan yang mereka terima.

Lebih mengecewakan sehingga ada yang sanggup berkata “Pelajar sekolah agama lebih teruk dari sekolah biasa”, “lebih baik bersekolah di sekolah biasa daripada bersekolah di sekolah agama”. Ini adalah ayat dan kata-kata yang amat menghina sekolah agama. Sedarkah mereka bahawa pihak kufar telah melakukan kerja-kerja jahat lagi tersusun dan terancang untuk menghina dan memalukan sekolah agama? Tahukah mereka ini adalah untuk menyekat para ibu bapa dari menghantar anak mereka mengaji di sekolah agama? Dan ia juga adalah perancangan halus untuk memisahkan ilmu Islam dari dada umat Islam dengan menghapuskan sekolah agama!

Jelas bahawa pihak kufar telah berjaya untuk memburuk-burukkan sekolah agama dan seterusnya menanam fahaman di kalangan masyarakat Islam bahawa lebih baik hantar anak ke sekolah sekular, sekolah kristian daripada hantar ke sekolah Islam dengan alasan bahawa bersekolah di sekolah Islam melahirkan pelajar yang teruk !

Berjaya sungguh kerja jahat pihak kufar dalam memburuk-burukkan sekolah agama dan kita terpengaruh dengannya walaupun oleh seseorang yang mendabik dada bahawa dia adalah aktivis islam atau pejuang islam malah mendakwa pendakwah terbilang !

Menjadi lumrah, hanya pelajar agama sahaja yang memahami jiwa mereka yang datang dari aliran sekolah agama. Hanya mereka yang mempunyai latar belakanga aliran sekolah agama yang akan memahami permasalahan dan dugaan pelajar aliran agama. Oleh sebab itu saya amat memahami perasaan mereka-mereka yang dilahirkan dari aliran ini. Maka dapat saya simpulkan bahawa, mereka ini (produk aliran sekolah agama) memerlukan bimbingan dan sokongan daripada semua pihak supaya mereka dapat meneruskan kecemerlangan mereka selepas keluar dari alam persekolahan agama ke lapangan realiti.

Mereka perlu disokong dan bukan dihina dan di perbodohkan. Mereka lebih tinggi daripada kita kerana mempunyai taraf ilmu Islam yang tinggi maka kita harus menghormati mereka dan harus membantu mereka untuk tidak tergoda dengan dunia yang semakin mencabar ini. Ini kerana di alam persekolahan semuanya dikawal oleh pihak sekolah tetapi di lapangan realiti segalanya bebas dan merdeka.

Diharapkan kepada mereka yang bukan dari sekolah agama, hentikanlah tuduhan yang bukan-bukan terhadap pelajar - pelajar sekolah agama. Perlu diingat bahwa mereka mempunyai ilmu agama yang tinggi, maka amat sayang jika manusia-manusia ini dipersiakan dan tidak dimanfaatkan akan ilmu yang mereka ada. Ini lah yang saya katakan bahawa pelajar sekolah agama adalah BERLIAN YANG DIPANDANG KACA. Maka dengan ini, saya menyeru kepada semua yang dilahirkan daripada aliran sekolah agama supaya bangkit dari lamunan dan tidur yang lena kerana umat sedang menanti anda untuk memimpin mereka dan juga untuk kita menunaikan tanggungjawab besar kita sebagai hamba dan khalifahNYA.

Wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For maruzProfil   Hantar PM kepada maruz   Quote dan BalasQuote

fatimahzahra
Warga 5 Bintang
Menyertai: 26.02.2006
Ahli No: 23022
Posting: 363
Dari: blue universe

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 27-03-07 09:18


tulah disebabkan nila setitik habis susu sebelanga....

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatimahzahraProfil   Hantar PM kepada fatimahzahra   Quote dan BalasQuote

eyla05
WARGA SETIA
Menyertai: 17.10.2005
Ahli No: 19884
Posting: 546
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-03-07 09:28


sekolah agama dengan sekolah biasa dah tiada bezanya....semua dah sama rata....

Bookmark and Share

    


  Member Information For eyla05Profil   Hantar PM kepada eyla05   Quote dan BalasQuote

fatimahzahra
Warga 5 Bintang
Menyertai: 26.02.2006
Ahli No: 23022
Posting: 363
Dari: blue universe

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 27-03-07 18:38


ada bezanya...
bezanya mungkin yang sekolah agama lebih banyak ilmu agamanya..
tapi yang bukan sekolah agama ilmu tu boleh dicari...
maybe berbeza dr segi akhlak...sekarang ni akhlak yang sekolah agama dan bukan sekolah agama lebih kurang sama...

di mana silapnya??

nak kata kurang didikan agama rasanya yang sekolah agama tu dah dibekalkan dengan ajaran agama yang boleh dikatakan cukup....
adakah disebabkan oleh jiwa mereka yang meronta2 nak buat perkara yang mereka selama ni nak buat tapi dipendam??

tepuk dada tanya iman..

wallahualam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatimahzahraProfil   Hantar PM kepada fatimahzahra   Quote dan BalasQuote

Wuddah
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2007
Ahli No: 29021
Posting: 508
Dari: Chenderong Balai

Perak  


posticon Posting pada: 27-03-07 19:11


Assalamualaikum...titik tolak diri sendiri...kadang-kadang tu sebab family, masuk sekolah agama..mungkin itu salah 1 sebab Kenapa sekarang banyak dari sekolah agama yang semcm saja...jadikanlah iktibar supaya tak jadi macam tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For WuddahProfil   Hantar PM kepada Wuddah   Quote dan BalasQuote

melon
Warga 2 Bintang
Menyertai: 13.02.2007
Ahli No: 28719
Posting: 65
Dari: kuala lumpur

saudiarabia  


posticon Posting pada: 30-03-07 11:31


saya pun dari sekolah agama jugak...
memang tak dinafikan sekolah agama ni dipinggirkan.sekolah saya susah nak dapat peruntukan.maklumlah sekolah bawah jabatan negeri.kalau sekolah kementerian gerenti dapat.
ada jugak kawan-kawan saya yang perangainya teruk.banyak faktornya contohnya pengaruh luar,kawan-kawan dan banyak lagi.
ada jugak mak bapak yang jenis tak kisah dan tak ambil berat.tu pasal mereka jadi macam tu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For melonProfil   Hantar PM kepada melon   Quote dan BalasQuote

nor_shida
Warga Rasmi
Menyertai: 05.03.2007
Ahli No: 29035
Posting: 20

Pahang  


posticon Posting pada: 30-03-07 18:11


mugkin mereka ke sekolah agama bukan atas kerelaan sendiri sebab 2 ada yang terjebak dengan perkara yang tak baik...kasihan org yang betul-betul ingn belajar di sana.disbbkn sstgh pihak,mereka sekali tercemar..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nor_shidaProfil   Hantar PM kepada nor_shida   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 06-04-07 20:36


gtulah ceritenyer...memang ana pun terasa terbeban dengan title 'budak sekolah agama' ni...kebetulan pula ana sambung study dalam course agama juga di local ipt yang baru popular dua tiga hari ni...he..he...

ana rasa tension juga bila semua org fikir org yang study agama ni baik2 belaka...dah tu pula siap panggil kita ustaz ustazah pula tu..sedangkan beza kita tak ada apa sangat dengan budak-budak biasa..hanya lebih balaja agama..dan ada basic arab...

bercerite pasal akhlak dan sosial ni...memang ana kadang-kadang tak puas hati..kerana nila setitik habis kite2 semua ni dilabel dengan macam-macam tuduhan...padahala yang buat nya seorang banding dengan budak lai yang jauh lebih dasyat...ah...malaz nak cerita pasal ni lagi...bengang sangat!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

teratai_putih
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27690
Posting: 77
Dari: J0hor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-04-07 22:58


sabar ye syemarly..
huhu..saya bukan pelajar aliran agama
tapi saya sangat menghormati mereka-mereka yang dr aliran agama ni
memanglah kadang-kadang ada segelintir dr mereka ini yang hanyut..
tapi bukan semua..tapi bagi saya mereka-mereka yang terpesong tu eloklah kita jadikan
teladan,sempadan..harap dijauhkan menjadi begitu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For teratai_putihProfil   Hantar PM kepada teratai_putih   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-04-07 01:07


Kita tidak terlalu penting dari manakah seseorang itu datang, yang lebih aula ialah apa yang orang itu lakukan

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

thariq
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.07.2006
Ahli No: 25369
Posting: 43
Dari: GOMBAK, SELANGOR

Selangor  


posticon Posting pada: 13-04-07 01:08


!!! QUOTE !!!

Ini kerana mereka telah melalui zaman jerit payah untuk mendapat keputusan cemerlang kerana mereka tidak dimanjakan seperti pelajar-pelajar SBP/SMS/SMKA/SMAP.



Ye ke pelajar-pelajar SBP/SMS/SMKA/SMAP dimanjakan?kalau macam tu baik kerajaan hapuskan saja semua sistem ni..hehe..tak payah nak beza2kn...semuanya same saja...

Bookmark and Share

    


  Member Information For thariqProfil   Hantar PM kepada thariq   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 13-04-07 16:41


Pada 12-04-07 22:58 , teratai_putih posting:

!!! QUOTE !!!

sabar ye syemarly..
huhu..saya bukan pelajar aliran agama
tapi saya sangat menghormati mereka-mereka yang dr aliran agama ni
memanglah kadang-kadang ada segelintir dr mereka ini yang hanyut..
tapi bukan semua..tapi bagi saya mereka-mereka yang terpesong tu eloklah kita jadikan
teladan,sempadan..harap dijauhkan menjadi begitu..



ye..ye..memang tengah sabar ni...Kalau tak........................................

honestly saya juga respect pada orang-orang yang macam teratai_putih ni...i mean sikap rasional awak tu...ye ...menerima yang budak belajar agama ni tak baik semua bak maleikat..macam budak-budak lain juga..pelbagai sikap dan sifat ada dalam diri...so..bila sumone budak belajar agama ni buat benda tak betul, tak patut tuduh semua nya macam tu kan?...hope ramai lagi org yang berfikiran macam awak tu... :)


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 16-04-07 09:04


Pada 26-03-07 15:13 , maruz posting:

!!! QUOTE !!!



Maka tidak hairan apabila ramai pelajar aliran agama lebih menonjol di peringkat pengajian Universiti berbanding lulusan sekolah-sekolah lain. Kebanyakkan mereka berjaya mendapat sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda kepujian kelas kedua atas (jika tidak hanyut di universiti). Ini kerana mereka telah melalui zaman jerit payah untuk mendapat keputusan cemerlang kerana mereka tidak dimanjakan seperti pelajar-pelajar SBP/SMS/SMKA/SMAP.



adakah anda tahu apa yang anda katakan ni ? Masuk bakul angkat sendiri ? kat universiti you ambil kursus apa ? USM saya expect mesti mata pelajaran sains dan teknikal ??

Pada 26-03-07 15:13 , maruz posting:

!!! QUOTE !!!



Oleh sebab itu, tidak dapat tidak untuk menafikan bahawa kecenderungan perasaan dan fahaman jumud, taksub dan sempit adalah disuburkan oleh merek-mereka yang bukan dari aliran agama.



Wow .. :-o .. that's hurts !!!! ... terasa saya ni macam duduk dalam lubang najis saja .. betapa hinanya saya sebab berfahaman jumud, taksub dan sempit ... ok fine ... you deserve all the praises, glory and bless from God ...

Pada 26-03-07 15:13 , maruz posting:

!!! QUOTE !!!



Jika dibanding orang biasa yang lain, kerajaan Syaitan hanya perlu menghantar prebet atau pegawai waran sahaja kerana ilmu mereka yang tidak setinggi mana.



Ohhh .. menyesal aku tak masuk Akademi Pengajian Islam .. belajar tinggi mana pun ilmu aku tetap di thp yang rendah sebab aku belajar ilmu sekular ..

Pada 26-03-07 15:13 , maruz posting:

!!! QUOTE !!!



Berbanding mereka yang bukan dari aliran agama, dimana tidak lah seberat mana godaan yang mereka terima.



Oooo .. itu macam ka ? Bagus jugak ek .. tak sekolah agama godaan pun tak berat ... lepas ni tingkatkan amal kita sebab godaan takkan berat sebab tak ngaji sekolah agama .. sebab kita ni hanya dikerumi setan-2 tahap kadet remaja sekolah saja ... jadi bila kita tingkatkan amal InsyaAllah kita selamat sebab yang kacau kita cuma setan kadet yang baru nak belajar kawat saja kan .. yang general-2 bersara semua target bebudak sekolah agama ...


Pada 26-03-07 15:13 , maruz posting:

!!! QUOTE !!!



Mereka perlu disokong dan bukan dihina dan di perbodohkan. Mereka lebih tinggi daripada kita kerana mempunyai taraf ilmu Islam yang tinggi maka kita harus menghormati mereka dan harus membantu mereka untuk tidak tergoda dengan dunia yang semakin mencabar ini. Ini kerana di alam persekolahan semuanya dikawal oleh pihak sekolah tetapi di lapangan realiti segalanya bebas dan merdeka.



Ok .. i'll give you kredit on this part .. tapi ada kah tu bermakna kita harus juga memandang tinggi dan memuliakan insan seperti Astora Jabat sebab dia pun ngaji sekolah agama juga ...

Pada 26-03-07 15:13 , maruz posting:

!!! QUOTE !!!



Diharapkan kepada mereka yang bukan dari sekolah agama, hentikanlah tuduhan yang bukan-bukan terhadap pelajar - pelajar sekolah agama. Perlu diingat bahwa mereka mempunyai ilmu agama yang tinggi, maka amat sayang jika manusia-manusia ini dipersiakan dan tidak dimanfaatkan akan ilmu yang mereka ada.



Hmmm .. aku ada tuduh apa-2 ke ??? kejap nak ingat balik ... mmmmmm ... tengok org jugak lah .. kalau org tu baik, baik lah ... kalau tak ...

Semuanya bergantung pada diri masing-2 .. terima hakikat tak semua manusia sempurna ...



Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 19-04-07 04:10


Sorry for the harsh comment previously ... saya nak bagi pandangan saya yang sebenarnya (tanpa dipengaruhi rasa tak puas hati) terhadap pelajar-2 sekolah-2 agama ni ... maksud saya pelajar-2 sek agama yang akhlaknya baik, yang tak tersasar ... ramai sebenarnya pelajar-2 macam ni yang akhlaknya baik , tak semestinya di sekolah agama saja tapi juga di ma'ahad tahfiz, darul quran ... pada pendapat saya org-2 macam ni lah yang diperlukan dalam bidang profesional dan teknikal hatta dalam bidang korporat dan perniagaan ... kita memerlukan org yang baik akhlaknya ...

kalau tengok dalam kerjaya profesional, agak ramai juga melayu-2 tak sedar diri dan muslim-2 yang tergelincir ... dari segi kerjaya memang mantap tapi dr segi akhlak ada sedikit kepincangan .... pergi clubbing, mengorat perempuan lepas tu berzina, buat skandal dengan rakan sepejabat, makan duit kopi (walaupun belum tentu haram tapi sebenarnya budaya duit kopi ni lah yang banyak menjahanamkan pembangunan), cucuk majikan untuk jatuhkan org lain , hasad dengki .... kalau yang tak solat, main nombor ekor, minum arak tu agak ramai jugak lah ...

Dalam bidang teknikal pulak, di kalangan juruteknik-2 kilang atau juruteknik tempat-2 lain, terdapat juga mereka-2 seperti yang disebutkan di atas .. kalau yang muda-2 tu jadi mat rempit yang jenis main bohsia, kalau yang kahwin tu pulak buat skandal dengan minah kilang ... tak solat atas alasan sibuk kerja .. main judi ...

*SEKADAR PERINGATAN ... saya TAK TUDUH SEMUA GOLONGAN PROFESIONAL DAN TEKNIKAL BERPERILAKU SEBAGAIMANA YANG SAYA SEBUTKAN DI ATAS TAPI TAK DAPAT TIDAK MEMANG ADA YANG MACAM TU ...

Jadi jika memang ada ramai pelajar-2 sekolah agama di luar sana yang masih terpelihara akhlaknya, come and join the professionals, jadi golongan professional atau teknikal tak semestinya anda kena tinggalkan pengajian ilmu wahyu anda ... masih ada lagi ruang untuk menuntut ilmu pengajian Islam ...

Sekian terima kasih ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-04-07 13:10


salam
sebagai bekas pelajar sek men agama bawah kerajaan negeri Perak, sememangnya terasa terpinggir berbanding seoklah kerajaan yang lain
ni sini juga ana ingin melahirkan rasa kecewa sebab banyak yang dah tak istiqamah dengan amalan masa di sekolah dulu (tak terkecuali ana pun sama), mungkin kerana kurang keikhlasan agaknya?
tapi Alhamdulillah masih ada lagi yang still istiqamah dan berjaya sampai setakat ini, so saya rasa apa yang maruz komen tu ada betulnya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 21-04-07 14:32


Pelajar agama ni bila tersimpang ditengah jalan, insyaAllah satu masa dia akan sedar kemana dia kena kembali.

Kalau yang sekolah biasa ni sesetengahnya bila terpaut di jalan dakwah lebih bersemangat kerana mereka merasakan semua itu adalah benda yang baik, baru dan satu kaedah untuk mereka menambah ilmu. Berbanding pelajar agama yang dah borim dah belajar agama, tau dah serba sedikit ditambah lagi dengan tidak ada kesedaran akan peranan mereka sebagai da'ei, lebih cenderung untuk mencari jalan-jalan/haluan yang mereka belum rasai lagi. Tu yang ramai jadi culture shock kat Universiti itu. Benda-bdenda yang restricted masa sekolah agama dah tiada lagi semasa kat Universiti. They are free (kononnya). But, kepada yang bebetul kental jiwa dan berkesedaran akan komited di jalan dakwah.

Budak seklah agama ni kena diberi motivasi yang lebih lah tentang peranan mereka sebagai da'ie. Mungkin mereka ingat ilmu tu hanya untuk diri mereka sahaja tanpa perlu untuk sharing denga masyarakat (sesetegahnnya).

Then pemilihan aliran persatuan (terutama persatuan islam,atas tanah or bawah tanah) semasa dekat Universiti pun kena rechek dengan guru-guru anda yang diyakini. Jangan kasi sesat dan menyesatkan orang pulak lepas itu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-04-07 14:35


thankz izzul_islam,
that was refreshing advice

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.119889 saat. Lajunya....