Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 27-05-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal; air juga yang menenggelamkan kapal
-- Peribahasa Lama

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 25
Ahli: 0
Jumlah: 25




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 19 hari yang lalu
izdham: 28 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 37 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: kesilapan muslimat...


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» kesilapan muslimat...

Please Mendaftar To Post


Oleh kesilapan muslimat...

amern_sultan
Warga Rasmi
Menyertai: 07.03.2007
Ahli No: 29061
Posting: 10
Dari: newcastle

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-03-07 22:31


saLam perpaduan.. ":-D"

antara kesalahan yang nampak tapi entah Kenapa kaum adam tak sempat nak teguR..? :-(
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat itu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT! DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas .a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah .a, Qatadah dan lain-lain menisbahkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan
tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan- perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. sama ada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yang sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya. Kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan..:-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For amern_sultanProfil   Hantar PM kepada amern_sultan   Pergi ke amern_sultan's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-03-07 22:35


Kesimpulannya mudah saja... muslimat tak faham apa maknanya aurat.. :-) jadi lelaki kena tegur pada satu hal saja.. ajarkan mereka apa itu aurat.. selesai kesepuluh-sepuluh perkara di atas..


p/s: Lelaki pun kekadang tak faham apa itu aurat... aurat dan urat mana sama..!


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 23-03-07 22:36


Bukak Quran , Surah An-Nur ayat 31.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

annissa_zulfa
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22609
Posting: 354
Dari: town of throw(baling)

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-03-07 22:40


Pada 23-03-07 22:35 , Meow posting:

!!! QUOTE !!!

Kesimpulannya mudah saja... muslimat tak faham apa maknanya aurat.. :-) jadi lelaki kena tegur pada satu hal saja.. ajarkan mereka apa itu aurat.. selesai kesepuluh-sepuluh perkara di atas..


p/s: Lelaki pun kekadang tak faham apa itu aurat... aurat dan urat mana sama..!



Insyaallah muslimat dalam ukhwah.com memelihara aurat selengkapnya.... :-) :-)


-----------------
FIDAK 2015


Bookmark and Share

    


  Member Information For annissa_zulfaProfil   Hantar PM kepada annissa_zulfa   Pergi ke annissa_zulfa's Website   Quote dan BalasQuote

Al_Basayuv
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2004
Ahli No: 6563
Posting: 199
Dari: UkrainE

ukraine  


posticon Posting pada: 23-03-07 22:49


insyaALlah.... :-) laki tak suka tunjuk aurat... tapi suka tunjuk urat.. lagi2 kat forearm... memang seng nak nampak lah (tu pun kalau selalu angkt dumbell) :-) .... takut sikit bebudak tengok... hehe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al_BasayuvProfil   Hantar PM kepada Al_Basayuv   Pergi ke Al_Basayuv's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-03-07 22:56


Pada 23-03-07 22:49 , Al_Basayuv posting:

!!! QUOTE !!!

insyaALlah.... :-) laki tak suka tunjuk aurat... tapi suka tunjuk urat.. lagi2 kat forearm... memang seng nak nampak lah (tu pun kalau selalu angkt dumbell) :-) .... takut sikit bebudak tengok... hehe...


Masalahnya lelaki suka tunjuk urat kat paha tu.. urat kat pusat tu... kenapa? hehe... lelaki pakai seluar ketat pun tak menutup aurat tau... so, both parties are actually make mistakes in aurat.. but, usually muslimah yang kena hentam.. sekarang ni, yang lelaki pun kena hentam sekali.. supaya faham.. :-)


p/s: Bukan menghentam kaum sendiri.. tapi hakikat sebenar.. realiti..

Urat di lengan pun kalau menimbulkan fitnah kena tutup.. ;-)


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

mujahidah_Dungun
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.02.2007
Ahli No: 28732
Posting: 137
Dari: uum

Terengganu  


posticon Posting pada: 23-03-07 22:57


assalamualaikum..terima kasih untuk peringatan dan teguran itu.ia amat berguna sekali,tapi kadang-kadang kita sebagai rakan nak tegur kawan yang lain,maksud saya kawan perempuan juga rasa perlu pada cara yang amat lembut sekali tapi saya tak tahu caranya.boleh sahabat ukhwah bagi pendapat:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_DungunProfil   Hantar PM kepada mujahidah_Dungun   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-03-07 23:16


Pada 23-03-07 22:56 , Meow posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 23-03-07 22:49 , Al_Basayuv posting:

!!! QUOTE !!!

insyaALlah.... :-) laki tak suka tunjuk aurat... tapi suka tunjuk urat.. lagi2 kat forearm... memang seng nak nampak lah (tu pun kalau selalu angkt dumbell) :-) .... takut sikit bebudak tengok... hehe...


Masalahnya lelaki suka tunjuk urat kat paha tu.. urat kat pusat tu... Kenapa? hehe... lelaki pakai seluar ketat pun tak menutup aurat tau... so, both parties are actually make mistakes in aurat.. but, usually muslimah yang kena hentam.. sekarang ni, yang lelaki pun kena hentam sekali.. supaya faham.. :-)


p/s: Bukan menghentam kaum sendiri.. tapi hakikat sebenar.. realiti..

Urat di lengan pun kalau menimbulkan fitnah kena tutup.. ;-)



saya pun hairan Kenapa laki sekarang trend dia suka pakai pakaian ketat terutaman golongan mita maaf...'au', tapi yang hairan ada juga yang tak 'au'.


-----------------
~TeGuRlAh Aku.. AjAklAh Aku.. PimPinLaH aKu.. kE JaLaN yang menDeKaTkan HaTiku pada-NYA..~


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

attuffah_humairah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.04.2006
Ahli No: 24196
Posting: 217
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-03-07 23:18


syukran atas peringatan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For attuffah_humairahProfil   Hantar PM kepada attuffah_humairah   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1898
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-03-07 23:25


syukran...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

annissa_zulfa
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22609
Posting: 354
Dari: town of throw(baling)

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-03-07 23:33


paling tak suka laki pakai short...terus bad mood bila terserempak dengan org begini....pangkah3X

huhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For annissa_zulfaProfil   Hantar PM kepada annissa_zulfa   Pergi ke annissa_zulfa's Website   Quote dan BalasQuote

amern_sultan
Warga Rasmi
Menyertai: 07.03.2007
Ahli No: 29061
Posting: 10
Dari: newcastle

Kelantan  


posticon Posting pada: 24-03-07 01:38


Pada 23-03-07 22:57 , mujahidah_Dungun posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum..terima kasih untuk peringatan dan teguran itu.ia amat berguna sekali,tapi kadang-kadang kita sebagai rakan nak tegur kawan yang lain,maksud saya kawan perempuan juga rasa perlu pada cara yang amat lembut sekali tapi saya tak tahu caranya.boleh sahabat ukhwah bagi pendapat:)


waalaikummussalam,

ana pun tak sure sangat, tapi boleh tegur dengan timbulkan persoalan yang boleh memerangkap mereka ataupun analogi yang boleh difahami agaknya..

rakan-rakan lain Kalau boleh bagi idea lain..


-----------------
" Uhibbukum Fillah"


Bookmark and Share

    


  Member Information For amern_sultanProfil   Hantar PM kepada amern_sultan   Pergi ke amern_sultan's Website   Quote dan BalasQuote

srikandi_86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.02.2007
Ahli No: 28923
Posting: 188
Dari: united kingdom

uk  


posticon Posting pada: 24-03-07 01:45


Pada 23-03-07 23:33 , annissa_zulfa posting:

!!! QUOTE !!!

paling tak suka laki pakai short...terus bad mood bila terserempak dengan org begini....pangkah3X

huhuhu


salam..anissa_zulfa..sama lah kita ye..Kalau nampak lelaki yang pakai short tu..awal2 dah direject..pangkah2..hehe..bukan org lelaki saja yang boleh memilih..muslimat pun ada hak untuk buat pilihan yang bijak..=p wallahua'lam..

-salam ukhwah penuh mahabbah-

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_86Profil   Hantar PM kepada srikandi_86   Quote dan BalasQuote

ctnurbebo
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2007
Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 24-03-07 02:52


salam..
time kisah diatas teguran dan peringatan..insyalah,saya akan pelihara kehormatan sebagai seorang wanita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctnurbeboProfil   Hantar PM kepada ctnurbebo   Quote dan BalasQuote

hizbullah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3691
Posting: 110
Dari: Terengganu

egypt  


posticon Posting pada: 24-03-07 07:55


Pada 23-03-07 22:31 , amern_sultan posting:

!!! QUOTE !!!


antara kesalahan yang nampak tapi entah Kenapa kaum adam tak sempat nak teguR..? :-(


Banyak kesalahan tu sepatutnya kaum hawa lah yang lebih mainkan peranan untuk menegur sahabiah2 sekaum mereka. Yang ikhwah jugak patut banyak menegur sahabat2 lelaki mereka. Kadang-kadang ikhwah sendiri tidak memahami setakat mana aurat antara lelaki dan lelaki dengan menganggap ia hanya kemaluan qubul dan dubur sahaja sedangkan ia adalah dari pusat hingga ke lutut. sebab tu ada yang tika bermain bola berseluar pendek beralasan "takpa kita sama-sama laki kat sini, perempuan tak ada" sama-sama mainkan peranan insyaAllah....

"Aslih nafsak wad'u ghairak"

Bookmark and Share

    


  Member Information For hizbullahProfil   Hantar PM kepada hizbullah   Pergi ke hizbullah's Website   Quote dan BalasQuote

itqaan_muslim
Warga 5 Bintang
Menyertai: 02.08.2006
Ahli No: 25573
Posting: 353
Dari: tronoh

Kelantan  


posticon Posting pada: 24-03-07 08:59


Pada 23-03-07 23:33 , annissa_zulfa posting:

!!! QUOTE !!!

paling tak suka laki pakai short...terus bad mood bila terserempak dengan org begini....pangkah3X

huhuhu



Biasa nampak laki pakai short masa main bola or sport.
masa kat hostel

tu saja lah....ikt pemerhatian lah ni

tapi perempuan pakai seluar ketat kat mana-mana

kat pasar mlam
masa nak pergi lecture
kat kedai
dan banyak laagi lah

yang lebih hairan nak pergi masjid pun ad..
ana selalu juga terrrrserempak dengan spesis macam ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For itqaan_muslimProfil   Hantar PM kepada itqaan_muslim   Pergi ke itqaan_muslim's Website   Quote dan BalasQuote

diella
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.12.2006
Ahli No: 27880
Posting: 219
Dari: alor star

Kedah  


posticon Posting pada: 24-03-07 09:19


syukran sebab beri tazkirah..
insya-Allah rasa2 dalam ukhwah ini tak ada yang pakai macam tu..
kat luar memang banyak..
org kedah cakap 'berlungguk'..
so..pkat2 lah kita berdakwah ye..
hehee..
[ Telah diedit oleh: diella pada 24-03-07 09:23 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For diellaProfil   Hantar PM kepada diella   Pergi ke diella's Website   Quote dan BalasQuote

irfaz_87
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.01.2006
Ahli No: 21780
Posting: 146
Dari: banting

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-03-07 10:41


syukran atas peringatan buat muslimah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For irfaz_87Profil   Hantar PM kepada irfaz_87   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 24-03-07 13:42


assalamualaikum...

tanbihul ghafilin...peringatan buat yang lupa :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

jutawanmuslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM

Selangor  


posticon Posting pada: 24-03-07 14:20


terima kasih atas peringatan...sama-sama tutup aurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For jutawanmuslimahProfil   Hantar PM kepada jutawanmuslimah   Quote dan BalasQuote

miss_farhana
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25002
Posting: 325
Dari: berpijak pada bumi Tuhan,berbumbungkan langit Tuhan

Terengganu  


posticon Posting pada: 24-03-07 14:43


isk..isk

Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_farhanaProfil   Hantar PM kepada miss_farhana   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 24-03-07 16:15


dah menjadi lumrah org perempuan...suka tayang2 kecantikkan kejadian mereka

hanya muslimah solehah sahaja yang faham akan pengertian menutup aurat...dan kepada siapa mereka wajar mendedahkan kecantikkan mereka...siapa??....of course hanya kepada suami tercinta....bukan kepada balak tercinta, bukan kepada boyfren tercinta, bukan kepada abang angkat tercinta.
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 24-03-07 16:17 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-03-07 17:17


bagaimana dengan kesilapan muslimin pula?

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

fitriey
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.11.2006
Ahli No: 27349
Posting: 49
Dari: kb+Pahang+perlis+penang+jepun

Kelantan  


posticon Posting pada: 25-03-07 01:55


tegurlah dengan sebaik mungkin.....sesungguhnya ingat mengingati sesama manusia itu adalah mulia

Bookmark and Share

    


  Member Information For fitrieyProfil   Hantar PM kepada fitriey   Quote dan BalasQuote

graduanislam22
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.01.2007
Ahli No: 28041
Posting: 343
Dari: selayang

egypt  


posticon Posting pada: 25-03-07 04:01


:) susah kan nak tegur org yang keras kepala.. motivate bagaimana pun ada saja jawapan yang dia saja jawab memain..

laki yang suka pakai seluar pendek..walaupon ber'tide'
same saja macam perempuan yang pakai tudung..tapi pakai baju ketat..
ingat kepala lutu tu cantik sangat ke? huhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For graduanislam22Profil   Hantar PM kepada graduanislam22   Pergi ke graduanislam22's Website   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2024
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-03-07 09:45


:roll: kadang-kadang ada juga isteri sesetengah para menteri yang memakai tudung tetapi nampak jambul......


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-03-07 11:16


Muslimat..muslimat...panas sentiasa isunya...bagus peringatan ni...sebab ramai yang tak perasan benda-benda macam ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-03-07 11:20


Pada 25-03-07 09:45 , eme86 posting:

!!! QUOTE !!!

:roll: kadang-kadang ada juga isteri sesetengah para menteri yang memakai tudung tetapi nampak jambul......



Yang tak isteri menteri pun ramai jugak... :-)


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

itqaan_muslim
Warga 5 Bintang
Menyertai: 02.08.2006
Ahli No: 25573
Posting: 353
Dari: tronoh

Kelantan  


posticon Posting pada: 25-03-07 12:20


Pada 25-03-07 11:20 , Meow posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 25-03-07 09:45 , eme86 posting:

!!! QUOTE !!!

:roll: kadang-kadang ada juga isteri sesetengah para menteri yang memakai tudung tetapi nampak jambul......



Yang tak isteri menteri pun ramai jugak... :-)



Tu lah susah kalau terrikut dengan trend sekarang

org kata
Kalau tak nampak jambul tak up to date lah pula..


ish ish

pakai tdung + nampak jambul

yang halal + yang haram

answer

fikir fikir kan lah


What is the answer ???

Bookmark and Share

    


  Member Information For itqaan_muslimProfil   Hantar PM kepada itqaan_muslim   Pergi ke itqaan_muslim's Website   Quote dan BalasQuote

Qibas
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2006
Ahli No: 25060
Posting: 81
Dari: Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 27-03-07 12:02


isu ni bikin panas saja. kita sound sampai bebuih mulut pun banyak yang buat tak tau saja. elok pakaian perempuan yang menjolok biji mata ni diharamkan jualannya kat malaysia ni. apa punya pesenler pakai seluo baju ketat dengan tudung. poning dengan trend bebudak sekarang ni.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For QibasProfil   Hantar PM kepada Qibas   Pergi ke Qibas's Website   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 27-03-07 12:32


Pada 24-03-07 16:15 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!

dah menjadi lumrah org perempuan...suka tayang2 kecantikkan kejadian mereka

hanya muslimah solehah sahaja yang faham akan pengertian menutup aurat...dan kepada siapa mereka wajar mendedahkan kecantikkan mereka...siapa??....of course hanya kepada suami tercinta....bukan kepada balak tercinta, bukan kepada boyfren tercinta, bukan kepada abang angkat tercinta.


tu lah kan, sekarang ni maaf lah kata, baju mereka dah macam kain perca, tutup situ sikit, tutup sini sikit, mana lurah mana lembah semua nak tunjuk.... padan lah kes rogol banyak sekarang ni.... hatta dalam rumah dengan mahram pun still kena jaga tatasusila ni...



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

eyla05
WARGA SETIA
Menyertai: 17.10.2005
Ahli No: 19884
Posting: 546
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-03-07 12:48


bagus untuk muslimat yang membacanya.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For eyla05Profil   Hantar PM kepada eyla05   Quote dan BalasQuote

qudwah_mardihah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.03.2004
Ahli No: 8029
Posting: 263
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-03-07 14:35


salam perpaduan dan ijtihad kepada perubahan diri. Takbir!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwah_mardihahProfil   Hantar PM kepada qudwah_mardihah   Pergi ke qudwah_mardihah's Website   Quote dan BalasQuote

nur_bahagia
Warga Rasmi
Menyertai: 15.02.2007
Ahli No: 28751
Posting: 3

blank   avatar


posticon Posting pada: 27-03-07 17:50


Assalamualaikum...


Penyakit masyarakat memang banyak sekarang ni..Islam saja ajaran yang mampu mengubat semua penyakit tu.Tapi sekarang ajaran Islam semakin dtinggalkan.yang tau buat-buat tak tau,yang tak tahu lagilah selalu buat silap.kalau semua umat Islam ikut semua ajaran,insyaAllah dunia ni aman.tapi apapun,itu semua dugaan dan ujian untuk kita.
Pasal aurat,tutup memang kena tutup,tapi satu lagi jangan lupa,akhlak tu penting.Kalau tutup aurat,pakai tudung tapi perangai masyaAllah.., nanti jadi fitnah pula kat agama kita..Tambah dosa untuk kita pula.Pasti akan timbul nanti kata-kata org."hm,org pakai tudung pun perangai begini,baik kita tak payah pakai tudung.."
    sama-samalah kita perbaiki diri kita..ingat,kalau tutup aurat tu penghijap kemungkaran,akhlak tu cermin diri kita.Ana sendiri pun cuba nak perbaiki diri ni..Ok..Wallahu a'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_bahagiaProfil   Hantar PM kepada nur_bahagia   Quote dan BalasQuote

Wuddah
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2007
Ahli No: 29021
Posting: 508
Dari: Chenderong Balai

Perak  


posticon Posting pada: 27-03-07 18:46


Assalamualaikum...memang kalau tengok budaya sekarang ni menakutkan....memang hebat betul dugaan zaman sekarang...saya pun cuba membaiki diri untuk menjadi muslimah sejati...sama-samalah kita berdoa supaya gejala ini dapat dibendung...

Bookmark and Share

    


  Member Information For WuddahProfil   Hantar PM kepada Wuddah   Quote dan BalasQuote

dingin_subuh
Warga Rasmi
Menyertai: 26.08.2006
Ahli No: 26076
Posting: 7

blank   avatar


posticon Posting pada: 27-03-07 21:12


kalau diri sendiri tak mahu berubah...apakan daya...
bercakap berjuta kali pun tak guna...
seperti menyimbah air ke daun keladi..

marilah sesama kita doakan agar kita semua mndapat hidayah dan inayah Allah S.W.T

insyAAllah

Bookmark and Share

    


  Member Information For dingin_subuhProfil   Hantar PM kepada dingin_subuh   Quote dan BalasQuote

side
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.02.2007
Ahli No: 28639
Posting: 52
Dari: Bumi pimpinan ulama'

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-03-07 22:14


Banyak kesalahan tu sepatutnya kaum hawa lah yang lebih mainkan peranan untuk menegur sahabiah2 sekaum mereka. Yang ikhwah jugak patut banyak menegur sahabat2 lelaki mereka. Kadang-kadang ikhwah sendiri tidak memahami setakat mana aurat antara lelaki dan lelaki dengan menganggap ia hanya kemaluan qubul dan dubur sahaja sedangkan ia adalah dari pusat hingga ke lutut. sebab tu ada yang tika bermain bola berseluar pendek beralasan "takpa kita sama-sama laki kat sini, perempuan tak ada" sama-sama mainkan peranan insyaAllah....

!!! QUOTE !!!




ana sokong benar3 cadangan hizbullah 2...
sebaiknya ditegur oleh kaum sendiri, barulah tak timbul prasangka yang tak elok...
kalau tak berkesan juga, terpaksalah kaum lain masuk campur dalam usaha untuk mengembalikan kedaulatan daulah islamiah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sideProfil   Hantar PM kepada side   Quote dan BalasQuote

side
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.02.2007
Ahli No: 28639
Posting: 52
Dari: Bumi pimpinan ulama'

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-03-07 22:15


Banyak kesalahan tu sepatutnya kaum hawa lah yang lebih mainkan peranan untuk menegur sahabiah2 sekaum mereka. Yang ikhwah jugak patut banyak menegur sahabat2 lelaki mereka. Kadang-kadang ikhwah sendiri tidak memahami setakat mana aurat antara lelaki dan lelaki dengan menganggap ia hanya kemaluan qubul dan dubur sahaja sedangkan ia adalah dari pusat hingga ke lutut. sebab tu ada yang tika bermain bola berseluar pendek beralasan "takpa kita sama-sama laki kat sini, perempuan tak ada" sama-sama mainkan peranan insyaAllah....

!!! QUOTE !!!




ana sokong benar3 cadangan hizbullah 2...
sebaiknya ditegur oleh kaum sendiri, barulah tak timbul prasangka yang tak elok...
kalau tak berkesan juga, terpaksalah kaum lain masuk campur dalam usaha untuk mengembalikan kedaulatan daulah islamiah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sideProfil   Hantar PM kepada side   Quote dan BalasQuote

ummi_aisyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.02.2007
Ahli No: 28798
Posting: 103
Dari: Tawau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 27-03-07 23:26


"Aurat itu Harga seorang Wanita"

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummi_aisyahProfil   Hantar PM kepada ummi_aisyah   Quote dan BalasQuote

ummi_aisyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.02.2007
Ahli No: 28798
Posting: 103
Dari: Tawau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 27-03-07 23:28


"Aurat itu harga kemuliaan seorang wanita"

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummi_aisyahProfil   Hantar PM kepada ummi_aisyah   Quote dan BalasQuote

zindabard
Warga Rasmi
Menyertai: 27.10.2006
Ahli No: 27094
Posting: 4

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-03-07 00:00


assalamualaikum...emmm...saya rasa muslimah ni...kena buat apa yang Allah perintahkan pada mereka dan kaum adam pula harus juga buat apa yang Alah perintahkan pada mereka...tuntutan menutup aurat adalah wajib dan berbeza pula pada both side...namun tujuan dan matlamat tetap sama ...iaitu...memelihara kehormatan both pihak...Allah saja maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita...namun ..tak boleh lah pakse secara total mereka saudara2 kita ni menutup aurat sekaligus..setiap daripada kita mempunyai tahap kesedaran yang berbeda..sahabat2 yang dah macam berjaya mengikut tuntutan menutup aurat janagnlah main hentam saja suruh menutu aurat sahabat2 kita ni..tetapi tunjukkan contoh bagaimana canik nya menutu aurat dan juga betapa bestnya dapat ikut tuntutan agama..perlahan-lahan kita boleh bawa orang ...tetapi...kita sebagai muslim harus memaksa diri kita sendiri untuk berubah...dari tak tutp aurat..kepada menutup aurat..-mana boleh paksa-paksa ni..tak ikhlas-dialog biasa kita dengar...memang lah orang lain pada kita tak berhak memaksa kita..tetapi diri sendiri ni berhak memaksa tau...dan orang yang berjaya ialah orang yang berjaya memaksa dirinya sendiri untuk berubah...wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For zindabardProfil   Hantar PM kepada zindabard   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 28-03-07 03:30


assalamualaikum....

cuba tengok lirik lagu 'minah tudung' dan hayati betul-betul...

:-) :-) :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

nur_anis
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1496
Posting: 395
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-03-07 07:42


terima kasih atas peringatan yang diberi..sama-samalah kita menegur sesama umat islam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_anisProfil   Hantar PM kepada nur_anis   Quote dan BalasQuote

cahayakuiman
WARGA SETIA
Menyertai: 07.03.2006
Ahli No: 23268
Posting: 832

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-03-07 10:45


terima kasih,insyaAllah,ana akan cuba praktikkan...........

"sesungguhnya nasihat yang baik itu merupakan satu sedekah"

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahayakuimanProfil   Hantar PM kepada cahayakuiman   Pergi ke cahayakuiman's Website   Quote dan BalasQuote

faried
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26185
Posting: 150
Dari: kedah

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 28-03-07 11:25


ikutlah cara hidup ISLAM pasti akan selamat....... ;-) ;-) ;-)
[ Telah diedit oleh: faried pada 28-03-07 11:26 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fariedProfil   Hantar PM kepada faried   Quote dan BalasQuote

naja_muslimah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.03.2007
Ahli No: 29196
Posting: 73
Dari: Pahang Darul Makmur

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 08-04-07 14:52


salam..
alhamdulillah, kita saling menasihati semoga tidak tergolong dalam orang2 yang rugi..InsyaAllah marilah kita bersama2 memperbaiki diri..
sesungguhnya tuntutan supaya menutup aurat bagi muslimat telah jelas dinyatakan dalam al-Quran.maka kita haruslah mempraktikkannya.
lagi satu,pandangan mata juga haruslah dijaga...
sesungguhnya,matalah senjata syaitan yang sangat mujarab!
hati-hati..

Bookmark and Share

    


  Member Information For naja_muslimahProfil   Hantar PM kepada naja_muslimah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.174558 saat. Lajunya....