Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Naikkan layar anda sekaki, anda akan mendapat angin sepuluh kaki
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 200
Ahli: 0
Jumlah: 200




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: 17 1A dan 1 2A......


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» 17 1A dan 1 2A......

Please Mendaftar To Post


Oleh 17 1A dan 1 2A......

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 14-03-07 21:59


Kementerian seperti tidak iktiraf kejayaan pelajar Yik
Rizal Tahir
Wed | Mar 14, 07 | 07:11:26 PM

KOTA BHARU, 14 Mac (Hrkh) – Kerajaan negeri kecewa terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia kerana seakan-akan tidak mengiktiraf kejayaan pelajar Maahad Muhammadi Perempuan yang mencatat pencapaian 17 1A dan 1 2A dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.

Anggota Exco, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, setelah membuat penilaian didapati Siti Fatimah Mukhtar adalah pelajar SPM terbaik peringkat kebangsaan.

“Saya kecewa terhadap Kementerian Pelajaran kerana tidak mengiktiraf kejayaan Siti Fatimah hanya kerana beliau belajar di sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik).

“Sedangkan kita memakai sukatan yang sama yang digunakan Kementerian Pelajaran. Oleh itu tidak timbul apa-apa perbezaan antara Kementerian Pelajaran dan Yik,” katanya pada sidang media di Maahad Muhammadi Perempuan di sini, hari ini.

Siti Fatimah, 17 mendapat 17 1A dan 1 2A dalam peperiksaan SPM 2006. Tahun ini kerajaan Pusat tidak mengisytiharkan pelajar terbaik peringkat negara dan hanya mengumumkan keputusan secara umum.

Begitu juga Jabatan Pelajaran Negeri hanya mengumumkan pelajar terbaik di Kelantan mendapat 14 1A. Sedangkan pelajar kedua terbaik di Maahad Muhammadi Perempuan iaitu Nur Atikah Mahassan mendapat 15 1A dan 2 2A.

Mohd Amar juga berkata, kerajaan negeri akan menaja pengajian Siti Fatimah yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di luar negara.

“Sebelum ini kerajaan negeri memberi pinjaman kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Tetapi oleh kerana kecemerlangan pelajar berkenaan, kerajaan negeri membuat keputusan untuk memberi biasiswa,” katanya.

Beliau juga berkata, keputusan yang dicapai Siti Fatimah membuktikan sistem yang diguna di sekolah Yik mampu menghasilkan kecemerlangan dalam peperiksaan.

Sementara itu, dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Mohd Amar berkata, seramai 1,399 pelajar Yik mengambil peperiksaan berkenaan tahun lepas dengan kelulusan sebanyak 74.7 peratus.

Maahad Muhammadi Lelaki mendapat keputusan 100 peratus, diikuti Maahad Muhammadi Perempuan (93.5 peratus) dan Maahad Rahmah Kenali (89.29 peratus).

Manakala kategori sekolah bantuan kerajaan, Sekolah Menengah Ugama (Arab) Taqadum Ma’arif (86.79 peratus), SMU A Tarbiah Mardiah (85.42 peratus) dan SMU A Khairiah Padang Pat Amat (84 peratus).

Turut hadir persidangan media itu Pengarah Yik, Haji Ahmad Mahmood dan Ketua Penolong Pengarah Yik (Pengurusan Sekolah), Ustaz Mohamad Ya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 14-03-07 21:59


apa pandangan antum semua? hmmmm

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 14-03-07 22:00


apa pandangan antum semua? hmmmm

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

ridz07
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.10.2004
Ahli No: 11876
Posting: 102
Dari: Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato' Razali Ismail (IPGM-KDRI), Kuala Terengganu...

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-03-07 22:37


Hmm nampak ketidakadilan berlaku di sini.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridz07Profil   Hantar PM kepada ridz07   Pergi ke ridz07's Website   Quote dan BalasQuote

ridz07
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.10.2004
Ahli No: 11876
Posting: 102
Dari: Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato' Razali Ismail (IPGM-KDRI), Kuala Terengganu...

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-03-07 22:39


Satu lagi kerajaan hanya mengambil kira sekolah kerajaan sahaja. Tidak pernah pun pelajar sekolah bukan kerajaan dikira dalam peratusan kejayaan kerana pelajar bukan sekolah kerajaan dikira sebagai calon persendirian....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridz07Profil   Hantar PM kepada ridz07   Pergi ke ridz07's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-03-07 22:45


Nadiah Amirah dilantik Duta Akademik GPMS

BATU PAHAT: Nadiah Amirah Jamil, 18, yang memperoleh 14 1A dan empat 2A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006 dilantik menjadi Duta Akademik Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Sardon, Rengit itu berkata SMS daripada GPMS sebaik menerima keputusan SPM 2006 kelmarin dan akan menyertai jelajah anjuran gabungan berkenaan selama sebulan mulai 27 Mac ini untuk menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar di sekolah terpilih.

"Saya menerima SMS daripada GPMS yang mengesahkan saya dipilih sebagai Duta Akademik mereka dan akan menyertai jelajah seluruh Semenanjung sehingga 27 April depan," katanya yang jelas gembira ketika ditemui kelmarin.

Selain kecemerlangan dalam akademik, kepetahannya mungkin punca GPMS melantik Nadiah Amirah sebagai Duta Akademik.

Nadiah Amirah yang aktif dalam pertandingan pidato sejak Tahun Dua, tidak pernah ketinggalan menyertai pertandingan pidato, syarahan serta bercerita sehinggalah terpilih mewakili Johor pada pertandingan pidato peringkat kebangsaan.

Beliau juga pernah merangkul gelaran johan Pidato Piala Diraja peringkat daerah Kluang pada 2005 dan johan peringkat daerah Batu Pahat pada 2006 selain dinobatkan johan Pidato Piala Diraja Negeri Johor dua tahun berturut-turut pada 2005 dan 2006.

Sementara itu bapanya, Jamil Omar, 55, berkata mereka sekeluarga akan menunaikan Umrah, 27 Mei ini.

Beliau berkata, pemergian mereka ke tanah suci itu sebagai tanda kesyukuran atas kejayaan Nadiah Amirah pada SPM 2006.

"Kami sekeluarga gembira dan bersyukur dengan pencapaian Nadiah dan sewajarnyalah kami sekeluarga menunaikan Umrah sebagai tanda kesyukuran," katanya.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Nasional/20070314003636/Article/


-------------------------



pertama sekali, tahniah kepada kedua2 pelajar tersebut (tu pun kalau mereka masuk ukhwah ni) :-D

keduanya, memang nampak kerajaan pusat macam tak iktiraf pelajar YIK walaupun dapat 17 1A, lebih 3 1A berbanding dengan pelajar mereka yang sampai heboh satu Malaysia.

ketiganya, siapa kata pelajar agama tak boleh kuasai akademik? (MML & MMP menawarkan aliran sains tulen)

keempatnya, asyik2 budak MMP yang harumkan nama Kelantan, budak MML bila lagi? :lol:

tahniah sekali lagi buat Nadiah & Fatimah.

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 14-03-07 22:46 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ryu-watanabe
Warga 1 Bintang
Menyertai: 01.03.2007
Ahli No: 28962
Posting: 24

Kelantan  


posticon Posting pada: 14-03-07 22:48


betul tu...nampak macam tak digembar-gemburkan sangat...kita bukan lah nak kan populariti sangat. tapi sebagai 1 pnghargaan yang memang brhak diberi. mmm...entah lah

Bookmark and Share

    


  Member Information For ryu-watanabeProfil   Hantar PM kepada ryu-watanabe   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-03-07 22:50



    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-03-07 22:57


Pelajar 15 tahun dapat 17 1A SPM
Oleh Mohd Azrone Sarabatin, Mohd Roji Abdullah, Mohd Izham Unnip Abdullah


KOTA KINABALU: Seorang pelajar berusia 15 tahun mencatat sejarah apabila menjadi calon termuda memperoleh 17 1A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan, semalam.

Melisa Sia Yin Ying dari Sekolah Menengah (sama) Kian Kok di sini, mendapat 1A bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Inggeris 1119, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Pengetahuan Moral, Sejarah serta Bahasa Inggeris dalam Sains dan Teknologi.

Pelajar pintar yang bakal menyambut hari lahir ke-16 dua minggu lagi itu, turut mendapat 1A dalam enam kertas yang diambil secara persendirian, iaitu Perdagangan, Ekonomi Asas, Pendidikan Seni Visual, Geografi, Kesusasteraan Inggeris dan Sains.

Anak tunggal pakar jantung di Pusat Perubatan Damai di sini, Dr Edward Sia Hock Nam dan suri rumah, Judie Lee itu menduduki SPM ketika berusia 15 tahun kerana hanya menghabiskan empat tahun di sekolah rendah berikutan lompat darjah.

"Saya memulakan persekolahan di Tahun Dua dan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ketika di Tahun Lima dengan pencapaian A bagi semua lima subjek.

“Saya cuma belajar enam bulan di Tingkatan Satu sebelum beralih ke Tingkatan Dua pada tahun sama.

"Ketika mengambil Penilaian Menengah Rendah (PMR), saya berusia 13 tahun dan mendapat 8A," katanya ketika ditemui selepas mengambil slip keputusan di sekolahnya, semalam.

Melisa berkata, beliau tidak mempunyai kaedah khusus ketika mengulang kaji, sebaliknya memberi tumpuan penuh terhadap pembelajaran di kelas.

"Saya cuma mengulang kaji di rumah dalam dua hingga tiga jam," katanya yang bercita-cita menjadi doktor.

Di KOTA BHARU, pelajar Sekolah Agama Maahad Muhammadi Perempuan, Siti Fatimah Mukhtar, 17, yang memperoleh 17 1A dan satu 2A, berkata tumpuan ketika guru mengajar serta ulang kaji secara konsisten sepanjang tahun dan doa, menjadi kunci kejayaannya.

“Saya juga menghafaz al-Quran setiap hari bagi menguatkan ingatan saya terhadap pelajaran yang diajar guru," kata anak guru Sekolah Kebangsaan Tapang, Aishah Mohd, 50, dan Pengurus Operasi Bank Islam Wilayah Timur, Mukhtar Ismail, 53.

Anak ketujuh daripada lapan beradik itu, mendapat 1A bagi subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, Geografi, Matematik Tambahan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Fizik, Kimia, Biologi, Tamadun Islam, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunah, Pendidikan Syariah Islam serta Bahasa Inggeris dalam Sains dan Teknologi, manakala 2A untuk Bahasa Arab Tinggi.

Sementara itu, Nadiah Amirah Jamil, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Sardon, Rengit, Johor, yang dilaporkan oleh sebuah akhbar sebelum ini memperoleh 19 1A, cuma mendapat 14 1A, empat 2A dan satu 3B.

Walaupun kecewa dengan keputusan itu, Nadiah Amirah tetap bersyukur kerana yakin ia menjadi titik permulaan untuk mencapai kejayaan lebih cemerlang pada masa depan.

"Saya akui sejak laporan mengatakan saya memperoleh 19 A1 disiarkan akhbar, terlalu ramai yang menghubungi saya bagi mengucapkan tahniah. Sebenarnya saya tidak cakap macam itu pun.

“Hari ini terbukti, keputusan SPM saya tidak seperti yang dilaporkan. Ternyata kenyataan itu dulu bukan keluar dari mulut saya tetapi saya tidak berkesempatan menerangkan keadaan sebenar mengenai laporan itu kecuali dengan rakan-rakan rapat,” katanya.

Nadiah Amirah mendapat 1A bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam, Sains, Geografi, Perdagangan, Fizik, Kimia, Prinsip Akaun, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan al-Quran As-Sunnah dan Tasawwur Islam serta 2A Kesusasteraan Melayu, Matematik Tambahan, Ekonomi Asas dan Biologi manakala Bahasa Inggeris dalam Sains dan Teknologi 3B.

Anak sulung dari tiga beradik itu, berkata beliau reda dengan keputusan berkenaan kerana sudah berusaha sebaik mungkin.

Nadiah Amirah ditemani bapanya, Jamil Omar, 55 dan ibunya, Zakiah Zakariah, 51, ketika mengambil slip keputusan SPM di sekolahnya. Turut hadir, Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr Junaidy Abdul Wahab dan Pegawai Pelajaran Daerah, Deraman Mamat.

Beliau menganggap apa yang berlaku sebagai pengalaman paling berharga dalam hidupnya yang mengajarnya supaya berusaha lebih keras, tabah dan sabar menghadapi dugaan.

"Insya Allah saya akan buat yang terbaik pada masa depan, terutama dalam bidang farmasi yang akan saya pilih selepas ini,” katanya yang akan berusaha mendapatkan tajaan untuk melanjutkan pelajaran dalam farmasi di Britain.

Jamil pula berkata, beliau berpuas hati dengan keputusan SPM anaknya itu, walaupun di luar jangkaannya.

"Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan dan saya yakin anak saya sudah membuat yang terbaik sebelum menghadapi SPM 2006.

"Saya juga berterima kasih kepada media yang mewar-warkan kejayaan anak saya walaupun keputusannya tidak seperti yang dilaporkan," katanya.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Mukadepan/20070312233907/Article/


p/s: wah, pandai2nya, anak siapa ni... :-P


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-03-07 23:50


Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang gagal mendapat keputusan cemerlang usahlah keciwa kerana dunia ini bukan berakhir dengan SPM.

Wallahu a'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-03-07 00:27


tahniah buat dedua adinda... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

zilzal
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2006
Ahli No: 23382
Posting: 854
Dari: somewhere in jordan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-03-07 00:28


siapa yang usaha
dia yang dapat

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilzalProfil   Hantar PM kepada zilzal   Quote dan BalasQuote

gingie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13215
Posting: 309

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-03-07 02:12


tahniah!!!! tumpang gembira..

tapi, tetap tak puas hati dengan apa yang berlaku pada Siti Fatimah dan Nadiah Amirah..

kedua-duanya menjadi mangsa keadaan.. :(

Bookmark and Share

    


  Member Information For gingieProfil   Hantar PM kepada gingie   Quote dan BalasQuote

AzwaAqilah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.03.2007
Ahli No: 28986
Posting: 73
Dari: kubang kerian

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-03-07 06:17


Pada 14-03-07 21:59 , izzul_islam posting:

!!! QUOTE !!!

Kementerian seperti tidak iktiraf kejayaan pelajar Yik
Rizal Tahir
Wed | Mar 14, 07 | 07:11:26 PM

KOTA BHARU, 14 Mac (Hrkh) – Kerajaan negeri kecewa terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia kerana seakan-akan tidak mengiktiraf kejayaan pelajar Maahad Muhammadi Perempuan yang mencatat pencapaian 17 1A dan 1 2A dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.

Anggota Exco, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, setelah membuat penilaian didapati Siti Fatimah Mukhtar adalah pelajar SPM terbaik peringkat kebangsaan.

“Saya kecewa terhadap Kementerian Pelajaran kerana tidak mengiktiraf kejayaan Siti Fatimah hanya kerana beliau belajar di sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik).

“Sedangkan kita memakai sukatan yang sama yang digunakan Kementerian Pelajaran. Oleh itu tidak timbul apa-apa perbezaan antara Kementerian Pelajaran dan Yik,” katanya pada sidang media di Maahad Muhammadi Perempuan di sini, hari ini.

Siti Fatimah, 17 mendapat 17 1A dan 1 2A dalam peperiksaan SPM 2006. Tahun ini kerajaan Pusat tidak mengisytiharkan pelajar terbaik peringkat negara dan hanya mengumumkan keputusan secara umum.

Begitu juga Jabatan Pelajaran Negeri hanya mengumumkan pelajar terbaik di Kelantan mendapat 14 1A. Sedangkan pelajar kedua terbaik di Maahad Muhammadi Perempuan iaitu Nur Atikah Mahassan mendapat 15 1A dan 2 2A.

Mohd Amar juga berkata, kerajaan negeri akan menaja pengajian Siti Fatimah yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di luar negara.

“Sebelum ini kerajaan negeri memberi pinjaman kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Tetapi oleh kerana kecemerlangan pelajar berkenaan, kerajaan negeri membuat keputusan untuk memberi biasiswa,” katanya.

Beliau juga berkata, keputusan yang dicapai Siti Fatimah membuktikan sistem yang diguna di sekolah Yik mampu menghasilkan kecemerlangan dalam peperiksaan.

Sementara itu, dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Mohd Amar berkata, seramai 1,399 pelajar Yik mengambil peperiksaan berkenaan tahun lepas dengan kelulusan sebanyak 74.7 peratus.

Maahad Muhammadi Lelaki mendapat keputusan 100 peratus, diikuti Maahad Muhammadi Perempuan (93.5 peratus) dan Maahad Rahmah Kenali (89.29 peratus).

Manakala kategori sekolah bantuan kerajaan, Sekolah Menengah Ugama (Arab) Taqadum Ma’arif (86.79 peratus), SMU A Tarbiah Mardiah (85.42 peratus) dan SMU A Khairiah Padang Pat Amat (84 peratus).

Turut hadir persidangan media itu Pengarah Yik, Haji Ahmad Mahmood dan Ketua Penolong Pengarah Yik (Pengurusan Sekolah), Ustaz Mohamad Ya.


ana juga terasatrkilan..nampak sangat tiada sifat keadilan...adakah ini yang dinamakan Islam Hadhari???

Bookmark and Share

    


  Member Information For AzwaAqilahProfil   Hantar PM kepada AzwaAqilah   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 15-03-07 08:29


salam...

tahniah kepada adik2 yang berjaya mendapat keputusan yang baik dalam SPM.
hhmm...macam mana ni?..
keadilan tidak ditegakkan. :-( :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

syuhada_islamic
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.11.2005
Ahli No: 20310
Posting: 93
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-03-07 10:13


salam wbt...
ana dalah salah seorang student spm 2006 yang juga student Maahad muhammadi Perempuan ni...
memang kami tak setuju tindakan kerajaan yang tak umumkan sekolah kami secara rasmi...
apa pun..kami bersyukur atas kurniaan ILAHI..
alahamdulillah..ana berjaya memperoleh 9A...
siti fatimah tu adalah ketua pelajar kami....

Bookmark and Share

    


  Member Information For syuhada_islamicProfil   Hantar PM kepada syuhada_islamic   Quote dan BalasQuote

nur88
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.12.2006
Ahli No: 27875
Posting: 98
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 15-03-07 10:20


tahniah buat pelajar tersebut dan kepada semua pelajar yang ambil spm..
KPM perlu buka mata..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur88Profil   Hantar PM kepada nur88   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 15-03-07 10:26


Pada 15-03-07 10:13 , syuhada_islamic posting:

!!! QUOTE !!!

salam wbt...
ana dalah salah seorang student spm 2006 yang juga student Maahad muhammadi Perempuan ni...
memang kami tak setuju tindakan kerajaan yang tak umumkan sekolah kami secara rasmi...
apa pun..kami bersyukur atas kurniaan ILAHI..
alahamdulillah..ana berjaya memperoleh 9A...
siti fatimah tu adalah ketua pelajar kami....


Biasalah...depa ni berpolitik..kalau war warkan sekolah MMP mesti depa tak mahu... Cerdik ke kurang cerdik depa ini...pemimpin berat sebelah...

Apapun bravo to sekolah YIk...hehe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

syuhada_islamic
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.11.2005
Ahli No: 20310
Posting: 93
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-03-07 10:35


Pada 15-03-07 10:26 , izzul_islam posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-03-07 10:13 , syuhada_islamic posting:

!!! QUOTE !!!

salam wbt...
ana dalah salah seorang student spm 2006 yang juga student Maahad muhammadi Perempuan ni...
memang kami tak setuju tindakan kerajaan yang tak umumkan sekolah kami secara rasmi...
apa pun..kami bersyukur atas kurniaan ILAHI..
alahamdulillah..ana berjaya memperoleh 9A...
siti fatimah tu adalah ketua pelajar kami....


Biasalah...depa ni berpolitik..kalau war warkan sekolah MMP mesti depa tak mahu... Cerdik ke kurang cerdik depa ini...pemimpin berat sebelah...

Apapun bravo to sekolah YIk...hehe...


terima kasih izzul_islam...
semoga sekolah YIK terus gemilang...!
amiin...


-----------------
cintailah ILAHI...cinta hakiki dan abadi ...ku dambakan redha dan kasih hakiki dr NYA...


Bookmark and Share

    


  Member Information For syuhada_islamicProfil   Hantar PM kepada syuhada_islamic   Quote dan BalasQuote

mihar123
WARGA SETIA
Menyertai: 20.11.2005
Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-03-07 10:42


Inilah yang dikatakan kerajaan yang berat sebelah & tidak telus...
Walau bagaimana pun tahniah diucapkan kepada pelajar tersebut kerana memperolehi 17 1A dan 1 2A.....

Teringat ku akan zaman SPM dulu....


-----------------
~~~Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian~~~

My blog::: http://mihar.blogs.friendster.com/:::



Bookmark and Share

    


  Member Information For mihar123Profil   Hantar PM kepada mihar123   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 15-03-07 10:44


Pada 15-03-07 10:42 , mihar123 posting:

!!! QUOTE !!!

Inilah yang dikatakan kerajaan yang berat sebelah & tidak telus...
Walau bagaimana pun tahniah diucapkan kepada pelajar tersebut kerana memperolehi 17 1A dan 1 2A.....

Teringat ku akan zaman SPM dulu....



yup..teringat zaman SPM dulu....MML bila lagi nak buat rekod ni...malu kat MMP ni.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-03-07 10:44


:-o Kelantan sentiasa di anak tirikan........tapi di Malaysia ini, Kelantan lah paling menonjol bagi saya.....


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-03-07 10:52


Marah dan tak puas hati harapnya bukan kerana nama sekolah XX atau YY atau ZZ atau PP ata uKK atau ABCDEFGHIJ tidak disiarkan nama dan dihebohkan prestasi.

Tapi terhadap diskriminasi terhadap Islam dan orang2 yang ingin memperjuangkannya. Hipokrasi

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 15-03-07 11:47


kan kerajaan selalu war-warkan sekolah ugama dikelantan serba kekurangan..sekolah buruk peralatan tak cukup cikgu tada diploma pendidikan , gaji cikgu cukup-cukup makan , satu lagi bebudak sekolah ugama ni katak dibawah tempurung , pasal tu lah sibuk sangat nak ambil sekolah YIK , mereka tak hebohkan sekolah ugama terutama MML dan MMP dah lama memalukan sekolah asrama penuh mereka dikelantan dan malaysia , pencapaian keseluruhan pelajar sekolah ugama lebih baik dari sekolah kementerian...

sebenarnya mereka nak ambil sekolah ugama kelantan semata untuk menutup terus kurikulum sekolah yik..dan digantikan dengan kurikulum smka...selepas ini tiada lagi pelajar ketimur tengah untuk ambil kos ugama , bermakna tiada lagi pembangkang yang berlatarbelakang ugama....lemahlah pas gamaknya...

.....JANGAN SERAHKAN UGAMA KEPADA UMNO...



Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 15-03-07 14:23


Assalamualaikum...

Tahniah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-03-07 16:05


wah samudra, memang tajam menikam, bisa berbisa... :lol:

tak payahlah nak harapkan iktiraf dari depa tu, dapat redha Allah pun dah lebih dari cukup.

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

syuhada_islamic
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.11.2005
Ahli No: 20310
Posting: 93
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-03-07 16:14


takpelah..kami terima seadanya...
terima kasih semuaaa!
syukran!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For syuhada_islamicProfil   Hantar PM kepada syuhada_islamic   Quote dan BalasQuote

filhidayah
Warga Rasmi
Menyertai: 02.03.2007
Ahli No: 28981
Posting: 5
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-03-07 16:26


Assalamualaikum syuhada...
Akak ucapkan tahniah kat adik2 semua :) sentiasalah mohon perlindungan Allah di mana saja kita berada. Abaikan orang2 yang tak inginkan Islam memimpin dunia ini!! biarlah manusia tak redha, asalkan Allah redha dengan segala usaha kita.

Akak Rindu suasana MMP.. Kirim salam kat Siti FAtimah dan sahabat2 yang lain ya. wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For filhidayahProfil   Hantar PM kepada filhidayah   Quote dan BalasQuote

nur_alhanuun
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.12.2006
Ahli No: 27815
Posting: 46
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-03-07 17:34


salam..

mabruuk kepada adik Siti Fatimah...juga tahniah kepada tenaga2 pengajar MMP..jangan patah semangat, yang penting semua org tau u are the best! baarakallahu fikum

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_alhanuunProfil   Hantar PM kepada nur_alhanuun   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 15-03-07 18:00


inilah malaysiaku....daripada pemimpin atasan kerajaan...hinggalah ketua2 jabatan negeri....semuanya sama....tak cerdik...semuanya jadi boneka, semuanya takut nak katakan kebenaran.

confirm best student kelantan yang dapat 14 A1 itu berasal dari sekolah kerajaan...student dari sekolah kerajaan yang dihighlightkan .....padahal ada 2 lagi student dari maahad perempuan YIK lagi banyak bilangan A1....

nielah sikap double standard yang diapplikasikan di malaysia....

sedarlah wahai pencinta2 keamaan, pencinta kemakmuran, pencinta ketelusan.....sampai bila anda semua nak tutup sebelah mata, nak tutup sebelah telinga.....Allah SWT bagi otak, sila gunakan otak untuk berfikir.

wallahua'lam

p/s: tahniah kepada adik Siti Fatimah...semoga dia bejaya nanti dapat MB BCh dari uni. di mesir....dan kembali ke tanah air berbakti kepada rakyat dan agama.

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

najah85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26692
Posting: 338
Dari: kuantan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 15-03-07 18:40


Alhamdulillah..bangga sungguh dengan MMP ni..tahniah buat fatimah..cemerlang ilmu duniawi dan uhkrawi..wah hebatnya dia..

Bookmark and Share

    


  Member Information For najah85Profil   Hantar PM kepada najah85   Quote dan BalasQuote

rabiatunhannan
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.08.2004
Ahli No: 10782
Posting: 30

Kelantan  


posticon Posting pada: 16-03-07 12:15


Assalamualaikum

tahniah kat adik siti fatimah kerana telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, kejayaan anda dan sahabat-sahabat anda di maahad, adalah kejayaan ummat Islam, kejayaan negeri kelantan, kejayaan YIK dan tentu sekali kejayaan MMP.

terima kasih yang tidak terhingga juga kuucapkan kepada guru2 di maahad. biarpun bukan hanya untuk zaman ni, malah terima kasih guru untuk semua zaman. kalau sebelum tibanya hari exam, bukan saja pelajar yang berdebar2 nak hadapi exam, tapi cikgu pun turut sama rasa debarannya.sampai begitu sekali.berfikir sama ada anak muridnye boleh jawab exam dengan baik ataupun tak... apapun cikgu2, ustaz2 dan ustazah2 semua memang best !!! terima kasih kerana mendidik kami dengan tulus hati. pengajaran yang ikhlas, di situlah ada keberkatan dalam setiap patah perkataan ilmu.

wahai rakyat malaysia, tengoklah seorang yang mengamalkan ajaran Allah dalam hidupnya mampu meletakkan dirinya di tangga teratas. lepas itu jadikan Al-Quran sebagai 'buku teks' yang utama.apa taknye, kerana kitab tu dikarang oleh ALLAH sendiri. sapa yang bersandar pada Allah pasti Allah beri punya. kalau tak dapat kat dunia pun kat akhirat insyaallah ganjaran sedang menunggu. tak rugi lah..haa...apalagi sahabat-sahabat jomla kita sama-sama istiqomah dengan al-quran, kalau dah tiap-tiap hari baca, bacala pulak tiap kali lepas solat fardhu ke, dengan terjemahannye sekali..penting tu

kepada adik2 batch lepas ni, idola dah ada, tinggal nak atau tak nak saja lagi. teruskan kegemilangan maahad, usaha+doa+tawakkal=kejayaan.

...nasyidussobah pg2 hari thobur mula terngiang2 kembali di pendengaranku... rindunye kat sekolah

Bookmark and Share

    


  Member Information For rabiatunhannanProfil   Hantar PM kepada rabiatunhannan   Quote dan BalasQuote

skater
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2004
Ahli No: 8611
Posting: 542
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-03-07 14:32


Tanniah Di ucapkan kepada siti FaTiMaH kerana berjaya MenaiKKan Nama Kelantan khususnya...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For skaterProfil   Hantar PM kepada skater   Pergi ke skater's Website   Quote dan BalasQuote

Faris_Ahlamiyy
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.11.2004
Ahli No: 12439
Posting: 45
Dari: Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-03-07 15:28


Tahniah buat mereka yang berjaya dalam SPM. Suatu pencapaian memberangsangkan dari tahun ke tahun. iktibar buat kita yang dah lepas SPM sebab adik2 kita semakin hebat.

ingat Allah hati akan tenang

Anak-anak KL, sila daftar di sini:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Faris_AhlamiyyProfil   Hantar PM kepada Faris_Ahlamiyy   Pergi ke Faris_Ahlamiyy's Website   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 16-03-07 15:45


Pasni mantapkan AMAL...Kasi ramai lagi klon2 Siti Fatimah ni... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

mfr_studio
Warga Rasmi
Menyertai: 23.06.2006
Ahli No: 24942
Posting: 4
Dari: SAUK

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-03-07 11:41


pertamanya tahniah buat siti fatimah, nadiah, sapa-sapa saja lah yang ambil spm dan dah dapat result dah,

keduanya, memang tidak adil nama siti fatimah tak disebut dalam utusan tetapi rasanya masih disebut dalam NST, lalu terfikir juga kita,NST yang banyak berkrisis dengan harakah telah bertindak adil apabila sampai pada bidang pendidikan, lalu sudah sempurnakah harakah berada dalam keadilan?

isu laporan akhbar yang kadangkala tidak adil bukan suatu yang baru, sebagaimana media barat sering tidak adil laporan 'dunia' islam mereka.

asasnya mudah, akhbar yang melalui sistem PENJUALAN semuanya adalah tidak adil kerana PENJUALAN BERKAIT DENGAN KEUNTUNGAN, dan keuntungan sangat bergantung kepada matlamat.

akhbar perdana yang bias kepada kerajaan adalah logik dalam perkiraan sistem maklumat berteraskan PENJUALAN,kerana akhbar perdana dilindungi teras mengekalkan PENJUALANNYA oleh kerajaan (walaupun kadang kala ada juga laporan akhbar perdana mengkritik kerajaan,namun kita pula tidak adil untuk melaporkan sisi-sisi dan sudut-sudut itu).

Begitu juga adalah logik harakah itu bias kepada PAS kerana PENJUALANNYA adalah untuk menguntungkan cita-cita politik PAS.

jika nak dikira pasal keadilan laporan, maka semua akhbar tidak adil langsung kepada pelajar-pelajar luar bandar yang keciciran pelajaran, langsung telah diANAKTIRIKAN atas kerana mereka telah gagal dalam SISTEM PEPERIKSAAN YANG KAMU SEMUA JUNJUNG ITU!

banggalah kamu dengan A yang banyak, namun di sini ingin aku highlightkan KECEMERLANGAN seseorang bukan bergantung pada result SPMnya, tetapi pada apa yang ia sumbang untuk agama,bangsa,dan negara.

TERIMA KASIH TUAN SYED MOKHTAR AL BUKHARI KERANA SUDI MEMPEDULIKAN ANAK-ANAK KAMPUNG YANG TIDAK MAMPU KE TUISYEN.

tuan syed mokhtar al bukhari dulu tak pernah dapat banyak A pun, sekolah pun tak habis, tetapi beliau antara anak melayu cemerlang dalam ekonomi,dan beliau masih menyumbangkan jasa pada anak bangsanya.

semoga siti fatimah atau nadiah amirah akan buat lebih dari itu lagi.

di mana KAUM LELAKI??????

Bookmark and Share

    


  Member Information For mfr_studioProfil   Hantar PM kepada mfr_studio   Pergi ke mfr_studio's Website   Quote dan BalasQuote

zc
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28322
Posting: 666
Dari: somewhere

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-03-07 22:32


hui! pandainyer siti fatimah tu...
islam boleh! melayu boleh!

Bookmark and Share

    


  Member Information For zcProfil   Hantar PM kepada zc   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 19-03-07 22:37


Semoga menjadi permatayang bersinar di alam ini, jua pemimpin ummah untuk generasi akan datang. Towords better generation..

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 20-03-07 13:13


Kerajaan 'Double Standard' iktiraf pelajar terbaik SPM
Intan Abdullah
Mon | Mar 19, 07 | 06:11:59 PM

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Hrkh) - Sikap kerajaan yang tidak mahu mengiktiraf pelajar dari Kelantan sebagai pelajar terbaik membuktikan Islam Hadhari yang dipraktikkan oleh kerajaan tidak dapat direalisasikan, tegas Senator Mumtaz Mat Nawi.

Menurut beliau lagi, tindakan tidak mengiktiraf pelajar terbaik SPM dari Kelantan tersebut menunjukkan kerajaan juga tidak mengiktiraf pemeriksa dan kementerian yang menganjurkan peperiksaan tersebut sedangkan pelajar tersebut juga menggunakan silibus atau kurikulum pendidikan seperti mana pelajar di sekolah kerajaan lain yang juga diperiksa oleh pemeriksa-pemeriksa kerajaan kerana ia mengikuti skima pelajaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Mumtaz mendakwa, "kerajaan telah mengamalkan 'double standard' dan ini sekaligus membuktikan sikapnya yang tidak matang dalam mempromosikan serta mengiktiraf kecemerlangan pihak tertentu sedangkan semua pihak perlu mendapat layanan yang sama rata seperti yang dianjurkan Islam.

"Islam tidak mengiktiraf sesuatu itu berdasarkan kaum atau kelompok kerana Islam itu bersifat universal, dan jika sekiranya yang cemerlang itu bukan Islam maka kita harus juga mengiktirafnya," jelas beliau dengan panjang lebar.

Beliau juga turut mengulas, tindakan kerajaan yang dilihat agak melatah apabila mengumumkan agar tidak perlu ada pelajar terbaik merupakan suatu escapisme tidak munasabah, kerana dalam apa-apa jua keadaan pasti ada yang terbaik, atau sistem kualiti sepertimana firman Allah dalam ayat 1 surah al-mukminun, "maka berjayalah orang-orang mukmin," dan dalam surah al-hujurat, "orang yang paling mulia di sisiKu adalah yang paling bertaqwa."

"Ini membuktikan ada sistem kualiti yang dianjurkan dalam Islam, ada pengiktirafan kepada usaha yang dijalankan, dan ia merupakan satu motivasi untuk menambah baik atau meningkatkan kualiti usaha mereka," ujar Mumtaz.

Menurut beliau, isu pendidikan ini telah dipolitikkan kerana tidak spatutnya pelajar yang cemerlang ini diberi layanan sebegitu rupa.

Beliau menyarankan agar tiada pihak yang bersikap menyampingkan kecemerlangan pencapaian mereka semata-mata kerana mereka merupakan pelajar di sekolah negeri yang diperintah oleh parti bukan kerajaan.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui ketika majlis istiadat pembukaan Sidang Parlimen Penggal Keempat oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin pagi tadi.

Sebelum ini, pelajar Maahad Muhammadi Perempuan mencatat sejarah apabila seorang pelajarnya mendapat 18A (17 1A dan 1 2A) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini.

Siti Fatimah Mukhtar mengulangi pencapaian yang diperolehi Nur Amalina Che Bakri dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram, Johor yang berjaya mencatat 17 1A dalam peperiksaan SPM 2005.

Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Haji Ahmad Mahmood dalam kenyataannya berkata, dua lagi pelajar cemerlang dari sekolah yang sama iaitu Nur Atikah Mahassan mendapat 15 1A, 2 2A dan Mardhatinajwa Abdullah (12 1A, 5 2A).

“Selain itu seramai tiga pelajar mendapat 15A, seorang mendapat (14 A) dan tujuh pelajar (13A) dari sekolah Yik yang menduduk peperiksaan SPM tahun lepas. Ini mengggambarkan sekolah agama mampu mengekalkan prestasi cemerlang,” katanya di sini.

Menurutnya seramai 4,133 pelajar iaitu 2,956 orang dari sekolah Menengah Ugama (Arab) Kerajaan dan 1,177 pelajar dari sekolah Menengah Ugama Arab Bantuan menduduki itu tahun lalu.

Prestasi sekolah kerajaan meningkat tahun lepas apabila seramai 2,927 pelajar (99.02 peratus) layak mendapat sijil, manakala sekolah bantuan pula 1,127 calon (95.75 peratus) layak memperolehi sijil.

Prestasi keseluruhan sekolah Yik ialah 98.09 peratus berbanding 98.38 peratus tahun sebelumnya. - mks.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

mfr_studio
Warga Rasmi
Menyertai: 23.06.2006
Ahli No: 24942
Posting: 4
Dari: SAUK

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-03-07 13:22


sitifatimah
gambar bertarikh 16 mac. laporan yang memetik kerajaan double standard bertarikh 19 mac,3 hari selepas majlis ini. lalu di mana pula agaknya keadilan kita sebagai penganalisis isu semasa. timbang-timbangkan.


-----------------
lukisan percuma MFR
[ Telah diedit oleh: mfr_studio pada 20-03-07 13:27 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mfr_studioProfil   Hantar PM kepada mfr_studio   Pergi ke mfr_studio's Website   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 20-03-07 20:02


Karut..............

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

syiraz_dyna
Warga Rasmi
Menyertai: 24.01.2004
Ahli No: 6731
Posting: 2
Dari: Petaling Jaya, Selangor

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 20-03-07 20:16


wajar ke??

Bookmark and Share

    


  Member Information For syiraz_dynaProfil   Hantar PM kepada syiraz_dyna   Pergi ke syiraz_dyna's Website   Quote dan BalasQuote

anis87
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.02.2007
Ahli No: 28952
Posting: 103
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-03-07 20:20


Alhamdulillah...syukur...inilah yang boleh dijadikan sebagai contoh pada umat Islam.ada ilmu dunia dan akhirat....equilibrium,bak kata kimia.hehe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For anis87Profil   Hantar PM kepada anis87   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 20-03-07 21:01


Utusan Melayu 16 MAc 2006


PM sampai anugerah kepada Nadiah, Siti Fatimah


ABDULLAH Ahmad Badawi menyampaikan Anugerah Pelajar Melayu Terbilang GPMS 2007 kepada Siti Fatimah Mukhtar (dua dari kiri) di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------



KEPALA BATAS 16 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menyampaikan anugerah akademik tertinggi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) kepada dua pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006, Nadiah Amirah Jamil dan Siti Fatimah Mukhtar.

Nadiah Amirah, 18, menerima watikah pelantikan Duta Akademik GPMS sementara Siti Fatimah, 17, menerima Anugerah Pelajar Melayu Terbilang GPMS 2007.

Ia disampaikan pada majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan SPM 2006 Sekolah-Sekolah Parlimen Kepala Batas di sini.

Abdullah turut melancarkan buku setebal 160 muka bertajuk Diari Nadiah yang merupakan karya pertama Nadiah Amirah.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri amat berharap mereka berusaha untuk menjadi rakyat yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara pada masa depan.

Kepada Nadiah Amirah, Abdullah memberi galakan supaya meneruskan kecemerlangan yang telah mula dibina berdasarkan keputusan SPM tersebut.

‘‘Kegemilangan peringkat awal ini mesti diteruskan di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia sehingga tamat pengajian di universiti kelak,” kata beliau.

Mengenai Siti Fatimah, beliau menasihatkannya supaya meneruskan kecemerlangan supaya dapat menjejakkan kaki ke universiti.

‘‘Binalah kecemerlangan masa depan bermula dengan asas kegemilangan dalam SPM ini,” katanya.

Hadir sama Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Presiden GPMS, Datuk Reezal Merican Naina Merican; Pengerusi Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Ahmad Darus.

Nadiah Amirah, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon, Batu Pahat, Johor memperoleh 18 A dengan 14 1A, 4 2A dan 1 B.

Siti Fatimah pula, pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi Perempuan di Kota Bharu memperoleh keputusan 18 A dengan 17 1A dan 1 2A, sekali gus mencatat sejarah pencapaian tertinggi di Kelantan.

Nadiah Amirah dilantik Duta Akademik GPMS untuk membolehkannya menjadi ikon selain membolehkan rahsia kejayaannya dapat dikongsi bersama oleh pelajar di seluruh negara.

Dalam pada itu, Abdullah berkata, kecemerlangan keputusan SPM tahun ini membuktikan kesungguhan pelajar bumiputera untuk bersaing mencapai kejayaan terbaik.

Beliau berkata, laporan meluas akhbar mengenai pencapaian mereka, secara tidak langsung memberi kesedaran kepada pelajar lain supaya mencontohi mereka seterusnya memperbaiki kelemahan sedia ada.

‘‘Kerana itu kita dapat lihat semakin ramai pelajar memperoleh 1A berbanding dulu yang kita dapat saksikan sukar untuk tengok gambar dalam akhbar pelajar bumiputera, tapi sekarang kita dapat lihat sendiri kecemerlangan mereka," ujar beliau.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 20-03-07 21:11


!!! QUOTE !!!



Ia disampaikan pada majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan SPM 2006 Sekolah-Sekolah Parlimen Kepala Batas di sini.





!!! QUOTE !!!


Hadir sama Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Presiden GPMS, Datuk Reezal Merican Naina Merican; Pengerusi Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Ahmad Darus.


Hishamuddin mana? Bukan dia Menteri Pelajaran? Kenapa hanya Ketua Pemuda 'UMNO' bahagian.


!!! QUOTE !!!

Siti Fatimah pula, pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi Perempuan di Kota Bharu memperoleh keputusan 18 A dengan 17 1A dan 1 2A, sekali gus mencatat sejarah pencapaian tertinggi di Kelantan.


Kenapa tak ishtihar terbaik Malaysia?


!!! QUOTE !!!


Nadiah Amirah dilantik Duta Akademik GPMS untuk membolehkannya menjadi ikon selain membolehkan rahsia kejayaannya dapat dikongsi bersama oleh pelajar di seluruh negara.


Rahsia Siti Fatimah tak nak kongsi juga ke?


-----------------
"Subhanaka lah 'ilma lana illa ma'allamtana innaka antal 'alimul hakim...Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi...


Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 20-03-07 21:37


Utusan Melayu

!!! QUOTE !!!


PM bangga Amalina capai 17A dalam SPM

PUTRAJAYA 9 Mac 2005 - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bangga dengan kejayaan Nur Amalina Che Bakri yang mencipta rekod dengan memperoleh 17A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

``Saya gembira dan bangga dengan kejayaan Amalina. Ini satu bukti kepada pelajar-pelajar lain bahawa jika mereka berusaha gigih, mereka boleh mencapai kejayaan bukan sahaja setakat cemerlang, malah gemilang dan terbilang,'' katanya.

Beliau mengulas kejayaan Amalina, pelajar Sekolah Menengah Ulu Tiram di Johor Baharu yang diumumkan hari ini sebagai pelajar terbaik SPM 2004.

Menteri Pelajaran, Datuk Hishammuddin Tun Hussein membuat pengumuman keputusan SPM di sekolah Amalina.

Perdana Menteri berharap Amalina akan dapat mengekalkan prestasi cemerlang itu dan terus mencapai kejayaan dalam bidang yang akan diteruskannya.

Bercakap kepada pengarang media di pejabatnya di sini, Abdullah berharap Amalina akan dapat menyambung pelajarannya di universiti terkemuka di luar negeri.

Abdullah berkata Amalina harus mempunyai keyakinan diri supaya dapat belajar dengan pelajar-pelajar asing tanpa kesusahan dan kesukaran.

``Saya harap Amalina dapat bersaing untuk terus mencapai kejayaan yang terbaik,'' katanya. - Bernama


Kenapa layanan yang serupa tidak berlaku untuk sampai 2006 ?


-----------------
"Subhanaka lah 'ilma lana illa ma'allamtana innaka antal 'alimul hakim...Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi...
[ Telah diedit oleh: izzul_islam pada 20-03-07 21:38 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

bee_hasanah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.12.2006
Ahli No: 27885
Posting: 67
Dari: Butterworth

PulauPinang  


posticon Posting pada: 22-03-07 09:26


huhu..sedih...sian kat depa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For bee_hasanahProfil   Hantar PM kepada bee_hasanah   Quote dan BalasQuote

amirahni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.06.2006
Ahli No: 24839
Posting: 134
Dari: SHAH ALAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-03-07 10:08


Hai macam-macam... Harap pihak kerajaan tidak kebudak-budakan. Tak faham betul ana.
Semoga pihak YIK bersabar dan redha dengan dugaan ini. jangan putus asa. Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Pada adik -adik yang berjaya ...Teruskan usaha!Tak dapat penghargaan manusia tak apa yang penting rahmat Allah.


-----------------
BUAT YANG BETUL, BUAT DENGAN BETUL, BUAT BETUL-BETUL


Bookmark and Share

    


  Member Information For amirahniProfil   Hantar PM kepada amirahni   Pergi ke amirahni's Website   Quote dan BalasQuote

amern_sultan
Warga Rasmi
Menyertai: 07.03.2007
Ahli No: 29061
Posting: 10
Dari: newcastle

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-03-07 19:46


teruskan..buktikan.. akan ada yang menilai nanti..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amern_sultanProfil   Hantar PM kepada amern_sultan   Pergi ke amern_sultan's Website   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 23-03-07 19:57


tuntutlah ilmu kerana Allah..
kita yang berilmu, teruskan mencari ilmu...
allah mengangkat darjat orang yang berilmu..
insya-Allah.... :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 24-03-07 13:47


assalamualaikum....

kita mengejar kecemerlangan bukan nak anugerah tapi mencari keredhaan Allah...

jadi pedulikan sama ada Kementerian Pelajaran iktiraf ke atau tak...

kepada semua lepasan SPM 2006 teruskan perjuangan mengejar kecemerlangan dalam menuntut ilmu...

p/s : graduan SPM 1990...:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 24-03-07 16:11




alfun mabruk.. wa alhamdulillah...
pelajar maahad muhammadi P memecahkan rekod...
:lol: :lol: :-D congrates...well done..
moga mumtaz abadan abada... :-D :-D :lol: :lol:


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.152839 saat. Lajunya....