Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tak semestinya melakukan apa yang anda sukai tetapi menyukai apa yang anda lakukan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 159
Ahli: 0
Jumlah: 159




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 16 jam, 11 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Fatwa Best Bin/Binti.


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Fatwa Best Bin/Binti.

Please Mendaftar To Post


Oleh Fatwa Best Bin/Binti.

ShahrulZaman
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2007
Ahli No: 28499
Posting: 1138
Dari: Walidain

Selangor  


posticon Posting pada: 13-03-07 21:16


Majlis Fatwa Negeri Perlis Sabtu menetapkan bahawa orang bukan Islam yang memeluk agama Islam wajib mengekalkan nama bapa atau keturunannya tanpa perlu menukar nama asal dengan bin atau binti Abdullah.

Mufti Negeri Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata fatwa itu bertujuan menangani rungutan daripada orang bukan Islam yang menyatakan bahawa hak mereka untuk mengekalkan nama bapa atau keturunan apabila memeluk agama Islam telah dinafikan.

"Apabila orang bukan Islam memeluk agama Islam, nama mereka dibinkan atau dibintikan dengan Abdullah. Ini tidak boleh kerana mereka sebenarnya dinafikan sifat keadilan dan hak selain menjejaskan apa yang dipertahankan oleh Islam iaitu nasab (keturunan).

"Menukarkan kepada bin Abdullah adalah pelik dan tidak berlaku dalam sejarah Islam. Pada zaman Nabi, mereka yang memeluk agama Islam tidak mengubah nama bapa atau keturunan mereka dan berkaitan dengan nasab.

"Dengan itu, Majlis Fatwa Negeri Perlis sebulat suara setuju dengan keputusan tidak membenarkan mereka mengubah nama bapa atau keturunan mereka apabila memeluk agama Islam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan perbincangan khusus mengenai perkara itu bersama 13 anggota Majlis Fatwa Negeri Perlis di Kangar.

Bernama melaporkan Dr Asri berkata mengubah nama asal dan meletakknya dengan bin atau binti Abdullah apabila seseorang memeluk agama Islam hanyalah tradisi dan ia bukan syariat Islam serta tidak pula diwajibkan dalam Islam.

"Ini juga untuk menghormati keturunan seseorang itu. Banyak hadis yang melarang kita menipu keturunan. Oleh sebab itu, Majlis Fatwa Negeri Perlis membuat keputusan mengubah nama seperti itu adalah dilarang dan dalam erti kata lain, ia adalah sesuatu yang haram," katanya.

Sambil memberi contoh, beliau berkata jika seseorang itu bernama Sami anak lelaki Raju, apabila memeluk Islam dia hendaklah mengekalkan namanya sebagai Sami bin Raju dan bukan Sami bin Abdullah.

"Sebab yang lain, adalah untuk mengelakkan salah sangka di kalangan orang bukan Islam. Dengan adanya fatwa ini, dapat menjelaskan bahawa Islam adalah agama yang adil," katanya.

Dr Asri berkata bagi mereka yang telah memeluk agama Islam dan menukar nama asal dengan bin atau binti Abdullah, mereka mesti menukar semula nama bapa atau keturunan mereka sekiranya tidak melibatkan halangan dalam unsur perundangan seperti kad pengenalan atau dokumen diri.

Beliau berkata fatwa itu yang berkuatkuasa di Perlis akan dibawa dan dibincangkan pada Majlis Agama Islam dan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk diputuskan.

Satu kertas kerja sedang dibuat untuk dibentangkan kepada Majlis Agama Islam yang akan bersidang pada 1 April di Selangor. - 10/3/2007



BEST KE???


-----------------
sama-sama mencari kebenaran,
HATI dikawal oleh AKAL,
AKAL dikawal oleh IMAN,
Jika HATI selalu kotor, selalulah tingkatkan kualiti IMAN
[ Telah diedit oleh: ShahrulZaman pada 14-03-07 01:12 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ShahrulZamanProfil   Hantar PM kepada ShahrulZaman   Quote dan BalasQuote

Wuddah
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2007
Ahli No: 29021
Posting: 508
Dari: Chenderong Balai

Perak  


posticon Posting pada: 13-03-07 22:08


Assalamualaikum..saya setuju tapi biarlah namanya ditukar kepada nama islamic sikit. bayangkan kalau dia ada anak nanti, aishah buat raju, kan tak cantik...kalau aishah buat ahmad raju...mungkin sesuai sikit..susah nanti nak bezakan dengan yang beragama lain...akan timbul permasalahan lain..contohnya nama dalam masyarakat org asli pun dah banyak mengikut nama masyarakat melayu, kdng2 tak tahu dia muslim @ bukan muslim...ada seorang mualaf memberi komen yang tidak setuju dengan pendapat ini...seingt saya, ada sebuah hadis mengatakan nama pun penting dalam perhitungan di padang masyar contohnya, yang bernama muhammad akan dihitung dahulu...saya minta maaf kalau pendapat ini mengguris mana-mana pihak..ilmu agama saya pun tak setinggi mana jika dibandingkan dengan mufti tersebut...harap keputusan di buat dengan memikirkan kesannya di masa akan datang..

Bookmark and Share

    


  Member Information For WuddahProfil   Hantar PM kepada Wuddah   Quote dan BalasQuote

zinniratunnajua
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.12.2004
Ahli No: 12834
Posting: 271
Dari: bumi Allah

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-03-07 22:13


baru-baru ni sahabat ana dr fakulti yang sama peluk Islam...huhuhuu...alhamdulillah..terharu sungguh tengok dia nangis waktu lafaz syahadah....

nama dia Nur Maisarah binti Chang..

ustaz muallaf dr PERKIM tu kata sama lah macam apa yang Ustaz Asri cakap kat atas ni...

bin Abdullah tu masy Malaysia saja yang buat...tak salah nak ikut, xikut pun tak salah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zinniratunnajuaProfil   Hantar PM kepada zinniratunnajua   Pergi ke zinniratunnajua's Website   Quote dan BalasQuote

ridz07
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.10.2004
Ahli No: 11876
Posting: 102
Dari: Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato' Razali Ismail (IPGM-KDRI), Kuala Terengganu...

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-03-07 22:40


Sebenarnya haram hukumnya menasabkan nama bukan kepada keturunan asalnya.... Jadi biarkan nama asal bapanya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridz07Profil   Hantar PM kepada ridz07   Pergi ke ridz07's Website   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 14-03-07 01:01


Pada 13-03-07 22:40 , ridz07 posting:

!!! QUOTE !!!

Sebenarnya haram hukumnya menasabkan nama bukan kepada keturunan asalnya.... Jadi biarkan nama asal bapanya....



memang haram...sebab tu kita letak bin Abdullah - (hamba allah) atau nama2 Allah yang lain....kalau letak nama orang lain ( kasim ke..mamat ke) memang haram....kena paham konteksnya....


pesanan untuk semua ; hati-hati dalam memahami sesuatu perkara dalam agama....islam bukan agama logik semata2...kena blajaq tentang dalil naqli dan juga aqli..okes...
[ Telah diedit oleh: izzul_islam pada 14-03-07 01:02 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 14-03-07 12:04


http://www.islam-qa.com/index.php?ref=284&lain=eng
Question:
I was given the name Tyrone Anthony Parker at birth by my non-muslims parents. After taking shahada, I changed my name to Bilaal Faaruwq Abdus-Salaam. I have recently found out that I shouldn't have left my family name and I plan on returning to it. If my parents tell me to return to my given name (Tyrone-has pagan origins ; Anthony-means flourishing) do I have to do it?

Answer:

Praise be to Allaah.

For the one whom Allaah has guided to Islam, it is sufficient for him to choose an Islamic first name for himself and to keep his father’s name or surname, because the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) did not command the Sahaabah to change their fathers’ and grandfathers’ names when they embraced Islam. However, he did change the first names of those who had names with forbidden or undesirable meanings. Because your first name has pagan origins, your changing it to another name, such as Bilaal, is proper and correct. But you should keep the rest of your name and surname as it is; this will please your parents. May Allah guide them, and may He give us and you strength. May Allaah bless our Prophet Muhammad.



Islam Q&A
Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-03-07 14:19


:roll: Bagus juga....nanti tak ada lah orang bukan Islam menyangka bahawa Islam cuba menghapuskan asal usul mereka yang memeluk Islam serta cuba mewujudkan asal usul yang baru......


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 15-03-07 11:47


memang haram...sebab tu kita letak bin Abdullah - (hamba allah) atau nama2 Allah yang lain....kalau letak nama orang lain ( kasim ke..mamat ke) memang haram....kena paham konteksnya....


pesanan untuk semua ; hati-hati dalam memahami sesuatu perkara dalam agama....islam bukan agama logik semata2...kena blajaq tentang dalil naqli dan juga aqli..okes...




setuju...jangan ikut membuta tuli.:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-03-07 16:19


‘Tiada paksaan tukar nama’
Oleh Hasnira Hassan dan Adha Ghazali


Mualaf dibenar kekal nama keluarga: Jakim

KUALA LUMPUR: Saudara baru tidak dikenakan sebarang paksaan menukar nama atau keturunan selepas memeluk agama Islam, malah mereka diberi pilihan untuk mengekalkan penggunaan nama keluarga masing-masing.


Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustapa Abdul Rahman, berkata Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) tidak pernah membincangkan isu penggunaan istilah ‘bin Abdullah’ terhadap saudara baru.

Sebaliknya, saudara baru hanya disyaratkan mendahulukan nama Islam pada nama asalnya, seperti Ahmad Chong Ah Kau. Keputusan itu dibuat dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (JFK) pada 28 Januari 1981.

Fatwa lain yang turut dibuat ketika itu ialah penggunaan istilah ‘bin Abdullah’ atau sebarang nama di dalam Asma Al Husna yang dimestikan terhadap anak tidak sah taraf.

“Mereka (Perlis) boleh pakai (keputusan pengharaman ‘bin Abdullah’ dalam nama saudara baru). Kita, MFK tidak pernah memutuskannya (pengharaman ‘bin Abdullah’).

“Sebelum ini, bagi saudara baru, kita (MFK) hanya putuskan nama awal perlu ada nama Islam, tetapi bin atau binti, tidak kisah. Sama ada mereka hendak kekalkan nama keturunan atau tidak, tidak mengapa,†katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Majlis Fatwa Perlis, untuk tidak menggunakan istilah ‘bin Abdullah’ bagi saudara baru, kerana menyifatkannya bukan syariat Islam dan penukaran nama atau keturunan keluarga itu sebagai haram.

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata golongan itu harus mengekalkan nama dan keturunan asal yang menentukan nasab (keturunan) masing-masing.

Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria, berkata pihaknya akan tetap menggunakan kaedah sedia ada dan terpulang kepada Perlis untuk membuat keputusan sendiri.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar, berkata sebarang keputusan seumpama itu perlu dibincang pada peringkat kebangsaan, supaya pelaksanaannya dapat diseragamkan, selain mengelakkan peraturan Islam diperlekeh.

Pegawai Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Perlis, Abd Rahim Abdullah, pula menggesa Majlis Fatwa Perlis mengkaji semula keputusannya itu bagi memelihara kesucian Islam, selain mengelak timbulnya percanggahan akidah.

“Majlis Fatwa Perlis tidak seharusnya memutuskan penggunaannya sebagai haram semata-mata kerana ia tidak diamalkan pada zaman nabi, kerana keadaannya berbeza.

“Setiap kaum di Malaysia menggunakan bahasa masing-masing dan nama yang diberikan juga mempunyai maksud yang pelbagai. Malah, ada antaranya mempunyai maksud yang bercanggah dengan akidah dan sudah pasti tidak sesuai diguna pakai,†katanya.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Nasional/20070311224048/Article/


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-04-07 15:30


hmmmm...........pelik-pelik...

Imam Nawawi berkata di dalam Syarah Sahih Muslim, "tidak boleh bagi seseorang mufti atau kadi mewajibkan menggunakan pendapatnya ke atas seseorang yang berlainan pendapat dengannya selama mana pendapat itu tidak bercanggah dengan Nas, Ijmak dan Qias yang sahih dan kuat"

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 12-04-07 17:00


Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2297
Dari Abdullah bin Amru bin Al‘Ash, katanya dia mendengar Rasulullah saw. Bersabda “ Allah tidak menghapuskan ilmu (Addin) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia tetapi dengan jalan mewafatkan para Ulama’. Apabila Ulama’ sudah habis, umat manusia mengangkat orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yang bodoh. Si pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak maka sesatlah mereka semuanyaâ€

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-04-07 17:26


kan elok pakai saja yang lama...huhu...tak ada masalah pun..teruskan saja lah..lau macam ni..susah nak beza org islam..sebab org iban pun pakai buat/bin lepas itu name bapak depa


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

nni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.04.2005
Ahli No: 15868
Posting: 107
Dari: kiri ada meja study, kanan ada katil, depan ada PC, belakang..??

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-04-07 17:44


ooooo.... macam tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nniProfil   Hantar PM kepada nni   Pergi ke nni's Website   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 12-04-07 18:35


ye ke????

Bookmark and Share

    


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 16-04-07 17:11


better guna bin Abdullah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-04-07 17:57


Senangnya main hukum halal haram.

Bookmark and Share

    


  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

graduanislam22
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.01.2007
Ahli No: 28041
Posting: 343
Dari: selayang

egypt  


posticon Posting pada: 16-04-07 18:44


Pada 12-04-07 15:30 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

hmmmm...........pelik-pelik...

Imam Nawawi berkata di dalam Syarah Sahih Muslim, "tidak boleh bagi seseorang mufti atau kadi mewajibkan menggunakan pendapatnya ke atas seseorang yang berlainan pendapat dengannya selama mana pendapat itu tidak bercanggah dengan Nas, Ijmak dan Qias yang sahih dan kuat"



Terpulang kepada mua'allaf nak guna nama ayahnya yang asal atau tukar kepada yang lebih baik. Kalau tidak ada nas atau dalil yang kuat, tak perlu nak mengharamkan sesuatu. memang ada golongan yang suka bincang perkara furu' dalam fiqh.

Lebih baik kita teruskan usaha untuk kembalikan Daulah Islamiyyah..


-----------------
"..::peliharalah mata, kata dan hati kerana semuanya kan ditanya::.."


Bookmark and Share

    


  Member Information For graduanislam22Profil   Hantar PM kepada graduanislam22   Pergi ke graduanislam22's Website   Quote dan BalasQuote

syahirahsoid
WARGA SETIA
Menyertai: 06.03.2007
Ahli No: 29040
Posting: 496
Dari: mana hendak ke mana

malaysia  


posticon Posting pada: 16-04-07 20:14


ei...Boleh ke??
len macam saja bunyi kalau xtukar name ayah downg..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahirahsoidProfil   Hantar PM kepada syahirahsoid   Quote dan BalasQuote

ainul_tapah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.04.2007
Ahli No: 29441
Posting: 145
Dari: Nilai_Butterworth

PulauPinang  


posticon Posting pada: 17-04-07 09:12


emm..kalau dalam buku syariah thing.4,Allah ada tegur nabi sebab menasabkan Zaid bin Harithah jadi Zaid bin Muhammad...lepas itu nabi pun tukar balik kepada bapa Zaid....tapi yang tu anak angkat...hehehe...
kalau mualaf tak tau pula..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainul_tapahProfil   Hantar PM kepada ainul_tapah   Quote dan BalasQuote

bintubahariyah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2006
Ahli No: 25924
Posting: 242
Dari: usm

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-04-07 09:30


Pada 16-04-07 18:44 , graduanislam22 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 12-04-07 15:30 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

hmmmm...........pelik-pelik...

Imam Nawawi berkata di dalam Syarah Sahih Muslim, "tidak boleh bagi seseorang mufti atau kadi mewajibkan menggunakan pendapatnya ke atas seseorang yang berlainan pendapat dengannya selama mana pendapat itu tidak bercanggah dengan Nas, Ijmak dan Qias yang sahih dan kuat"



Terpulang kepada mua'allaf nak guna nama ayahnya yang asal atau tukar kepada yang lebih baik. Kalau tidak ada nas atau dalil yang kuat, tak perlu nak mengharamkan sesuatu. memang ada golongan yang suka bincang perkara furu' dalam fiqh.

Lebih baik kita teruskan usaha untuk kembalikan Daulah Islamiyyah..



itulah..cabang saja. awat tak tumpu saja pada pentarbiyyahan saudara2 baru kita. fokus pada masalah yang depa hadapi, tentangan dan sebagainya. benda kecik gini pun dah jadi besaq. sebut haram2 ni, menakutkan saja. suka hati depala nak ubah ka tak. asalkan bermaksud baik..

erm, kenapa rasa macam dah pernah diforumkan topik ni ya?? :roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintubahariyahProfil   Hantar PM kepada bintubahariyah   Pergi ke bintubahariyah's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 17-04-07 17:13


pukau tulis
Senangnya main hukum halal haram.


HALAL apa jika guna BIN Abdullah

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-04-07 17:29


Pada 17-04-07 09:30 , bintubahariyah posting:

!!! QUOTE !!!


erm, Kenapa rasa macam dah pernah diforumkan topik ni ya?? :roll:


http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=30417&forum=2&#f398704

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

LinCikedot
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26163
Posting: 811
Dari: Atap Rumbia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-04-07 17:59


ooo...seperti itu rupanya

Bookmark and Share

    


  Member Information For LinCikedotProfil   Hantar PM kepada LinCikedot   Quote dan BalasQuote

ShahrulZaman
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2007
Ahli No: 28499
Posting: 1138
Dari: Walidain

Selangor  


posticon Posting pada: 17-04-07 18:00


mari kita sama-sama ngaji lebih dalam lagi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ShahrulZamanProfil   Hantar PM kepada ShahrulZaman   Quote dan BalasQuote

fiza_fizi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.03.2005
Ahli No: 15184
Posting: 126
Dari: ~~negeri tercinta

Kelantan  


posticon Posting pada: 18-04-07 10:16


guna nama asal bapa lagi elok...tapi terpulang lah....kalau guna nama bapak dia mungkin mereka pun lama2 boleh terima islam....tapi apa pun biar niat tu betul.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fiza_fiziProfil   Hantar PM kepada fiza_fizi   Pergi ke fiza_fizi's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.340898 saat. Lajunya....