Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang takut ditakluki pasti akan kalah
-- Napoleon Bonarpate

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 193
Ahli: 0
Jumlah: 193




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 14 jam, 46 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Jejak Mahasiswa
Topik: Hasil kajian buktikan graduan tak pilih bidang pekerjaan!


Carian Forum

Moderator: Administrator, istisafa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Mahasiswa
    »» Hasil kajian buktikan graduan tak pilih bidang pekerjaan!

Please Mendaftar To Post


Oleh Hasil kajian buktikan graduan tak pilih bidang pekerjaan!

mohdhanis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9883
Posting: 189
Dari: pahang, selangor, penang

Selangor  


posticon Posting pada: 06-03-07 23:13


sumber: berita harian

46,204 pelajar IPT kerja sebelum konvo
Oleh Syuhada Choo Abdullah

Hasil kajian buktikan graduan tak pilih bidang pekerjaan

KAJIAN pengesanan graduan yang julung kali dilakukan Kementerian Pengajian Tinggi secara komprehensif melalui online mendapati 46,204 lulusan institusi pengajian tinggi (IPT) tahun lalu dapat kerja dalam tempoh singkat antara seminggu hingga lima bulan selepas tamat pengajian.


Ketua kumpulan kajian itu, Prof Dr Md Yusof Abu Bakar, berkata mereka adalah 44.5 peratus daripada 103,830 graduan IPT awam (IPTA), politeknik dan kolej komuniti yang mengambil bahagian sebagai responden sebelum majlis konvokesyen institusi masing-masing sepanjang tahun lalu.

Daripada jumlah itu, katanya, 82,104 ialah responden yang mewakili 87.7 peratus graduan hingga peringkat doktor falsafah (PhD) dari 18 IPTA tahun lalu, 19,656 (77.6 peratus) 18 politeknik dan 2,070 (62 peratus) 34 kolej komuniti.

Beliau yang juga Penasihat Khas Menteri Pengajian Tinggi berkata, graduan bekerja itu merangkumi 25,307 atau 45.5 peratus daripada 55,639 responden di kalangan lulusan ijazah sarjana muda IPTA.

“Graduan ijazah pertama itu termasuklah 1.0 peratus yang bekerja sendiri dan 0.7 peratus lagi bekerja dengan keluarga.

“Seterusnya, 2,540 atau 4.6 peratus responden lulusan ijazah sarjana muda terbabit melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, 1,183 (2.1 peratus) mempertingkatkan kemahiran dan 5,869 (10.5 peratus) menunggu penempatan ke sekolah sebagai guru.

“Bagaimanapun, 20,740 atau 37.3 peratus lagi belum bekerja. Daripada jumlah itu, 88 peratus atau 17,929 responden sedang dalam proses mencari pekerjaan, manakala yang lain tidak bekerja atas pelbagai alasan,” katanya kepada Berita Harian di Putrajaya, semalam.

Bagi responden secara keseluru han pula, Md Yusof berkata, hasil kajian itu mendapati 17.7 peratus daripada mereka melanjutkan pengajian, meningkatkan kemahiran (1.4 peratus) dan menunggu penempatan ke sekolah (5.7 peratus).

Beliau berkata, baki 30.7 peratus responden yang belum bekerja meliputi 85.6 peratus sedang mencari pekerjaan, 2.3 peratus tidak bekerja kerana komitmen lain dan 0.5 peratus memilih tidak menceburi bidang kerjaya lagi.

“Walaupun dalam tempoh singkat selepas tamat pengajian, dapatan kajian itu membuktikan ramai graduan sanggup bekerja dalam bidang bertaraf lebih rendah daripada kelulusan dimiliki.

“Graduan terbabit hanya ingin menimba pengalaman dan mencari sumber pendapatan, sementara menunggu pihak majikan memproses permohonan mereka,” katanya.

“Perkembangan sebegini amat positif dan jelas menunjukkan graduan tidak bersikap memilih pekerjaan seperti tanggapan umum selama ini,” katanya.

Md Yusof berkata, maklumat hasil kajian itu dimasukkan ke dalam `gedung’ pangkalan data berpusat di kementerian yang akan menjadi sumber rujukan utama ke arah pembangunan sistem pendidikan tinggi negara pada masa depan.

FAKTA NOMBOR
Status responden ijazah sarjana muda IPTA 2006

25,307 - Bekerja
20,740 - Belum bekerja

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdhanisProfil   Hantar PM kepada mohdhanis   Pergi ke mohdhanis's Website   Quote dan BalasQuote

graduanislam22
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.01.2007
Ahli No: 28041
Posting: 343
Dari: selayang

egypt  


posticon Posting pada: 06-03-07 23:40


:) yang penting ada ilmu diamalkan.. usaha lebih sikit lah sahabat2 semua.. jangan harap nak makan gaji saja.. yang blah sana tu asyik nak berdiskriminasi saja..

Bookmark and Share

    


  Member Information For graduanislam22Profil   Hantar PM kepada graduanislam22   Pergi ke graduanislam22's Website   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-03-07 09:03


salam..
alhamdulillah..nmpaknya para graduan kita sekarang lebih berfikiran terbuka..

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

nur_anis
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1496
Posting: 395
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 07-03-07 09:23


graduan tak memilih kerja,tapi kebanyakkan syarikat yang graduan pergi interview mahukan graduan yang ada pengalaman bekerja..macam mana mereka nak dapat pengalaman sedangkan mereka baru grad...sepatutnya syarikat tu bagi peluang graduan tu bekerja untuk cari pengalaman.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_anisProfil   Hantar PM kepada nur_anis   Quote dan BalasQuote

hurun_ein
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 18.10.2003
Ahli No: 4470
Posting: 317
Dari: utm, skudai

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 07-03-07 09:35


assalamualaikum...

rezeki Allah ada di mana-mana...buat lah apa-apa pun, janji ia halal... kalau memilih sangat nak kerja ikut line kita kat U, terpesonglah niat kita belajar kat U... ;-)

sekadar pendapat... :roll:


-----------------
ana..ukhtukum fil Islam..


Bookmark and Share

    


  Member Information For hurun_einProfil   Hantar PM kepada hurun_ein   Pergi ke hurun_ein's Website   Quote dan BalasQuote

mohdhanis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9883
Posting: 189
Dari: pahang, selangor, penang

Selangor  


posticon Posting pada: 09-03-07 07:22


hm.... so, para graduan semua. inilah komen-komen yang tela mengkomen anda! Apa lagi, tindakan anda bermula dari sekarang untuk menentukan di mana anda berada!

:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdhanisProfil   Hantar PM kepada mohdhanis   Pergi ke mohdhanis's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 09-03-07 15:02


Lecturer saya kata bukan masalah graduan saja...Dia kata pertumbuhan ekonomi Malaysia tak dapat menampung bilangan graduan yang di hasilkan...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 09-03-07 16:35


memang betul, selagi belum ada pekerjaan jangan memilih, kerana pengalaman itu mahal tapi WAJIB halal & tak langgar apa Allah suruh. mungkin dengan pengalaman kita lebih terpilih berbanding calon lain, tmbh2 jk pengalaman krj tu ada kaitan walau sedikit & cabang kepada bidang kita. sebab sstgh company adalah mudah bagi mereka yang dah ada pegalaman, senang nak train @ tak pelu ajr lagi. lagi pun org dah ada pengalaman karekter mungkin lebih mtang, berkeyakinan & tahu handle sstu. Apapn dalam interbiu kena punya keyakinan tinggi, Kalau tak yakin..berlakon yakin..:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.199255 saat. Lajunya....