Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kita berasa diri kita tinggi, pandanglah ke atas; jika kita berasa diri kita rendah, pandanglah ke bawah
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 221
Ahli: 0
Jumlah: 221




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 20 jam, 17 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: topik agama kurang perhatian..Kenapa???


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» topik agama kurang perhatian..Kenapa???

Please Mendaftar To Post


Oleh topik agama kurang perhatian..Kenapa???

kaherah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.02.2007
Ahli No: 28943
Posting: 230
Dari: bumi ambia'

egypt   avatar


posticon Posting pada: 01-03-07 04:45


Kenapa topik agama kurang mendapat smbutan???
adakah ia membosankan????????????
adakah d sebabkann tiada kesedaran dalam dari kita?????
atau ia merumitkan???
atau sebagainya?????? :-?
[ Telah diedit oleh: kaherah pada 23-03-07 13:13 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For kaherahProfil   Hantar PM kepada kaherah   Quote dan BalasQuote

nur_anis
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1496
Posting: 395
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-03-07 07:30


bukan membosankan,malah topik agama ni dapat memberi kita pengetahuan yang kita tak tahu...kesedaran ada dalam diri masing-masing,cuma mungkin buat-buat tak tahu agaknya..tanyalah hati masing-masing...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_anisProfil   Hantar PM kepada nur_anis   Quote dan BalasQuote

istisafa

Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5723
Posting: 626
Dari: Kelana Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-03-07 10:47


Bukan setakat topik, artikel pun kurang dibaca berbanding bab lain.. itu hak masing-masing.. Sekurang-kurangnya ia memberi ruang kepada insan lain yang memerlukan bimbingan dan panduan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-03-07 10:56


Tengok pada topik juga..kalau bukan arif dalam hukum hakam. tak ramai juga nak masuk..topik2 agama ni kadang-kadang di pandang sepi tapi kalau topik agama bincang pasal poligami, nikah kahwin, ramai sambutannya...

---------------------
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Tuhan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

syaiKisas
Warga 1 Bintang
Menyertai: 04.12.2005
Ahli No: 20659
Posting: 35
Dari: bumi waqafan

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-03-07 13:39


em..tengok sajalah topik2 dalam forum yang berkaitan dengan cinta,ramai yang masuk..kadang-kadang yang remeh2 saja.maafla kalau ada yang terasa.tapi bila masuk saja bab2 agama,hudud ke,islam hadhari ke,gerakan2 islamiyah ke.....senyap!entahlah..maybe saya pun dalam golongan yang semua,golongan yang rasa ada orang yang lebih pakar untuk menjawabnya.tapi kalau bukan kita siapa ye?apapun,tepuk dada tanya iman!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For syaiKisasProfil   Hantar PM kepada syaiKisas   Quote dan BalasQuote

syaiKisas
Warga 1 Bintang
Menyertai: 04.12.2005
Ahli No: 20659
Posting: 35
Dari: bumi waqafan

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-03-07 13:40


"(Copy & Paste) Meneliti beberapa weblog kawan-kawan, rakan taulan, sahabat-handai membuatkan ana terkasima, terjanggama, tersangkasuma serta pelbagai lagi rasa tidak seksama di hati dan kurang senang di diri."Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma 'ruf, mencegah dari yang munkar" (At-Taubah: 71).Sesungguhnya perintah menundukkan pandangan merupakan satu adab, tuntutan dan perintah sunnah yang diperintah oleh Allah swt dan diajari oleh sunnah baginda salallahualaihiwasalam. Ana merasa pelik bagaimana pemilik-pemilik weblog tertentu boleh memaparkan gambar lelaki dan wanita bergambar di tepi pantai yang indah..... konon melalui satu program, baktisiswa dan pelbagai lagi."Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)"(Al-isra : 32).Sungguh persahabatan lelaki perempuan, memual di friendster, di Sms.ac, YM dan pelbagai lagi medan yang ana tahu dan tidak tetapi sebenarnya ianya meragukan dan dipenuhi syubhat. Tidak bersalah berkenalan, tidak bersalah apa-apa untuk seorang lelaki menjemput seorang muslimah menyertai rangkaian "friendster"nya atau apa....Namun menjadi kesalahan bagi seorang muslim yang beriman dengan Allah dan rasul serta mengakui menuruti perintah Al-Qur'an dan sunnah untuk memaparkan gambar-gambar wanita dan lelaki sekalipun bertudung tetapi bercampur dalam sebuah gambar dengan tanpa keperluan yang mustahak dan darurat."Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengharamkan apa yang baik yang dihalalkan oleh Allah kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas sesungguhnya Allah tidak suka kepada golongan yang melampaui batas" (Al-Maidah : 87).Apakah kepentingan dan manfaat seorang yang beriman kepada Allah swt memaparkan gambar rakan-rakan kenalan wanitanya dalam weblog, friendster dan lain-lain sekiranya dia seorang yang muslim ?"Dan katakanlah kepada lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan-nya" (An-Nur: 30)."Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan-nya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya" (An-Nur: 31).Lalu menulis di bawahnya " rehlah ke pantai" atau " kami berposing dengan gembira" apakah ini adab dan teladan sunnah rasulullah salallahualaihiwasalam ? Sekalipun pada zaman baginda rasulullah tiada kamera digital dan kamera manual tetapi tentu kita tahu bahawa sekiranya wujud kamera pun pada zaman nabi salallahualaihiwasalam para sahabat ra dan rasulullah tidak akan berpossing-possing bercampur lelaki dan perempuan dalam satu gambar !!!Sedangkan baginda pernah menyebut : "Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, maka apabila dia keluar (dari rumah) , syaitan akan menghiasinya" (Dikeluarkan oleh Al Bazzar dan At Tirmidzi dan dishahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Irwaul Ghalil jilid I)." Sesunnguhnya nafsu itu sentiasa mengarah kepada kejahatan…" (Yusof : 53).Baginda rasul pernah mengatakan : "Sesungguhnya tidaklah datang malu melainkan membawa kebaikan" (hadith sahih riwayat Bukhari no 6117 dan Muslim no 37).Apakah mungkin sahabat akan berpossing bertangkap gambar dengan sahabat wanita dengan alasan mereka bergambar kenangan kononnya "ukhwah fillah" di tepi pantai yang indah atau di hutan peranginan kawasan rekreasi ?"Dan sesungguhnya pada peribadi rasulullah itu sebagai contoh teladan yang terbaik." (Surah Al-Ahzab : 21).Astaghfirullah... sekalipun ana ini dianggap kolot tetapi ana merasakan perlulah menegur sahabat-sahabat dan kenalan ana yang terlalu sangat modennya dan bebas pergaulannya.Kita perlu sedar, perbuatan bersosial lelaki perempuan tanpa batasan sangat ketara bertentangan dengan perintah daripada Al-Qur'an dan sunnah dan hendaklah kita berusaha menjaga diri dari maksiat.Tidak haram perempuan muslimah memaparkan gambarnya yang menutup aurat dan gambar-gambar bersama kawan-kawan perempuannya sekalipun hukumnya makruh dan dibenci serta boleh jatuh haram apabila mengundang fitnah tetapi apabila dia memaparkan gambar dirinya(wanita) dengan kawan-kawan lelakinya maka ianya sudah jadi salah dan seolah-olah umat Islam ini sama sahaja seperti barat yang biasa bergambar lelaki perempuan kawan kenalan cuma hanya tudung yang membezakan.Hubungan Bebas Lelaki Dan WanitaSesungguhnya syariat Islam membataskan perhubungan lelaki dan wanita dalam apa jua keadaan yang tiada keperluan dan hendaklah hubungan itu berlangsung dengan menuruti syariat dan membawa manfaat bukan mudharat.Terlalu bebas hubungan lelaki perempuan baik dalam ruangan chat di yahoo mesengger, di dalam mirc dan juga di dalam ruangan-ruangan agama yang merapu dan mengarut." Sesunnguhnya nafsu itu sentiasa mengarah kepada kejahatan…" (Yusof : 53).Kita lihat dalam group-group dan ruangan agama yang dibangunkan secara portal banyak mengarut sekalipun mengunakan nama-nama agama dan arab tetapi dalamnya lelaki dan perempuan bebas mengarut dan bermaksiat dan merapu dan berkenalan dan bersosial seolah-olah seperti barat cuma di atas namakan agama.sue (bukan nama sebenar) : Hai..apa kaba ? cihat tak ? i just visit your blog...nice i like it... ukhuwahfillah...bila boleh jumpa?tuan punya blog ( lelaki) : baik....u pulak jaga diri yee...ukhwah Fillah !Apabila ana membaca tulisan di atas dalam ruangan chitchat di blog-blog dan juga seringkali menemui percakapan bodoh, kosong seperti ini dalam ruangan-ruangan agama maka ana merasa sedih dan terkilan dengan budaya Islam di Malaysia yang sudah mengarut.Rasulullah Shalallahu `alaihi wassalam bersabda : "Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakkan penduduknya adalah wanita" (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya).Dari Imran bin Husain dia berkata, Nabi Shalallahu `alaihi wassalam bersabda :"Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah wanita."(hadith riwayat Muslim dan Ahmad).Imam Qurthubi rahimahullah mengulas hadits di atas dengan pernyataannya :"Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecondongan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal. Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum lelaki dari akhirat disebabkan adanya hawa nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sulit menerima jika diajak kepada akhirat."(Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At Tadzkirah halaman 369).Apalah gunanya ada jemaah-jemaah dan gerakan sofwah Islamiyah sekiranya mereka dengan gerakan-gerakan dan persatuan-persatuan ini lebih merosakan dan mencampurkan anak-anak muda lelaki dan perempuan dengan mengatas namakan agama ??Muslimat tudung labuh konon menjaga diri tetapi boleh pula bergambar senyum manis dengan rakan-rakan lelaki yang berkopiah merah, putih dan kopiah raihan konon "ukhwah Islamiyah" sedangkan Islam bukanlah demikian dan pemikiran umat Islam Malaysia sudah melampaui batasan.Segala puji hanyalah bagi Allah swt dan dalam kesakitan dan kesihatan yang merosot dan diri yang lemah ini ana memanjatkan rayuan kepada umat Islam kembalilah kepada sunnah Rasulullah salallahualaihiwasalam.Pesanan buat muslimah, hentikanlah kata-kata mengedik-gedik, terhegeh-hegeh, mengatal tak tentu hala dan jadilah muslimah solehah yang menjaga diri, cakapan dan tulisan serta perangai.Bagi muslimin, hendaklah menjaga diri dengan iman dan ilmu serta akhlak yang soleh dan mentaati perintah Allah dan rasul-Nya, usahakan menghindari fitnah wanita dan godaan percampuran bebas kerana lelaki yang soleh ialah yang menjaga dirinya dari maksiatkepada Allah swt.Sabda baginda rasulullah : " Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah swt di hari tiada naungan (perlindungan) selain dari perlindungan Allah...pemuda yang hidup dalam ibadah kepada Allah (jauh dari maksiat) ....pemuda yang apabila digoda oleh wanita yang cantik dan berkedudukan untuk melakukan maksiat lalu berkata : Sesungguhnya aku takut kepada Allah..." ( Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim).Katakanlah wahai muslimin sejati, salafi dan sunni dan hakiki dan umat Nabi Salallahualaihiwasalam apabila kamu di goda oleh muslimat-muslimat dengan menerima kehadiran mereka tanpa diundang dalam hidup kamu dengan berkata "Sesungguhnya aku takut kepada Allah".Segala puji hanyalah bagi Allah swt, semoga Allah menerima diri ana di sisinya dan kepadanyalah ana kembali...Sakit ini satu nikmatKerananya kita menyedari akan perihal rahmatHikmah yang tersembungi di dalam langit tinggiHanya pemilik langit dan bumi yang mengetahuiKesembuhan itu aku tidak inginiKeredhaan itulah yang aku dambaiHamba Allah"

Bookmark and Share

    


  Member Information For syaiKisasProfil   Hantar PM kepada syaiKisas   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-03-07 14:06


Memang benar kalau dilihat dari segi zahiriah, kurang mendapat sambutan topik berkaitan agama... sebab apa ye? apakah sebab khalayak masyarakat Ukhwah.com ini tak suka bincang fasal agama? Atau topik berkaitan agama tu terlalu mendalam perbincangannya hingga khalayak tak tercapai untuk memberikan komen... atau mungkin juga kerana khalayak takut untuk memberi komen kerana nanti timbul isu remeh yang sampai ke tahap bertikam lidah (bukan semua ye...)... dan akhirnya perbincangan lapang dada berubah menjadi perbincangan emosi dan kehendak diri semata-mata... dan tiada lagi adabnya berbincang dan berdiskusi secara ilmiah... tuduh menuduh... salah menyalahkan dan ada sampai ke tahap cabar mencabar kewibawaan masing-masing... apakah ini yang dinamakan perbincangan agama? Bolehkah 'perbincangan' sebegini menarik minat khalayak yang sedia maklumnya kurang ilmu di dada berkaitan agama...

saya akui juga... memang tak boleh 100% disalahkan kepada topiknya... tapi salah sifat manusia juga ada... bukan dalam ukhwah saja... di alam realiti pun sama juga berlaku...

p/s: Pandangan peribadi saya saja... tidak ada kena mengena dengan sesiapa... sekadar memerhati dari sudut yang lain... :-)


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 01-03-07 14:14


salam....

ada benarnya juga apa yang diutarakan oleh "kaherah".
tak boleh dinafikan.
teruskanlah menghantar artikel2 agama untuk dikongsi bersama. (^_^).
mudah-mudahan berguna untuk semua.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-03-07 14:37


salam..
jujurnya, ana tak berapa berani posting pada topik perbincangan yang agak berat..
tapi pada masa yang sama... ana mencari kepastian jawapannya pada ahli2 agama di u ana dan di internet...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

hanafirazali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-03-07 14:56


Assalamualaikum...
saya pun ada perasan benda-benda ni....
tapi saya nak tanya, adakah topik yang diletakkan selain bawah bincang agama tak dikira berkenaan agama kita juga??? Saya rasa banyak cuma tajuk tu diletakkan bawah topik lain seperti isu semasa dll... lagi satu kebanyakan kita ni terdiri daripada remaja, so mereka lebih berminat dengan tajuk2 yang melibatkan cinta... saya tak nafikan... Mungkin kita patut kurangkan.... sebab nanti portal ni bertukar nama kepada portal jiwang... bukan portal ukhwah... Wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanafirazaliProfil   Hantar PM kepada hanafirazali   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-03-07 15:08


Pada 01-03-07 14:06 , Meow posting:

!!! QUOTE !!!

Memang benar kalau dilihat dari segi zahiriah, kurang mendapat sambutan topik berkaitan agama... sebab apa ye? apakah sebab khalayak masyarakat Ukhwah.com ini tak suka bincang fasal agama? Atau topik berkaitan agama tu terlalu mendalam perbincangannya hingga khalayak tak tercapai untuk memberikan komen... atau mungkin juga kerana khalayak takut untuk memberi komen kerana nanti timbul isu remeh yang sampai ke tahap bertikam lidah (bukan semua ye...)... dan akhirnya perbincangan lapang dada berubah menjadi perbincangan emosi dan kehendak diri semata-mata... dan tiada lagi adabnya berbincang dan berdiskusi secara ilmiah... tuduh menuduh... salah menyalahkan dan ada sampai ke tahap cabar mencabar kewibawaan masing-masing... apakah ini yang dinamakan perbincangan agama? Bolehkah 'perbincangan' sebegini menarik minat khalayak yang sedia maklumnya kurang ilmu di dada berkaitan agama...

saya akui juga... memang tak boleh 100% disalahkan kepada topiknya... tapi salah sifat manusia juga ada... bukan dalam ukhwah saja... di alam realiti pun sama juga berlaku...

p/s: Pandangan peribadi saya saja... tidak ada kena mengena dengan sesiapa... sekadar memerhati dari sudut yang lain... :-)



yup2..dan menjadi serangan peribadi selepas itu...

Yang kita nampak ialah sekarang gap antara mereka yang nak bincang agama dengan yang tak berapa nak, atau tak berani, atau memang tak tahu semakin hari semakin besar...yelah, bila yan ta tahu bertanya, kadang-kadang dicop terus esebagai(***censored).


kedua-duanya jenis perasaan ada..superiority complex dan inferiority complex menyebabkan topik2 sebegini lesu.

entahlah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

zahratunnur
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.12.2006
Ahli No: 27966
Posting: 85
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 01-03-07 15:54


hmm..
saya masuk juga tengok ruangan sebegini..
nak tmbah pengetahuan..tapi tak berani nak posting
sebab banyak yang saya tak tahu.. takut tersalah tulis pendapat

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahratunnurProfil   Hantar PM kepada zahratunnur   Quote dan BalasQuote

firdaus_9
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16983
Posting: 703
Dari: Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-03-07 18:41


1) sebab bosan...
2) artis2 malaysia ni tak buat promotion pun untuk bab2 agama, macam Siti ke? Ruffege ke? Too Phat ke? Amuk ke? Mawi ke? dan lelain kumpulan artis kat Malaysia ni.
3) semua siaran TV tak ada titik beratkan soal agama... iklan pun tak ada, buat lah iklan tak tutup aurat tu hukum nya haram... (iklan ini hanya ditujukan buat org yang beragama islam)
4) sebab sekolah kat malaysia pun, awal2 masuk...belajar BI yang ditekan kan... cuba masuk2, semua kat sekolah kita ni, wajib belajar Bahasa Arab... sambil memahami Al-Qur'an...
5) apa lagi ye "_? xpe2, suruh org lain bagi komen juga :P

Bookmark and Share

    


  Member Information For firdaus_9Profil   Hantar PM kepada firdaus_9   Pergi ke firdaus_9's Website   Quote dan BalasQuote

dmz
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26613
Posting: 442
Dari: selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 01-03-07 19:28


Pada 01-03-07 04:45 , kaherah posting:

!!! QUOTE !!!

Kenapa topik agama kurang mendapat smbutan???
adakah ia membosankan????????????
adakah d sebabkann tiada kesedaran dalam dari kita?????
atau ia merumitkan???
atau sebagainya?????? :-?


Assalammualaikum...........
Hmmmmmmmmm...sebabnya jika hati kita terikat dengan hiburan dan selalu dikelilingi hiburan, mungkin hati mati dukar nak dijinakkan ke arah suka kepada agama....mungkinlah...........


-----------------
http://studiouniversiti.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For dmzProfil   Hantar PM kepada dmz   Pergi ke dmz's Website   Quote dan BalasQuote

zubaidah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4059
Posting: 280
Dari: TerenGGanu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-03-07 19:35


memang tak dapat disangkal kata-kata kaherah...tapi siapa2 yang ada masalah, kita semua boleh bagi bimbingan pada mereka...bagi mereka kekuatan diri dalam menempuh hari2 yang mendatang...

apa-apa pun, hantarlah artikel2 yang berguna!!!


-----------------
TUHAN, terimalah aku...semoga Allah selamatkan kita daripada segala kejahatan yang berada di langit dan di bumi...


Bookmark and Share

    


  Member Information For zubaidahProfil   Hantar PM kepada zubaidah   Pergi ke zubaidah's Website   Quote dan BalasQuote

hanafirazali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-03-07 21:50


Assalamualaikum...
saya setuju dengan zubaidah dan dmz... kalau hati kita ni lebih banyak dikelilingi dengan dunia dan segala perhiasannya macam mana kita nak dekat dengan perbincgn2 agama??? Yang penting... kepada mereka yang selalu hantar topik2 berkaitan agama ni... teruskan istiqomah anda... sekurang- kurangnya kita ada usaha untuk menyebarkan ilmu agama ni... Wallahua'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanafirazaliProfil   Hantar PM kepada hanafirazali   Quote dan BalasQuote

kaherah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.02.2007
Ahli No: 28943
Posting: 230
Dari: bumi ambia'

egypt   avatar


posticon Posting pada: 09-03-07 17:29


kita perlulah menaik nilai2 islam semula yang mana sejak akhir2 ni semakin malap di kalangan masyarakat terutama rmaja.
cukuplah setelah sekian lama nilai2 barat lebih diketghkan oleh sgintir masyarakat.
pandang'dan org,ia macam biasa.ttapi pandangan islam ia cukup darurat.tak begitu!!
jawablah wahai ahli portal :roll:
[ Telah diedit oleh: kaherah pada 10-03-07 17:53 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For kaherahProfil   Hantar PM kepada kaherah   Quote dan BalasQuote

kulidakwah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.01.2007
Ahli No: 28113
Posting: 109
Dari: raub

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-03-07 23:43


Pada 01-03-07 18:41 , firdaus_9 posting:

!!! QUOTE !!!

1) sebab bosan...
2) artis2 malaysia ni tak buat promotion pun untuk bab2 agama, macam Siti ke? Ruffege ke? Too Phat ke? Amuk ke? Mawi ke? dan lelain kumpulan artis kat Malaysia ni.
3) semua siaran TV tak ada titik beratkan soal agama... iklan pun tak ada, buat lah iklan tak tutup aurat tu hukum nya haram... (iklan ini hanya ditujukan buat org yang beragama islam)
4) sebab sekolah kat malaysia pun, awal2 masuk...belajar BI yang ditekan kan... cuba masuk2, semua kat sekolah kita ni, wajib belajar Bahasa Arab... sambil memahami Al-Qur'an...
5) apa lagi ye "_? xpe2, suruh org lain bagi komen juga :P


sebab Kenapa...............sebab masyarakat kita makin jauh dengan agama


-----------------
-aku berfahaman salaf,bermanhaj sunnah-


Bookmark and Share

    


  Member Information For kulidakwahProfil   Hantar PM kepada kulidakwah   Quote dan BalasQuote

ridz07
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.10.2004
Ahli No: 11876
Posting: 102
Dari: Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato' Razali Ismail (IPGM-KDRI), Kuala Terengganu...

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-03-07 19:11


Pada 01-03-07 04:45 , kaherah posting:

!!! QUOTE !!!

Kenapa topik agama kurang mendapat smbutan???
adakah ia membosankan????????????
adakah d sebabkann tiada kesedaran dalam dari kita?????
atau ia merumitkan???
atau sebagainya?????? :-?


Soalan yang baik untuk dikupas.....

Kita lihat masyarakat kita sekarang yang lebih banyak enjoy dari mengingati Allah.......

Tapi itu satu cabaran untuk kita sebagai da'ie kan?

Jadi apa salahnya kita gunakan kesempatan kepada apa yang mereka minat untuk meneruskan usaha dakwah kita?

Join mereka yang tidak suka dengan topik agama ni dan sedikit demi sedikit selitkan unsur2 nasihat dan dakwah...... Ibarat tarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.......

Berdakwahlah dengan bijaksana.....


-----------------
العمل لله شعارنا , العمل لله شعارنا


Bookmark and Share

    


  Member Information For ridz07Profil   Hantar PM kepada ridz07   Pergi ke ridz07's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-03-07 19:24


bagi sya sendiri,topik agama sekadar bacaan sya dan sekiranya perlu untuk sya kongsikan pendapat sya akan bls sesuatu topik agama tu.rasanya bukan kurang perhatian untuk dibaca tapi kurang perhatian di balas..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

kaherah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.02.2007
Ahli No: 28943
Posting: 230
Dari: bumi ambia'

egypt   avatar


posticon Posting pada: 11-03-07 04:30


terima kasih kepada syaikisas dengan nasihatnya yang teramat berguna untuk ana serta semua ahli portal.sahabat2,silalah baca artikel yang d beri oleh syaikisas.sama-samalah kita kembalikan nilai2 islam.tolonglah
minta respon :-)
[ Telah diedit oleh: kaherah pada 16-03-07 20:36 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For kaherahProfil   Hantar PM kepada kaherah   Quote dan BalasQuote

nur_anNisa
Warga Rasmi
Menyertai: 27.12.2006
Ahli No: 27905
Posting: 17
Dari: malaysia

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-03-07 05:07


betul..saya pun pernah terfikir tentang hal ni..
mungkin lumrah manusia, sukakan benda-benda lagha..
mungkin juga sebab tak ramai yang berani bagi respon, kena ada pengetahuan lebih, especially bab hukum-hakam..
marilah kita berbalik kepada tujuan portal yang asal, untuk meningkatkan pengetahuan agama kita..

:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_anNisaProfil   Hantar PM kepada nur_anNisa   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 16-03-07 09:27


slms,mungkin ramai masuk dan baca tapi jrg komen 2 sebab mungkin sstgh tajuk 2 agak berat dan kalau bagi pendapat @ hukum sdri takut jadi benda lain pula.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 16-03-07 09:33


Pada 16-03-07 09:27 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

slms,mungkin ramai masuk dan baca tapi jrg komen 2 sebab mungkin sstgh tajuk 2 agak berat dan kalau bagi pendapat @ hukum sdri takut jadi benda lain pula.

salam...

ana setuju dengan akhi rashidin.
bukan tak ambil perhatian, cuma tak posting saja.
sebab takut tersalah. bukan boleh dibuat main-main bab agama ni.
kepada yang berilmu tu, kongsi2 kan lah ilmu yang ada.
insyaALLAH ada manfaatnya pada semua yang membaca.

wallahualam...


-----------------
Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

idie04
WARGA SETIA
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20831
Posting: 413
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 16-03-07 10:47


bergantung kepada topik yang dibincangkan. kalau melibatkan hukum hakam, susah sikit nak bincangkan,sebab ramai yang kurang ilmu mengenai hukum hakam. tapi kalau topik yang general, ramai lah yang join. Sewajarnya, bab hukum hakam lah mendapat sambutan ramai sebb melibatkan sebahagian kehidupan seharian kita.

Bookmark and Share

    


  Member Information For idie04Profil   Hantar PM kepada idie04   Pergi ke idie04's Website   Quote dan BalasQuote

darkeye_mania
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2006
Ahli No: 27963
Posting: 157

blank   avatar


posticon Posting pada: 16-03-07 23:38


suka sangat dengan benda-benda remeh..... tapi bila bincang bab agama, ada pulak yang rasa diri tu betul saja.. tak nak dengar pendapat org lain... hmm,susah jugak ye

Bookmark and Share

    


  Member Information For darkeye_maniaProfil   Hantar PM kepada darkeye_mania   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 17-03-07 08:11


sebab ramai Ustat-ustat sibuk dengan dakwah kat luar agaknya..kurang sikit yang menyibukkan diri masuk forum ini...:-)

Sesetengah topik dalam agama ni bukan boleh suka hati komen dan bagi pendapat atau bagi dalil aqli(akal)...kalau kita tak belajar secara mendalam pasai dalil2 aqli dan naqli sesuatu perkara contonya apa usul fiqh disebaliknya,apa nas nas yang terlibat,ada yang yang telah di ijma'kan oleh ulama'/imam. Mungkin tanpa ilmu-ilmu ini, ia boleh menghasilkan kekeliruan dan kecelaruan...yang penting kena ada moderator yang berilmu pantau dan fix mana yang tak betul...

Mungkin faktor lain ialah forumer ukhwah ni ramai yang ingin mendaulatkan agama, tetapi mungkin mempunyai kepakaan yang lebih dari bidang lain selain dari bidang agama..

Walahu a'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 17-03-07 08:17


Pada 16-03-07 23:38 , darkeye_mania posting:

!!! QUOTE !!!

suka sangat dengan benda-benda remeh..... tapi bila bincang bab agama, ada pulak yang rasa diri tu betul saja.. tak nak dengar pendapat org lain... hmm,susah jugak ye


yup..biasalah..kalau tak takkan timbul ahlul sunnah, syiah, wahabi, 'had hari' , HT, mu'tazilah, zindiq, ayah pin, arqam dalam lain2.... 8-) 8-)

Tapi apapun, kita kena ingat..sumber islam

1) Al-Quran
2) Hadith
3) Ijma'
4) Qias

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 17-03-07 08:50


salam..terlebih dahulu saya mohon maaf.....Kalau ada yang tersinggung,bukan berniat..ni sekadar pendapat saya..

ilmu Allah swt tu luas....ilmu sains, math, technology, perubatan dan banyak lagi ilmu lain yang boleh diketengahkan....bukan ilmu agama sahaja....yang penting berfaedah....
dan ilmu2 ni...jika dikaji, diteliti dan dihayati....ia ialah ilmu keagamaan jugak...cuma cabangnya lain sikit...

takkan lah...hanya bila bincang tentang hukum, ayat Quran dan hadith dll sahaja diketogarikan sebagai ilmu...open our mind lah...
saya terkilan bila ada yang sifatkan student yang ambil subjek keagamaan dan subjek lain di beza2kan...
ilmu takkan kemana tanpa diamalkan

apa-apa saja ilmu yang kita pelajari....lihat dari sudut pandangan islam kerana kita muslim...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

kaherah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.02.2007
Ahli No: 28943
Posting: 230
Dari: bumi ambia'

egypt   avatar


posticon Posting pada: 17-03-07 15:44


nuraisha kena sedar masalah msyarkt kini,ana lihat org lebih menumpukan pada bidg akademik..
ilmu agama maleh nak belajar.mana lebih utama??
memang ke2-dua tu pentig tapi org lebih suka mantpkan ilmu duniawi saja..
kejayaan umat dulu sebab ilmu agama mereka mantap,baru cari ilmu duniawi..


:roll:
[ Telah diedit oleh: kaherah pada 19-03-07 03:41 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For kaherahProfil   Hantar PM kepada kaherah   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 20-03-07 10:41


Pada 16-03-07 10:47 , idie04 posting:

!!! QUOTE !!!

bergantung kepada topik yang dibincangkan. kalau melibatkan hukum hakam, susah sikit nak bincangkan,sebab ramai yang kurang ilmu mengenai hukum hakam. tapi kalau topik yang general, ramai lah yang join. Sewajarnya, bab hukum hakam lah mendapat sambutan ramai sebb melibatkan sebahagian kehidupan seharian kita.




ye betul,kalau bab hukum ni memang lah berat sangat-sangat.kalau saya pun saya tak berani nak komen sebab kena tanya pada org yang lebih arif.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-03-07 14:22


salam~
hmm...soal ni..
i think2..topik agama diberi perhatian..
cuma..org tatau nak reply macam mana..
i mean..tak semua dalam portal ni tahu tentang agama..
BUT!!!
saya sure ramai yang berminat nak tahu tentang soalan2 agama yang dibincangkan..contohnya org macam saya..saya tak banyak ilmu..tapi saya suka baca dan soal agama yang diposting kat ukhwah ni..saya tak berani respon..just perati..
dan terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi kongsi artikel2 agama..hmm..nak tanya..hari tu ada org posting yang buku2 agama boleh download..tapi saya lupa dalam forum apa..saya nak url tu..kalau ada sesiapa tahu..
sudi2 lah beritahu kat saya dan yang lain ye..
sekadar pendapat yang pasal topik ni tadi..
salam~

Bookmark and Share

    


  Member Information For lamyanunalif_mursyidahProfil   Hantar PM kepada lamyanunalif_mursyidah   Pergi ke lamyanunalif_mursyidah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.175899 saat. Lajunya....