Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-06-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Layang-layang naik ke udara kerana menentang angin bukan kerana mengikut arah angin

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 31
Ahli: 0
Jumlah: 31




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 16 hari yang lalu
Daeng_Jati: 36 hari yang lalu
Kang: 40 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: apakah cara terbaik tarik non-muslim ke arah Islam?


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» apakah cara terbaik tarik non-muslim ke arah Islam?

Please Mendaftar To Post


Oleh apakah cara terbaik tarik non-muslim ke arah Islam?

nur_anNisa
Warga Rasmi
Menyertai: 27.12.2006
Ahli No: 27905
Posting: 17
Dari: malaysia

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-02-07 15:07


assalamualaikum

saya bukan nak meluahkan kekecewaan, kesedihan, dan sebagainya, cuma nak tanya, apakah cara yang paling sesuai untuk mentarbiyah seseorang yang bukan muslim ke arah Islam? apakah bahan yang paling sesuai untuk saya guna, pendekatan yang macam mana agar dia tertarik dengan Islam? sekarang ini dia masih seperti non-muslim yang biasa, belum tahu banyak tentang Islam. saya cuma takut kalau tersalah langkah, dia akan terus menolak Islam..

harap sahabat2 ukhwah.com dapat bantu. wassalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_anNisaProfil   Hantar PM kepada nur_anNisa   Quote dan BalasQuote

xyamani
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.09.2006
Ahli No: 26226
Posting: 77
Dari: tepi dinding

yemen  


posticon Posting pada: 19-02-07 17:00


salam...

maaf kalau tak dapat bantu banyak.pernah ikut nadwah berkaitan tajuk ni.tapi secara peribadinya,untuk permulaan rasanya kita perlu tonjolkan diri sendiri dulu sebagai model peribadi muslim yang baik.dakwah melalui perbuatan kadang-kadang lebih meyakinkan dari dakwah melalui lisan.

ramai non-muslim yang tertarik dengan cara kehidupan muslim.lepas tu akan timbul minat untuk mengetahui tentang Islam secara mendalam.

semoga berjaya..satu pesan saya:hidayah tu milik Allah,jangan kecewa jika dakwah kita kurang berjaya..pasti ada banyak hikmah

Bookmark and Share

    


  Member Information For xyamaniProfil   Hantar PM kepada xyamani   Pergi ke xyamani's Website   Quote dan BalasQuote

nonaro
Warga Rasmi
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28292
Posting: 20
Dari: usm

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-02-07 17:31


assalamualaikum.saya tak ada lah pandai dalam bab2 ni cuma nak berkongsi pnglaman bersama nur_anNisa.,pertama sekali kalau nak menarik golongan ini kepada Islam, kita hendaklah rapat dengan mereka terlebih dahulu...dari pemerhatian saya dulu-dulu,mereka ni lebih respect dan senang kat org Islam yang berperwatakan betul-betul Islam.
bila dah rapat maka lebih mudah untuk kita menarik mereka ke arah Islam.

caranya macam-macam kadang-kadang boleh melalui perbualan biasa,perdebatan,pertukaran pendapat,gurauan dll.misalnya.dulu seorang kawan nonmuslim yang tak ada agama sering bertanya tentang kemusykilannya tentang beberapa perkara dalam Islam dan kristian.jadi saya pun menjelaskan setakat apa yang saya tahu bagi menjelaskan keadaan yang sebenar.akhir sekali,saya katakan kepadanya..

'Sesukar mana pun hidup ini,saya tidak akan merasa susah kerana saya yakin bahawa saya punyai tali untuk berpaut

seolahnya dia mengerti lalu mengatakan dia akan berusaha mencari tali itu.

itu contoh melalui pertukaran pendapat.kadang-kadang sambil duduk bersantai sambil berbual dengar lagu pun boleh..contohnya kalau saya, pernah dulu lepak2 sambil dengar lagu dengan sahabat chinese saya yang beragama Budha, saya saja dgrkan lagu 'my mother' kat dia.kemudian dia suka.lepas itu saya jelaskan siapa MUHAMMAD dr lagu itu dan mengapa Nabi meletakkan kedudukan ibu 3 kali lebih tinggi dari bapa.

kadang-kadang kalau nak bergurau pula,saya akan mengusiknya bahawa dia kelihatan cute boleh pakai tudung.sebab dia pernah try pakai tudung sekali.

pendek kata,kita kena dekati mereka ini...dan yang paling penting,sekurang2nya kita tunjukkanlah peribadi muslim yang terbaik...kerana itulah yang akan melambangkan akhlak Islam yang sebaiknya..dan INSYAALLAH dr situ mungkin mereka akan tertarik dengan Islam.selain itu, jangan lupa untuk memantapkan ilmu kita tentang pengetahuan Islam,banyakkan bacaan tentang cara2 berdakwah trhadap non muslim.antara yang saya cadangkan karya allahyarham Ahmad Deedat (bagi penjelasan antara Islam dan Kristian),Dr.Danial (kombat kit remaja untuk islam) serta ceramah2 dari para pendakwah lain.antara yang menarik ialah syakirin

setelah berusaha,selebihnya kita serahkan kepada Allah untuk bukakan hati mereka.Berdoalah..insyaALLAH.

SALAM
[ Telah diedit oleh: nonaro pada 20-02-07 00:51 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For nonaroProfil   Hantar PM kepada nonaro   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-02-07 21:14


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah niat murni anakanda akan mendatangkan banyak kebaikan untuk diri anakanda. InsyaAllah jawablah pertanyaan tentang Islam dari golongan bukan Islam secara hikmah. Ini memerlukan kita ada ilmu dan mampu menjawab menurut kefahaman yang boleh mereka capai.

InsyaAllah sekiranya kebuntuan boleh rujuk pada jabatan agama Islam atau Perkim atau NGO Islam seperti al-Nidaa, JIM, Haluan, Abim dsbnya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - "Pahala kamu adalah berdasarkan tahap keletihan dan kesukaranmu'. (Hadith riwayat Aisyah ra)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

gingie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13215
Posting: 309

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-02-07 07:57


Salam..

setuju sangat dengan nonaro..

kita kena dekati mereka... dengan cara yang baik... :)

saya setakat ini, tak pernah lagi berdepan dan berkawan rapat dengan non-muslims.. atau dalam kata lain, tak pernah lagi lah face to face bersembang2..

tapi, kalau teman2 melalui internet.. memang ramai.. kadang-kadang saya sampai terlupa nama... hehe.. nasib baik saya ni pandai cover.. :-P

tapi, sebelum berchatting, tetapkan lah niat yang kita berkawan untuk berdakwah.. dan sentiasa berdoa kepada Allah agar diikhlaskan persahabatan..dan semoga persahabatan ini akan mendekatkan kita kepada Allah dan .. juga akan membuka pintu hatinya kepada Islam....


-----------------
~ He knows the treachery of the eyes and that which the mind conceals ~


Bookmark and Share

    


  Member Information For gingieProfil   Hantar PM kepada gingie   Quote dan BalasQuote

gingie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13215
Posting: 309

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-02-07 08:14


sedikit tips daripada saya semasa berchatting dengan non-Muslims.. :-D :

1. mesti ceria ye... saya ni, dalam real life.. tak lah peramah sangat.. pemalu lah jugak.. :-P tapi, non-Muslims, especially dari western countries.. dia orang ini mana reti malu2.. hehe.. jadi ceria2 kan diri anda.. supaya dia orang ada mood nak sembang2 dengan anda..

2. first impression memang penting... jadi, jaga percakapan sejak dari awal kenal... sekali sekala, minta maap walaupun bukan salah anda, apa salah nya... kadang-kadang, dalam berbicara, tersalah kata, terkasar bahasa... jangan segan2 nak cakap.. maafkan saya...

3. kalau yang lelaki.. antara benda pertama yang akan ditanya.. "do u have bf..?" ataupun yang seangkatan dengan nya.. tapi, jangan terkejut, akan ada juga perempuan yang tanya.. "i'm bisexual, what about u..?" .. mereka tanya, sebab tu lah tujuan mereka cari orang kat internet.. kalau mereka ada misi, kita pun ada misi kita yang tersendiri... jawab lah persoalan2 tu dengan baik.. jangan marah.. satu lemah orang kita, sekali orang cakap macam tu terus nak marah... sabar kan separuh daripada iman.. :) terus terang saja lah.. "oh.. sorry.. etc etc.."


-----------------
~ He knows the treachery of the eyes and that which the mind conceals ~


Bookmark and Share

    


  Member Information For gingieProfil   Hantar PM kepada gingie   Quote dan BalasQuote

gingie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13215
Posting: 309

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-02-07 08:25


ok.. bila kita dah mencipta first impression yang baik.. non-Muslims akan mula berminat untuk terus berbicara.. dan di sini lah peluang kita untuk menunjuk kan contoh2 yang baik.. :)

dan.. kalau ada soalan2 yang super sensitif... contoh, tentang physical appearance dan yang seangkatan.. jawab lah dengan berhemah .. nak berlawak2 pun boleh jugak..

ye lah.. orang bersembang sebab nak suasana yang relax... kalau bertegang urat, bertekak lidah.. tak best lah... dia orang pun akan mula hilang respect..

selalunya.. saya akan berkias2 dulu.. contoh lah.. "urmm... basically, Malaysia is an Islamic country... but.. etc etc.." :-)

response yang diterima berbeza2... apa pun, sentiasa lah bersabar..

dan, lenggok percakapan adalah berbeza mengikut umur..hehe

mana nak sama sembang2 dengan budak perempuan 15 tahun dan pakcik tua umur 59 tahun.. :-P apa pun, tunjuk lah sikap yang baik.. rendahkan hati.. ikhlas kan niat...


-----------------
~ He knows the treachery of the eyes and that which the mind conceals ~


Bookmark and Share

    


  Member Information For gingieProfil   Hantar PM kepada gingie   Quote dan BalasQuote

gingie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13215
Posting: 309

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-02-07 08:29


nur_anisa, apa pun... berkawanlah dengan ikhlas.. insyaAllah, akan dipermudahkan jalan oleh yang Maha Esa.. wassalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For gingieProfil   Hantar PM kepada gingie   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 20-02-07 08:40


Lisanul hal afsahu min lisanil maqal.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-02-07 14:16


satu perkara yang perlu kita ada.. kasih-sayang sesama makhluk.. ketepikan jurang muslim dan non-muslims.. yang ada, semuanya umat nabi muhammad, sumernyer hamba Allah.. dalam diri kita, tak ada sifat memandang rendah dengan pegangan masing-masing.. kita hormati pandangan dia, selagi ianya tidak bercanggah dengan landasan islam.. yang haq tetap haq, yang batil tetap batil.. kita jangan malu nak tunjuk kemanisan, kesyumulan islam demi nak jaga hati dia, bahkan.. insyaAllah, lama-kelamaan dialah yang akan begitu tertarik dengan kemanisan dan kesyumulan islam.. selagi kalimah lah Ilaha Illallah berada dalam hati kita, maka selagi itulah kewajipan berdakwah terpikul kepada bahu kita.. jangan sesekali kita terlupa, sewaktu rasulullah mula menyebarkan Islam, kesemuanya bukan Islam, seorang demi seorang memeluk islam dan menyebarkan islam hinggalah kita sendiri telah memeluk islam.. (insyaAllah, sentiasa mohon pada Allah agar kita mati dan dibangkitkan kelak dengan kalimah yang agung ini) kita perlu ada rasa kasih pada semua manusia yang disekeliling kita.. sebarkan keindahan, kemanisan dan kesyumulan islam dengan penuh yaqin tanpa was-was.. fikirkan risau atas umat ini sebagaimana risaunya rasulullah atas umat ini.. tak mampu buat banyak, buatlah setakat yang termampu.. Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk menyebarkan dan menegakkan agamaNya selagi ada hayat.. amin..

wallahua'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

budakbesar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.05.2005
Ahli No: 16407
Posting: 98
Dari: labuan

Sabah  


posticon Posting pada: 20-02-07 15:30


salam.

kalau ada kata "kepimpinan melalui teladan",
Kenapa tidak "berdakwah melalui teladan"...

Bookmark and Share

    


  Member Information For budakbesarProfil   Hantar PM kepada budakbesar   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 20-02-07 17:54


bismillahhirrahmanirrahim
assalamualaikum

bagi ana dakwah pada nonmuslim untuk tertarik pada islam adalah pertama2nya dengan attitudes orang islam itu sendiri.dekatilah non muslim dengan memperlihatkan kelakuan selaras dengan ajaran agama.islam itu indah..insyaAllah dengan sendiri non muslim akan terpikat.. :-)


-----------------
"Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" : At-Thalaq : 3 -( PUAN SUFTI )-
[ Telah diedit oleh: sufti_ilham pada 20-02-07 18:02 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 06-09-07 10:59


sekadar kongsi pendapat berdasarkan pengalaman diri...

kalau nak tarik orang kafir kepada Islam, yang penting kita sendiri kena berakhlak baik dan mengamalkan ajaran Islam...elakkan perkataan tak selari dengan perbuatan..

memang bukan senang mencari pendekatan yang sesuai sebab pendekatan berbeza mengikut agama orang kafir tu..kalau yang free thinker, buddhist atau hindu mungkin senang sikit tapi kalau yang beragama kristian susah sikit..

yang penting juga jangan sesekali cuba "merendah-rendahkan" agama mereka..mungkin cukuplah dengan sekadar bertanya, insyaAllah mereka sendiri akan berfikir dan mungkin ada yang akan mencari Islam dengan cara mereka sendiri tanpa pengetahuan sesiapa..

satu lagi nak kongsi, jangan sesekali bercakap sesuatu tentang kepercayaan mereka yang kita tak pasti sebab ini mungkin membuat mereka lebih keras hati terhadap Islam..

semua yang dikongsi berdasarkan pengalaman..apapun hidayah itu dari Allah


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 06-09-07 11:04


ada seorang kawan kafir kata orang Islam ni tak ikhlas berkawan dengan orang kafir..katanya orang Islam berkawan dengan orang kafir sebab semata-mata nak berdakwah dan nak dapat pahala..sekadar kongsi..maaf kalau tak sepatutnya cakap


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-09-07 11:10


mmgpon, tiap-tiap ukhwah yang kita jalinkan sama ada terhap orang islam atau orang kafir mesti dengan niat berdakwah.. ikhlas ialah 'semata-mata kerana Allah' bukan semata-mata kerana ukhwah.. Kalau jalinkan ukhwah bukan niat dakwah.. dimana ikhlasnya? :-?

wallahua'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-09-07 11:13


ikhlaslah tu berkawan sebab nak dakwah dia masuk islam, sebab kita nak selamatkan dia, Kalau tak sebab usaha dakwah rasulullah s.a.w dan sahabat2 .a dah tentu2 kita ni masih dalam zaman jahiliah.. takkan kita nak biarkan usaha dakwah tersebut terbiar begitu saja.. siapa lagi yang dipertanggungjawabkan untuk meneruskan perjuangan tersebut? kita ni lah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 06-09-07 11:20


itulah pandangan sesetengah orang kafir terhadap kita.. :-(


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

agmnhob
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2007
Ahli No: 30706
Posting: 269
Dari: Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-09-07 11:32


Berdamping dan sentiasa berlemah lembut dan terbatas =)

saya ada kawan perempuan india..yang selalu bertanya tentang islam...dan dia pernah terikut membaca doa makan sewaktu kami berdoa ramai-ramai untuk berbuka puasa.

untuk menyampaikan pada mereka? caranya tiada lain rujuklah akhlak rasulullah dalam berdakwah kepada yang bukan islam. dengan berhikmah.

saya pernah diajukan soalan mengenai Tauhid orang orang bukan Islam, dengan ilmu yang ada..dan dengan izin Allah...persoalan mereka saya pintas dengan ayat al-quran dan diselit dengan logik yang akal mereka akan terbatas dan ternoktah...dan dengan izin Allah..mereka memperakui kebenaran ayat Al-Quran

satu persoalan yang saya selalu ungkapkan pada mereka jika mereka bertanya tentang tauhid dan kehidupan....

150 tahun dahulu anda di mana?? dan 150 tahun akan datang anda di mana??? =) Dari Allah kita Datang, Kepada Allah kita kembali..... =)

Umat Nabi Muhammad adalah umat yang terbaik kerana selepas Kewafatan Baginda Rasulullah..tiada lagi Nabi atau Rasul yang membimbing manusia dengan Al-quran dan Sunnah..... kitalah sebagai umat baginda yang membawa dakwah baginda sebagai Da'ei.... memperkenalkan lah ilaha illallah =)

sebenarnya... kita hanya mampu berusaha...Hidayah itu sebenar-benarnya milik Allah.... tapi tak mengapa...adik dah berniat baik....Malaikat di bahu kanan adik dan mencatit satu kebaikan :#)

saya ceritakan satu pengalaman dari seorang rakan:

mereka bercerita tentang tauhid kepada dua orang kristian, dengan niat hendak menyampaikan kebenaran kepada kristian berdua ni. dalam perbualan baik tersebut..... perbualan itu didengari oleh seorang buddha.... dan buddha ini telah bercerita kepada rakannya tentang apa yang kami ceritakan kepada 2 orang kristian ini.

nak tahu siapa yang datang kepada kami untuk mengakui dan melafazkan kalimah syahadah? bukan 2 orang kristian itu....tetapi rakan kepada penganut buddha itu.... lihat... hidayahNya sampai kepada siapa melalui siapa? =)

kita hanya mampu berusaha...percayalah kepada kalimah lah hau lah wa lah quwwata illa billah =)

wallahua'lam.... tolong perbetulkan mana yang salah

Bookmark and Share

    


  Member Information For agmnhobProfil   Hantar PM kepada agmnhob   Pergi ke agmnhob's Website   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-09-07 11:37


setuju dengan agmnhob .. dalam hal ni, kita tengok konteks dakwah nabi musa terhadap firaun.. Siapa yang nabi Musa temui untuk berdakwah, tapi.. siapa pula yang beriman, namun itu tidak bermakna dakwah tersebut gagal, kerana hidayah itu Milik Allah, kejayaan kita adalah apabila kita berusaha.. hasilnya, di akhirat kelak..

wallahua'lam..
[ Telah diedit oleh: fatin3 pada 06-09-07 11:37 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

dr_nik
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.09.2007
Ahli No: 31081
Posting: 206
Dari: KL

blank   avatar


posticon Posting pada: 16-09-07 08:27


Pada 20-02-07 08:40 , mohdnurhakimin posting:

!!! QUOTE !!!

Lisanul hal afsahu min lisanil maqal.


Ana tak faham maksud statement ni, boleh translate tak? :-) Ana tak belajar bahasa arab...

Bookmark and Share

    


  Member Information For dr_nikProfil   Hantar PM kepada dr_nik   Quote dan BalasQuote

dr_nik
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.09.2007
Ahli No: 31081
Posting: 206
Dari: KL

blank   avatar


posticon Posting pada: 16-09-07 08:31


Ana rasa kita kena tunjuk contoh dan teladan yang baik... banyakkan buat kebajikan kat non-muslim, kena tunjuk kita prihatin kat mereka :-) ana rasa cara inilah yang digunapakai oleh org kristian untuk tarik org lain masuk agama kristian.. kita sebagai org Islam sepatutnya kena lebih proaktif, esp dalam kebajikan:-) betul tak?

Bookmark and Share

    


  Member Information For dr_nikProfil   Hantar PM kepada dr_nik   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 15-07-08 14:21


anggap saja mereka suci. sebab bukan salah mereka asuhan family jadi agama selain Islam. start from the very beginning.

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.10519 saat. Lajunya....