Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Every closed eye is not sleeping and every open eye is not seeing

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 160
Ahli: 0
Jumlah: 160




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 9 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Pelangi Cinta... Indahnya


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Pelangi Cinta... Indahnya

Please Mendaftar To Post


Oleh Pelangi Cinta... Indahnya

skater
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2004
Ahli No: 8611
Posting: 542
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-02-07 23:10


PELANGI CINTA {CHAPTER 1}
Aliza mengelus lembut rambut Aidil. Adiknya yang berusia 7 tahun itu terlentuk di buai lena. Hinggutkan bas yang sentiasa bergerak dan sapaan angin yang mencuri masuk di celah-celah tingkap begitu membuai lena Aidil.

Aliza menjeling jam di tangan kirinya. Sudah pukul 6 pagi. Sejam lagi mereka akan tiba di Kuala Lumpur, kota besar yang baru pertama kali dia jejaki. Kepekatan malam yang masih menyelubungi subuh itu di renungnya dengan perasaan kelam.

“Mak Munah dah tua Liza. Dah tak larat lagi nak bekerja di rumah Tuan Luqman tu. Mak Munah berharap kau sudi berkerja di sana menggantikan Mak Munah. Lagipun kau dan Aidil yatim piatu, sekurang-kurangnya di rumah Tuan Luqman kau akan lebih selesa.”

Kata-kata Mak Munah minggu lepas kembali tergiang-giang di cuping telinganya. “Tuan Luqman tu baik orangnya. Sejak kematian isterinya Mak Munah lah yang mengasuh Natasha anaknya yang berusia 3 tahun. Tuan Luqman selalu out-station dan dia perlukan seseorang untuk menjaga anaknya. Lagipun Tuan Luqman sudah bersetuju untuk menyara persekolahan Aidil di sana”

Aliza menarik nafasnya dalam-dalam tatkala kata-kata Mak Munah itu terus bermain-main di kotak fikirannya. Dia kembali merenung Aidil yang masih nyenyak di ulit mimpi. Seketika air matanya mengalir turun. “kasihan Aidil, masih muda tapi sudah tiada ibu dan ayah” Desisnya sayu. Rambut Aidil di elusnya kembali.

Kalau diikutkan hati, dia tidak mahu meninggalkan kampungnya, meninggalkan rumah pusaka peninggalan arwah ayah dan ibu. Tetapi tatkala memikirkan masa depan Aidil, segala gejolak hatinya dibiarkan ke tepi. Lagipun sejak kematian arwah ibu yang di serang penyakit kanser rahim, kehidupan mereka dua beradik sudah tidak terurus. Dia juga sentiasa menjadi perhatian kenakalan pemuda-pemuda di kampung. Maklum sahajalah, anak dara yang sedang mekar tinggal sendirian di rumah!

“Kak!” Aliza tersentak. Air matanya yang masih bersisa itu cepat-cepat diseka. “Aidil dah bangun?” Soalnya lembut. Anak lelaki yang berusia 7 tahun itu terpisat-pisat mengesat matanya. “Kita dah sampai ke kak?” Soal Aidil perlahan. Sesekali dia menguap menahan rasa mengantuk yang masih belum hilang. “Belum lagi. Aidil tidurlah dulu. Nanti bila dah sampai, akak kejutkan Aidil bangun ya!” Aliza memujuk lembut. Dia tahu adiknya keletihan. Perjalanan dari Kuala Terengganu memang memenatkan. Lebih-lebih lagi buat Aidil yang tidak pernah berjalan jauh. Aidil sekadar mengangguk dan kembali merebahkan badannya diribaan Aliza.

Kesibukkan kota Kuala Lumpur begitu menyesakkan. Kereta-kereta yang berpusu-pusu pula bergerak lambat akibat kesesakkan lalu lintas. Aliza merenung kertas ditangannya. Tertera alamat di atasnya. “Pakcik, saya nak pergi ke rumah ni. Boleh pakcik bawakan saya ke sana?” Soal Aliza sambil menghulur kepingan kertas itu kepada seorang pemandu teksi. “Ampang ? Sana jalan jam lah dik. Susah sikit” Lelaki tua yang memutih rambutnya agak keberatan untuk menerima.
Aliza mula keresahan. “Tolonglah saya pakcik. Saya tak biasa dekat KL ni.” Aliza seakan merayu. Perasaan takut mula menyelubungi hatinya. Kalau dia tidak dapat mencari rumah tersebut, di mana dia dan adiknya akan tinggal. Untuk pulang semula ke Kuala Terengganu, duit pula tidak mencukupi. Dia cuma ada sedikit duit itu pun separuh darinya adalah pemberian dari Mak Munah minggu lepas.

“Emmm..Tak mengapalah. Masuklah. Pakcik akan hantarkan” Lelaki tua itu akhirnya bersetuju. kasihan pula melihat tingkah dua beradik ini. “Terima kasih pak cik” Aliza melepaskan nafasnya kelegaan. Cepat-cepat dia memasuki ke dalam perut teksi tersebut. Sesak nafasnya berada di celah-celah banjiran manusia yang sentiasa berpusu-pusu di situ.

“Kak tengok tu!” Jerit Aidil . Tangannya tergawang-gawang menunjuk ke arah bangunan berkembar KLCC. “Selalunya Aidil cuma boleh dengar kawan-kawan Aidil cakap saja. Tapi hari ni Aidil boleh lihat sendiri. Cantikkan kak?” Aidil ketawa kerianngan. Matanya tidak lepas-lepas memandang meskipun teksi mula bergerak jauh meninggalkan tempat itu. Aliza sekadar tersenyum. Dia pun sama seperti Aidil. Timbul juga rasa bertuah menerima pelawaan Mak Munah, sekurang-kurangnya dia boleh mengenali dunia luar. Kalau nak diharapkan dengan kemampuannya sendiri memang dia tidak mampu untuk ke sini.

“Hah! Dah sampai pun Liza. Dah lama Mak Munah tunggu” Wanita tua itu kelam kabut membantu Aliza menurunkan beg-beg pakaiannya. Aliza tergamam. Rumah banglo dua tingkat tersergam indah di hadapannya. Tidak percaya, bagaikan mimpi dia akan bekerja di sini. “Tasha, inilah kakak Liza yang nenek katakan tu. Nanti Tasha tinggal dengan Kak Liza dan abang Aidil ye” Mak Munah bersuara lembut . Anak kecil berusia 3 tahun itu tersenyum gembira. Tanpa segan silu dia berlari mendapatkan Aliza. Tubuh gadis itu dipeluknya erat. Dia tidak kisah siapa pun yang menjaganya. Dia cuma tidak mahu ditinggalkan keseorangan. Papa asyik sibuk tidak pernah kisahkan dia!

Aliza terkedu. rasa belas melihat anak kecil yang sudah kehilangan ibu sama sepertinya dan Aidil. Tubuh kecil itu di dukungnya dengan mesra. Pipi tembam itu di kucupnya beberapa kali. “Eloklah tu kalau Tasha pun tak banyak ragam dengan Liza. Mak Munah dah nak balik ni” Mak Munah bersuara gembira. Dia juga berasa lega jika Natasha dapat menyesuaikan diri dengan Aliza. “Mak Munah nak balik ke kampung malam ni jugak ke? Dah tak sempatkan? Mak Munah bermalam saja kat sini dululah. Boleh juga ajarkan Liza apa yang patut”

Mak Munah menguntun senyum . Beg-beg yang sudah tersedia di sisinya mula di angkat. “Mak Munah balik kampung esok Liza. Malam ni Mak Munah tidur kat rumah Rubiah, anak sulong Mak Munah yang duduk kat Pandan Indah. Dah lama dia mengajak Mak Munah bermalam di rumahnya” Dia kembali membetulkan keadaan beg yang mula tergenggam di tangannya. “Kerja-kerja rumah ni tak perlu di ajar Liza. Mak Munah tahu Liza dah pandai semuanya” Ujar Mak Munah lembut. Langkahnya mula di aturkan menuju ke arah teksi yang sudah tersedia menunggu.

Luqman menghenyakkan tubuhnya ke atas sofa. Sepanjang hari mengadap tugasan di pejabat begitu memenatkan. Tugasannya sebagai seorang arkitek banyak menuntut waktunya di luar pejabat. Dia juga perlu memastikan semua binaan mengikut plan yang sudah diberikan. Tali leher berwarna hitam yang menyesakkan lehernya dilonggarkan kasar. Lengan kemejanya juga sudah dilipat hingga ke siku.

Dia memandang ke kiri dan ke kanan. Mana Natasha? Baru dia perasan tiada kelibat anaknya di situ. Kebiasaannya setiap kali dia balik, mulut Natasha akan riuh menyambut kepulangannya . Dia berlari pantas menuju ke tingkat atas. Namun langkahnya terhenti tatkala terdengar suara merdu mengalunkan selawat ke atas nabi. “Siapa?” Dia tertanya sendirian. Tak kan ada hantu dalam rumah ni agaknya?

Pintu bilik Natasha perlahan-lahan di bukanya. Dia tergamam di situ tatkala melihat seorang gadis sedang asyik mendodoikan Natasha untuk tidur. Baru dia teringat yang Mak Munah sudah berhenti kerja hari ini.

Selimut lembut berwarna merah jambu itu di tarik menutupi tubuh anak kecil itu. Rambut Natasha yang berkerinting itu di elusnya dengan lembut sebelum memadamkan lampu. Dengan berhati-hati pintu bilik ditutupnya, bimbang akan mengejutkan Natasha dari lenanya.

“Allah!” Aliza terjerit kecil. Tangannya cepat-cepat di pekup ke mulutnya, takut suaranya akan bergema di seluruh banglo tersebut. Dia benar-benar terkejut tatkala kelibat seorang lelaki berbadan tegap tinggi lampai tiba-tiba sudah berdiri di belakangnya.

“Tuan Luqman ke?” Soalnya takut-takut. Bimbang kalau-kalau pencuri pulak yang masuk. Luqman menguntum senyum sambil menganggukkan kepalanya. “Ini Aliza kan?” Luqman kembali menyoal. Aliza mengangguk kepalanya beberap kali. Tubuhnya dibengkokkan memberi tunduk hormat kepada Luqman. “Mak Munah kata Liza ada adik. Mana dia? Saya tak nampak pun” Soalnya lagi. Hairan juga dia bila melihat hanya Aliza di sini.

“Adik saya dah tidur Tuan. Errrr….Tuan nak makan? Saya sediakan makan malam untuk Tuan” Aliza bersuara perlahan. Dia takut sebenarnya. Pertama kali bekerja di rumah orang, bimbang jika perlakuannya tidak menyenangkan. “Aliza dah masak ke? Hemm..Elok juga tu! Saya pun dah lapar ni. Liza sediakan dulu makan malam. Saya nak mandi dulu. Nanti saya turun” Tanpa menunggu lebih lama, Aliza cepat-cepat berlalu ke dapur. Dia perlu lakukan tugasnya dengan baik. Cuma dia agak kekok kerana sangkaannya Tuan Luqman yang di maksudkan oleh Mak Munah sudah tua tetapi rupa-rupanya masih muda.

Luqman tidak lepas memandang langkah Aliza yang kian hilang. Gadis berkulit putih itu memang menarik. Langkah yang mula di aturnya terhenti apabila telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi.

“Assalamualaikum Tuan Luqman. Mak Munah ni” Kedengaran sayup suara Mak Munah di hujung talian “Oh..Mak Munah. Mak Munah kat mana ni? Dah balik ke kampung ke? “ Soalnya mesra. Wanita tua itu sudah dianggap seperti ibunya sendiri. Sudah berkali-kali dia melarang Mak Munah memanggilnya “Tuan” namun wanita tua itu tetap berkeras.

“Tuan dah jumpa dengan Aliza? Macam mana?” Luqman tergelak kecil mendengar pertanyaan Mak Munah. “Dah jumpa Mak Munah. Tapi….masalah sikitlah!”

“Masalah? Apa pulak masalahnya Tuan. Tadi saya tengok si Tasha tu bukan main lagi sukanya bila jumpa dengan budak Aliza tu” Suara Mak Munah kedengaran agak risau. Luqman tergelak lagi. Lucu mendengar suara Mak Munah. Wanita tua itu memang cepat kelam kabut. “Pembantu rumah saya ni muda sangat. Cantik pulak tu.! Risau pulak saya!” Kedengaran deraian tawa Mak Munah di hujung talian

“Si Aliza tu memang cantik. Mak dia cina masuk islam. Mak Munah bukannya apa Tuan, kasihan tengok mereka 2 beradik tu. Anak yatim piatu lepas tu tak ada sanak saudara. pulak” Suara Mak Munah kedengaran sayu. Mungkin tersentuh dengan kisah hidup Aliza.

“Jangan risaulah Mak Munah. Insya-Allah saya akan jaga mereka dua beradik tu dengan baik” Itu janjinya. Janjinya untuk Mak Munah dan mungkin janjinya untuk dirinya sendiri.


bersambung.....
PELANGI CINTA {CHAPTER 2}
Luqman tergesa-gesa memasukkan pakaiannya ke dalam beg. Jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Dia sudah lewat! Sebelum melangkah keluar dari bilik, potret Nadia arwah isterinya masih sempat di kucup. Dia masih rindu, biarpun sudah 3 tahun Nadia pergi.

Pintu bilik Natasha perlahan-lahan dibukanya. Anak comel itu masih nyenyak tidur. Entah ilmu apa yang Aliza pakai dapat menidurkan Natasha sebegini nyenyak. Selalunya kalau dengan Mak Munah jangan harap Si Comel ini akan tidur awal. Dan setiap pagi dia tidak perlu mengunci jam loceng kerana Natasha akan mengetuk kuat pintu bilik menyuruhnya segera bangun. Mana dia tidak lewat pagi ini bila “loceng bergerak”nya masih nyenyak di peraduan.

Dahi Natasha dikucupnya lembut. Rambutnya yang sedikit keperangan itu di elus perlahan. Bukan dia tidak kasihan melihat anak kecil ini sering di tinggalkan, namun apakan daya tuntutan tugasnya perlu di selesaikan juga.

Aroma nasi lemak sudah menghinggapi hidungnya tatkala kaki melangkah turun. Bau harum daun pandan dan halia begitu semerbak memenuhi setiap ruang. “Sedapnya bau. Aliza masak nasi lemak ?” Soal Luqman sebaik sahaja dia memasuki ruang dapur.

Aliza tersenyum lembut. Manis! Luqman terkedu seketika. Mata bundar milik gadis itu begitu memikat. Dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya. Nasi lemak yang sudah terhidang di depan matanya segera di sua ke mulut. Takut hendak memandang lebih lama!

Namun suapannya terhenti tatkala melihat hidangan yang tersedia di hadapannya. “Eh? Kuih pun ada ? Bila Aliza keluar beli ?” Soalnya kehairanan. Kebiasaannya kalau dengan Mak Munah, memang tidak banyak hidangan yang dia sediakan. Aliza masih tersenyum, lembut. Dan Luqman terkedu lagi! “Aduh! Kalau macam ni hari-hari. Parahlah aku!” Desis Luqman perlahan.

“Saya yang buat. Tuan Luqman tak nak cuba ke?” Luqman sekadar tersengeh. Nasi lemak di hadapannya pun baru separuh luak, mana hendak disumbatkan lagi. “Saya dah tak sempat ni. Aliza tolong bungkuskan untuk saya kuih tu. Nak juga saya cuba!” Pantas sahaja jari jemari gadis itu menyediakan keperluan Luqman sebaik di suruh.

“Oh ya, saya out-station selama 2 hari di Melaka dan ini duit belanja selama saya tiada.” Beberapa keping duit seratus ringgit dihulurkan kepada Aliza. “Ambillah. Belilah apa yang perlu untuk keperluan dalam rumah ini. Kalau tak mencukupi, call saja saya. Nanti saya kirimkan.” Ujarnya lagi bila melihat tingkah Aliza yang teragak-agak untuk menerimanya.

“Dan lagi….Jangan benarkan sesiapa masuk ke dalam rumah saya ini walaupun orang tu mengaku adik beradik saya. Tolong jangan benarkan! Saya takut kalau apa-apa yang tidak diingini berlaku sepanjang ketiadaan saya” Arahan tegas Luqman itu dijawab dengan aggukan beberapa kali oleh Aliza.
Aliza menuruti langkah Luqman hingga ke luar pintu. Gadis bertubuh kecil molek ini, kelam kabut membuka pintu kereta untuk Luqman. “Aliza….Aliza bukannya kuli dalam rumah ni. Dan saya bukannya tuan besar yang mesti di sediakan segala keperluan. Tapi Aliza adalah sebahagian dari keluarga ini. Orang yang saya harap boleh dipercayai” Tutur Luqman lembut.. Dan kali ini dia berani merenung Aliza, itupun kerana gadis itu menundukkan wajahnya!

“Tapi Tuan adalah majikan saya. Tuan yang bayar gaji saya dan sediakan segala-galanya untuk saya. Ini adalah tanggungjawab saya. Berjumpa dengan orang sebaik tuan, bagaikan tuah buat kami dua beradik” Sayu kedengaran suara Aliza. Wajahnya masih tidak diangkat, terus tunduk merenung lantai.

Luqman menarik nafasnya dalam-dalam. “Sudahlah tu Aliza. Saya sudah berjanji dengan Mak Munah akan jaga Aliza dan Aidil dengan baik. Saya sekadar menolong dengan ikhlas….” Kata-kata Luqman terhenti tatkala Aliza mendongak memandang ke arahnya. Mata bundar milik gadis itu sudah digenangi air. “Janganlah gugur…” Pintanya di dalam hati. Dia paling lemah melihat air mata wanita.

“Ok lah! Saya pergi dulu!” Luqman cepat-cepat memasuki ke dalam perut kereta. Jangan lama lagi di situ, nanti dia yang tidak keruan! Baru separuh keretanya bergerak, dia kembali berundur. Cermin tingkap keretanya perlahan-lahan di turunkan.

“Janganlah bersedih lagi. Nanti saya tak tenang tinggalkan rumah ni” Ujar Luqman tatkala melihat Aliza masih berdiri di situ. Kalaulah Aliza itu Nadia, arwah isterinya, bolehlah dia peluk dan usap lembut rambutnya. Memujuk agar tenang gejolak di hati namun gadis itu….bagaimana perlu dia menenangkan ?

Aliza segera menyeka air mata di pipinya. Terkejut juga dia melihat kereta Luqman tiba-tiba berundur kembali. “Maafkan saya Tuan. Tuan jangan risau, insya-Allah amanat Tuan akan saya jaga dengan baik” Luqman menguntum senyum mendengar kata-kata Aliza. Senang hatinya bila melihat senyuman yang kembali terukir di bibir gadis itu. Dan sebenarnya, salah satu dari tujuannya adalah untuk melihat mata bundar itu kembali bercahaya.


Suhana tersenyum-senyum sendirian. Akhirnya dapat juga dia mengikut Luqman ke Melaka. Sudah banyak kali dia merayu kepada Luqman, meminta dia membawanya sekali, tetapi lelaki itu selalu menolak permintaannya. Dan entah apa anginnya kali ini, tiba-tiba membenarkan dia untuk turut serta.

Sesekali matanya menjeling ke arah Luqman yang serius memandu. Perwatakkan Luqman memang cukup menarik baginya. Orangnya tinggi lampai bertubuh tegap tetapi tidaklah terlalu sasa. Kumis nipis di atas bibirnya begitu memikat setiap kali dia tersenyum. Ah! Bagaikan melayang-layang dia dibuatnya setiap kali bibir itu menguntum senyum

Suhana tersentak bila kereta itu tiba-tiba berhenti. Dia yang sedang jauh mengelamun bagaikan tersedar dari tidur. “I letih lah. Jom kita singgah minum dulu” Luqman bersuara sebaik enjin kereta dimatikan. Tanpa bersuara, Suhana senang hati menuruti langkah Luqman.

“U nak makan apa, U mintalah. I nak minum saja. Lagipun I ada bawa kuih.” Tupperware berisi kuih seri muka di letak ke atas meja. Suhana hampir tergelak melihatnya. “Eh? Sejak bila U dah pandai bawa bekal ni?” Luqman ketawa kecil mendengar bicara Suhana. “Pembantu rumah I yang buat. Sedap! Cubalah rasa” Ujar Luqman . Mulutnya bergerak-gerak mengunyah kuih yang sudah separuh ditelan. Memang sedap! Lembut…manis, macam orangnya!

Suhana mengambil sepotong kuih tersebut setelah melihat Luqman begitu asyik menikmatinya. Sedap sangat ke? “Emmm…Memang sedap. Pandai Mak Munah masakkan?” Dia, biarpun tidak kenal dengan Mak Munah tetapi nama itu sudah lama di kenalinya. Luqman memang selalu bercerita tentang wanita tua itu.

“Bukan Mak Munah yang masak. Dia dah berhenti” Suapan Suhana terhenti. “Habis tu siapa yang masak?” Soalnya ingin tahu. “Aliza. Pembantu rumah I yang baru. Dia memang pandai memasak. Nasi lemak yang dia buat pagi tadi pun sedap. Baunya saja dah buat I lapar!” Ujar Luqman sambil ketawa kecil tanpa menyedari riak wajah Suhana yang sudah berubah.


bersambung.....
PELANGI CINTA {CHAPTER 3}
Aliza memusingkan tubuhnya beberapa kali. Sakit pinggangnya mengemas rumah banglo 2 tingkat ini. Kalau rumahnya di kampung, dia hanya memerlukan setengah jam untuk menghabiskan segala tugasan. Rumah kecilnya cuma ada satu bilik, ruang tamu dan ruang kecil untuk memasak. Kebiasaannya, bilik yang satu itu hanya digunakan untuk menyalin pakaian atau menunaikan sembahyang. Dan di ruang tamu itulah bilik tidur mereka sekeluarga!

Aliza mengimbau pandanngannya di sekitar rumah, banyak perabot mahal menghiasi setiap ruang. Langsir lembut berwarna biru polos itu begitu mendamaikan. Kalau nak dibandingkan dengan rumahnya di kampung, bagaikan langit dengan bumi! Ayah cuma seorang nelayan, pendapatannya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun dia tetap bersyukur kerana mereka dua beradik mewah dengan kasih sayang arwah ayah dan ibu.

“Kakak!” Jeritan kuat Aidil dan Natasha mengejutkan lamunannya. Kedua-duanya tersengeh melihat tingkah Aliza yang terpinga-pinga. “Kenapa menjerit ni? Terkejutkan kakak saja!” Dadanya diurut beberapa kali.

“Kakak berangan ye? Dari tadi Aidil panggil, tapi kakak tak menyahut pun” Aliza terdiam. Betul ke dia berangan? Hinggakan panggilan Aidil pun dia tidak dengari. “Emmm…Kenapa Aidil dengan Tasha panggil kakak? Nak makan ke? Kan baru tadi dah makan?” Aidil dan Natasha ketawa serentak. Aliza menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Apa kena budak berdua ni?

“Papa telefon. Dia nak cakap dengan Kak Liza” Mulut comel itu petah menutur kata. Aliza cepat-cepat berlari menuju ke ruang tamu. Sudah 2 hari Luqman di Melaka. Kalau diikutkan, dia sepatutnya pulang hari ini.

“Assalamualaikum Tuan.” Termengah-mengah suaranya di corong telefon. “Hah! Aliza. Dah lama saya tunggu, Aliza memasak ke?” Aliza menelan air liurnya beberapa kali, bimbang jika kelewatannya mengundang amarah Luqman.

“Maafkan saya Tuan….Saya tak dengar Tasha panggil tadi.” Tergagap-gagap dia menjawab. Terdengar tawa kecil Luqman di hujung talian. “Kenapa kelam kabut menjawab ni? Saya bukannya marahkan Aliza, saya cuma bimbang saja. Aliza masak apa hari ni? Insya-Allah kalau tak ada aral melintang, malam nanti saya sampai”

Masakan Aliza begitu sedap baginya. Dan entah mengapa, 2 hari di Melaka, tekaknya asyik merindui masakan Aliza. Masih terbau-bau lagi harumnya aroma nasi lemak dan masih terasa lagi manisnya kuih seri muka buatan Aliza.

“Saya masak asam pedas ikan pari. Tasha kata dia suka makan masak asam pedas. Saya pun ada masak daging goring halia dan sayur campur. Saya ada beli jantung pisang muda. Kalau tuan suka, saya boleh buat ulam dan sambal belacan sekali.”

Luqman tersenyum. Mendengarkan sahaja dia sudah terliur. Ah! Tak sabar rasanya hendak pulang ke rumah. Tak sabar rasanya nak menjamah masakan Aliza dan mungkin juga tidak sabar untuk melihat gadis bermata bundar itu.

Entahlah! Sejak kematian Nadia, hatinya bagaikan tertutup untuk semua wanita. Bukannya dia tidak perasan sikap Suhana yang selalu cuba menggodanya. Dan bukannya dia tidak tahu sikap perihatin Maria terhadapnya. Namun baginya, Nadia adalah satu-satunya di hati. Nadia adalah segala-galanya. Wanita yang sentiasa menghangatkan malamnya, yang menyejukkan siangnya.

Tetapi, sejak pertama kali memandang Aliza, hatinya sedikit goyah. Gadis itu tak ubah seperti Nadia dan seolah-olah dia merasakan Nadia telah hidup kembali. Janganlah! Dia tidak mahu menyukai gadis itu hanya kerana dia mirip Nadia. Atau hanya kerana lemah lembutnya seperti Nadia. Kalau boleh, jika dia benar-benar menyukai gadis itu, biarlah kerana diri gadis itu sendiri.


Maria terjenguk-jenguk di laman rumah. Sudah puas butang loceng ditekannya. Hampir hendak pecah jarinya menekan, namun tiada kelibat Mak Munah seperti kebiasaannya. Sejak kematian Nadia, dia sering ke sini. Menemani Natasha. Dia dan Luqman bukannya orang lain, mereka berdua sepupu. Banyak yang dia tahu tentang Luqman dan Luqman juga banyak mengetahui tentang dirinya, mungkin cuma, Luqman tidak mengetahui tentang hatinya!

Luqman begitu handsome! Wajahnya mirip Shah Rukh Khan. Hehehe……….Mungkin kerana dia ni “hantu” filem Hindustan! Kadang-kadang dia membayangkan dirinya seperti Pretty Zinta. Menari-nari dan berlari-larian di taman yang indah sambil mengalunkan lagu merdu. Ah! Kalau semua itu boleh menjadi kenyataan…

Maria tersentak bila melihat kelibat wanita cantik yang datang menghampirinya. Siapa dia? Mana Mak Munah? Isteri Luqman yang baru kah? Ah! Tak mungkin! Masakan dia tidak tahu kalau Luqman sudah berkahwin. Dadanya sedikit berombak!

“Cik nak jumpa siapa?” Merdunya suara dia! Aliza sedikit resah bila melihat Maria yang asyik merenungnya. “Awak ni siapa? Mana Mak Munah? Mana Tasha? Apa yang awak buat kat sini” Bagaikan keretapi yang tidak mahu berhenti, soalannya bertalu-talu kedengaran.

Aliza hampir tergelak mendengar soalan yang tanpa henti itu. “Mak Munah dah berhenti. Saya pembantu rumah yang baru. Tasha ada kat dalam. Cik nak jumpa siapa?” Aliza kembali menyoal. Masih teringat lagi pesan Luqman tempoh hari. Amanat itu perlu dipatuhi sebaik-baiknya.

“Saya ni Maria, sepupu Luqman! Saya datang ni nak jumpa Tasha. Saya tahu Luqman di Melaka so saya datang ni nak temankan Tasha” Suara Maria sedikit keras. Perasan kurang senang mula bertandang di hatinya. Dia takut jika Aliza bakal menjadi pesaingnya.

“Maafkan saya Cik Maria….. Tuan Luqman dah arahkan saya supaya tidak membenarkan sesiapa masuk walaupun saudara-maranya sendiri” Aliza menjawab jujur. Kalau diikutkan hatinya, memang akan dibenarkan Maria masuk. Tetapi arahan yang diterimanya perlu dia turuti.

“Awak jangan nak mengada-ngada buat cerita. Selama ni, saya boleh keluar masuk rumah ini tanpa sebarang masalah. Dan masa Mak Munah dulupun, nampak saja saya dah tentu dia akan bukakan pintu ni” Maria mula panas hati. Siapa dia yang nak memandai membuat undang-undang kat dalam rumah ini.

“Betul Cik Maria, arahan ini memang datang dari Tuan Luqman. Saya hanya menurut arahannya.” Aliza bersuara perlahan. Risau pula dia bila melihat wajah Maria yang mula menyinga.

Maria mengetap bibirnya menahan geram. Telefon bimbit di dalam tas tangannya dikeluarkan kasar. “Abang Luq! Apahal ni? Orang gaji abang tak benarkan Mar masuk!” Maria menjerit geram di telefonnya. “Abang! Dengar tak Mar cakap ni!” Maria menjerit lagi bila suara Luqman tidak kedengaran.

Hendak saja dicampakkan telefon bimbitnya ke jalan namun tindakannya terhenti bila kereta milik Luqman tiba-tiba memasuki perkarangan banglo itu. “Abang Luq! Tengoklah orang gaji abang ni! Dia tak benarkan Mar masuk!” Ujar Maria manja sebaik sahaja Luqman membuka pintu keretanya.

Luqman sekadar tersengeh. Perangai Maria yang manja keanak-anakkan itu memang sentiasa menghiburkan hatinya. “Memang abang yang bagi arahan tu pada Aliza. Janganlah Mar marahkan dia pula. Kalau nak marah, marah pada abang saja”

Aliza? Namanya Aliza? Huh! Tak sedap langsung nama. Tak ada class ! “Mar mana boleh marah pada abang…Sayang abang lagi ada!” Kepalanya sudah mula terlentok di bahu Luqman. Luqman sekadar mengelengkan kepalanya.

Aliza menuruti langkah pasangan tersebut. Walaupun agak jelik dengan tingkah Maria namun semua itu dia buat tidak tahu sahaja. Mungkin beginilah kehidupan orang di Bandar. Bersentuhan antara lelaki dan perempuan adalah perkara biasa.

“Aliza dah masak? Hemmm…..Bau masak asam pedas ni dah masuk kat dalam hidung saya. Buat perut saya makin kuat menyanyi” Ujar Luqman sambil ketawa. Maria disebelahnya merjeling tajam

“Dah Tuan. Jomlah makan, saya sudah sediakan” Luqman dan Maria menuruti langkahnya ke dapur. Asap nasi masih berkepul-kepul kelihatan. “Eh? Mana Tasha?” Baru dia menyedari tiada kelibat Natasha menyambut kepulangannya.

“kat sini!” Jerit Natasha kuat sambil memeluk papanya dari belakang. Kedua beranak itu terkekek ketawa sambil bergurau senda. “Selama papa tak ada ni, Tasha buat apa? Tasha nakal tak? “ Anak comel itu diletakkan di atas ribaannya. Rindunya dua hari tidak mendengar suara anak comel ini.

“Tasha main dengan abang Aidil. Seronok tau papa! Abang Aidil ajar Tasha buat kapal terbang, buat bintang. Tasha ada buat untuk papa satu” Senget-senget mulut kecil itu menutur kata. Luqman tergelak lagi.

“Eh? Apa tunggu lagi. Marilah kita makan. Mar mesti cuba masakan Aliza ni, memang sedap. Kalau Mar cuba sekali, mesti nak lagi.” Maria sekadar tersenyum. Pahit! Seleranya telah lama hilang tatkala melihat kemunculan Aliza!


bersambung.....
PELANGI CINTA {CHAPTER 4}
Jam kayu berukiran bunga matahari itu direnungnya berkali-kali. Sudah pukul 9 pagi tetapi Luqman masih belum turun bersarapan. Selalunya, awal-awal pagi lagi dia sudah terconggok di meja makan. Mana dia? Mustahil dia masih belum bangun.

“Aliza !” Dia tersentak mendengar suara nyaring Luqman dari tingkat atas. Terkocoh-kocoh dia keluar dari dapur, namun nafasnya bagaikan terhenti tatkala melihat tubuh Luqman yang sudah terjelepuk di atas lantai.

“Ya Allah! Kenapa ni Tuan?” Tubuh Luqman digoncangnya beberapa kali. Dahi Luqmannya disentuhnya takut-takut. Panas! Demam! “Tasha! Aidil! Cepat tolong kakak!” Jeritannya mula tidak keruan. Apa yang perlu dia buat?

“Papa! Kenapa papa ni?” Anak kecil itu mula menangis. Sudahlah mama telah tiada, janganlah papa pula meninggalkannya. “Kenapa ni kak?” Aidil pula menyoal.

“Papa Tasha demam. Tolong kakak bawa dia dalam bilik” Aliza memberi arahan walaupun dia sebenarnya tidak tahu bagaimana ingin membawa Luqman ke dalam bilik. Tubuh tegap Luqman tidak mungkin mampu dia kendong, meskipun jika Aidil membantunya.

Mahu tidak mahu, dia dan Aidil terpaksa mengheret tubuh Luqman memasuki ke dalam bilik. Luqman yang masih pengsan bagaikan tidak merasa apa-apa tatkala tubuhnya diheret.

“Nak buat macam mana ni kak?” Soal Aidil bimbang. Aliza sekadar menelengkan kepalanya. Hendak membawa Luqman ke klinik, dia tidak tahu memandu. Hendak menelefon doctor agar datang ke sini pun dia tidak tahu siapa yang perlu dia cari.

“Aidil pergi turun bawah. Ambil air batu dan kain sekali. Cepat sikit !” Aidil segera berlari turun. Dia akan buat apa saja akan Luqman sedar. Natasha yang duduk disisinya masih menangis.

“Tasha jangan menangis. Papa Tasha tak apa-apa. Kakak kan ada” Pujuknya lembut meskipun saat itu hatinya juga tidak tenang. Anak comel itu menganguk beberapa kali. Namun sisa tangisnya masih kedengaran.

Perlahan-lahan dia meletakkan tuala yang sudah dibasahkan ke atas dahi Luqman. Kipas di dalam bilik itu juga dikuatkan. Biar kuat anginnya berpusing agar cepat turun panas di badan Luqman. Butang baju Luqman dibukanya berhati-hati. Serba salah juga dia hendak membukanya. Manalah tahu tiba-tiba Luqman tersedar sewaktu dia membuka baju, nanti tersalah anggap pula dia.

“Tuan! Tuan macam mana sekarang?” Soal Aliza tatkala melihat Luqman mula membuka mata. Wajah Luqman kelihatan berkerut-kerut. Sakit di kepalanya makin kuat terasa. Dia berusaha untuk bangun namun tatkala kepalanya diangkat dia bagaikan hendak pitam.

“Tuan jangan bangun. Baik tuan baring dulu nanti takut tuan pengsan balik” Luqman tersenyum mendengar kata-kata Aliza. Mujur ada Aliza. “Saya ni menyusahkan awak saja kan?” Ujar Luqman perlahan. Serba salah dia dibuatnya apabila melihat Aliza yang sudah berpeluh-peluh.

“Kenapa Tuan cakap macam tu? Kami dua beradik ni yang menyusahkan Tuan” Tuala yang sudah dibasahkan, diletak kembali di dahi Luqman. Sejuk! Luqman memejamkan matanya. Entah apa perasaannya saat itu. Sudah lama dia tidak mendapat belaian dari seorang wanita.

“Tuan kena pergi hospital. Kalau dibiarkan macam ni nanti lagi teruk. Nak saya panggilkan teksi atau telefon sesiapa?” Wajah Luqman yang kelihatan pucat itu di pandang penuh belas.

“Mana Tasha?” Soal Luqman tanpa menjawab pertanyaan Aliza. Rasanya dia tidak perlu ke hospital. Melihat wajah Aliza sahaja rasa panas badannya mula berkurangan!

“Tasha asyik nangis bila tengok tuan pengsan tadi. Sebab tu saya suruh Aidil bawa dia masuk bilik” Ujar Aliza yang mula bingkas untuk bangun namun dia terduduk kembali bila Luqman tiba-tiba memaut lengannya.

“Temankan saya sekejap. Saya nak tidur tapi tidur seorang-seorang dalam keadaan sakit ni rasa semacam pulak!” Luqman tersengeh. Rasanya bagaikan ingin menjadi anak kecil yang ingin di dodoi tatkala tidur.

Aliza terdiam. Tak akan pula dia duduk berdua sahaja dalam bilik ini. Meskipun hari masih siang tapi rasanya tidak manis kalau di lihat orang. “Errr….Tak elok kalau macam tu tuan. Nanti kalau orang tengok tak manis” Balas Aliza kurang senang.

Tanpa menunggu jawapan selanjutnya dia cepat-cepat bangun namun sekali lagi dia terduduk kembali bila tangan Luqman masih kemas memautnya. “Saya bukannya nak buat apa-apa. Tolonglah! Sekejapa. Bila saya dah terlena nanti, Aliza keluarlah” Luqman masih memujuk. Dia cuma mahu Aliza berada di sisinya, rasanya sudah terlalu lama dia sendirian.

Aliza melepasakan nafasnya perlahan-lahan. Wajah Luqman yang sudah terlena direnungnya lama-lama. kasihan! Lelaki sesegak ini kesepian. Mengapa terus dibiarkan dirinya sendiri sepi sedangkan ramai gadis yang menanti pelawaannya. Dia sendiri bagaimana? Tidak terpikatkah pada bibir yang sentiasa mengukir senyuman. Tidak tersentuhkah hatinya dengan tingkah yang begitu menyenangkan…..Janganlah ada sebarang perasaan, jangan sampai dia lupa batas yang sentiasa ada di antara mereka berdua.

Gedeganggggg! Aliza tersentak! Luqman yang sudah terlena juga bingkas bangun. “Abang Luq!” Maria yang tiba-tiba tersembul di muka pintu, meluru ke arah Luqman. Dia memeluk Luqman erat. “Macam mana awak jaga abang Luq? Selama Mak Munah kerja sini, tak pernah pun dia demam. Tapi awak, tak sampai sebulan pun dah jadi macam ni. Tak reti kerja ke?” Jerkah Maria kuat. Matanya bulat merenung Aliza yang mula ketakutan.

“Apa ni Mar? Bukan salah Aliza. Abang yang tak jaga diri baik-baik. Hari tu di Melaka abang langsung tak tidur untuk siapkan projek, itu sebab abang jatuh sakit” Ujar Luqman lembut. Maria mendengus geram. Kenapa setiap kalipun Luqman mesti membela perempuan itu.

“Sudahlah tu Mar! Jangan nak marah-marah lagi. Aliza tolong sediakan makan tengah hari. Saya nak makan. Mar pulak tolong abang call Doktor Hairi ya! Minta dia datang sekarang” Luqman bersuara bila melihat wajah Maria yang masih masam.




Suhana resah di mejanya. Berkali-kali jam tangan dibeleknya. Kemana Luqman? Biasanya dia akan telefon jika tidak dapat datang tetapi kali ini mengapa senyap sahaja. Dia kian dihimpit resah bila telefon bimbit Luqman juga tidak berjawab.

Beg tangannya dibuka tergesa-gesa. Tercari-cari sesuatu yang dia simpan di dalamnya. Riak wajahnya terukir sedikit senyuman tatkala menjumpai apa yang dia cari.

“Hello! Boleh saya bercakap dengan Luqman?” Suaranya sedikit tersekat-sekat. Ini pertama kali dia menelefon Luqman di rumah. “Tuan Luqman demam. Boleh saya tolong cik?” Lembutnya suara yang menjawab. Aliza kah itu? Hatinya mula terusik

“Tak mengapalah!. Terima kasih saja” Telefon segera diletakkan. Tidak sanggup lagi mendengar suara itu. Memang lembut suara wanita itu tetapi mampu mencalarkan hatinya!

Dia bingkas bangun. Mundar mandir di dalam biliknya. Perlukah dia pergi ke rumah Luqman? Dia tertanya-tanya sendirian. Tapi apa pula kata Luqman nanti. Nampak pula dia yang terlalu gelojoh untuk mendapatkan lelaki itu.

Suhana kembali duduk di kerusinya. Niatnya tadi dibatalkan sahaja. Tidak mengapa, esok lusa Luqman mesti kembali ke pejabat. Dia masih punya banyak masa atau sememangnya tiada masa langsung untuknya? Dia kembali resah!


bersambung.......
PELANGI CINTA {CHAPTER 5}
Luqman mengeliat badannya beberapa kali. Keadaan kesihatannya bertambah baik sejak beberaoa hari berehat di rumah. Apatah lagi bila makan dan minumnya dijaga dengan baik.

“Sejak bila perempuan cantik ni jadi pembantu rumah kau?” Kata-kata Hairi tempoh hari kembali tergiang-giang di telinganya. “Kau tak takut duduk serumah dengan dia? Tak takut kalau-kalau dia berjaya mencuri hati kau. Ya lahkan, dulu kau kata cinta kau hanya untuk arwah Nadia seorang. Tapi budak Aliza ni memang lain dari yang lain. Aku percaya, semua orang akan suka Aliza tatkala memandangnya, apatah lagi kau yang duduk serumah dengannya.”

Luqman menarik nafasnya dalam-dalam. Memang benar kata-kata Hairi tempoh hari, sedikit sebanyak hatinya berkocak juga. Namun cintanya masih pada arwah Nadia, wanita dan isteri yang dia paling sayangi. Dan dia tidak sanggup mengkhianati cintanya terhadap Nadia.

Sejak Aliza bekerja di sini, jarang dia dapat berbual dengannya. Gadis itu akan cuba mengelak setiap kali dia cuba berbual panjang. Bila dia ke dapur, gadis itu akan lari ke ruang tamu. Bila dia ke ruang tamu, gadis itu akan sibuk-sibuk membersihkan taman di luar rumah. Sukarnya untuk mendekati bunga yang sekuntum ini.

“Abang Luq! Abang Luq ! Mar ni. Tak bangun lagi ke?” Luqman tersentak. Suara nyaring Maria dan ketukkan pintu yang bertalu-talu, bersahutan di luar biliknya. Sejak Aliza ada, setiap hari Maria akan ke sini. Entah apa yang dia benci sangat dengan Aliza. Sering kali gadis cantik itu menjadi makian Maria.

Maria tersipu-sipu malu bila melihat Luqman yang keluar dari biliknya tanpa berbaju. Menyerlahkan dada sasa seorang lelaki. Adoilah! “Shah Rukh Khan Malaysia” ini memang sentiasa menggoncang hatinya.

“Apalah abang ni! agaknya ye pun pakailah baju tu. Buat sakit mata Mar saja” Maria bersuara keanak-anakkan. Luqman sekadar tersengeh. Baju t-shirt yang memang tersedia ada di atas katilnya, di sarung ke badan.

“Awalnya Mar dah sampai hari ni? Tak payah kerja ke?” Soal Luqman meskipun dia tahu sepupunya ini tidak perlu bekerja seumur hidupnya pun tidak mengapa. Empayar perniagaan bapanya merentasi hingga ke benua Eropah. Pernah juga Pak Ngahnya itu mengajak dia bekerja dengannya tetapi ditolaknya dengan baik. Dia lebih selesa berusaha dari bawah, mendapat hasil dari titik peluhnya sendiri dan bukannya atas ehsan orang lain.

“Papa!” Jerit Natasha yang tiba-tiba meluru memeluknya tatkala dia dan Maria menuruni anak tangga ke ruang tamu. “Mana abang Aidil? Tasha tak main dengan dia ke?” Soal Luqman hairan. Sejak Aidil ada, Natasha tidak pernah berenggag dengan dia. Ke mana pun mesti dengan Aidil. Main dengan Aidil, makan dengan Aidil dan kalau nak tidur pun minta Aidil nyanyikan lagu untuknya. Dan Aidil memang seorang budak yang baik, tidak pernah pun permintaan Natasha dihampakannya. Dia melayan Natasha seperti adiknya sendiri.

“Inilah yang Tasha nak beritahu papa ni! Abang Aidil sakit perut. Dari tadi dia tak nak makan. Dah puas Tasha dan Kak Liza pujuk dia tapi dia tak nak. Muka abang Aidil pun dah pucat. Papa…kita bawa abang Aidil pergi klinik ya….” Natasha sedikit merengek. Peha kanan Luqman dipeluknya dengan erat.

“Alah! Sakit sikit saja tu Tasha. Tak perlu pergi klinik, makan panadol saja pun dah boleh ok!” Balas Maria pantas. Biarlah budak tu sakit. Mengapa nak bersusah-susah kerana dia pula!

“Ish! Kenapa cakap macam tu Mar? Budak tu sakit, mesti bawa pergi klinik.” Wajah Maria serta merta berubah. Geram! “Oklah sayang, sekarang juga&

Bookmark and Share

    


  Member Information For skaterProfil   Hantar PM kepada skater   Pergi ke skater's Website   Quote dan BalasQuote

skater
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2004
Ahli No: 8611
Posting: 542
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-02-07 23:13


Maria menghentakkan kakinya beberapa kali ke lantai. Dengan sebal dia juga turut menuruti langkah Natasha dan Luqman.

Mata Aliza sudah digenangi air mata. Hati mana yang tidak resah bila melihat adik sendiri menanggung kesakitan. Namun semangat Aidil memang kuat. Tidak terdengar sepatah kata pun renggekkan kesakitan dari mulutnya. Hanya wajahnya sahaja yang berkerut-kerut menahan kesakitan.

“Aidil tak apa-apa. Kakak janganlah risau” Dan ayat itulah yang sering dia ucapkan setiap kali Aliza memujuknya untuk ke klinik. Anak nelayan jati mesti kental, mesti tabah, mesti kuat. Itu kata-kata dari arwah ayah dan dia tidak pernah lupa. Dan sebab itu dia tidak akan mengalah dengan penyakitnya.

“Macam mana dengan Aidil, Aliza ?” Soal Luqman sebaik melabuhkan punggungnya di sisi Aliza. Aliza sekadar mengelengkan kepalanya. Tidak terucap kata-katanya. Dia terlalu sebak melihat keadaan Aidil. Bimbang jika air matanya berjuraiana sebaik dia mengucap kata

“Kita pergi klinik ya Aidil. Sakit macam ni tak boleh dibiarkan” Pujuk Luqman lembut. “Tak mengapalah Tuan. Sakit sikit saja. Saya masih boleh tahan. Kejap lagi mesti sembuh” Tersekat-sekat Aidil menutur kata. Peluh merecik-recik di dahinya menahan rasa sakit yang menyucuk-nyucuk perutnya.

“Jangan macam tu. Aidil tanggungjawab saya. Jom kita pergi” Tanpa menanti kata putus, tubuh Aidil di cepungnya menuju ke kereta. “Aliza ikut saya sekali ya. Mar tolong tunggu kat rumah jaga Tasha.” Maria mengerutkan keningnya beberapa kali. Nak dibiarkan Aliza pergi berdua sahaja dengan Luqman? Mana boleh!

“Alah bagilah Mar dan Tasha ikut sekali. Malaslah Mar nak tunggu kat sini” Maria mula merengek. “Abang pergi sekejap saja. Lagipun mana boleh pergi ramai-ramai ke klinik, sedangkan yang sakitnya cuma seorang. Mar tolong abang jaga Tasha ya” Pujuk Luqman lembut. Enjin kereta segera dia hidupkan tanpa menghiraukan wajah Maria yang mencuka memandangnya.


Aliza resah menanti Aidil yang masih diperiksa oleh doctor. Terkumat-kamit mulutnya memanjatkan doa agar adiknya yang seorang itu selamat. Aliza bingkas bangun bila meliat kelibat Luqman dan Hairi yang sudah keluar dari bilik.

“Macam mana adik saya doktor?” Soalnya kelam kabut. Kepalanya dijenguk-jenguk ke dalam bilik mencari kelibat Aidil. “Aidil kena appendik. Mesti buat pembedahan sekarang tapi kat klinik kawan saya ni tak ada perlatan yang mencukupi so Aidil perlu di hantar ke hospital untuk menjalani pembedahan” Luqman bersuara.

Aliza jatuh terjelepok ke lantai namun tubuhnya sempat disambut oleh Luqman. “Aliza, Kenapa ni?” Soal Luqman cemas. Air mata di pipinya deras mengalir turun. Dia tidak tahu apa itu penyakit appendik dan dia juga tidak mahu tahu. Dia cuma mahu adiknya selamat tetapi bagaiman dia hendak menampung kos perbelanjaan pembedahan itu?

“Tuan….Tolonglah saya, tolonglah selamatkan adik saya. Cuma dia yang saya ada” Rayu Aliza lirih. “Jangan bimbang Aliza. Saya akan bantu dia. Insya-Allah dia akan selamat” Kepala Aliza yang sudah terbenam di dadanya, diusap lembut. Hairi yang dari tercegat, sekadar memerhati. Keduanya nampak secocok!


Suhana mengeluarkan beberapa keping wang kertas dari tas tangannya. Setalah menerima baki wang untuk ubat-ubatnya dia segera melangkah pergi. Namun seketika langkahnya mati tatkala terpandang kelibat Luqman di situ.

“Hai Luq! Apa U buat kat sini? U masih sakit ke?” Soalnya hairan. Memang dia tahu Luqman bercuti beberapa hari kerana demam tetapi tidak dijangka seteruk itu hingga Luqman perlu ke hospital.

“U rupanya Ana. Terkejut I . Ingatkan siapa tadi” Luqman mengusap dadanya beberapa kali. Dia yang sedang jauh mengelamun tersentak dengan teguran Suhana.

“Laaaa…Tak kan I tegur macam tu pun U dah terkejut. Apahal U kat sini? U masih sakit ke ?” Suhana kembali mengulangi soalannya. “Bukan I yang sakit tapi Aidil. Adik pada pembantu rumah I “ Suhana terdiam seketika. Adik pembantu rumah? Adik Aliza?

“U pula, buat apa kat sini?” Luqman merenung Suhana pelik! “Oh…I ambil ubat untuk penyakit gastric. Stock ubat I dah habis. Errr..U datang seorang ke?” Matanya melilau mencari kelibat Aliza. Mana tahu kalau Luqman membawanya bersama. Memang sudah lama dia ingin mengenali wanita itu. Nama yang sering disebut-sebut oleh Luqman kerana kesedapan masakkannya.

“Dia ada kat sana. I tak nak kacau dia. Biarlah dia bersendirian di situ menunggu pembedahan adiknya” Luqman menunding jarinnya ke arah Aliza yang asyik menunundukkan wajahnya.

Suhana cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke arah Aliza. Memang cantik! Meskipun wajahnya ditundukkan dan terlindung dengan tudungnya yang berwarna hitam, namun masih jelas kelihatan kejelitaannya. Kulitnya putih kemerah-merahan. Hidungnya mancung terletak.

“Cantik pembantu rumah U” Suhana bersuara perlahan. Suaranya agak tersekat sewaktu menutur kata. “Anak kacukkan cina. Memanglah cantik” Balas Luqman pendek tetapi sudah cukup mengundang resah di hatinya

bersambung......
PELANGI CINTA {CHAPTER 6}
“Apa? Abang bagi budak Aliza tu cuti? Baru kerja dah cuti?” Maria membulatkan matanya. “Biarlah dia cuti. kasihan Aidil kalau Aliza tak temankan dia kat hospital tu” Maria mengetap bibirnya menahan geram. Balik-balik, Aliza juga yang dia bela. Entah apa yang baik sangat dengan budak Aliza tu. Kalau hendak dibandingkan dengan dia, bagaikan langit dengan bumi!

“Abang ni baik sangat dengan dia. Apa pun dia nak, abang turutkan. Esok-esok dia ambil kesempatan pada abang, baru padan dengan muka” Luqman sekadar tersengeh mendengar bebelan Maria. “Orang cakap betul-betul, abang gelak-gelak pula!” Maria mendengus kasar.

“Alah apa salahnya Aliza tu cuti. Mar kan ada! Mar tolong abang jaga Tasha ye! Nanti abang bagi upah” Pujuk Luqman lembut. Pantang dipujuk, sebuah senyuman kembali terukir di bibir Maria. Ok juga kalau Aliza tak ada. Bolehlah dia berdua-duan sahaja dengan Luqman.

“Oklah! Abang dah lewat nak ke office. Tolong jaga Tasah ye. Apa-apa hal just call, ok!” Air kopi yang dibancuh oleh Maria dihirupnya tergesa-gesa. Alahai! Pahitnya! Memang tak boleh lawan air tangan Aliza!



“U nak kemana ni Luqman? I rasa hari ni kita tak ada apa-apa appointment kan?” Suhana kehairanan melihat Luqman yang ingin berlalu keluar. “I nak ke hospital jenguk Aidil dan Aliza. Mungkin ada apa-apa yang mereka perlukan” Suhana terdiam seketika. Hendak dijenguk perempuan itu? Ambil berat betul dia?

“Tunggu I kejap! I nak ikut sekali” Dahi Luqman berkerut-kerut mendengarnya. “U nak ikut buat apa?”

“Apa salahnya I menziarahi orang sakit. Lagipun I memang free hari ni. Biarlah Dewi dan Julia yang jaga office hari ni” Ujar Suhana yang sudah bersedia disisinya.


“Ambil berat betul U pada Aliza. U suka dia ke?” Soal Suhana sebaik sahaja mereka memasuki perkarangan hospital. “Apa yang U merepek ni Ana. I mana ada apa-apa dengan dia. Aliza tu macam adik I saja.” Balas Luqman sambil ketawa kecil biarpun jauh di sudut hati dia mempertikaikan anggapan “adik” terhadap Aliza.

Pintu bilik Aidil dibukanya berhati-hati. Suhana yang berada dibelakangnya menekup hidung dengan tangan kirinya. Bau ubat begitu menusuk hidungnya.

Kelihatan Aidil sedang asyik membaca majalah. Luqman segera menbuat isyarat agar Aidil tidak banyak bercakap. Tidak mahu mengejutkan Aliza yang terlena dibirai katil.

“Aliza…..Bangun…”Ujar Luqman perlahan sambil tangannya mengusap lembut kepala Aliza.

Saat itu Suhana terkedu! Berderau darahnya melihat perlakuan Luqman terhadap Aliza. Kenapa bukan dia yang berada di tempat Aliza ?

Aliza terpisat-pisat bangun. Mukanya kelihatan agak cengkung namun masih terserlah kecantikkan yang dimiliknya cuma mata bundarnya itu yang kelihatan tidak bercahaya. “Maafkan saya tuan. Dah lama tuan sampai ?” Kelam kabut Aliza bangkit sebaik terlihat kelibat Luqman di hadapannya.

“Aliza tak makan ke? Saya tengok Aliza makin kurus. Duit yang saya bagi tu, Aliza tak guna ke?” Timbul rasa resah di hatinya melihat keadaan Aliza ketika ini.

“Makanan untuk Aidil yang pihak hospital sediakan pun tak habis di makan. Buat apa saya nak membazir duit yang tuan beri. Lagipun saya tak berani nak tinggalkan Aidil seorang-seorang” Luqman melepaskan keluhan perlahan.

“Kita pergi makan ye…” Pujuk Luqman. Bahu Aliza ditepuk lembut. Aduhai! rasa hendak menjerit dia saat itu melihat layanan Luqman terhadap Aliza. Dia yang berada di sisi bagaikan tidak wujud!

“Betul tu kak. Akak pergilah ikut tuan makan. Sejak pagi tadi Aidil tak nampak pun akak makan. Akak asyik suap Aidil makan saja.” Balas Aidil yang sejak tadi hanya mendiamkan diri.

Seketika masing-masing terdiam bila kelibat seorang doktor tiba-tiba menjengah di muka pintu. “Hey! It’s U Luqman! Long time no see” Seoarang doktor dengan pelat cinanya menghulurkan tangan ke arah Luqman. “Eh? Doktor Wong? Bila U kerja kat sini. I ingat U masih di Seremban” Kedua-duanya bersalaman sambil berpelukkan

“Budak lelaki ni adik U ke?”

“Ya! So macam mana dengan dia? Bila boleh keluar?” Jawapan Luqman itu sekadar mengundang luka di hati Suhana. Dia cepat-cepat berlalu keluar. Kalau dia lebih lama di dalam, mungkin air matanya pula akan gugur.

“Eh? Kenapa U duduk kat sini?” Suhana tersentak bila Luqman tiba-tiba berdiri di hadapannya. “I ni macam tak ada saja kat sana tadi…” Suaranya seakan merajuk. Luqman tersenyum lembut. Mudah benar hati gadis bertubuh tinggi lampai ini tersentuh

“Sorry lah..Kenalkan ini Aliza. Aliza ini Suhana, business partner saya”

“Apa khabar cik Suhana. Menyusahkan cik saja sebab terpaksa datang ke sini” Suara lembut Aliza bagaikan menyucuk tangkai hatinya. Dia tersenyum. Senyum terpaksa yang dibuat-buat.
“Tak apalah Liza. Saya dah memang biasa mengekor ke mana Luqman ni pergi. Tak boleh berenggang!” Sengaja dia bercakap sedemikian. Biar Aliza tahu sejauh mana hubungan mereka. Bukan sekadar business partner!

“Ana, U tunggu kat sini kejap dengan Aliza. I nak pergi kaunter pendaftaran. Aidil dah boleh keluar sekarang” Suhana sekadar menganggukkan kepalanya. Membiarkan pandangannya menghantar jauh langkah Luqman.

“Macam mana kerja dengan Luqman?” Suhana membuka bicara. Sudah lama dia mahu berbual panjang dengan Aliza. Banyak benda yang dia ingin tahu!

Aliza tersenyum . Cantik! Dia sebagai seorang wanita pun memuji kecantikkan yang dimiliki oleh Aliza, apatah lelaki seperti Luqman.

“Alhamdulillah cik. Tuan Luqman memang baik orangnya. Kami dua beradik tak pernah dianggap macam orang luar. Saya bersyukur sangat dapat majikan sepertinya” Balas Aliza jujur.

Tidak pernah menganggap seperti orang luar? Habis apa anggapan Luqman terhadap Aliza? Adik? Tak mustahil lambat laun Luqman akan menganggap Aliza lebih dari seorang adik.


bersambung.....
PELANGI CINTA {CHAPTER 7}
“Happy birthday papa !” Natasha melompat keriangan di atal katil Luqman. Luqman yang masih berbaring itu digomolnya penuh mesra. Terkekek-kekek ketawa kedua beranak ini. “Awalnya anak papa ni bangun.” Tubuh Natasha dibaringkan ke atas lengan kanannya.

“Tasha bangun awal semata-mata nak wish papa happy birthday tau! Malam nanti papa jemputlah kawan-kawan papa datang. Kak Liza dah janji dengan Tasha nak masak sedap-sedap untuk papa. Kak Liza pun nak buat kek sekali” Anak comel itu bersuara penuh mengharap .

“Betul ke ni? Sayang betul Tasha pada papa ya?” Pipi comel Natasha dicubit lembut. Natasha mengekek ketawa. “Busuklah papa ni!” Jerit Natasha kuat. Dia segera berlari keluar bila melihat Luqman yang mula bangkit untuk mengejarnya. Dan ketawa Natasha makin kuat tatkala melihat papanya jatuh tersadung bantal peluk yang dibalingnya tadi.


“Happy birthday Luq!” Kotak kecil berbalut kertas keemasan itu diletakkan di atas meja Luqman. “Thanks Ana. Buat susah-susah saja bagi hadiah kat I”

“Boleh I buka ?” Suhana sekadar mengangguk. “It’s so beautiful !. Macam mana U tahu I suka colour ni ? Thanks once again Ana” Tali leher berwarna biru laut itu dipadankan ke lehernya. Memang padan! Suhana memang arif dengan citarasanya.

“Terima kasih saja ke? U kena belanja I lunch tau!” Ujar Suhana sambil ketawa kecil. Girang benar hati melihat pemberiannya begitu dihargai. Lebih-lebih lagi penghargaan itu datangnya dari Luqman

“Sure no problem. U punya pasal bila-bila pun boleh” Suhana ketawa lagi mendengar jawapan Luqman. Ah! Indahnya setiap detik bersama Luqman. Andainya detik masa itu mampu dia kawal, tidak akan dia biarkan saat indah itu berlalu.

“Malam ni I ada buat majlis sikit. U datang tau! Nanti tak berseri majlis I kalau U tak ada”

“Ya lah tu! Bila I tak ada, U kata tak bermakna. Tapi bila I ada, U pula yang buat tak tahu” Balas Suhana perlahan. Memang selalunya begitu setiap kali dia bersama Luqman.
“Kenapa cakap macam tu? U are my friend. U begitu bermakna buat I”

“But I want to be more than a friend !” Bentaknya kuat tapi cuma mampu bergema di dalam hatinya. Kenapa sukar untuk meluahkan segala isi hatinya.? Kenapa Luqman masih tidak faham segala perlakuannya? Sukar sangatkah untuk Luqman memahaminya?


Aliza adalah orang yang paling sibuk sekali. Nasib juga Aidil dan Natsha boleh diharap. Dapat jugalah sedikit sebanyak meringankan bebanannya. Dia sangkakan Maria yang datang awal boleh menolongnya namun sekadar menjadi tukang arah. Memintanya membuat itu dan ini. Tetamu yang datang makin ramai. Sesekali hilai tawa mereka menerjah suasana sepi di dapur. Dan Aliza masih lagi dengan kerja-kerjanya

“Aliza, Kenapa masih kat dapur ? Bukan ke semua lauk dah dihidang. Kerja-kerja mengemas ni, kemudian nantilah buat” Ujar Luqman yang tiba-tiba muncul di belakangnya.

“Tak mengapalah Tuan. Dapur ni masih bersepah, biarlah saya kemaskan dulu.” Ujar Aliza sambil tangannya terus ligat mencuci pingggan mangkuk yang menimbun mengisi ruang sinki.

“Tak payah cuci lagi. Saya janji akan tolong Aliza mengemas bila majlis ni selesai nanti” Ujar Luqman tegas. Tangan Aliza yang di penuhi buih-buih sabun itu dicucinya. Tanpa menghiraukan wajah Aliza yang serba salah memandangnya, diheretnya Aliza mengikuti langkahnya menuju ke ruang tamu.

“Aliza makan ye. Aliza yang susah-susah sejak pagi tadi. Aliza kena makan sikit” Ujar Luqman lembut. Tangannya ligat menyenduk nasi beriani ke dalam pinggan.

“Tapi Tuan…Saya seganlah nak makan kat sini. Tak apalah! Nanti kemudian saya makan dekat dapur” Aliza kian serba salah melihat layanan Luqman terhadapnya dan rasa serba salahnya makin ketara tatkala melihat pandangan tajam Maria ke arahnya.

“Janganlah macam tu. Saya sendiri pun belum makan lagi. Aliza temankan saya makan ye!” Luqman memujuk lembut. Kerusi kosong yang terletak bersebelahan Suhana di tariknya memberi ruang buat Aliza.

“Ana, U tak kisahkan Aliza makan sekali dengan kita?” Suhana tersenyum . Kelat! “Apa salahnya Luq. Makin ramai makin meriah” Dia ketawa. Ketawa yang dibuat-buat dan terasa seolah-olah mentertawakan dirinya sendiri.

“Abang Luq! Abang sendukkan nasi untuk Aliza saja. Mar punya mana? Mar pun belum makan lagi tau!” Maria yang tiba-tiba muncul,, menghentak kedua kakinya beberapa kali.

“Alah budak manja ni. Tasha pun tahu sendukkan nasinya sendiri, tak kan Mar yang dah besar panjang ni tak boleh buat”

“Habis tu, tadi abang sendukkan nasi untuk Aliza boleh pulak! Bila Mar minta abang buatkan untuk Mar, banyak saja alasan abang!” Maria mendengus geram. Aliza yang berada di sisi Luqman sekadar menundukkan wajahnya. Dia tidak berani bertentang dengan Maria yang sudah menyinga marah.

“Aliza lain….” Namun kata-kata Luqman terhenti bila Maria tiba-tiba memotong bicaranya. “Apa yang lain? Mar ni sepupu abang tapi dia Cuma orang gaji! Kenapa abang selalu lebihkan dia. Sikit-sikit abang bela dia. Apa pun Aliza yang betul. Apa yang istimewanya dia tu!” Suara kuat Maria mula mengundang mata ke arah mereka.

“Oklah! Oklah! Abang sendukkan!” Luqman akhirnya mengalah. Budak Maria ini memang degil orangnya. Paling pantang jika kehendaknya tidak dituruti.

Aliza segera menghabiskan makanannya. Lama-lama dia di situ sekadar mengundang kemarahan Maria. Dia tidak mahu menjadi punca pertengkaran antara Luqman dan Maria.

“Kakak….” Aliza menoleh perlahan. “kasihan kakak. Selalu kena marah dengan Kak Maria tu.” Aidil bersuara sayu. “Aidil tak kisah kalau kakak nak balik semula ke kampung. Biar hidup susah asalkan kita tak dihina dan dimaki” Dada Aliza kian sebak. Adiknya begitu matang berfikir. Jauh sekali jika hendak di bandingkan dengan usianya.

Tubuh Aidil dipeluknya erat. Kalau tidak kerana Aidil, dia tidak akan sekuat ini. Terasa hangat bahunya tatkala air mata kakaknya mengalir turun. kasihan kakak! Kalau lah dia sudah dewasa, tidak akan dia izin sesiapun menyakiti hati kakaknya.

Malam kian larut . Tetamu pun sudah mula beransur pulang Cuma ada beberapa orang yang sedang berbual kosong di halaman luar. Kakinya sudah terasa kejang. Seharian bekerja tanpa henti begitu memenatkan. Sesekali dia memicit tangannya yang terasa lenguh.

“Sakit ?” Soal Luqman yang muncul bersama beberapa biji pinggan kotor. “Tinggalkan lah kerja tu Aliza. Biar saya yang habiskan. Lagipun esok saya cuti.”

“Dah nak habis dah pun. Biarlah saya buat Tuan. Memang itu tugas saya” Luqman terdiam seketika mendengar kata-kata Aliza. Lain benar bunyinya. Marah kah Aliza kerana sikap Maria sebentar tadi?

“Aliza marahkan saya?” Soalnya perlahan. “Kenapa Tuan cakap macam tu? Saya tak marah pada tuan atau pada sesiapa pun” Balas Aliza lembut. Senyuman yang terukir dibibirnya masih manis biarpun ada riak kepenatan di wajahnya.

“Oh ya! Saya ada sesuatu untuk tuan” Ujar Aliza tiba-tiba. Tangannya menggagau-gagau sesuatu di atas peti sejuk. “Selamat hari jadi. Hadiah tak seberapa dari saya. Ini pun Tasha yang tolong pilihkan” Sehelai tali leher berwarna biru laut dihulurkan kepada Luqman. Warnanya sama seperti pilihan Suhana Cuma yang bezanya ada ada tulisan berwarna keemasan melingkari di atasnya.

“Be With You” Luqman membaca tulisan yang tertera di atasnya. “Cantik! Terima kasih Aliza. Ini adalah antara koleksi yang paling saya sayang” Suhana yang kebetulan menuju ke dapur terhenti langkahnya. Sampai hati Luqman !


bersambung.....
PELANGI CINTA {CHAPTER 8}
T-shirt berwarna kelabu itu disarungkan ke tubuhnya. Melekap kemas di dada sasa miliknya. Awal dia bangun pagi ini. Semata-mata ingin membantu Aliza untuk mengemas rumah yang masih tidak terurus. Itu janjinya semalam. Janji yang dia buat untuk Aliza.

Pintu bilik Natasha dibukanya perlahan-lahan. Permata hatinya masih nyenyak di peraduan. Malam tadi agak lewat dia tidur, pasti dia masih kepenatan. Biarlah dia tidur. Pintu bilik ditutupnya semula. Tidak mahu mengaggu mimpi indah puterinya.

Baru separuh dia menuruni anak tangga, langkahnya tiba-tiba terhenti. Semuanya sudah cantik tersusun. Bantal kecil yang semalamnya bersepah-sepah, sudah berada elok di tempatnya. Kertas tisu yang berteraburan di dada lantai juga sudah tidak ada lagi. Sudah bersih semuanya!

Awalnya Aliza bangun. Atau Aliza tidak tidur semalaman? Dia segera menuju ke dapur mencari kelibat Aliza. Gadis itu sedang sibuk memotong bawang. Jari jemarinya begitu lincah bermain. “Assalamualaikum! Awalnya Aliza bangun. Saya sangkakan, sayalah orang pertama yang bangun hari ni” Tegur Luqman sambil ketawa kecil.

“Waalaikumsalam. Mana ada awalnya tuan. Hari ni saya kesiangan. Lewat sedikit daripada biasa.” Lembut suara Aliza menerjah gegendang telinganya. Gadis ini tidak pernah kenal erti penat agaknya. Riak wajahnya masih seperti biasa. Seolah-olah semalam bagaikan hari-hari biasa untuknya.

“Aliza nak masak apa ni?” Soalnya sambil menolong membasuh sayur sawi yang sudah siap dipotong. “Udang kering ni nak tumbuk ke? Biar saya yang tumbuk” Udang kering yang sudah tersedia berada di dalam lesung batu ditumbuknya. Berdetung detang bunyinya.

Aliza ketawa kecil melihatnya. “Tuan kena alas dengan kain dulu lesung tu. Barulah tak kuat sangat bunyinya. Nanti seluruh taman perumahan ni boleh dengar” Aliza berseloroh. Senyuman di bibirnya kian mekar terukir.

Pertama kali dia merasa terlalu bahagia sejak kematian Nadia. Senyuman dan tawa Aliza bagaikan alunan lagu yang menggetar jiwanya. Asyiknya melihat seyuman Aliza. Asyiknya melihat mata bundar itu bercahaya.

“Sorry lah Aliza. Ni first time saya buat benda-benda ni. Dulu arwah isteri saya memang tak bagi langsung saya menolongnya di dapur. Memang pantang dia kalau orang menganggu masa dia sedang memasak” Udang kering yang sudah lumat ditumbuk, dihulurkan kepada Aliza.

“Tak mengapalah tuan. Sudahlah tu. Saya pun dah nak siap memasak. Cuma buat nasi goreng saja. Pergilah tuan berehat” Luqman sekadar tersengeh. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Tangannya menongkat dagu sambil matanya asyik memerhati Aliza yang sedang sibuk memasak.

Bertuahnya seorang lelaki yang berjaya memiliki Aliza. Cantik, lemah lembut, pandai memasak dan segala-galanya ada padanya. Rasanya, tidak terlihat kekurangan pun pada gadis ini cuma mungkin dia tidak sebijak Suhana atau Maria.

Tritt! Tritt! Bunyi telefon bimbit tiba-tiba mematikan lamunannya. Kelam kabut dia mengeluarkan telefon dari dalam kocek seluarnya.

“Hello Luq! Akulah ni, Hairi!” Suara Hairi jelas kedengaran di hujung talian. “Kau rupanya! Apahal ni? Pagi-pagi dah kacau aku”

Pecah berderai tawa Hairi di hujung talian. “Ye lah tu! Sejak ada pembantu cantik ni, memangnya tak boleh nak kacau kau kan? “ Seloroh Hairi disambut dengan gelak tawa Luqman. Kawannya yang seorang ini memang suka mengusik. Ada saja yang hendak dijadikan bahan usikkannya.

“Kau jangan lupa pulak malam ni. Ulang tahun perkahwinan aku yang pertama kat Hotel Hilton. Pukul 9 malam.”

“Oh ya lah! Nasib baik kau call aku, kalau tidak mesti aku tak datang!” Luqman menepuk dahinya beberapa kali. “Kau ni Luq, belum tua dah lupa. Aku dah call Suhana, dia pun nak datang. Katanya nak pergi dengan kau”

Luqman mengerutkan keningnya. Pergi dengan aku? “Suhana nak pergi dengan aku ke? Tapi aku nak bawa Aliza. Tasha dengan Aidil pun aku nak bawa sekali”

“Manalah aku tahu! Dia yang cakap macam tu. Alah kau call sajalah cakap kau nak bawa Aliza. Kalau dia nak ikut, biarlah dia ikut. Kalau tak nak, tahulah dia tu nak datang sendiri” Luqman menarik nafasnya dalam-dalam. Bagaimana hendak memberitahu Suhana tentang ini ?

“Tuan nak makan? Nasi goreng dah masak.” Suara Aliza mematikan resahnya. “Boleh juga. Errrrrr…….Malam ni ada majlis ulang tahun perkahwinan kawan saya. Saya nak bawa Aliza sekali. Boleh ?” Aliza terdiam. Belum pernah seumur hidupnya pergi ke majlis-majlis besar ni. Mana mungkin dia pergi.

“Kalau saya pergi, macam mana dengan Aidil dan Tasha. Rasanya tak perlulah Tuan bawa saya. Saya tak sesuai untuk ke majlis-majlis macam tu.” Ujarnya perlahan. “Tasha dan Aidil pun ikut sekali. Siapa kata tak sesuai? Semua orang pun boleh pergi. Lagipun, sejak Aliza kat sini, belum pernah saya bawa Aliza dan Aidil keluar.” Balas Luqman mengharap

Aliza menggigit bibirnya serba salah. Dia memang tidak ingin pergi. Takut jika dia dan Aidil sekadar mengundang malu buat Luqman. Orang kampung sepertinya tidak pandai menyesuaikan dengan majlis seperti itu.

“Tapi….Saya….tak ada baju nak pergi majlis tu. Tak payahlah tuan. Biarlah saya dekat rumah saja. Tuan bawalah Tasha dengan Aidil” Balasnya masih menolak.

“Pasal tu Aliza jangan risau. Lepas sarapan nanti kita semua pergi shopping. Pilihlah baju apa yang Aliza suka. Asalkan Aliza ikut saya. Please…” Luqman mula merayu. Terdiam Aliza. Serba salah dia dibuatnya. Dah puas dia menolak tetapi lelaki ini ternyata tidak mahu mengalah.


Suhana menghempas telefonnya ke lantai. Kenapa dengan Luqman ni? Orang gajinya itu pun hendak dibawa? Dah gila agaknya! Dia menghenyak tubuhnya di atas katil. Berkeriut-keriut bunyinya tatkala tubuhnya dihempaskan.

Apa kurangnya dia? Kenapa Luqman selalu tidak menghiraukan hatinya. Sudah 4 tahun dia mengenali Luqman. Sewaktu arwah Nadia masih ada dan sejak itu juga dia menyimpan rasa cintanya terhadap Luqman. Sangkanya bila Nadia sudah tiada, peluangnya agak cerah tetapi ternyata makin sempit jalannya.

Air mata yang sudah mengalir di pipinya dikesat kasar. Dia mendengus marah. Kalaulah Aliza berada di depan matanya, memang sudah lama kena penangannya. Mengapalah dia hadir?

Dia bingkas bangun. Membuka almari bajunya. Dia mesti pergi. Dia tidak akan kalah pada Aliza begitu juga pada Maria. Dia akan bergaya malam ini. Biar semua mata memandangnya. Biar mengundang cemburu di hati Luqman bila dia kerumuni ramai lelaki. Masa itu barulah dia tahu?



“Mana kak Aliza?” Soal Luqman bila kelibat Aliza masih tidak kelihatan. Aidil dan Natasha sudah cantik berpakaian. Natasha comel dalam gownnya yang berwarna merah jambu. Aidil juga segak dengan kemeja dan seluar slack berwarna hitam. Sesekali bergaya memang hebat kelihatan.

“Kejap lagilah papa. Tadi Tasha tengok Kak Liza tengah pakai tudung” Anak comel ini sibuk membetulkan bajunya. Kalau pasal bergaya, serah sahaja pada dia. Mata Luqman bagaikan terpaku memandang. Cantiknya Aliza dengan kebaya labuh berwarna coklat cair. Hiasan kerawang berwarna kuning keemasan itu berkelip-kelip di sinari lampu. Aduh! Cantiknya! Takut pula dia hendak membawa bersama. Bimbang jika Aliza di curi orang!

Sepanjang perjalanan, suara Natasha paling riuh bercakap. Gembira betul dia. Memang sudah lama papa tidak membawanya keluar. “Kita ni macam satu keluargakan papa? Ini papa dan ini mama!” Ujar Natasha girang sambil menepuk bahu Aliza sewaktu menyebut perkataan “mama”.

Pecah ketawa Luqman mendengarnya. Anak kecil ini memang rindukan kasih sayang seorang mama. Dan Aliza di sisinya tersipu malu.


bersambung....
PELANGI CINTA {CHAPTER 9}
Alunan muzik merdu beralun. Mengasyikkan! Suasana di sekitar ruang dewan riuh rendah dengan gelak tawa. Sedikit pun muzik itu tidak menganggu keseronokkan para hadirin yang sibuk bersembang.

Luqman terlopong! Matanya bagaikan terpaku! Suhana kah itu? Mana tudung yang selalu menutupi kepalanya ? Mana kebaya pendek atau baju kurung yang sering membaluti tubuhnya ? Itu bukan Suhana yang dia kenal. Skirt nya pendek hingga ke peha. Mendedahkan sebahagian tubuh gebu milik gadis itu. Lenggangnya juga berbeza dari biasa. Menggoda!

Suhana tersenyum gembira. Bangga bila tiap langkahnya diekori oleh mata galak sang lelaki. Dan rasa bangganya kian memuncak tatkala melihat Luqman yang ternganga memandangnya. Baru dia tahu!

“Papa! Papa!” Panggilan Natasha tidak bersahut. Dia masih terpaku di situ. “Papa! Papa!” Jerit anak kecil itu sekali lagi. “Alamak! Sorry sayang. Papa tak dengarlah” Luqman menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “Papa pandang apa? Tasha panggil pun tak dengar. Jomlah kita makan! Tasha dah lapar ni!” Natasha mula merengek. Lengan Luqman digoncangnya beberapa kali.

“Ok! Ok! Jom kita makan. Aliza, Aidil marilah kita pergi ambil makanan” Mereka bertiga menuruti langkah Luqman menuju ke tempat hidangan di sediakan. Banyaknya makanan yang di sediakan. Rambang mata hendak memilih.

“Apa yang menung lagi tu? Ambillah apa saja yang Aliza nak makan” Ujar Luqman tatkala melihat Aliza sekadar memandang hidangan yang disediakan. “Muzik ni romantik kan? Sudi tak Aliza menari dengan saya?” Aliza yang baru menyua nasi ke mulutnya terhenti. Berkerut-kerut keningnya memandang Luqman. â€Tuan ni merepek saja!” Aliza ketawa kecil.

“Betul ni! Saya serius, bukannya main-main” Wajah Aliza direnungnya tanpa berkelip. “Errr….Saya tak pandailah. Lagipun saya tak sesuai kalau nak menari”

“Tak nak ajak I ke?” Ujar Suhana yang tiba-tiba muncul di belakang mereka. Tanpa menanti jawapan dari mulut Luqman, tubuh lelaki itu ditariknya ke tengah dewan. Luqman dipeluknya erat!

“Tasha tak sukalah dengan kakak tu!” Natasha tiba-tiba bersuara. Wajahnya masam merenung papanya yang sedang menari. “Ish! Tak baik Tasha cakap macam tu tau!”

“Memang Tasha tak suka pun! Papa tak cakap pun nak menari dengan dia, Kenapa tiba-tiba terus tarik papa. Papa selalu pesan dengan Tasha, papa cakap tak baik paksa-paksa orang kalau orang tak suka” Marah betul anak comel itu. Aliza terdiam. Perlahan-lahan matanya memandang Luqman dan Suhana yang asyik bergerak mengikut alunan lagu. Tatkala matanya bertemu pandang dengan Luqman, cepat-cepat dia melarikan matanya. Entahlah! Mengapa ada resah yang timbul di hatinya. Cemburu kah?

“Apa kena dengan U ni Ana?” Soal Luqman sambil berusaha melepaskan pelukkan kejap Suhana. Gadis itu tidak bercakap walau sepatah. Dia terus memeluk Luqman. Erat! Membenamkan wajahnya ke dada Luqman. Saat yang dia impikan sejak dulu!

“Dah makan? Jomlah kita duduk dekat luar. Kakak tak selesalah duduk dalam ni. Ramai sangat orang. Lemas kakak di buatnya.” Ujar Aliza lalu bingkas bangun. “Jomlah kak! Aidil pun tak biasa duduk lama-lama kat sini” Aidil seraya bangun mengikuti tingkah Aliza. “Jomlah Tasha! Kita tunggu papa Tasha kat luar ye!” Pujuk Aliza lembut bila melihat Natasha yang agak keberatan mengikutnya. Mata Natasha masih memandang papanya. Teruklah papa ni!

Aliza menarik nafasnya dalam-dalam. Matanya asyik memerhati manusia yang sentiasa lalu lalang di hadapannya. Tangan Aidil dan Natasha digenggamnya erat. “Hai !” Seorang pemuda tiba-tiba menghampiri mereka bertiga.

Aliza tersentak. Aidil dan Natasha ditarik rapat ke tubuhnya. Bimbang jika pemuda itu berniat tidak baik terhadap mereka bertiga. “Nama saya Adam. Dah lama saya perhatikan cik…….” Dia terhenti bercakap menanti Aliza memperkenalkan namanya. “Aliza. Nama saya Aliza”

“Oh…Cik Aliza. Cantik nama. Macam orangnya juga” Adam ketawa kecil. Memang sudah lama diperhatikan Aliza. Gadis cantik yang sentiasa mengekori setiap langkah Luqman. Siapa tidak kenal Luqman. Dan kerana Luqman jugalah dia gagal memilik Nadia!

“Aliza ni….isteri baru Luqman ke?” Soalnya ingin tahu. Setahunya tiada khabar pun yang dia dengar tentang Luqman yang sudah beristeri baru. “Oh! Sebenarnya saya ni…..”

“Ha ah! Aliza ni isteri aku !” Luqman yang sudah berada di belakang mereka tiba-tiba memeluk erat pinggang Aliza. Aliza tergamam! “Eh? Papa kak………..” Kata-kata Natasha terhenti apabila Luqman menarik kuat tocang rambutnya. “Apa papa ni! Sakit lah!” Anak kecil itu menjerit geram. Digosok-gosok kepalanya yang terasa perit.

“Bila masa kau kahwin? Senyap-senyap saja. Tak kan tak buat majlis agaknya?” Adam tersengeh mengejek. Dia sebenarnya merasa sangsi mendengar pengakuan Luqman sebentar tadi.

“Dah hampir sebulan aku kahwin. Aku ni duda bukannya anak teruna lagi yang sesuai nak buat majlis kenduri besar-besaran macam Hairi. Yang kau ni pun satu. Pantang jumpa dahi lincin saja nak mengorat. Sampai isteri aku pun kau nak kacau!” Keras suara Luqman kedengaran.

Memang sejak di kuliah lagi mereka berdua sentiasa bermusuhan. Dia sendiri pun hairan. Mengapa apa sahaja yang dia hendak, Adam pun inginkan juga. Dan puas juga dia hendak merebut cinta Nadia gara-gara Adam.

Adam sekadar ketawa mengejek lalu beransur pergi. “Papa ni apalah! Papa selalu ingatkan Tasha supaya jangan berbohong tapi papa sendiri pun cakap bohong!” Bibirnya diketap menahan geram . Cakap tak serupa bikin! “Shhhhh…. Kalau papa tak cakap macam tu, nanti Kak Liza kena kacau orang” Luqman berbisik perlahan di telinga anaknya.

Aliza yang masih tergamam, terdiam tanpa kata. Isteri Luqman? Biar betul lelaki ni. Mengapa tiba-tiba menipu pula?

“Aliza marah ?” Soal Luqman lembut. Aliza tersenyum. Menundukkan wajahnya tersipu malu. “Muka kak Liza dah merahlah papa!. Kak Liza suka agaknya?” Kata-kata petah Natasha mengundang tawa Luqman dan Aliza. Keempat-empat mereka tertawa bahagia tanpa menyedari sepasang mata yang merenung marah.

“Luq!” Suhana tiba-tiba menerpa ke arah Luqman. “Kenapa ni Ana?” Luqman terkejut apabila melihat Suhana yang sudah melorot ke kakinya. Bau kuat minuman keras begitu menusuk hidungnya. Kenapa dengan Suhana ni?

“I cintakan U Luq. Dari dulu lagi. Kenapa U tak hirau kan I” Suhana mula merintih. Tangisannya mula kedengaran. Dan makin lama kian kuat bunyinya. Dia terus menangis tanpa menghiraukan dirinya yang mula menjadi perhatian. Biarlah!

“Ana, U dah mabuk ni.” Luqman mula serba salah. Tubuh lembik Suhana digoncangnya beberapa kali. “Tuan….Lebih baik kita hantar dia balik” Ujar Aliza yang mula kasihan melihat keadaan Suhana. Sejak pertama kali dia mengenali Suhana, dia tahu gadis itu menyimpan perasaan terhadap Luqman.

“Kau diam!” Jerkah Suhana kuat sambil menundingkan jarinya ke arah Aliza. “Sebab kaulah Luqman tak menerima cinta aku! Sebab kaulah Luqman tak pernah menghiraukan perasaan aku. Perempuan tak guna! Betina sundal !!!” Sebuah penampar singgah di pipi Suhana.

Terdiam gadis itu seketika. Perit! Sakit! Namun lebih sakit di hatinya. Sampai hati Luqman……….

Darah merah mula kelihatan mengalir di bibirnya. Kuat tamparan Luqman yang hinggap di pipinya. Matanya mula berpinar dan perlahan-lahan segala-galanya menjadi gelap

bersambung....
PELANGI CINTA {CHAPTER 10}
Suhana membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya masih terasa sakit. Dipandang ke kiri dan kanan. Asing benar tempat ini. Dia pasti bukan berada di dalam rumahnya.

“Cik Suhana dah bangun?” Suara lembut Aliza menyapa paginya. Dia rasa ingin marah, ingin memaki hamun lagi gadis itu namun lidahnya kelu tatkala memandang wajah lembut Aliza yang masih di dalam telekung sembahyangnya. Bersih!

Dia terkedu! Entah apa yang merasuknya semalam. Entah syaitan mana yang menghasutnya semalam, sehinggakan tubuh yang menjadi hak peribadinya, ditonton di khalyak ramai. Dan air syaitan yang belum pernah seumur hidup diteguk, telah mengalir bersama darah di dalam tubuhnya. Ya Allah! Memohon Ampun dari-Mu!

Air matanya mula mengalir. Seperti budak kecil, dia tersedu di situ. Aliza kaget memandang. Dia ada tersalah cakap? “Cik Suhana masih sakit ke?” Soalnya serba salah. Dia dapat rasakan begitu kuat tamparan Luqman terhadap Suhana semalam. Tidak pernah dia melihat Luqman sebegitu marah. Hampir-hampir juga Suhana bakal menerima penampar untuk kali kedua, mujur juga orang ramai yang berada di situ sempat menenangkan Luqman.

Suhana sekadar menggelengkan kepalanya. Dia malu! Malu pada Luqman dan lebih malu pada Aliza! “Cik Suhana berehatlah dahulu. Biar saya siapkan sarapan. Nanti saya kejutkan Cik Suhana .” Aliza memujuk lembut. Berhati-hati dia membaringkan tubuh Suhana di atas katil. Selimut berwarna biru muda itu di tarik hingga ke pinggang Suhana. Masih kelihatan air mata yang bergenang biar pun gadis itu sudah memejamkan matanya.Aliza melepaskan keluhan, perlahan!

Diakah yang menjadi punca segala-galanya? Suhana berkelakuan begitu kerana dia. Maria dan Luqman sering bertingkah lidah pun kerana dia. Apa yang dia telah lakukan? “Aduh!” Aliza merintih perlahan tatkala percikkan minyak di kuali mengenainya. Itulah! Jauh sangat fikirannya menerawang.

“Aliza…..” Aliza yang sedang leka memotong tauhu goreng terhenti. Ditoleh memandang Luqman yang sudah berada di belakangnya. Wajah sugul Luqman amat menyesakkan dadanya. “Ana dah bangun?” Soal Luqman pendek. “Dah tuan . Tapi saya suruh dia berehat semula.” Luqman sekadar menganggukkan kepalanya tatkala mendengar penjelasan Aliza. “Nanti bawakan sarapan ke dalam bilik. Saya nak jenguk Suhana.” Dia terus berlalu tanpa menanti jawapan dari Aliza.

Aliza terdiam. Kenapa dingin sikap Luqman terhadapnya ? Memang benarkah dia yang menjadi punca atas segala-galanya ? Dia kembali menyambung tugasnya. Entah mengapa, seperti terasa jauh hati dengan sikap Luqman sebentar tadi. Tapi siapalah dia untuk mempunyai perasaan seperti itu!

“Maafkan I Luq!” Suhana mula tersedu. Dia menekup muka dengan kedua belah

Bookmark and Share

    


  Member Information For skaterProfil   Hantar PM kepada skater   Pergi ke skater's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 20-02-07 00:41


wa....makin menarik!cpat2 r sambung ye

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

darkeye_mania
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2006
Ahli No: 27963
Posting: 157

blank   avatar


posticon Posting pada: 20-02-07 07:07


alaaaa...ni yang tension baca benda sambung2 ni.. nak kena tunggu pulak....

Bookmark and Share

    


  Member Information For darkeye_maniaProfil   Hantar PM kepada darkeye_mania   Quote dan BalasQuote

bee_hasanah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.12.2006
Ahli No: 27885
Posting: 67
Dari: Butterworth

PulauPinang  


posticon Posting pada: 20-02-07 08:40


best..best..

cepat r sambung ye..

geram betul kat perempuan 2 ekor tu....

en.skater teruska usaha...

cayo cayo

Bookmark and Share

    


  Member Information For bee_hasanahProfil   Hantar PM kepada bee_hasanah   Quote dan BalasQuote

skater
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2004
Ahli No: 8611
Posting: 542
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-02-07 15:14


Sambungan Cerita... Pelangi Cinta
Perlahan-lahan air mata Suhana disekanya. Membelai rambut gadis itu lembut! Suhana kian terharu dengan perlakuan Luqman. Tubuh Luqman dipeluknya erat. Dan dia terus menangis. Terasa hangat dada Luqman tatkala air mata gadis itu membasahinya.

Aliza yang sudah berada di muka pintu terhenti langkahnya tatkala melihat adengan itu. Dia kaku di situ. “Kak Liza!” Jeritan kuat Natasha mengejutkan Luqman dan Suhana. Luqman segera mengalihkan pandangannya ke muka pintu. Dan tatkala pandangannya bersatu dengan Aliza, dia terkedu! “Kenapa dia tiba-tiba berada di situ?” Luqman berbisik perlahan di dalam hati. Pelukkan Suhana segera dia leraikan

“Kenapa kak Liza tak masuk?” Anak comel yang tidak mengetahui apa-apa itu petah bertanya. Hairan juga dia melihat tingkah Aliza yang tercegat di muka pintu sejak tadi. Aliza ketawa. Pura-pura ketawa biarpun di dalam hati bagaikan menangis. “Kakak nak masuklah ni” Aliza melangkah sambil membawa sarapan untuk Suhana. “Ini sarapan untuk Cik Suhana. Makanlah! Nanti Cik Suhana tak ada tenaga kalau tak makan” Aliza bersuara lembut cuba menyembunyikan gejolak di hatinya.

“Terima kasih Aliza. Err….Saya nak minta maaf atas perlakuan saya semalam” Suhana menundukkan wajahnya. rasa segan untuk bertentang mata dengan Aliza. “Perkara tu dah lepas. Tak payahlah kita nak ungkit-ungkitkan lagi. Lagipun saya dan Tuan Luqman tak ada apa-apa hubungan, sekadar pekerja dengan majikan” Luqman yang sedang menyuap Suhana terhenti! Lain benar bunyinya bicara gadis itu.

“Jom Tasha kita ke dapur. Kakak dah masak mee goreng. Kita makan sama-sama ye” Tangan Natasha di heretnya ke muka pintu. Tidak perlulah dia berada di situ lama-lama, jika sekadar untuk mendera perasaannya.

Air matanya sudah bergenang di kelopak mata namun cepat-cepat disekanya. Kenapalah dia terasa jauh hati dengan perlakuan Luqman? Kerana rasa cintakah perasaan itu hadir? “Kak Liza Kenapa ni?” Soal Natasha yang hairan melihat tingkah Aliza yang sekadar merenung hidangan di depannya. “Kakak marah papa ye?” Soalan Natasha yang tiba-tiba timbul itu mengejutkannya. “Ish ! Kenapa pula kakak nak marah papa Tasha.” Anak kecil ini macam tahu-tahu saja apa yang bermain di dalam hatinya.

“Aliza marah saya?” Luqman yang tiba-tiba muncul mengejutkannya. Aliza tersenyum. Pahit! “Kenapa ni? Kenapa Tuan dengan Tasha fikir saya marahkan Tuan? Saya tak marah sesiapa pun. Kepala saya ni yang asyik berdenyut-denyut, sebab tulah saya macam ni” Harap-harap alasannya munasabah untuk mereka terima.

“Tasha dah sudah makan? Tasha pergi main dengan abang Aidil kat luar ye! Papa nak sembang-sembang dengan Kak Aliza” Luqman bersuara lembut sambil membelai rambut Natasha. Anak comel itu segera berlari keluar mencari Aidil. Hari ini abang Aidil nak buatkan rumah kotak untuknya. Abang Aidil dah berjanji semalam!

“Aliza…… Saya dan Ana…..” Kata-katanya terhenti apabila Aliza cepat-cepat memintas bicaranya. “Tuan nak kahwin ke? Eloklah tu! Cik Suhana tu memang dah lama sukakan Tuan. Dia memang padan dan sesuai untuk Tuan, Tahniah!” Aliza segera berlalu menuju ke sinki. Air matanya bagaikan mahu gugur!

Luqman terdiam! Entah mengapa, susah benar untuk dia meluahkan segalanya pada Aliza. Dia ingin menyambung kembali bicaranya namun hasratnya itu dibatalkan sahaja. Perlahan-lahan dia bangun meninggalkan ruang dapur tanpa menjamah hidangan yang Aliza sediakan. Dan Aliza kian parah! Air matanya gugur jua!


bersambung....
PELANGI CINTA {CHAPTER 11}
“Good morning En. Luqman!” Dewi menyapa tatkala Luqman melangkah masuk. Gadis berketurunan india itu tersenyum ramah. Dia yang memang fasih berbahasa melayu itu memang suka bercakap. Ada-ada sahaja perkara yang hendak di sampaikannya

“Good morning Dewi! Mana Suhana? Belum masuk lagi?” Mata Luqman melilau mencari kelibat Suhana. Selalunya dialah orang pertama yang akan berada di pejabat. “Oh ya! Baru saya teringat! Cik Suhana dah pergi ke Melaka dengan Daud. Pasal projek En. Luqman tempoh hari. Dengar kata ada sedikit masalah kat sana. Cik Suhana kata, perkara ni biar dia yang settle.”

Luqman terdiam. Sejak akhir-akhir ini, Suhana sengaja mengelak dari berjumpa dengannya. Ada sahaja alasan untuk dia tidak berada di pejabat. Biasanya, gadis itu lebih senang dengan tugas-tugasnya mengadap komputer.

Luqman mengeluh perlahan. Perasaan bersalah masih bersarang di lubuk hatinya. Trittt! Trittt! Trittt! Telefon bimbitnya nyaring berbunyi. Pak Ngah! Sudah dapat mengagak tatkala nombor itu tertera di skrin telefonnya.“Assalamualaikum Pak Ngah! Apa khabar?”

“Waalaikumsalam Luqman! Kurang sihat sikit sejak akhir-akhir ni” Terdengar bunyi batuk di akhir percakapannya. Memang Pak Ngahnya nampak tidak bermaya sejak kebelakangan ini. Usianya yang kian meningkat menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi kesihatannya. Sementelah lagi dengan keadaannya yang terlalu bekerja kuat. Sudah sampai masanya lelaki tua itu berehat menghabiskan sisa-sisa hari tuanya.

“Ada orang datang meminang Maria kelmarin. Kawan Pak Ngah!” Haji Bakri kembali menyambung bicara tatkala batuknya kian reda. “Eloklah tu Pak Ngah. Maria pun dah besar panjang” Luqman menguntum senyum. Lega hatinya mendengar perkhabaran yang baru dia terima

“Tapi dia menolak. Mati-mati pun dia tak nak terima pinangan tu” Luqman terdiam. Dia menelan air liur beberapa kali. Apahal pula? “Dan sekarang ni, dia buat mogok tak nak makan pulak! Puas dah Mak Ngah kamu memujuk tapi sikap keras kepala dia tu memang payah!” Suara serak Haji Bakri kedengaran agak perlahan. “Luqman!”

“Ya Pak Ngah! Luqman masih ada ni. Hemm… Mungkin dia suka kat orang lain tak? Atau dia ada masalah agaknya?” Luqman mula membuat andaiannya. “Pak Ngah tahu dia suka kat orang lain cuma Pak Ngah tak pasti orang tu suka tak dengan Maria” Haji Bakri menarik nafasnya dalam-dalam. Anak daranya yang seorang ini memang sentiasa menimbulkan masalah.

Luqman terdiam lagi. Sudah dapat mengagak siapa yang di maksudkan oleh Pak Ngahnya. Dialah!

“Pak Ngah tahu, Maria selalu datang ke rumah Luqman. Dan Pak Ngah perasan dah lama Maria sukakan Luqman cuma Pak Ngah lihat sekarang ni, dia macam tak gembira saja. Hari tu, dia ada sebut nama seorang perempuan. Kalau Pak Ngah tak silap dengar nama yang dia sebut tu Aliza tak pun Liza. Lebih kurang lah tu. Katanya perempuan tu asyik sakitkan hati dia”

Luqman kembali menelan air liur. Kenapalah Aliza pun dia babitkan sekali? “Siapa budak tu Luqman?” Soal Haji Bakri ingin tahu. “Siapa Pak Ngah?” Dia sengaja berpura tidak tahu. Kurang senang kalau Aliza pun di babitkan sama dalam masalahnya. “Siapa lagi? Budak perempuan yang Maria cakapkan tu lah! Memang kamu suka budak tu ke? Pak Ngah tak kisah Luqman, dan Pak Ngah tak suka nak memaksa ni. Kalau betul kamu tak ada perasaan pada Maria, cubalah berterus terang dengan dia. Bukannya apa, Pak Ngah dengan Mak Ngah kamu ni, dah tak larat nak melayan kerenah dia tu” Haji Bakri mula terbatuk-batuk kembali. Sakit benar terkaknya setiap kali dia terbatuk.

********************
Aliza terkocoh-kocoh keluar dari dapur tatkala terdengar loceng di pintu pagar berbunyi bertalu-talu. Tangannya yang masih basah dilap pada bajunya. “Mak Munah!” Aliza terjerit kecil tatkala melihat kelibat Mak Munah di hadapannya. Dan, ada seorang jejaka berkulit hitam manis menguntum senyum memandangnya.

“Mak Munah apa khabar? Rindunya Liza pada Mak Munah” Tubuh Mak Munah yang gempal itu dipeluknya beberapa kali. Dan jejaka yang berdiri di sisi Mak Munah terus tersenyum memandangnya.

“Mana Tasha dengan Aidil? Rindu betul Mak Munah dengan budak berdua tu. Kadang-kadang sampai termimpi-mimpi di buatnya” Mak Munah mula bertanya sebaik kakinya mula melangkah masuk.

“Kejap ye Mak Munah. Liza pergi panggil mereka. Sekarangkan musim cuti sekolah. Asyik bermain saja lah kerja budak berdua tu.” Ujar Aliza. Dia mula menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas.

Sebentar kemudian mula kedengaran jerit pekik suara Natasha. Mak Munah tersenyum. Anak comel itu masih seperti dulu! “Nenek!” Natasha melompat kegembiraan. Tubuh Mak Munah dipeluknya dengan erat. “Nenek ada rindu Tasha tak?” Mulut petah itu mula bertanya. “Tentulah nenek rindu kat cucu nenek yang comel ni” Ketawa Mak Munah mula kedengaran. Pipi tembam Natasha dicubitnya beberapa kali.

“Apa khabar Mak Munah?” Aidil menghulurkan tangannya. Mak Munah menguntum senyum. Aidil, sama seperti kakaknya. Berbudi bahasa!

“Macam mana dengan kerja Liza kat sini ? Boleh tahan ke dengan semua kerja kat sini?” Soalnya apabila Aliza kembali dengan dulang berisi air. Natasha dan Aidil sudah kembali bermain. Sesekali terdengar suara Natasha yang mengekek ketawa.

“Alhamdulillah Mak Munah, tak ada banyak masalah kerja kat sini. Tasha tu, tak susah sangat nak jaga” Aliza tersenyum. Cantik! Lelaki itu makin lebar tersenyum.

“Lupa pula Mak Munah nak kenalkan. Ini anak bongsu Mak Munah, Nazrin. Dia bekerja sebagai jurutera komputer kat KL ni” Lelaki bernama Nazrin itu menghulurkan tangannya kepada Aliza. Memang segak jejaka itu biarpun berkulit hitam manis.

“Mak saya ni, selalu sangat bercerita pasal Aliza. Semua yang baik-baik dia cerita. Teringin juga saya nak kenal siapa Aliza ni” Nazrin mula mebuka bicaranya. Memang betul kata ibunya, Aliza memang cantik. Terlalu cantik!

“Saya ni biasa saja. Mak Munah tu saja yang lebih-lebihkan” Aliza mula tersipu malu. Dan senyuman yang tidak lekang di bibirnya kian melekat di hati Nazrin!

“Mak Munah datang ni berhajat sebenarnya” Aliza terdiam seketika. Berhajat? Lain benar bunyinya? “Ish Mak Munah ni! Apa pula yang berhajat-hajat ni” Dadanya mula di landa debar. Dia seolah-olah tahu apa yang bakal diperkatakan oleh Mak Munah.

“Si Nazrin ni suruh Mak Munah carikan bakal isteri untuknya. Mak Munah dah tak fikirkan sesiapa lagi, Mak Munah cuma terfikirkan Aliza. Besar hati Mak Munah kalau Aliza sudi terima hajat Mak Munah ni. Kalau Aliza setuju, nanti Mak Munah akan hantarkan rombongan meminang” Tutur Mak Munah lembut. Nazrin yang duduk di sebelahnya terus tersenyum. Memang! Sejak melihat Aliza , susah betul bibirnya untuk berhenti tersenyum. Gadis itu benar-benar menawan hatinya.

Lidah Aliza kelu seribu bahasa. Hendak meminang dia? Tapi macam mana dengan Aidil dan Tasha? Dan yang paling pentingnya, bagaimana dengan Luqman? Aliza mengetap bibirnya beberapa kali. Serba salah dia di buatnya. Hendak di tolak…., Mak Munah terlalu banyak menolongnya. Hendak di terima….. dia sudah menyukai Luqman. Tapi….bagaimana pula dengan Luqman?

Aliza resah memikirkannya. Selepas Mak Munah beransur siang tadi, dia asyik memikirkan hajat yang di bawa oleh wanita tua itu. Lemas dadanya kala itu. Aliza tersentak! Bunyi dentuman pintu menganggu lamunannya.

Luqman menghenyak tubuhnya di atas sofa. Butang baju kemejanya sudah separuh dibuka. Tali leher yang sudah dilonggarkan masih melingkar di lehernya. Dia melepaskan nafasnya. Kuat!. Seketika, jari jemarinya mula memicit-micit kepalanya yang tiba-tiba terasa sakit. Semua itu kian menyesakkan dadanya.

Letih bersandar, Luqman berbaring pula di atas sofa. rasa malas hendak masuk ke biliknya. Dia cuba memejamkan matanya. Cuba menghilangkan segala sesak yang melanda jiwanya. Dan tanpa dia menyedari Aliza yang sudah berada di hadapannya.


-----------------

[ Telah diedit oleh: skater pada 22-02-07 15:18 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For skaterProfil   Hantar PM kepada skater   Pergi ke skater's Website   Quote dan BalasQuote

skater
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2004
Ahli No: 8611
Posting: 542
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-02-07 15:15


Aliza menarik nafasnya dalam-dalam. Dari tadi dia asyik memerhati tingkah Luqman. Dia serba salah hendak memberitahu tentang kedatangan Mak Munah siang tadi tatkala melihat reaksi Luqman yang tidak bermaya. Wajah Luqman yang sudah terpejam itu direnungnya lama-lama. Dan Aliza betul-betul terkejut bila Luqman tiba-tiba membuka matanya. Dia yang menyangka Luqman telah tidur, cepat-cepat ingin berlalu pergi. Namun langkahnya terhenti tatkala lengannya sudah erat digenggam oleh lelaki itu.

“Aliza…..” Luqman bersuara perlahan. Hampir tidak kedengaran bunyinya. Tubuh Aliza ditarik duduk rapat ke sisinya.


bersambung....
PELANGI CINTA {CHAPTER 12}
Aliza kaget. Dia betul-betul tergamam dengan tindakan spontan Luqman. Seram sejuk terasa di seluruh tubuhnya tatkala tangan sasa milik Luqman membelai lembut pipi dan bibirnya. “Saya dah lama sukakan Aliza……….”

“Abang Luqman!” Kedua mereka serentak berpaling ke muka pintu. Maria yang sudah tercegat di situ memandang dengan wajah yang membara. “Abang jahat! Dah lama Mar tunggu perasaan cinta dari abang, tapi…….. perempuan kampung ni yang dapat!” Maria menjerit geram.

Bungkusan plastik yang berada di dalam genggaman tangannya di campak ke arah Aliza. Dan Aliza yang cuba mengelak dari terkena balingan Maria, terjatuh. Terjatuh di dalam pelukkan Luqman! “Eeeeeeeeee!!!!!!!!!” Maria makin sakit hati melihatnya. Kakinya dihentak ke lantai beberapa kali sebelum keluar menghempas daun pintu dengan kuat.

Aliza dan Luqman berpandangan seketika sebelum Luqman meluru keluar untuk mendapatkan Maria. “Mar! Tunggu dulu!” Luqman cuba menahan Maria dari pergi namun kereta Honda berwarna biru itu sudah meluncur laju. Dada Luqman berombak kuat. Bimbang jika sesuatu yang tidak elok berlaku terhadap Maria. Bukannya dia tidak tahu dengan perangai sepupunya itu.

Aliza masih terduduk di atas lantai. Masih lagi di situ! Tidak bergerak! Tergamam dengan perlakuan Luqman dan Maria, dia bagaikan patung yang tidak bernyawa. “Aliza…” Luqman yang baru masuk, mengusap lembut bahunya. “Sakit ke?” Dia menyambung bicaranya tatkala melihat Aliza yang masih membisu.

Aliza sekadar menggelengkan kepalanya. Namun tatkala tangannya cuba digerakkan, dia mengaduh kesakitan. Mujur juga dia sempat mengelak, jika tidak mungkin kepalanya yang bakal menjadi mangsa. Luqman yang baru hendak berlalu, segera mendapatkan Aliza. Perlahan-lahan lengan baju Aliza di selaknya. “Lebam…” Bisiknya di dalam hati. Tak sangka, kuat juga balingan Maria tadi!

“Nanti saya ambil tuala dan air panas. Lebam kat tangan Aliza ni kena dituam, kalau tak nanti makin membengkak” Ujar Luqman sambil mengelus lembut rambut Aliza. “Tuan!” Luqman yang baru melangkah, terhenti! “Tak payahlah. Biarlah saya yang buat sendiri” Ujar Aliza sambil berusaha untuk bangun. Menyeringai dia kesakitan tatkala tangannya digunakan untuk menampung tubuhnya ketika dia cuba untuk bangun.

“Aliza……” Tangan Aliza digenggamnya lagi. “Saya tak bergurau tentang apa yang saya cakapkan tadi. Saya betul-betul serius.” Dia merenung wajah Aliza dalam-dalam. Gadis itu hanya menundukkan wajahnya. Bukannya dia tidak suka, malah di dalam hatinya sudah melonjak keriangan tetapi….

Trittttt! Trittttt! Luqman kelam kabut mengeluarkan telefon dari kocek seluarnya. “Abang Luq…….” Terdengar esak tangis Maria di hujung talian. “Kalau abang tak datang jumpa Mar dalam masa setengah jam dari sekarang, Mar akan bunuh diri! Mar dah tak kisah lagi. Jika Mar tak dapat memiliki abang, lebih baik Mar mati!” Esak tangis Maria makin jelas kedengaran. Luqman mengucap panjang. Tangan Aliza yang masih di dalam genggamannya, terlepas!

“Astagfirullah hal azim…..Mengucap Mar! Apa yang Mar cuba nak buat ni? Walau apa pun yang berlaku, abang tetap sayangkan Mar. Mar tak ubah seperti adik abang sendiri” Luqman cuba untuk memujuk. “Adik? Mar ni cuma adik untuk abang? Huh!” Maria sedikit mengejek “Abang memang suka kalau Mar mati kan? Lebih senang untuk abang bersuka-suka dengan perempuan tu!”

“Mar! Jangan cakap macam tu. Mar juga bermakna dalam hidup abang” Ujar Luqman masih berusaha untuk memujuk Maria. Klik! Talian telefon sudah di matikan. Luqman cuba mendail kembali nombor telefon Maria namun telefon itu sudah dimatikan.

Luqman mula kaget. Dia faham benar dengan Maria. Apa yang dia katakana, pasti akan dia kotakan! “Pak Ngah! Luqman ni!” Luqman bersuara kelam kabut. Mujur juga telefon bimbit Pak Ngahnya masih belum di off kan.

Haji Bakri mengerutkan keningnya. Apahal pula dengan Luqman ni! “Maria ada kat rumah tak?” Soalnya dengan perasaan gusar. “Ada! Baru tadi dia balik. Tapi lepas balik dia terus masuk bilik, dah tak keluar-keluar lagi.” Tenang sahaja suara Haji Bakri yang masih tidak mengetahui apa yang terjadi.

“Pak Ngah tolong tengokkan Maria. Nanti Luq datang” Haji Bakri makin dihambat pertanyaan. Apa kena ni? “Kenapa Luqman? Apa yang dah jadi? Lain macam saja bunyi suara kau ni” Dia mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Wajah Maria yang masam mencuka ketika balik tadi mula kembali bermain di kotak fikirannya. “Nanti Luq ceritakan tapi sementara tunggu Luq datang, Pak Ngah tolong tengok-tengokkan Maria”

Luqman kelam kabut menyarungkan kasutnya. Baju kemejanya yang seharian dia pakai pun masih belum sempat dia tukar. Begitu juga dengan tali leher yang sudah terurai pun tidak betulkan. Dibiarkan sahaja dengan butang baju yang terbuka, mendedahkan sebahagian dari dadanya.

“Tuan!” Luqman yang sudah membuka pintu keretanya, terhenti. Dia kembali mendapatkan Aliza yang sudah tercegat di laman rumah . “Sorry Aliza…. Saya nak cepat sangat ni” Luqman berusaha menghadiahkan sebuah senyuman. Namun raut wajahnya masih gagal menyembunyikan kegusaran yang melanda di hati kala itu

“Cik Maria tak apa-apa ke?” rasa bimbang mula bersarang di hatinya tatkala melihat tingkah Luqman itu. “Nantilah saya ceritakan. Aliza tunggu saya balik nanti ye….” Dagu Aliza dibelai lembut sebelum melangkah pergi.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For skaterProfil   Hantar PM kepada skater   Pergi ke skater's Website   Quote dan BalasQuote

skater
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2004
Ahli No: 8611
Posting: 542
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-02-07 15:16


************
“Mar! Buka pintu ni!” Jerit Luqman kuat. Wajah Haji Bakri dan isterinya Hajjah Khadijah mula resah. 10 minit berlalu namun tiada tanda-tanda Maria akan membuka pintu biliknya. Sunyi sepi sahaja. Tiada kedengaran suara Maria dari dalam.

“Pak Ngah, kita pecahkan sajalah pintu ni. Luq dah rasa tak sedap hati ni” Haji Bakri segera menganggukkan kepalanya. Buatlah apa sahaja. Dia pun sudah tidak kisah lagi. Berdentum-dentam bunyi pintu itu setiap kali tendangan Luqman singgah di situ. Kali ke tiga tendangannya berjaya memecahkan pintu tersebut.

“Ya Allah Mar! Apa yang dah jadi ni?” Hajjah Khadijah mula meraung. Tubuh Maria sudah mula biru. Pil ubat tidur berteraburan di sekitar biliknya. “Cepat Luq! Tolong Pak Ngah bawakan Maria ke hospital”

Luqman berlari pantas menuju ke keretanya. Tubuh Maria yang sudah lembik, dicepung masuk ke dalam keretanya. “Ya Allah! Selamatkanlah Maria!” Dia berdoa di dalam hati. Keretanya dipecut selaju mungkin. Tanda isyarat lampu merah pun sudah tidak dipedulikan lagi. Semuanya dilanggarnya. Biarlah beratus surat saman yang dia terima, dia tidak kisah asalkan Maria selamat.


bersambung.......
PELANGI CINTA {CHAPTER 13}
Aliza mengesat air matanya yang mula mengalir. Sedih hatinya melihat keadaan Luqman. Sudah beberapa hari keadaan lelaki itu tidak terurus. Sejak kematian Maria, Luqman asyik termenung. Berjam-jam lamanya, masa dihabiskan hanya untuk termenung. Sudah tiada senyuman yang terukir di wajahnya.

“Tuan….” Tidak bersahut. Luqman asyik merenung bingkai gambar seorang wanita. Dan dia pasti itu bukan gambar Maria. “Tuan….” Aliza memanggil lagi.Luqman mengangkat wajahnya. Namun ternyata pandangan lelaki itu kosong! “Tuan, saya dah buatkan sarapan. Tuan makan ye..” Aliza memujuk. Pinggan berisi nasi lemak itu di letak di hadapan Luqman. “Saya dah kenyang” Perlahan suara Luqman kedengaran. Aliza kian sebak. Cepat-cepat dia menyeka air mata yang mula hendak mengalir.

“Tuan tak boleh macam ni….Makanlah sikit” Dia masih berusaha untuk memujuk. Melihat keadaan Luqman begini makin menyesak rasa bersalah di hatinya. Kerana dia yakin segala yang berlaku adalah berpunca darinya. Maria tidak akan cemburu jika tidak kerananya. Maria tidak akan mengambil keputusan sedemikian jika bukan kerananya. Segala-galanya adalah kerana dia. Dia yang salah!

Aliza melangkah sayu menuju ke biliknya. Wajahnya dibenamkan ke birai katil. Tersedu-sedu dia menangis. “Kakak….” Tubuh Aidil dipeluknya erat. Dia terus menangis tanpa henti. “Aidil…kita balik! Kakak nak pulang semula ke kampung.” Aliza bersuara sebak. Dia tidak mahu lagi terus tinggal di sini. Tidak mahu terus menerus menambah beban buat Luqman.

“Aidil tak kisah kak! Apa pun keputusan akak, Aidil akan ikut.” Aliza menyeka sisa air matanya. “Tapi….Macam mana dengan Tasha?” Soalan Aidil membuatkan Aliza terdiam seketika. kasihan anak comel itu. Siapa yang hendak menjaganya jika dia dan Aidil tiba-tiba pergi. “Kita bawa dia ikut samalah kak! Aidil tak sampai hati nak tinggal Tasha macam tu”

“Nanti apa kata papa Tasha kalau kita bawa dia pergi sama.Tak apalah Aidil, nanti kakak cuba cakap dengan Tuan Luqman…” Aidil sekadar mengangguk mendengar cadangan kakaknya. Dia memang tidak kisah apa pun keputusan Aliza tapi dia cuma kesiankan Natasha.

Aliza melangkah perlahan menuju ke arah Luqman. Lelaki itu masih seperti dia tinggalkan tadi. Terus termenung! Nasi lemak yang berada di depannya, sedikit pun tidak terusik. Hati Aliza makin sayu. “Tuan….” Dan seperti tadi, panggilan Aliza tidak bersahut. Luqman terus menekur merenung meja di hadapannya. “Saya dan Aidil nak pulang ke kampung malam ni.” Ujar Aliza lambat-lambat.

“Baliklah Aliza. Saya benarkan” Aliza terdiam mendengar persetujuan Luqman. Tidak di sangka, tiada bantahan langsung dari Luqman. “Tapi macam mana dengan Natasha?”

“Bawalah dia sekali. Saya nak bersendirian buat masa ini.” Luqman mengangkat wajahnya. Matanya tunak merenung Aliza yang berada di hadapannya. Dia menyeluk poket seluarnya mencari sesuatu. Sebentar kemudian, beberapa keping duit seratus ringgit dihulurkan kepada Aliza. “Untuk apa ni Tuan?” Soal Aliza pelik.

“Ambil sajalah! Tolong saya jagakan Natasha” Luqman bingkas bangun meninggalkan Aliza yang masih termanggu di situ. Hati Aliza kian perit. Janganlah menghukumnya begini !

*****************

Sudah seminggu semenjak kematian Maria. Dan Luqman mula kembali ke pejabatnya. Kehidupannya diteruskan seperti biasa, cuma kesedihan di wajahnya yang masih gagal dia sembunyikan.

“Hai Ana! U dah sarapan? Kalau belum, jomlah pergi makan dengan I” Suhana yang sibuk mengadap komputer, terhenti. Apa kena Luqman ni? “Eh? Selalunya U sarapan kat rumah. Aliza tak memasak ke hari ni?” Luqman melepaskan keluhan perlahan. “Dia dah balik kampung” Dahi Suhana makin berkerut. “Kenapa?” Bertambah pelik dia dibuatnya. “Tak ada apa-apalah! U nak makan ke tidak? Kalau tak nak I pergi soranglah” Luqman mula kurang senang dengan pertanyaan Suhana.

“Oklah! Oklah!” Beg tangan di kiri mejanya, dicapai laju. Segera dia berlari mengekori langkah Luqman yang kian jauh. Dia sempat tersenyum. Mungkinkah dia masih mempunyai peluang?

Luqman membelok keretanya memasuki ke perkarangan banglo. Rumah itu gelap dan sunyi. Tiada kedengaran lagi suara petah Natasha. Dia rindu! Dan dia paling rindu hendak menatap si mata bundar itu. Dia mengeluh perlahan. Bukan dia sengaja hendak membiarkan Aliza pergi. Dia sayangkan gadis itu. rasa cinta buat Aliza sudah lama tumbuh cuma dia yang tidak berani untuk menyatakan. Dan sekarang, bila Maria sudah pergi, makin payah untuk dia meluahkan rasa itu pada Aliza. Setiap kali wajah gadis itu dipandangnya, dia pasti dihantui oleh bayangan Maria. rasa bersalah makin menghimpit hatinya.

Luqman tersentak apabila pintu rumahnya diketuk bertalu-talu. Siapa pula yang datang malam-malam buta ini? Tersembul wajah Suhana di muka pintu. “Eh? Ana! Apa U buat kat sini?” Luqman sedikit tergamam melihat kelibat Suhana. Gadis itu tersenyum menggoda. Luqman meneguk air liurnya beberapa kali. Jangan dia mengulangi lagi perbuatannya yang dulu, sudahlah!

“I tahu U sunyi Luq. So I datang ni nak temankan U lah.” Suhana terus melangkah masuk. Suasana suram di dalam rumah itu lebih menghangatkan dirinya. “U jangan nak buat hal pulak Ana! Lebih baik U balik.” Dia menyentap keras lengan Suhana. Gadis itu cuba diheretnya keluar. “Alaaaa….U ni Luq, tak romantik langsunglah!” Suhana terus merangkul tubuh Luqman. Ini peluang keemasan baginya. Mana mungkin dia lepaskan.

“Assalamualaikum!” Kedua-dua mereka tersentak. Beberapa orang lelaki sudah tercegat di muka pintu. Beberapa orang darinya memakai serban dan kopiah putih. “Kami dari unit pencegah maksiah, jabatan agama islam wilayah persekutuan. Anda berdua telah di dapati berkhalwat” Luqman tergamam. Tubuh Suhana yang masih melekap di dadanya di tolak keras. “Nantilah dulu encik! Kami berdua tak buat apa-apa!”

“Ikut kami ke balai. Nanti cerita di sana!” Suara tegas lelaki berkaca mata itu mematikan tingkah Luqman. Dan Suhana yang berada di sisinya, tersenyum meleret!

*********************

“Kakak dah tahu?” Soal Aidil yang tiba-tiba duduk bersila di sisinya. Aliza sekadar mengangguk. Dielusnya lembut rambut Natasha yang sedang lena di ribaannya. “Kakak tak marah?” Soala Aidil lagi. “Kenapa pulak kakak nak marah? Tuan Luqman boleh buat apa saja yang dia suka”

“Tapi…..Aidil tahu, kakak sukakan dia kan?” Aliza tergelak kecil. Pandai sajalah Si Aidil ini meneka hatinya. “Tadi Mak Munah cakap kat Aidil yang kakak dah setuju. Kakak setuju apa?” Dia masih menyoal meskipun Aliza tidak menjawab pertanyaannya.

“Akak dah setuju nak terima pinangan Nazrin, anak Mak Munah tu” Aidil membulatkan matanya. Wajah Aliza dipandangnya tidak berkelip. “Kakak dah fikir masak-masak ke? Macam mana dengan papa Tasha?”

“Kenapa pula dengan papa Tasha?” Dia memandang wajah Aidil yang buntang merenungnya. “Kakak kan suka dengan papa Tasha. Kalau kakak kahwin dengan abang Nazrin, macam mana dengan Tuan Luqman. Kakak tak kasihan dengan dia?” Aliza tergelak lagi. “Papa Tasha kan dah ada Cik Suhana tu. Lagi pun buat apa kakak nak kesiankan dia. Kakak ni hah! Tak ada siapa pun nak kasihan!” Bagaikan merajuk bunyi suaranya. Memang! Memang dia merajuk!

“Sudahlah tu Aidil! Jangan tanya kakak soalan yang bukan-bukan lagi. Semua keputusan dah muktamad! Tak ada apa yang perlu diubahkan lagi” Aliza bingkas bangun. Tubuh Natasha yang masih nyenyak tidur itu dicepung masuk ke bilik. Aidil terkebil-kebil di situ. Matanya menyoroti langkah Aliza. Dia tahu kakaknya kecewa. Dia perasan ada air mata yang bergenang sewaktu berita Luqman di tangkap basah itu disampaikan kepada Aliza.

*********************

Luqman memeluk tubuhnya. Sudah hampir dua jam dia menunggu kesnya untuk dibicarakan. Berapa pun denda yang perlu dibayarnya, dia akan bayar. Namun untuk berkahwin dengan Suhana, tidak mungkin! Perempuan semurah itu tidak layak menjadi isterinya! Dia menjeling kelibat Suhana yang berteduh di bawah sebatang pokok. Biarkanlah dia! Semalam gadis itu menangis-nangis di hadapannya mengajak untuk berkahwin. Alasannya dia tidak mahu ibu bapanya menanggung malu jika tahu dia ditangkap basah. Kenapa tidak fikirkan malu sewaktu dia melakukan perbuatan itu! Luqman mendengus marah. Kalau tidak difikirkan Suhana itu perempuan, memang sudah lama dipukulnya.

Tritttt! Tritttt! Telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi. “Hello Tuan Luqman! Aidil ni!” Dahi Luqman berkerut. “Hah! Aidil. Apa khabar? Macam mana Tashah dan Aliza?”

“Kami semua sihat Tuan. Saya telefon ni nak beritahu Tuan….” Bicara Aidil terhenti bila Luqman tiba-tiba memintas katanya. “Beritahu apa?” Dada Luqman sedikit berdebar. Bimbang jika ada sesuatu yang tidak baik berlaku. “Kakak saya akan melangsungkan pertunangannya hari ni. Kalau tuan boleh datang, tuan datanglah” Luqman terdiam. Aliza bertunang? Jangan! Janganlah Aliza pula yang pergi jauh darinya.

Luqman segera menghidupkan enjin keretanya. Lantaklah! Kesnya masih belum dibicarakan. Dia tidak peduli! Dia mesti sampai ke kampung Aliza sebelum majlis itu selesai. Dia mesti hentikan pertunangan itu. Dia sayangkan Aliza lebih dari segala-galanya.

Berapa laju pun keretanya dipecut, dia cuma mampu sampai sewaktu malam sudah menjengah tiba. Tiada kelihatan lagi kelibat orang ramai di rumah usang itu. Dan nampaknya majlis itu bagaikan sudah selesai!

Luqman kelam kabut keluar dari perut keretanya. Pintu rumah itu diketuknya bertalu-talu. Seketika tersembul wajah Aliza di muka pintu. Riak di wajah Aliza benar-benar terkejut. Kenapa Luqman datang? Setahunya dia tidak memberitahu Luqman mengenai majlis pertunangannya.

“Aliza…. Jangan terima pinangan tu!” Luqman merenung wajah Aliza penuh mengharap. Aliza terdiam! Dia terpegun mendengar kata-kata Luqman. “Aliza….. saya cintakan Aliza sejak dulu. Janganlah dibiarkan perasaan saya macam ni” Lirih suara Luqman mula mengundang air mata Aliza.

“Siapalah saya untuk menerima cinta tuan. Saya juga tidak layak untuk menyuarakan rasa cinta saya pada tuan” Aliza mula tersedu menangis. Dia terduduk di muka pintu. “Maafkan saya Aliza. Saya yang salah. Setiap kali saya ingin menyatakankan rasa cinta pada Aliza, saya terbayangkan arwah Nadia. Saya bimbang jika rasa cinta saya pada Aliza masih di hantui oleh rasa kasih saya pada Nadia………”

“Dan bila saat saya mampu untuk menyatakan rasa cinta itu pada Aliza, Maria pula tiba-tiba pergi. Perasaan bersalah atas kematian Maria begitu menghimpit saya. Saya tersepit antara rasa simpati terhadap kematian Maria dan rasa cinta saya pada Aliza” Air mata Aliza makin galak mengalir. Apalah daya dia!

“Maafkan saya Aliza…….” Luqman kian merayu. Tolonglah Aliza! “Tuan terlalu lewat…….. Majlis pertunangan saya sudah selesai. Saya sudah mengikat janji dengan insan lain….”

“Kak Liza Kenapa ni?” Natasha yang tiba-tiba muncul menggoncang tubuh Aliza. Aliza kian terharu. Tubuh natasha dipeluknya erat. Lama! “Tasha kena balik rumah Tasha semula. Papa datang nak ambil Tasha. Tasha dah tak boleh duduk sini lagi” Natasha mula menangis. “Kenapa Kak Liza suruh Tasha pergi. Tasha nak duduk sini. Tasha nak main dengan abang Aidil. Kalau balik sana, Tasha tak ada kawan. Kakak dah tak sayang Tasha lagi ke?” Anak comel itu bersuara sebak.

Esak tangis Aliza makin kuat bunyinya . Pipi tembam Natasha diciumnya berkali-kali. “Kakak sayang Tasha. Sayang sangat-sangat. Sampai bila-bila pun kakak akan sayang Tasha” Dia mendukung Natasha menuju ke arah Luqman. “Saya pulangkan kembali Natasha kepada Tuan. Semoga Tasha akan mendapat seoarang ibu yang baik. Halalkanlah segala-galanya yang saya terhutang dengan Tuan” Sebaik Aliza menghabiskan bicaranya, dia segera berlari ke dalam rumah. Pintu rumah ditutupnya rapat.

“Kakak! Kakak! Bukalah pintu ni! Janganlah tinggalkan Tasha” Aduhai hati! Aliza terduduk di lantai. Mendayu suara Natasha kian menghiris hatinya. Luqman sudah jatuh di kaki tangga. Tubuh anaknya dipeluk erat. Anak kecil itu terhinggut-hinggut menahan tangis. Aidil yang mengintai di balik tingkap biliknya turut mengalirkan air mata. Tangisan Natashalah yang dia paling tidak sanggup mendengarnya. Dan tatkala anak kecil itu merayu-rayu minta jangan ditinggalkan, hatinya meruntun pilu!


bersambung.....
PELANGI CINTA { THE END }
2 minggu tanpa kehadiran Aliza begitu menyeksakan. Dia terpaksa membawa Natasha ke pejabat bersama. Puas sudah dia mencari pembantu rumah yang baru, namun semuanya tidak disukai oleh Natasha. Luqman bungkam sendirian. Dan hari ini, sudah 2 hari dia tidak ke pejabat. Natasha demam! Mungkin kerana rindukan Aliza dan Aidil.

Dia meraba-raba dahi Natasha. Masih panas! Tuala basah sudah bertukar ganti. Ubat juga sudah di makan, tetapi panas di badan Natasha masih belum berkurangan. Sesekali anak kecil itu meracau. Menangis-nangis meskipun matanya terpejam. Dia juga sudah tidak cukup tidur. Sepanjang malam menemani Natasha yang asyik merengek.

Luqman tersentak! Message di telefon bimbitnya berbunyi lagi. Rasanya, sejak 2 minggu yang lalu, sudah beratus-ratus sms yang dia terima dari Suhana. Saban hari memohon maaf atas keterlanjuran sikapnya yang lalu. Mana mungkin dia maafkan! Dia kehilangan segala-galanya kerana Suhana.

Dia terjaga dari lenanya tatkala azan Subuh berkumandang. Rasanya baru sebentar tadi dia melelapkan mata, dan sekarang sudah hampir pukul 6 pagi. Luqman bingkas bangun. Dahi Natasha diraba sebelum melangkah keluar. Luqman mengeluh perlahan. Masih sama! Badan Natasha masih panas.

Luqman yang baru separuh menuruni anak tangga, terhenti di situ. Bau harum aroma nasi lemak menjengah hidungnya. Dahinya mula berkerut-kerut. Dari mana datang bau sewangi ini. Tidak mungkin jiran sebelah yang memasak dan baunya sampai menerjah hingga ke sini. Seketika kemudian bunyi kuali berlaga di dalam sinki pula kedengaran. Luqman mula kaget. Siapa?

Dia berjalan terjengket-jengket menuju ke dapur. Kayu golf sudah tergenggam erat di tangan kanannya. Kalau pencuri yang masuk, akan terus diketuknya. Ya Allah! Aliza! Luqman menonyoh matanya berulang kali. Kemudian dikelip-kelipkan pula berkali-kali. Sungguhkah apa yang dia lihat? Atau kerana terlalu rindukan Aliza hinggakan dia yang termimpi-mimpi. Dia mencubit tangannya. Adoi! Sakit! Memang dia dalam keadaan sedar.

Dan, kayu golfnya tiba-tiba terlepas. Aliza yang leka membasuh pinggan di sinki, tersentak! Dia segera menoleh. “Aliza?” Luqman meminta kepastian. Aliza menundukkan wajahnya. “Saya nak pergi! Saya tak nak kembali semula ke sini, tapi…………. hati saya masih di sini…” Aliza terkedu tatkala Luqman terus memeluk erat tubuhnya. Terasa hangatnya tatkala dengusan nafas lelaki itu menyentuh pipinya!

“Jangan pergi lagi Aliza. Jangan tinggalkan saya dan Tasha. Cukuplah setengah bulan tanpa kehadiran Aliza yang saya rasakan bagai setahun.” Tubuh gadis itu terus dipeluknya, bagaikan tidak mahu dilepaskan lagi

Cerianya Luqman hari ini. Dia menyanyi-nyanyi kecil tatkala melangkah masuk ke pejabatnya. Dan wajahnya tetap gembira meskipun melihat kelibat Suhana yang berada di dalam biliknya. “Hai Ana! Good morning” Wajah Suhana sedikit berubah. Adakah dia sudah dimaafkan? Wajah itu sudah tidak masam sebelum hari-hari sebelumnya. “U dah makan?” Soal Luqman sebaik sahaja melabuhkan punggung di kerusinya. Suhana sekadar mengangguk namun jelas kelihatan riak hairan di wajahnya tatkala melihat perubahan mendadak Luqman.

“U nampak gembira hari ni. Ada apa-apa ke?” Luqman mengangguk sambil tersenyum. “I nak kahwin!” Suhana tersentak! Dia mengenggam erat jari jemarinya. “Who is she?” Luqman tersenyum lagi. “Why U asking me? U' already know Ana!” Gadis itu terdiam. Sinis sekali nada percakapan Luqman. “U masih marahkan I Luq?”

“Ya Suhana! I masih marahkan U tapi I dah maafkan segala-galanya perbuatan U terhadap I.” Luqman mengeluarkan sesuatu dari begnya. “I dah jumpa peguam pasal perjanjian kita dalam syarikat ni. I nak tarik diri. 50% dari saham I dalam syarikat ini I dah jualkan pada kawan I Saiful. So sekarang U punya partner baru adalah Saiful, bukannya I lagi” Suhana terlopong mendengarnya. Matanya bulat memandang Luqman tidak berkelip

“Selepas I kemas-kemaskan barang I nanti, I akan balik. Hari ni adalah hari terakhir I kat sini.” Luqman mula bangun mengemas segala dokumen kepunyaannya. “Luq…….Sampai hati U buat I macam ni.” Suhana mula menangis. Ah! Lantaklah! Menangis air mata darah sekalipun, dia tidak akan berganjak dengan keputusannya.

“I ada sebidang tanah kat Ulu Langat. I nak menetap di sana dan usahakan tanah tu. Kalau U masih anggap I sebagai kawan U…..tolong jangan ganggu hidup I dan keluarga I lagi. I cuma nak bina hidup baru dengan Aliza” Suhana segera berlari keluar. Dia sudah tidak sanggup lagi mendengar kata-kata Luqman.

Pintu tandas dihempasnya dengan kuat. Tersedu-sedu dia menangis. Luluh rasa hatinya saat itu. Dia terlalu ikhlas menyintai Luqman, Kenapa itu masih belum mencukupi?


*******************


“Aku terima nikahnya Aliza binti Ariffin dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai” Tuan Kadi memandang saksi di sekelilingnya. “Sah!” “Sah!” Bersahut-sahutan suara saksi di sisi Luqman. Dengan sekali lafaz akhirnya Aliza menjadi miliknya.

Sejuk tangan Aliza tatkala Luqman menyarungkan cincin ke jari manisnya. Cincin permata satu itu, berkilau-kilau bercahaya. Megah dan indah! Aliza hiba dan sebak. Air matanya menitis sewaktu Luqman mencium lembut dahinya.

Natasha yang comel berbaju kurung itu ketawa mengekek melihat gelagat papanya. Luqman tersenyum. Tubuh Natasha diangkat ke atas ribaannya. “Panggil mama” Natasha melompat kegembiraan. “Mama!” Tubuh Aliza dirangkul erat. “Mama!” Anak comel itu memanggil tanpa henti. Sudah lama dia inginkan seorang mama.

Tatkala malam mula berlabuh, sekitar banglo itu mula lengang. Tetamu sudah beransur pulang. Suara Natasha begitu riuh kedengaran. Dia pula yang sibuk-sibuk nak membuka hadiah.”Dah lewat malam ni. Aidil bawa Tasha masuk tidur ye!” Aidil mengangguk. Natasha yang sudah layu matanya sekadar menurut tatkala tangannya diheret oleh Aidil.

“Biarlah dia orang tunggu sampai kita habis buka hadiah” Luqman tersenyum nakal. “Abang saja suruh Aidil dengan Tasha masuk tidur. Abang cuma nak berdua-duaan dengan bidadari abang ni saja” Dia mula merangkul tubuh Aliza. “Abang ni! Nanti orang nampak lah!” Terkial-kial Aliza cuba melepaskan pelukkan Luqman. Luqman sekadar tersengeh. Harum rambut Aliza menusuk ke hidungnya.

"Eh? Apa abang buat ni?" Aliza tergamam bila Luqman tiba-tiba mendukung tubuhnya. "Buat apa? Bawa sayang abang masuk biliklah!" Tubuh Aliza di baringkan di atas katil. Aliza terpegun! Pertama kali menjejak kaki ke kamar utama banglo ini. Selama ini, Luqman memang tidak mengizinkan dia masuk ke kamar beradu miliknya. Cantik dan mendamaikan. Seluruh kamar itu dibaluti dengan warna-warna lembut. Harum bau bunga mawar semerbak di sekitar ruang.

Baru dia perasan, di atas katil itu dipenuhi dengan kelopak mawar merah. Dada Aliza berdebar-debar tatkala Luqman menghampirinya. Luqman menghulurkan sekeping bingkai gambar kepadanya. "Ini gambar arwah Nadia. Abang tak pernah tunjukkan pada Aliza selama ni." Aliza merenung wajah wanita itu. Cantik!

"Abang masih rindukan dia?" Luqman tersenyum. Tangan Aliza di raih dan di bawa ke dadanya. "Rindu abang sudah lama dibawa pergi oleh arwah Nadia....." Luqman membelai lembut pipi Aliza. "Cinta Aliza bagaikan pelangi. Hadir tatkala hidup abang dibasahi hujan. Dulu....abang takut jika kilauan pelangi itu hanya sementara..."

Dia menarik tubuh Aliza ke dalam pelukkannya. "Thanks sayang! Kilauan cinta Aliza sentiasa bersinar dalam hidup abang meskipun hujan telah lama berhenti" Luqman mengucup bibir Aliza lembut. Lama!.............

~~~~ TAMAT ~~~~~


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For skaterProfil   Hantar PM kepada skater   Pergi ke skater's Website   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-02-07 17:08


:-) Waahhh.....anda dapat habiskan semua ini.........hebat nya, saya nak baca setenagh pun tak larat....


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

cititel
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.01.2006
Ahli No: 21725
Posting: 150

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 22-02-07 17:32


penat cititel baca..... penat jugak lah membaca nya.... but bestt.... payah nak jumpa setabah aliza....

Bookmark and Share

    


  Member Information For cititelProfil   Hantar PM kepada cititel   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-02-07 18:03


salam..
wahh... ana suka baca cerpen skater..
banyak ek masa buat cerpen...

karya asli ke tolong postkan..

silalah postkan lagi kot2 ada lagi cerpen...

jazakallah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

bee_hasanah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.12.2006
Ahli No: 27885
Posting: 67
Dari: Butterworth

PulauPinang  


posticon Posting pada: 23-02-07 08:40


dah habis ek...

akhirnya ana habis juga baca....

best!

Bookmark and Share

    


  Member Information For bee_hasanahProfil   Hantar PM kepada bee_hasanah   Quote dan BalasQuote

aiz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 273
Posting: 275
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 11:28


cerita yang menarik...tahniah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aizProfil   Hantar PM kepada aiz   Pergi ke aiz's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-02-07 12:06


mmm, memang best! tapi ada krj kejap. Nanti mesti sambung baca lagi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

nur_ashikin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.11.2006
Ahli No: 27359
Posting: 256
Dari: shah alam

malaysia  


posticon Posting pada: 23-02-07 13:42


menarik

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_ashikinProfil   Hantar PM kepada nur_ashikin   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-02-07 00:01


Pada 23-02-07 12:06 , muslimah_jun posting:

!!! QUOTE !!!

mmm, memang best! tapi ada krj kejap. Nanti mesti sambung baca lagi.


sambung jangan tak sambung muslimah_jun... :-P :-) ;-) :-D


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-02-07 05:08


salam..
bila ana baca balik, full version..
(yang dulu baca banyak skip)

baru ana terperasan...
sebenarmya aliza tu pakai tudung ke tak..?
ke pakai tudung masa keluar rumah saja..?

mungkin skater boleh perbaiki lagi agaknya..
ana ni nak tulis tak pandai... tapi kalau komen pandai lah...
hehehe... ;-):-D

mungkin boleh diperkemaskan lagi bahagian pergaulannya..
jalan ceritanya cantik dah..

sekadar pandangan..
wallahu'alam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

sunan-faqih
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-02-07 10:53


Pada 24-02-07 05:08 , ismi_atikah posting:

!!! QUOTE !!!

salam..

baru ana terperasan...
sebenarmya aliza tu pakai tudung ke tak..?
ke pakai tudung masa keluar rumah saja..?

mungkin skater boleh perbaiki lagi agaknya..
ana ni nak tulis tak pandai... tapi kalau komen pandai lah...
hehehe... ;-):-D



Bukan sekadar bab tudung, malah banyak unsur maksiat yang dianggapkan biasa oleh orang ramai diselitkan dalam cerpen ini.. tengok saja perlakuan Luqman dengan Suhana, Maria, malah Aliza sendiri..adegan berpegangan tangan, berpelukan, dan bercumbuan menjadi budaya hidup Luqman...

Ana pun sekadar kritik saja..nak marah ana marah atikah dulu..keh3x.. :-P


-----------------
SEKRETARIAT K-FIQH
Layari www.k-fiqh.com
Like our page www.facebook.com/kfiqh


Bookmark and Share

    


  Member Information For sunan-faqihProfil   Hantar PM kepada sunan-faqih   Pergi ke sunan-faqih's Website   Quote dan BalasQuote

rasasayang
Warga Rasmi
Menyertai: 06.01.2007
Ahli No: 28031
Posting: 16
Dari: penang

PulauPinang  


posticon Posting pada: 24-02-07 13:41


bagusnya..huhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For rasasayangProfil   Hantar PM kepada rasasayang   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-02-07 15:08


Pada 24-02-07 10:53 , sunan-faqih posting:

!!! QUOTE !!!



Bukan sekadar bab tudung, malah banyak unsur maksiat yang dianggapkan biasa oleh orang ramai diselitkan dalam cerpen ini.. tengok saja perlakuan Luqman dengan Suhana, Maria, malah Aliza sendiri..adegan berpegangan tangan, berpelukan, dan bercumbuan menjadi budaya hidup Luqman...



betul, ana jugak ada sentuh tentang bab pergaulannya..
mungkin skater pun tak terperasan..
boleh improve lagi kan skater... ;-) :-D

Pada 24-02-07 10:53 , sunan-faqih posting:

!!! QUOTE !!!



Ana pun sekadar kritik saja..nak marah ana marah atikah dulu..keh3x.. :-P



erk, Kenapa pula ana yang kena marah dulu..? :roll: :roll: :roll:
ni kena inbestiget ni... musykil tahap gaban dah ni sunan... :-o


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-02-07 17:33


best cerita ni.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

nisakyo
Warga Rasmi
Menyertai: 25.01.2007
Ahli No: 28369
Posting: 3
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 24-02-07 23:38


interesting

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisakyoProfil   Hantar PM kepada nisakyo   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 04-04-07 17:39


tapi...apa jadi pada nazrin...kasihan dia kena putus tunang...ke ada part 2...:D

Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

Arayan
Warga 1 Bintang
Menyertai: 26.08.2008
Ahli No: 34662
Posting: 30
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-11-08 17:49


Assalamualaikum...
best jak cerita ni... sangat menyeronokkan, tapi yang bab makanan.. tu yang buat ana lapar... huhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For ArayanProfil   Hantar PM kepada Arayan   Quote dan BalasQuote

chanjin
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.04.2005
Ahli No: 15836
Posting: 26

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 07-11-08 18:52


cerita yang menarik..
teruskan bercerpen k...

saja saja fighting!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For chanjinProfil   Hantar PM kepada chanjin   Quote dan BalasQuote

SinarNajmie
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.09.2007
Ahli No: 31104
Posting: 40
Dari: putrajaya

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-11-08 11:11


alhamdulillah...

seronok setelah habis baca.Ana ingin sangat merasai saat berdua-duaan.bukan apa, cuma ada perasaan ROMANTIK kat last-last tu.tu yang syok tu hehehe

hehehe baca dan hayati sampai ke jantung.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SinarNajmieProfil   Hantar PM kepada SinarNajmie   Quote dan BalasQuote

adzizi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26934
Posting: 177

malaysia  


posticon Posting pada: 11-11-08 12:03


Bintang Penuh...Cerita Yang Mengasyikan,Klimaks Yang Menyentuh Hati

Bookmark and Share

    


  Member Information For adziziProfil   Hantar PM kepada adzizi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.224156 saat. Lajunya....