Oleh |
Isteri benci suami |
rimbabara
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 03.03.2006 Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 11-02-07 15:17
Soalannya: Apakah hak seorang isteri yang membenci suaminya sedangkan suaminya itu tidak ada sebarang kecacatan dalam rumah tangga serta hubungan dengan isteri tersebut? Ini ternyata dari pengakuannya sendiri bahawa suaminya adalah seorang yang baik lagi bertanggungjawab. – Siti Rahmah Sulaiman, Kampung Baru. Jawapannya: Seorang isteri yang membenci suaminya tanpa sebarang sebab selain kedudukan suaminya yang kurang terkenal dan berada sebagaimana suami kawan-kawannya yang lain hukumnya adalah salah. Ini adalah kerana nasib seseorang pada masa yang lalu itu telah ditentukan Allah dari azali dan tiada siapa yang dapat merobahnya. Isteri tersebut sepatutnya memberi perhatian kepada anak dan suaminya mulai sekarang dan berusaha merobah nasib kehidupannya dengan memperbaiki kerjaya hidup bukan menukar atau membuang suami dan anak-anak dan menumpukan kasih sayangnya kepada ampunya haknya. Janganlah penuhi hidup saudari dengan suasana penyesalan terhadap apa yang telah berlaku kerana banyak hikmat yang dijadikan dalam kejadian-Nya. Allah berfirman yang bermaksud: Allah akan jadikan selepas kesusahan itu kesenangan (surah at-Talaq ayat 7). Saudari perlu banyak bersabar dan perlu ada kefahaman dalam agama iaitu boleh merasai kemanisan dan kesenangan dalam sesuatu kesusahan jika saudari benar-benar bersabar. Ingatlah sesuatu kurnia Allah s.w.t. itu merupakan ujian-Nya. Seseorang yang dikasihi Tuhannya akan diuji dengan pelbagai cubaan dan dugaan. Caranya saudari perlu bersyukur nanti akan ditambah lagi nikmat-Nya seperti fiman-Nya bermaksud: sekiranya kamu bersyukur akan Kutambahi (nikmat) kepadamu (surah Ibrahim ayat 7). Wallahualam.
|
Mutiara
Warga 2 Bintang Menyertai: 23.08.2004 Ahli No: 10684
Posting: 47
Dari: Johor
|
Posting pada: 11-02-07 16:31
... Ingatlah wahai isteri - isteri, kunci syurga itu ada pada suami - suami kamu.
|
xyamani
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.09.2006 Ahli No: 26226
Posting: 77
Dari: tepi dinding
|
Posting pada: 11-02-07 17:25
seorang lelaki membawa seorang wanita mendekati jalan mudah ke pintu syurga melalui perkahwinan..isteri yang telah mendapat redha suami akan berbahagia di kehidupan dunia dan akhirat..pelik bila dengar isteri tak suka suami yang baik..
|