Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua masalah boleh diselesaikan dengan cemerlang, asalkan kita menumpukan pada penyelesaian, bukan pada masalah. Allah SWT menyertakan penyelesaian untuk setiap masalah.
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 209
Ahli: 0
Jumlah: 209




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 54 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: MUHASABAH DIRI KE ARAH MUKMIN CEMERLANG


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» MUHASABAH DIRI KE ARAH MUKMIN CEMERLANG

Please Mendaftar To Post


Oleh MUHASABAH DIRI KE ARAH MUKMIN CEMERLANG

abuzulfiqar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.01.2007
Ahli No: 28489
Posting: 97
Dari: Malaysia

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-02-07 16:12


MUHASABAH DIRI KE ARAH MUKMIN CEMERLANG
Oleh Alexanderwathern

            Ada orang Islam yang begitu gigih membaca al Quran, setiap hari melebihi satu juzuk tetapi malangnya dia tidak mengusahakan solat-solat sunat. Dia berasa puas hati dengan amalannya membaca al Quran itu tanpa mengambil tahu aspek-aspek ibadah yang lain. Ada orang yang begitu rajin berwirid, saban hari zikirnya ribuan tetapi dia tidak berdakwah kepada sesiapa. Ada yang solat sunat melebihi dua puluh rakaat dalam sehari semalam, dia berasa puas begitu tapi mengabaikan solat fadhu berjemaah di tempat azan dilaungkan , iaitu di surau ataupun masjid. Ada yang ke sana ke mari berceramah dan mengajar agama tetapi malangnya tidak pula membuat kuliah harian atau minggan untuk anak isteri sendiri. Ada pula yang begitu rajin berjemaah di masjid, tetapi malas mencari ilmu agama melalui jalan membaca, menonton, mendengar, mengarang, mengumpul bahan dan sebagainya.

            Keadaan-keadaan di atas menghasilkan individu yang tidak seimbang. Minda mereka perlu dibuka agar mereka tidak berasa puas hati dengan apa yang mereka usahakan sahaja. Bagi sesetengah orang, mereka memahamkan diri mereka bahawa apa yang mereka usahakan itulah jalan agama yang sebenar. Kalau dia rajin mengerjakan solat sunat melebihi dua puluh rakaat setiap hari, dia akan memandang rendah kepada orang lain yag hanya mampu melakukan enam rakaat sahaja sehari semalam. Maka keluarlah daripada mulutnya nasihat-nasihat agar orang lain mencontohinya. Tetapi dia tidak sedar kemungkinan individu yang dinasihatinya itu mungkin ada melakukan amalan yang lain seperti berdakwah, menghafaz dua puluh minit sehari, membaca bahan agama dua jam sehari, merancang aktiviti-aktiviti agama dan seumpamanya.

            Situasi ini tidak berlaku kepada orang awam sahaja, malah kadang-kala berlaku juga kepada mereka yang bergelar ulama. Untuk itu saya telah mencadangkan malah menjalankan satu kaedah muhasabah diri untuk digunakan oleh anak-anak buah dan kegunaan saya sendiri.

            Untuk bakal pendakwah yang menunjukkan minat untuk terus bersama kita maka mereka hendaklah berusaha untuk mencapai perkara-perkara berikut setiap hari (selain solat fardhu lima waktu):

solat berjemaah 3 kali (lelaki sahaja), utamakan berjemaah di surau atau masjid
solat sunat 6 rakaat
membaca al Quran 1 muka (secara melihat)
menghafaz atau mengulangkaji hafazan 10 minit
wirid pagi atau petang, 15 minit setiap sesi (apa saja aurad, kami gunakan al-Ma’thurat)
qiamullail, sekurang-kurangnya 2 rakaat tahajjud
berdakwah, sekurang-kurangnya satu perkataan yang bererti, satu SMS dan seumpamanya
baca bahan agama 20 minit (juga menonton, mendengar, mengarang dan sebagainya)
kurangkan makanan yang boleh memudaratkan
ikram- membuatkan seseorang berasa seronok walaupun seketika
bacan-bacaan sebelum tidur
riadah 20 minit (lelaki)

            Perkara-perkara di atas mesti diusahakan setiap hari. Selain itu ada beberapa perkara lain yang tidak setiap hari seperti:

puasa sunat sekali dalam sebulan
mengikuti apa jua majlis agama 3 jam seminggu (lelaki), 1 jam (wanita)

            Sekiranya bakal pendakwah itu pelajar sekolah, pelajaran agama di sekolah tidak diambil kira.

            Untuk ketua, pemimpin, naqib, naqibah, muallim dan seumpamanya, hendaklah mencapai perkara-perkara berikut:

solat sunat 15 rakaat
tilawah al Quran 1 juzuk (sama ada melalui penglihatan atau hafazan)
hafazan atau ulangkaji hafazan 15 minit
qiamullail sekurang-kurangnya 15 minit
riadah 20 minit sehari
sesi tarbiyyah keluarga 10 minit (bagi yang telah berkeluarga)
berdakwah, sekurang-kurangnya satu perkataan yang bererti, satu SMS dan seumpamanya
baca bahan agama 1 jam (juga menonton, mendengar, mengarang dan sebagainya)
kurangkan makanan yang boleh memudaratkan
ikram- membuatkan seseorang berasa seronok walaupun seketika
bacan-bacaan sebelum tidur

            Perkara-perkara di atas mesti diusahakan setiap hari. Selain itu ada beberapa perkara lain yang tidak setiap hari seperti:

1    puasa sunat 3 kali dalam sebulan

2    mengikuti apa jua majlis agama 3 jam seminggu (lelaki), 1 jam (wanita)

            Pencapaian di atas bukan kewajipan, tapi satu usaha untuk menggalakkam istiqamah dan menjadikan kita insan berjiwa agama yang seimbang. Jika kita boleh melakukan lebih daripada itu, sangat digalakkan. Cuma jangan melampau dalam beribadah, kerana ditakuti kita tidak ada kesempatan untuk melakukan kerja-kerja lain yang turut dituntut agama terutamanya mencari nafkah, silaturrahim dan ilmu-ilmu duniawi.

            Untuk individu yang baru berjinak-jinak dengan agama dan dakwah, cukuplah tiga perkara saja dititikberatkan iaitu:

solat sunat 6 rakaat sehari
membaca bahan agama 20 minit sehari
membuka dan membaca al Quran semuka sehari

            Yang penting ialah kemampuan untuk istiqamah, bukannya kuantiti ibadah yang tinggi tetapi tidak stabil- hari ini solat sunatnya 30 rakaat, esok langsung tidak ada, lusa 10 rakaat… tiada istiqamah.

            Ia bersifat fleksibel, jika kita dari Johor pergi ke Kuala Lumpur untuk berceramah umpamanya tentu saja kita tidak dapat menyelesaikan kesemua item tersebut, namun ada sistem pemarkahannya (tak dapat diterangkan secara terperinci di sini, mungkin kemudian hari apabila saya hidangkan kupasan artikel ini) yang menjadikan kita tidak kerugian apa-apa. Ini kerana perjalanan kita semasa pergi, berceramah dan pulang termasuk ke dalam “ikram” dan “dakwah”. Maka markah untuk “ikram” dan “dakwah” menjadi berganda. Ia menampung semula kerugian kita dalam item yang lain.

            Berdasarkan pengalaman saya menjalankan kaedah muhasabah ini, ternyata ia amat berkesan untuk melahirkan individu pendakwah yang seimbang.

            Artikel yang lebih terperinci akan menyusul insyaallah (mungkin lewat sedikit). Sebagai pengkayaan, diharap dapat juga membaca tulisan saya bertajuk CARA MENYUSUN “FOLDER” AGAMA ISLAM. Ada kaitannya secara tidak langsung dalam usaha kita melahirkan insan berjiwa global.

            Selamat mengislah diri!

“PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT”

Alexanderwathern
9 DIS 2006

Kunjungi laman asal di:
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/article59.html&mode=&order=0&thold=0

Bookmark and Share

    


  Member Information For abuzulfiqarProfil   Hantar PM kepada abuzulfiqar   Pergi ke abuzulfiqar's Website   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-02-07 20:44


salam alaik
artikel yang sangat bagus, tapi ada kehairanan sikit, Kenapa ada amalan yang berbeza untuk lelaki dan perempuan?sebagai contoh riadah 20 minit hanya untuk lelaki.. satu lagi ikut majlis agama 3 jam untuk lelaki, perempuan sejam saja?

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

fatinah_huda
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.02.2004
Ahli No: 7131
Posting: 115
Dari: Jepun

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-02-07 21:11


Assalamualaikum,

Artikel yang sangat bagus. Cuma pendapat saya, setiap manusia itu ada kemampuan masing-masing. Tidak ada yang sempurna dr segi ibadah dan ilmu. banyak ditekankan yang ilmu lebih utama dr ibadah. tapi ibadah juga sangat penting.

Memang betul kita tidak boleh rasa puas hati dengan ibadah yang kita ada. Sudah tentu amalan wajib paling diutamakan. Seeloknya bila kita meningkatkan amalan dan ilmu kita, tapi jangan sampai terlalu mengejutkan sehinggakan awal2 bersemangat tapi last2 terbiar begitu sahaja. Hendaklah dibuat dengan ikhlas dan bukan terpaksa. Setiap kali kita nak cuba benda baru pasti ada inersianya, sebab itu hendak dimulakan sedikit demi sedikit.

Cuma saya tertanya2 dalam keasyikkan mempromosi ibadah, ramai terlupa menggalakkan perhubungan manusia dengan baik dan juga akhlak yang murni.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatinah_hudaProfil   Hantar PM kepada fatinah_huda   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-02-07 21:15


jazakallah...

walau apa jua yang kita lakukan.
displin adalah perkara yang paling penting..

peringatan untuk ana yang sering lupa...
:-)
[ Telah diedit oleh: ismi_atikah pada 07-02-07 00:39 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

cheekmate
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.05.2005
Ahli No: 16664
Posting: 287
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 07-02-07 13:45


any human being can embrace Islam………….you do not need anyone’s permission…………..you simply say & believe that there is no God except Allah & that Muhammad is His messenger……………….you must do what Allah & His messenger tell you to & stay away from what they tell you to………….. Islam does not tell you to do anything unless it is good for you……… it also does not tell you to stay away from anything unless it is bad for you!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!     doing this & you will clearly see the benefits of it for yourself…………………..once you say & believe in the Oneness of Allah & in the message of his prophet Muhammad, then you are a muslim……………

Bookmark and Share

    


  Member Information For cheekmateProfil   Hantar PM kepada cheekmate   Pergi ke cheekmate's Website   Quote dan BalasQuote

attuffah_humairah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.04.2006
Ahli No: 24196
Posting: 217
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-02-07 13:56


syukran atas segala tips.ana setuju segalanya.mudah2an kita semua tetap hati dan beramal secara istiqamah...ana benar-benar tertarik dengan tips2 ni...benteng pertahanan dalaman yang paling mustajab untuk kita especially kita sebagai remaja...mudah2an kita semua dapat membentuk peribadi terunggul disamping bermaruah tinggi di atas syariat Islam yang sebenar benar Islam...insya'Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For attuffah_humairahProfil   Hantar PM kepada attuffah_humairah   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-02-07 14:34


;-) Waaa...baguslah,tapi,walaupun ramai org Islam solat (yang soalt saja lah), mereka masih mencuri solat mereka.........sebab itulah walaupun umat Islam ramai, tapi kualiti iman mereka rendah......


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.208055 saat. Lajunya....