Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-08-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila kita terlalu sibuk memikirkan kedudukan diri; kita lupa tanggung jawab kita yang sebenar
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: NurLiyanaNajwa
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43095

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 31
Ahli: 0
Jumlah: 31




  Yang Masuk Ke Sini
budakbesar: 15 jam, 3 minit yang lalu
azemi: 4 hari yang lalu
Firdaus15: 11 hari yang lalu
NurLiyanaNajwa: 14 hari yang lalu
secureofficemovers: 15 hari yang lalu
Naqiu: 21 hari yang lalu
nawfaa79: 22 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 24 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Ahli sains ramal gelombang panas bakal landa dunia


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Ahli sains ramal gelombang panas bakal landa dunia

Please Mendaftar To Post


Oleh Ahli sains ramal gelombang panas bakal landa dunia

solehah86
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.12.2006
Ahli No: 27962
Posting: 90
Dari: egypt

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-02-07 19:58


PARIS 2 Feb. – Anak cucu kita akan datang terpaksa hidup dalam suasana iklim tidak menentu dan menakutkan - gelombang panas, puting beliung, ribut kuat - akibat perubahan suhu dunia yang puncanya daripada perbuatan nenek moyang mereka sekarang.

Laporan mengenai perubahan iklim yang dikeluarkan di sini hari ini meramalkan ribut tropika mirip malapetaka yang melanda New Orleans di Amerika Syarikat pada 2005 akan menjadi lebih kerap lagi.

Perkara itu terkandung dalam Laporan Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) yang dikeluarkan buat kali keempat.

Kali terakhir laporan itu dikeluarkan pada 2001.

Laporan itu yang dibuat berdasarkan kajian 2,500 ahli sains daripada lebih 100 buah negara, menekankan, suhu di permukaan bumi dijangka meningkat antara 1.8 darjah Celsius kepada 4 darjah Celsius manakala paras laut pula dijangka naik antara 18 hingga 29 sentimeter menjelang 2100.

Di Malaysia misalnya yang suhu maksimumnya dicatatkan 38 darjah Celsius, jika berlaku kenaikan kepada 4 darjah Celsius, ia akan berlaku gelombang panas. Fenomena itu akan menyebabkan banyak hidupan akan mati akibat kepanasan melampau.

Meskipun tempoh jangkaan bencana yang disebutkan oleh laporan itu masih jauh, aktivis alam sekitar mengingatkan ia memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi kesannya pada bila-bila masa.

Ahli-ahli sains juga meramalkan, ribut kencang, gelombang panas dan hujan lebat akan melanda dengan lebih dahsyat dalam tempoh beberapa dekad akan datang.

Laporan tersebut turut merumuskan pemanasan global 90 peratus berpunca daripada manusia dan tidak boleh dihalang selama beberapa abad akan datang.

Sehubungan itu, dalam laporan itu, IPCC menyebut, pemanasan sepanjang seabad lalu “hampir 90 peratus pasti” disebabkan oleh aktiviti manusia.

Laporan itu turut memberi amaran tentang kesan gas rumah hijau yang dikeluarkan ke atmosfera.

Beberapa kumpulan pendesak alam sekitar, dalam reaksinya terhadap laporan yang mencemaskan itu menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan segera bagi menangani krisis itu.

Kumpulan Greenpeace memberi amaran bahawa “pintu untuk bertindak semakin cepat tertutup.”

WWF International dan Friends of the Earth pula merancang menggesa Kesatuan Eropah (EU) dalam satu sidang kemuncak bulan depan supaya memainkan peranan utama dalam usaha antarabangsa mengawal pengeluaran gas rumah hijau.

– AFP

p/s:apa pandangan anda tentang keadaan dunia masa kini?

Bookmark and Share

  


  Member Information For solehah86Profil   Hantar PM kepada solehah86   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 03-02-07 22:13


itu semua ramalan...ALLAH sahaja yang menentukannya...

Bookmark and Share

  


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

NuR_HiKMaH
WARGA SETIA
Menyertai: 16.07.2003
Ahli No: 2374
Posting: 563
Dari: Batu Pahat, Johor

Johor  


posticon Posting pada: 03-02-07 23:01


sekarang ni pun cuaca dah xmenentu...

tengok sajalah banjir kat Johor di hari itu..

saya dok kat perlis ni pun tak tahan tahap kepanasan kat sini

Bookmark and Share

  


  Member Information For NuR_HiKMaHProfil   Hantar PM kepada NuR_HiKMaH   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 04-02-07 00:15


anis ada terbaca tentang fenomena el nino yang dijangka akan melanda.... dolu2 el nino ni berlaku antara 2-7 tahun sekali, tapi sekarang dah 10 tahun keadaan ni tak normal, dan dijangka el nino kali ni akan lama... nauzubillah... sama-sama kita amalkan qunut nazilah...

[ Telah diedit oleh: anis_zulaikha pada 04-02-07 17:19 ]


Bookmark and Share

  


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.101002 saat. Lajunya....