Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bukanlah kerja yang membunuh manusia, sebaliknya rasa risau, bimbang, khuatir.
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 199
Ahli: 0
Jumlah: 199




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 20 jam, 32 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cerpen
Topik: cinta yang menikam......


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» cinta yang menikam......

Please Mendaftar To Post


Oleh cinta yang menikam......

nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-09-03 21:47


cerita ini adalah rekaan semata-mata.tiada kena-mengena dengan yg masih hidup atau yg sudah meninggal dunia.....

**************************************


Biarlah aku hanya dikenali sebagai A sahaja,
berusia 24 tahun. Aku
anak jati sebuah negeri di Utara tanah air. Jujur ku akui, aku dibesarkan
dalam keluarga yang berpegang teguh pada ajaran agama. Setiap perkara yang
aku lakukan dikawal oleh ibu dan ayah. Pendek kata aku dididik menjadi
seorang wanita solehah, yang harus mengutamakan hukum-hakam agama.

Ketika zaman remaja, aku tidak pernah menjalinkan hubungan
percintaan dengan mana-mana lelaki. Memang hati ini cemburu melihat
kawan-kawan berpasang-pasangan disekolah. Namun apakan daya, aku harus patuh
kepada pendirian keluarga. Tambahan pula aku anak tunggal perempuan, tidak
hairanlah segala tindak tandukku menjadi perhatian ibu, ayah dan
abang-abangku.

Walaupun aku sedar tidak elok bercinta ketika dibangku sekolah
tetapi aku yakin semuanya terpulang pada diri sendiri. Malah seorang kawan
karibku juga bercinta dengan pemuda sekampung tetapi kedua-duanya semerlang
dalam pelajaran. Mereka sering ku lihat mengulangkaji pelajaran dan
berbincang bersama-sama. Ternyata bercinta bukanlah satu kesalahan yang
memabawa kehancuran. Setiap kali aku terpandang kelibat mereka, hati ini
meronta-ronta ingin merasai indahnya dunia percintaan. Tetapi apakan daya,
pendirian ibu dan ayah harusku utamakan.

Mentari akhirnya memancarkan cahaya menerangi hidupku. Nasibku
berubah apabila keputusan SPM diumumkan. Aku berjaya mendapat pangkat 1
dengan kepujian untuk semua mata pelajaran. Bagaikan orang mengantuk
disorongkan bantal, peluang untuk melanjutkan pelajaran disebuah universiti
di ibu kota ku terima dengan hati yang berbunga. Inilah peluang yang ku
tunggu selama ini, peluang untuk berjauhan daripada keluarga. Tak sabar
rasanya diri in untuk bebas daripada sangkar emas yang selama ini menghantui
diri.

Tiba hari yang dinanti, aku menjejakkan kaki ke Kuala Lumur, bandar
raya yang penuh dengan kepesatan dan pembangunan. Buat pertama kali aku
dapat melihat dunia luar yang begitu asing bagi diriku. Hatiku beryanyi
riang apabila tiba saat untuk berjauhan daripada keluarga. Mereka pulang
semula ke kampung setelah semua urusan pendaftaran pelajar selesai petang
itu. Pelbagai pesanan dan kata-kata nasihat hinggap di telingaku. Ibu dan
ayah kulihat begitu sukar untuk melepaskan aku hidup seorang diri di tempat
orang. Jelas terpancar kebimbangan diwajah mereka. tetapi demi masa depanku,
mereka terpaksa akur untuk berjauhan denganku.

Ketika menghantar ibu dan ayah ke kereta, aku terdengar sayup-sayup
suara memanggil nama ayah. Kami berpaling, rupa-rupanya sepupu ayah dari
Kedah juga menghantar anak gadisnya untuk belajar di universiti yang sama.
Buat pertama kalinya aku mengenali M. Apa lagi, legalah hati ibu melihat aku
sudah mempunyai teman untuk menjalani hidup di bandar besar. Kebetulan, kami
menginap di kolej yang sama.

Minggu orientasi berlalu, aku memulakan aktiviti harian sepertimana
mahasiswi lain. Kuliah, tutorial, perbincangan menjadi agenda utamaku
seharian, Pertalianku dengan M semakin erat, mungkin juga kerana kami ada
hubungan darah. Walaupun jurusan yang kami ambil berbeza, setiap kali waktu
makan tengahari dan sebelah petang kami akan meluangkan masa bersama. Pendek
kata, di mana ada aku, di situ ada M.

Aku masih ingat lagi, petang itu aku menunggu M di perpustakaan.
Sedang aku asyik mencari bahan untuk tugasan yang diberikan pensyarah,
satang seorang kakak senior menghampiriku. Dia menyampaikan secebis kertas
padaku dan berlalu dengan senyuman yang terukir di bisir. Aku menjadi kaku
dan terpinga-pinga dengan kelakuannya. Secebis kerta ditangaku masih lagi ku
genggam erat. Dengan perlahan-lahan aku membuka lipatan kertas berwarna
putih itu. "Salam Perkenalan... ikhlas daripada F". Aku termangu seketika
membaca coretan ringkas itu. Aku segera menoleh ke sekeliling meninjau kalau
ada yang sedang memerhati. Tetapi tiada jawapan yang aku terima dan kakak
tadi berlalu entah ke mana.

Sejak hari itu, bermacam-macam pesanan yang ku terima. Ada saja
posmen tak bergaji yang menghantar surat cinta kepadaku. Aku menjadi bingung
dan tertanya-tanya siapakah gerangan orang yang mengutus surat itu. Aku
mengakui kata-kata puitis yang tercoret di setiap cebisan kertas itu begitu
mengahntui diriku. Tanpa disedari aku telah jatuh cinta pada pengirimnya
tanpa aku kenali siapa dia. Kepada M aku berkongsi segala gelodak
perasaanku.

Ogos 1988, detik bersejarah dalam hidupku. Ketika itu aku sedang
menikmati makan malam di kafe bersama-sama M, tiba-tiba muncul seorang
pemuda di hadapan meja kami memberikan salam. Kami memandangnya, dia
tersenyum dan meminta izin untuk duduk. Aku dan M saling berbalas pandangan.
Pemuda tadi dengan lembutnya mula bersuara. Rupa-rupanya dialah F, pemuda
yang mengutusi saban hari. Dia meminta maaf kerana merahsiakan identitinya
selama ini, Ternyata bait-bait ayat di dalam suratitu sepadan sekali dengan
orangnya. F, pemuda yang sedap dimata memandang dan kaya dengan ilmu agama.
Sikapnya amat menyenangkan dan aku benar-benar menyukainya.

Beberapa bulan berlalu, aku menjalinkan perhubungan cinta dangan F.
Setiap kali bersua, pasti M menemaniku. Aku bahagian sekali, inilah perasaan
halus yang singgah didalam dunia anganku suatu ketika dulu. Akhirnya aku
berjaya merasai indahnya dunia percintaan yang selalu menyelubungi hidup
remaja seusiaku. Namun aku berjanji tidak akan leka dengan percintaan ini
kerana kata-kata ibu masih lagi melekat dimindaku. Aku masih lagi ingat
tanggungjawab sebagai anak dan pelajar.

Sepanjang perhubunganku dengan F,ku lihat lama kelamaan M semakin
berubah. Walaupun dia setia menemaniku setiapkali bersua dengan F, namun aku
dapat menghidu sesuatu yang tidak kena dengannya. Aku memberanikan diri
bertanya kepada M, adakah dia kurang senang dengan tindakanku tetapi M
menafikannya. Mungkin kerana hubungan erat kami, M akhirnya meluahkan
perasaannya padaku. Menurutnya, dia menyukai seseorang tetapi bimbang adakah
pemuda itu juga berperasaan sedemikian atau tidak. Aku menasihatinya agar
bersabar dan berusaha, manalah tahu pemuda itu juga tertarik padanya. Kataku
padanya, jikalau ada jodoh tak ke mana. tetapi apabila aku bertanyakan
siapakah gerangan pemuda bertuah yang berjaya menawan hatinya, M tersenyum
penuh makna. Mungkin dia belum bersedia memperkenalkan pemuda itu kepadaku
kerana bimbang cintanya tak berbalas.

Berkat nasihatku, hari demi hari M mula menjalani kehidupannya
seperti biasa malah lebih ceria berbanding dulu. Salah satu perubahan yang
ketara ialah M tidak lagi mahu menemaniku berjumpa dengan F. Mungkin dia ada
agendanya yang tersendiri dengan si dia. Keengganan M membuatkan aku agak
terhad untuk bersua dengan buat hatiku, F. Hanya sesekali kami dapat bersua
untuk melepaskan rindu. Itupun biasanya di perpustakaan ketika kami
masing-masing ingin mengulangkaji pelajaran ataupun mencari bahan rujukan.
Walaupun jarang bertemu muka hanya telefon menjadi pelepas rindu, namun
perhatian F padaku tidak pernah berubah walau sedikit pun. Malah kasihku
padanya semakin hari semakin menebal.

Cuti semester menjelang tiba, sudah lama aku tidak pulangkampung
halaman, terbit rasa rindu pada keluarga dan kawan-kawan sekampung. salah
seorang abangku datang menjemputku pulang. M juga telah berangkat ke Kedah
semalam. Terasa berat untuk meninggalkan F di universiti sendirian, tetapi
apakan daya. Menurut kata F, dia tidak akan kemana-mana mungkin hanya
menjenguk makciknya di Bangsar sahaja. Untuk pulang ke kampung, kosnya agak
tinggi kerana keluarga F menetap di sarawak mengikut ayahnya yang ditugaskan
disana. Tinggallah F bertemankan kawan dan buku di sana. Tinggallah F
bertemankan kawan dan buku di kolej sementara aku mengisi masa cutiku di
kampung. Waktu itu hanya telefon yang menjadi pengubat rindu.

Seminggu lagi cuti semester akan berakhir. Aku bercadang untuk
pulang lebih awal ke universiti. Tidak tertanggung rasanya perasaan rindu
pada F yang bersarang di dalam jiwaku. Kepada ibu aku nyatakan keputusanku
untuk pulang lebih awal. Aku memberi alasan, masih ada tugasan yang perlu ku
siapkan. ternyata ibu amat memahami tanggungjawabku sebagai pelajar. Dia
mengizinkan kepulanganku. Dengan hati yang berbunga, aku terus ke stesen bas
dan mendapatkan tiket. Aku nekad untuk merahsiakan kepulanganku kepada F,
sengaja ingin memberikan kejutan padanya.

tepat jam 5.00 petang keesokan harinya, aku tiba di kolej. Setelah
mengemaskan barang-barang, aku cuba menelefon F. tetapi telefon bimbitnya
dimatikan. Mungkin dia sedang sembahyang, fikirku. Setelah mandi dan
menunaikan solat Asar, aku cuba menghubungi F sekali lagi. Namun masih gagal
lalu aku mengambil keputusan untuk turun ke kafe. Perjalanan jauh membuatku
perutku terasa lapar.

Dari luar kafe aku dapat melihat kelibat F. Dia sedang minum petang
bersama seseorang yang membelakangiku. Jantungku berdegup pantas waktu itu,
F sedang duduk berhadapan dengan seorang gadis. Mungkin teman sekuliahnya,
fikirku cuba menenangkan diri sendiri. Tiba-tiba pasangan yang asyik
bersembang itu ketawa dan..................

Aku cukup kenal dengan suara itu. Tetapi tak mungkin M , dia berada di
utara bersama keluarganya, baru semalam aku menghubungi telefon bimbitnya.
Tak mungkin dia berbohong!

Menyirap darahku, sangkaanku tidak melesat. Memang benar pasangan itu
F dan M dan mereka sedang bergurau mesra. Hancur luluh hatiku. Tergamak
mereka melukai hatiku. Aku amat kesal dengan sikap kepura-puraan F dan
kecewa dengan sikap perampas M. Aku terus berlari membawa diri ke bilik.
Tidak sanggup lagi mata ini menyaksikan sandiwara mereka. Kedua-dua insan
yang paling rapat dan paling aku percaya telah menipuku. Bagaimana harus aku
menahan kepedihan ini.

Hari itu menjadi detik hitam dan hidupku. Aku memutuskan pertalianku
dengan F dan M tanpa sebarang alasan. Mereka cuba berlakon seperti biasa
seolah-olah tiada apa yang berlaku tetapi aku tidak dapat memaafkan mereka.
Aku masih ingat lagi kenyataanku kepada mereka, "kalau kahwin nanti jangan
lupa jemput....."

Mereka terpana nmendengar kataku menyedari tembelang mereka telah
pun aku ketahui. Aku meningalkan mereka tanpa berpaling dan nama mereka
terus ku buang jauh dari dalam hidupku.

Sehingga ini, luka itu masih lagi berdarah. Mengikut cerita
kawan-kawanku, perhubungan mereka cuma bertahan selama setahun dan kini
masing-masing mempunyai teman lain. Walaupun F pernah datang memohon maaf
padaku dan meminta peluang kedua, namun hati ini tidak akan sekali-kali
menerimanya. Tidak!

**************************************

Kepada pembaca jadikan pengalaman ini sebagai teladan dan janganlah
terlalu mempercayai cinta.........





-----------------
hadiah yang paling berharga dalam ertikata sahabat yang sebenarnya ialah memberi yang terbaik dalam diri anda sendiri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Pergi ke nur_islami's Website   Quote dan BalasQuote

hafiza85
Warga Rasmi
Menyertai: 17.07.2003
Ahli No: 2407
Posting: 16
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 11-09-03 13:54


assalamualaikummm..
cerita yang menarik yang boleh memberi pengajaran kepada kita. sebenarnya bukan semua cinta boleh membinasakan kita, kita sepatutnya perlu menilai siapa yang perlu kita cintai. inilah yang dikatakan sebagai dugaan Tuhan. sabar itu penting dalam membentuk peribadi yang mulia..okla

cintailah seseorang itu seadanya kerana tidak mustahil dia akan menjadi orang yang paling kita benci dikemudian hari.ok

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiza85Profil   Hantar PM kepada hafiza85   Pergi ke hafiza85's Website   Quote dan BalasQuote

fi_amaanillah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 259
Posting: 306
Dari: JB

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-10-03 10:11


berhati2 dlm m'cari pasangan...

-----------------
"jadilah spt pohon kayu yg lebat buahnya,tumbuh di tepi jalan, dilempar dgn batu,tetapi dibalas dgn buah"---Saidina Abu Bakar

Bookmark and Share

    


  Member Information For fi_amaanillahProfil   Hantar PM kepada fi_amaanillah   Quote dan BalasQuote

ummu_qistina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 398
Posting: 283
Dari: bumi ALLAH

egypt  


posticon Posting pada: 19-10-03 20:52


assalammualaikum ...

kalau nak cari pasangan hidup biar laa mengikut syariat ...'dan biar laa sekufu ...dan dapat faham kita sebenarnya ..dan lebih elok biar la sama fikrah .waalahualam..

-----------------
IJLIS BINA NU'MIN SAAH......BeSt 4 iSlAm...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_qistinaProfil   Hantar PM kepada ummu_qistina   Quote dan BalasQuote

putripuisi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2005
Ahli No: 15926
Posting: 156
Dari: Allah & kepada-Nya jua

Kelantan  


posticon Posting pada: 03-05-05 18:23








-----------------
Tengok dengan mata…
Lihat dengan hati…
Renung dengan akal…
Fikirlah dengan iman…

Bookmark and Share

    


  Member Information For putripuisiProfil   Hantar PM kepada putripuisi   Pergi ke putripuisi's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.100794 saat. Lajunya....