Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Laut yang tenang tidak menghasilkan nelayan berani

-- Kang

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 53
Ahli: 0
Jumlah: 53




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 13 hari yang lalu
lidah-penghunus: 15 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Hijrah cinta


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Hijrah cinta

Please Mendaftar To Post


Oleh Hijrah cinta

abong
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.11.2006
Ahli No: 27304
Posting: 59
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 31-01-07 14:37


Saya bukanlah orang yang paling layak untuk berbicara pasal cinta. Kerana umur yang masih muda, maka pandangan saya mengenai cinta mungkin terbatas, berbanding golongan-golongan senior seperti ibu bapa. Namun izinkan saya untuk berkongsi pandangan mengenai cinta.

Cinta sama seperti nafsu. Yakni mempunyai skop yang luas. Cinta tak sepatutnya bertumpu kepada cinta kepada berlawanan jenis semat-mata. Begitu juga nafsu, tidak perlu berfokus kepada syahwat atau seks semata-mata.

Saya yakin ramai bersetuju dengan mukaddimah diatas. Topik perbincangan pada di dalam artikel ini mungkin berkisar kepada konsep atau tatacara cinta. InsyaAllah saya sedaya mungkin akan mencakupi skop cinta yang tidak hanya terbatas kepada cinta berlawanan jenis atau lebih senang dikenali sebagai cinta remaja.

Saya suka untuk mengajak pembaca untuk membincangkan mengenai Cinta Allah, Cinta Rasul, Cinta ibu bapa, Cinta ulamak, Cinta pemerintah, Cinta adam dan hawa, dan yang terakhir mungkin mengenai Cinta bangsa.

Sebelum kita masuk kepada perbincangan yang lebih terperinci, ingin saya jelaskan tentang fikrah cinta yang ingin saya utarakan. Pada pandangan saya, cinta perlu mempunyai dua rukun. Pertama ialah perasaan cinta, kedua ialah perlakuan atau pembuktian kepada cinta itu. Maknanya disini ia mencakupi dari segi teori dan praktikal.

Cinta Allah

Sebagai muslim, kita diajar untuk mencintai Allah. Islam mengajar kita untuk menginsafi kejadian diri yang hina, dan kewajipan kita sebagai hamba untuk menunaikan hak-hak yang patut diberi kepada Allah. Dari segi teori ia kelihatan mudah dan senang difahami, tetapi bagaimana pula dari segi praktikal?

Dari segi praktikal kita perlu mengamalkan apa yang diajar oleh syariat yakni keseimbangan dalam amalan kita. Ada orang yang begitu ekstrem dalam membuktikan cintanya kepada Allah, dengan mengabaikan hak-hak pada dirinya. Padahal Allah tidak menyukai hambaNya yang menzalimi diri sendiri.

Namun ada juga yang begitu lalai dalam mencari atau memenuhi cinta Allah. Golongan ini terlala mencintai diri sehingga alpa kepada hak-hak yang wajib ditunaikan kepada Allah. Moga kita tak tergolong didalam golongan yang ekstrem mahupun golongan yang lalai.

Cinta Rasul

Rasul adalah kekasih Allah. Rasul juga adalah hamba Nya. Ada umat Islam yang membuktikan cinta Rasul dengan mengadakan Maulid Nabi. Ada juga umat Islam yang menyatakan cinta Rasul dengan mengadakan demonstrasi apabila berlaku penghinaan terhadap nabi. Kedua-duanya mempunyai niat yang baik. Yakni membuktikan kecintaan pada Rasul.

Namun, alangkan indah jika kecintaan pada Rasul sentiasa mekar dan sentiasa subur dalam kehidupan kita seharian…?Kita boleh membuktikan kecintaan kita pada kehidupan seharian dengan mengamalkan sunnah-sunnah Rasul dalam kehidupan. InsyaAllah diri akan terassa hamper dengan Rasul.

Cinta ibu bapa

Cinta ibu bapa perlu berada dibawah cinta Allah dan Rasul. Hasil cinta antara ibu dan bapa maka kita lahir ke dunia. Maka amatlah derhaka anak-anak yang gagal membuktikan kecintaan pada ibu bapa.

Satu kaedah yang paling mudah ialah, apabila cinta kita kepada selain ibu bapa(tak termasuk cinta Allah dan Rasul) menambahkan cinta kita pada ibu bapa, maka itu adalah contoh kecintaan ibu bapa yang terbaik. Remaja tidak harus mengenepikan cinta ibu bapa apabila terlibat dengan cinta remaja, cinta remaja sepatutnya akan menyuburkan kecintaan terhadap kedua ibubapa mereka.

Cinta pemerintah dan ulamak

Pemerintah perlu dikasihi dan ditaati selagi mana mereka mendirikan solat dan mengajak kepada amar makruf dan nahi mungkar. Jika sebaliknya, maka kita perlu menasihati pemerintah. Menasihati atau menegur perlu dibezakan dengan memberontak atau menikam pemerintah dari belakang. Ini adalah contoh kecintaan yang terbaik kepada pemerintah.

Ulamak adalah pewaris nabi. Allah mengangkat darjat ulamak. Tetapi ulamak tetap manusia biasa. Mungkin ada kesalahan mereka semasa melakukan ijtihad, namun kita tidak perlu terus membesarkan kesalahan mereka mengatasi kebaikan yang telah mereka sumbangkan. Kecintaan pada para ulamak perlu disusuli dengan sikap yang berhemah. Kita tidak perlu taksub sebagai bukti kecintaan, dan kita juga tidak perlu mengutuk sebagai bukti kecintaan.

Cinta adam dan hawa

Sesiapa pun tak dapat menafikan kepentingan cinta ini. Namun mungkin ramai remaja yang masih belum memahami cinta ini. Cinta ini bukan cinta sebelum perkahwinan. Cinta sebelum perkahwinan tidak bererti, kerana ia tidak mempunyai asas. Berbeza antara cinta apabila ikatan yang sah sudah dimeterai, ia cinta yang mempunyai halatuju, matlamat dan mempunyai asas yang kukuh.

Kepada para remaja, termasuklah saya, cinta ini sepatutnya dapat membantu seseorang itu lebih mencintai Allah, Rasul dan ibu bapa.Jika dengan cinta berlainan jenis membawa kita kearah melupakan cinta Allah, Rasul dan ibubapa…nyatalah ada sesuatu yang tidak kena dengan cinta ini.

Cinta bangsa

Saya adalah orang Melayu. Sepanjang pengamatan saya, orang Melayu mencintai Melayu dengan mengamalkan konsep tidak boleh mengkritik kesalahan didepan pesalah, tetapi dibolehkan mengkrtitik di belakang (mengumpat). Sedar atau pun tidak inilah konsep cinta Melayu. Kita perlu berhijrah. Kecintaan kepada bangsa (melayu) perlu disertai dengan kritikan membina dan amalan mengumpat perlu dibuang.

Bookmark and Share

    


  Member Information For abongProfil   Hantar PM kepada abong   Pergi ke abong's Website   Quote dan BalasQuote

redgirl
WARGA SETIA
Menyertai: 31.01.2007
Ahli No: 28476
Posting: 871
Dari: bumi tuhan

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 31-01-07 14:41


good

Bookmark and Share

    


  Member Information For redgirlProfil   Hantar PM kepada redgirl   Quote dan BalasQuote

wafa_mawaddah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-01-07 16:27


cinta itu adalah fitrah..

yang kini telah menjadi fitnah...

pabila salah meletakkan cinta....

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafa_mawaddahProfil   Hantar PM kepada wafa_mawaddah   Pergi ke wafa_mawaddah's Website   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 31-01-07 17:46


memang semua manusia pasti ada rasa cinta dalam diri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

Ad-deen
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.03.2005
Ahli No: 15199
Posting: 75
Dari: Wara' Syabrawi

egypt   avatar


posticon Posting pada: 31-01-07 17:52


Bukan mudah hendak mengubah persepsi kita tentang bercinta. Sekian lama kita membentuk satu tanggapan dalam fikiran bahawa cinta adalah pra-syarat perkahwinan. Bahawa perkahwinan itu mesti didahului oleh hubungan cinta. Ada "dating", hubungan telefon dan lain-lain

Bila dikatakan ada keindahan cinta selepas perkahwinan, kita menganggap janggal kerana ia berbeza dari persepsi kita tentang cinta. Oleh itu bermacam-macam persoalan timbul. Bolehkah bahagia bila berkahwin tidak didahului hubungan cinta? Bolehkah serasi? Dan bermacam persoalan lagi.

Mungkin kerana itulah agaknya ramai yang menganggap kehangatan cinta akan mendingin selepas berkahwin lalu mereka ingin menikmati kehangatan itu sepuas-puasnya sebelum perkahwinan. Dan ada yang mengambil masa yang cukup panjang untuk bercinta sebelum perkahwinan, kononnya mencari keserasian agar cinta terus berkekalan setelah perkahwinan.

`Cinta Sebelum Perkahwinan`

Bercinta sebelum kahwin mempunyai berbagai risiko yang bukan sekadar zina mata dan hati malah zina yang lebih besar yang boleh mengganggu jiwa sebab cinta sebelum kahwin ini adalah bersalut nafsu dan syaitan. Dalam keadaan sebegini bagaimana mungkin kita memiliki khusyuk di dalam sembahyang kalau diri diselaputi iblis dan syaitan?? Apabila hati kita diisi oleh cinta manusia dan nafsu, tiada tempat untuk cinta Allah.

Oleh yang demikian Islam amat menekankan kawalan terhadap hati agar tidak mudah terpesong meletakan neraca perasaan cinta kepada yang bukan hak melalui amalan seperti doa dan sebagainya.

Antara doa yang patut diamalkan : " Ya Allah, Kurniailah aku cinta- Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepada-Mu dan jadikan cinta terhadap Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air yang sejuk"

Doa ini wajar diamalkan supaya kita faham erti cinta yang menjadikan kita cinta kepada Allah atau menjadikan cinta kepada orang yang hampir dengan Allah. Jika seseorang itu cinta kepada manusia, ia mestilah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah.

Oleh itu jika kita sudah "fall in love", pastikan apakah cinta itu kerana Allah atau kerana nafsu. Kalau cinta itu kerana Allah, kita akan bertambah khusyuk di dalam sembahyang dan bertambah ibadah. Tetapi kalau cinta itu semakin menambahkan maksiat, bermakna cinta itu didorong oleh nafsu.

Namun begitu adakala cinta itu datang tanpa dipinta. Atau dalam erti kata yang lain "cinta pandang pertama" yang sememangnya tidak diundang yang boleh menganggu minda dan imaginasi.

Dalam keadaan yang sedemikian kita amat digalakkan untuk mengamalkan doa tadi. Kedua, mengerjakan solat Istikharah dan berdoa : " Ya Allah. Aku suka orang ini, kalaulah dia ini betul-betul pilihan yang tepat untuk aku dunia akhirat, pertemukanlah jodoh kami. Jadikanlah dia isteri (atau suami) ku. Kalau tidak baik, Ya Allah, elakkanlah"

"if you love someone" mintalah kepada Allah yang mencipta diri kita. Ini kerana orang yang kita cintai itu juga adalah makhluk Allah. Allah berhak untuk menjadikan makhlukNya suka atau tidak. Silap kebanyakkan kita sekarang ini, terus direct kepada empunya diri.

Persoalan yang penting sekarang ialah apakah yang diperolehi oleh mereka yang bercinta sebelum kahwin apabila mereka sudah saling mengetahui segala perkara mengenai diri masing-masing. Sudah tidak ada nikmat selepas kahwin. Apatah lagi kalau sudah terlanjur, kemudian kahwin pula dengan orang lain dan ternyata suami itu cinta kepadanya. Individu akan menyesal kerana `she got nothing to offer` kepada suami yang betul-betul mencintainya. Ini akan melahirkan perasaan dendam dan bersalah. Jadi eloklah dijagai perhubungan kita.

`Cinta Selepas Perkahwinan'

Bercinta selepas kahwin adalah merupakan sunnah Rasul. Mungkin terlalu ideal atau terlalu jauh untuk melihat tradisi perkahwinan Rasulullah s. a. w dan para sahabatnya yang serba indah. Tetapi cukuplah kita mengimbau trend perkahwinan masyarakat Melayu Islam satu ketika dahulu yang menyaksikan ramai yang berkahwin atas pilihan ibubapa dan perkahwinan itu ternyata berjaya.

Para ibubapa ketika itu memilih calon menantu mereka berdasarkan panduan yang diberikan oleh Nabi Muhammad s. a. w melalui sabdanya : " Dikahwini wanita itu atas empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan". (mafhum hadis)

Bukan itu sahaja, malah trend masyarakat ketika itu juga sangat memandang tinggi nilai akhlak dan budi. Jadi perkahwinan melalui orang perantaraan (match maker) yang dipercayai kesolehannya juga mudah dilaksanakan. Dan perkahwinan tanpa didahului cinta sudah menjadi perkara biasa pada ketika itu.

Namun ini tidaklah menafikan perkara-perkara yang boleh dan memang dibenarkan oleh syariat untuk dilakukan sebelum sesuatu perkahwinan dipersetujui. Misalnya, seseorang dibolehkan melihat calon isteri atau suami, menyelidiki maklumat tentang pekerjaan, peribadi dan lain- lain latar belakang calon. Ini semua dapat dibuat dengan adanya pengaturan orang tengah - sama ada terdiri daripada keluarga atau teman-teman yang rapat. Tegasnya tidak payahlah seseorang itu sendiri bersusah payah mendapatkan maklumat tentang calon suami atau isteri melalui cara percintaan.

Tidak hairanlah kalau suasana bulan madu akan lebih panjang malah akan terus berkekalan sepanjang perkahwinan. Marilah kita dekatkan semula keindahan cinta dengan mendekatkan diri kepada Pencipta cinta. Rumahtangga pasti berseri apabila suami isteri sama-sama cintakan Ilahi

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ad-deenProfil   Hantar PM kepada Ad-deen   Pergi ke Ad-deen's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-01-07 19:12


syukran

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

dmz
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26613
Posting: 442
Dari: selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 31-01-07 19:32


ASSALAMMUALAIKUM...........
Hmmmm....saya tak taulah apa tu cinta sebelum kawin....sepanjang hidup waktu terlalu muda pun tak ada.....saya bertunang pun 6 bulan saja, kemudian terus kawin....cintan2 dan jiwang2 tak tau pun....tapi lepas kawin...emmm...bahagia juga.....


-----------------
http://studiouniversiti.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For dmzProfil   Hantar PM kepada dmz   Pergi ke dmz's Website   Quote dan BalasQuote

abong
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.11.2006
Ahli No: 27304
Posting: 59
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-02-07 09:49


Satu doa yang nabi ajar...
mafhumnya....(insyaAllah dari hadis yang sahih)

Ya Allah jika betul si dia ini memberi kebaikan kepada kehidupan duniaku,
kepada urusan agamaku, dan memberi kesudahan yang baik kepada akhiratku, maka tetapkanlah hati dia untuk aku, tetapkanlah hatiku untuk dia,....
jika sebaliknya...maka Kau tetapkanlah dimana jua ketetapan yau Kau kehendaki

Bookmark and Share

    


  Member Information For abongProfil   Hantar PM kepada abong   Pergi ke abong's Website   Quote dan BalasQuote

lamka
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.10.2006
Ahli No: 27100
Posting: 43
Dari: kelate

australia   avatar


posticon Posting pada: 01-02-07 10:05


jazakumullahu khayr atas peringatan...
nak tanya pendapat sikit, kalau dah terjebak dengan cinta ni bagaimana pulak?

Bookmark and Share

    


  Member Information For lamkaProfil   Hantar PM kepada lamka   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-02-07 10:26


Setuju dengan pendapat Ad - Deen...
"...Engkaulah yang kami sembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.." Al-Fatihah : 4

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 01-02-07 10:51


mm,betul....

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

erwina
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 01-02-07 11:02


betul tu....

"Ya Allah jika betul si dia ini memberi kebaikan kepada kehidupan duniaku,
kepada urusan agamaku, dan memberi kesudahan yang baik kepada akhiratku, maka tetapkanlah hati dia untuk aku, tetapkanlah hatiku untuk dia,....
jika sebaliknya...maka Kau tetapkanlah dimana jua ketetapan yau Kau kehendaki"

Bookmark and Share

    


  Member Information For erwinaProfil   Hantar PM kepada erwina   Pergi ke erwina's Website   Quote dan BalasQuote

abong
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.11.2006
Ahli No: 27304
Posting: 59
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-02-07 12:08


Kalau dah terjebak...
tak mengapa...
cinta adalah fitrah...
bukan sesuatu yang salah...
maka kita perlu pandu ia....
agar cinta Allah, Cinta Rasul, cinta ibu bapa selari atau semakin kuat bersebabkan cinta adam dan hawa yang kita hadapi

Bookmark and Share

    


  Member Information For abongProfil   Hantar PM kepada abong   Pergi ke abong's Website   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-02-07 12:13


yakinlah dengan Allah akan tiba masanya, saatnya yang betul, dan pada masa tu kita akan cakap ' Ya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya'. aturannya cantik.

pasakkanlah cinta pada Allah, insyaAllah akan menyusul cinta-cinya yang lain.

Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 03-02-07 01:27


!!! QUOTE !!!

nak tanya pendapat sikit, kalau dah terjebak dengan cinta ni bagaimana pulak?


*lamka...
kalau dah feeling tu.. kawal diri tu..
jangan sampai dah rindu-rinduan..saja..
hehhee..

memang fitrah kasih sayang tu...
kalau dah serba-serbi cukup.. molek ikat dulu..
kalau ada komitmen belajar.. fokuslaa dulu..
kalau rasa mampu untuk pikul tggungjawab dalam satu masa..
laksanakanlaa dengan amanah... :roll: :roll:

wallahua'alam...


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

lamka
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.10.2006
Ahli No: 27100
Posting: 43
Dari: kelate

australia   avatar


posticon Posting pada: 03-02-07 16:34


kawal diri tu boleh. tapi susah juga nak kawal diri lama-lama..
nak ikat pun, masih belajar lagi...

bagaimana nak mengarahkan cinta adam dan hawa ni untuk membina cinta ALLAH, cinta RASUL dan cinta ibu bapa dalam keadaan macam ni?

Bookmark and Share

    


  Member Information For lamkaProfil   Hantar PM kepada lamka   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.122718 saat. Lajunya....