Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 27-05-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap tindakan menghasilkan tindakbalas
-- Hukum Newton

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 26
Ahli: 0
Jumlah: 26




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 19 hari yang lalu
izdham: 28 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 37 hari yang lalu


Bincang Kenderaan
Topik: Pil boleh jimat minyak ?


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Kenderaan
    »» Pil boleh jimat minyak ?

Please Mendaftar To Post


Oleh Pil boleh jimat minyak ?

fizanaiy
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.01.2005
Ahli No: 13439
Posting: 160
Dari: Damansara Damainya....

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-01-07 02:29


Kepada sahabat2 yang pernah pakai benda itu tolong cerita pengalaman pada saya..sebab pakcik saya kat boleh jimat minyak...dan baru-baru ni kawan saya pula dia jual benda yag hampir serupa tapi bukan berbentuk pil...tetapi bentuk suatu device yang harganya dalam rm70 saja... :-?


-----------------
Buatlah sebanyak mana kebaikan, kerana kita tidak tahu kebaikan yang mana Allah nilai untuk saham kita di akhirat.
Bookmark and Share

    


  Member Information For fizanaiyProfil   Hantar PM kepada fizanaiy   Quote dan BalasQuote

ad-din
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2005
Ahli No: 19148
Posting: 648
Dari: terengganu-

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-03-07 11:43


saya pernah guna..brand dynotab.. nagus juga benda tu.. tapi xdalah mahal sangat sampai rm70...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ad-dinProfil   Hantar PM kepada ad-din   Quote dan BalasQuote

tornado
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.01.2006
Ahli No: 22015
Posting: 287
Dari: saturn

blank   avatar


posticon Posting pada: 02-03-07 12:40


kenderaan pun demam ke sampai kena telan pil?? :-D :-D :-? :-?


-----------------
Biar selekeh asalkan bijak,
daripada macho gila tapi bangang!!
[ Telah diedit oleh: tornado pada 02-03-07 12:40 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For tornadoProfil   Hantar PM kepada tornado   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2024
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-03-07 15:06


:-D Pil untuk kenderaan....


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

dhiyaul_islam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.05.2005
Ahli No: 16468
Posting: 96
Dari: sini

malaysia  


posticon Posting pada: 02-03-07 16:06


lah pil untuk kenderaan ke? ingatkan untuk minyak masak ka apa...huhuuh...

p/s-mujur berbasikal saja!

Bookmark and Share

    


  Member Information For dhiyaul_islamProfil   Hantar PM kepada dhiyaul_islam   Pergi ke dhiyaul_islam's Website   Quote dan BalasQuote

firehand
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.02.2006
Ahli No: 22626
Posting: 42

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-05-07 17:13


untuk motosikal sesuai tak? sbab tangki kecik saja?


-----------------
mmwalle reg for free (Celcom diskaun 3.5%, Maxis diskaun 3% & digi 1%) tiada yuran pendaftaran dikenakan
[ Telah diedit oleh: firehand pada 06-05-07 17:13 ]



    


  Member Information For firehandProfil   Hantar PM kepada firehand   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 06-05-07 18:42


isk...betul ke ni???
macam tak percaya saja...

erm..tak effect tangki minyak kereta ke??

Bookmark and Share

    


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

fizanaiy
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.01.2005
Ahli No: 13439
Posting: 160
Dari: Damansara Damainya....

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-06-07 12:31


percaya ke tak percaya..............kena cari lah internet....

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizanaiyProfil   Hantar PM kepada fizanaiy   Quote dan BalasQuote

mie05
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.11.2005
Ahli No: 20348
Posting: 318
Dari: melaka

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-09-07 15:36


betul ke tak ni???
sekarng ni macam-macam ada..
kalau nak jimat lagi, parking kat rumah saja..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mie05Profil   Hantar PM kepada mie05   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 26-09-07 16:19


dynotab ada,yang cosway jual tu pun ada.pasang stromberg pun boleh..

Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

rose_itam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 19.05.2007
Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-01-08 14:06


email ini saya dapat dari kawan...kalau tol boleh lah dipraktik...

MEMANDU UNTUK BERJIMAT"

Dengan memerhatikan tatacara di bawah anda akan dapati bahawa ia akan mengurangkan 30% hingga 50% penggunaan minyak kereta anda.



PEMANASAN ENJIN SELAMA 30 SAAT
Panaskan enjin selama 30 saat sahaja. Enjin kereta panas lebih berkesan semasa kereta bergerak. Memanaskan enjin lebih 30 saat bukan sahaja membazir minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin lebih berkesan ketika kereta bergerak. (Kepada yang tak bersetuju... ni CAP yang bagitahu)



ELAKKAN MEMULAKAN PERJALANAN DENGAN KASAR
Tekan minyak perlahan-perlahan ketika memulakan perjalanan.



PANDU DENGAN KELAJUAN SEDERHANA
Tekan pedal minyak dengan lembut (lembut seumpama ditekan bulu ayam.. CAP yang tulis begitu) Memandu di bawah halaju perjalanan lebih menjimatkan minyak daripada memandu laju.



ELAKKAN MENGGUNAKAN GEAR RENDAH
Cuba kekalkan halaju kereta lebih daripada 35 km/jam
Langkah gear dari gear 1 terus ke gear 3 atau 4 ketika kereta menuruni bukit atau melalui jalan rata. Tukar gear secepat mungkin ketika menaiki bukit. Apabila memandu secara automatik, tingkatkan halaju anda dengan segera Jangan andaikan bahawa anda perlu memandu di lebuhraya sahaja untuk menggunakan gear 5. Seboleh-bolehnya pandu dengan gear 5 di mana sahaja walaupun berada di dalam jalan yang kecil.



CARA MENAIKI BUKIT
Memandu menaiki bukit lebih menggunakan minyak. Tingkat kelajuan sebelum menghampiri kawasan bukit. Momentum yang terbina hasil daripada kelajuan tadi memudahkan pendakian. Tidak perlu menekan pedal minyak terlalu kuat yang boleh menyebabkan pembaziran.



JAGA TEKANAN TAYAR
Tayar yang tidak cukup angin menyebabkan penggunaan minyak yang banyak. Bukan itu
sahaja ia boleh merosakkan tayar dan brek. Tayar yang mempunyai tekanan angin terlalu tinggi juga boleh merosakkan bunga tayar.



PILIH JALAN YANG SESUAI
Jalan yang sesak, kerap berhenti boleh membuang masa dan minyak.
Jalan raya yang kasar, berlubang-lubang dan tidak sekata menambah penggunaan minyak sebanyak 30%. Pilih jalan yang jauh sedikit, rata dan cantik daripada dekat tetapi berbukit, kasar dan sibuk. Cuba pilih tempat parking kereta anda paling hampir dengan pintu masuk bangunan yang ingin dituju.



ANGGAR SITUASI PERJALANAN
Cuba jarak kenderaan anda sekurang-kurangnya 2-3 kereta supaya anda tidak perlu kerap berhenti sekiranya kereta depan menekan brek. Brek secara kerap menyebabkan kereta menjadi perlahan. Minyak lebih banyak digunakan untuk memulakan kembali perjalanan.
Minyak digunakan 6x lebih banyak untuk memulakan perjalan semula selepas kereta berhenti betul (keadaan pegun) daripada menekan minyak daripada kereta yang masih bergerak perlahan.



ELAKKAN MENUNGGU
Sekiranya anda terpaksa menunggu seseorang di dalam kereta, matikan enjin. Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1 minit di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.


ELAKKAN RINTANGAN ANGIN
Kereta yang dicipta dengan aero dinamik lebih lancar dan kurang rintangan angin. Oleh sebab itu ia lebih jimat. Untuk mengurangkan rintangan angin, sentiasa memandu dengan menutup tingkap sekiranya halaju melebihi 60 km/jam. Jangan membawa barangan terlalu berat. Berat melebihi 45 kg akan menggunakan minyak 1% lebih daripada biasa.

Ini adalah tips daripada buku yang saya baca yang saya kira agak praktikal. Saya dah mencuba dan nampak ada kesannya. Mungkin anda boleh cuba dan kongsi kejayaan anda bersama-sama saya...



Bookmark and Share

    


  Member Information For rose_itamProfil   Hantar PM kepada rose_itam   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.099369 saat. Lajunya....