Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat
-- Seminar NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 131
Ahli: 0
Jumlah: 131




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 20 jam, 8 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Peralatan
Topik: Telefon dan gajet terbaru Samsung


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Peralatan
    »» Telefon dan gajet terbaru Samsung

Please Mendaftar To Post


Oleh Telefon dan gajet terbaru Samsung

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-12-06 16:12


/
Model Samsung Ultra Mesej ini paling sesuai bagi golongan korporat.

TAHUN 2007 yang berbaki hanya beberapa hari lagi pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat gajet di seluruh dunia, tidak terkecuali di Malaysia.

Ini kerana sejak pertengahan tahun ini lagi, pelbagai jenis peranti baik telefon bimbit, alat multimedia mudah alih (MP3 dan MP4) mahupun komputer riba sudah diuar-uarkan kemunculannya oleh hampir semua pengeluar gajet terkemuka dunia.

Satu perkara yang pasti, gajet itu nanti bakal dilengkapi dengan teknologi baru yang lebih canggih dan futuristik dalam reka bentuk yang lebih moden dan menawan.

Antara syarikat terawal yang sudah memenuhkan diari sepanjang tahun hadapan untuk melancarkan produk mereka ialah Samsung Electronics Co., Ltd. (Samsung) menerusi rangkaian telefon bimbit yang dipertingkatkan dengan kelebihan dan spesifikasi terbaru.

Bagi penggemar gajet serta anda yang sedang mencari-cari telefon bimbit yang sesuai dengan persekitaran teknologi serba canggih hari ini, beberapa produk terbaru Samsung ini perlu diletakkan di dalam senarai pertimbangan atau setidak-tidaknya diberikan perhatian.

Bagaimanapun, harga dan bilakah tarikh kesemua model ini dijual di pasaran negara masih lagi belum diumumkan.

Edisi Ultra

Selepas memukau pengguna dengan tiga buah telefon bimbit ternipis di dunia iaitu edisi Samsung Ultra baru-baru ini, Samsung sekali lagi memperkenalkan edisi yang sama kali ini dengan kelebihan multimedia Ultra Muzik, Ultra Video dan Ultra Mesej.

Melihat kepada taglinenya sahaja, pengguna sudah dapat mengagak kelebihan ketiga-tiga edisi ini namun, hakikatnya teknologi yang tawarkan lebih daripada apa yang dibayangkan malah boleh dikatakan tidak pernah dibangunkan kepada mana-mana peranti seumpamanya sebelum ini.

Ia disokong pula dengan reka bentuk menawan serta material tahan lasak hitam berkilau yang pastinya menyerlahkan gaya ekslusif pemiliknya.

Ultra Muzik (SGH-F300)

Jika anda ingin membawa koleksi lagu-lagu kegemaran anda dan mendengarnya dengan kepuasan yang sebenar ke mana-mana sahaja, model ini adalah pilihan yang paling sesuai.

Melengkapi sepenuhnya spesifikasi pemain MP3 tetapi dalam binaan telefon bimbit, model ini dilengkapi dengan sistem bunyi Digital Power Amp yang jarang-jarang dimiliki oleh sebuah telefon bimbit.

Reka bentuk dua dalam satu model ini paling mengagumkan yang mana kedua-dua bahagian permukaannya boleh digunakan sama ada sebagai telefon bimbit atau pemain muzik MP3.

Bahagian yang bertindak sebagai pemain muzik MP3 dilengkapi dengan skrin bersaiz 2.1 inci serta butang sesentuh manakala bahagian untuk telefon bimbit pula dilengkapi dengan butang asas dan pengguna boleh menggunakannya meskipun ketika sedang mendengar muzik.

Ultra Video (SGH-F500)

Sama seperti Ultra Muzik, model dengan dua fungsi permukaan ini pula dikhususkan kepada peminat video mudah alih tetapi lebih canggih apabila permukaannya boleh dipusingkan untuk disesuaikan dengan sudut menonton pengguna.

Model ini juga muncul sebagai telefon bimbit pertama di dunia yang dibangunkan dengan kod DivX iaitu format video popular untuk muat turun video dari Internet atau dalam erti kata lain, ia boleh memutarkan hampir semua format video.

Skrin bersaiz 2.3 inci jenis LCD TFT model ini juga menawarkan kepuasan menonton sebenar kepada pengguna dan jangan lupa, ia masih merupakan sebuah telefon bimbit!

Ultra Mesej (i-600)

Bagi golongan korporat yang memerlukan pejabat bergerak yang lengkap dan pantas, model yang diseimbangkan untuk memenuhi ciri-ciri pengguna biasa dan ahli perniagaan ini adalah penyelesaian yang bijak.

Model yang beroperasi menggunakan sistem Windows Mobile 5.0 ini juga muncul sebagai telefon bimbit pintar pertama di dunia yang menyokong aplikasi web seperti podcasting, RSS Feeder dan Google Talk.

Sesuai dengan kelebihannya yang menyokong urusan pejabat, papan kekunci QWERTY model ini juga disusun untuk memudahkan pengguna menaip seolah-olah menggunakan komputer riba di atas skrin bersaiz 2.3 inci.

Model SGH-P930

Telefon bimbit yang menyokong fungsi TV ini didatangkan dengan kamera 2.0 megapiksel serta skrin LCD TFT bersaiz 2.2 inci.

Ia bukan sahaja dilengkapi dengan teknologi televisyen bergerak terkini tetapi turut digabungkan dengan teknologi HSDPA yang membolehkan data dipindahkan dengan pantas.

Reka bentuk yang sporty dan lasak model ini diperkuatkan dengan kelebihan seperti sistem DVB-H terbina dalam, sambungan USB, dan Bluetooth 1.2.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-12-06 18:32


:-) Boleh tahan....tapi mesti dia punya harga pun boleh tahan......


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.392286 saat. Lajunya....