Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
-- ummimq (Kaunselor)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 170
Ahli: 0
Jumlah: 170




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Poligami adalah khas untuk wanita


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Poligami adalah khas untuk wanita

Please Mendaftar To Post


Oleh Poligami adalah khas untuk wanita

abong
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.11.2006
Ahli No: 27304
Posting: 59
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-12-06 08:46


Sebenarnya hati ini tergerak untuk berbicara
mengenai perkara ini. Tidak tahu mengapa.
Mungkin kerana kawan-kawan saya terdiri
daripada ramai perempuan (kerana faktor-faktor
keadaan yang tak boleh dielakkan), atau mungkin
juga kerana topik ini sedang hangat diperkatakan
sekarang.

Saya ingin para pembaca yang membaca artikel
ini dengan mempunyai 'setting' bahawa semua
perempuan adalah baik. Baik disini merujuk
kepada baiknya perempuan sesama perempuan,
baiknya perempuan kepada yang berlainan jantina
(yakni lelaki) dan baiknya perempuan dengan
semua jenis makhluk.

Kita cuba lihat satu situasi rumahtangga di mana
sepasang suami isteri menjadi wataknya.
Ditakdirkan si isteri tidak dapat memberi zuriat
kepada si suami atau mempunyai penyakit yang
menyebabkan si isteri tidak dapat memenuhi
kehendak shahwat si suami (yang mana salah
satu fungsi perkahwinan kepada makhluk Allah
yang bergelar insan).

Si isteri ini adalah isteri yang baik dan taat --
katakanlah tiada syariat poligami-- besar
kemungkinan si isteri sanggup di ceraikan untuk
memberi peluang kepada si suami berkahwin lain.
Tetapi, alhamdulillah dengan adanya poligami, si
suami masih dapat menjaga dan menyayangi si
isteri yang taat dan baik itu dan dalam masa yang
sama si suami boleh berkahwin lain.

Situasi yang kedua, terdapat pasangan suami
isteri yang baik, soleh dan solehah. Si isteri
mempunyai seorang kawan (perempuan). Kawan
perempuan ini masih bujang. Keadaan pada
zaman itu sangat teruk. Bilangan lelaki yang baik-
baik sudah sedikit. Di takdirkan pula si perempuan
itu mempunyai rupa paras yang menawan (yang
mana boleh mengundang banyak fitnah
kepadanya).

Oleh kerana si isteri tadi (merangkap kawan
kepada wanita itu) sayangkan kawannya, dan
yakin bahawa suaminya dapat menyelamatkan
wanita itu dari sebarang fitnah (dengan izinNya), si
isteri juga mempunyai perasaan ingin berkongsi
sesuatu yang baik dengan kawannya, dia ingin
kawannya juga mendapat dan merasa nikmat
(suami yang soleh) bersama-sama dengannya,
lalu si isteri tadi mengesyorkan perempuan tadi
kepada suaminya untuk dimadukan. Alangkah
bagus dan baiknya budi pekerti si isteri tadi
kepada kaum sesama jenisnya.

Situasi ketiga, ialah tentang sepasang suami isteri
juga, tetapi si suami ini kurang solehnya
berbanding si isteri. Di takdirkan pula si isteri ini
diuji dengan kisah isteri situasi pertama tadi. Si
suami yang masih muda serta dahagakan
sesuatu. Lalu si suami mengambil langkah drastik
untuk mencari perempuan simpanan (hendak
berpoligami ,takut isteri tidak memberi izin).

Dengan izinNya, si isteri dapat menghidu
perbuatan si suami. Lalu si isteri berasa kasihan
kepada perempuan simpanan si suami (kerana dia
dilayan bagaikan 'isteri', tetapi tidak mendapat hak-
hak seorang isteri seperti nafkah zahir, wasiat dan
sebagainya).Lalu si isteri ini mencadangkan
kepada si suami dan wanita itu supaya bertaubat
dan berkahwin secara sah.

Alangkah baiknya niat dan hasrat si isteri tadi. Dia
inginkan kebaikan kepada suami yang dicintainya
(agar jangan melakukan hubungan yang haram),
dan dia juga sayangkan wanita itu dan mahukan
wanita itu mendapat hak sebagai seorang isteri
sebagaimana yang telah disyariatkan.

Nah! Adakah poligami sebenarnya untuk lelaki
sahaja? Elok direnung-renungkan...

Di sini ingin saya selitkan mengenai isu lelaki
tidak berlaku adil. Kebanyakan isu ini diutarakan
oleh kaum wanita yang mengakui mereka
kesiankan isteri-isteri yang dipoligami kerana tidak
mendapat keadilan yang sepatutnya. Mereka
mengaku yang mereka benar-benar memahami
perasaan kaum sejenis mereka itu (justeru mereka
mengutarakan isu keadilan).Baiklah, jom kita teliti
situasi di bawah ini.

Baik, sebelum ini saya pernah mengatakan
bahawa kawan-kawan saya terdiri daripada ramai
wanita. Baru-baru ini saya dan kawan-kawan saya
ini telah terjebak ke dalam satu situasi di mana
saya ditinggalkan di dalam sebuah rumah seorang
diri dan kawan-kawan saya (perempuan)
ditinggalkan di dalam sebuah rumah (jumlah
berapa tak dapat dinyatakan).

Baik, kami ditempatkan di situ selama sebulan.
Dalam masa sebulan itu, banyak saya mendengar
cerita pergaduhan yang berlaku diantara mereka
(mungkin bukan pergaduhan, tetapi perselisihan
yang boleh merubah mood gembira kepada bad
mood).

Jadi, apa yang dapat saya simpulkan ialah, wanita
sendiri payah untuk memahami wanita (sehingga
perselisihan masih timbul), apatah lagi kaum
Adam (untuk memahami wanita, untuk memahami
definisi keadilan bagi setiap isteri mereka, yang
mungkin berbeza di antara satu sama lain). Saya
harap maksud saya jelas di sini.

Apa-apa pun, ingin saya tegaskan, bahawa
poligami bukannya untuk diamalkan oleh semua
lelaki. Ianya adalah syariat yang mengandungi
kelebihan dan kebaikannya yang tersendiri untuk
mengatasi situasi-situasi yang tertentu. Cuba
kaitkan dengan rukhsah qasar dan jamak. Ia
bukan diwajibkan untuk setiap masa dan keadaan.
Ia hanya diperlukan apabila 'diperlukan'.Begitu juga
dengan poligami.

Walaupun saya mengutarakan isu ini, tidak
bermaksud saya ingin berpoligami, tetapi cuma
ingin membuka persepsi kita terhadap pologami
itu. Jangan disalahkan syariat itu. Tetapi salahkan
si individu (mungkin si suami atau si isteri).

Bookmark and Share

    


  Member Information For abongProfil   Hantar PM kepada abong   Pergi ke abong's Website   Quote dan BalasQuote

NuhaAwatif
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.12.2006
Ahli No: 27707
Posting: 28
Dari: Perak Darul Ridzuan.......

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-12-06 13:48


Nah! Adakah poligami sebenarnya untuk lelaki
sahaja? Elok direnung-renungkan...

ana dah renug masak2...dah nak ranum dah...
bukan ke poligami untuk lelaki saja???....ana kompius. dan bmadu itu bagi perempuan...

kalau ana silap tolong BETULkan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuhaAwatifProfil   Hantar PM kepada NuhaAwatif   Quote dan BalasQuote

IbnuKhaldun
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.01.2004
Ahli No: 6277
Posting: 41
Dari: damansara

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-12-06 14:42


dalam berpoligami bukan nak cari keseronokan ...tapi cari keadilan.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For IbnuKhaldunProfil   Hantar PM kepada IbnuKhaldun   Quote dan BalasQuote

shinobi
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17265
Posting: 425
Dari: bangi,gombak...

blank  


posticon Posting pada: 12-12-06 15:10


bagi kaum wanita yang menentang poligami dengan ber'base'kan pendapat hanya kaum wanita yang memahami kaum wanita, mereka ni lebih kurang same dengan orang gay saja. orang gay bila ditanyer Kenapa pilih lelaki? mereka jawab sebab orang lelakilah yang paling memahami kehendak orang lelaki sendiri

hahaha

Bookmark and Share

    


  Member Information For shinobiProfil   Hantar PM kepada shinobi   Pergi ke shinobi's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 14-02-07 09:58


Buat shinobi.. tak baik main tuduh ber'base'kan pendapat awak. Kalau nak cakap begitu saya suggest dulu awak banyak membaca sama ada majalah @ akhbar Kenapa perempuan tak semua mampu terima poligami. Tak baik tuduh org gay @ lesbian apalg hanya kerana perkara yang mereka ada hak, bukankah lesbian & gay adalah dosa yang mengundang murka Allah. Kalau begitu boleh dapatkan kami saksi yang perempuan kurang boleh terima tu seperti gay. Saya suggestkan awak buka posting untuk dapatkan jawapan mudah khusus pendapat wanita WAHAI KAUM HAWA ADAKAH ANDA SUDI DIPOLIGAMI? BERIKAN PENDAPAT ANDA?

mungkin dengan ini muslimin dapat kaji kelemahan yang dipamerkan oleh org yang menyalahgunakan poligami & ambil ikhtibar & baiki kelemahan mereka yang tak berjaya & contohi rasulullah & mereka yang berjaya.

Ada sebab Allah membenarkan poligami, segala yang dibenarkan dalam islam Allah lagi maha mengetahui kerana poligami dapat menyelesaikan beberapa masalah, tapi Allah itu maha tahu mungkin ada hmbnya yang teraniaya jk disalah guna. sebab itu balasan setimpal diberi pada yang tak layak tetapi sekadar suka-suka ikutkan nafsu. Kaji dulu syarat poligami & scan diri adkh anda layak jk tidak mampu berlaku adil mahukah anda bangkit dengan keadaan senget sebelah. bukan salah sebilangan wanita kerana memandang poligami sesuatu yang menakutkan & memakan hati, tetapi keadaan sebilangan kecil lelaki yang tak layak menjadikan poligami itu indah malah memburukkan lagi.
Wallahua'lam ;-) :-)


-----------------
~TeGuRlAh Aku.. AjAklAh Aku.. PimPinLaH aKu.. kE JaLaN yang menDeKaTkan HaTiku pada-NYA..~
[ Telah diedit oleh: muslimah_jun pada 14-02-07 10:01 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 14-02-07 10:45


Terima kasih abong kerana memberi contoh pemahaman berkaitan situasi yang dibenar dalam poligami. memang situasi tersebut lebih fokus memujuk wanita menerima poligami. Betapa besar pengorbanan hati wanita-wanita yang sanggup dipoligami demi suaminya, sebab tu besar juga Allah menjanjikan ganjaran. Baik juga andai abong ada contoh situasi yang dapat beri panduan pada lelaki pula spy dapat jadi lelaki yang baik, & adil dalam poligami.. moga lelaki yang berpoligami itu juga mampu mengasihi & menyayangi seperti mana kasihnya isteri yang dimadukan itu.

SubbahanAllah...wanita yang mampu demikian, kuat & cekal hatinya. Tentu Cintanya bertambah tinggi pada Allah, kerana hanya Allah yang layak disandarkan Harapan & kePercayaan serta setia mendengar... "Allah tidak membebankan ssorg melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."


-----------------
~TeGuRlAh Aku.. AjAklAh Aku.. PimPinLaH aKu.. kE JaLaN yang menDeKaTkan HaTiku pada-NYA..~
[ Telah diedit oleh: muslimah_jun pada 14-02-07 10:47 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

fatinah_huda
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.02.2004
Ahli No: 7131
Posting: 115
Dari: Jepun

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-02-07 12:08


Assalamualaikum,

Saya rasa banyak posting disini berkenaan dengan memujuk wanita untuk menerima poligami. Wanita, makhluk yang mempunyai 9 nafsu 1 akal, sudah tentu susah menerima takdir bermadu, kecuali wanita yang kuat iman dan kesabarannya.

tapi pada pendapat saya, jarang ada anjuran untuk lelaki2 memikirkan kemampuan dr semua segi, kesan bukan sahaja keatas isteri tapi anak2, keadilan yang perlu dilaksanakan, tidak meninggal tanggungjawab sebagai pemberi nafkah, pemelihara dan mendidik. Suatu yang sangat sukar dilakukan.

yang peliknya kebanyakkan yang berpoligami ini bukan dr golongan ilmuan agama tetapi dr org yang langsung tiada pendidikan agama dan akhirnya membina institusi keluarga yang pincang, dan ramai terkeliru dengan hukum berpoligami. Perkara ni bukan sahaja memberi kesan kepada ahli keluarga tetapi, masyarakat yang akan membuat kesimpulan untuk tidak menerima poligami.

bagi saya, kempen menerima poligami untuk golongan wanita sahaja tidak adil, seolah-olah wanita tidak akan menerima poligami sebab cemburu semata tetapi ada juga yang risau dengan masa hadapannya. Jadi kempen berpoligami dengan cara yang betul supaya tidak ada mana-mana pihak yang akan teraniaya juga sangat penting.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatinah_hudaProfil   Hantar PM kepada fatinah_huda   Quote dan BalasQuote

miledi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.07.2006
Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng

malaysia  


posticon Posting pada: 14-02-07 14:19


salam...ini pendapat daripada seorang lelaki..elok juga lelaki berpoligami d zaman ini sebab ramai sangat perempuan2 yang terjebak lam maksiat...poligami boleh jadi salah satu jalan penyesaiannya...


ini pula pendapat dari seorang wanita yang sudi dipoligami...


"besarnya ganjaran yang ALLAH akan bagi kat istri pertama if dia benarkan dirinya untuk dimadukan, tak ramai yang sedar akan hikmahnya , tapi bagi saya, apa yang ALLAH halalkan itu pasti ada baiknya untuk manusia..."

Bookmark and Share

    


  Member Information For milediProfil   Hantar PM kepada miledi   Pergi ke miledi's Website   Quote dan BalasQuote

miledi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.07.2006
Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng

malaysia  


posticon Posting pada: 14-02-07 14:19


salam...ini pendapat daripada seorang lelaki..elok juga lelaki berpoligami d zaman ini sebab ramai sangat perempuan2 yang terjebak lam maksiat...poligami boleh jadi salah satu jalan penyesaiannya...asalkan si suami berlaku adil...


ini pula pendapat dari seorang wanita yang sudi dipoligami...


"besarnya ganjaran yang ALLAH akan bagi kat istri pertama if dia benarkan dirinya untuk dimadukan, tak ramai yang sedar akan hikmahnya , tapi bagi saya, apa yang ALLAH halalkan itu pasti ada baiknya untuk manusia..."wallahua'lam....
[ Telah diedit oleh: miledi pada 21-02-07 16:12 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For milediProfil   Hantar PM kepada miledi   Pergi ke miledi's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 15-02-07 00:23


Pada 14-02-07 12:08 , fatinah_huda posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum,

tapi pada pendapat saya, jarang ada anjuran untuk lelaki2 memikirkan kemampuan dr semua segi,


Apa yang di maksudkan dengan mampu di sini?adakah bergaji besar sahaja yang mampu?Kalau lelaki tu berpoligami adakah dia kena belikan rumah dan kereta untuk setiap isterinya?


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

sufeyna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.02.2007
Ahli No: 28575
Posting: 109
Dari: perlis

mauritius   avatar


posticon Posting pada: 15-02-07 00:58


poligami menurut Al-Ghazali adalah 1 keperluan bagi sesetengah lelaki..
ada laki yang perlu untuk beristeri lebih dari 1 dan ada yang seorang saja dah cukup..kalau tambah cawangan jugak...tu memang cari bala namanya :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufeynaProfil   Hantar PM kepada sufeyna   Pergi ke sufeyna's Website   Quote dan BalasQuote

fatinah_huda
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.02.2004
Ahli No: 7131
Posting: 115
Dari: Jepun

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-02-07 01:31


Pada 15-02-07 00:23 , sailormoon posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 14-02-07 12:08 , fatinah_huda posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum,

tapi pada pendapat saya, jarang ada anjuran untuk lelaki2 memikirkan kemampuan dr semua segi,


Apa yang di maksudkan dengan mampu di sini?adakah bergaji besar sahaja yang mampu?Kalau lelaki tu berpoligami adakah dia kena belikan rumah dan kereta untuk setiap isterinya?



jangan sempitkan istilah kemampuan tu hanya kepada material semata2. Kemampuan bukan sahaja dr akpek ekonomi kerana bab duit, paling mudah untuk diurus. banyak aspek lain yang perlu difikir seperti kemampuan berlaku adil, adakah mampu mengagihkan masa antara pekerjaan dan 2 keluarga, dr segi fizikal adakah badan tidak akan berasa penat lelah, kemampuan dr segi emosi (lelaki pun ada perasaan juga walaupun tidak seemosinal perempuan), sebab ada kadang-kadang bila tanggungjawab menjadi lebih, tekanan perasaan bertambah.

Saya bukan nak kata poligami itu tidak baik, tapi sepatutnya kita tidak membuat kempen supaya wanita menerima poligami, kerana wanita yang sudah berpoligami, biasanya akan pasrah, terima takdir yang di tentukan, sedangkan lelaki akan mula ketahui racun dan madu selepas it, kerana wanita tidak akan hilang apa-apa faedah jika lelaki tetap bertanggungjwb. Walaupun sekuat mana keinginan untuk berlaku adil dan rasa diri itu sangat mampu, tapi kebanyakkan tidak dapat menjalankan seperti apa yang di sangkakan. Saya cuma sarankan supaya buat kempen, berpoligami dengan adil dan penuh tanggungjawab supaya tidak tercemar dan berlaku salah faham.

Saya rasa yang banyak bagi pendapat di sini belum lagi berkahwin atau tidak berpoligami (lelaki) walaupun beringinan. Adakah anda kenal, rapat, interview mana-mana lelaki yang betul-betul pernah berpoligami. Tanya2 pengalaman mereka.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatinah_hudaProfil   Hantar PM kepada fatinah_huda   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-02-07 02:51


soal poligami ni memang tak ada kesudahannya...org lelaki nak berpoligama..lepas itu kaum hawa pula tak nak bermadu..bincang pasal soal ni memang tak ada kesudahan..setiap benda & perkara yang ALLAH cipta tu ada kebaikkannya..hanya manusia yang tak tahu menilainya dengan tepat sebab akal kita semua terbatas....

Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

destinasi_abadi
WARGA SETIA
Menyertai: 31.12.2004
Ahli No: 13423
Posting: 496
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 15-02-07 09:50


assalamualaikum...
poligami....poligami....erm...

bagi saya actually memang tak dapat dinafikan poligami membawa kebaikkan pada kaum hawa sebenarnya..contohnya macam dalam situasi yang dinyatakan oleh saudara abong...malah mungkin ada situasi yang lain juga...

tapi apa-apa pun depends on niat laki ataupun perempuan...kenapa nak berpoligami?kalau semata2 sebab nafsu,maka tak elok dan tak adil bagi pihak lain...

anyway,saya semakin hari semakin paham fungsi poligami..dan sesungguhnya Islam amat indah...dan dalam poligami tersurat dan tersirat pelbagai hikmah...

poligami indah seandainya dilaksanakan betul-betul mengikut syariat namun seandainya silap langkah...balasan Allah menanti pada suami yang tidak adil...maka suami yang nak berpoligami seharusnya bijak...bijak mendidik isteri2...dan harus berlaku adil seadilnya...dan macam-macam lagi lah...

tapi memang tak dapat dinafikan bagi kaum wanita...memang agak payah menerima poligami...normal sebab memang fitrah wanita macam tu...tapi ada juga yang mampu terima...memang saya hormat dengan wanita macam ni...tapi memandangkan makin kurang laki yang betul-betul baik...maka apa salahnya berpoligami? fikir-fikir kan lah....

wallahua'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For destinasi_abadiProfil   Hantar PM kepada destinasi_abadi   Quote dan BalasQuote

miledi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.07.2006
Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng

malaysia  


posticon Posting pada: 15-02-07 09:50


ana setuju dengan akwa...apa yang Allah halalkan untuk kita memang ada hikmahnya..manusia saja taktahu menilai....lihat bagaimana Allah membenci perceraian...tapi Allah menghalalkan poligami...cuba renungkan...apa hikmahnya semua ini....

Bookmark and Share

    


  Member Information For milediProfil   Hantar PM kepada miledi   Pergi ke miledi's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 15-02-07 10:41


Pada 15-02-07 01:31 , fatinah_huda posting:

!!! QUOTE !!!



jangan sempitkan istilah kemampuan tu hanya kepada material semata2. Kemampuan bukan sahaja dr akpek ekonomi kerana bab duit, paling mudah untuk diurus. banyak aspek lain yang perlu difikir seperti kemampuan berlaku adil, adakah mampu mengagihkan masa antara pekerjaan dan 2 keluarga, dr segi fizikal adakah badan tidak akan berasa penat lelah, kemampuan dr segi emosi (lelaki pun ada perasaan juga walaupun tidak seemosinal perempuan), sebab ada kadang-kadang bila tanggungjawab menjadi lebih, tekanan perasaan bertambah.


Bukan nak sempitkan istilah kemampuan tu tapi ianya merupakan faktor yang penting...Sekarang ni zaman duit...Semua benda perlukan duit...Nak uruskan kematian pun perlukan duit...Tu belum cerita lagi pasal urusan perkahwinan...

Kenapa kebanyakkan perempuan tak berapa suka poligami ek?Adakah terpengaruh dengan apa yang dipaparkan dekat TV...Bila cerita pasal poligami saja mesti banyak masalah punya...Si suami menipu isteri dan si isteri pulak bergaduh dengan madunya...Adakah semua poligami macam tu?...Saya tak pernah tengok lagi cerita pasal poligami yang bahagia...Ataupun sebab cemburu?


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

fatinah_huda
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.02.2004
Ahli No: 7131
Posting: 115
Dari: Jepun

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-02-07 13:27


betul, paparan media mengenai keluarga poligami menakutkan...cerita isteri dan anak2 diabaikan... lari tajuk sikit tapi bukan setakat poligami sahaja hampir semua dipaparkan negatif sahaja, mak tiri yang dera anak tirinya, bapa tiri yang jahat, ustaz yang ambil kesempatan, ustazah yang rupanya ada 2 muka, org kaya yang terlalu sosial, org miskin berdengki, macam-macam...

Cerita2 yang baik slalunya takkan dapat sensasi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatinah_hudaProfil   Hantar PM kepada fatinah_huda   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-02-07 15:18


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah topik terhangat tetap mendapat perhatian. Hangat kerana dihangatkan oleh golongan yang nak menghangatkan :). Walau apapun anak-anak kena menerima hakikat bahawa poligami adalah dibenarkan dalam Islam.

Mana yang Allah redha? Poligami atau mendekati zina / zina?

Fikir-fikirkanlah ya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - silence is wisdom and few are its practitioners - Luqman Hakim

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-02-07 15:39


Assalamualaikum..
Ana setuju tentang poligami ini..boleh meringankan tugas-tugas isteri..ada kawan untuk kita luah perasaan..tapi itu kalau boleh jadi realiti macam tu...tiada dengki antara satu sama lain...cuma dari segi keadilan bila berpoligami saja si suami kurang memberi perhatian..

kadang - kadang isteri pertama dah setuju, tapi si madu pulak lebih-lebih ..menampakkan kesalahan isteri pertama...siap cakap isteri pertama tak pandai jaga suami sedangkan si isteri tu dah buat the best she can do for her husband..dan kadang-kadang madu tak nak berbaik dengan isteri pertama...dia nak kawal seorang..mana boleh...suami pulak kadang-kadang ada yang cenderung menyebelahi isteri ke2 dan sewaktunya...jadi apa yang isteri pertama rasa...dia dah beri izin tapi itu pulak balasan yang diterima..kalau sebaliknya lah keadaan, mungkin mereka boleh berbaik-baik...dan poligami akan dipandang baik oleh isteri-isteri..

ana bercakap berdasarkan pengalaman depan mata...jangan fikir nak berpoligami kalau tak boleh adil...sedangkan kadang-kadang anak sesama sendiri tak kenal walaupun satu ayah..sebab antara ibu2 tak boleh berbaik...suami kena ADIL..dari segi kemampuan kewangan, ana rasa rezeki tu tuhan bagi..nak elak maksiat dan zina, perlu berkahwin..ya silakan tapi tolonglah didik isteri2 berbaik sangka dan cuba berbaik sesama sendiri..belajar hormat antara satu sama lain...jangan menangkan satu pihak saja..kadang-kadang si isteri ke2 pun kena buli..jadi fikir masak2 sbelum buat keputusan...

so tanggungjawab suami cukup besar jika dia berfikir untuk berkeluarga besar...

p/s: maaf andai ada terkasar bahasa tapi benda-benda ni perlu di beri
perhatian oleh lelaki yang fikir nak berpoligami...

--------------------
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

outbox
Warga Rasmi
Menyertai: 03.10.2005
Ahli No: 19544
Posting: 9

blank  


posticon Posting pada: 15-02-07 20:59


more rights means more responsobilities..
saya ada seorang kawan yang rela dimadukan dan alhamdulillah si suami selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan kira-kira sebulan yang lalu. setakat ni, hubungan kedua-dua isteri baik (kedua-duanya saya kenal tapi si is teri tua merupakan kawan rapat). si suami berkemampuan serta melaksanakan tugas-tugasnya dengan baik. tapi, life is not a straight line..halagan ada di mana-mana
keluarga dapat menerima, si isteri berlebihla redha, tapi masyarakat pula yang mengata. saya sakit hati mendengar umpat keji orang sekeliling konon si isteri pertama tak padan kelulusan tinggi rela dipijak kepala, si isteri kedua goda suami rakan baik sendiri dan si suami pula bla bla bla...(malas nak ulas)

Bookmark and Share

    


  Member Information For outboxProfil   Hantar PM kepada outbox   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-02-07 00:24


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah memang hangat topik ni kan :). Usahlah risau anakanda outbox sebab pahala orang yang mengata akan pergi kepada yang dikata. Jadi siapa yang untung? InsyaAllah lama-lama nanti penatlah dia orang nak mengata dah bila terkena batang hidung sendiri. Bayangkan masa akan datang bila ramai perempuan dari lelaki jadi bagaimana nak bina rumahtangga tanpa poligami?

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - buat baik jangan fikir balasan dan buat jahat jangan dicuba-cuba

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

miledi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.07.2006
Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng

malaysia  


posticon Posting pada: 21-02-07 12:17


ana setuju tu ummiq....lihat saja zaman sekarang...perempuan ramai dari lelaki....tapi lelaki yang baik....susah nak dicari...jadi..ini salah satu penyelesaiannya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For milediProfil   Hantar PM kepada miledi   Pergi ke miledi's Website   Quote dan BalasQuote

aishgurlz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.02.2007
Ahli No: 28659
Posting: 99
Dari: skudai

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-02-07 15:11


hmm...susah nak komen topik ni..

ana sebagai perempuan, jika ditakdirkan ana dimadukan,secara jujur memang sukar untuk diterima..
ana akan rasa diri ini tidak disayangi lagi oleh suami..tapi kalau dah terpaksa mungkin ana akan terima..
bagi kaum lelaki diharapkan, kalau ingin beristeri lebih dari 1 biarlah ada sebab yang bernas..

~sekadar pendapat~

~~BERMADU MANIS bagi LELAKI TETAPI PAHIT bagi WANITA~~

Bookmark and Share

    


  Member Information For aishgurlzProfil   Hantar PM kepada aishgurlz   Quote dan BalasQuote

mechaboyz87
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.11.2006
Ahli No: 27308
Posting: 94
Dari: -ump->> kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 21-02-07 18:23


ana tak pandai nak komen pasal topik ini.sebab ana belom lagi memikirkan hal rumah tangga.uhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For mechaboyz87Profil   Hantar PM kepada mechaboyz87   Pergi ke mechaboyz87's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 21-02-07 18:42


perempuan melayu saja yang tak suka/benci pologami...perempuan arab relax saja, bahkan sudi bermadu dengan sahabat karib.

tuelah perbezaan melayu dan Islam....kalau yang kuat pegangan Islamnya...confirm akan semat dalam hati....sami'na wa ato'na....kami dengar dan kami taat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 21-02-07 18:51


Pengaruh TV dan juga peranan NGO pembela wanita...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

try_mk
Warga Rasmi
Menyertai: 21.02.2007
Ahli No: 28833
Posting: 14

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-02-07 18:53


berpeganglah pada ajaran ISLAM yang suci..............

Bookmark and Share

    


  Member Information For try_mkProfil   Hantar PM kepada try_mk   Quote dan BalasQuote

Vitamin_Hati
WARGA SETIA
Menyertai: 28.02.2006
Ahli No: 23062
Posting: 656
Dari: UK

uk  


posticon Posting pada: 21-02-07 21:24


insyaAllah tidak agaknya....nak seorang saja isteri..hihiiiiihihi

Bookmark and Share

    


  Member Information For Vitamin_HatiProfil   Hantar PM kepada Vitamin_Hati   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-02-07 00:18


Pada 21-02-07 18:42 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!

perempuan melayu saja yang tak suka/benci pologami...perempuan arab relax saja, bahkan sudi bermadu dengan sahabat karib.

tuelah perbezaan melayu dan Islam....kalau yang kuat pegangan Islamnya...confirm akan semat dalam hati....sami'na wa ato'na....kami dengar dan kami taat.


amboiii.. :roll: :roll: :roll:



Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-02-07 00:21


tak faham Kenapa boleh sengaja nak bermadu dan sanggup dimadu..
:roll: :roll: :roll:



Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-02-07 04:56


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah poligami adalah di bawah bab jodoh. Dan jodoh itu adalah ketentuan Allah SWT. Jadi poligami itu penyelesaian bukannya masalah. Bagi mereka yang ingin mencari penyelesaian dan redha Allah akan faham tetapi bagi yang menganggap poligami itu masalah sampai bila pun tak akan faham-faham.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - maaf ya sekiranya ada yang terasa tetapi inilah realitinya

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

miledi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.07.2006
Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng

malaysia  


posticon Posting pada: 22-02-07 13:24


~sila baca sampai habis~


Seorang lelaki diikat hatinya dengan empat hati atau
tiga hati atau dua hati perempuan. Itulah poligami.
Sayidina Hussin bin Ali berkahwin dengan ramai orang
isteri. Syeikh Abdul Kadir Jailani berkahwin empat
sekaligus. Ini berlaku di zaman para sahabat dan
salafussoleh. Dan contoh yang paling baik ialah
Rasulullah saw. Baginda mempunyai ramai isteri.

Poligami bukan mainan orang-orang mutakhirin yang
dikatakan untuk memuaskan hawa nafsu semata-mata.
Tetapi inilah jejak-jejak para sahabat dan
salafussoleh antara beribu-ribu jejak yang
ditinggalkan oleh mereka. Mereka tinggalkan iman dan
Islam untuk kita. Dengan bermodalkan iman dan islamlah
ulama-ulama atau orang-orang yang cintakan Islam hari
ini boleh berjuang, berjihad, berkorban dan boleh
mengamalkan sunnah.

Poligami adalah sunnah yang sunat. Sunnah pun ada lima
hukum. Jadi kalau untuk tegakkan sunnah Rasulullah saw
sebagai bukti kecintaan pada Rasulullah, maka ikutilah
ke semua sekali cara hidup (sunnah) Rasulullah dari
mula bangkit tidur hinggalah dalam berjuang dan
berjihad serta berkorban. Disinilah titik mulanya
kebahagiaan poligami.

Poligami tanpa pengamalan syariat akan pincanglah ia.
Poligami memerlukan kekuatan iman. Ia menuntut
pengorbanan sehinggalah hati ditekan sampai ke taraf:
“Tidak apalah aku tidak dapat apa-apa di dunia. Aku
inginkan ganjaran di akhirat kelak.”

Bukan calang-calang hati yang boleh memikul bebanan
begitu. Kalau mahu kenal diri, berpoligamilah. Baik
isteri mahupun suami. Di situlah tempat keluarnya
segala mazmumah hati. Salah-salah didik boleh menarik
kita ke neraka Allah swt.

Hikmat-hikmah berpoligami itu terlalu banyak:
1. Rasulullah berbangga dengan umat yang ramai.

Ini sesuai dengan hadis Rasulullah yang bermaksud:

“Hendaklah kamu bernikah kahwin, hendaklah kamu
berketurunan. Saya berbangga dengan pengikut yang
ramai.”

Rasulullah berbangga dengan pengikut yang ramai. Kalau
berkahwin satu mungkin menghasilkan anak yang tidak
ramai tetapi jika isteri ramai, ramailah pula anak dan
sekaligus bertambahlah umat Rasulullah saw. Itulah
sebabnya Rasulullah menggalakkan seorang lelaki
berkahwin dengan perempuan yang berketurunan ramai
anak. Hadis yang berbunyi:

“hendaklah kamu berkahwin dengan perempuan yang ramai
anak dan berkasih sayang.”

Menggembirakan hati Rasulullah adalah satu perkara
yang baik dengan terpuji. Kita akan turut rasa bahagia
jika Rasulullah gembira. Untuk bersama-sama dengan
baginda memanglah kita tidak berpeluang lagi. Cukuplah
dengan menggembirakan baginda dengan perkara-perkara
yang disukai oleh baginda Rasulullah saw.

2. Sebagai tanda kasih sayang kepada suami

Selalunya bila hati sudah cinta, sanggup menyerahkan
jiwa dan raga. Berapa ramai anak gadis yang hilang
kegadisannya kerana cinta. Mereka korbankan untuk
kekasih yang dicintai. Tetapi pengorbanan mereka salah
tempat dan mendapat kutukan daripada Allah swt kerana
Allah melarang perbuatan zina.

Dalam hubungan ikatan kasih sayang suami isteri juga
begitu. Bila kita sayangkan suami tentulah kita ingin
menggembirakan hatinya. Kita akan turut tersenyum bila
suami tersenyum. Itu hati seorang perempuan yang
cintakan suaminya. Bila suami gembira (redha) dengan
apa yang dilakukannya. Tetapi tidak bagi wanita yang
cintakan suami dengan pura-pura, dia akan menghulurkan
mulutnya dengan peluru berpandukan yang datangnya dari
syaitan atau dengan mulut senapang.

Salah satu untuk menggembirakan hati suami ialah
dengan merelakan suami berkahwin lagi. Bukan sahaja
suami yang gembira, bahkan isteri juga mendapat
kebahagiaan. Kalau selama ini ukuran kasih sayang
suami 70%, akan bertambah 90% kerana rasa terhutang
budi dan belas kasihan kepada isteri yang sanggup
dimadukan dua, tiga dan empat orang untuk kebahagiaan
hati seorang suami.

Memang ini susah hendak dibuat. Sebab itu perlu
kekebalan iman. Barulah segala-galanya mudah. Modalnya
hanya iman iaitu kerana Allah dan untuk Allah. Maka,
akan lapanglah dada selapang-lapangnya. Sejuk hati
sesejuk salji. Tetapi tidak semestinya orang yang
kebal iman sahaja yang boleh berpoligami. Adakalanya
Allah takdirkan poligami itu untuk kita meningkatkan
iman di dada. Oleh itu, kalau suami hendak kahwin
jangan kita larang.

3. Ujian pada wanita
Kaum lelaki mempunyai gelanggang perjuangan yang luas.
Dunia ini dalam genggaman mereka. Wanita hanya terhad.
Sebab itu, gelanggang yang besar maka ujian juga
besar. Sedangkan wanita gelanggangnya kecil dan
ujiannya juga kecil. Tetapi ujian yang dirasakan
paling besar bagi wanita adalah poligami.

Poligami menyingkap pekung di dada. Mazmumah yang kita
bela dalam hati akan terungkai apabila berpoligami.
Itu pun kalau kita mahu baiki diri. terpulang pada
kita. Untuk menjadi baik, kita mesti tempuh gelanggang
mujahadah. Dan ada juga orang yang jatuh tersungkur
kerana kalah melawan hawa nafsu dan syaitan.

Kalau mahu mengukur kekuatan nafsu lihatlah melalui
tindakan kita terhadap madu dan suami ketika
berpoligami. Itulah nafsu kita yang selama ini kita
bela. Maka, ujian poligami ini bukan untuk menyiksa
wanita tetapi sebagai salah satu tempat pemerosesan
hati yang sudah berkarat. Supaya hati itu bersinar
semula sebagai penyuluh yang terang dalam mengerjakan
perkara-perkara kebaikan untuk mengejar redha Allah
swt.

4. Kaum wanita melebihi kaum lelaki
Perangkaan telah menunjukkan bahawa wanita lebih dari
lelaki. Sesuai dengan hadis Rasulullah yang bermaksud:

“Di akhir zaman nanti bandingan di antara lelaki dan
wanita, satu kemampuan lelaki lima puluh wanita.”

Jadi apa salahnya kita beri suami kita untuk berkongsi
nikmat yang Allah pinjamkan di dunia yang sementara
ini. Keperluan naluri manusia tidak boleh ditolak.
Tuntutannya perlu dipenuhi. Memang manusia suka hidup
berpasangan. Lelaki suka perempuan dan perempuan suka
lelaki. Cuma, ia mesti ikut syariat, baru Allah redha.

Kalaulah kita berada di tempat orang-orang yang tidak
berkahwin lagi di umur lewat 30-an atau 40-an
bagaimana? Apa perasaan kita? Oleh itu sama-samalah
kita amalkan poligami sebagai belas kasihan kepada
kawan-kawan sejenis yang ingin merasa nikmat hidup
berkeluarga. Rasulullah bersabda:

“Kasihanilah apa yang ada di bumi nescaya apa-apa yang
dilangit akan mengasihani kepada kamu.”

Oleh: Puan Solehah
[ Telah diedit oleh: miledi pada 22-02-07 13:25 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For milediProfil   Hantar PM kepada miledi   Pergi ke miledi's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-02-07 13:50


Salam...
ummiq adalah gelaran untuk untuk seseorang ibarat dijadikan contoh. saya ingin bertanya pada ummiq...adakah ummiq bermadu? mita maaf sebab bertanya soalan saya rasa macam sensitif kecuali org yang terbuka akan menganggap ianya soalan yang tiada masalah untuk diberi jawapan. saya sebenar hairan bila ummiq seperti suka....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-02-07 14:40


macam ni bolehlah saya pu berpoligami, hehe

wallahua'lam...Allah saja yang tau:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

miledi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.07.2006
Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng

malaysia  


posticon Posting pada: 22-02-07 15:49


Pada 22-02-07 14:40 , ridwan_daie posting:

!!! QUOTE !!!

macam ni bolehlah saya pu berpoligami, hehe

wallahua'lam...Allah saja yang tau:)



boleh saja...asalkan tahu syariatnya...niatnya mesti betul...

Bookmark and Share

    


  Member Information For milediProfil   Hantar PM kepada miledi   Pergi ke miledi's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-02-07 16:01


Pada 22-02-07 14:40 , ridwan_daie posting:

!!! QUOTE !!!

macam ni bolehlah saya pu berpoligami, hehe

wallahua'lam...Allah saja yang tau:)


he..he...anda pasti anda layak? dah study & faham betul-betul? Kalau masuk test QC (Quality Control-tapi ni segi ilmu & persediaan) ni agak2 lulus tak? Kalau layak selamat berjaya.. :-)


-----------------
~TeGuRlAh Aku.. AjAklAh Aku.. PimPinLaH aKu.. kE JaLaN yang menDeKaTkan HaTiku pada-NYA..~


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

arsyie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5226
Posting: 230
Dari: mauritus

mauritius   avatar


posticon Posting pada: 24-02-07 11:00


tak ada perempuan yang nak bermadu....hanya bila terpaksa atau dipaksa sahaja...

Bookmark and Share

    


  Member Information For arsyieProfil   Hantar PM kepada arsyie   Quote dan BalasQuote

miledi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.07.2006
Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng

malaysia  


posticon Posting pada: 26-02-07 11:04


Pada 24-02-07 11:00 , arsyie posting:

!!! QUOTE !!!

tak ada perempuan yang nak bermadu....hanya bila terpaksa atau dipaksa sahaja...



tidak juga saudari...ada saja perempuan yang rela...bilamana dia mendambakan syurga Allah di sana nanti...bilamana dia sedar yang hidup di dunia hanya sementara....bilamana dia sedar..apa yang dillakukan di dunia...adalah bekalan untuk ke akhirat sana...dan salah satu jalan mudah bagi perempuan itu untuk ke syurga adalah dengan mengizinkan perkara ini berlaku....wallahua'lam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For milediProfil   Hantar PM kepada miledi   Pergi ke miledi's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-02-07 11:23


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah sebenarnya ummimq dah bermadu lebih 15 tahun dan kami sekeluarga baru pulang dari menjalani ibadah haji bersama baru-baru ini. Semoga kami dikurniakan haji mabrur. Ameen!

Umi redha di madu kerana umi pernah mengandung, pernah keguguran beberapa kali dan semua doktor pakar yang merawat memberitahu bahawa umi mampu melahirkan zuriat. Namun Allah uji umi bila 'hilang' bayi sulung dalam kandungan yang masuk 8 bulan. Umi pergi ultra sound tahun 1981 di HKL sekarang. Dan doktor juga terkejut bila diberitahu kandungan hilang sedangkan tanda telah melahirkan seorang bayi jelas ketika itu.

Umi dan baba (suami) redha. Cuma umi tidak mampu setelah lebih 9 tahun walimah dan melalui proses perubatan sama ada hospital atau tradisional melihat baba sedih mengharap seorang zuriat. Jadi bila umi empati (letak diri dalam keadaannya) maka umi redhakan untuk baba walimah lagi tetapi pilihan baba sendiri. Umi bantu merisik, meminang dan mengadakan walimatul urus.

Hati umi telahpun umi sediakan beberapa tahun untuk tabah dan sabar dengan banyak munajat kerana umi tidak mahu kelemahan diri terutama bab cemburu menjadi penghalang kepada umi untuk mengejar redha Allah SWT. Jadi bila umi berpeluang umrah umi mohon agar Allah tarik rasa cemburu itu setelah baba bernikah setelah 11 tahun kami berkawin.

Semoga anak-anak puas hati dengan penjelasan umi ini. Dan umi juga ingin menjelaskan betapa poligami sebagai penyelesaian kepada banyak masalah hari ini terutamanya semakin ramai andartu @ andalusia serta sedikitnya lelaki yang berkualiti (beriman dan bertanggungjawab).

Sebenarnya bukan masalah suka atau tidak tentang poligami ini tetapi ia adalah syariat Islam di bawah kategori jodoh. Maka sekiranya jodoh itu Allah sudah tentukan termasuk dalam golongan yang berpoligami kenalah berlapang dada dan uruskan agar hati dan diri tidak terjebak dengan masalah remeh seperti cemburu dan berdendam yang boleh menjauhkan kita dari redha Allah SWT. Wal iyya zubillahi min zalik.

Memang mana ada wanita yang 'suka' bermadu dan mana ada lelaki yang tidak mahu kawin lebih dari satu namun itulah termasuk dalam bab ujian dari Allah SWT yang ingin melihat siapakah antara makhluk-Nya yang mencari redha Nya semata-mata.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Jzkk anakanda muslimah_jun kerana bertanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 26-02-07 23:22


Pada 26-02-07 11:23 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah sebenarnya ummimq dah bermadu lebih 15 tahun dan kami sekeluarga baru pulang dari menjalani ibadah haji bersama baru-baru ini. Semoga kami dikurniakan haji mabrur. Ameen!

Umi redha di madu kerana umi pernah mengandung, pernah keguguran beberapa kali dan semua doktor pakar yang merawat memberitahu bahawa umi mampu melahirkan zuriat. Namun Allah uji umi bila 'hilang' bayi sulung dalam kandungan yang masuk 8 bulan. Umi pergi ultra sound tahun 1981 di HKL sekarang. Dan doktor juga terkejut bila diberitahu kandungan hilang sedangkan tanda telah melahirkan seorang bayi jelas ketika itu.

Umi dan baba (suami) redha. Cuma umi tidak mampu setelah lebih 9 tahun walimah dan melalui proses perubatan sama ada hospital atau tradisional melihat baba sedih mengharap seorang zuriat. Jadi bila umi empati (letak diri dalam keadaannya) maka umi redhakan untuk baba walimah lagi tetapi pilihan baba sendiri. Umi bantu merisik, meminang dan mengadakan walimatul urus.

Hati umi telahpun umi sediakan beberapa tahun untuk tabah dan sabar dengan banyak munajat kerana umi tidak mahu kelemahan diri terutama bab cemburu menjadi penghalang kepada umi untuk mengejar redha Allah SWT. Jadi bila umi berpeluang umrah umi mohon agar Allah tarik rasa cemburu itu setelah baba bernikah setelah 11 tahun kami berkawin.

Semoga anak-anak puas hati dengan penjelasan umi ini. Dan umi juga ingin menjelaskan betapa poligami sebagai penyelesaian kepada banyak masalah hari ini terutamanya semakin ramai andartu @ andalusia serta sedikitnya lelaki yang berkualiti (beriman dan bertanggungjawab).

Sebenarnya bukan masalah suka atau tidak tentang poligami ini tetapi ia adalah syariat Islam di bawah kategori jodoh. Maka sekiranya jodoh itu Allah sudah tentukan termasuk dalam golongan yang berpoligami kenalah berlapang dada dan uruskan agar hati dan diri tidak terjebak dengan masalah remeh seperti cemburu dan berdendam yang boleh menjauhkan kita dari redha Allah SWT. Wal iyya zubillahi min zalik.

Memang mana ada wanita yang 'suka' bermadu dan mana ada lelaki yang tidak mahu kawin lebih dari satu namun itulah termasuk dalam bab ujian dari Allah SWT yang ingin melihat siapakah antara makhluk-Nya yang mencari redha Nya semata-mata.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Jzkk anakanda muslimah_jun kerana bertanya.


Allah uji hanya org yang mampu & Allah tau ummi mampu. saya rasa jk poligami pada umi sekeluarga berjaya bukan hanya kerana lelaki, tapi dalam hal ni saya percaya pengorbanan & kekuatan dalam diri ummi sendiri yang menjayakannya pada kebahagiaan. moga kaum lelaki yang memadukan juga tau menghargai kasih seorang isteri yang rela berkorban untuk dimadukan, kerana memang tiada wanita yang ingin dimadukan. sebagai seorang muslimah, saya harapkan moga ummi mendapat kebahagiaan dunia & akhirat...


-----------------
~TeGuRlAh Aku.. AjAklAh Aku.. PimPinLaH aKu.. kE JaLaN yang menDeKaTkan HaTiku pada-NYA..~


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-02-07 23:41


Pada 26-02-07 11:23 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah sebenarnya ummimq dah bermadu lebih 15 tahun dan kami sekeluarga baru pulang dari menjalani ibadah haji bersama baru-baru ini. Semoga kami dikurniakan haji mabrur. Ameen!

Umi redha di madu kerana umi pernah mengandung, pernah keguguran beberapa kali dan semua doktor pakar yang merawat memberitahu bahawa umi mampu melahirkan zuriat. Namun Allah uji umi bila 'hilang' bayi sulung dalam kandungan yang masuk 8 bulan. Umi pergi ultra sound tahun 1981 di HKL sekarang. Dan doktor juga terkejut bila diberitahu kandungan hilang sedangkan tanda telah melahirkan seorang bayi jelas ketika itu.

Umi dan baba (suami) redha. Cuma umi tidak mampu setelah lebih 9 tahun walimah dan melalui proses perubatan sama ada hospital atau tradisional melihat baba sedih mengharap seorang zuriat. Jadi bila umi empati (letak diri dalam keadaannya) maka umi redhakan untuk baba walimah lagi tetapi pilihan baba sendiri. Umi bantu merisik, meminang dan mengadakan walimatul urus.

Hati umi telahpun umi sediakan beberapa tahun untuk tabah dan sabar dengan banyak munajat kerana umi tidak mahu kelemahan diri terutama bab cemburu menjadi penghalang kepada umi untuk mengejar redha Allah SWT. Jadi bila umi berpeluang umrah umi mohon agar Allah tarik rasa cemburu itu setelah baba bernikah setelah 11 tahun kami berkawin.

Semoga anak-anak puas hati dengan penjelasan umi ini. Dan umi juga ingin menjelaskan betapa poligami sebagai penyelesaian kepada banyak masalah hari ini terutamanya semakin ramai andartu @ andalusia serta sedikitnya lelaki yang berkualiti (beriman dan bertanggungjawab).

Sebenarnya bukan masalah suka atau tidak tentang poligami ini tetapi ia adalah syariat Islam di bawah kategori jodoh. Maka sekiranya jodoh itu Allah sudah tentukan termasuk dalam golongan yang berpoligami kenalah berlapang dada dan uruskan agar hati dan diri tidak terjebak dengan masalah remeh seperti cemburu dan berdendam yang boleh menjauhkan kita dari redha Allah SWT. Wal iyya zubillahi min zalik.

Memang mana ada wanita yang 'suka' bermadu dan mana ada lelaki yang tidak mahu kawin lebih dari satu namun itulah termasuk dalam bab ujian dari Allah SWT yang ingin melihat siapakah antara makhluk-Nya yang mencari redha Nya semata-mata.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Jzkk anakanda muslimah_jun kerana bertanya.


Maksud ummi, Ummi muda dalam gambar tu madu ummi ye? SubhanaLlah... ikhlas betul Ummi bermadu ye... mudah-mudahan Ummi dikurniakan kemuliaan di akhirat nanti atas usaha Ummi selama ini... :-)


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-02-07 00:36


salam...
ummi, ana kagum dengan ummi..
di kolej ana pun ada seorang ustaz..
di mana ustaz tersebut berkahwin dengan isteri keduanya atas permintaan isteri..
ustazah ana tu yang merisik, meminang, dan membantu walimahnya..
dan, ustaz ana kata. dia menjadi semakin sayang pada isterinya yang pertama..
ana pun kagum dengan ketabahan ustazah ni.


p/s: ana tak tahu ana mampu ke idak menghadapai keadaan bermadu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-02-07 00:45


kalau permintaan isteri sendiri
saya rasa tak perlu nak dipersoalkan
ini kalau suami yang minta nak berpoligami
kesetiaan tu tak nampak
saya rasa bukan saya seorang berpandangan macam ini

p/s: anti poligami ke saya ni?? :-D ..tak juga..mungkin dalam situasi yang memerlukan saya meletakkan diri saya pada keadaan suami umi tadi (baba), pandangan saya mungkin sekali akan berubah.berubah kerana perasaan sayang dalam hati itu tidak mengizinkan orang yang kita sayang bersedih... ;-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

harddisk
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.07.2003
Ahli No: 2038
Posting: 125
Dari: JohorBahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-02-07 04:58


ISK ni yang rasa nak berpoligami..
bila poligami rezeki murah.. :D

nak kena standby 4 org, siapa nak jadi calon? heee :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For harddiskProfil   Hantar PM kepada harddisk   Pergi ke harddisk's Website   Quote dan BalasQuote

said_azzubair
Warga Rasmi
Menyertai: 11.12.2006
Ahli No: 27712
Posting: 5
Dari: bukit kayu hitam, kedah

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-02-07 00:50


poligami memang bagus..tetapi bergantung kepada kebijaksanaan pengamalnya..Fikir dulu mampukah anda..

Bookmark and Share

    


  Member Information For said_azzubairProfil   Hantar PM kepada said_azzubair   Quote dan BalasQuote

sayyidah_nafisah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.06.2004
Ahli No: 9433
Posting: 90

PulauPinang  


posticon Posting pada: 28-02-07 01:53


salam..........
MADU ITU MANIS BAGI LELAKI TETAPI PAHIT BAGI WANITA........

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayyidah_nafisahProfil   Hantar PM kepada sayyidah_nafisah   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-03-07 18:37


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah ungkapan -

MADU ITU MANIS BAGI LELAKI TETAPI PAHIT BAGI WANITA........

sememangnya kenyataan namun kita hendaklah berfikir di luar kotak tetapi di dalam lingkungan syarak.

Poligami adalah dibenarkan dalam Islam maka wanita yang sabar dan tabah akan merasai 'nikmat pahitnya madu'.

Bagi lelaki pula walaupun manis tetapi sekiranya manis yang tidak bermula dengan keimanan tetapi nafsu semata-mata maka madu akan menjadi racun dalam hidupnya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Dalam sebuah hadits disebutkan:
"Senantiasa diterima doa seorang hamba Allah, apabila ia tidak berdoa untuk berbuat dosa atau untuk memutuskan silaturahmi, asal saja dilakukan dengan tidak tergesa-gesa. Rasul lalu ditanya: apakah yang dimaksud tergesa-gesa? Rasul bersabda: Seseorang berkata. Aku telah berulangkali berdoa tetapi tidak juga kulihat dikabulkan. Ia merasa rugi dan lesu sampai ia meninggalkan doanya." (H.. Muslim dan Tirmidzi)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

aman_haizar
Warga Rasmi
Menyertai: 12.04.2007
Ahli No: 29552
Posting: 1
Dari: pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 31-07-07 15:56


poligami hanya untuk yang mampu... jangan ambil kesempatan nak berpoligami kalau tak mampu.. nanti boleh membawa kepada perpecahan rumahtangga... rujuk balik apa syarat dan cara nak berpoligami...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aman_haizarProfil   Hantar PM kepada aman_haizar   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.158601 saat. Lajunya....