Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 26-10-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kita berasa diri kita tinggi, pandanglah ke atas; jika kita berasa diri kita rendah, pandanglah ke bawah
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Kuyi
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43139

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 46
Ahli: 0
Jumlah: 46




  Yang Masuk Ke Sini
qudwah: 42 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 52 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 52 hari yang lalu
eme86: 53 hari yang lalu
sunan-faqih: 58 hari yang lalu


Jejak Dapur
Topik: bawang....


Carian Forum

Moderator: Administrator, anis_zulaikha
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Dapur
    »» bawang....

Please Mendaftar To Post


Oleh bawang....

dibaa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.07.2006
Ahli No: 25256
Posting: 181
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 08-12-06 18:16


apa fungsi bawang dalam makanan...?apa bezenyer bawang merah dengan bawang beso...macam same saja...bawang putih pula untuk apa...?siapa tau gitau lah....


-----------------
jadilah diri sendiri...kerna apa yang ada dalam diri kita adalah satu keistimewaan yang tiada pada orang lain...


Bookmark and Share

    


  Member Information For dibaaProfil   Hantar PM kepada dibaa   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 08-12-06 18:38


nak sedap...bawang merah jahat, bawang putih baik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

vanadium_oksida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2005
Ahli No: 13944
Posting: 279
Dari: manjung ,perak

Perak  


posticon Posting pada: 08-12-06 23:39


bawang adalah untuk mengedapkan lagi makanan bawang juga boleh dianggap sebagai GSM (mono sodium gultamat)...atau lebih dikenal sebagai ajinamoto....penambah rasa makanan lah...bawang beso ...dengan bawang merah..adalah sama...dan rasanya pun lebih kurang juga tapi ada perbezaan saiz antara kedua-duanya..kebiasaanya bawang merah dijadikan bahn tumis didalam gulai..contoh gulai masak merah...gulai masak hitam......bawang putih masih punyai fungsi yang sama seperti bawang merah dan beso...tetapi bawang putih mempunyai rasa yang berlainan sedikit berbading dengan bawang merah...kebiasaanya bawang putih dijadikan bahan tumis didalam masakan goreng2 seperti nak masak nasi goreng....bawang putih jugak menaikan lagi bau makanan ............wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For vanadium_oksidaProfil   Hantar PM kepada vanadium_oksida   Quote dan BalasQuote

jawa_kgbaru
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.11.2006
Ahli No: 27414
Posting: 53
Dari: Kampung Baru

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 08-12-06 23:47


untuk pengetahuan semua, bawang2 ni adalah sebagai ramuan tradisi sesuatu masakan... ianya sebagai "pendahulu masakan" iaitu sebagai bahan tumisan masakan bagi bawnag merah dan bawang putih..malah bawang besar juga boleh digunakan...

bawang putih ada manfaatnya...iaitu boleh menyembuhkan sesuatu penyakit...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jawa_kgbaruProfil   Hantar PM kepada jawa_kgbaru   Pergi ke jawa_kgbaru's Website   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-12-06 01:18


guna bawang putih dalam masakan pun sudah menaikkan selera...

Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

mihar123
WARGA SETIA
Menyertai: 20.11.2005
Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-12-06 12:28


bawang putih baik atau bawang merah jahat...semuanya masuk dalam masakan.....


-----------------
~~~Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian~~~

My blog::: http://mihar.blogs.friendster.com/:::



Bookmark and Share

    


  Member Information For mihar123Profil   Hantar PM kepada mihar123   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 09-12-06 13:22


Bawang


Nama saintifik bawang ialah Allium cepa L. Bawang mula-mula ditemui di Asia Tengah, iaitu dari Iran hingga ke Pakistan. Sejak itu ia dibawa oleh pedagang-pedagang ke seluruh rantau yang dijelajahi. Sehingga kini negara terbesar yang menghasilkan bawang ialah China, iaitu kira-kira 228,000 tan pada tahun 1979. Bawang diketahui digunakan di dalam masakan sejak 5000 tahun dahulu sejak zaman Pharaoh. Pada zaman Roman, hanya orang miskin sahaja yang menggunakan bawang sebagai bahan masakan. Bawang mula popular apabila Raja Poland Stanisiaus mengahwinkan anaknya dengan Raja Louis 15 dari Perancis. Merekalah yang mula-mula mencipta French Onion Soup. Sejak itu orang mula suka makan bawang.


Mereka mendapati orang yang makan bawang lebih sihat dan jarang dijangkiti penyakit. Ini kerana Allicin yang terdapat di dalam bawang didapati boleh mencegah kehidupan sesetengah bakteria. Mengunyah bawang mentah selama 3 minit mampu membunuh segala bakteria di dalam mulut. Bawang juga mengandungi protein dan kaya dengan kalsium, riboflavin, potasium, vitamin A dan C. berdasarkan penyelidikan doktor di Rusia, jika seseorang makan bawang mentah setiap hari, dia akan terhindar daripada masalah kesakitan gigi. Bawang juga dikatakan boleh mencegah dan mengeluarkan kahak serta digunakan sebagai ubat merawat batuk, demam, radang paru-paru, selsema, pirai (gout), sengal-sengal tulang (reumatik) dan masalah hati. Bawang juga berkesan merawat insomnia jika dimakan sewaktu harapan.



Bawang Besar


Bawang besar ditanam melalui bunga bawang yang sudah kering. Proses tanaman bawang daripada benih hingga mendapat hasil mengambil masa setahun. Satu pokok hanya menghasilkan sebiji bawang. Bawang semai ditanam di tanah rata, cuaca yang tidak terlalu panas dan tidak terdapat air bertakung. Bawang dianggap matang dan boleh dituai setelah daunnya kering. China, India dan Amerika adalah adalah 3 negara yang menanam bawang secara besar-besaran. Terdapat 3 jenis bawang, iaitu bawang putih, kuning dan merah. Antara ketiga-tiga jenis ini, bawang jenis merah yang kurang berbau. Tidak banyak perbezaan antara bawang besar dan bawang kecil. Di Barat, bawang dimakan mentah sebagai salad. Di Malaysia bawang besar dinamakan Nenasi Red sedap dimakan mentah. Pendapat yang mengatakan mereka yang kuat makan bawang mempunyai bau badan yang kuat belum dapat di pastikan. Dinegara-negara tropika yang cuacanya panas dan lembap, bau badan disebabkan beberapa faktor tertentu. Salah satu daripadanya ialah fungus yang hidup di badan manusia.



Bawang Putih


Bawang putih berasal dari Asia Tengah dan dibawa ke Eropah oleh para pedagang dan penjajah. Nama saintifiknya ialah Allium Satirum. Orang Eropah menggunakannya sebagai satu cara pengubatan selama beribu-ribu tahun dan dipercayai melindungi daripada wabak penyakit, pontianak dan gangguan syaitan. Baunya yang kuat mungkin tidak menyenangkan namun orang primitif menyukainya kerana percaya tumbuhan ini mempunyai kuasa menyembuhkan penyakit.


Orang Mesir purba percaya bawang putih mempunyai rahsia awet muda. Buruh-buruh yang membina piramid diberi makan bawang putih agar sentiasa sihat dan bertenaga. Bawang putih juga dipercayai dapat menyembuhkan luka yang banyak digunakan semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Sistem perubatan Ayurvedic menggunakan bawang putih untuk menghalang penyakit sengal dan saraf. Ia juga digunakan untuk menyembuhkan bronkitis, pneumonia, lelah, selsema dan penyakit yang berkaitan dengan paru-paru, untuk mengeluarkan angin dan parasit serta cara berkesan melegakan batuk pada kanak-kanak.


Sungguhpun bawang putih telah digunakan sebagai bahan perubatan sejak beribu-ribu tahun lalu, namun kajian mengenainya hanya dilakukan pada beberapa tahun kebelakangan ini. Bawang putih mentah mengandungi asid amino yang dinamakan Alliin. Apabila bawang putih dipotong, alliin bercampur dengan enzim yang dinamakan allinase dan menukar alliin kepada allicin, agen anti bakteria dan membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Oleh kerana ini, terdapat minat mendalam untuk mengkaji dan menggunakan bawang putih sebagai cara mencegah penyalit jantung dan lumpuh. Kajian menunjukkan minyak bawang putih yang diberi kepada arnab mengurangkan kadar lipoprotein darah (low-density lipoprotein atau LOL), mengurangkan kolestrol tidak elok yang melekat ke saluran arteri. Dengan ini mengelakkan risiko dari diserang penyakit jantung.


Bawang putih mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi, sedikit protein, serat dan sedikit sahaja lemak. Ia juga mengadungi banyak vitamin dan bahan galian yang penting untuk kesihatan, terutamanya vitamin C, zat besi dan potassium. Minyak bawang putih dijual dalam bentuk kapsul dan banyak terdapat di pasaran. Setiap biji kapsul mengandungi minyak yang diproses daripada bawang putih. Kajian perubatan juga menunjukkan pesakit jantung yang diberi makan 10 ulas bawang putih setiap hari selama sebulan menunjukkan pertambahan bahan anti-beku dalam darah mereka. Orang Korea gemar makan bawang putih yang dicicah dengan sos taucu sebagai pembuka selera sebelum makanan dihidangkan. Bawang putih juga dihidangkan sebagai sup dan sos. Menurut kajian saintifik yang dijalankan, golongan tersebut boleh hidup lebih lama.


Bawang putih ditanam daripada biji dan ladang bawang putih terbesar terdapat di China, Korea Selatan, Thailand, Sepanyol, Mesir dan India. Ia memerlukan tanah kering untuk hidup subur. Selepas dituai, bawang putih boleh disimpan selama 2 atau 3 tahun. Ia mudah bercambah walaupun disimpan di peti sejuk. Kini proses radiasi digunakan untuk menghalang bawang putih daripada mudah bercambah. Bawang putih juga mudah bercambah di tempat gelap. Oleh itu, ianya elok disimpan di tempat terang. Lapisan kulit bawang putih yang kering tidak perlu dibuang agar tahan lebih lama.


ALLAHualam bisawab. :-)


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

erwina
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 09-12-06 14:34


bawang putih bagus untuk kesihatan...boleh menghilangkan angin dalam badan.selain tu bawang putih boleh juga menyebabkan bau badan.bawang putih jugak boleh digunakan sebagai antifungus.sesiapa yang minat tanam bunga boleh ambil petua ni..3-4 biji bwg putih campur dengan sesudu sabun basuh..then dilute dalam 1 liter air.semburlah kat pokok.insyaAllah berkesan.
bawang kecik dengan bawang beso pulak ada bezanya.bawang kecik rasa dia lebih kaw...i mean lebih wangi dan membangkit seleralah..bawang beso pulak rasa dia lebih manis.kalau nak buat laksa penang bawang beso lebih sesuai digunakan..he!he!tiba-tiba rasa lapar pula..selain tu dari segi saiz dan ejaan nya ada beza juga..He!He!

Bookmark and Share

    


  Member Information For erwinaProfil   Hantar PM kepada erwina   Pergi ke erwina's Website   Quote dan BalasQuote

fizah_862000
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2004
Ahli No: 10528
Posting: 844
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 09-12-06 14:38


bawang putih = antibiotik. :-D


-----------------
"Jika Allah menolong kamu, tiada sesiapa pun yang dapat mhalang kamu..."surah Ali Imran:129


Bookmark and Share

    


  Member Information For fizah_862000Profil   Hantar PM kepada fizah_862000   Pergi ke fizah_862000's Website   Quote dan BalasQuote

dibaa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.07.2006
Ahli No: 25256
Posting: 181
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 09-12-06 20:12


hadeh...banyaknyer....kalau tak pergi...memang r...

Bookmark and Share

    


  Member Information For dibaaProfil   Hantar PM kepada dibaa   Quote dan BalasQuote

jutawanmuslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM

Selangor  


posticon Posting pada: 09-12-06 21:00


Pada 08-12-06 18:38 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

nak sedap...bawang merah jahat, bawang putih baik...


tak baik mengata bawang merah...banyak berjasa dalam masakan


-----------------
Irhamni Ya Allah, kekalkan rasa kehambaan ini agar tidak ku berpaut pada dahan yang rapuh, agar tidak ku mengharap pada purnama…


Bookmark and Share

    


  Member Information For jutawanmuslimahProfil   Hantar PM kepada jutawanmuslimah   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 10-12-06 00:00


tu yang kat tv tu bawang merah jahat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

vanadium_oksida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2005
Ahli No: 13944
Posting: 279
Dari: manjung ,perak

Perak  


posticon Posting pada: 14-12-06 16:18


betul tu....bawang merah kat tv tu jahat kan... ;P

Bookmark and Share

    


  Member Information For vanadium_oksidaProfil   Hantar PM kepada vanadium_oksida   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.105019 saat. Lajunya....