Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-10-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak ada yang perlu kita takuti, kecuali ketakutan itu sendiri.
-- Franklin di. Roosevelt

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Kuyi
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43139

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 56
Ahli: 0
Jumlah: 56




  Yang Masuk Ke Sini
qudwah: 42 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 52 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 52 hari yang lalu
eme86: 53 hari yang lalu
sunan-faqih: 58 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Cinta berperaturan


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Cinta berperaturan

Please Mendaftar To Post


Oleh Cinta berperaturan

hanisahani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22928
Posting: 203
Dari: negeri aman damai

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 07-12-06 17:14


Cinta berperaturan

“Manusia akan bercinta lagi di Syurga- tempat pertama yang melahirkan cinta. Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah”

Apakah peratauran-peraturan dalam hubungan cinta? Inilah yang perlu diikuti oleh para remaja-agar cinta tetap suci dan abadi;

1)    Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah.
Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niat dan gunakan rasa fitrah itu untuk menghampirkan diri kepadaNya. Cintailah sesiapa pun jua tetapi pastikan cinta itu lebih memudahkan kita mencintai Allah. Tegasnya,cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah.
    â€œKami bercinta kerana Allah,” begitu yang selalu kita dengar. Tapi bagaimana ya? Bagaimana bercinta kerana Allah? Ya, iringilah dengan niat untuk bernikah secara sah kerana pernikahan itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya.
    Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya,tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya.”
    Oleh itu usahlah bercinta dengan niat sekadar untuk bersuka-suka. Tidak serius. Jika tidak jangan bercinta dahulu. Tangguhkan. Katakan pada diri. “aku hanya tertarik atau minat” Simpan dan pendam perasaan itu dalam jiwa sedalam-dalamnya. Jangan sekali-kali diluahkan hanya untuk mengundang reaksi. Tapi jika “orang di sebelah sana “ serius bagaimana? Jawabnya mudah, jangan bercinta kerana kasihan. Jika kita bercinta kerana kasihan, kita akan merosakkan diri kita dan orang yang kita kasihankan (cintai?) itu. Ya, amat besar perbezaannya antara cinta dengan kasihan. Kita boleh kasihankan orang yang kita cinta, tetapi kita tidak boleh cinta orang yang kita kasihankan.
    Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Saja suka-suka. Sebagai ‘spare’ tayar- kalau-kalau nanti diperlukan. Jika tidak ada niat untuk bernikah, hanya saja2,pasti cinta itu bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta yang terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-dua belah pihak. Pastikan semasa menjalin hubungan cinta tiada hukum Allah yang dilanggar,,
    Antaranya , tidak ada pergaulan bebas, tidak berdua-duaan di tempat sunyi, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara-perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Dating berjam-jam, sembahyang 5 minit pun tak larat...

    Kalau begitu siapa sebenarnya yang lebih kita cinta? Si dia atau DIA? Hubungan cinta juga jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Masa dibazirkan. Air mata tergenang atas sebab-sebab murahan. Entahlah, buruk sangat kekadang kita lihat orang bercinta ni,,Mereka tidak sedar orang sekeliling. Mereka macam berada di dunia sendiri.

    Tidak mustahil, kalau ada remaja ynag mengeluh dan berkata ”Cinta apa namanya ini jika tidak ada dating, perbualan telefon secara maraton, surat cinta, SMS romantik, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman?”

Ya, itu pada pandangan mata kita yang terbatas. Tapi itu bukan dari pandangan Allah Yang Maha Luas. Kata kita, cinta tanpa ’perisa’ itu akan menjadi hambar dan tawar. Sedangkan inilah kegilaan yang dijaja kemanisannya dalam lagu-lagu, sajak-sajak dan filem-filem mengenai cinta. Jika diumpamakan cinta itu sebagai masakan, semua itu dianggap perisanya. Sedangkan, pada hakikatnya itu bukanlah perisa apalagi perencah tetapi perosak pada masakan itu sendiri.

    Yakinlah tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta, frust cinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru kerana ’racun-racun’ inilah banyak cinta yang gagal disambung ke alam perkahwinan dan lebih banyak lagi yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan – jangankan, ”nak hidup bersama, mati bersama”...hidup bersama pun sudah tidak sanggup lagi.

CINTA SUCI TANPA RACUN

    YAKINLAH Allah itu indah dan cinta pada keindahan – tidak mungkin Dia akan memusnahkan keindahan cinta ynag diberikan-Nya dengan peraturan-peraturan yang boleh menghakis keindahan cinta itu sendiri. Sebaliknya, dengan peraturan-peraturan itulah keindahan cinta akan tetap terpelihara dan lebih terserlah.

    Allah Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hambaNya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua racun yang berbisa itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengn seribu keindahannya.

    Bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam syurga. Ketika itu benarlah ungkapan, “kunantikan kau di pintu syurga.” Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga – tempat pertama yang melahir cinta!
Cinta Nabi Adam dan Siti Hawa. Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah. Tertolak segala racun dan fitnah. Ya, jangan tunggu si dia di pintu neraka kerana di sana tidak ada cinta. Na’uzubillah.

    Kata lagu lama, “rasa cinta pasti ada…pada makhluk yang bernyawa.” Itu betul. Tetapi ”Sejak lama sampai kini...tetap suci dan abadi.” Itu belum tentu. Sebabnya? Cinta pada masakini, banyak yang tak suci lagi,apalagi untuk abadi....Cinta yang abadi hanya ada di syurga!


_______________________________________________________

“Tentang CINTA” jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingnya.
_______________________________________________________
PAHROL MOHD JUOI



Bookmark and Share

    


  Member Information For hanisahaniProfil   Hantar PM kepada hanisahani   Quote dan BalasQuote

sui_generis
Warga Rasmi
Menyertai: 22.10.2006
Ahli No: 27081
Posting: 5
Dari: PJ and penang

PulauPinang  


posticon Posting pada: 07-12-06 18:37


Terima kasih kerana post artikel ini..
sangat bermakna..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sui_generisProfil   Hantar PM kepada sui_generis   Quote dan BalasQuote

sitisolehah1736
Warga Rasmi
Menyertai: 18.11.2006
Ahli No: 27392
Posting: 8
Dari: ibu kota raya

saudiarabia  


posticon Posting pada: 07-12-06 19:06


terima kasih...harap kita semua dapat mengambil pengajaran dari artikel ini...
ilmu tanpa amal sia-sia.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sitisolehah1736Profil   Hantar PM kepada sitisolehah1736   Pergi ke sitisolehah1736's Website   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-12-06 19:12


saya dah dapat kan buku ini.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

erwina
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 07-12-06 19:37


terima kasih...

Bookmark and Share

    


  Member Information For erwinaProfil   Hantar PM kepada erwina   Pergi ke erwina's Website   Quote dan BalasQuote

sui_generis
Warga Rasmi
Menyertai: 22.10.2006
Ahli No: 27081
Posting: 5
Dari: PJ and penang

PulauPinang  


posticon Posting pada: 07-12-06 20:46


Pada 07-12-06 19:12 , awan_biru85 posting:

!!! QUOTE !!!

saya dah dapat kan buku ini.....


Same here..
best kan buku ini.. ;)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sui_generisProfil   Hantar PM kepada sui_generis   Quote dan BalasQuote

hubbud_jariah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.11.2006
Ahli No: 27212
Posting: 32
Dari: jepang

malaysia  


posticon Posting pada: 07-12-06 22:07


memang best buku ini...sile2 baca untuk yang mendambakn cinta sejati anugerah Ilahi...(^_^)

Bookmark and Share

    


  Member Information For hubbud_jariahProfil   Hantar PM kepada hubbud_jariah   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 08-12-06 19:02


Ye…terbitan telagabiru…

~2 Tanda mencintai Allah~

Kalau cinta, Rindu untuk bertemu .

Bagaimana sikap kita dengan janji temu (solat) dengan Allah? Apakah kita datang seawal waktu atau sering menunggu-nunggu masuknya waktu solat? Jika ya, itu petanda kita cintakan Allah. Sekiranya setiap kali menjelang waktu solat kita telah bersiap sedia berwuduk, menunggu di saf hadapan dengan pakaian yang paling bersih, di tambah pula dengan haruman minyak wangi…..Alhamdulillah, itu petanda cinta. Jika kesempatan ‘dating’ dengan kekasih di tunggu-tunggu saat dan ketikanya, maka seharusnya lebih-lebih lagi dengan Allah yang kita cintai.

Jika solat lewat(apalagi langsung tidak solat), datang dengan enggan, muka masam, berat tulang dan pakaian serabut, itu petanda tidak cinta. Tidak fokus. Sambil lewa pula. Solat mahu selesai cepat. Apakah seorang kekasih ingin segera berpisah dalam pertemuannya dengan kekasihnya? Adakah seorang kekasih sampai lewat untuk janji temunya? Atau berpakaian serabut, kusut masai dan berbau ketika menemui kekasihnya? Tidak mungkin. Tetapi jika itulah sikap kita, ertinya kita tidak cinta kepada kekasih itu. Maka begitulah juga ukuran cinta kita kepada Allah. Perlu ada rindu, bukan jemu untuk bertemu.

Kalau cinta, suka apabila disuruh.

Seorang kekasih sentiasa suka ‘disuruh’ oleh kekasihnya. Kesusahan walau sebesar mana tidak di perkirakan. Asal maksud kekasih di penuhi, tidak kira apa akan di tempuhi (katanya lautan api pun sanggup di renangi). Oleh kerana amat suka di suruh, hati sentiasa menunggu-nunggu bila hendak di suruh. Bila lagi? Apa lagi? Begitulah detik hati selalu. Pantang di suruh, macam lipas kudung, segera dilaksanakan

Begitulah orang yang cintakan Allah, sentiasa suka apabila diperintah. Bila ada sesuatu disuruh buat, terus buat. Tanpa tanya-tanya lagi. Apabila sesuatu disuruh tinggal, terus tinggalkan. Sami’na wa ato’na-kami dengar dan kami taat. Itulah bukti cinta. Sebarang suruhan daripapa Tuhan akan segera dilaksanakan. Malas, letih, susah, sakit, miskin dan lain-lain tidak menjadi halangan. Bagaimana kita?

Mereka ini sentiasa proaktif dan mencari-cari apa lagi suruhan Tuhan yang hendak dilaksanakan. Bila dapat dilaksanakan, alangkah bahagia di rasakan.

Sekarang, apa respon kita terhadap perintah Allah dan laranganNya? Ya, mungkin kita melaksanakan, namun apakah hati kita suka ketikak melakukannya? Contohnya, solat Subuh. Ya, memang kita telah solat Subuh, tetapi apakah kita suka dan ceria ketika melaksanakannya. Cermin muka kita…..apakah tersenyum r.a setiap kali bangun subuh? Atau masam mencuka, melangkah ke bilik air dengan langkah malas, lesu dan terpaksa?
Jika ada rasa terpaksa, untuk bangun solat, itu petanda belum cinta. Besar bezanya antara orang yang mengatakan ‘I have to pray (Saya kena solat) dengan orang yang berkata, ‘I need to pray (saya perlu solat).’ Memang kedua-duanya sama-sama sembahyang. Tetapi seorang kerana suka, seorang lagi kerana terpaksa. Yang seorang sudah cinta, yang seorang lagi belum.


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
[ Telah diedit oleh: awan_biru85 pada 08-12-06 19:12 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

jawa_kgbaru
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.11.2006
Ahli No: 27414
Posting: 53
Dari: Kampung Baru

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 08-12-06 23:05


Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang apa yang mereka kerjakan. (30)

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (31)

Surah An-Nuur : Ayat 30-31


-----------------
Benarlah tiada bahagia tanpa iman, benarlah tiada kebahagiaan tanpa Islam di jiwa
[ Telah diedit oleh: jawa_kgbaru pada 08-12-06 23:07 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For jawa_kgbaruProfil   Hantar PM kepada jawa_kgbaru   Pergi ke jawa_kgbaru's Website   Quote dan BalasQuote

hanisahani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22928
Posting: 203
Dari: negeri aman damai

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 21-12-06 11:19


assalamu'alaikum,,lama tak join ukhwah,,terima kasih untuk awan_biru,post tanda cinta,,ana ingat nak post minggu ni =)
mudah2an kita beroleh taufiq & hidayah dariNya,,

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanisahaniProfil   Hantar PM kepada hanisahani   Quote dan BalasQuote

saifuddin_92
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.08.2006
Ahli No: 25600
Posting: 271
Dari: batu pahat

turkey  


posticon Posting pada: 21-12-06 12:16


ataupun baca kitab ibn qayyim al-jauziyyah.Name tajuknye ana lupela.best juga.

Bookmark and Share

    


  Member Information For saifuddin_92Profil   Hantar PM kepada saifuddin_92   Pergi ke saifuddin_92's Website   Quote dan BalasQuote

Nawarah
Warga Rasmi
Menyertai: 19.10.2006
Ahli No: 27045
Posting: 19
Dari: johor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 21-12-06 15:42


saya pun da ada bku ni..best..InsyaAllah dapat jadi pnduan pada semua..

Bookmark and Share

    


  Member Information For NawarahProfil   Hantar PM kepada Nawarah   Quote dan BalasQuote

nurwahida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5946
Posting: 338
Dari: USM

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 21-12-06 15:49


salam..
alhamdulillah..sebb post artikel ini..
ohyer ke...nanti nka cari buku2 niee...insyaAllah

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurwahidaProfil   Hantar PM kepada nurwahida   Pergi ke nurwahida's Website   Quote dan BalasQuote

hanisahani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22928
Posting: 203
Dari: negeri aman damai

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-12-06 21:49


salam,,kitab ibn qayyim al-jauziyyah tu tajuk apa ye,dalam arabic ke?
kalau ada yang terjemahan boleh baca,,hm,ana tak pandai sangat arabic ni (^.^)

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanisahaniProfil   Hantar PM kepada hanisahani   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-12-06 00:20


info yang bagus..syukran.. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Pergi ke nurzatul's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.119002 saat. Lajunya....