Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 27-02-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Every closed eye is not sleeping and every open eye is not seeing

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: atbar1981
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43128

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 32
Ahli: 0
Jumlah: 32




  Yang Masuk Ke Sini
atbar1981: 3 hari yang lalu
muslimin23: 5 hari yang lalu
z_tornado: 5 hari yang lalu
sarashanee: 12 hari yang lalu
CikIzzah1992: 14 hari yang lalu
Qiamulail: 29 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Tak punya siapa...


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Tak punya siapa...

Please Mendaftar To Post


Oleh Tak punya siapa...

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-12-06 13:19


PETANG itu, Mak Lijah sudah me­nyediakan juadah berbuka puasa seadanya saja. Dua orang cucunya Amin sembilan tahun dan Aman tiga tahun baru saja bangun tidur. Dia bangga, Amin belum tinggal sehari pun puasanya. Seperti biasa Amin akan mandi bersama adiknya. Sementara menunggu waktu berbuka, Amin akan ! mem­baca muqaddam. Membuatkan hati Mak Lijah bertambah tenang.

"Nek, dah dekat nak berbuka. Kenapa mak abah tak balik lagi," tanya Amin. .

"Yelah Min. Selalunya kalau keluar ke bandar, cepat saja mak dan abah kamu balik. Tak apalah, sekejap lagi baliklah agaknya tu." Nada Mak' Lijah lembut seolah-olah me­mujuk Amin supaya jangan risau.
    
    "Mak abah pergi buat apa nek?" tanya Amin.
    
    "Beli baju raya kamu dan Aman," jawab Mak Lijah pendek sambil tersenyum.

"Wah! rasa tak sabar nak pakai baju baru lah nek." Amin tersenyum lebar sambil me­meluk Aman. Aman yang ! masih pelat ber­cakap mengangguk-anggukka dan kepalanya,

Mak Lijah dan dua orang cucunya terus berbuka puasa sebaik mendengar azan berkumandang di udara. Selesai sahaja me­nunaikan solat maghrib, Mak Lijah lesbian­jutkan dengan kedatangan dua orang apa­gawai polis.

    " Ada apa encik?" Pertanyaan Mak Lijah bercampur baur dengan kebimbangan.

    "Ini rumah Mahmood ke?" tanya polis yang tercegat di muka pintu.
    
    "Ya, dia anak saya." Jawab Mak Lijah pendek.

"Anak mak cik kemalangan bersama iste­rinya." Mak Lijah tergamam. Lama dia terpaku tidak berkata apa-apa. Setelah beberapa kali menguc! ap dan berselawat, barulah dia bertanya lagi.

"Bagaimana keadaannya encik?"

"'Kedua-duanya mati di tempat kejadian. Motosikal mereka bertembung dengan kereta. "

"Ya, Allah. Inna Lillahi Wainna Ilaihi Ro­jiun." ltu sahaja yang dapat dilafazkan oleh Mak Lijah sambil memeluk kedua-dua orang cucunya yang berdiri tercegat di situ.


Hiba

Ketika jenazah dikapankan, sekalian yang hadir tidak dapat menahan air mata daripada mengalir. Mereka terlalu hiba melihat Arnin dan Arnan jadi yatim piatu. Ma! k Lijah sudah tidak ada air mata yang hendak ditangiskan lagi. Arnan yang tidak mengerti apa-apa sentiasa di dalam pelukannya.

"Nek_ Kenapa orang balut mak dan abah dengan kain putih?" Tanya Arnan yang tidak mengerti apa-apa. Mak Lijah tidak men­jawab melainkan terus membelai cucunya itu.            .         .
"Abang, Kenapa mak dan abah tidur lama sangat?'! Tanya Arnan lagi kepada Amir yang duduk bersebelahan Mak Lijah.

Amir yang sudah faham erti kematian tidak menjawab. Hanya air matanya sesekali disapu dengan tangan yang sudah basah.

Jenazah kedua-duanya selamat dikebu­mikan selepas zuhur. Mak Lijah hanya mam­pu merenung wajah cucu-cucunya yang se­dang tidur keletihan. Tidak dapat hendak digambarkan bagaimana remuknya hati Mak Lijah.

Hanya tinggal sepuluh hari lagi umat Isla m menyambut hari raya. Tapi bagi Mak Lijah, Arnin dan Arnan, itu semua sudah tidak bererti lagi. Berhari raya tanpa orang yang dikasihi berada di sisi. Namun Mak Lijah reda dengan apa yang berlaku.

Nasib Amin dan Arnan memang tidak diduga seburuk itu. Mak Lijah meninggal dunia akibat sakit tua. Oleh kerana ibu dan ayah Amin anak tunggal maka tiada siapa yang boleh diserahkan untuk memelihara dua beradik itu. Akhirnya lembaran baru hidup Amin dan adiknya tersingkap lagi. Kedua-duanya ditempatkan ke rumah anak-anak yatim Al-Hidayah.

Sudah hampir 5 bulan Amin dan adiknya Aman menjadi penghuni rumah anak-anak yatim di situ. Walaupun baru jika, dibandingkan dengan anak-anak yatim yang lain, Amin dan adiknya sudah boleh menyesuaikan diri dengan keadaan seke­liling, apa lagi dengan rakan-rakan. Amin cepat mesra. Tahun ini adalah kali pertama Amin dan adiknya berpuasa bersama anak-anak yatim yang senasib dengannya. Lepas berbuka, mereka akan sembahyang maghrib berjemaah diikuti sembahyang isyak dan tarawih. Selepas moreh, mereka akan bergotong-royong membersihkan tem­pat makan dan mencuci pinggan mangkuk. Sesudah bersahur, mereka akan bertadarus yang diketuai oleh Ustaz Fidaus.

Pendek kata, Amin dan adikn! ya dapat menghilangkan perasaan rindu terhadap ayah ibu dan neneknya. Terutama Aman, dia adalah anak yatim yang termuda. Ramailah abang-abang dan kakak-kakak yang suka melayannya. Tentang makanan pula, alham­dulillah. Di bulan Ramadan, 30 orang anak-anak yatim di rumah Al- Hidayah menerima banyak sumbangan dan sedekah daripada orang-orang yang mampu. Begitu juga dari segi pakaian. Paling kurang, mereka akan menerima dua pasang seorang. Apa lagi wang raya, anak-anak di sini boleh dikatakan tidak terbiar.

Amin dan Aman sangat bemasib baik kerana dibenarkan duduk sebilik dengan rakan-rakan yang lain. Walaupun usia Amin baru sepuluh tahun, tapi dia cukup pandai menjaga adikhya Aman yang berumur empat tahun. Sejak tinggal di situ sudah tiga kali Aman diserang demam panas. Selain dari penjaga Al-Hidayah menguruskan doktor dan klinik untuk merawat Aman, Aminlah yang tidak tidur malam. Dia sentiasa memastikan tuala basah mesti diletak atas dahi adiknya.

"Bang, Aman nak mak, Aman nak abah, Aman nak mak, Aman nak abah, Aman nak, Aman nak nenek."

Ayat itu berulang kali menusuk ke cuping telinga Amin. Sudah dua hari Aman demam, itu sahaja yang disebutnya. Riuh-rendah suara rakan-rakan, rupa-rupanya tidak dapat menyelamatkan perasaan Aman rindu ter­hadap orang tua dan neneknya. Air jernih bergenang di kelopak mata yang layu. Ber­guguran air jernih berurai manik membasahi pipinya yang agak cengkung sejak berpuasa. Sebenarnya dia sendiri amat merindui ibu, ayah dan neneknya. Air mata yang tidak sempat disapu, jatuh membasahi muka Aman. Ibarat ledakan gunung berapi yang sudah tidak boleh menampung laharnya, Amin memeluk adiknya sambil menangis teresak-esak. Sedu-sedan Amin, membu­atkan rakan-rakan lain yang sebiIik ter­bangun. Mereka semua memujuk Amin dan Aman.

"Jangan menangis lagi Amin. Pujuk adik kamu tu, abang tahu macam mana perasaan kamu," sambiI Zahid yang berusia dua belas tahun menepuk-nepuk belakang Amin.

"Abang dulu pun macam itu juga. Sampai jatuh sakit rindukan ibu," tambah Zahid lagi.

"Betul Amin. Saya juga macam tu duIu selalu rindukan ayah. Tapi lama-lama saya dah boleh terima kenyataan," tambah Nizam yang berusia sebelas tahun.


Bermanja

"Tapi abang semua, tak ada ibu, ada ayah. Tak ada ayah ada ibu. Saya dan adik tak punya siapa. Tak ada ibu. Tak ada ayah. Nenek tempat bermanja pun sudah pergi meninggalkan kami," dengan suara yang putus-putus Amin meluahkan perasaannya.

Tinggal lima hari saja lagi tibanya hari raya. Boleh dikatakan ramai yang sudah pulang ke kampung masing-masing. Mereka yang tidak punya sanak saudara selalunya akan terus beraya di situ.

Aman sudah sembuh sepenuhnya. Amin sangat riang melihat gelagat adiknya yang sibuk bermain di halaman rumah tempat mereka berteduh.

"Amin,. saya nak jumpa kamu sebentar," Amin terkejut dan terus menoleh ke arah suara itu.

"Oh ustazah, ada apa ustazah?" Tanya Amin penuh sopan.

"Sekejap lagi ada orang datang nak ambil adik kamu sebagai anak angkat. Pergi siapkan baju-bajunya sekarang." Amin terus terpaku dengan mulutnya ternganga. Tidak tahu apa yang hendak dicakapkan.

"Amin kau tak dengar ke?" tanya ustazah Jamilah dengan lembut.

"Tapi, saya macam mana ustazah?" tiba­ tiba saja soalan itu terkeluar daripada mulut Amin yang masih tercengang-cengang.

"Orang itu orang kenamaan. Dia cuma nak adik kamu saja. Kamu mesti bersyukur kerana ada orang yang sudi menjadikan adik kamu sebagai anak angkat. Masa depannya lebih terjamin." Ustazah menerangkan ada­dengan suara yang lembut supaya tidak me­nyentuh hati Amin.

Tiba-tiba. saja Amin meluru ke arah adiknya yang sedang bermain. Dirangkulnya tubuh kecil itu kuat-kuat.

"Tidak! Tidak! Abang tidak akan benarkan kau pergi. Apa pun yang jadi, kita tidak boleh dipisahkan. Abang tidak punya siapa lagi, melainka! dan kau seorang."

Walupun Aman tidak mengerti apa-apa, dia turut membalas pelukan Amin sambil menyapu air mata yang tidak putus-putus mengalir membasahi pipi abangnya.

"Amin, orang kenamaan yang nak ambil adik kamu sudah sampai," sambil ustazah menepuk-nepuk belakang Amin.
"Tidak! Tidak! Saya tak boleh bagi adik saya. Tolong ustazah. Jangan pisahkan saya dengan adik saya. Saya tak punya siapa lagi melainkan adik saya ini." Semakin kuat dia merangkul adiknya.

"Siapa mereka ustazah?" tanya isteri            kenamaan.

"Mereka dua beradik. Abangnya tak bagi adik! nya pergi."

"Oh! Begitu. Tapi kita cuma mahu seorang saja," sampuk kenamaan kepada isterinya.

"Boleh kita pergi sekarang?" tanya isteri kenamaan.

! "Boleh. Tapi pakaiannya belum disiapkan lagi." Ustazah bersuara dengan sebak.

"Tak apa ustazah, semuanya sudah kami sediakan di rumah," jawab isteri kenamaan.

Amin tetap tidak mahu melepaskan adiknya. Begitu juga Aman terus mendakap erat tubuh abangnya. Dengan bantuan beberapa orang pekerja di situ, Amin dan Aman dapat dileraikan.

Hilang akal
Ketika kereta yang membawa adiknya berlalu dari situ, Amin terus mengejar dari belakang sambil menjerit sekuat-kuat hati memanggil nama adiknya. Begitu juga Aman yang duduk di belakang kereta, menjerit-jerit memanggil nama abangnya. Akhirnya Amin tidak mampu mengejar terus kerana kereta itu semakin meluncur laju.

Amin seperti orang hilang akal. Dia menggolek-golekkan badannya di atas tanah. Beberapa orang yang cuba mententeram­kannya hampir putus asa.

"Jangan ambil adik saya. Jangan pisahkan kami. Kami tak punya siapa lagi. Tolonglah ustazah. Tolong ambil adik saya kembali," suara Amin menjadi serak kerana terlalu lama menjerit.
                                                            
Tiba-tiba kereta yang membawa adiknya tadi datang kembali dan berhenti betul-betul di hadapan Amin. Aman meluru keluar memeluk abangnya.

"Abang, Aman tak nak pergi seorang, jom­lah abang ikut Aman." Kedua-duanya ber­pelukan seperti tidak boleh pisahkan lagi.

"Tak jadi ke ambil budak ni?" tanya ustazah dengan suara yang terkejut

"Tidak, kami bercadang nak ambil kedua­-duanya sekali." Terputus-putus suara itu keluar daripada mulut isteri kenamaan. Air jernih yang bergenang di kelopak matanya menggambarkan wajah belas seorang ibu.

"Alhamdulillah. Itulah yang sebaik-ba­iknya, kerana mereka ni dah tak punya siapa pun lagi." Suara ustazah terputus-putus menahan sebak.

Ketika kereta yang membawa Amin dan Aman beredar, ustazah dan beberapa orang yang ada di situ tersenyum sambil menyapu air mata kegembiraan. Begitu juga Amin dan Aman, tak putus-putus melambaikan tangan ke arah mereka yang pernah memberi sedikit ruan! pergi kasih sayang ketika di situ

:-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-12-06 13:34


:-) Assalamualaikum........



     Menyentuh perasaan... :-( ...semua orang berhak untuk bahagia....


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 05-12-06 13:38


hm...sedih criteni...semoga mereka bahgie sentiasa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

DinnaFatiha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.12.2003
Ahli No: 5711
Posting: 106
Dari: kedah/selangor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 05-12-06 13:44


tiba-tiba saja menangis bila baca cerita ni... :(

Bookmark and Share

    


  Member Information For DinnaFatihaProfil   Hantar PM kepada DinnaFatiha   Quote dan BalasQuote

cintamadinah_82
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2005
Ahli No: 16646
Posting: 265
Dari: pulau pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 26-02-07 13:19


sedihhh cerita ni... :-( syahdu sangat..


-----------------
'Tidak kamu akan berperasaan gundah walaupun sekali.. jika kamu tahu apa yang dicari...'


Bookmark and Share

    


  Member Information For cintamadinah_82Profil   Hantar PM kepada cintamadinah_82   Pergi ke cintamadinah_82's Website   Quote dan BalasQuote

mechelmine
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26702
Posting: 897
Dari: KeLaNtAn Ke KeDaH

Kelantan  


posticon Posting pada: 26-02-07 13:39


.....Cedih..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mechelmineProfil   Hantar PM kepada mechelmine   Pergi ke mechelmine's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 26-02-07 16:28


sedih cerita ni, tapi Kenapa ustazah tu zalim sangat. pandai2 nak buat keputusan pisahkan bukan hak dia.Dhla dia org sebatang kara & xpunya siapa, tiada keupayaan, si adik seorang pun nak pisahkan, siap dilelaikan dengan pkrj2..

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-02-07 18:10


huhuhuhu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

ainur_armaniz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26187
Posting: 24
Dari: [email protected]

Kedah  


posticon Posting pada: 26-02-07 22:41


sangat sedih... hargailah saudara bagi mereka yang masih bersaudara... jangan gaduh2...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainur_armanizProfil   Hantar PM kepada ainur_armaniz   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.112499 saat. Lajunya....