Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-10-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Yang dihina semakin mulia. Yang menghina semakin terhina. Selalunya begitu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Kuyi
Hari Ini: 0
Semalam: 1
Jumlah Ahli: 43139

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 40
Ahli: 0
Jumlah: 40




  Yang Masuk Ke Sini
qudwah: 37 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 48 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 48 hari yang lalu
eme86: 48 hari yang lalu
sunan-faqih: 53 hari yang lalu


Kelakar
Topik: Petua-petua tercekik tulang


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kelakar
    »» Petua-petua tercekik tulang

Please Mendaftar To Post


Oleh Petua-petua tercekik tulang

ikhwan5217
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.02.2006
Ahli No: 22999
Posting: 121
Dari: Pusat Islam Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-12-06 09:39


Assalamualaikum

Baca sampai habis OK........

Aku datang dari keluarga yang besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!
Dalam ramai-ramai adik beradik, bukan semua yang suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup " gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yang tak kena sana sini...oh.. Masa makan. Aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz)lalu ada yang sound:
"apahal duduk macam nak berlari saja...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak ini..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan, Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika anda amal ini, sebelum anda mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang anda. -Hutang kereta/rumah/kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik. Aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour bagaimana? matelic ke cooper? kan susah tu!!! tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia , bla bla bla!!! Oh..

Biasa anda belajar doa makan macam ini:

"Allahummabariklana (hingga akhir)

Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah saja:

"Bismillah, barkatillah"

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi)kemudian, ada pulak suara2 yang sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "

aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok-elok habis nasi satu
pinggang!!! "

Tapi oleh kerana aku seorang saja yang makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk mereka lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yang tidak berbasuh...

mereka tegur: "essh..pengotor betullah"

Aku kata: "Apa pulak kotor. Aku makan nasi, bukan tahi!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)

"ini, apahal jilat2 jari ini? lucah betul!!"-tanya mereka pada aku..
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku...

Banyak pulak mereka komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat dengan mereka lalau aku ubah topik dengan bertanya :
Tahukkah anda Kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..

Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!" aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan saja, namun bila anda makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat..
Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yang bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

tiba-tiba mak aku tercekik tulang ikan..

(bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang)

Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yang sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2,tapi masih tak berjaya..
kasihan mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik bagaimana?..cakap hebat.."(kata abang aku)

Aku kata: "senang saja...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "

Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..

Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"

(bayangkan seorang makcik yang sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "

HA HA HA..

(semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.

Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yang tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!!

he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.

PS: sekiranya rakan anda menjadi mayat(over ketawa sehingga tulang
mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!!

(superman pun akan jadi mayat)


Niezam Pahang says...

Nak tergelak besar saya selepas menghabiskan membaca cerita ini.memang agak kelakar juga tapi dalam masa yang sama ada juga pengajaran yang kita boleh dapati terutamanya bab nak amalkan sunah nabi tu, memang payah terutamanya dalam zaman moden ini.teringat masa duduk di asrama sek men temerloh tahun 90 an dulu ada juga cuba-cuba praktis makan dalam talam dengan kawan-kawan dan jilat tangan selepas makan tu.tapi tak berkekalan lama. ramai sangat yang pelik.macam tengok orang buat salah saja...susah-susah saja...

Kalau masa kecik-kecik dulu kalau ada adik beradik yang tercekik tulang memang mak akan kepalkan nasi kosong lepas tu terus telan tanpa mengunyah.kekadang jadi kekadang tidak.kalau tak berjaya alternatif kedua ialah minum air dalam senduk yang di bacakan beberapa doa dan ayat yang saya tak ingat dan dihembuskan sekali.....lepas tu bertawakal saja lah....agaknya ayat dia macam ini agaknya.."tukul takai depan pintu,budak nakal memang begitu"....entahlah dah lama sangat...lupa dah


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ikhwan5217Profil   Hantar PM kepada ikhwan5217   Pergi ke ikhwan5217's Website   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 01-12-06 10:33


copy dan paste dari mana ni???
jangan jadi plagiat tegar....anda sedang diperhatikan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

jawa_kgbaru
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.11.2006
Ahli No: 27414
Posting: 53
Dari: Kampung Baru

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 01-12-06 12:13


eh ni bukan dr KTI ke? jangan ingat saya tak tau saya ahli KTI juga..(ahli setia..introduce sikit..)

Bookmark and Share

    


  Member Information For jawa_kgbaruProfil   Hantar PM kepada jawa_kgbaru   Pergi ke jawa_kgbaru's Website   Quote dan BalasQuote

qhal
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2004
Ahli No: 11344
Posting: 385
Dari: (((Selangor)))

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-12-06 12:21


;;;;;;

Bookmark and Share

    


  Member Information For qhalProfil   Hantar PM kepada qhal   Quote dan BalasQuote

qhal
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2004
Ahli No: 11344
Posting: 385
Dari: (((Selangor)))

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-12-06 12:21


;;;;;;

Bookmark and Share

    


  Member Information For qhalProfil   Hantar PM kepada qhal   Quote dan BalasQuote

budak_melaka
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 01-12-06 16:23


na ada juga baca ......nak tergelak naa.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For budak_melakaProfil   Hantar PM kepada budak_melaka   Quote dan BalasQuote

airbiru
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.01.2005
Ahli No: 13948
Posting: 52
Dari: Japan

japan  


posticon Posting pada: 01-12-06 17:12


Pada 01-12-06 10:33 , farah_hanan posting:

!!! QUOTE !!!

copy dan paste dari mana ni???
jangan jadi plagiat tegar....anda sedang diperhatikan...


err..maaf, saya tidak faham. Kenapa ikhwan5217 diperhatikan?
apa yang menjadi kesalahan dia?

Boleh tolong jelaskan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For airbiruProfil   Hantar PM kepada airbiru   Quote dan BalasQuote

alqibtiaz
WARGA SETIA
Menyertai: 31.07.2004
Ahli No: 10409
Posting: 542
Dari: kuala terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 01-12-06 17:41


kelakar dan ada pengajaran yang tersendiri..hihi

Bookmark and Share

    


  Member Information For alqibtiazProfil   Hantar PM kepada alqibtiaz   Quote dan BalasQuote

raisul_muhaddissin
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.08.2006
Ahli No: 26103
Posting: 129
Dari: Shah Alam

Pahang  


posticon Posting pada: 01-12-06 17:45


Assalamualaikum..

Errmm..kalau ikhwan5217 copy & paste pun apa masalahnya..alqibtiaz pun cakap kelakar & ada pengajaran yang tersendiri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For raisul_muhaddissinProfil   Hantar PM kepada raisul_muhaddissin   Pergi ke raisul_muhaddissin's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-12-06 17:52


:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

Shahida09
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.06.2005
Ahli No: 16869
Posting: 343
Dari: Atas Bumi, Bawah Langit

Kedah  


posticon Posting pada: 01-12-06 20:38


:lol: :lol: huhu.kelakar r :lol: :lol:


-----------------
Photobucket - Video and Image Hosting


Bookmark and Share

    


  Member Information For Shahida09Profil   Hantar PM kepada Shahida09   Pergi ke Shahida09's Website   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 01-12-06 21:54


di sabotaj....


-----------------
My love commitment to myself, my family and my fellow men becomes me the courage and strength to face the challenges of life....
[ Telah diedit oleh: farah_hanan pada 01-12-06 23:37 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

myway
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25327
Posting: 291

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-12-06 22:11


ohh..artikel ni kepunyaan sedara hamka..untuk maklumat lanjut sila ke:
anda tercekik tulang?
banyak lagi artikel2 lain yang menarik & kelakar..disamping memberi banyak pengajaran..
Sorilah sedara hamka (kalau terbaca)..terpromote blog sedara kat sini…ohh..:-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

vanadium_oksida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2005
Ahli No: 13944
Posting: 279
Dari: manjung ,perak

Perak  


posticon Posting pada: 01-12-06 23:03


;-) :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For vanadium_oksidaProfil   Hantar PM kepada vanadium_oksida   Quote dan BalasQuote

ad-din
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2005
Ahli No: 19148
Posting: 648
Dari: terengganu-

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-12-06 23:52


jangan lah makan ikan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ad-dinProfil   Hantar PM kepada ad-din   Quote dan BalasQuote

Nil
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20136
Posting: 435
Dari: Temerloh

Pahang  


posticon Posting pada: 03-12-06 14:52


Pada 01-12-06 23:52 , ad-din posting:

!!! QUOTE !!!

jangan lah makan ikan...


janganlah kerana terlekat tulang, ikan yang dipersalahkan...
kita sepatutnya sebagai manusia yang berakal dan boleh berfikir seharusnya berhati-hati dan berjaga-jaga

Bookmark and Share

    


  Member Information For NilProfil   Hantar PM kepada Nil   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.125975 saat. Lajunya....