Oleh |
nikah gantung..adakah suatu tindakan yang popular??? |
Ghufranallah
Warga 5 Bintang Menyertai: 27.06.2005 Ahli No: 16894
Posting: 351
Dari: padang pasir
|
Posting pada: 29-11-06 19:04
assalamualaikum wbt buat sahabat ukhwah sekalian.. ana konpius lah pasal nikah gantung ini..boleh tak sesiapa yang mempunyai pengetahuan dalam hal ini boleh memeraskan sedikit idea menghuraikan persoalan ana ni..jasa baik kalian amat di hargai... ana ingin kawin tapi ada masalah duit. so, ana cadangkan nak buat nikah gantung dahulu, iaitu akad nikah dahulu dan bersanding kemudian.. adakah tindakan ana ni suatu tindakan yang popular di kalangan masyarakat mahasiswa????
|
raisul_muhaddissin
Warga 3 Bintang Menyertai: 29.08.2006 Ahli No: 26103
Posting: 129
Dari: Shah Alam
|
Posting pada: 29-11-06 20:01
.. nikah tak gantung..yang gantung tu kenduri.. hmm..boleh lah bagi mereka yang tak cukup duit nak buat kenduri kawin.. yang penting ijab & kabul bagi mengelak dari maksiat.Tapi kena persetujuan dari kedua pihak, jangan ada yang kecik hati & ungkit mengungkit pula. Memang ramai di kalangan mahasiswa yang buat kaedah ni..sepupu ana pun ada..terpulanglah pada pasangan & keluarga masing-masing..bagi ana..tak ada salahnya..
|
Ismah
Warga 1 Bintang Menyertai: 19.02.2005 Ahli No: 14527
Posting: 39
Dari: Tanah Merah
|
Posting pada: 30-11-06 00:50
... Saya sendiri tidak terlalu mahir dalam bab ini..Setakat dengar-dengar cerita tu adalah.. Tak salah kalau nak nikah gantung.Tapi,keadaan ini mungkin akan menyukarkan pihak perempuan.. Contohnya,pihak isteri akan mempunyai sedikit masalah dalam kehidupan harian..Mana-mana isteri yang mahu keluar dari rumah mestilah meminta kebenaran dari suami.Betulkan?Nikah gantung pula menyebabkan pengasingan tempat tinggal..Mungkin inilah yang akan jadi masalahnya.. Tapi,apa yang telah diaturkan itu tidak salah selagi tidak melanggar hukum agama..teruskanlah jika kedua-dua pihak boleh terima dengan seadanya..saya hanya memberikan pendapat yang tak seberapa. Wassalam..
|
cititel
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.01.2006 Ahli No: 21725
Posting: 150
|
Posting pada: 30-11-06 09:55
nikah gantung selalu nya pasangan tidak tinggal sebumbung... tapi dalam masalah Ghufranallah ialah ingin mengadakan kenduri kemudian. so kalau nikah dulu dan lakukan kenduri kemudian lebih baik. menunaikan yang wajib dahulu.. kenduri ialah bertujuan untuk menghebah2 kepada jiran, sedara mara dan rakan taulan tentang perkahwinan bagi mengelakkan salah faham serta fitnah. so, jika di lakukan akad dahulu dan kenduri kemudian tidak mengapa.... ramai di kalangan kawan-kawan cititel yang melakukan perkara sedemikian kerana kekurangan wang dan masa...
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 10-11-07 13:12
Pada 29-11-06 20:01 , raisul_muhaddissin posting:!!! QUOTE !!! ..
nikah tak gantung..yang gantung tu kenduri..
.. betul tu, anis dulu pun 3 bulan pas nikah baru kenduri....
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 10-11-07 13:37
tak ada masalah...nikah saja...kenduri hanyalah sunnah...dan tak perlu bersanding pun..... yang penting, ikatlah secepat mungkin....jangan kerana perkara yang remeh...perkahwinan itu ditangguhkan....
|
cahaya_hatiku
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.09.2007 Ahli No: 31094
Posting: 217
Dari: serambi mekah...
|
Posting pada: 10-11-07 13:48
salam... buat yang wajib dulu...kenduri boleh buat bila2 masa saja dan kecil-kecilan pun tak apa...
|