Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 08-04-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Elakkanlah dirimu dari berhutang kerana hutang itu akan menjadikan dirimu hina pada waktu siang dan gelisah pada waktu malam
-- Luqman Al-Hakim

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Athiqullah83
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43132

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 17
Ahli: 0
Jumlah: 17




  Yang Masuk Ke Sini
ikhwan5217: 2 hari yang lalu
Martyr: 6 hari yang lalu
Ahmadmohd7878: 10 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: nak tanya sikit? (part 3)


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» nak tanya sikit? (part 3)

Please Mendaftar To Post


Oleh nak tanya sikit? (part 3)

heejazi
Warga Rasmi
Menyertai: 25.11.2006
Ahli No: 27484
Posting: 12

blank   avatar


posticon Posting pada: 27-11-06 17:00


Assalamualaikum!!!

Apakah landak termasuk dalam kategori binatang yang halal @ haram dimakan?Dalilnya?

Bookmark and Share

    


  Member Information For heejaziProfil   Hantar PM kepada heejazi   Quote dan BalasQuote

qhal
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2004
Ahli No: 11344
Posting: 385
Dari: (((Selangor)))

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-11-06 18:49


entah!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For qhalProfil   Hantar PM kepada qhal   Quote dan BalasQuote

qhal
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2004
Ahli No: 11344
Posting: 385
Dari: (((Selangor)))

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-11-06 18:49


entah!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For qhalProfil   Hantar PM kepada qhal   Quote dan BalasQuote

Nur_Humaira_1342H
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2006
Ahli No: 27310
Posting: 301
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-11-06 19:22


Pada 27-11-06 17:00 , heejazi posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum!!!

Apakah landak termasuk dalam kategori binatang yang halal @ haram dimakan?Dalilnya?


Assalamualaikum

Amboi,siap ada part 1,part 2 dan part 3 lagi. :-D dalam ruangan "nak tanya sikit".

Apapun,saya mengucapkan terima kasih kepada saudara/i kerana ihtimam(prihatin) dengan masalah hukum syara' ni.

Berkenaan dengan hukum landak tersebut;Inysa-Allah, saya akan cuba menjelaskannya menurut kemampuan saya.Mungkin ada sahabat-sahabat di portal ukhwah ini yang lebih 'arif daripada saya untuk menjelaskan hukumnya.

Sebenarnya,landak kalau di dalam bahasa Arabnya disebut "al-qunfudz". Para 'Ulama berselisih pendapat mengenai halal-haramnya.Ada yang mengatakan halal dan ada pula yang mengatakan haram.

Menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad, hukumnya haram, berdasarkan sebuah hadis yang mengharamkannya.

Sedangkan, menurut Imam Malik dan Ibnu Abi Laila, hukumnya halal (Imam ash-Shan’ani, Subulus Salam 4/77).

Namun pendapat yang paling rajih, adalah halal (Imam an- Nawawi, al-Majmu’ Syarah al-Muhadzdzab, 8/16). Di sebabkan tiada dalil yang kuat yang mengharamkannya.

Maka dengan itu, hukumnya kembali kepada hukum asal benda, iaitu mubah.Sebagaimana yang disebutkan di dalam kaedah syara' : "Asal tiap-tiap benda adalah mubah,selama mana tidak terdapat dalil yang mengharamkannya."

Pendapat yang mengharamkan landak; berhujjah dengan hadis dari ‘Isa bin Namiilah al-Fazari dari bapaknya, ia berkata,”Saya pernah di sisi Ibnu Umar lalu dia ditanya hukum makan landak. Lalu Ibnu Umar membaca ayat,”Qul lah ajidu fiimaa…” ( Surah 6 : 145 ). Maka berkatalah seorang syeikh di sisi Ibnu Umar,”Aku telah mendengar Abu Hurairah berkata,”Pernah disebut landak di sisi Nabi SAW maka Nabi mengatakan,”Sesungguhnya ia (landak) adalah satu keburukan di antara keburukan-keburukan (khabiis min al-khabaa`is).” Maka berkata Ibnu Umar,”Jika itu dikatakan Rasulullah SAW, maka hukum landak adalah seperti yang beliau katakan.” ( Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud) (Imam asy-Syaukani, Nailul Authar, hal. 1681; Imam ash-Shan’ani, Subulus Salam, 4/77 ).

Namun demikian, menurut Imam Ibnu Hasjar Al-Asqalani dalam Bulughul Maram, seperti yang dinukilkan oleh Imam ash-Shan’ani,”Sanadnya lemah.” (Subulus Salam 4/77). Imam ash-Shan’ani menerangkan sebab kelemahannya adalah identiti syeikh tersebut; yang tidak diketahui (majhuul). ( Subulus Salam 4/77 ).

Oleh kerana itu, hukum landak kembali kepada hukum asal benda, iaitu mubah. Inilah hukum yang diyakini sebagai hukum asal. Sedangkan, dalil hadis di atas, kesahihannya diperselisihkan di antara para ulama. Jadi, dalil yang mengharamkan landak masih diragukan.

Dalam keadaan demikian, berlakulah kaedah fikh yang masyhur, "al-yaqiinu lah yuzaalu bi al-syak.” (sesuatu yang yakin tidak dapat dihilangkan dengan sesuatu yang diragukan).(Imam as-Suyuthi, al-Asybah wa an-Nazha`ir, hal. 37).

Kesimpulannya,hukum mengenai landak tersebut, adalah halal dimakan. Wallahu a’lam.



-----------------
BERSAMA-SAMA MENGEMBALIKAN SEMULA KEHIDUPAN ISLAM MELALUI PENEGAKAN DAULAH KHILAFAH 'ALA MINHAJ NUBUWWAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For Nur_Humaira_1342HProfil   Hantar PM kepada Nur_Humaira_1342H   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.109029 saat. Lajunya....